Hak cipta © 2015, Kementerian Pendidikan - ecda.gov.sg NEL Reso… · kanak perlu memperoleh lima sistem bahasa dalam bahasa Melayu iaitu: fonologi, morfologi, sintaksis, semantik

  • Upload
    hanhan

  • View
    239

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

  • Hak cipta 2015, Kementerian PendidikanRepublik Singapura

    Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam sesebuah sistem dapatan semula, atau disalurkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, elektronik, mekanikal, cetakan, rakaman atau sebaliknya, sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta ini.

    Semua maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini tepat pada masa cetakan.

    ISBN: 978-981-09-7138-0

    Direka bentuk oleh Orgnix Creatives Pte Ltd

  • PANDUAN PENDIDIKBAHASA MELAYUUNTUK PRASEKOLAH

    Memupuk Pelajar pada Peringkat AwalKurikulum untuk Tadika di Singapura

  • Kementerian Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada para guru tadika dan tajaka yang berikut atas maklum balas yang diberikan:

    Pusat Penjagaan Kanak-kanak PCF Sparkletots @ Tampines Central Blok 725

    Pusat Penjagaan Kanak-kanak PCF Sparkletots @ Tampines West Blok 140

    Tadika Cavenur

    Tadika Masjid Al-Mukminin

    Tadika MOE @ Punggol Green

    Tadika MOE @ Tampines

    Penghargaan kami kepada pengetua, guru dan kanak-kanak tadika dan tajaka berikut atas pelibatan mereka dalam sesi fotografi:

    Little Dolphins Playskool (Choa Chu Kang)

    Pusat Pembangunan Kanak-kanak PPIS (Bukit Batok)

    Pusat Pendidikan PCF Pasir Ris West @ Blok 517

    Pusat Pendidikan PCF Punggol Central @ Blok 231

    Tadika Iman (CCK) Sdn Bhd

    Tadika Kidz Meadow (Pasir Ris)

    Tadika MOE @ Dazhong

    Tadika MOE @ Frontier

    PENGHARGAAN

  • BAB 1: Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah 3

    BAB 2: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 15

    BAB 3: Penilaian 37

    BAB 4: Bahan Pengajaran 47

    BAB 5: Persediaan Guru 53

    Kandungan

    Matlamat Pembelajaran Bahasa Melayu 5

    Pertimbangan Apabila Merancang Kurikulum Bahasa Melayu 6

    Waktu Kurikulum 7

    Kemahiran Yang Diajarkan 8

    Tema Pelajaran Bahasa Melayu 13

    Nilai Murni dan Budaya 14

    Memahami Matlamat Pembelajaran 17

    Kaedah dan Strategi Pengajaran 26

    Tujuan Penilaian 39

    Proses Penilaian 40

    Lampiran 59

    Rujukan 79

    Pendahuluan 1

    Pengenalan 2

    Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah

  • Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    1

    Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah

    Pada peringkat awal usia, kanak-kanak mula mempelajari sesuatu dengan memberikan respons kepada objek atau peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Perkara-perkara yang melibatkan deria lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa memainkan peranan penting. Dengan menimbangkan perkara-perkara yang menarik perhatian mereka dan cara kanak-kanak belajar sesuatu dengan cepat dan efektif, kita akan dapat memahami cara yang baik untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses perkembangan mereka.

    Begitu juga dengan cara kanak-kanak belajar bahasa. Mereka mempelajari perkataan-perkataan yang dekat dengan diri mereka dan yang konkrit sebelum mengetahui perkataan yang bersifat abstrak. Pada peringkat awal, kanak-kanak tidak membezakan bahasa, sama ada yang diterima itu dalam bahasa pertama atau bahasa kedua. Bagi mereka, perkataan yang dipelajari boleh digunakan untuk menyampaikan maksud mereka. Justeru, kanak-kanak mungkin boleh berdwibahasa tanpa mereka menyedarinya.

    Pendidikan dwibahasa menjadi tunjang sistem pendidikan Singapura. Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura dan satu daripada bahasa rasmi negara harus diajarkan kepada anak-anak kita. Dengan mempelajari bahasa Melayu, diharap kanak-kanak sedar akan jati diri, nilai dan budaya masyarakat Melayu Singapura. Dengan kesedaran ini, mereka akan menghargai nilai-nilai sejarah, sastera, seni dan budaya masyarakat Melayu.

    Semoga penerangan dan panduan yang disediakan ini dapat membantu para pendidik prasekolah menyediakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

    PENDAHULUAN

    Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum

    Kumpulan Prasekolah, Unit Bahasa MelayuBahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPDD)Kementerian Pendidikan (MOE)

  • 2 PENGENALAN

    Tujuan Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah

    Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah ini disediakan untuk membantu pendidik, pentadbir dan perancang kurikulum prasekolah untuk merancang dan melaksanakan program bahasa Melayu di tadika (kanak-kanak berumur 4-6 tahun) dengan berkesan.

    Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang berfikir dan sentiasa menimba ilmu sepanjang hayat. Oleh itu, panduan ini dibina dengan berpandukan:

    Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda: Memupuk Pelajar Aktif dan Pengguna Cekap (MOE, 2010);RangkaKerjaMemupukPelajarpadaPeringkatAwal-RangkaKerjaKurikulum untuk Tadika di Singapura (MOE, 2012); danRangkaKerjaMemupukPelajarpadaPeringkatAwaluntukBahasaIbunda(MOE, 2014).

    Pada masa yang sama, Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah ini disediakan dengan mengambil kira keperibadian yang mahu dipupuk dalam diri kanak-kanak pada peringkat prasekolah. Ciri-ciri ini termasuklah:

    seseorangyangberkeyakinan;mempunyaiarahkendiri;menyumbangsecaraaktif;danwarganegarayangprihatin.

    Oleh itu, saranan-saranan bagaimana program Bahasa Melayu di tadika yang diberikan dalam panduan ini mengambil kira kandungan, kemahiran, proses, produk yang akan menyumbang untuk mencapai tujuan itu. Justeru, kandungan panduan ini merangkumi matlamat, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum, pedagogi dan cara-cara memberikan maklum balas.

  • BAB 1

    MEMPELAJARI BAHASAMELAYU PADA PERINGKAT

    PRASEKOLAH

  • 4

    Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura dan salah satu bahasa rasmi Singapura (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris). Oleh itu, bahasa Melayu perlu diajarkan kepada kanak-kanak ketika mereka berada pada peringkat prasekolah lagi.

    Proses mempelajari Bahasa Melayu pada peringkat awal tertumpu pada keupayaan kanak-kanak mendengar dan bertutur. Pengukuhan kemahiran ini disokong dengan pengalaman berbahasa Melayu dengan keluarga, sekolah dan masyarakat. Semakin kerap kanak-kanak mendengar orang di sekeliling menggunakan bahasa Melayu, semakin baik penguasaan bahasanya dan meningkat keyakinannya untuk menggunakan bahasa Melayu.

    BAB 1MEMPELAJARI BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT PRASEKOLAH

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    5

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Kanak-kanak prasekolah yang mempelajari Bahasa Melayu diharap mempunyai ciri-ciri yang berikut:

    MATLAMAT PEMBELAJARANBAHASA MELAYU

    Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu

    Membina kemahiran asas bahasa dan literasi

    Mengenali budaya etnik tempatan

  • 6

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Untuk memastikan bahawa kurikulum bahasa Melayu yang dilaksanakan berkesan, pengajaran yang dijalankan perlulah dirancang dan menimbangkan perkara-perkara yang berikut:

    Titik permulaan pembelajaran kanak-kanak

    Bahan dan aktiviti yang sesuai

    Aktiviti yang bermakna dan autentik

    Mulakanlah dengan perkara-perkara yang diketahui dan yang boleh dilakukan oleh mereka sebelum bergerak kepada sesuatu yang baharu (contohnya, mengenalkan/berbincang tentang pengalaman menaiki bas sebelum mereka berbincang tentang pengalaman menaiki kapal terbang).

    Gunakanlah bahan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah (contohnya menggunakan doh sebelum menggunakan tepung untuk kegiatan membuat kuih).

    Berikanlah peluang kepada kanak-kanak melakukan sesuatu yang dapat dialami secara langsung seperti membuat layang-layang, membuat aiskrim, melakukan bayaran di kaunter juruwang sebuah pasar serbanika atau menyaksikan kacang hijau berubah menjadi kecambah/tauge.

    PERTIMBANGAN APABILAMERANCANG KURIKULUM BAHASA MELAYU

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    7

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    PERTIMBANGAN APABILAMERANCANG KURIKULUM BAHASA MELAYU

    Kefasihan untuk berbahasa biasanya dikaitkan dengan kerapnya seseorang itu menggunakan bahasa. Hal ini sama dengan kanak-kanak prasekolah. Untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu secara berterusan, guru-guru dan pentadbir tadika disarankan agar menyediakan waktu kurikulum yang membolehkan kanak-kanak belajar bahasa Melayu sekerap mungkin.

    Waktu kurikulum saranan yang dianggarkan mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah ialah:

    WAKTU KURIKULUM

    Peringkat Tadika

    Waktu Seminggu

    Jumlah MingguSetiap Penggal

    Jumlah Waktu Setiap Penggal

    Jumlah Penggal Setiap Tahun

    Tahun 1

    5 Jam

    10 Minggu10 Minggu

    50 Jam

    4 Penggal 4 Penggal

    50 Jam

    5 Jam

    Tahun 2

  • 8

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Kemahiran bahasa merujuk kepada empat kemahiran utama iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk membina kemahiran asas bahasa dan literasi, kanak-kanak perlu memperoleh lima sistem bahasa dalam bahasa Melayu iaitu: fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.

    Kebolehan membina ayat. Bermula dengan gabungan dua perkataan dan bertambah bilangan di peringkat umur yang lebih tinggi, contohnya:Saya duduk.Saya mahu duduk.Saya mahu duduk di situ.

    Kebolehan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks dan dapat menggunakan kata-kata biasa seperti Selamat pagi, Terima kasih atau bahasa yang sesuai dengan suasana dan konteks perbualan.

    KEMAHIRAN YANG DIAJARKAN

    Keupayaan memperoleh perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Perkataan yang dekat dengan kehidupan kanak-kanak diperkenalkan dahulu seperti saya, emak, bapa, makan dan kerusi sebelum memperkenalkan yang jarang dialami oleh kanak-kanak seperti buyut, cicit, moyang dan oneng-oneng.

    Kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Contohnya: bunyi vokal dan konsonan, bunyi sebutan perkataan (sebutan baku) dan menyebut binaan ayat bahasa Melayu.

    Pengetahuan makna perkataan dan ayat. Perkataan yang konkrit seperti kerusi dan rumah difahami dahulu sebelum perkataan abstrak seperti hilang dan cari. Hal ini juga berkaitan kebolehan memahami cerita yang disampaikan.

