PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR SPH
DI UTM SKUDAI JOHOR
AZIMAH BINTI MOHD AJIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN
PELAJAR SPH DI UTM SKUDAI JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya AZIMAH BINTI MOHD AJIS__________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PUAN NOR FADILA MOHD AMIN NO 4 KAMPUNG SUNGAI KLUANG, Nama Penyelia 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
Tarikh: Tarikh:
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia : PN NOR FADILA BINTI MOHD AMIN
Tarikh : ……………………
i
PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR
SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
AZIMAH BINTI MOHD AJIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2009
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya)”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : AZIMAH BINTI MOHD AJIS
Tarikh : ……………………………………
iii
DEDIKASI
Kuabadikan dedikasi ini istimewa buat......
Ayahanda Mohd Ajis Sanin dan ibunda Zaleha Hassan Raya yang disayangi,
Bonda mertuaku, Rokiah Hamid
Doa, jasa dan pengorbananmu sumber kejayaanku….
Buat suami tercinta , Mohamad Azarai dan anakanda tersayang Nur Khairina
Inspirasi dan dorongan kalian obor perjuanganku....
Kekanda – kekanda Azlina dan Norazah serta Adinda – adinda Mohd Noh ,
Atikah dan Azizah...
Kejayaanku pendorong buat kalian.........
Pn Nor Fadila Mohd Amin
Jasa dan bakti tidak boleh ditukar ganti....
Teman – teman seperjuangan....4SPH
Kenangan bersama tak mungkin hilang di memoriku....
Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama....
Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.....
Kejayaan ini adalah milik bersama....
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang dengan izin, taufik dan
hidayahnya dapat saya menyiapkan dan menyempurnakn penyelidikan ini
dengan sebaik mungkin.
Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia yang dihormati, Pn
Nor Fadila Mohd Amin di atas bimbingan, dorongan serta nasihat sepanjang
menjalankan penyelidikan ini.
Ribuan teima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan ahli keluarga
yang telah memberi semangat dan sokongan moral yang amat berharga
sepanjang menyiapkan kajian ini dan sepanjang belajar di bumi UTM ini.
Juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang telah memberi panduan
dan pertolongan. Kenangan bersama tetap dalam ingatan dan terima kasih di
atas segala sokongan. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Wassalam...
v
ABSTRAK
Satu kajian berbentuk deskriptif tinjauan telah dijalankan untuk
mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SPH.
Kajian ini memberi fokus kepada 3 faktor utama iaitu minat , pengajaran
pensyarah dan persekitaran. Seramai 113 orang pelajar tahun 2 dan 4 dipilih
secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada soal
selidik yang mengandungi 38 item. Nilai kebolehpercayaan, alpha cronbach
bagi instrumen ini adalah 0.84. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan SPSS bagi memperoleh nilai kekerapan dan peratus.
Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya penguasaan bahasa Inggeris
responden adalah pada tahap sederhana. Kajian mendapati masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah kurangnya
sokongan daripada keluarga, malu apabila hendak menyampaikan
pembentangan menggunakan Bahasa Inggeris dan berasa rendah diri apabila
mendapat gred yang rendah dalam Bahasa Inggeris.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the mastery level of English
language among SPH students. This descriptive research focused on three
factors namely interest , lecturer and learning environment . 113 second year
and final year SPH students were randomly selected as respondents. The
research instrument used is questionnaire which consists of 38 items. Reliability
value, alpha cronbach for the questionnaire is 0.84. Data descriptive were
analyzed by using SPSS to get the value of frequency and percent. Study shows
that English language mastery level among students is moderate. The study also
reveals that students encounter a few problems such as less support from family
members, lack of confident and feel inferior whenever they get lower mark.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 6
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
1.7 Definisi Istilah 7
1.7.1 Masalah Penguasaan 7
1.7.2 Minat 7
1.7.3 Persekitaran 7
1.7.4 Motivasi 8
1.7.5 Rakan Sebaya 8
1.7.6 Faktor Pengajaran 8
1.8 Kesimpulan 8
II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 9
2.1 Kepentingan Bahasa Inggeris 10
2.2 Pengajaran Pensyarah 12
2.3 Pengaruh faktor Persekitaran 13
2.4 Motivasi Dalam Pembelajaran 14
