Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16(Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : TAHAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU PELATIH KIMIA SESI 2003/04 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : FADHILAHANIM ARYANI BINTI ABDULLAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) a TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :LOT 1511, KG.SG.PINANG PM DR. ABU HASSAN 16040, PALEKBANG, BIN KASSIM KOTA BHARU, KELANTAN
Nama Penyelia
Tarikh : MAC 2004 Tarikh : MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
hanim
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;
Ijazah Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (kimia)”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN KASSIM
Tarikh : __________MAC 2004__________________
TAHAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU PELATIH KIMIA SESI 2003/04
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FADHILAHANIM ARYANI BINTI ABDULLAH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :……………………………..
Nama Penulis :Fadhilahanim Aryani binti Abdullah
Tarikh 12 MAC 2004 :………………………...
hanim
DEDIKASI
…khas buat ayahanda dan bonda tercinta,
Encik Abdullah bin Othman dan Che Mariam Che Abdullah…
…juga adik-adik yang disayangi,
Mohd Fazli, Faizal Bunyamin dan Intan Norliana…
Teman yang teristimewa…..
Mohd. Aidil Afizie bin Daud
A very thank you for all of you …….
Teman-teman seperjuangan,
Yus,sarah,mama fizah,shima,mas,aryue,jemiey,bad,ery,pijan …….
perhatian dan bantuan kalian tersemat kukuh dalam memori…
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia tesis iaitu
PM Dr Abu Hassan bin Kassim di atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk ajar
pertolongan dan peluang yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Ucapan kasih sayang yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan adik-adik
yang sentiasa memberi sokongan moral dan kewangan sepanjang saya menyiapkan tesis
ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada mahasiswa mahasiswi Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah banyak membantu saya dan sudi
menjadi responden terhadap kajian ini.. Tidak ketinggalan, jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang memberikan ilham dan sokongan semasa penulisan tesis
ini dilakukan.
Akhir kata, segala jasa baik dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan dan
hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi kalian.
ABSTRAK
Kompetensi pengajaran merupakan elemen yang amat penting dalam
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru kompetensi pengajaran
haruslah dikuasai sepenuhnya oleh guru mahupun bakal guru. Kajian ini dijalankan
bertujuan meninjau tahap kompetensi pengajaran guru pelatih Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) sesi 2003/2004. Kajian ini khususnya berobjektifkan mengenalpasti
tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam empat aspek yang utama iaitu
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan kemahiran interpersonal. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan melibatkan 78 orang guru pelatih sebagai sampel kajian. Kajian hanya
melibatkan guru pelatih jurusan kimia yang telah mengikuti latihan mengajar. Instrumen
kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan
mengira kekerapan dan peratus menggunakan perisian Microsoft Excell For Windows
versi ME. Secara keseluruhannya, dalam kajian ini,tahap kompetensi pengajaran guru
pelatih berada pada tahap yang sederhana. Kajian hanya melibatkan guru pelatih jurusan
kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi
pengajaran guru pelatih dalam perancangan pengajaran adalah sederhana (70%),
pelaksanaan pengajaran ditahap lemah (45%), manakala dalam aspek penilaian (tahap
lemah=43%) dan kemahiran interpersonal dalam pengajaran (sederhana=72%).
Implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dibincangkan.
ABSTRACT
Teaching competency is one of the most important in learning and teaching
process. Hence, teaching competency should be master by teachers and for those who
will be a teacher in the future. The aim of the this study is to survey the level of teaching
competency among UTM trainee teachers.for 2003/2004 session. The objective of this
study is to identify the level of teaching competency among the trainee teachers base on
four main aspects such as planning, implementing, evaluating and interpersonal skills.