    FONOLOGI

    MORFOLOGI

    SINTAKSIS

    SEMANTIK

    PRAGMATIK

    (BUNYI)

    (PERKATAAN)

    (AYAT)

    (MAKNA)

    (KONTEKS)

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    9

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempelajari Bahasa Melayu agar mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan berkesan. Justeru, pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah akan memberikan tumpuan kepada kemahiran Mendengar dan Bertutur.

    Kanak-kanak perlu mendengar cara dan sebutan bahasa Melayu digunakan untuk membolehkan mereka menggunakannya dalam pertuturan. Contohnya, guru mengajar dengan menggunakan sebutan baku. Dengan ini, kanak-kanak akan cuba meniru sebutan yang digunakan. Mereka juga memerlukan peluang menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang lain.

    Apabila kanak-kanak berpeluang menggunakan bahasa Melayu ketika bermain dengan kawan-kawan mereka atau orang di sekeliling mereka, kanak-kanak dapat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks yang asli dan bermakna. Contohnya: bergilir ketika berbual dan memahami intonasi, gerak tubuh, dan ekspresi wajah. Pada umumnya, kanak-kanak menjalani empat fasa ketika belajar sesuatu bahasa (Holdaway, 1979), termasuk bahasa Melayu, iaitu:

    Dalam fasa ini, kanak-kanak hanya memerhatikan sahaja. Mereka tidak berbual semasa pelajaran dijalankan atau ketika bermain dengan kawan-kawan. Mereka memerhatikan dan belajar apabila guru dan kawan-kawan mereka menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud dan berkomunikasi dengan orang lain.

    Pemerhatian

    Pelibatan Kanak-kanak menyertai main peranan, perbualan atau perbincangan dengan bimbingan guru.

    Latihan Kanak-kanak berlatih menggunakan bahasa apabila diberikan peluang oleh guru dalam main peranan, perbincangan kumpulan besar atau sesi unjuk dan ujar.

    Penggunaan Kanak-kanak berasa yakin dan secara kendiri menggunakan bahasa dengan orang lain untuk menyampaikan gagasan atau pandangan.

    Kemahiran Mendengardan Bertutur

  • 10

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Oleh itu, aktiviti-aktiviti pelajaran Bahasa Melayu perlulah memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membina kemahiran memahami perkara yang didengar dan bertutur untuk menyampaikan buah fikiran dalam bahasa Melayu.

    Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak termasuklah:

    Mendengar: Mendengar dengan pemahaman Memahamimesejdanarahanyangmudah Memahamiideautamadalamperbualan

    Bertutur: Bertutur untuk menyampaikan maksud Memberitahu keperluan dan keinginan peribadi Bertanya dan memberikan respons kepada soalan-soalan yang mudah Berkongsi pengalaman peribadi dengan orang lain Menyertai perbualan yang ringkas dan mudah

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    11

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Pada masa yang sama, kanak-kanak juga belajar kemahiran-kemahiran bahasa yang membolehkan mereka menguasai kosa kata dan membaca dengan bantuan guru dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak membina kemahiran membaca dengan membuat hubung kait makna yang terdapat pada bahan bercetak. Contohnya, kanak-kanak belajar tentang tajuk buku, penulis buku, pelukis seperti yang terdapat di kulit buku dan arah yang ditunjuk ketika membaca buku, termasuk cara memegang buku dan menyelak halaman buku.

    Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan

    Mengenaliperkataan-perkataanlazim

    Mempunyaikesedaranmengenaibahancetakdanbuku

    Menunjukkanpemahamankepadaisiceritaataupuisi

    Kemahiran Membaca

  • 12

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti dalam kelas Bahasa Melayu, mereka juga perlu melakukan tugasan-tugasan yang melibatkan mereka memegang, mengawal dan menggunakan alat tulis seperti marker, pensel, krayon dan pensel warna. Kebolehan ini termasuklah:membuattanda;melukissimbol;danmenulisabjad/aksarauntuk melambangkan idea.

    Terdapat dua kategori utama pramenulis, iaitu:penulisanmekanikal;danpenulisanekspresif.

    Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    18 19

    Bahasa Melayu digunakan dalam interaksi harian untuk konteks yang pelbagai. Selain itu, penguasaan Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.

    Aktiviti-aktiviti pelajaran bahasa Melayu dijalankan dengan berpandukan tema. Tema-tema ini memberikan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri sebelum belajar tentang orang dan tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia. Hal ini dirancangkan berdasarkan Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang menerangkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi kanak-kanak dengan keluarga, persekitaran dan konteks sosio-budaya yang lebih luas.

    Rajah yang berikut menunjukkan bagaimana tema-tema tersebut disusun:

    TEMA PELAJARANBAHASA MELAYU

    Perkara-perkara yangBerlaku di Sekeliling Saya

    Negara danDunia Saya

    Keluarga, kawan,Masyarakat danPersekitaran Saya

    Diri Saya

    Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharapkan dapat mencapai tiga matlamat pembelajaran iaitu mempunyai minat dalam pembelajaran Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran asas literasi dan bahasa serta mempunyai kesedaran tentang budaya etnik tempatan.

    Memahami Matlamat Pembelajaran

    bermainberceritaberbualbersoal jawab

    permainan tradisionalmengalamimenyentuhmerasa

    mendengarmelihatmenghidu

    menontonmenyanyiberpuisipermainan bahasa

    16

    BAB 2PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

    2Kemahiran Menulis

    Penulisan mekanikal: Pembentukan huruf, frasa atau ayat untuk menghasilkan bentuk tulisan yang boleh dibaca. Peralatan yang sesuai seperti krayon, kapur tulis, pensel dan kertas kosong pelbagai jenis, saiz dan warna harus disediakan. Ini akan memberikan peluang kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka.

    Penulisan ekspresif: Pengalaman kanak-kanak yang dirakamkan dalam bentuk lukisan atau/dan penulisan. Kanak-kanak diharap akan dapat menjelaskan secara lisan dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat mengenai idea-idea atau maklumat apabila ditanya oleh kawan-kawan atau guru. Bergantung pada tahap keupayaan kanak-kanak, guru bolehlah meminta kanak-kanak menyalin atau menulis dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat selepas mereka menjelaskan hasil kerja tersebut.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    13

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    18 19

    Bahasa Melayu digunakan dalam interaksi harian untuk konteks yang pelbagai. Selain itu, penguasaan Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.

    Aktiviti-aktiviti pelajaran bahasa Melayu dijalankan dengan berpandukan tema. Tema-tema ini memberikan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri sebelum belajar tentang orang dan tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia. Hal ini dirancangkan berdasarkan Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang menerangkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi kanak-kanak dengan keluarga, persekitaran dan konteks sosio-budaya yang lebih luas.

    Rajah yang berikut menunjukkan bagaimana tema-tema tersebut disusun:

    TEMA PELAJARANBAHASA MELAYU

    Perkara-perkara yangBerlaku di Sekeliling Saya

    Negara danDunia Saya

    Keluarga, kawan,Masyarakat danPersekitaran Saya

    Diri Saya

    Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharapkan dapat mencapai tiga matlamat pembelajaran iaitu mempunyai minat dalam pembelajaran Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran asas literasi dan bahasa serta mempunyai kesedaran tentang budaya etnik tempatan.

    Memahami Matlamat Pembelajaran

    bermainberceritaberbualbersoal jawab

    permainan tradisionalmengalamimenyentuhmerasa

    mendengarmelihatmenghidu

    menontonmenyanyiberpuisipermainan bahasa

    16

    BAB 2PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

    2Aktiviti-aktiviti pelajaran bahasa Melayu dijalankan dengan berpandukan tema. Tema-tema ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri sebelum belajar tentang orang dan tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia. Hal ini dirancangkan berdasarkan Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner, 1979) yang menerangkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi kanak-kanak dengan keluarga, persekitaran dan konteks sosio-budaya yang lebih luas.

    Gambar rajah yang berikut menunjukkan bagaimana tema-tema tersebut disusun:

    TEMA PELAJARANBAHASA MELAYU

    Negara danDunia Saya

    Perkara-perkara yangBerlaku di Sekeliling Saya

    Keluarga, Kawan,Masyarakat danPersekitaran Saya

    Diri Saya

  • 14

    BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah

    Penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu sangat penting untuk memastikan kanak-kanak menjadi insan yang berhemah tinggi. Nilai murni boleh diterapkan, diserapkan dan disebatikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Nilai-nilai ini termasuklah bertanggungjawab, integriti, hormat-menghormati, kasih-sayang, berdaya bingkas dan harmoni. Guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah diharap akan dapat menyerapkan nilai-nilai ini dalam pengajaran dan pembelajaran agar kanak-kanak berupaya mengenali budaya Melayu. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai-nilai ini haruslah dilaksanakan secara terancang dan sistematik sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    NILAI MURNIDAN BUDAYA

  • BAB 2PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • 16

    Bahasa Melayu digunakan dalam interaksi harian untuk konteks yang pelbagai. Selain itu, penguasaan bahasa Melayu membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.

    Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharap akan dapat mencapai tiga matlamat pembelajaran, iaitu mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran asas bahasa dan literasi serta mengenali budaya etnik tempatan.

    Untuk mencapai matlamat pembelajaran tersebut, pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan utama haruslah dipupuk dalam diri kanak-kanak.

    Memahami Matlamat Pembelajaran

    BAB 2PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    17

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Kanak-kanak akan menyertai kegiatan Bahasa Melayu secara aktif jika kegiatan-kegiatan yang dirancang itu relevan dengan kehidupan mereka. Peluang yang pelbagai harus diberikan agar mereka berupaya bertanya, memerhati, meneroka dan menimba pengalaman secara langsung (first-hand experience).

    Matlamat Pembelajaran 1

    MEMAHAMI MATLAMAT PEMBELAJARAN

    Kanak-kanak boleh menunjukkan minat terhadap aktiviti Bahasa Melayu melalui beberapa cara. Salah satu daripadanya ialah dengan membaca buku Bahasa Melayu. Ketika membaca, mereka akan melihat dan menunjuk gambar-gambar dengan teliti, memberi komen atau bertanya tentang cerita tersebut.

    Kanak-kanak yang mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu akan terdorong untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang menggunakan bahasa Melayu. Bagi matlamat pembelajaran ini, terdapat dua kecenderungan utama:

    Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu

    MENYERTAI KEGIATAN BAHASA MELAYU SECARA AKTIF

    MENIKMATIKEGIATANBAHASA MELAYU

  • 18

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Contoh:

    Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...

    Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan

    mengikutiaksi dalam sebuah lagu, bermain permainan dan/atau membaca cerita-cerita dalam bahasa Melayu.

    berusaha menggunakan perkataan- perkataan baharu dalam perbualan.

    Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif apabila sesuatu perkataan disebut. Contohnya, kanak-kanak melakukan aksi ketika menyanyi lagu 'Pak Mamat Ada Kebun'.

    Aktiviti Tembok Kata:Guru menampal Kad Imbasan Kosa Kata mengikut tema di ruang Tembok Kata.

