7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
1/42
SOALAN (i)Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka dan pengetahuan
yang anda peroleh dalam pembelajaran yang tatabahasa Bahasa Melayu,
secara individu laksanakan tugasan berikut:
Kenal pasti dan pilih petikan cerpen daripada mana-mana majalah Dewan
Bahasa dan Pustaka yang panjangnya antara 350-400 patah perkataan.
Huraikan bentuk dan penggolongan kata yang terdapat di dalam petikan
tersebut.
1.0 Pengenalan
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada
bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya, buku, elok, tinggi dan
tugas . Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Antara contoh perkataan yang
dibentuk secara pengimbuhan ialah terpakai, menurunkan dan disiram; contoh
perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah ambil alih dan kertas kerja;
dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah pulau-pulau dan labah-
labah.
Saya akan menganalisis cerpen yang bertajuk Dairi Kasih. Dalam bahagian ini
akan membincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi
bentuk-bentuk yang terhasil seperti berikut:
a) Bentuk kata tunggal
b) Bentuk kata terbitan
c) Bentuk kata majmuk
d) Bentuk kata ganda
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
2/42
1.1 Bentuk kata tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolongdalam jenis kata tunggal. Kata tunggal boleh terdiri daripada perkataan yang
mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Satu suku kata
bermaksud perkataan ini terdiri daripada satu vokal (V) dan satu atau lebih
konsonan (K). konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal
atau hadir serentak di hadapan atau di belakang.
1.1.1 Kata tunggal satu suku kata
Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad,
iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa
asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan-
perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan-perkataan dua suku
kata atau lebih, misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan-
perkataan sedemikian tidak dianggap satu suku kata.
Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah
seperti berikut:
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
3/42
Antara contoh kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam cerpen Dairi
Kasih ialah:
KV VK KVK KKVK KVKK KKKV KKKVK
ya - tak - bang - -
ni - nak - yang - -
- - dan - - - -
- - pun - - - -
- - set - - - -
- - kes - - - -
- - dah - - - -
1.1.2 Kata tunggal dua suku kata
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti
berikut:
1. V + KV2. V + VK
3. V + KVK
4. VK + KV
5. VK + KVK
6. KV + V
7. KV + VK
8. KV + KV
9. KV + KVK
10.KVK + KV
11.KVK + KVK
1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
4/42
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri
daripada kata tunggal tiga suku kata ialah kata-kata pinjaman. Oleh itu, jumlah
kata tunggal jenis ini amat kecil bilangannya, tetapi mempunyai pola-pola
susunan konsonan-vokal yang banyak seperti berikut:
1. KV + V + KV
2. KV + V + KVK
3. V + KV +V
4. KV + KV +V
5. KVK + KV + V
6. KV + KV +VK
7. KVK + KV + VK
8. V + KV +KV
9. V + KV + KVK
10.VK + KV + KV
11.KV +KV + KV
12.KVK + KV + KV
13.VK + KV + VK
14.V + KV + VK15.KV + KV + KVK
16.KVK + KV + KVK
17.KV + KVK + KV
18.KVK + KVK + KV
19.KV + KVK + KVK
1.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebihTerdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata
dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman.
Dua Suku Kata Tiga Suku Kata Empat Suku Kata atau Lebih
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
5/42
telah mereka perasaan
pada sesama kesempatan
waktu bahawa kelihatan
masih selama keluarga
penuh menarik -
dalam halaman -lantas suara -
orang kepada -
insan bantuan -
Selain kata-kata seperti di atas kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata
tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar,
contohnya:
Bernama - (Berita Nasional Malaysia)
Gapena - (Gabungan Penulis Nasional)
Mara - (MajlisAmanah Rakyat)
ubahsuai - (ubah sesuai)
kugiran - (kumpulan gitarrancak)
1.2 Bentuk kata terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
6/42
morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Berdasarkan kedudukannya pada
kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
i. Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii. Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii. Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua
bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar
iv. Sisipan, yang hadir di celahan kata dasar
1.2.1 Kata terbitan berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
i. Awalan kata namaii. Awalan kata kerja
iii. Awalan kata adjektif
Antara contoh-contoh awalan kata nama yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih
ialah:
(i) Awalan kata nama
pe- (pegawai)
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
7/42
ke- (ketua)
Didapati awalan kata nama untuk pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, pe-,
juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dan dwi- tiada dalan cerpen Dairi
Kasih.