This is descriptive study and involved 78 respondent. Who from chemistry course . The
questionares was distributed and the data was obtained. Analysis of the frequency and
the percentage was done using the software of Microseft Excell equipped with ME
version. It was found that teaching competency among trainee teachers was in the
middle level. The study was carried out that the level of teaching competency for
planning was 70%, implementry was 45%, evaluating (43%) and for interpersonal skill
was 72%. The solutions of this findings in increasing competency level among trainee
teachers are discussed.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Batas kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Kompetensi 11
1.8.2 Pengetahuan dan Kemahiran 11
1.8.3 Persepsi 12
1.8.4 Guru Pelatih Kimia 12
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 1
2.2 Kompetensi 14
2.3 Kompetensi dalam pengajaran 15
2.5 Kompetensi Guru Dalam Pengajaran 16
2.5.1 Kompetensi Dalam Perancangan 19
Pengajaran
2.5.2 Kompetensi Dalam Pelaksanaan 20
Pengajaran
2.5.3 Kompetensi Dalam Penilaian 21
Pengajaran
2.5.4 Kompetensi Dalam Kemahiran 22
Interpersonal
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Populasi dan Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Prosedur Kajian 26
3.6 Kajian Rintis 26
3.7 Analisis Data 27
BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan 29
4.2 Bahagian A:
4.2.1 Latar belakang responden 30
4.2.2 Analisis data berdasrkan latar belakang 31
responden
4.3 Bahagian B
4.3.1: Data berdasarkan persoalan kajian 33
4.2.1.1 Analisis data dalam aspek perancangan 34
pengajaran
4.2.1.2 Analisis data dalam aspek pelaksanaan 37
pengajaran
4.2.1.3 Analisis data dalam aspek penilaian 40
pengajaran
4.2.1.4 Analisis data dalam aspek kemahiran 43
interpersonal pengajaran
4.4 Penutup 45
BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
LANJUTAN
5.0 Pengenalan 46
5.1 Kesimpulan 46
5.2 Implikasi Kajian 48
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 50
5.4 Penutup 51
RUJUKAN 52
LAMPIRAN 58
xiv
SENARAI RAJAH
TAJUK MUKA SURAT Rajah 4.1 40
Rajah 4.2 42
Rajah 4.3 43
Rajah 4.4 46
SENARAI JADUAL
TAJUK MUKA SURAT Jadual 1.1 3
Jadual 1.2 6
Jadual 3.1 30
Jadual 3.2 32
Jadual 4.1 38
Jadual 4.2 39
Jadual 4.3 41
Jadual 4.4 43
Jadual 4.5 45
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dewasa ini sering didedahkan di akhbar-akhbar dan pelbagai media yang
lain, rencana-rencana yang mempertikaikan profesionalisme bidang perguruan di
Malaysia. Tidak seperti musim yang lepas, bidang perguruan merupakan pilihan
profesyen yang dikagumi dan dipandang mulia oleh keseluruhan masyarakat.
Justeru, kita sebagai warga pendidik seharusnya menggembeling tenaga dan idea ke
arah meningkatkan tahap profesional bidang perguruan. Salah satu daripadanya
ialah melatih guru yang kompeten dan komited dengan tugasnya. Harus diingat,
kualiti pelajar diukur berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan yang
secara tidak langsung berkait rapat dengan kualiti pengajaran guru. Justeru, aktiviti
pengajaran guru seharusnya bermakna dan mencapai tahap kompetensi yang tinggi.
Guru perlu mempunyai kompetensi dan keiltizaman yang tinggi dalam
mengendalikan tugas harian yang sangat mencabar, mempunyai pengetahuan yang
luas mengenai isi pelajaran, bersedia sebelum masuk ke bilik darjah, ‘mengetahui
kemasukan’ (iaitu pengetahuan sedia yang berkait dengan topik yang akan diajar)
dan memilih kaedah terbaik bagi membantu pembelajaran murid
2
(Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1999). Proses ini tidak dapat dilaksanakan dengan
hanya mengeluarkan arahan, mencetak panduan atau sukatan pelajaran, atau
mengadakan bahan-bahan bantu mengajar yang baru. Ianya harus dikaitkan dengan
usaha membangunkan guru sebagai seorang yang mempunyai sifat-sifat tertentu
(Fullan dan Hargreaves, 1992). Justeru, pelaburan yang lebih bermakna untuk
membangunkan epistemology pengajaran yang kompeten ialah dengan
menumpukan ke arah membangunkan guru sebagai ‘….reflektif professionals (who)
recognize that adult development is voluntary’ (Capel, 1996). Pembangunan ini
harus bermula diperingkat awal iaitu sejak latihan perguruan lagi.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam satu ucapannya, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad pernah berkata, “mata pelajaran Sains diangggap menarik di negara maju
tetapi di Malaysia ia lebih dianggap membosankan dan menakutkan. Ahli-ahli Sains dan
pendidik hendaklah berusaha menjadikan ilmu Sains sebagai ilmu yang boleh disenangi
oleh orang biasa dan bukan untuk segelintir manusia sahaja. Di negara ini, Sains masih
merupakan perkara asing bagi sebahagian besar anggota masyarakat yang memandang
disiplin itu sebagai bidang yang susah, penuh misteri dan hanya untuk orang yang otak
mereka bergeliga sahaja”.