    Lagu kanak-kanak seperti 'Pak Mamat Ada Kebun', 'Bintang Kecil,' 'Saya Ada Kuda', 'Tanya Sama Pokok', dan lain-lain lagi.

    Kad Imbasan Kosa Kata.

    melihatdan menunjuk gambar- gambar dalam buku dengan teliti, memberikan komen atau bertanya soalan tentang cerita yang disampaikan.

    sukaakancerita rakyat dan lagu- lagu/puisi kanak- kanak tradisional.

    Aktiviti Soal Jawab: Bersoal jawab tentang buku berdasarkan gambar pada kulit buku.

    Aktiviti Bacaan Lantang: Guru membacakan cerita rakyat dan membincangkan isi cerita.

    Buku Besar

    Buku cerita rakyat seperti 'Pak Pandir' atau lagu rakyat seperti 'Bangau, Oh, Bangau'.

    Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu

    Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama

    Menyertai kegiatan Bahasa Melayu secara aktif

    Menikmati kegiatan Bahasa Melayu

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    19

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas bahasa dan literasi boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan yakin. Bagi matlamat pembelajaran ini, terdapat empat pengetahuan/kemahiran/kecenderungan utama dalam pembelajaran yang mengikutinya.

    Membina kemahiran asas bahasa dan literasi

    Kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami perkara yang didengar apabila mereka:

    memahamimesejdanarahanyangmudah;danmemahamiideautamadalamperbualan.

    MENDENGARDENGANPEMAHAMAN

    Kanak-kanak bertutur dalam Bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu maksud:

    memberitahukeperluandankeinginanperibadi;bertanyadanmemberikanresponskepadasoalan-

    soalan yang mudah;berkongsipengalaman peribadi dengan orang lain; danmenyertaiperbualan

    yang ringkas dan mudah.

    BERTUTUR

    UNTUK MENYAMP

    AIKAN

    MAKSUD

    Matlamat Pembelajaran 2

  • 20

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Buku Besar, carta dan buku-buku cerita boleh digunakan sebagai permulaan ketika berbincang mengenai sesuatu tema untuk membolehkan kanak-kanak:

    mengenaliperkataan-perkataanlazim; mempunyaikesedaranmengenaibahancetakdanbuku;danmenunjukkanpemahamankepadacerita/puisi.

    Kanak-kanak gemar menulis, membuat tanda, melukis dan menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharap akan dapat memperoleh kemahiran pramenulis, iaitu:

    menunjukkan kawalan dan manipulasi semasa memegang pensel/marker besar; menunjukkangayayangbetuldanmemegangpensel/marker besar dengan genggaman pensel yang betul; danmenunjukkanpemahamanbahawamelukisdanmenulissimbol pada halaman ialah satu cara untuk memerihalkan sesuatu topik.

    MENGENALI PERKATAAN DAN MEMBACADENGAN BANTUAN

    MEMBUAT TAN

    DA,

    MELUKIS SIMB

    OL

    DAN MENULIS

    ABJAD/

    AKSARA

    UNTUK

    MELAMBANGK

    AN

    IDEA

    Matlamat Pembelajaran 2

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    21

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    MEMBUAT TAN

    DA,

    MELUKIS SIMB

    OL

    DAN MENULIS

    ABJAD/

    AKSARA

    UNTUK

    MELAMBANGK

    AN

    IDEA

    Contoh:

    Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...

    Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan

    Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama

    mematuhi 1-2 arahan yang diberikan secara lisan.

    Memberi arahan kepada pasangan dan meminta pasangan itu mematuhi arahan satu persatu. Kemudian, membincangkan sama ada arahannya menepati matlamatnya.

    Contoh arahan: Tolongambilkan pensel itu.Tampalgambarini di atas kertas.

    melakukan pergerakan dan aksi apabila bernyanyi atau membaca puisi.

    Guru mengajar aksi-aksi yang bersesuaian dengan lagu kanak-kanak.

    Lagu kanak-kanak seperti 'Bangun Tidur' dan 'Bila Kita Berkumpul'

    Memahami mesej dan arahan yang mudah

    Memahami idea utama dalam perbualan

    Mempunyai kemahiran asas bahasa dan literasi

    Mendengar dengan pemahaman

    Matlamat Pembelajaran 2

  • 22

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    menyampaikan mesej yang mudah kepada guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.

    Menyampaikan pengenalan yang ringkas mengenai diri sendiri. Contohnya, Namasaya_____.Umursaya_____ tahun.

    menggunakan kelantangan dan nada yang sesuai apabila bercakap (contohnya bercakap dengan nada yang sopan).

    berkongsi pengalaman menggunakan ayat-ayat mudah dengan orang lain (contohnya tentang makan malam keluarga, bersiar-siar atau wisata kelas).

    bertanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang rakan-rakan mereka.

    Berbual dengan pasangan atau kumpulan kecil menggunakan intonasi yang betul. Contohnya mengenai:Dirisendiridan keluargaPengalaman peribadiPoster/buku

    Aktiviti Unjuk dan Ujar:Berkongsi gambar-gambar dan pengalaman dengan rakan-rakan (contohnya tentang lawatan sambil belajar).

    Aktiviti berpasangan: Berbual tentang makanan kegemaran dan kemudian membuat kolaj Makanan Kegemaran Saya & Rakan.

    Gambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan

    Gambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan

    KertasPelekatGambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan

    Memberitahu keperluan dan keinginan peribadi

    Bertanya dan memberikan respons kepada soalan-soalan yang mudah

    Berkongsi pengalaman peribadi dengan orang lain

    Menyertai perbualan yang ringkas dan mudah

    Bertutur untuk menyampaikan maksud

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    23

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    mengecam perkataan-perkataan lazim di dalam kelas dan pusat pembelajaran (seperti label yang ditampal di dinding kelas atau pusat pembelajaran).

    menggunakan pensel/penanda untuk membuat contengan dan menulis huruf.

    Guru melabel perkataan-perkataan lazim di dinding pusat pembelajaran. Guru menyuruh kanak-kanak mengecam perkataan-perkataan tersebut.

    Membuat aktiviti tulisan pelangi pada bentuk-bentuk abjad yang dipelajari.

    Label perkataan-perkataan lazim

    Lembaran Kerja Tulisan Pelangi Pensel warna Krayon

    bercakap tentang watak yang digemari oleh mereka dalam cerita (contohnya mengapa mereka suka akan watak itu).

    menggunakan pensel untuk menyurih atau menulis huruf.

    menceritakan semula urutan cerita.

    menggunakan simbol-simbol untuk meluahkan idea.

    Membaca dengan bantuan guru, kemudian berbincang tentang watak yang digemari oleh mereka dalam cerita.

    Aktiviti menyurih abjad.

    Membaca dengan bantuan guru, kemudian mengimbas kembali urutan cerita tersebut.

    Melukis gambar mengenai tajuk-tajuk tertentu seperti Haiwan Peliharaan & Perayaan lalu menceritakannya kepada rakan dan guru.

    Buku cerita Buku Besar

    Lembaran Kerja Menyurih Abjad

    Buku cerita Buku Besar

    Pensel warna Krayon

    Mengenali perkataan-perkataan lazim

    Menunjukkan kawalan dan manipulasi semasa memegang pensel/marker besar

    Mempunyai kesedaran mengenai bahan cetak dan buku

    Menunjukkan pemahaman kepada cerita/puisi

    Menunjukkan gaya yang betul dan memegang pensel/marker besar dengan genggaman pensel yang betul

    Menunjukkan pemahaman bahawa melukis dan menulis simbol pada halaman ialah satu cara untuk memerihalkan sesuatu topik.

    Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan

    Membuat tanda, melukis simbol dan menulis abjad/aksara untuk melambangkan idea

  • 24

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Mengenali budaya etnik tempatan

    Pembelajaran Bahasa Melayu berkait rapat dengan tradisi dan adat resam. Aspek budaya dan nilai moral yang sering digambarkan dalam cerita-cerita yang didengar oleh mereka akan menjadi relevan.

    Kanak-kanak sudah mula sedar akan identiti bangsa dan kumpulan etnik mereka pada peringkat yang awal. Mempelajari Bahasa Melayu membolehkan kanak-kanak memahami identiti mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan memberi mereka peluang untuk mengalami kegiatan budaya masyarakat Melayu dan tempatan.

    Penggunaan Bahasa Melayu tidak terbatas dalam kelas Bahasa Melayu. Selain guru, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat Melayu agar bahasa Melayu menjadi bahasa yang hidup dalam diri kanak-kanak.

    MENGENALI

    ADAT DAN

    TRADISI

    BERINTERAKSI DENGAN KAWAN-KAWAN, KELUARGA DAN MASYARAKAT

    Matlamat Pembelajaran 3

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    25

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...

    Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan

    Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama

    bertanya tentang sambutan perayaan.

    bercakap mengenai aktiviti yang selalu dilakukan oleh mereka bersama keluarga

    Mengadakan sambutan perayaan di tadika dengan memakai pakaian tradisional/ mengadakan perhiasan mengikut perayaan/menyanyi lagu perayaan.

    Membincangkan pakaian tradisional dan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk bertanya tentang sesuatu perayaan.

    Membuat aktiviti/projek yang melibatkan ibu bapa. Kanak-kanak melukis, mewarnakan dan menceritakan isi gambar kepada ibu bapa. Contohnyamengenai:MakananTradisional MelayuSambutanHariRaya

    GambarperayaanVideo/Audio tentang perayaan masyarakat Singapura

    PenselWarnaKrayon

    Mengenali adat dan tradisi

    Berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat Melayu

    Mengenali budaya etnik tempatanContoh:

    Matlamat Pembelajaran 3

  • 26

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Kanak-kanak memperoleh kefasihan bahasa Melayu apabila mereka sering berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pemerolehan ini dikukuhkan lagi di dalam kelas bahasa Melayu yang melibatkan perkara-perkara berikut:

    Guru merupakan suri teladan yang menggunakan bahasa Melayu yang baik. Apabila kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka, guru boleh memberikan galakan dengan mendengar dan memberikan respons yang sesuai. Dengan menimbangkan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak, guru boleh membantu mereka dengan menggunakan ayat-ayat mudah dan bertutur dengan tahap kelajuan yang sesuai.

    Sekiranya kanak-kanak membuat kesilapan, guru boleh menunjukkan contoh yang betul tanpa menegur kesilapan mereka. Contohnya, apabila kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dalam interaksi berikut:

    Kanak-kanak: Azim stomach pain. Dia pergi toilet. Guru: Ohh... Azim sakit perut. Dia pergi ke tandas.

    Ketika bertutur, guru boleh menjadi suri teladan kepada kanak-kanak dengan:menghadapmukadengankanak-kanak ketika bertutur;bertentangmata;mendengar apa yang diujarkan oleh kanak-kanak; danulang perkataan atau memparafrasa untuk menunjukkan pemahaman.

    KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN

    Menjadi Contoh

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    27

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN

    Buku ialah salah satu bahan penting dalam pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Apabila guru membacakan buku cerita kepada mereka, minat untuk mengetahui cerita dan membaca akan timbul. Dalam kurikulum Bahasa Melayu di peringkat prasekolah, pembacaan buku secara lantang bertujuan untuk:

    menarikminatkanak-kanakpadaceritadalambahasaMelayu;memahamiceritayangdisampaikandalambahasaMelayu;bertuturtentangceritayangdidengar;danmemperolehdanmenggunakankosakatayangdidengar.

    Oleh itu, aktiviti-aktiviti bacaan yang disediakan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu.

    Untuk meningkatkan kesan aktiviti bacaan lantang, guru perlulah mengetahui cerita yang hendak disampaikan dahulu. Ketika membaca, duduklah berhadapan dengan kanak-kanak (contohnya dalam bulatan). Cara penyampaian cerita juga penting.

    Sebutan Baku ketika Membaca LantangSebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan berdasarkan ejaan. Guru perlulah memberikan contoh cara membaca lantang dengan sebutan baku. Dengan demikian, kanak-kanak dapat menggunakan sebutan huruf dalam perkataan-perkataan yang dibaca secara lantang.

    Bacaan Lantang

  • 28

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Dalam Pendekatan Membaca Bersama (Shared Book Approach atau SBA), guru menggunakan buku (biasanya Buku Besar) untuk membacakan cerita. Dengan menggunakan Buku Besar, kanak-kanak dapat melihat gambar dan teks tercetak serta mengambil bahagian secara aktif dalam pembacaan. Guru menggunakan penunjuk untuk menunjukkan gambar atau teks (huruf, perkataan, frasa atau ayat) untuk menghubung kait dengan cerita. Lazimnya, Buku Besar yang sama dibaca berkali-kali agar kanak-kanak lebih faham isi cerita, mengukuhkan kosa kata dan mendapat maklumat baharu. Secara umumnya, matlamat SBA adalah untuk:

    memberikanpengalamanyangmenarikminatkanak-kanakkepadabuku;menunjukkancontohmembacabukuyangbaik;menggalakkankanak-kanakmenggunakanbahasaMelayudalamsuasanayangselesa;mengukuhkanpemahamantentangceritayangdidengar;danmengajardanmengukuhkankemahiranberbahasaMelayu.

    Pada dasarnya, SBA untuk pelajaran bahasa Melayu boleh dijalankan dengan adaptasi agar fokus penggunaan Buku Besar adalah untuk meningkatkan minat dan pemahaman kanak-kanak pada cerita dalam bahasa Melayu.

    Pendekatan MembacaBersama

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    29

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Mengenalkan tema dan konsep yang akan disentuh dalam Buku Besar melalui perbincangan dan aktiviti. Contohnya, untuk Buku Besar mengenai Hari Raya, guru bolehlah menunjukkan video, mendengarkan lagu Hari Raya, melukis ketupat atau memperagakan pakaian Melayu.

    Langkah 1

    Langkah 3 Guru membaca buku sekali lagi tanpa henti. Sekiranya ada pertanyaan, guru bolehlah memberikan respons ringkas agar bacaan tidak terlalu terganggu. Kanak-kanak yang sudah mempunyai kemahiran membaca digalakkan membaca secara lantang bersama-sama guru. Langkah 3 bolehlah diulang beberapa kali sekiranya perlu.

    Dalam menjalankan langkah-langkah yang disarankan, guru boleh mengambil peluang, untuk:

    mengajarkankosakata;menggunakanlagudanpuisi;mainperanan;menggunakanpermainanbahasa;danmenulisbersama.

    Langkah 2 Mengenalkan buku, ilustrasi pada kulit buku, tajuk buku, nama penulis dan pelukis. Guru membincangkan tentang ilustrasi buku dengan kanak-kanak. Selepas setiap halaman, guru membaca teks yang tercetak dengan menggunakan penunjuk.

    SBA boleh dijalankan dalam beberapa langkah:

  • 30

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Mengenalkan buku, tajuk buku, nama penulis dan pelukis. Guru mengajak kanak-kanak berinteraksi tentang ilustrasi buku (termasuk kulit buku dan halaman judul penuh) dalam setiap halaman. Sekiranya respons kanak-kanak bercanggah dengan jalan cerita, guru tetap meneruskan interaksi. Guru juga tidak perlu mengaitkan isi di halaman dengan halaman sebelumnya.

    Langkah 1

    Langkah 3 Guru membaca buku tanpa henti pada hari-hari yang selanjutnya. Sekiranya ada pertanyaan, guru bolehlah memberikan respons ringkas agar bacaan tidak terlalu terganggu. Langkah 3 bolehlah diulang beberapa kali sekiranya perlu.

    Langkah 2 Selepas berbincang mengenai ilustrasi dalam setiap halaman, guru membaca tajuk buku serta nama penulis dan pelukis buku sekali lagi. Guru mula bercerita berdasarkan plot, tanpa membaca teks yang tercetak. Guru digalakkan menggunakan teknik drama, menggunakan intonasi yang sesuai, alat bercerita dan kesan bunyi. Guru mengajukan soalan ketika bercerita untuk mengukur pemahaman dan melibatkan kanak-kanak secara aktif.

    Berinteraksi dan Bercerita

    Apabila menjalankan SBA, guru juga boleh memberikan fokus kepada aspek berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercerita kepada mereka. Langkah-langkah Berinteraksi dan Bercerita adalah seperti yang berikut:

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    31

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Berinteraksi dan Bercerita

    Meluaskan: Guru meluaskan respons kanak-kanak agar interaksi berkenaan cerita akan lebih luas atau mendalam agar kanak-kanak juga berfikir mengenai isu yang diutarakan.

    E (Expand)Menilai: Guru menilai respons kanak-kanak sebelum memberikan maklum balas dengan rangsangan yang sesuai.

    Semasa menjalankan sesi 'Berinteraksi dan Bercerita', guru bolehlah menggunakan teknik Pembacaan Dialogik (Dialogic Reading). Menerusi teknik ini, kanak-kanak diajak meneka kandungan cerita. Guru melibatkan kanak-kanak dalam pembacaan dengan menggunakan rangsangan dan mengajukan soalan-soalan agar kanak-kanak lebih banyak bertutur dan terlibat dalam kegiatan bercerita itu. Untuk menggunakan teknik ini, guru bolehlah mengaplikasikan akronim PEER dan CROWD (Zevenbergen & Whitehurst, 2003).

    PEER

    Rangsangan: Guru mengajukan soalan rangsangan yang sesuai untuk menyediakan interaksi yang bermakna.

    Mengulang: Guru mengulang respons kanak-kanak untuk mengukuhkan pemahaman kanak-kanak tersebut dan kanak-kanak yang lain. R (Repeat)

    Pembacaan Dialogik

    C (CompletionPrompts)CROWD

    Melengkapkan (sesuatu): Guru membina soalan yang perlu dilengkapkan dengan perkataan/frasa oleh kanak-kanak (contohnya: Umang-umang itu takut sebab______).

    Mengingat kembali: Guru bertanya tentang peristiwa atau watak dalam cerita (contohnya: Apakah yang dilakukan oleh umang-umang?).R (Recall Prompts)Soalan rangsangan seperti 'bila', 'bagaimana', 'siapa' dan 'di mana' yang memberikan fokus pada gambar dalam cerita.O (Open-ended Prompts)

    W (Whs Prompts) Mengulang: Guru mengulang respons kanak-kanak untuk mengukuhkan pemahaman kanak-kanak tersebut dan kanak-kanak yang lain. Rangsangan yang mengaitkan pengalaman kanak-kanak (contohnya: Pernahkah awak rasa takut seperti umang-umang? Ceritakan). D (Distancing Prompts)

    P (Prompts)E (Evaluate)

  • 32

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Nyanyian

    Kanak-kanak prasekolah berasa teruja apabila menyanyi bersama-sama atau menyanyi beramai-ramai. Nyanyian ialah satu aktiviti yang amat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Antara kategori-kategori lagu yang sesuai untuk kanak-kanak ialah lagu yang berunsur nasihat, lagu rakyat, lagu beraksi, lagu permainan dan lagu bertema. Lazimnya, lagu digunakan bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema tentang diri saya, keluarga dan haiwan.

    Semasa memilih lagu kanak-kanak, pilihlah lagu yang mengandungi banyak ulangan lirik dan melodi yang mudah dipelajari. Kaitkan lagu dengan pergerakan badan yang sesuai. Berikut ialah beberapa langkah yang dapat dijadikan panduan semasa mengajar nyanyian kepada kanak-kanak.

    Pilih lagu kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti lirik yang pendek, berulang dan mudah difahami serta melodi yang menarik.

    Nyanyikan atau perdengarkan berulang kali sebelum mengajak kanak-kanak bernyanyi sambil melakukan aksi yang sesuai.

    Kenalkan gerak-geri atau aksi bersama perkataan. Hal ini akan membantu kanak-kanak memahami dan mengamati perkataan dalam senikata lagu. Sebut perkataan dalam senikata bersama kanak-kanak untuk membantu penyebutan yang betul.

    Langkah 1

    Langkah 3

    Langkah 2

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    33

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Nyanyian Bermain

    Bermain ialah aktiviti utama yang menentukan perkembangan kanak-kanak dan mewujudkan zonperkembanganproksimal (Vygotsky, 1966). Pembentukan konsepberlaku semasa kanak-kanak bermain secara imaginatif dan semasa mereka sedang meneroka (Fleer, 2011).

    Antara jenis-jenis permainan yang dikemukakan oleh Parten (1932) ialah:

    Permainan Sendirian (solitary play):Kanak-kanak bermain bersendirian dan tidak melibatkan orang lain.

    Permainan Selari (parallel play): Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Contohnya, dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama.

    Permainan Asosiatif (associative play): Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak yang lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama. Contohnya, semasa aktiviti main peranan, beberapa orang kanak-kanak ingin melakonkan watak Adik. Tiada pula yang mahu melakonkan watak Ayah. Guru perlu membimbing dan memberikan cadangan.

    Permainan Kooperatif (cooperative play):Seorang kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat individu dapat dijadikan minat kumpulan.

    Menurut Gray (2013), bermain boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu fizikal, konstruktif, penerokaan, fantasi, sosial dan bahasa.

    Bermain ialah salah satu jentera yang akan mendorong kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Bermain dikaitkan dengan keseronokan dan perasaan tidak terancam yang menjadi perangsang utama untuk kanak-kanak menggunakan bahasa.

  • 34

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Bermain untuk mencapai matlamat pembelajaran

    Bermain Secara Terarah (Purposeful Play)

    Permainan terarah mencapai matlamatnya apabila kanak-kanak: berasaseronok;melibatkandirisecaraaktif;danmempamerkanperlakuansepertiyangdinyatakandalammatlamatpembelajaran.

    Dalam permainan secara terarah, guru memainkan peranan penting. Guru merancang aktiviti bermain untuk kanak-kanak dengan berpandukan objektif dan guru juga memainkan peranan yang aktif dalam menyokong permainan tersebut (Fleer, 2013).

