8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
1/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
188
Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah :
Meningkatkan Semangat Patriotisme Murid
Oleh,
WilbinahBahoi
SMKTunFuadStephensKiuluTuaran,
BegBerkunciNo.05,89257Tamparuli,Sabah.
ABSTRAK
Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini
diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan
jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap
dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan
kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk
menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara
secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan
kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep
penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah
secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia
yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil
iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Oleh itu, kajian telah
dijalankan untuk meneliti kesan kaedah pengajaran menggunakan soalan Sejarah
Kertas 3 Pentaksiran 2013 terhadap peningkatan semangat patriotrisme murid di SMK
Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran. Kajian dilaksanakan di tingkatan 5 Sains pada tahun
2012 dan tingkatan 4 Perakaunan bermula tahun 2012 sehingga Mei 2013. Keputusan
peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan awam telah dijadikan penanda aras
kepada keberhasilan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam
mata pelajaran Sejarah, selaras dengan peningkatan semangat patriotisme dalam
kalangan murid. Kesimpulannya, pengenalan Sejarah Kertas 3 amat signifikan untuk
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sesuai dengan keperluan
semasa negara.
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
2/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
189
PENDAHULUAN
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam
peperiksaan peringkat SPM pada tahun 2013 dan mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), telah menjadi sejarah baru dalam perkembangan
pendidikan di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran pada ketika itu berkata,
ketika ini elemen sejarah diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah
rendah sebelum diterapkan sebagai mata pelajaran teras di bawah KSSR 2014. Perkara
yang lebih penting berkaitan pelajaran Sejarah ialah kalangan murid baik di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah, perlu memahami falsafah di sebalik mata
pelajaran itu yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai sejarah negara dan
hubungan antara kaum di negara ini. Mata pelajaran Sejarah adalah penting bagi
membina generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sedia
berkorban untuk negara.
ISU YANG PERLU DI ATASI
Generasi muda kini, walaupun mempelajari Sejarah tetapi buta sejarah terutama
berkaitan negara sendiri. Mereka tidak memahami kontrak sosial yang tersirat dalam
Perlembagaan Negara sedangkan pemahaman dan penghayatan sejarah negara sangat
penting dalam pembinaan negara bangsa. Guru Sejarah mengharapkan murid yang celik
sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat patriotisme.
Bagi mengatasi masalah ini, mata pelajaran Sejarah mestilah difahami dan
dihayati bukan dihafal seperti sekarang. Penghayatan Sejarah bertujuan untuk
membentuk jati diri rakyat negara ini yang berbilang kaum serta sebagai penerusan
kewujudan Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke arah
mengekalkan kemerdekaan. Elemen memahami dan menghayati adalah sangat penting
dalam menerapkan kesedaran cinta kepada negara, mempunyai semangat patriotisme
dan mengeratkan hubungan kaum di negara ini. Nilai Sejarah negara yang penting,
mesti dihayati murid sehingga dewasa.
Oleh itu, bentuk soalan Kertas 3 SPM digunakan untuk menilai pemahaman
Sejarah dan patriotisme murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
3/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
190
merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi isu tersebut. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran Sejarah mesti berubah mengikut zaman dan keperluan isu semasa
negara.
CADANGAN MENGATASI ISU
Dalam mengatasi isu tersebut, guru Sejarah perlu menggunakan landasan
pemikiran Haluan Kerja Pendidikan Negara : Prinsip Kerja X-PLUS - Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara. Yakni telah diperkenalkan oleh Dato Abdul Ghafar
Mahmud, Ketua pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Prinsip X-PLUS
bermatlamat memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk
keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan Pengetahuan, Latihan,
Usaha dan Semangat sepasukan.
Guru perlu menekankan prinsip yang keempat iaitu Usaha. Perlu diketahui
bahawa usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin
dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi
menyempurnakan misi dan mencapai objektif. Usaha bermaksud go extra mile dan
mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran usaha ialah keberkesanan. Guru
perlu melihat sukatan pelajaran dari sudut pembelajaran. Demikian juga matlamat murid
menghadiri persekolahan. Murid ingin belajar dan berubah ke arah kemajuan, bukan
untuk membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran.
Penerapan prinsip yang keempat dalam mengatasi isu yang timbul ini menuntut
guru memiliki kesungguhan berikhtiar, daya fikir yang berkembang dan merealisasikan
imaginasi melalui kreativiti guru, seterusnya matlamat dan objektif menjadi kenyataan.
