PENDEKATAN DEDUKTIF
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Mok Soon Sang (1992) dalam bukunya Pedagogi 2 mendefinisikan pendekatan
bermaksud jalan yang diambil. Hal ini merujuk kepada cara bagaimana seseorang
pendidik menyampaikan isi pengajaran. Pendekatan memainkan peranan penting dalam
memastikan hasil pembelajaran tercapai. Beliau turut menyatakan bahawa pendekatan
ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu matapelajaran
diajar berdasarkan objektifnya. Disamping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
kaedah merujuk kepada cara atau langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan
dan melaksanakan tugas.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP
Keadah membawa bermaksud cara teratur, kemas dan sistematik . Kaedah merupakan
teknik yang digunakan untuk menyampaikan isi pengajaran. Melalui kaedah, guru akan
lebih jelas dengan cara yang seharusnya digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, kaedah ialah cara atau aturan membuat sesuatu, hukum atau prinsip. Justeru
itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Sharifah Alwiah Alsagoff pula mentafsirkan
kaedah sebagai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur.
Pendekatan deduktif ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang
bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pada awal proses
pembelajaran dan pengajaran berlangsung, guru akan memberikan rumus atau formula
berkaitan isi pengajaran yang akan disampaikan. Guru akan membantu pelajar
memahami rumus tersebut dan isi pengajaran akan disampaikan.
Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi
yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Apabila rumus
telah diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan membuat
kesimpulan baru berkaitan teori atau rumus tersebut. Hal ini akan memudahkan pelajar
untuk memahami isi pengajaran dan membantu pelajar lebih mahir membuat perkaitan
diantara rumus-rumus yang digunakan.
3.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF
Pendekatan deduktif boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
3.1 Pendekatan deduktif untuk membuat generalisasi baru.
Pendekatan deduktif boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya,
setelah murid mempelajari salah satu rumus pola ayat dasar maka secara
automatiknya, pelajar tersebut akan mengetahui semua rumus pola ayat dasar. Murid
akan lebih memahami sesuatu rumus tersebut dan boleh mengolahnya hingga
terbentuk rumus lain yang sama maksud.
3.2 Pendekatan deduktif untuk penyelesaian masalah.
Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya,
setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat
dengan menggunakan imbuhan “ber”.
3.3 Pendekatan deduktif untuk membuktikan hipotesis.
Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip
atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, penggunaan kata sendi “di-” untuk
tempat dan perbuatan.
4.0 PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN DEDUKTIF
Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran, masalah atau hipotesis haruslah didedahkan
terlebih dahulu. Murid akan dibantu atau dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau
teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan .
Apabila murid memahami teori yang digunakan maka murid akan mudah mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran akan dicapai.
Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah prosedur yang betul. Hal ini akan
mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir berkaitan teori atau kesimpulan tersebut. Proses
menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu
kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.
5.0 PELAKSANAAN PENDEKATAN DEDUKTIF DI DALAM KELAS
Pengajaran bahasa adalah satu tugas amali yang boleh dilaksanakan melalui dua cara. Pertama,
dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tetang tatacara melaksanakannya. Kedua, melalui
satu set prinsip bagi melaksanakan tugas tersebut.
Bagi pendekatan deduktif, pendekatan ini mengutamakan penguasaan peraturan atau
rumus bahasa daripada penggunaan bahasa. Sebagai seorang guru, guru haruslah memahami
bahawa strategi pendekatan deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks. Ini kerana
pelajar perlu memperolehi kefahaman yang mendalam atau mencukupi terhadap rumus yang
telah diperkenalkan oleh guru. Setelah memahami rumus, pelajar berupaya memilih rumus,
hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh
khusus.
Peringkat permulaan, rumus atau hukum perlu didedahkan terlebih dahulu kepada semua
pelajar. Contohnya untuk mengajar pelajar membina ayat yang lengkap, guru perlu
mendedahkan rumus pola ayat dasar terlebih dahulu kepada para pelajarnya.