    Bermain secara bebas tanpa struktur

    Bermain secara terarah Bermain secara berstruktur

    Kanak-kanak mengarah

    permainan tanpa

    sokongan atau dengan

    sokongan guru yang

    minimal.

    Kanak-kanak dapat meneroka

    persekitaran menerusi aktiviti bermain

    yang dirancang dan dibimbing guru

    agar matlamat pengajaran dan

    pembelajaran dapat dicapai.

    Guru mengarah kanak-

    kanak ketika bermain

    manakala kanak-kanak

    bermain mengikut arahan.

    Konsep bermain secara terarah merupakan sebahagian daripada kontinum bermain. Gambar rajah di bawah merupakan ilustrasi pelibatan guru ketika kanak-kanak terlibat dalam permainan yang terarah.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    35

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Berfikir berpasang berempat (Think pair square)

    setiapkanak-kanakdalamkumpulanberfikirsecaraindividumengenaitugasanyang diberikan;

    Pembelajaran kooperatif merujuk penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil sama ada secara berpasangan atau berkumpulan bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Pembelajaran kooperatif penting dalam perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, sosial dan emosi. Kanak-kanak berpeluang mengajar dan belajar antara satu sama lain dan menghormati kebolehan kawan-kawan. Guru berperanan memerhatikan kanak-kanak semasa aktiviti secara kooperatif untuk menentukan tahap kesediaan mereka.

    Yang berikut ialah beberapa contoh teknik yang boleh dijalankan oleh guru Bahasa Melayu dalam pendekatan pembelajaran kooperatif:

    Berfikir berpasang berkongsi (Think pair share)

    setiap kanak-kanak dalam kumpulan berfikir secara individu mengenai tugasan yang diberikan;kerjaberpasanganKanak-kanakAberbincangdenganseorangpasangan;misalnya, kanak-kanak B; Kanak-kanak C berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak D; danberkongsi dengan kelas. Salah seorang daripada pasangan menyampaikan hasil perbincangan.

    Pembelajaran Kooperatif

    kerja berpasangan Kanak-kanak A berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak B; Kanak-kanak C berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak D; dansetiapkanak-kanakberkongsidengankumpulan.

  • 36

    BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Pengajaran Pembezaan

    Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang dapat menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan kanak-kanak dalam situasi pengajaran. Secara am, pengajaran pembezaan bererti membezakan kandungan (konsep, prinsip dan kemahiran), proses (strategi dan aktiviti) dan produk (hasil dan cara penilaian) dalam pengajaran bagi kumpulan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.

    Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang ketiga-tiga perkara ini:

    KANDUNGAN

    PROSES

    PRODUK

    Guru boleh membezakan kandungan atau bahan pengajaran. Contohnya, guru boleh mempelbagaikan bahan bacaan kanak-kanak mengikut tahap kesediaan dan minat mereka. Guru juga boleh mengembangkan pemikiran dan kemahiran kanak-kanak yang telah dapat menguasai kandungan yang diajar dengan kandungan pelajaran yang lebih mencabar.

    Guru boleh membezakan proses dengan menggunakan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah. Contohnya, guru meminta kanak-kanak yang berkebolehan melakukan aktiviti secara kendiri manakala kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran yang diajarkan diberikan bantuan bagi membolehkan mereka menyelesaikan tugasan tersebut.

    Guru perlu mempelbagaikan tugasan berdasarkan keupayaan dan minat kanak-kanak. Contohnya, guru boleh membezakan produk dengan meminta kanak-kanak untuk menghasilkan lukisan atau membuat perkongsian secara lisan, bergantung kepada kebolehan atau minat mereka.

  • Pengajaran Pembezaan

    PROSES

    BAB 3

    PENILAIAN

  • 38

    Penilaian pada peringkat prasekolah amat berbeza dengan penilaian yang dijalankan pada peringkat sekolah rendah dan peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana kanak-kanak prasekolah lazimnya membina pengetahuan apabila mereka mengalami sesuatu perkara, berinteraksi, mempelajari sesuatu yang maujud dan amali (Bredekamp & Rosegrant, 1992, 1995). Penilaian juga amat mencabar ketika kanak-kanak masih kecil kerana perkembangan mereka sangat pantas, tidak tekal, episodik dan amat dipengaruhi oleh persekitaran (Shepard, Kagan & Wurtz, 1998).

    Oleh itu, penilaian harus dijalankan secara berterusan, berbentuk tidak formal dan perlu dilakukan dengan sengaja, sebagai sebahagian rutin pelajaran Bahasa Melayu. Proses ini melibatkan guru mengenal pasti dan mengumpulkan bukti ketika pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Dengan maklumat ini, guru berupaya:

    membuatkeputusanapabilamerancangpelajaranBahasaMelayu;mengenal pasti perilaku kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian khusus atau secara peribadi; danmembantupentadbirpusatprasekolahmengubahsuaikurikulumsekiranyaperlu.

    BAB 3PENILAIAN

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    39

    BAB 3 Penilaian

    TUJUAN PENILAIAN

    Antara tujuan penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:

    mengenalpastikeperluanpembelajaransetiapkanak-kanak;memantauperkembangankanak-kanaksecaramenyeluruh;danmemberikan maklum balas kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pentadbiran pusat prasekolah.

    Penilaian Pencapaian

    Ujian pena dan kertas atau cara-cara penilaian yang formal (secara individu atau dalam kumpulan besar) untuk membandingkan seorang kanak-kanak dengan yang lain tidak sesuai di peringkat prasekolah. Penilaian pencapaian tidak tepat dan tidak sah untuk kanak-kanak yang kecil dan tidak seharusnya digunakan untuk membuat keputusan penting (Shepard et al., 1998).

  • 40

    BAB 3 Penilaian

    PROSES PENILAIAN

    Proses penilaian yang dijalankan bersifat putaran seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah yang berikut:

    mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan

    memerhatikan kelakuan

    menggunakan data untuk memberikan maklum balas

    Penilaian Kanak-Kanak Pada Peringkat

    Prasekolah

    merekod perkembangan

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    41

    BAB 3 Penilaian

    Guru perlu memerhatikan gerak-geri, kelakuan, dan respons kanak-kanak terhadap pelajaran bahasa Melayu, hubungan dengan guru, rakan-rakan atau dengan orang sekeliling yang lain. Guru bolehlah merekod perbualan, merakam video dan membuat catatan dalam senarai semak atau catatan anekdotal.

    Cara untuk membuat pemerhatian

    Sekerapyangbolehdengantujuantertentu;PadamasayangberbezaketikakelasBahasaMelayudijalankanawalpagi/petang atau lewat pagi/petang;Ditempatyangberbezadalamkelas,ditamanpermainan,dikoridor;danKelakuanbiasa(bukanyangganjilkeranatidaksihatataudisebabkankeadaanemosi pada jangka masa tertentu).

    Perkara-perkara yang boleh diperhatikan

    Corak kelakuan kanak-kanak yang memaparkan semangat untuk belajar bahasa Melayu, contohnya kanak-kanak menunjukkan minat untuk menyertai kegiatan dalam kelas Bahasa Melayu seperti rajin bertanya dan tekun membuat tugasan;Corakinteraksisosial(halinidapatmengenalpastisamaadamerekacenderunguntuk melakukan aktiviti secara berkumpulan besar, kumpulan kecil atau bersendirian, di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah); danKecenderungan utama (untuk mengenal pasti minat kanak-kanak) seperti suka menyanyi, suka melukis dan sebagainya.

    Memerhatikan Kelakuan

  • 42

    BAB 3 Penilaian

    Setelah guru mengenal pasti perkara yang hendak dinilai dan cara untuk menilainya, guru juga perlu merekod maklumat tersebut secara sistematik. Beberapa perkara yang perlu diambil kira ialah:

    Mengenal pasti aktiviti pembelajaran serta peringkat kepayahan aktiviti-aktiviti tersebut agar sesuai dengan kebolehan kanak-kanak;Membuat keputusan yang produktif ketika merancang pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya, cara menyiapkan sudut belajar, apa yang boleh dilakukan seterusnya, soalan-soalan yang boleh ditanyakan atau bagaimana merangsang pembangunan kanak-kanak; danMengajardenganlebihberkesan.Maklumatyangdikumpulmembuatgurulebihpeka dengan strategi yang boleh digunakan dalam pelajaran Bahasa Melayu.

    Pada masa yang sama, kanak-kanak juga akan berasa bahawa kegiatan pelajaran penting memandangkan guru merekod kejadian yang berlaku dalam kelas.

    Beberapa alat penilaian yang berikut boleh digunakan untuk membantu guru mengikuti perkembangan kanak-kanak.

    Alat Penilaian

    Dengan pengetahuan, kemahiran atau kecenderungan utama yang disenaraikan, penggunaan senarai semak dapat membantu guru merekod perkara-perkara tersebut dalam waktu yang singkat tetapi memberikan maklumat yang berguna untuk rujukan guru. Contohnya senarai semak yang digunakan apabila kanak-kanak sedang menceritakan semula kandungan cerita dalam Buku Besar, kanak-kanak sedang berbincang di pusat pembelajaran dan sebagainya.

    Merekod Perkembangan

    Senarai Semak

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    43

    BAB 3 Penilaian

    Merekod Perkembangan

    Catatan anekdotal merupakan penerangan pendek dan faktual terhadap kelakuan dan kemahiran kanak-kanak dalam jangka masa tertentu. Catatan anekdotal harus bersifat objektif dan hanya beberapa potong ayat panjangnya.

    Contohnya, Danial memilih untuk menyanyi di pusat pembelajaran hari ini. Dia menyanyi seperti seorang penyanyi terkenal dengan memegang mikrofon yang disediakan. Dia yakin dengan lirik lagu yang tersedia di Pusat Nyanyi dan Menari itu. Walaupun tidak membaca lirik tersebut, dia berlagak seperti dia merujuk dan membaca kertas lirik tersebut.

    Catatan terperinci hampir serupa dengan catatan anekdotal. Guru mencatat apa-apa yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak untuk jangka waktu tertentu, contohnya sepanjang 30 minit. Catatan terperinci amat fokus kegunaannya, seperti mengikuti setiap sebutan kanak-kanak membaca buku cerita.

    CatatanAnekdotal

    Catatan Terperinci

    Portfolio juga boleh digunakan untuk merekod penilaian. Pada masa yang sama, guru dapat mengumpulkan contoh yangsesuaisecarasistematiksamaadauntuksetiaptopik,setiap minggu atau setiap bulan. Dengan disertai komen guru, contoh-contoh yang dikumpulkan dapat menjadi bukti perkembangan pelajaran kanak-kanak tersebut.