Dengan merujuk Prinsip X-Plus yang keempat guru Sejarah perlu berusaha untuk
meningkatkan semangat patriotisme murid.
Antara usaha yang digunakan guru adalah menggunakan Kaedah Pengajaran
Sokratik (Socrates). Menurut Socrates, kaedah tersebut mengutamakan teknik
penyoalan yang bertujuan meningkatkan taraf pemikiran murid secara logik dari yang
belum diketahui kepada yang diketahui. Taraf pemikiran yang boleh dicapai adalah
bergantung kepada jenis soalan yang ditanya iaitu daripada peringkat rendah ke
peringkat tinggi. Jenis soalan adalah berbentuk peringatan, pemikiran, pertimbangan,
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
4/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
191
mencipta dan kreatif. Sehubungan dengan itu, kaedah Socrates ini boleh diterapkan
dalam Kaedah Soalan Sejarah SPM Kertas 3 untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Soalan Sejarah SPM Kertas 3 ini telah mula
dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dibeberapa buah sekolah menengah
terpilih yang dijadikan sebagai perintis sepanjang tahun 2011. Ia telah mula digunapakai
untuk murid tingkatan 4 di semua sekolah menengah seluruh negara bermula Januari
tahun 2012 selepas melalui beberapa penambahbaikan di sekolah - sekolah perintis tadi.
Secara umum, Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 mulai tahun 2013
adalah seperti berikut:
i. Mengetahui dan memahami istilah dalam sejarah Malaysia dan sejarah negaraluar
ii. mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep sejarah Malaysia dan sejarahnegara luar dalam kehidupan
iii. Mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana ideatentang :
kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu dalam kehidupan fakta sejarah Malaysia dan negara luar ciri kemasyarakatan dan kebudayaan masyarakat Malaysia sumbangan tokoh dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
pembangunan negara serta mempertahankan maruah bangsa
nilai murni dalam kehidupan pengamalan semangat patriotik dalam mempertahankan kedaulatan,
kemerdekaan dan dan pembangunan negara
perkembangan masyarakat dan negara dari sudut politik, ekonomi dansosial
kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dansumbangannya di peringkat antarabangsa
iv. Mengetahui, memahami dan mengambil iktibar daripada pengalaman sejarahuntuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan
Apabila Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 tahun 2013 ini dapat dicapai
selepas proses pengajaran dan pembelajaran, maka diharapkan semangat patriotisme
murid berjaya dipupuk dan ditingkatkan.
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
5/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
192
OBJEKTIF KAJIAN
1. Murid mengetahui, memahami dan menganalisis konsep sejarah Malaysia dansejarah negara luar dalam kehidupan
2. Murid mengaplikasi, menilai dan menjana idea daripada pelajaran sejarah untukmempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan
3. Murid mempunyai semangat patriotisme unggul
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian adalah murid tingkatan 5 Sains tahun 2012 berjumlah
24 orang dan murid tingkatan 4 Perakaunan berjumlah 20 orang.
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh kajian dilaksanakan:
1. Tingkatan 5 Sains bermula Jun sehingga Oktober 2012.
2. Tingkatan 4 Perakaunan bermula Jun 2012 sehingga Mei 2013.
PELAKSANAAN
Kaedah Soalan Kertas 3 telah dilaksanakan di tingkatan 5 Sains dan 4
Perakaunan bermula bulan Jun tahun 2012 selepas Pengumuman Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang
berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bahawa Sejarah akan
dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan peringkat SPM pada tahun
2013. Meskipun tingkatan 5 Sains ini tidak terlibat dengan penambahbaikan dasar
tersebut, namun pelaksanaan Kaedah Soalan Kertas 3 tetap dijalankan bertujuan untuk
memupuk semangat patriotisme murid melalui mata pelajaran Sejarah. (Sila rujuk
Lampiran 2 untuk Unsur Patriotisme berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM)
Bentuk dan contoh soalan Sejarah SPM Kertas 3 mulai 2013, berdasarkan
Mesyuarat Penataran Format Baru Sejarah SPM 2013, adalah seperti dalam Jadual 1
yang berikut:
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
6/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
193
TAJUK UMUM TUGASAN
Tajuk 7.2 (Bab 3 Tingkatan 4) - Tamadun Awal Asia Tenggara
Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber sepertibuku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, bukuilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.SOALAN PADA HARI PEPERIKSAAN
Huraikan sejarah kegemilangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan
menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.
Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
(Jadual 1)
FORMAT ASPEK PERINCIAN MARKAH
Pengenalan Memahami latar
belakang
1. Jelaskan latar belakang kemunculan
kerajaan awal di Asia Tenggara
5
Isi dan
Huraian
Memahami ciri
dan faktor
2. Huraikan ciri-ciri dan faktor
perkembangan kerajaan-kerajaan awal di
Asia Tenggara:
i. Kerajaan Agraria (15m)
ii. Kerajaan Maritim(15m)
30
Menganalisis 3. Jelaskan aspek saling kebergantungan
antara Kerajaan Agraria dan Kerajaan
Maritim
15
Mengaplikasi 4. Bagaimanakah kita memanfaatkan
kedudukan yang strategik di Nusantara
bagi kemajuan negara kita?
15
Menilai 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan
kejayaan yang dicapai oleh negara setelah
memanfaatkan kedudukan yang strategik
di Nusantara?
10
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
7/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
194
Mencipta /
Menjana idea
6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia dalam memajukan negara?(5m)
Nyatakan Langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran tersebut. (5m)
10
Menghayati nilai
murni, iktibar,
unsur
patriotisme
7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur
patriotisme daripada kemajuan kerajaan
awal yang boleh diterapkan demi kemajuan
negara kita.
10
Kesimpulan Rumusan 8. Rumusan
Pengetahuan diperolehi Iktibar kepada diri, bangsa dan
negara Harapan untuk masa depan
ekonomi Malaysia yang lebih
cemerlang
5
Langkah 1
CARTA GANTT
Jadual carta gantt di bawah telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan
kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.
Bi
l
Bulan /
Tahun
(Aktiviti)
Jun
201
2
Jul
201
2
Ogo
s
201
2
Sept
201
2
Okt
201
2
Jan
201
3
Feb
201
3
Apr
201
3
Mei
201
3
1 Menyerahkan
kertas
cadangan
kepada
Pengetua
X
2 Pembentanga
n kertas
cadangan
X
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
8/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
195
peringkat
panitia
3 Pelaksanaan
Kaedah
Soalan
Sejarah
Kertas 3
X X X X X X X X X
4 Pelaksanaan
peperiksaan
X X
5 Pemprosesan
data
peperiksaan
X X
6 Merumus
data
7 Penulisan
Laporan
Kajian
X
8 Pemurnian
Kajian
X
9 Laporan
kajian kepada
Pengetua
X
Langkah 2
KAEDAH SOALAN SEJARAH KERTAS 3 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Untuk melaksanakan Kaedah Soalan Kertas 3 semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas, saya telah mengubahsuai bentuk soalan tersebut menjadi bentuk
soalan yang lebih ringkas agar sesuai dengan tajuk pelajaran, dapat difahami dan
dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual kurikulum.
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
9/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
196
Contoh tugasan bertulis berbentuk soalan kertas 3 yang dibuat oleh murid untuk
dilaksanakan di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam
Jadual 2 yang berikut:
(Jadual 2)
Soalan Bab ... Sub-Tajuk... Jawapan
Murid
1. Jelaskan latar belakang / maksud ...
2. Huraikan ciri-ciri / faktor / kesan ...
3. Jelaskan aspek ...
4. Bagaimanakah kita memanfaatkan ... untuk kemajuan negara
kita?
5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai
oleh negara setelah memanfaatkan ...
6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam...
Nyatakan Langkah-langkahuntuk mengatasicabaran tersebut.
7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur patriotisme yang
diperoleh daripada ... yang boleh diterapkan demi kemajuan negara
kita.
8. Rumusan Pengetahuan diperolehi Iktibar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
Langkah 2
CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 5 Perakaunan
Masa : 7.00 pagi - 8.20 pagi
Subjek : Sejarah Tingkatan 5
Tajuk / Bab : 6 - Pengukuhan Negara Bangsa Malaysia
Sub-Tajuk : Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia -
i. Dalam Negara
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
10/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
197
ii. Luar Negara
Hasil Pembelajaran:
Aras 2
2.3 Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
Aras 3
3.1 Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan
negara Malaysia yang berdaulat
Aktiviti :
1. Guru menjelaskan negara yang dikategori sebagai Dalam Negara dan Luar Negara.
2. Murid menyatakan faktor-faktor wujud reaksi yang pelbagai dari negara-negara
terlibat.
3. Murid menjelaskan aspek / langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin untuk
menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat.
4. Murid menyatakan cara memanfaatkan pengalaman Sejarah tersebut dalam
memajukan negara Malaysia.