Pelajar akan dibimbing untuk mengingat rumus tersebut supaya para pelajar boleh
meneyelesaikan masalah atau membina ayat yang akan disuruh oleh guru nanti. Mungkin pada
Contoh rumus pola ayat
dasar :
FN + FN
FN + FK
FN + FA
peringkat ini, guru boleh menyuruh setiap pelajar mengingat rumus dengan cara mengulanginya
untuk beberapa kali.
Peringkat pelaksanaan diteruskan dengan menyuruh pelajar memahami rumus tadi
dengan lebih mendalam. Ini kerana rumus tadi bukan digunakan untuk membina ayat-ayat
mudah sahaja, tetapi digunakan untuk membina ayat-ayat yang lebih kompleks bagi peringkat
yang seterusnya nanti. Contohnya, guru atau pelajar boleh mencuba menggunakan rumus pola
ayat dasar tadi untuk membina ayat-ayat yang berkaitan dengan rumus.
Peringkat seterusnya, guru akan mula memberi soalan-soalan yang berkaitan dengan
rumus pola ayat dasar tadi. Ini bertujuan untuk melihat sama ada pelajar-pelajar memahami atau
tidak rumus pola ayat dasar tersebut. Guru boleh menyuruh pelajarnya membina ayat yang
lengkap berdasarkan rumus pola ayat dasar tadi.
Pola Subjek Predikat
1 FN
Ibu saudara saya
FN
guru sekolah itu.
2 FN
Surat tawaran kami
FK
akan dikirim esok pagi.
3 FN
Pokok kelapa gading itu
FA
sangat subur.
4 FN
Bunga itu
FSN
untuk guru saya.
Selain itu, guru boleh meneruskan pembelajaran dengan mengajar pelajarnya untuk
membina rajah pohon pula. Untuk membina rajah pohon ini, kefahaman yang mendalam
terhadap rumus amat ditekankan. Jika tidak memahami rumus, maka sukar pelajar untuk
membina rajah pohon yang betul nanti. Contoh ayat dan bentuk rajah pohon seperti berikut :
1. FN + FN
Ayat : Ibu saudara saya guru sekolah itu.
Rajah pohon :
A
S P
FN FN
KN KN KN KN KN K.pent.
Ibu saudara saya guru sekolah itu
2. FN + FK
Ayat : Surat tawaran kami akan dikirim esok pagi.
Rajah pohon:
A
S P
FN FK
KN KN KN K.bantu KK F.Ket.
Surat tawaran kami akan dikirim
FN
esok pagi
3. FN + FA
Ayat : pokok kelapa gading itu sangat subur.
Rajah pohon :
A
S P
FN FA
KN KN KN K.Pent. K.Bantu KA
Pokok kelapa gading itu sangat subur
4. FN + FSN
Ayat : Bunga itu untuk guru saya.
Rajah pohon :
A
S P
FN FSN
KN K.Pent. K.Hub. KN KN
Hadiah itu untuk guru saya
Seperti biasa, pada peringkat permulaan, guru akan menunjukkan cara penyelesaian
untuk membina ayat dan membina rajah pohon di hadapan kelas. Untuk contoh seterusnya, guru
akan menyuruh para pelajar menyelesaikan soalan sendiri.
Tambahan lagi, proses menyelesaikan masalah atau soalan yang diberikan tidak hanya
terhad kepada menggunakan satu rumus semata-mata. Rumus juga boleh digabungkan dengan
rumus-rumus sebelum ini yang pernah dipelajari oleh pelajar. Ini bertujuan untuk membantu
pelajar menjawab soalan berbentuk aplikasi. Contohnya selain daripada ayat dasar, pelajar juga
telah didedahkan dnegan bentuk ayat aktif dan ayat pasif. Melalui pengetahuan sedia ada, para
pelajar boleh menggunakan pengetahuan itu untuk menjawab soalan-soalan berbentuk aplikasi
yang akan diberikan oleh guru. Contohnya membina ayat majmuk, menukarkan ayat aktif kepada
ayat pasif dan membina rajah pohon yang lebih kompleks.