    Portfolio

  • 44

    BAB 3 Penilaian

    Contoh Cara Membina Portfolio

    Kenalpastibahagian/aktivitiyangingindinilaimelukis,menulishuruf/perkataan/ ayat;Tentukanbentuktugasanyangingindikumpulkanlukisan,gambar,rakamanaudio, kertas latihan menulis dan sebagainya;Dapatkanjugamaklumattentangkanak-kanakdaripadarakanguruyanglain;Tentukansistemmenyimpandokumensepertifail,albumataustorandigital;KaitkantugasanyangdikumpulkandenganmatlamatpembelajaranBahasaMelayu;Contohanyangdikumpulkanmenunjukkanpelbagaikebolehanyangbolehdilakukan oleh kanak-kanak; danKumpulkan data yang dapat menunjukkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

    Jenis Portfolio

    Portfolio yang dibina oleh guru boleh berbentuk portfolio kelas, portfolio pameran atau portfolio guru. Portfolio kelas merupakan kumpulan hasil kerja kanak-kanak yang dilakukan secara bersama. Portfolio pameran pula mengandungi hasil kerja yang dipilih oleh guru khusus untuk menunjukkan perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu perkara. Portfolio guru pula merupakan kumpulan bahan-bahan bagi setiap kanak-kanak yang dapat membantu guru mengenal pasti pencapaian, kebolehan, kekuatan dan keperluan kanak-kanak tersebut.

    Catatan di Rumah

    Ibu bapa mungkin melihat kelakuan dan kemahiran yang hanya diperagakan oleh kanak-kanak semasa di rumah. Catatan di rumah dapat dilakukan melalui maklum balas atau soalan-soalan yang memerlukan jawapan pendek yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.

    Portfolio

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    45

    BAB 3 Penilaian

    Portfolio

    Guru dapat menggunakan maklumat yang dikumpulkan dalam portfolio atau kaedah-kaedah lain, untuk memberikan maklum balas kepada kanak-kanak, ibu bapa atau pihak pentadbiran prasekolah.

    Kanak-kanak

    Guru akan lebih prihatin apabila merancang pelajaran dan menjalankan pelajaran dengan maklumat intrinsik dan ekstrinsik yang diperolehi daripada kanak-kanak. Dengan itu, guru dapat menyediakan bentuk pelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanakdaripadapelbagaisudutkognitif,sosial,emosidanpsikologi.

    Ibu bapa

    Dengan dokumentasi yang dilakukan, guru dapat memberikan maklum balas yang menyeluruh tentang perkembangan kanak-kanak. Bukti-bukti yang dikumpulkan dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka. Sekiranya bukti-bukti tersebut disimpan dalam storan digital, guru juga boleh memberikan maklumat berkala kepada ibu bapa melalui laman pusat prasekolah atau menerusi e-mel kepada ibu bapa, bergantung pada cara pusat prasekolah berhubung dengan ibu bapa.

    Pihak Pentadbiran

    Guru perlu menyimpan rekod untuk membuat laporan kepada pihak pentadbiran prasekolah. Dengan dokumentasi perkembangan kanak-kanak, guru berupaya menyediakan laporan yang diperlukan. Kekuatan dan kelemahan kurikulum juga dapat dikenal pasti berdasarkan kelakonan kanak-kanak apabila melakukan kegiatan pelajaran yang disediakan.

    Menggunakan Data untukMemberikan Maklum Balas

  • 46

    BAB 3 Penilaian

    Mengambil Tindakan Susulan Berdasarkan Keperluan Kanak-Kanak

    Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk membolehkan guru mengubah suai pelajaran atau strategi pengajaran. Contohnya, berdasarkan data yang dikumpulkan, guru membuat keputusan untuk memberikan bimbingan khusus kepada kanak-kanak tertentu atau mengubah suai aktiviti agar menepati keperluan kanak-kanak.

    Melibatkan ibu bapa

    Ibu bapa harus dijadikan rakan kongsi dalam proses penilaian anak-anak mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan maklum balas sekerap yang mungkin tentang perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian yang dilakukan. Baik juga sekiranya guru dapat menerangkan kepada ibu bapa cara anak-anak mereka dinilai.

    Melibatkan kanak-kanak

    Kanak-kanak boleh dilibatkan dalam penilaian. Contohnya mereka boleh menilai sejauh mana mereka sudah membesar dengan mengukur ketinggian mereka pada permulaan tahun dan penghujung tahun. Guru juga boleh berbincang tentang minat dan kebimbangan kanak-kanak secara peribadi atau berkumpulan. Kanak-kanak juga boleh memberikan pandangan tentang hasil tugasan yang dilakukan oleh mereka atau rakan mereka dengan menggunakan kriteria mudah seperti menandakan dengan jumlah bintang dan sebagainya.

  • Mengambil Tindakan Susulan Berdasarkan Keperluan Kanak-Kanak

    BAB 4

    BAHAN PENGAJARAN

  • 48

    Cuffaro (1995) menyamakan bahan pengajaran di peringkat presekolah dengan buku teks bagi kanak-kanak yang lebih dewasa. Menurut beliau, bahan pengajaran prasekolah ibarat buku teks di dalam bilik darjah prasekolah. Kanak-kanak prasekolah meneroka, membesar dan belajar melalui bahan pengajaran yang disediakan. Bahan pengajaran yang baik dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari Bahasa Melayu. Bahan yang dipilih haruslah menyokong pencapaian matlamat pelajaran yang dirancang dan mengambil kira kesediaan kanak-kanak. Bahan pengajaran di peringkat prasekolah boleh dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu bahan bercetak, bahan manipulatif, contohan autentik dan bahan elektronik.

    BAB 4BAHAN PENGAJARAN

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    49

    BAB 4 Bahan Pengajaran

    Bahan bercetak

    Bahan bercetak seperti Buku Besar dan buku-buku cerita yang digunakan oleh guru dapat membina kemahiran-kemahiran penting dalam diri kanak-kanak. Salah satu cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah dengan menyediakan bahan bacaan yang menarik dan sesuai dengan peringkat usia mereka. Buku Besar dan buku-buku cerita boleh digunakan semasa bahagian permulaan ketika berbincang mengenai sesuatu tema. Bahan-bahan ini juga boleh digunakan sebagai lanjutan sesuatu perbincangan dan juga memupuk kemahiran mendengar, merangsang minat membaca dan meluaskan perbendaharaan kata.

    Selain buku, bahan bercetak lain termasuk kad bergambar, kad fonik, kad kosa kata dan poster. Bahan bercetak lazimnya digunakan untuk memupuk tiga komponen membaca iaitu kesedaran fonologi, mengenal perkataan-perkataan lazim dan kefahaman.

  • 50

    BAB 4 Bahan Pengajaran

    Bahan manipulatif

    Bahan manipulatif merujuk kepada alat permainan kanak-kanak, yang melibatkan kanak-kanak dengan objek itu secara visual dan fizikal. Antara contoh bahan manipulatif ialah susun suai gambar, bongkah, manik-manik dan doh. Bahan-bahan ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melatih koordinasi badan dan meningkatkan keupayaan kemahiran motor halus. Aktiviti ini penting untuk menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran menulis dan mendedahkan mereka kepada konsep asas seperti warna, saiz dan bentuk. Kanak-kanak juga berpeluang untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah semasa bermain dengan bahan manipulatif.

    Contohan autentik

    Persekitaran boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum. Kanak-kanak belajar apabila mereka meneroka sekitaran mereka. Oleh itu, guru digalakkan supaya menggunakan contohan autentik seperti tumbuh-tumbuhan dan serangga semasa menjalankan kelas Bahasa Melayu. Sebagai contoh, semasa mengenalkan tema flora dan fauna, guru boleh membawa kanak-kanak ke taman eko untuk melihat bunga dan serangga. Kanak-kanak akan terdorong untuk belajar lebih banyak perkara tentang tema tersebut apabila mereka seronok meneroka. Pada masa yang sama, guru boleh menggalakkan kanak-kanak agar berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dan mengambil peluang yang ada untuk menerapkan nilai.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    51

    BAB 4 Bahan Pengajaran

    Kad Gambar

    Kad Kata

    SusunSuai

    GambarBongkah

    BukuBesar

  • 52

    BAB 4 Bahan Pengajaran

    Bahan elektronik

    Bahan elektronik dalam bentuk audio dan visual juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kanak-kanak meminati pembelajaran Bahasa Melayu. Lagu dan video boleh digunakan semasa sesi induksi dan sebagai bahan utama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru bolehlah menggunakan bahan elektronik untuk merakam kelakuan atau suara kanak-kanak semasa kelas kerana kanak-kanak secara amnya suka apabila kelakuan atau suara mereka dirakam dan berasa gembira apabila melihat atau mendengar rakaman tersebut.

    Sungguhpun bahan pengajaran penting, kaedah mengajar tidak ditentukan oleh bahan pengajaran. Bahan-bahan pengajaran berfungsi untuk menyokong proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa ciri-ciri bahan pengajaran yang baik:

    Senang diperolehi

    Menggalakkan daya kreativiti

    Sesuai dengan peringkat umur

    Jenis dan bentuk yang pelbagai

    Merangsang pembangunan minda

    Dapat menarik dan mengekalkanperhatian

  • BAB 5

    PERSEDIAAN GURU

  • 54

    Keberkesanan pendidikan prasekolah bergantung pada pelaksanaan guru yang memahami, menghayati dan mampu melaksanakan tugas mereka seperti yang dihasratkan.

    Rangka Kerja untuk Pengajaran (Framework for Teaching)

    Rangka Kerja untuk Pengajaran (Danielson, 2007) boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam perancangan serta pelaksanaan pengajaran. Rangka kerja ini mengandungi empat domain utama yang sesuai digunakan oleh guru yang baru mengajar mahupun memperkasa lagi pengajaran guru yang berpengalaman.

    BAB 5PERSEDIAAN GURU

    Domain ini merangkumi semua aspek perancangan pengajaran, bermula dengan pemahaman yang mendalam tentang kandungan dan pedagogi serta penilaian.

    Komponen domain ini menekankan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembelajaran dan pengajaran.

    Komponen domain ini termasuk melakukan imbas nilai pengajaran, mengekalkan rekod yang tepat, berkomunikasi dengan keluarga kanak-kanak dan pihak pentadbir pusat prasekolah.

    Domain ini meliputi komponen berkomunikasi dengan kanak-kanak dan penggunaan teknik menyoal dan perbincangan.

    Rangka Kerja Untuk Pengajaran

    TanggungjawabProfesional

    Persekitaran Bilik

    Darjah

    Pengajaran

    Perancangan dan Persediaan

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    55

    BAB 5 Persediaan Guru

    Ciri profesionalisme guru Bahasa Melayu mencerminkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-kanak. Profesionalisme diri merupakan suatu proses yang memerlukan guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai guru, mengasah kemahiran dan meningkatkan pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day, 1999).

    Jaringan dengan guru-guru Bahasa Melayu

    Satu langkah untuk meningkatkan profesionalisme diri adalah membuat jaringan dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dari tadika-tadika lain untuk berkongsi ilmu dan kemahiran. Perjumpaan dengan guru-guru lain untuk membincangkan dan membuat refleksi tentang pengalaman mengajar topik-topik tertentu amatlah digalakkan. Guru juga bolehlah mendapatkan masukan baharu daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.