5. Murid menyatakan kejayaan yang telah diperolehi oleh Malaysia sejak dibentuk
sehingga hari ini.
6. Murid menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memajukan Malaysia,
seterusnya menyatakan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.
7. Murid memberi 3 contoh nilai murni, 3 iktibar dan 4 unsur patriotisme yang diperolehi
daripada Reaksi Dalam Negara dan Luar Negara terhadap pembentukan Malaysia.
8. Murid memberi rumusan tentang pengetahuan yang diperolehi dan harapannya
terhadap masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Unsur Patriotisme:
Keranamu Malaysia
Sedia berkorbanKesepakatan untuk kestabilan negara
Sentiasa bersatu padu
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
11/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
198
Pengukuhan : Murid dapat menjawab soalan Sejarah yang diberi (minimum 4 fakta /
idea), dapat dibentangkan (lisan) oleh murid, dan tugasan bertulis itu dihantar sebaik
sahaja jadual pengajaran dan pembelajaran selesai.
Refleksi : -
Jawapan murid dalam aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah
diubahsuai kepada bentuk lisan, bertulis dan dilaksana berdasarkan individu atau
berkumpulan, mengikut aras kecerdasan murid dalam kelas tersebut. Soalan-soalan
tersebut adalah untuk menilai pencapaian Hasil Pembelajaran murid selepas pengajaran
dan pembelajaran selesai.
DAPATAN KAJIAN
PERBANDINGAN KEPUTUSAN TINGKATAN 5 SAINS 2012
Semester 2, 5 Sains 2012 SPM Sebenar, 5 Sains 2012
A+ 0 A+ 1
A 1 A 6
A- 3 A- 8
B+ 1 B+ 3
B 5 B 2
C+ 4 C+ 1
C 5 C 3
D 2 D 0
E 0 E 0
G 3 G 0
Bil. Ambil 24 Bil. Ambil 24
Bil. Gagal (Peratus) 3 (12.5 %) Bil.Gagal (Peratus) 0
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
12/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
199
Bil. Lulus (Peratus) 21 (87.5 %) Bil. Lulus (Peratus) 24 (100%)
PERBANDINGAN KEPUTUSAN 4 PERAKAUNAN 2012 dan 5 PERAKAUNAN 2013
Semester 2, 4 Perakaunan 2012 Semester 1, 5 Perakaunan 2013
A+ 0 A+ 0
A 0 A 0
A- 0 A- 2
B+ 0 B+ 4
B 2 B 4
C+ 4 C+ 3
C 7 C 6
D 1 D 1
E 2 E 0
G 4 G 0
Bil. Ambil 20 Bil. Ambil 20
Bil. Gagal (Peratus) 4 ( 20 %) Bil. Gagal (Peratus) 0
Bil. Lulus (Peratus) 16 (80 %) Bil. Lulus (Peratus) 20 (100%)
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
13/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
200
Berdasarkan pencapaian murid tingkatan 5 Sains dan tingkatan 4 / 5 Perakaunan, dapat
dilihat peningkatan prestasi dalam peperiksaan kendalian sekolah dan awam. (Sila rujuk
Lampiran 1 untuk lebih terperinci).Membuktikan bahawa murid dapat menjawab soalan-
soalan berbentuk KBKK (SPM 2012) dan soalan-soalan bentuk baru Sejarah Kertas 3
Pentaksiran 2013 dengan cemerlang.(Sila rujuk Lampiran 3 untuk contoh-contoh
soalan). Idea dan pendapat murid dalam memberi jawapan yang cemerlang hanya
dapat dijana oleh murid yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang unggul.
Melalui pencapaian prestasi ini , membuktikan bahawa Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3
dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat melahirkan murid yang
mindanya celik sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat
patriotisme yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara.
PENUTUP
Sejarah mempunyai idea dan konsep khusus. Pemahaman dan penghayatan
tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk menjadikan pengetahuan sejarah
relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah adalah
pendukung utama pemupukan semangat patriotik. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspek patriotisme, nilai dan iktibar
melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebanggaan dan
peperibadian sebagai rakyat Malaysia.
Pendekatan Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibincangkan dalam kajian ini adalah satu eksperimen, cadangan
dan usaha rintis untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan murid dalam
kehidupan masa kini dan akan datang sebagai generasi yang bakal memimpin masa
depan negara.