(Berita Harian, 10 Oktober 1983: 5)
Seruan daripada Perdana Menteri Malaysia ini seharusnya diberi perhatian yang
sewajarnya dan para pendidik perlu menggunakan kaedah pengajaran yang paling
menarik dan mudah diterima oleh pelajar bagi menarik perhatian pelajar mempelajari
sains. Kecekapan mengajar atau keberkesanan pengajaran seseorang guru itu bukanlah
semata-mata bergantung kepada faktor semulajadi tetapi dengan usaha yang berterusan,
dalam menguasai dan mempertingkatkan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa
(Brown, 1975; Moore, 1989). Kepincangan pengajaran guru memberi pelbagai kesan
khususnya dalam proses pembelajaran. Kadar kegagalan dan keciciran pelajar bukan
sahaja disebabkan kekurangan kemudahan pelajaran tetapi juga disebabkan oleh sikap
3
kebanyakan guru yang menjalankan tugas sambil lewa (Ornstein dan Horenstein, 1999).
Tambahan dengan wawasan kerajaan yang ingin mewujudkan negara ini sebagai negara
sains dan teknologi, guru khususnya guru sains telah diberi mandat penting untuk
menjayakan hasrat yang murni ini. Justeru, guru sains perlu mempunyai asas
pengetahuan sains yang kukuh.
Fokus utama dalam pengajaran sains ialah membolehkan pelajar-pelajar
memahami konsep dan hubungan saintifik yang penting. Jika seseorang mempunyai
konsep sains yang betul dan kukuh, maka dia dapat mengaitkan konsep yang sedia ada
dengan konsep yang baru (Tuan Maziyah, 2003). Namun, jika guru kurang pengetahuan
dan kemahiran dalam subjek yang diajar; secara tidak langsung, guru tersebut tidak
dapat menjalankan proses pengajarannya dengan berkesan. Di samping itu, pelajar juga
tidak berupaya memberikan penerangan kembali terhadap pengajaran guru (Veenman,
1984). Masalah ini boleh menyebabkan pelajar tidak memperolehi pencapaian yang
cemerlang contohnya seperti Jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1: Analisis keputusan peperiksaan SPM (Kimia) MRSM Jasin
1998 2002 SKOR Bilangan pelajar peratus
SKOR Bilangan pelajar Peratus
A1 65 17.1 1A 145 33.5 A2 137 36.0
53.1 2A 100 23.1
56.6
C3 96 25.3 3B 76 17.6 C4 51 13.4
38.7 4B 46 10.6
28.2
C5 19 5.0 5C 35 8.1 C6 12 3.2
8.2 6C 13 3.0
11.1
P7 - - 7D 15 3.4 P8 - -
- 8E 3 0.7/TD>
4.1
9G - - - JUMLAH 380 100 100 433 100 100
4
Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin dalam
peperiksaan SPM bagi tahun 1998 dan 2002. MRSM Jasin dipilih kerana kedudukannya
sebagai antara sekolah yang terpilih di Malaysia dalam bidang akademik. Daripada
Jadual 1.1 di atas, didapati hanya lebih kurang 53% pelajar MRSM Jasin mendapat
keputusan cemerlang iaitu mendapat markah A1 dan A2. Terdapat juga pelajar yang
mendapat markah yang agak lemah iaitu 7D dan 8E sedangkan MRSM Jasin merupakan
salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Fenomena ini menunjukkan masih ada
kelemahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Persoalannya,
mengapakah hal ini berlaku? Jika keputusan sebegini berlarutan, dapatkah kita sebagai
warga pendidikan memenuhi amanat kerajaan untu mewujudkan masyarakat sains dan
teknologi? Oleh sebab itu, punca dan penyelesaiannya harus dicungkil.