(ii) Awalan kata kerja
me- (memandu, menaip, menatap, memulas, memeluk)
mem- (membantu, membaca)
meng- (mengambil, mengadu)
menge- (mengetuk)
ber- (berbisik, berfikir, berjalan, bercakap, berjawab)
ter- (tertulis, terlukis, tertidur)
di- (ditarik, diminta)
Didapati awalan kata kerja untuk men-, memper-, be-, bel-, dan diper- tiada
dalam cerpen Dairi Kasih.
(iii) Awalan kata adjektif
Didapati awalan kata adjektif tiada dalam cerpen Dairi Kasih.
1.2.2 Kata terbitan berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan
kata kerja terbitan sahaja seperti yang berikut:
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
8/42
(i) akhiran kata nama
(ii) akhiran kata kerja
Antara contoh- contoh akhiran kata nama dan akhiran kata kerja yang terdapat
dalam cerpen Dairi Kasih ialah:
(i) Akhiran kata nama
-an (hambatan)
(ii) Akhiran kata kerja
-kan (tinggalkan)
-i (duduki)
1.2.3 Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata nama kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
(i) Apitan kata nama(ii) Apitan kata kerja
(iii) Apitan kata adjektif
Antara contoh-contoh apitan kata nama, apitan kata kerja, dan apitan kata
adjektif yang terkandung dalam cerpen Dairi Kasih ialah:
(i) Apitan kata nama
per--an (perhatian)
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
9/42
(ii) Apitan kata kerja
me--kan (menampakkan, menundukkan)
men--kan (menjelaskan)
mem--kan (membuatkan)
meng--kan (mengizinkan)
ber--an (berjauhan, bersahutan)
me--i (merindui)
ke--an (kesepian,kedengaran)
(iii) Apitan kata adjektif
Didapati tiada unsur apitan kata adjektif dalam cerpen yang dikaji.
1.2.4 Kata terbitan bersisipan
Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan
maksud kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk
kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadirdalam perkataan-perkatan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru
dicipta.
Contoh :
Sisipan Kata Nama Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata kerja
kelabut gelembung jelajah
seruling semerbak gelegak
keruping gemilang -
telunjuk sinambung -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
10/42
Didapati tiada unsur kata terbitan bersisipan dalam cerpen yang dikaji.
1.3 Bentuk kata majmuk
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.
1.3.1 Bentuk yang telah mantap
antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari
Didapati tiada unsur bentuk yang telah mantap dalam cerpen yang dikaji.
1.3.2 Penggandaan Kata Majmuk
Kata majmuk yang digandakan hanya melibatkan unsur pertama kata sahaja.
Bagi penggandaan kata majmuk yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk
yang telah mantap, hendaklah digandakan keseluruhan unsurnya.
Contoh :
Alat-alat tulis Balai-balai raya
Gambar-gambar rajah Ketua-ketua menteri
Suku-suku kata Kapal-kapal terbang
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
11/42
Didapati tiada unsur penggandaan kata majmuk dalam cerpen yang dikaji.
1.3.3 Pengimbuhan kata majmukKata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Contoh :
Bercampur aduk Daya serapan
Ditemu bual diurusniagakan
Mengambil alih Menyatupadukan
Didapati tiada unsur pengimbuhan kata majmuk dalam cerpen yang dikaji.