2.5 Minat 16
2.6 Kajian-kajian lepas 17
2.7 Kesimpulan 19
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 20
3.1 Reka bentuk kajian 20
3.2 Prosedur Persampelan 21
3.3 Instrumen kajian 22
3.3.1 Bahagian A 23
3.3.2 Bahagian B 24
3.4 Pengesahan Instrumen 26
3.5 Kajian rintis 28
3.6 Prosedur kajian 29
ix
3.7 Analisis data 29
3.8 Batasan kajian 31
3.9 Kesimpulan 31
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Soalan kajian 1 : Apakah Kebolehan Pelajar Dalam Menguasai
Bahasa Inggeris 33
4.3 Soalan kajian 2 : Apakah Faktor Minat yang mendorong pelajar
menguasai Bahasa Inggeris 35
4.4 Soalan kajian 3 : Apakah faktor pengajaran pensyarah mendorong
pelajar menguasai Bahasa Inggeris 37
4.5 Soalan kajian 4 : Apakah faktor persekitaran mendorong pelajar
menguasai Bahasa Inggeris. 39
4.6 Soalan kajian 3 : Apakah faktor pengajaran pensyarah mendorong
pelajar menguasai Bahasa Inggeris 41
4.7 Kesimpulan 43
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 44
5.2 Rumusan 45
5.3 Perbincangan
5.3.1 Minat terhadap Bahasa Inggeris 46
5.3.2 Pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris 47
5.3.3 Faktor Persekitaran Yang mendorong Menguasai Bahasa Inggeris
48
x
5.3.4 Masalah yang di hadapi Oleh pelajar Dalam menguasai Bahasa
Inggeris 49
5.4 Cadangan 50
5.5 Cadangan Kajian lanjutan 51
5.6 Kesimpulan 52
BIBLIOGRAFI 53
LAMPIRAN 58
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Pelajar mengikut Tahun Kursus dan Jantina 21
3.2 Bahagian A : Maklumat Peribadi Responden 23
3.4 Taburan item-item Bahagian B borang soal selidik 25
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 26
3.6 Soalan Item Soal selidik yang diperbetulkan 27
3.7 Nilai alpha cronbach 28
3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 30
3.9 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30
3.10 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 31
4.1 Analisis kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris 34
4.2 Analisis faktor minat yang mendorong pelajar menguasai Bahasa Inggeris 36
4.3 Analisis faktor pengajaran pensyarah yang mendorong pelajar menguasai 38
Bahasa Inggeris
4.4 Analisis faktor persekitaran yang mendorong pelajar menguasai 40
Bahasa Inggeris
4.5 Analisis masalah yang dihadapi dalam menguasai Bahasa Inggeris 42
xii
SENARAI SINGKATAN
MUET - Malaysian University English Test IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
BBM - Bahan Bantu Mengajar
SPSS - Statistical Packages Science Social
.
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Borang Soal Selidik
B Pengesahan Instrumen
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bahasa ialah alat atau perantaraan komunikasi. Kita mempelajari bahasa bukan
untuk tujuan mempelajari budaya yang asing, tetapi kita mempelajari bahasa untuk
membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka yang datang dari budaya yang lain.
Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua selepas bahasa Melayu. Bahasa kedua ini adalah
bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut Kamaruddin (1986)
bahasa kedua adalah bahasa yang dipelajari oleh seseorang itu disamping bahasa
kandung yang dia perolehi. Mempelajari bahasa bermakna kita menguasai satu lagi
kemahiran untuk membolehkan kita menyampaikan idea dan buah fikiran kepada
seseorang yang lain. Di samping itu, kita turut mengupayakan diri kita untuk memahami
fikiran dan ilmu yang disampaikan pada kita.
Mempelajari Bahasa Inggeris ialah seperti mempelajari sesuatu disiplin atau
kemahiran. Ia memerlukan kesabaran, disiplin, ketekunan, dan yang paling penting,
semangat. Memang sukar untuk kita menerima hakikat apabila kita membuat kesilapan
ketika bertutur, dan amat memalukan apabila kesilapan kita digelakkan. Sememangnya
mempelajari bahasa memerlukan semangat waja. Penguasaan bahasa datang dengan
2
kebiasaan. Jika kita selalu menggunakan Bahasa Inggeris lama – kelamaan kita akan
menjadi mahir dengan sendirinya. Sekiranya kita tidak menggunakan bahasa, maka lama
kelamaan kita akan kehilangan bahasa tersebut. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris di
mana kita perlu menggunakannya seberapa banyak yang mungkin. Mempelajari Bahasa
Inggeris akan membuka minda pelajar kepada dunia lain.
Dunia hari ini menuju ke era globalisasi yang menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa perantaraan. Dalam menjadi bangsa yang maju mencapai wawasan 2020
sudah tentulah bahasa Inggeris mesti dikuasai. Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan
supaya bidang sains dan teknologi diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan
kabinet mempersetujuinya sejak tahun 1993 lagi (Berita Harian, 28 Disember 1993 dan
Utusan Malaysia, 28 Disember 1993).