Selepas menunjukkan pelbagai contoh penyelesaian kepada pelajar, kini giliran pelajar
pula untuk menjawab soalan yang diberikan. Ketika peringkat ini, guru boleh memanggil
beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan kelas bagi menjawab contoh-contoh soalan yang
lain. Guru tidak perlu lagi menunjukkan cara penyelesaian, tetapi guru boleh membimbing
pelajar melalui teknik soal jawab sehingga mereka boleh menyelesaikan soalan atau menjawab
sendiri. Oleh itu, pelajar boleh berdikari untuk menjawab sendiri dan akan terlazim untuk
menjawab soalan yang lain.
Berikut adalah ringkasan pelaksanaan pendekatan deduktif di dalam kelas :
(Prinsip /
Teorem/
Hukum /
Rumus)
Generalisasi umum
Pembahagian deduktif
Contoh khusus
Generalisasi umum yang
baru
5.0 KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF
Terdapat beberapa kebaikan pendekatan deduktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Kebaikan pendekatan deduktif yang pertama ialah dapat menjimatkan masa bagi
proses Pengajaran dan Pembelajaran (p&p). Hal ini kerana pendekatan ini memerlukan
guru mendedahkan rumus atau hukum terlebih dahulu kepada para pelajar. Murid hanya
akan mengingat rumus itu agar mereka dapat menyelesaikan masalah atau contoh soalan
yang akan didedahkan nanti. Di samping itu, guru dapat menjimatkan proses p&p kerana
guru hanya menunjukkan cara penyelesaian masalah kepada murid dan setelah proses
penyelasaian masalah, guru tidak perlu lagi menunjukkan cara penyelasaian masalah
tersebut kepada para pelajar. Namun begitu, guru boleh membimbing sehingga murid
dapat menjawab sendiri. Oleh itu, pendekatan ini dapat menjimatkan masa bagi proses
p&p.
Seterusnya, kebaikan kedua ialah guru yang menggunakan pendekatan ini dapat
memberi fokus sepenuhnya untuk mengajar kerana mereka tidak perlu membuat banyak
persediaan. Pendekatan ini hanya memerlukan guru memberi dan menerangkan
generalisasi terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh yang sesuai mengenai
sesuatu topik perbincangan. Masa yang lama diperlukan jika guru menggunakan
pendekatan induktif kerana guru perlu menyediakan contoh yang pelbagai kepada para
pelajar sebelum menerangkan rumus bagi sesuatu topik. Pemilihan contoh yang pelbagai
dalam menerangkan sesuatu topik atau konsep ini memerlukan guru bertanyakan contoh
kepada para pelajar dan hal ini kadangkala akan memakan masa yang panjang untuk
menerima respon iaitu contoh daripada para pelajar. Respon ini akan membuatkan proses
p&p menjadi panjang. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan ini dalam proses
p&p agar guru dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu membuat banyak
persediaan.
Pelajar dapat mempelbagaikan proses penyelesaian masalah dengan pendekatan
ini.
5.1 Pendekatan ini dapat mempelbagaikan proses penyelesaian masalah. Hal ini
kerana proses penyelesaian masalah ini tidak terhad kepada menggunakan satu
rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari semata-mata sahaja tetapi boleh
digunakan pelbagai rumus yang lain. Sebagai contoh, rumus ayat itu terdiri
daripada pelbagai ayat yang lain seperti ayat pasif atau ayat aktif dan juga ayat
majmuk. Hal ini akan membolehkan murid untuk menggunakan pelbagai rumus
dalam menyelesaikan permasalahan sesuatu topik perbincangan. Pendedahan pada
banyak rumus dalam penyelesaian masalah adalah penting agar mereka tidak
terikat kepada satu proses penyelesaian masalah sahaja.
6.0 Memudahkan pemahaman para murid.
6.1 Pendekatan deduktif juga mempunyai kebaikan lain iaitu dapat memudahkan
pemahaman para murid. Pemahaman para murid dapat dipermudahkan kerana
guru akan menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu rumus, prinsip atau
hukum terlebih dahulu sewaktu proses p&p. Tindakan guru yang membimbing
murid untuk mengingati rumus, hukum atau prinsip ini juga akan memudahkan
pemahaman para murid. Kesemua rumus, hukum atau prinsip ini akan dipelajari
secara mendalam dan ia memberi peluang agar para murid memahami
pembelajaran pada hari tersebut.
KELEMAHAN PENDEKATAN DEDUKTIF
1.0 Hanya sesuai untuk pelajar yang pandai.
Pendekatan deduktif ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri iaitu pendekatan ini hanya
sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang pandai sahaja. Hal
ini kerana pendekatan ini memerlukan guru memberi generalisasi umum terlebih dahulu
sebelum contoh yang berkaitan diberikan. Pelajar yang pandai akan mudah untuk memahami
pembelajaran yang diajar walaupun generalisasi diberikan terlebih dahulu sedangkan pelajar
yang lemah sukar untuk memahami topik yang diajarkan. Pelajar yang lemah dan sukar
untuk memahami dengan cepat dan pantas kadangkala memerlukan contoh terlebih dahulu
sebelum generalisasi dibuat oleh guru. Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka haruslah bijak
untuk menggunakan pendekatan ini agar pelajar yang lemah dapat memahami isi pelajaran
yang hendak disampaikan dan pelajar yang bijak dapat menerima segala ilmu yang ingin
disampaikan.
2.0 Penglibatan pelajar yang kurang aktif.
Pendekatan deduktif yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran juga akan
mengakibatkan penglibatan pelajar yang kurang aktif di dalam kelas. Hal ini kerana guru
yang akan memberikan rumus dan generalisasi dan pelajar hanya mendengar dan menunggu
guru memberikan contoh bagi pernyataan tersebut. Para pelajar juga kurang aktif dalam
memberi respon terhadap guru. Mereka juga hanya menunggu guru membimbing mereka
tanpa usaha yang padu sewaktu pendekatan ini digunakan. Hal ini juga membuatkan mereka
malas untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan sendiri.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendekatan deduktif merupakan antara pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Pendekatan ini sesuai diaplikasikan pada
peringkat sekolah menengah iaitu pada peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).
Menurut teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget, pelajar yang berada pada tahap
perkembangan mental operasi formal. Peringkat operasi formal ini adalah pada peringkat usia 12
tahun dan ke atas. Mereka ini boleh berfikir secara abstrak. Justeru itu, pendekatan deduktif ini
sangat bersesuai dengan para pelajar sekolah menengah yang mampu untuk berfikir jika guru
memberikan rumusan awal tanpa contoh.
Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengaplikasikan pendekatan ini dalam proses P&P
agar guru tersebut dapat mengunakan semaksima mungkin kebaikan dari pendekatan ini dan
mengurangkan seminimum mungkin kelemahan pendekatan ini.
KAEDAH PANDANG SEBUT
1.0 Pengenalan
Dalam sesi pengajaran bahasa, terdapat banyak kaedah mengajar yang digunakan berlandaskan
pendekatan yang dipegang. Sebagai contoh, dalam pengajaran bacaan peringkat permulaan,
antara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah kaedah pandang sebut.
Kaedah pandang sebut dikenali juga dengan nama kaedah seluruh perkataan. Hal ini
kerana pembelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau
suku kata. Penggunaan pita rakaman adalah antara teknik yang boleh digunakan dalam kaedah
pandang sebut. Selain itu, kad imbasan yang selari dengan perkataan yang ditunjukkan adalah
penting sebagai bahan bantu mengajar dalam kaedah ini. Sebagai contoh, kad imbasan yang
menunjukkan gambar arnab mesti disertakan dengan perkataan arnab. Setelah para pelajar
mengenali gambar yang ditunjukkan oleh guru, mereka akan di ajar mengecam dan menghafal
tulisan yang tertera pada kad imbasan tersebut.
Kaedah pandang sebut amat bersesuaian pada peringkat kanak-kanak yang tidak mampu
membaca menggunakan kaedah abjad dengan betul. Walaubagaimanapun, kaedah ini bukan
sahaja digunakan untuk peringkat kanak-kanak, sebaliknya boleh juga digunakan bagi peringkat
sekolah menengah untuk kelas pemulihan.
2.0 Latar Belakang
Kaedah pandang sebut wujud apabila ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan
menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan nama iaitu kaedah pandang sebut, kanak-kanak
perlu menghafal pola-pola suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Kaedah pandang sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja satu persatu seperti
mengeja. Sebaliknya, mereka hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dengan
menggabungkan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu terus menyebutnya. Sebagai contoh,
seperti di bawah:
2 huruf 3 huruf 4 huruf
ba bi bu be bo ban bin bun bon bang bing bung bong
Menurut Glen Doman, kaedah pandang sebut akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kad pengimbas dengan cara pola-pola sukukata ditulis di bawah kad-kad imbasan
dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Selain itu, kad pengimbas boleh juga disediakan oleh guru
dengan cara setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil. Rasional
penggunaan kad pengimbas ialah kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan photographic
memory.
Bagi pendekatan situasi, latihan pandang sebut boleh menggunakan aktiviti seperti
penggunaan gambar-gambar disertai dengan aksi/gaya badan dan nada suara, mengajuk secara
beramai-ramai, mengajuk secara individu/berkumpulan, dan permainan.
3.0 Prinsip-Prinsip Kaedah Pandang Sebut
Terdapat 6 prinsip-prinsip kaedah pandang sebut iaitu:
I. Pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kaedah pandang sebut dijalankan
secara lisan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti dengan aktiviti membaca dan menulis.
Hal ini bermakna guru perlu menunjukkan kad imbasan dan menyebut perkataan yang
tertera pada kad imbasan supaya para pelajar mengikut kata-kata guur (aktiviti lisan).
Selepas itu, baru dijalankan aktiviti membaca dan menulis.
II. Guru harus sedar dan peka dengan aspek-aspek gangguan seperti dialek tempatan yang
boleh mengganggu pembelajaran bahasa baku. Guru tidak boleh beralih kepada
pembelajaran yang selanjutnya selagi terdapat dialek daerah yang disebut oleh murid-
murid.
III. Latih tubi perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan aspek fonologi
dan pola-pola ayat.
IV. Teori Skinner iaitu ganjaran dan pengukuhan boleh digunakan sebagai psikologi
pengajaran dalam kaedah ini. Cara ini bertujuan untuk meningkatkan semangat dan
motivasi para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
V. Murid-murid akan mendengar dan menulis tentang perkara-perkara yang mereka dengar,
maka guru perlu memberi contoh yang betul kepada mereka.
VI. Tahap-tahap dalam kaedah pandang sebut ialah mendengar dan bertutur, serta membaca
dan menulis.
Penutup
Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang datang lebih kemudian, iaitu selepas
kanak-kanak menguasai kemahiran lisan bahasa pertamanya. Kanak-kanak yang mula belajar
membaca telah pun menguasai sistem-sistem bahasa pertamanya sama ada aspek fonologi,
morfologi, sintaksis atau semantik/paragmatik. Ia sudah memiliki kosa kata yang perlu untuk
komunikasi lisan dalam kehidupan hariannya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang iaitu
visual. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat
menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu
menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan
tersebut. Misalnya bagi perkataan “rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi
huruf “r” [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ru].
Kaedah Pandang dan Sebut ini juga harusla mempunyai kaedah yang berkesan agar
kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Kanak-kanak zaman sekarang sudah
mengenali benda-benda serta ejaan yang senang di hafalnya dan yang sering didengarnya jadi
kita sebagai guru haruslah sentiasa berfikiran yang abstrak dan terancang untuk meninjau dengan
lebih mendalam kemampuan kanak-kanak tersebut.