1.4 Bentuk kata ganda
proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan
penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah:Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak
Tiang-tiang Terhinggut-hinggut -
Anak-anak Kedua-dua -
Barang-barang Perlahan-lahan -
Pemandu-pemandu Tersekat-sekat -
- Bersama-sama -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
12/42
2.0 PENGGOLONGAN KATA
2.1GOLONGAN KATA NAMA
2.1.1 Kata Nama Khas
2.1.2 Kata Nama Am
2.1.3 Kata Ganti Nama
2.2 GOLONGAN KATA KERJA
2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif
2.2.2 Kata Kerja Transitif
2.3 GOLONGAN KATA ADJEKTIF2.4 GOLONGAN KATA TUGAS
2.1 GOLONGAN KATA NAMA
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
13/42
Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan
frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda.
Terbahagi kepada tiga:
(i) Kata Nama Khas
(ii) Kata Nama Am
(iii) Kata Ganti Nama
2.1.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.
Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas
hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:KATA NAMA KHAS
Kata Nama Khas Tidak
Hidup
Kata Nama Khas Hidup
manusia bukan manusia
Taiwan Nurul Iman Sufi -
Kuala Lumpur Pak Long -
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan -
Ops Sikap XII - -
Ketua Jabatan - -
- - -
- - -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
14/42
2.1.2 KATA NAMA AM
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitukata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Kata Nama Am
Kata Nama Am Abstrak Kata Nama Am Konkrit
Sepi Rumah
Sunyi Pokok kelapa
Rindu Atap
Gembira Tiang
Malu Rumbia
Sebak Kayu
Malam Pintu
Warna Pemandu
- Kodok
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
15/42
- Jam
- Tangga
- -
- -
- -
2.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan bagi menggantikan
nama benda atau orang. Kata ganti nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata
ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Tunjuk Kata Ganti Nama Diri
tanya orang
itu apa aku
ini kenapa dia
- di mana kami
- siapa -
- adakah -- - -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
16/42
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
17/42
2.2.3 Kata Kerja Transitif
Aktif Pasif
mendengar ditarik
membaca diminta
menarik ditutup
menaip kunikahi
- dikasihi
- -
- -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
18/42
2.3 GOLONGAN KATA ADJEKTIFKata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang
ketara. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan kumpulan.
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Sifat/
Keadaan
Warna Ukuran Bentuk pancaindera waktu cara perasaan jarak
penat merah kecil bujur cantik lambat cepat rindu jauh
tersentak - - - - cepat lambat sedih -
sebak - - - - petang - gembira -
senyum - - - - malam - sunyi -
sepi - - - - - - ceria -senyap - - - - - - sayu -
selesa - - - - - - cemas -
suram - - - - - - - -
cemas - - - - - - - -
- - - - - - - - -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
19/42
2.4 GOLONGAN KATA TUGAS
Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu terkandung
dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu
sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik:
frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif.Perkataan-perkataan dalam golongan
kata tugas ini masuk dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan
daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif, ataupun melalui
perhubungan secara lansung dengan binaan frasa atau klausa tertentu.
Kata Hubung dan sambil atau tetapi untuk yang dengan
Kata Seru - - - - - - -
Kata Tanya bagaimana kenapa apa siapa - - -
Kata Perintah tolong - - - - - -
Kata pangkal
ayat
- - - - - - -
Kata Bantu sudah akan pernah - - - -
Kata Penguat sangat amat paling
Kata Penegas juga -lah -tah pun
Kata Nafi tidak bukan
Kata Pemeri adalah ialah iaitu
Kata Sendi
Nama
daripada dengan dari ke di
Kata
Pembenar
- - - - - - -
Kata Bilangan - - - - - - -Kata Arah dalam tepi kiri kanan - - -
Kata Penekan -nya - - - - - -
Kata
Pembenda
-nya - - - - - -
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
20/42
SOALAN (ii)
Nyatakan definisi, jenis dan fungsi frasa Bahasa Melayu. Berdasarkan cerpen diatas, kenal pasti 15 ayat dan huraikan nama frasa yang menjadi binaan ayatyang berkenaan. (Frasa dalam Bahasa Melayu ialah FN; FK; FA dan FS.)