    Sistem pementoran untuk guru-guru Bahasa Melayu

    Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap profesional guru ialah menerusi pementoran di sekolah-sekolah. Menurut Anderson & Shannon (1988), setiap guru haruslah mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas yang berperanan sebagai penasihat di samping mengadakan perbincangan kolaboratif dengan rakan-rakan guru yang lain agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

    Strategi-StrategiPeningkatanProfesionalisme Diri

  • 56

    BAB 5 Persediaan Guru

    Penyelidikan tindakan

    Satu lagi strategi ialah menjalankan penyelidikan tindakan dalam semua aspek pengajaran Bahasa Melayu. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang Apakah yang sedang berlaku?, Mengapakah terjadi sebegini? dan Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?

    Latihan dalam perkhidmatan

    Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Justeru, latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu membina kecekapan dan keyakinan guru agar menjadi lebih kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran.

    Amalan refleksi dan penulisan reflektif

    Amalan refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) memberi peluang kepada guru Bahasa Melayu menganalisis diri agar menyedari kekuatan dan kelemahan diri. Refleksi seharusnya berlaku sepanjang proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, iaitu pada peringkat perancangan, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    57

    BAB 5 Persediaan Guru

    Bagi seseorang guru, refleksi dapat:

    menilaiamalanpengajarandanpembelajaranuntukmeningkatkankualiti;menilaikesesuaianperancanganyangdigunakandantindakanyangdiambil;danmenganalisisnilai-nilaipendidikanyangmenjadiasasamalan.

    Penulisan jurnal ialah salah satu cara guru dapat merakamkan pengamatan mereka. Wadah ini boleh dijadikan jentera untuk guru melakukan refleksi secara sistematik dan merangsang pemikiran reflektif.

  • 58

    BAB 5 Persediaan Guru

    Kerjasama dengan ibu bapa

    Guru Bahasa Melayu dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam usaha memantau perkembangan kanak-kanak. Perkongsian antara guru dan ibu bapa amat penting kerana banyak perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak, berbeza apabila berada di pusat prasekolah dan di rumah. Oleh itu, perkongsian yang boleh dilakukan secara formal dan tidak formal penting agar guru dan ibu bapa lebih memahami perkembangan yang berlaku dalam diri setiap kanak-kanak.

    Peranan ibu bapa

    Mengukuhkanpembelajaranamalansepertimengucapkan'selamatpagi'kepada guru dan rakan-rakan dan mengucapkan 'terima kasih'; danMengukuhkanminatdalambacaan. Menyumbang kepakaran atau sebagai sumber rujukan

    Dengan melibatkan diri dalam projek kanak-kanak, ibu bapa akan lebih prihatin dengan pembelajaran anak-anak mereka di pusat prasekolah;Membantudalamaktivitisepertiberceritadansebagainya;Menjadiahlijawatankuasaprasekolah;danMenyertailawatanyangdirancangolehpihakprasekolah.

    Guru memahami dan menghormati peranan ibu bapa

    Memberimaklumatkepadaibubapadarimasakemasa;danMelibatkan ibu bapa secara langsung atau tidak dalam pembelajaran anak-anak mereka.

  • LAMPIRAN

  • 60

    Kurikulum yang komprehensif

    Dalam melaksanakan program Bahasa Melayu prasekolah, kurikulum yang dirancang haruslah bersifat komprehensif. Kurikulum yang komprehensif mengambil kira aspek-aspek pembentukan dan pembangunan kanak-kanak melalui pembangunan sosial dan emosi, fizikal dan kognitif. Selain itu, cara-cara pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga perlu diberi perhatian.

    Aspek-aspek tersebut merupakan panduan bagi memastikan program yang dirancang bermutu dan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pembentukan dan pembangunan yang holistik dalam diri kanak-kanak.

    Faktor-faktor yang patut dipertimbangkan ketika membentuk isi kurikulum:

    Kaedah tematik merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kurikulum dipadankan dengan sesebuah tema. Cara sebegini membolehkan pembelajaran menjadi utuh dan dijalankan secara bersepadu. Cara ini juga membolehkan pembangunan literasi dan idea-idea yang dibincangkan berkembang secara progresif.

    Tema merupakan idea utama, sesuatu konsep atau tajuk. Dengan pendekatan tematik, idea pusat harus ditentukan agar dapat digunakan sebagai pengantara untuk menyusun bahan pengajaran.

    1. Pendekatan secara tematik

    LAMPIRAN 1MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM BAHASA MELAYU

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    61

    Lampiran 1

    Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak dan melibatkan guru sebagai pemudah cara. Kanak-kanak akan mendapat ilmu melalui pertanyaan-pertanyaan yang berdasarkan perkara yang ingin diketahui. Kanak-kanak membentuk soalan-soalan dan akan mencari jawapan dengan bimbingan guru. Hasil pembelajaran melalui sesebuah projek akan dipamerkan semasa sesi perkongsian.

    2. Pengajaran berasaskan projek

    Tema yang digunakan juga harus luas dan terbuka. Sebagai contoh, Siapakah Saya? merupakan salah satu tema yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran mengenai topik diri saya, keluarga saya, makanan kegemaran dan aktiviti kegemaran saya.

    Melalui pengajaran secara tematik, kanak-kanak akan terdorong untuk memahami isi pelajaran dengan lebih mudah. Hal ini berlaku kerana kandungan pelajaran yang disampaikan menjadi sepadu dan tidak terpisah. Unit pelajaran yang tematik juga akan menggalakkan pelibatan kanak-kanak apabila topik bertema dianggap relevan. Kanak-kanak juga akan dapat mengaitkan pelajaran dengan pengalaman sendiri dan secara tidak langsung membina pengetahuan sedia ada mengenai topik-topik tertentu. Unit pelajaran yang tematik juga dapat membantu guru untuk mengajar kanak-kanak berdasarkan gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza-beza.

    Pemilihan tema

    Tema dapat ditentukan melalui:BukuBesarataubukuceritayangdibaca;perayaansesuatubudayadalammasyarakat;kurikulumyangdisyorkanolehpihakpentadbiran;danperistiwaatauminatkanak-kanakdalamkelastersebutdanlain-lainlagi.

    Pengajaran berpandukan tema

    Dalam proses pengisian kurikulum, beberapa soalan dapat diajukan sebagai panduan. Antaranya:Apakah komponen tatabahasa dan pemilihan kosa kata yang dapat diserlahkan melalui tema yang telah dipilih?Apakahaspekpedagogiyangbersesuaiandengantema?

  • 62

    Lampiran 1

    Pelaksanaan projek

    Pengajaran yang berasaskan projek dapat dilaksanakan melalui langkah-langkah yang berikut:mencerakin/menjanaidea;merekabentukprojek;menjalankanprojek;danmempamerkanhasilpembelajaran.

    Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran Bahasa Melayu harus mengambil kira:tempohtumpuankanak-kanakkepadaBahasaMelayu;jangkamasapembelajaranBahasaMelayukanak-kanakdisekolahdalamsehari;dankebiasaankanak-kanakterhadaprutinberbahasadisekolah.

    Nyanyian ialah satu aktiviti yang amat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Lazimnya, lagu digunakan bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya untuk topik tentang cuaca, guru bolehlah menggunakan lagu 'Bangau, Oh, Bangau' semasa pengajaran dan pembelajaran.

    Bermain merupakan cara asas kanak-kanak mendapat dan memproses informasi, mempelajari kemahiran baharu dan mengasah kemahiran lama. Bermain boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri yang berikut:didorongsecaraintrinsik;menyeronokkan;mempunyai fungsi-fungsi yang tersirat seperti menyampaikan matlamat pengajaran; danmelibatkandirisecaraaktif.

    Contohnya, guru bolehlah mendedahkan kanak-kanak kepada permainan batu seremban dan capteh semasa mengenalkan topik tentang permainan tradisional Melayu.

    5. Bermain secara terarah (Purposeful Play)

    4. Nyanyian

    3. Masa pengajaran Bahasa Melayu

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    63

    Lampiran 1

    Pembelajaran kooperatif merujuk penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil sama ada secara berpasangan atau berkumpulan bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama.

    Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang dapat menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan kanak-kanak di dalam bilik darjah.

    Guru memainkan peranan pelbagai dimensi. Mereka bertanggungjawab untuk menjalankan program Bahasa Melayu yang dirancang dengan teliti, mencabar kebolehan dan menarik minat kanak-kanak, bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Program yang dirancang juga harus bersifat fleksibel agar dapat menepati profil kanak-kanak dan selaras dengan cara pembelajaran mereka.

    Amalan-amalan seperti pengajaran dan pembelajaran yang reflektif, pemerhatian yang dirancang dan penerapan pelbagai strategi penilaian merupakan perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para guru bagi mengenal pasti kekuatan, keperluan dan minat setiap kanak-kanak. Berbekalkan maklumat tersebut, para guru dapat menentukan pedagogi yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

    Skema pengajaran mengandungi ringkasan isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan: tema/tajuk; sistembahasa; masapelaksanaan; hasilpembelajaran; pengisiankurikulum;dan kalendarprasekolah.

    6. Pembelajaran kooperatif

    9. Skema pengajaran Bahasa Melayu

    7. Pengajaran pembezaan

    8. Peranan guru Bahasa Melayu

  • 64

    Lampiran 1

    Objektif Pembelajaran Aktiviti Catatan Minggu

    Pada akhir pelajaran, kanak-kanak:menunjukkanminatdalam kegiatan Bahasa Melayu semasa Aktiviti 'Membuat Epok-Epok'.

    Guru:Mengajakkanak-kanak membuat epok-epok menggunakan plastisin.

    Mengajukansoalan- soalan mudah semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini.

    Kanak-kanak:Membuatepok-epok menggunakan plastisin.

    Memberikanrespons kepada soalan-soalan mudah yang diajukan oleh guru.

    Bahan: Plastisin7

    CONTOH SKEMA PENGAJARAN PENGGAL 1 MINGGU 7

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    65

    Lampiran 1

    Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu masa yang tertentu. Rancangan pengajaran dapat menjadi panduan kepada guru untuk mengajar dengan efektif. Dengan itu, objektif pembelajaran akan tercapai.

    Rancangan pengajaran guru perlu menyatakan sama ada pelibatan kanak-kanak berbentuk berkumpulan, individu atau aktiviti di pusat pembelajaran. Guru juga harus memastikan bahawa terdapat keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran antara aktiviti yang diusul guru mahupun kanak-kanak. Jangka masa bagi guru membimbing kanak-kanak dalam pembelajaran dan jangka masa kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti untuk membuktikan pengetahuan dan kemahiran mereka perlu juga diberikan perhatian.

    Pengalaman pembelajaran kanak-kanak berlaku tatkala mereka dibenarkan untuk mengendalikan sesuatu, meneroka dan menguji kaji bahan-bahan yang dikenali oleh mereka serta kegiatan yang ada kaitan dengan kehidupan harian mereka.

    Merancang sesuatu pelajaran itu penting kerana dengan berpandukan rancangan pengajaran, guru dapat:

    menyediakansatusiriaktivitiuntukmembantukanak-kanakmemperolehpengetahuan yang ingin disampaikan;menggunakanmasarancanganpengajaransecaraoptimum;menghadkanskopyanghendakdiajardalamsatujangkawaktu;mengembangkanpengajaransecaralancardantersusun;danmencatatbahandanstrategiyangakandigunakandalamsetiapwaktupengajaran.

    10. Rancangan pengajaran

  • 66

    Lampiran 1

    Pada akhir pelajaran, kanak-kanak dapat:mengenaliperkataan-perkataan lazim yang berkaitan dengan perkara yang boleh dilakukan dengan kawan (2.3.1)mempunyaikesedaranmengenai Buku Besar Lebah dan Anak Gajah (2.3.2)

    Nilai dan BudayaBekerjasama

    Masa60 minit

    BahanBukuBesarLebahdanAnak Gajah SusunSuaiGambarKadKataLampiranAktivitiBersamaKeluarga 'Ini Kawan Saya'

    Induksi (5 - 10 minit)

    Guru:

    menunjukkanhalaman9(BukuBesarLebahdanAnakGajah)kepada kanak-kanak

    memintakanak-kanakberceritamengenaihalamantersebut -- Apakah agaknya perasaan anak gajah? -- Apakah yang sedang dikatakan oleh anak gajah kepada lebah?

    mengajakkanak-kanakberceritamengenaipengalamanmerekaketika mereka berasa marah terhadap kawan-kawan -- Guru boleh mulakan dengan memberi contohan (misalnya, bila pena guru diambil tanpa izin). -- Guru boleh menanyakan soalan berikut: Bilakah kamu berasa marah?

    mengajakkanak-kanakmembacaBukuBesarLebahdanAnakGajahbagi melihat apa yang dilakukan oleh gajah seterusnya.

    CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN

    Objektif

    Pelajaran

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    67

    Lampiran 1

    Aktiviti Kosa Kata Bercetak (20 - 25 minit)

    Guru:

    memintakanak-kanakmenyusungambarmengikuturutancerita

    merujukkepadaBukuBesardanmengajakkanak-kanak membandingkan gambar yang telah disusun dengan halaman- halaman di dalam Buku Besar

    menampalkanKadKatapadagambaryangsesuaidan menunjukkan Kad Kata kepada kanak-kanak: 'kejar', 'sembunyi', 'terbang' dan 'tidur'

    mengajakkanak-kanakmembuataksiuntuksetiapKadKata

    membacasemulaBukuBesardanmenggalakkankanak-kanak melakukan aksi yang sesuai apabila guru menyebut perkataan- perkataan yang ada pada Kad Kata.

    Membaca Buku Besar 'Lebah dan Anak Gajah' (10 - 15 minit)

    Guru:

    membacakantajuk,namapenulisdanpelukisdikulitbuku| kepada kanak-kanak sambil menunjuk ke arah perkataan yang tertulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan penunjuk

    membacaceritaBukuBesarLebahdanAnakGajah secara berterusan.

  • 68

    Lampiran 1

    Aktiviti Bersama Keluarga 'Ini Kawan Saya'

    Guru:

    mengajakkanak-kanakberkenalandengankawan-kawanmereka -- makanan kegemaran, warna kegemaran, mainan kegemaran

    memberikanlampiranAktivitiBersamaKeluargaIniKawanSaya dan menunjukkan contoh Aktiviti Bersama Keluarga Ini Kawan Saya kepada kanak-kanak

    menerangkancara-caramelengkapkannya.

    Penutup (5 - 10 minit)

    Guru:

    menunjukkanhalaman14BukuBesarLebahdanAnakGajah kepada kanak- kanak

    mengajakmerekaberceritamengenaihalamantersebut -- Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka? -- Mengapakah mereka meminta maaf?

    mengingatkankanak-kanaktentangaktivitiinduksiapabila mereka berkongsi pengalaman mereka

    mengarahkankanak-kanakmenghadaprakandi sebelah mereka dan melakonkan dialog di halaman itu.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    69

    Lampiran 1

    Proses interaksi membantu meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak. Perkara ini dapat dicapai apabila terdapatnya proses soal-jawab atau perbincangan yang berlaku sesama kumpulan kanak-kanak tersebut atau melalui guru dan kanak-kanak. Proses-proses tersebut membantu kanak-kanak membuat kaitan antara perkara-perkara yang dipelajari dengan perkara-perkara yang sudah diketahui. Kanak-kanak juga akan lebih berminat untuk melibatkan diri dengan perkembangan terhadap pembelajaran apabila mereka dapat mengutarakan idea dan pendapat.

    Selain itu, proses interaksi juga dapat membantu kanak-kanak membina hubungan persahabatan, bertukar-tukar idea dan pendapat. Untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi, guru boleh mengamalkan beberapa cara di dalam bilik darjah. Antaranya adalah seperti yang berikut:memperuntukkan masa untuk berbual dengan kanak-kanak secara individu tentang perkara yang diminati oleh mereka; melibatkan diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama kanak-kanak; danmenyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak ketika mengutarakan soalan dan berkongsi idea atau pendapat.

    Persekitaran merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu. Mereka belajar melalui percubaan berkali-kali dan bertanya. Justeru, bilik darjah haruslah dipenuhi dengan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti yang merangsang minda dan perkembangan kanak-kanak untuk menjana idea, mencuba, mahupun mengasah kemahiran berbahasa mereka. Dengan wujudnya persekitaran yang membolehkan rangsangan minda kanak-kanak, maka sikap positif terhadap pembelajaran akan timbul dalam diri kanak-kanak secara semula jadi.

    Pusat pembelajaran merupakan ruang di dalam bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak bermain sambil belajar. Lazimnya, terdapat tiga jenis sudut belajar yang boleh dibina oleh guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah peringkat prasekolah, iaitu:

    Pusatliterasi;Pusatpenemuandanpenerokaan;danPusatlakonan.

    11. Memudahcarakan kemahiran berinteraksi

    12. Membentuk persekitaran yang menggalakkan pembelajaran

    13. Pusat pembelajaran

  • 70

    Lampiran 1

    Pusat literasi memberikan tumpuan kepada tahap pembangunan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak. Sudut belajar boleh dibina untuk merangka pembelajaran dan mengasah kemahiran menulis, mengenal abjad, membaca (perpustakaan mini), dan mendengar.

    Pusat penemuan dan penerokaan memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk meneroka bahan-bahan pengajaran yang digunakan guru semasa pengajaran. Bahan yang digunakan guru seperti susun suai gambar (jigsaw puzzle) atau kad gambar yang diletakkan di pusat ini mampu menambahkan pemahaman kanak-kanak terhadap perkara-perkara baharu yang diajar oleh guru.

    Pusat lakonan dibina untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak agar melakonkan kembali pengalaman sebenar mereka berdasarkan tema pengajaran. Antaranya ialah, seni permainan boneka dan pusat main peranan.

    Dengan wujudnya pusat pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mempertingkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang memerlukan masa untuk memahami sesuatu perkara atau menghabiskan sesuatu aktiviti dapat meluangkan masa di pusat pengajaran. Langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara yang baru dipelajari. Justeru, langkah ini dapat membantu guru untuk mencapai matlamat pengajaran.

    Selain itu, pusat pengajaran ini juga membolehkan guru untuk berinteraksi, memberikan arahan dan menyokong kanak-kanak secara individu mahupun secara berkumpulan tetapi terhad kepada kumpulan yang lebih kecil. Sewaktu kanak-kanak melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di pusat pengajaran, kanak-kanak secara tidak sedar akan mengembangkan kemahiran sosial mereka. Guru dapat melakukan pemerhatian dan mencatat pembangunan kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran.

    Aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran yang baik harus membolehkan kanak-kanak untuk:

    meneroka,melakukanpercubaan,menyelesaikanmasalah;berkembangmengikuttahapmasing-masing;melatihsambilmengaplikasikankemahiran-kemahirandankonsep-konsep;menjalinkansesuatuideadenganideayanglain;membinakemahiranberkomunikasi;danmemperolehkemahiranliterasidalamkontekssuasanayanglebihautentik.

  • Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda

    71

    Lampiran 1

    Perancangan pusat pembelajaran

    Rancangan pusat pembelajaran harus mengambil kira aspek reka bentuk fizikal dan sosial. Reka bentuk fizikal berkait rapat dengan cara pusat-pusat pembelajaran disusun dan diatur di dalam sesebuah bilik darjah. Bergantung kepada jumlah pusat pembelajaran yang dirancang oleh guru bagi setiap tema, guru harus memastikan bahawa kanak-kanak dapat bergerak secara mudah dan selesa dari satu pusat ke pusat yang lain. Guru juga boleh memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai ruang yang mencukupi di setiap pusat pembelajaran, terutama sekali apabila kanak-kanak harus melakukan aktiviti secara berkumpulan.

    Susunan fizikal atau reka bentuk pusat tersebut perlu mengambil kira aspek pembangunan sosial bagi memastikan peraturan-peraturan, tugas dan rutin untuk melakukan aktiviti di pusat pembelajaran tidak terganggu. Guru boleh mengingatkan kanak-kanak mengenai peraturan kelas seperti mengikut giliran dan bergerak dengan senyap dari satu pusat ke pusat seterusnya sebelum memulakan aktiviti di pusat pembelajaran. Rutin untuk pusat pembelajaran seperti bagaimana guru memperkenalkan pusat-pusat pembelajaran dan menerangkan cara melakukan aktiviti di situ juga boleh ditentukan semasa tahap perancangan.

    Pelaksanaan pusat pembelajaraan

    Semasa aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran dijalankan, kanak-kanak seharusnya sudah mengetahui perkara-perkara yang harus dilakukan, peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tindakan yang harus diambil jika mereka menghadapi kesulitan ketika menjalankan sesuatu aktiviti. Guru sebagai pemudah cara hanya perlu memantau kemajuan kanak-kanak sambil menghulurkan bantuan jika perlu. Lazimnya, guru akan mengendalikan pusat pembelajaran sendiri, tanpa bantuan guru lain. Oleh sebab itu, guru akan menjalankan berbilang tugas seperti memerhatikan kanak-kanak, melakukan aktiviti, memberikan arahan dan bimbingan, menyampaikan arahan dan memeriksa kerja-kerja kanak-kanak.

    Justeru, persediaan awal oleh pihak guru amatlah penting untuk memastikan yang aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Persediaan awal seperti menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan memberikan penerangan yang jelas kepada kanak-kanak penting. Perkara tersebut perlu untuk memastikan pusat pembelajaran dikendalikan dengan baik. Selain itu, kecekapan guru dalam mengurus disiplin kelas juga penting agar aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran dapat membantu