Faktor yang dikenalpasti menyebabkan fenomena di atas berlaku ialah faktor guru
dan pelajar tidak kompetan dengan tugas masing-masing. Pelajar dikatakan memiliki
konsep asas yang terlalu kabur dan tidak dapat menguasai beberapa kemahiran asas yang
diperlukan (Gilbert dan Hughes, 1979). Dalam konteks ini, kebanyakan guru yang
mengajar mata pelajaran Sains amnya dan Kimia KBSM khususnya tidak berusaha
untuk mengembangkan kemahiran saintifik pelajar dengan baik di mana proses
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah dilaksanakan secara teori sahaja (Abu
Hassan,1999).
Kebanyakan guru-guru Sains khususnya guru Kimia, mengabaikan beberapa
eksperimen yang sepatutnya dilakukan dan terkandung dalam sukatan mata pelajaran
disebabkan rasa takut dan kurang pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan
eksperimen tersebut (Dewan Masyarakat, 2003). Justeru, kita sebagai warga pendidikan
semestinya memberi perhatian yang sepatutnya dan tindakan harus diambil pada
peringkat awal pendidikan guru.
Proses melatih guru-guru khususnya guru pelatih, memerlukan teknik dan
pendekatan mengajar yang sistematik (Hasyim, 1989). Ini bertujuan untuk
melengkapkan guru-guru pelatih ini dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang
5
diperlukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah nanti, di
samping mendorong mereka meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik kuliah. Berdasarkan inilah, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah menggariskan satu set kemahiran asas mengajar yang perlu dikuasai oleh
setiap guru pelatih UTM yang dikenali sebagai ‘Tahap Kemahiran Minimum Mengajar’
atau minimum cempetency sebelum dibenarkan oleh fakulti menjalani program latihan
mengajar di sekolah-sekolah (Esah dan Md Nor, 2001).
Langkah ini diharapkan dapat mengawal kualiti guru pelatih yang menjalani
latihan mengajar di sekolah-sekolah (Esah dan Md Nor, 2001). Guru pelatih perlu
menguasai kaedah pengajaran teori dan amali yang mantap bagi menghasilkan
pengajaran yang menarik dan berkesan. Perkaedahan pengajaran yang berkualiti akan
memberi kekuatan terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.
Justeru, kompetensi dalam pengajaran tidak harus diabaikan begitu saja; sebaiknya,
haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh semua guru, khususnya guru pelatih
(Juriah, 1994). Guru pelatih perlu menguasai kaedah pengajaran amali dan teori yang
mantap bagi menghasilkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran
yang berkualiti akan memberi kekuatan terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar di
dalam bilik darjah (Juriah, 1994). Banyak teknik-teknik pengajaran yang berkesan telah
diwar-warkan, malah turut terkandung dalam kurikulum kursus perguruan, namun ramai
di kalangan guru pelatih memandang enteng mengenai perkara tersebut (Hazil dan
Zainal Abidin, 2001). Sebagai akibatnya, aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran
murid tidak dapat dijalankan dengan optimum.
Suatu pengajaran yang berkesan merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Fenomena di
mana kebanyakan guru pelatih kurang merancang dan mengolah pengajarannya dengan
teliti merupakan satu faktor yang boleh mengganggu keberkesanan aktiviti pengajaran.
Misalnya, banyak hasil kajian menunjukkan guru pelatih masih lemah terutama dalam
penguasaan isi pengajaran, merancang kaedah atau teknik dalam amali dan penggunaan
kaedah atau pendekatan pengajaran (Abu Hassan, 1999). Guru pelatih mesti
6
berkeyakinan dan berkebolehan untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di
mana kebolehan dan keyakinan ini boleh diperoleh apabila seseorang guru itu
mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam pengetahuan dan kemahiran mengenai
sesuatu subjek. Kebolehan dan keyakinan ini penting terutama dalam proses pengajaran
dalam bilik darjah di mana, guru sememangnya bertanggungjawab penuh terhadap
pengajarannya pada masa tersebut (Saedah, 1982). Namun begitu, tidak dapat dinafikan,
kebanyakan guru pelatih masih lemah dan kurang mahir dengan teknik untuk mengajar.