2.1 TAKRIF FRASA BAHASA MELAYU
2.1.1 Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.
2.1.2 Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi
hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa
frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu
sendiri.
2.1.3 Frasa juga dapat difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang
mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan
atau lebih.
2.1.4 Contoh frasa yang dikembangkan daripada satu perkataan menjadi dua
perkataan atau lebih :
Frasaburung
seekor burung
burung merpati
seekor anak burung
seekor anak burung merpati
2.2 JENIS FRASA BAHASA MELAYU
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
21/42
Terdiri daripada empat jenis frasa iaitu:
i. Frasa namaii. Frasa kerjaiii. Frasa adjektif
iv. Frasa sendi nama
Frasa Nama, Frasa Kerja dan Frasa Adjektif bersifat endosentrik iaitu frasa
yang mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhanfrasanya.
Frasa Sendi Nama bersifat eksosentrik iaitu frasa yang tidak mempunyai
satu inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.
2.3 FUNGSI FRASA BAHASA MELAYU
BINAAN FRASA
Binaan frasa terbahagi kepada empat jenis iaitu :
1. Frasa nama (FN)
i. Frasa nama ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi
sebagai konstituen dalam binaan ayat.
ii. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja
ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan
perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-
perkataan itu iaitu :
iii. Jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi
seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan-
perkataan lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Contoh :
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
22/42
Frasa Nama SubjekPredikat
Inti Penerang
Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
Guru sekolah agama itu guru saya.
Berlagak ke sana ke mari menjadi tabiatnya.
Kelakuan baik Selalu mendapat pujian.
Jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.
Contoh :
Frasa Nama SubjekPredikat
Inti IntiKerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja.
Ibu bapa tidak perlu datang.
Pinggan mangkuk tersusun dengan rapi di atas para.
2. Frasa kerja (FK)
2.1 Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
dan kata intinya kata kerja.
2.2 Binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis, iaitu :
2.3 Frasa kerja tanpa objek
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
23/42
(i) Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek
untuk melengkapkannya.
(ii) Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.
Contoh:
SubjekFrasa Kerja
Kata Kerja Keterangan
Mereka sedang tidur.
Belukar itu terbakar perlahan-lahan.
Hujan turun dengan lebatnya.
2.4 Frasa kerja yang mengandungi objek
i. Kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkan kata kerjanya.
ii. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.
iii. Objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.
Contoh :
SubjekFrasa Kerja
Kata Kerja Objek KeteranganDia menjalankan tugasnya dengan baik.
Anaknya menghidangkan sedulang makanan.
Budak itu membaca buku.
3. Frasa adjektif (FA)
3.1 Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
3.2 Terdapat tiga jenis frasa adjektif, iaitu :
3.3 Frasa adjektif sebagai predikat
i. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir
selepas subjek.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
24/42
Contoh :
Subjek Predikat
Adiknya sangat pandai.
Orang muda itu kacak sungguh.Sekolahnya jauh dari situ.
3.4 Frasa adjektif sebagai keterangan dalam predikat.
i- Frasa adjektif boleh hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan.
Contoh :
Subjek PredikatFrasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif)
Dia berjalan sangat cepat.
Bayi itu tidur nyenyak sekali.
Pemidato itu berucap sungguh lantang.
3.4 Frasa adjektif sebgai unsur penerang.
Contoh :
SubjekPredikat
Frasa Nama Penerang
Duta Besar itu di Beijing paling lama.
Pegawai belia kami ke pusat latihan amat kerap.
Alia orang kaya.
4. Frasa sendi nama (FS)
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
25/42
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
26/42
dengan belakang parang
untuk luar negara
4.5 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama +
(keterangan)
i. Binaan frasa nama juga boleh terbentuk apabila frasa nama
yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti
keterangan.
ii. Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara
pilihan.
