10
FONOLOGI, MORFOLOGI, SEMANTIK DAN SINTAKSIS MOHAMMAD FAHMI BIN MUSTAFA (A142630) TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADDUN ISLAM,FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

FONOLOGI, MORFOLOGI, SEMANTIK DAN SINTAKSIS

MOHAMMAD FAHMI BIN MUSTAFA (A142630)

TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB PPPJ2443

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADDUN ISLAM,FAKULTI

PENGAJIAN ISLAM,UKM.

Page 2: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

BIDANG KAJIAN LINGUISTIK

• Bidang ini merupakan sebuah bidang yang amat luas.

• Diantara kajian linguistik ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan.

• Tiga bidang yang utama ialah :-i. Fonetik dan Fonologi

ii. Morfologi

iii. Sintaksis

Page 3: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

FONETIK DAN FONOLOGI

Merupakan satu bidang mengenai pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa.

Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu.

Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi.

Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya.

Page 4: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

Samb.

• Fungsi fonetik dan fonologi ini dapat dilihat dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masing-masing.

• Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.

Page 5: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

MORFOLOGIo Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai

"bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata“.

o Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem.

o Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk.

o Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.

Page 6: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

SAMB. Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di

dalam sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu.

Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

Melalui proses pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk.

Page 7: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

SINTAKSISPerkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani

"suntutein" yang bermaksud menyusun atau susunan.

Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian pembentukan ayat".

Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat.

Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat".

Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar.

Page 8: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

SAMB.Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai

"bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".

Berdasarkan takrif-takrif yang diberikan kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat".

Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat.

Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.

Page 9: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

KESIMPULAN

BIDANG FONOLOGI MERUPAKAN SATU BIDANG YANG MENGKAJI MENGENAI BUNYI-BUNYI BAHASA MANAKALA MORFOLOGI PULA IALAH SATU BIDANG ILMU YANG MENGKAJI TENTANG SELOK BELOK MENGENAI KATA.

ILMU BIDANG SEMANTIK PULA MERUPAKAN SATU ILMU YANG MENGKAJI TENTANG MAKNA KATA DAN ILMU SINTAKSIS PULA MERUPAKAN SATU BIDANG ILMU YANG MENGKAJI MENGENAI STRUKTUR SESUATU AYAT.

Page 10: Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis

SEKIAN TERIMA KASIH