Sebagai contoh, Jadual 1.2 dibawah menunjukkan statistik markah latihan mengajar
yang diperolehi oleh guru pelatih tahun akhir jurusan pendidikan kimia, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Jadual 1.1 : Statistik keputusan latihan mengajar guru pelatih UTM bagi
semester 2 sesi 2002/2003
Gred Bilangan pelatih Peratus Tahap
pencapaian
A 8 0.76
A- 136
144
12.36
13.65 Cemerlang
B+ 386 36.59
B 363 34.41
B- 123
872
11.60
82.65 Baik
C+ 35 3.32
C 0 0.00
C- 1
36
0.09
3.41 Sederhana
D+ 0 0.00
D 0
0
0.00
0.00 Lulus
E 9 9 0.85 0.85 Gagal
Jumlah 1055 100.00%
(Sumber: Fakulti Pendidikan UTM pada Ogos 2003)
7
Jadual 1.2 menunjukkan statistik markah guru pelatih tahun akhir Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam latihan mengajar yang telah
dijalani pada akhir semester 2002/2003. Di dapati hampir 83% guru pelatih mendapat
markah yang baik iaitu di antara B- hingga B+. Ini bermaksud secara keseluruhannya,
guru pelatih Fakulti Pendidikan UTM mempunyai tahap pengajaran yang baik sahaja
dengan hanya beberapa guru pelatih mendapat markah cemerlang (A dan A-) iaitu 14 %.
Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua markah tersebut yang dapat
menjelaskan pelbagai implikasi dalam membincangkan masalah ini. Fenomena ini
menunjukkan masih ada kelemahan dari segi pengajaran dan pembelajaran guru pelatih
di sekolah. Antara sebab yang mungkin ialah guru kurang kompeten semasa pengajaran
di dalam kelas (Muhammad Hamid Al-Afendi dan Nabi Ahmed Baloch,1980).
Guru pelatih yang bakal menjadi seorang guru harus memastikan diri mereka
berkeupayaan dan berkualiti tinggi. Mereka perlu meneliti kemahiran, pengetahuan dan
kepakaran yang ada pada diri sendiri. Refleksi kendiri boleh dibuat untuk memastikan
mereka memiliki keupayaan dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (Mohd Kamal, 1998).
Keberkesanan pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar. Namun,
terdapat anggapan yang mengatakan prestasi cemerlang seseorang pelajar seringkali
dikaitkan dengan kerajinan pelajar atau pelajar tersebut sememangnya telah sedia
pandai. Manakala, pencapaian yang tidak memuaskan seringkali dikaitkan dengan sikap
pendidik yang tidak bersungguh atau tidak kompetan serta komited semasa menjalankan
tugas. Benarkah tuduhan yang dilemparkan ini? Justeru satu kajian perlu dilakukan
untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru-guru dalam pengajaran mereka dan kajian
ini perlu bermula dari peringkat awal latihan perguruan itu sendiri iaitu semasa guru
masih sebagai guru pelatih.
Kompetensi dalam pengajaran adalah merupakan satu aspek yang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Tanpa kompetensi, seseorang guru tidak dapat menyampaikan isi
pengajaran dengan berkesan. Kekurangan kompetensi di kalangan guru di Malaysia ini
8
telah menyebabkan berlakunya beberapa fenomena yang bakal menggugat visi dan misi
pendidikan negara. Kajian yang dijalankan mendapati ramai di kalangan guru-guru sains
mengabaikan beberapa eksperimen yang sepatutnya dilakukan dan terkandung didalam
sukatan mata pelajaran disebabkan oleh rasa takut dan tiada keyakinan serta kemahiran
untuk melakukan eksperimen tersebut (Tuan Maziyah, 2003). Fenomena ini
menunjukkan masih ada kelemahan dari segi proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Antara faktor yang dikenal pasti ialah sikap guru di sekolah. Hasil kajian
menunjukkan hampir semua guru yang mengajar Kimia KBSM, misalnya tidak berusaha
mengembangkan kemahiran saintifik pelajar iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara teori sahaja (Abu Hassan,1999).