Pada masa kini, internet juga membuka luas peluang meraih ilmu pengetahuan,
tetapi kebolehan pelajar untuk menerokai bidang ilmu yang luas ini hanya akan
meningkat sekiranya mereka menguasai Bahasa Inggeris. Dalam dunia Internet dan IT,
90 peratus komunikasi ialah dalam bahasa Inggeris. Ini diperkukuhkan lagi dengan
ucapan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Raja Permaisuri Perak Tuanku
Bainun yang mana beliau menekankan kepentingan mempelajari dan menguasai Bahasa
Inggeris yang amat mendesak berikutan peranannya sebagai bahasa teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) (Amran Mulup, 22 Ogos 2002). Keadaan semasa telah
menjadikan dunia tanpa sempadan sehingga memungkinkan semua orang hidup sebagai
warga dunia dengan satu bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di negara ini berdasarkan Akta
Pelajaran yang diluluskan pada 1961 setelah Bahasa Melayu mengambil alih sebagai
bahasa rasmi sejak negara mencapai kemerdekaan (Akta Pelajaran 1961). Oleh itu, asas
penguasaan bahasa kedua ini jauh bezanya jika dibandingkan dengan penguasaan bahasa
pertama atau bahasa ibunda yang berlaku secara semula jadi.
Hampir 30 peratus pelajar kolej komuniti , politeknik dan universiti awam hanya
menguasai tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian
awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar menguasai
tahap 1 , 23% tahap 2 , 1.9% menguasai tahap 6 , 5.1% pada tahap 5, 43.3% di tahap 3
dan 21% pada tahap 4 ( Mustapha Mohamed , 23 Januari 2007). Kajian ini jelas
menyatakan bahawa pelajar IPTA masih belum dapat menguasai bahasa inggeris dengan
cekap. Justeru itu , mereka perlu berusaha lebih untuk setaraf dengan negara luar untuk
mencapai standard yang dikehendaki dalam menceburi dunia pekerjaan kelak.
Pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu menggandakan
usaha menguasai bahasa Inggeris bagi meningkatkan peluang memasuki pasaran
pekerjaan yang kini semakin sukar dan kompetitif. Bersesuaian dengan pernyataan
Mohd Fuad Razali dan Norzilawati Abdul Halim (23 Mei 2003) yang menyatakan
bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran berkomunikasi supaya berkebolehan
menyampaikan pandangan secara berkesan. Menguasai bahasa sahaja belum mencukupi,
jika tidak disertai kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Sesiapa yang tidak boleh
berkomunikasi, sebenarnya tercicir daripada persaingan untuk menguasai maklumat
dalam era pengetahuan ini. Rakyat Malaysia, seperti juga warga dunia lain, tidak boleh
ketinggalan dalam mempelajari Bahasa Inggeris (Abdullah Ahmad 23 Mei 2003). Fakta
ini jelas untuk mengaitkan senario pembelajaran bahasa Inggeris dengan hasrat
Kementerian Pengajian Tinggi supaya pelajar kita menguasai bahasa Inggeris dalam
mengharungi sistem pembelajaran di peringkat universiti.
4
Pengajaran atau pembelajaran subjek bahasa sama ada bahasa pertama (bahasa
melayu) dan bahasa kedua (bahasa Inggeris) adalah berbeza jika dibandingkan dengan
subjek-subjek lain seperti Matematik dan Sains yang lebih memberatkan kepada
maklumat dan fakta. Penguasaan bahasa kedua bukanlah boleh didapati melalui
pemerolehan semata-mata tetapi dikuasai melalui pembelajaran (Kamaruddin Husin ,
1986).
Kita tidak dapat menolak kenyataan bahawa seseorang yang mampu bertutur
lebih daripada satu bahasa lebih terdedah kepada maklumat malah akan diberi
keutamaan daripada segi peluang pekerjaan. Kenyataan ini lebih ketara lagi apabila
bahasa kedua yang dituturkan itu adalah bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa yang
digunakan dikebanyakan negara-negara di dunia. Kita mesti memperolehi dan
menguasai bahasa kedua jika kita mahu bangsa dan negara kita terus maju dan dapat
bersaing terus mendahului negara-negara jiran.
1.2 Pernyataan Masalah
Penguasaan bahasa Inggeris menjadi satu isu yang sangat penting
diperbincangkan dewasa ini , bukan sahaja dalam kalangan pendidik tetapi juga dalam
kalangan masyarakat dan pihak kerajaan. Kelemahan menguasai bahasa Inggeris akan
menyebabkan sesuatu bangsa itu akan ketinggalan dalam arus pembangunan.
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan penyelidik ingin mengkaji tahap
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar SPH berdasarkan faktor minat ,
pengajaran pensyarah dan persekitaran. Di samping itu juga penyelidik akan mengkaji
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.
5
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk melihat penguasaan Bahasa
Inggeris di kalangan pelajar Tahun 2 dan 4 SPH UTM Skudai. Secara khususnya
objektif kajian adalah seperti berikut :
i. Mengenal pasti kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris
ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar menguasai Bahasa
Inggeris
iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai Bahasa
Inggeris
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris ?
ii. Apakah faktor minat yang mendorong pelajar menguasai Bahasa
Inggeris?
iii. Apakah faktor pengajaran pensyarah yang mendorong pelajar menguasai
Bahasa Inggeris?
iv. Apakah faktor persekitaran yang mendorong pelajar menguasai Bahasa
Inggeris?
v. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai
Bahasa Inggeris?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak – pihak yang
berkenaan khususnya kepada :