Contoh :
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi
Nama
Frasa NamaKeterangan
Kata Arah Frasa Nama
ke selatan negeri Jerman pada musim
panas
dari belakang rumah dengan cara tiba-
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
27/42
tiba
di atas pangkuan ibu saban hari
pada hujung minggu untuk kepentingan
keluarga
RINGKASAN
FN Frasa Nama
FK Frasa Kerja
FA Frasa Adjektif
FSN Frasa Sendi NamaKN Kata Nama
KK Kata Kerja
KA Kata Adjektif
KS Kata Sendi Nama
KB Kata Bantu
KH Kata Hubung
KNa Kata Nafi
KAr Kata Arah
KT Kata Tugas
KM Kata Majmuk
KP Kata Pangkal Ayat
KPe Kata Penegas
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
28/42
AYAT DAN NAMA FRASA YANG MENJADI BINAAN AYAT DALAM CERPEN.
Ayat 1
Aku bergegas ke bilik Iman.
Subjek Predikat
Aku bergegas ke bilik Iman.
FN-merujuk kepada aku
KN-merujuk kepada aku
FK-merujuk kepada bergegas
FN-merujuk kepada Iman
FSN- merujuk kepada ke bilik Iman
Ayat 2
Aku perlahan-lahan menghampirinya.
Subjek Predikat
Aku perlahan-lahan menghampirinya.
FN-merujuk kepada aku
KN-merujuk kepada aku
FK-merujuk kepada menghampirinya.
KG-merujuk kepada perlahan-lahan
Ayat 3
Aku turut sama membaca nota yang tertulis.
Subjek Predikat
Aku turut sama membaca nota yang tertulis.
FN-merujuk kepada aku FK-merujuk kepada membaca dan tertulis
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
29/42
KN-merujuk kepada aku
Ayat 4
Badannya terhinggut-hinggut menahan esakan.
Subjek Predikat
Badannya terhinggut-terhinggut menahan esakan.
FN-merujuk kepada badannya
KN-merujuk kepada badannya
FK-merujuk kepada menahan
KM-merujuk kepada terhinggut-hinggut
KA-merujuk kepada esakan
Ayat 5
Nota ringkas ini turut mengundang sebak di dadaku.
Subjek Predikat
Nota ringkas ini turut mengundang sebak di dadaku.
FN- merujuk kepada nota ringkas
KT-merujuk kepada ini
FK-merujuk kepada mengundang
FA-merujuk kepada sebakFSN-merujuk kepada di dadaku
Ayat 6
Aku tersentak.
Subjek Predikat
Aku tersentak.
FN-merujuk kepada aku
KN-merujuk kepada aku
FK-merujuk kepada tersentak
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
30/42
Ayat 7
Aku terus menoleh memandang Iman.
Subjek Predikat
Aku terus menoleh memandang Iman.
FN-menerangkan tentang aku
KN-merujuk kepada aku
FK-menerangkan tentang menoleh dan
memandang
KN-merujuk kepada Iman
Ayat 8
Mata Iman menatap penuh harapan.
Subjek Predikat
Mata Iman menatap penuh harapan.
FN-menerangkan tentang mata Iman FK-menerangkan tentang menatap
Ayat 9
Sehelai kertas putih terlukis sebuah rumah yang belum berwarna.
Subjek Predikat
Sehelai kertas putih terlukis sebuah rumah yang belum
berwarna.
FN-menerangkan tentang sehelai
kertas putih
FK-menerangkan tentang terlukis
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
31/42
Ayat 10
Aku tersenyum.
Subjek Predikat
Aku tersenyum.
FN-menerangkan tentang aku FK-menerangkan tentang tersenyum
Ayat 11
Mataku kembali menatap wajah bujur milik Iman.
Subjek Predikat
Mataku kembali menatap wajah bujur milik Iman.
FN-menerangkan tentang mataku FK-menerangkan tentang menatap
Ayat 12
Iman menyuakan lukisannya tanpa membantah.
Subjek Predikat
Iman menyuakan lukisannya tanpa
membantah.