Kompetensi guru pelatih yang diukur berdasarkan proses pengajaran
menekankan beberapa aspek utama iaitu perancangan pengajaran, pelaksanaan
pengajaran, penilaian pengajaran seterusnya penerapan nilai kemahiran interpersonal
dalam proses pengajaran. Perancangan yang rapi dan teratur perlu dibuat oleh guru
supaya proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Pelaksanaan pengajaran
yang berkesan akan membantu pelajar menguasai isi pelajaran dengan baik, seterusnya
dapat meningkatkan pencapaian mereka. Kejayaan pelaksanaan sesuatu proses
pengajaran boleh dinilai melalui kejayaan penilaian terhadap hasil pembelajaran.
Penilaian pengajaran penting untuk menilai sama ada pengajaran tersebut berjaya atau
tidak. Penilaian ini termasuklah penilaian formatif dan sumatif. Hubungan interpersonal
yang baik antara pelajar dengan guru dapat membantu penyampaian pelajaran dengan
lebih berkesan. Melalui hubungan tersebut, tiada jurang akan wujud antara guru dan
pelajar, seterusnya guru dapat menyampaikan segala isi pengajaran dengan lebih
berkesan.
9
1.3 Pernyataan masalah
Sebelum seorang pelatih ditauliahkan sebagai guru, kemampuannya untuk
mempraktikkan segala teori, kaedah, starategi, pendekatan, kemahiran dan pengetahuan
yang dipelajari di dalam bilik kuliah akan digilap melalui program latihan mengajar.
Melalui program latihan mengajar, guru pelatih berpeluang menimba pengetahuan dan
kemahiran baru dalam bidang perguruan. Pengetahuan dan kemahiran ini amat berguna
untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Bakal
guru kimia, khususnya, berpeluang mempelajari pelbagai teknik dan pendekatan
pengajaran mata pelajaran Kimia seperti aktiviti di dalam makmal atau di dalam bilik
darjah. Justeru guru pelatih seharusnya mengambil peluang ini untuk memaksimumkan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di mana mereka akan bertindak sebagai
aperentis yang menjalani latihan di bawah seliaan guru terlatih dan pensyarah
pembimbing (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1999). Penilaian yang dijalankan oleh
penyelia akan menunjukkan tahap pencapaian dan keberkesanan input pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi dalam pengajaran di kalangan guru pelatih. Penilaian yang
dijalankan merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan serta penilaian pengajaran.
Dalam konteks kajian ini, jika dirujuk berdasarkan Jadual 1.2, didapati secara
purata tahap pencapaian guru pelatih UTM semasa menjalani program latihan mengajar
yang dijalani adalah pada peringkat baik. Persoalannya: Adakah dapatan tersebut boleh
dijadikan bahan ukuran yang sebenar dalam menentukan tahap kompetensi guru pelatih
dalam pengajaran mereka? Sehubungan itu, kajian diperlukan bagi meninjau pandangan
atau persepsi bakal guru –guru kimia terhadap tahap kompetensi (pengetahuan dan
kemahiran) yang dikuasai dalam proses pengajaran berdasarkan pengalaman mereka
yang telah mengikuti latihan mengajar. Kajian yang telah dijalankan berpandukan
kepada persoalan berikut:
10
1) Sejauh manakah tahap kompetensi pengajaran yang telah dicapai oleh
guru pelatih jurusan pendidikan kimia UTM dalam proses pengajaran
khususnya dalam aspek;
i. Perancangan pengajaran?
ii. Pelaksanaan pengajaran ?
iii. Penilaian pengajaran ?
iv. Kemahiran interpersonal?
1.4 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi guru pelatih jurusan
pendidikan kimia Universiti Teknologi Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi
pengajaran guru pelatih kimia UTM dari aspek:
i. Perancangan pengajaran.
ii. Pelaksanaan pengajaran.
iii. Penilaian pengajaran.
iv. Kemahiran interpersonal.
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini akan dapat memberikan data mengenai persepsi guru pelatih terhadap
kompetensi pengajaran yang dikuasai mereka. Hasil kajian ini diharapkan dapat
digunakan sebagai: