Transcript
Page 1: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TOPENGTopik 9 Topeng

PENGENALAN

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan

juga istiadat-istiadat pemujaan. Topeng juga dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah. Ada juga topeng

dijadikan sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan.

9.1 DEFINISIKata topeng berasal dari kata “tup” yang bererti tutup, kemudian kerana gejala  bahasa yang disebut formatif

form (pembentukan kata) kata “tup” ditambah dengan kata “eng”  yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng

kemudian mengalami bebera perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi.

Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang

menutupiluka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

9.1.1 Fungsi Topeng1. Topeng sebagai lambang nenek moyang – Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu

Gede Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau

Batur.

2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi – Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini

dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan,

Sukawati dan Gianyar.

3. Topeng sebagai pelengkap upacara – Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi

sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu

upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.

4. Topeng sebagai penyingkap sejarah – Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan

kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan

sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

5. Topeng sebagai Media Pendidikan – Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di

mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh,

agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

6. Topeng sebagai hiburan – Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama memalui

dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

Page 2: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

9.1.2 Alat dan MediaAlat Media

Gergaji, pensil, pahat pelbagai jenis, Pengetuk kayu, tukul, kapak, gerudi pelbagai jenis, pisau, berus lukisan pelbagai jenis.

Kayu, kulit lembu, kulit kambing, kulit kerbau, kertas tebal, tanah liat, warna batik, warna-warna tradisional, permata untuk hiasan, benang bulu, perada.

9.1.3 TeknikProses penyediaan topeng menggunakan pelbagai teknik mengikut media yang digunakan.

1. Teknik luakan dan ukiran – sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat.

2. Teknik tampalan – sesuai mengunakan media kertas.

3. Teknik tebuk – sesuai menggunakan media kulit haiwan.

Jenis-jenis Topeng

Rajah 9.1: Topeng mata

Rajah 9.2: Topeng muka

Page 3: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

Rajah 9.3: Topeng serkup

9.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK9.2.1 Lakaran IdeMerupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dilakarkan

dalam buku lakaran. Pembentukan watak-watak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang

akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau kepada penggemar topeng

sebagai bahan koleksi.

9.2.2 Pemilihan Alat dan BahanProses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza

bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan

bahan juga mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

9.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang DigunakanLangkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan

teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza

bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Papier Mashe

Rajah 9.4: Papier mashe direndam

Langkah 1

Page 4: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan

disediakan.

Rajah 9.5: Proses merendam papier mashe dalam besen

Langkah 2

Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.

Rajah 9.6: Mesin pengisar digunakan untuk melumatkan papier mashe

Langkah 3

Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan

lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.

Page 5: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

Rajah 9.7: Papier mashe telah lumat dan lembut

Langkah 4

Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya.

Rajah 9.8: Tos atau keringkan air papier mashe

Langkah 5

Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair sehingga sekata

agar muddah untuk dibentuk.

Rajah 9.9: Papier mashe dikeluarkan daripada besen untuk menghasilkan topeng

Langkah 6

Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang

telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja, pastikan

ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis beberapa hari. Tanggalkan

tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya

matahari.

Page 6: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

Rajah 9.10: Topeng papier mashe dibentuk

Langkah 7

Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras.

Rajah 9.11: Topeng telah siap diwarna untuk peragaan

Langkah 8

Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

9.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA9.3.1 Ekspresif DiriSesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Watak topeng tersebut menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan serta boleh mempamerkan hasilan yang baik.

3. Topeng yang dihasilkan perlu dipastikan ia tahan dan selamat digunakan terutama semasa

persembahan.

Page 7: Membentuk Dan Membuat Binaan Topeng

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik dan

dapat memikat penonton apabila ia digunakan dalam persembahan.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan

yang menarik.

9.3.2 ApresiasiBerpandukan topeng yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-

persoalan di bawah ini  dalam proses membuat topeng.

1. Tajuk dan tema yang sesuai.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.

3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak sesuatu topeng tersebut.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng yang dihasilkan, bergantung

kepada watak.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak topeng akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.