FN-menerangkan tentang Iman FK-menerangkan tentang menyuakan
Ayat 13
Lesung pipit kecil terukir indah di pipi kirinya.
Subjek Predikat
Lesung pipit kecil terukir indah di pipi kirinya.
FN-menerangkan tentang lesung pipit FK-menerangkan tentang terukir
Ayat 14
Iman menjelaskan tanpa diminta.
Subjek Predikat
Iman menjelaskan tanpa diminta.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
32/42
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
33/42
3.1 Gaya Bahasa dan Contoh-contohnya
3.2 Nilai-nilai Kemanusiaan
3.3 Unsur-unsur Budaya
3.1 GAYA BAHASA
i. Gaya bahasa atau unsur keindahan ialah cara seseorang menggunakan
bahasa sebagai wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan
terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya.
ii. Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan
(estetika) dalam sesuatu karya disamping menonjolkan keperibadian penulis
kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasa yang tersendiri.
iii. Terdapat 10 gaya bahasa:
1. Personafikasi
2. Simile
3. Metafora
4. Hiperbola
5. Sinkof
6. Rima
7. Asonansi8. Aliterasi
9. Repitasi
10.Perlambangan
1. Personafikasi
-personafikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia,
sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak.
-ia juga dikenali sebagai perorangan atau penginsanan.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
34/42
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah:
Rembulan yang sudah beberapa malam menyembunyikan
wajahnya menyebabkan suasana di kawasan perumahan tempat
tinggalku begitu gelap.
2. Simile
-simile ialah perbandingan yang setara dengan menggunakan kata-
kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen Dairi Kasih ialah:
Bagaikan ditarik magnet, aku bergegas ke bilik Iman.
Dia kutatang bagai minyak yang penuh, namun dia dipinjamkan
sementara kepada kami.
3. Metafora
-metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai,ibarat,dan
sebagainya.Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Air mata kasih mula merembes keluar daripada kelopak mata
isteriku.
Air mata mula bergenang di kolam mataku.
Aku memimpin tangan isteriku dan Iman untuk bersama-sama
meninggalkan hospital diiringi diari kasih yang telah
tersingkap
4. Hiperbola
-hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang
sebenarnya.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
35/42
Aku mengharap jawapan yang dapat menghumban jauh
perasaan tidak enak di hatiku.
Di sebelah kirinya terdapat beranda dengan tiang-tiang kayu
menongkat rumah tersebut dari bawah.
Kalimat yang baru diucapkan Iman bagaikan panahan petir
meruntuhkan sebuah gunungdan menghempap diriku.
Sungguh tidak aku sangka dendam lama masih menjadi duri
yang menikam daging sehingga menanah.
Peristiwa pembahagian tanah arwah ayah di hujung kampong
masih menjadi barah yang sentiasa membaham tautan
kasih yang semakin menipis antara kami.
5. Sinkof
-sinkof bermaksud penyingkatan kata.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Iman takmahu menyusahkan abah dan ibu lagi.
Aku berbisik ke telinga isteriku.
Nak bawa pergi sekolah esok, cikgu nak lihat, Iman
menambah.
Iman, kenapa ni?
Betulkah bah?
Sayang, bangun, kita dah sampai ini. Tadi kata nakbuang air.
6. Rima
-rima ialah persamaan bunyi suku kata pada tempat yang
bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam
puisi.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
36/42
-terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir.
-Didapati tiada unsur rima dalam cerpen Dairi Kasih ini.
7. Asonansi
-asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris
sajak atau ayat.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
A marah dalam hatiku mula meluap-luap.
= pengulangan vokal a.
Rahsia yang tersimpan, terpendam selama ini telah tersingkap.
= pengulangan vokal e.
8. Aliterasi
-aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
K ami terkedu.
= pengulangan konsonan k.
Aku dan isteri tersentak.
= pengulangan konsonan t.
Iman membalas pelukanku dengan erat.
= pengulangan konsonan n.
9. Pengulangan
-unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau,
rangkap yang diulang dalam sajak.
Terdapat 3 unsur pengulangan.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
37/42
Repitasi-ialah pengulangan kata dalam baris yang sama.
-Didapati tiada unsur pengulangan dalam cerpen yang dikaji.
10. Perlambangan
-perlambangan atau symbol ialah kata-kata yang digunakan untuk
menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
Antara contoh yang terdapat dalam cerpen yang dikaji ialah:
Sebuah rumah kayu beratap rumbia dengan sepohon pokok kelapa di
sebelahnya amat menarik pandangan.
3.2 NILAI-NILAI KEMANUSIAAN
Di dalam cerpen Dairi Kasih, saya telah menganalisis beberapa nilai-nilai
kemanusiaan. Antara nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen ini
ialah:
1. Kasih sayang
Ibu dan ayah Iman amat risau dan cemas apabila anaknya itu
menghilangkan diri.
Ibu dan ayah Iman saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
2. Bertanggungjawab
Ibu dan ayah Iman sanggup mengambil dan membesarkan seorang bayi
lelaki yang telah ditinggalkan oleh ibunya.
Ibu dan ayah Iman amat menitikberatkan keselamatan Iman.
3. Kesabaran
Ibu dan ayah Iman amat sabar dalam membesarkan anak angkatnya yang
telah dijangkiti penyakit HIV.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
38/42
Keluarga Iman sabar dalam menghadapi tuduhan yang dilemparkan oleh
Pak Long terhadap ibu bapa serta dirinya sendiri.
4. Ketabahan
Ketabahan seorang ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anaknya.
Ketabahan ibu dan ayah Iman dalam menghadapi cabaran hidup.
5. Keberanian
Keberanian Iman bertanya kepada ayahnya tentang statusnya dalam
keluarga tersebut.
Keberanian ibu dan ayah Iman membesarkan seorang bayi lelaki
walaupun mereka tahu bayi itu telah dijangkiti HIV.
6. Pemaaf
Iman dan ibu bapanya telah memaafkan Pak Longnya walaupun Pak
Longnya telah memfitnah mereka sekeluarga.
3.3 UNSUR-UNSUR BUDAYA
Antara contoh-contoh unsur budaya ialah :
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
39/42
i. Adat
ii. Kepercayaan
iii. Pantang larang
iv. Permainan
v. Pakaian
vi. Tempat tinggal
vii. Hiburan
viii. Pemujaan
UNSUR-UNSUR BUDAYA DALAM CERPEN YANG DIKAJI.
1. Adat
Iman memulakan percakapan dengan ucapan salam.
Iman amat menghormati kedua orang tuanya serta sanak-saudaranya.
Ibu Iman amat menghormati suaminya.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
40/42
KESIMPULAN
Selepas saya menyelesaikan tugasan yang diberi, saya dapat membezakan
antara bentuk dan penggolongan kata dalam sesuatu bahan bacaan khususnya
bahan bacaan ilmiah. Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas
tentang jenis dan fungsi frasa Bahasa Melayu serta nama-nama frasa yang
menjadi binaan sesuatu ayat. Di samping itu, saya dapat menganalisis gaya
bahasa dengan betul dan tepat. Saya juga dapat menganalisis nilai-nilai
kemanusiaan dan unsur-unsur budaya yang mendominasi Bahasa Melayu.
Dengan ini, kita dapat mengekalkan nilai kesopanan serta kesantunan kita
sesuai dengan adat ketimuran yang telah sedia ada dalam diri kita.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
41/42
BIBLIOGRAFI
Safiah,Nik dll. 1986.Tatabasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Hassan Bin Ahmad 1967. Beberapa Masalah Dalam Penulisan Tatabahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd. Ismail Sabrani dll. 2005 Komsas Tingkatan 5. Sasbadi Sdn.Bhd.
Arbak Othman 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD.
Norliza Jamaluddin dll 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2). Selangor:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7/27/2019 MORFOLOGI,SINTAKSIS & KESUSASATERAAN
42/42