Perkara penting dalam menyampaikan mata pelajaran Sejarah adalah
pengalaman dan ilmu pengetahuan guru yang dapat memberikan gambaran jelas
kepada murid mengenai perkara yang berlaku ketika itu dan bijak mengaitkannya
dengan keadaan sekarang. Kita tidak mahu murid yang lulus cemerlang mendapat A+
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
14/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
201
dalam mata pelajaran Sejarah tetapi tidak memahami, menghayati dan menggunakan
pengetahuan Sejarah dalam kehidupan pada masa depan.
Sesungguhnya, sejarah negara pada masa akan datang terletak kepada
keputusan generasi sekarang yang mampu memahami dan menghayati sejarah masa
lampau. Sejarah adalah ilmu pengetahuan yang mengandungi fakta yang benar, ilmu
pengetahuan yang dapat memandu hidup dan menjadi pedoman masyarakat Malaysia
untuk menerajui masa depan yang cemerlang.
RUJUKAN
Jemaah Nazir (2007). Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
__________________(Bil.80/Januari 2011). Majalah PENDIDIK. Kelana Jaya: Widad
Publication Sdn. Bhd.
__________________(2011).HALUAN KERJA PENDIDIKAN Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Covey Stephen R., (Penterjemah Adlie Syamsudin Samsudin).(2010). (Edisi Bahasa
Melayu) The Leader In Me. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Masariah Binti Mispari (April 2010). Koleksi Pedagogi Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah. Majlis Guru Cemerlang Sejarah Cawangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
15/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
202
_________________ (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd Kuala Lumpur.
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (2003). Kurikulum Bersepadu sekolah
Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lampiran 1
SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN
TINGKATAN 5 SAINS 2012
Semester 2, 2012 SPM Sebenar 2012
Bil Nama Murid Markah Gred Gred
1 Alexander Celestinus 60 C+ B
2 Anne Peturus 62 C+ A
3 Axie Minora Sikinor 79 A- A
4 Azreel Moontin 33 G C+
5 Eronna Petrus 80 A A+
6 Esther Sualan 52 C B+
7 Graziani Rendy John 66 B A-
8 Harnyice Amin 60 C+ A-
9 Jannefer Maratin 71 B+ A-
10 Jasck Joel 45 D C
11 JE Myzone Welfred 29 G C
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
16/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
203
12 Jelenek Ladium 37 G B
13 Jonathan Lois Justin 53 C C
14 Joviana Juanis 50 C B+
15 Jusila Kaling 67 B A
16 Laura Lucius 58 C A
17 Lidwina Madato 66 B B+
18 Lydia Ongui 75 A- A
19 Marcella Gohun 65 B A-
20 Ned Deon Barantau 64 C+ A-
21 Shahnen Toibit 46 D A
22 Valleries Yakong 66 B A-
23 Wellareckson Jiliuh 52 C A-
24 Yusli Jaffar 75 A- A-
SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN
TINGKATAN 4 / 5 Perakaunan 2012 / 2013
Semester 2, 2012 Semester 1, 2013
Bil. Nama Murid Markah Gred Markah Gred
1 Alexmean Diun 57 C 55 C
2 Alychiana Pazon 66 B 75 A-
3 Andy Maxwell 52 C 63 C+
4 Avyclarina Junis 49 D 68 B
5 Elvatasha Felicity Gopining 63 C+ 63 C+
6 Glendalyn Johnny 65 C+ 73 B+
7 Indamelagarina Bindamin 43 E 60 C+
8 Joebit Daesif 44 E 58 C
9 Joerdent Juanis 51 C 70 B+
10 Lorina Lopius 57 C 68 B
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
17/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
204
11 Lydora Maratin 62 C+ 65 B
12 Michwell Rezza Christopher 29 G 58 C
13 Natashya Josinie 66 B 78 A-
14 Ooi Yee Cheng Ching 62 C+ 73 B+
15 Raymond Luis 54 C 65 B
16 Roscyelyne Helin 34 G TH TH
17 Setiben Suani 60 C+ 55 C
18 Sherilviana Jukilin 56 C 70 B+
19 Sterry Lositim 28 G 58 C
20 Wiccie Michael 40 E 58 C
21 Mohd. Azreen Alwi Belum daftar masuk 45 D
MARKAH RUJUKAN SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU
Berdasarkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bermula tahun 2010
GRED MARKAH
A+ 90 - 100
A 80 - 89
A- 75 - 79
B+ 70 -74
B 65 - 69C+ 60 - 64
C 55 - 59
D 50 - 54
E 40 - 49
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
18/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
205
G 0 - 39
Lampiran 2
Unsur Patriotisme
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (KBSM)
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
o menghormati raja dan pemimpin negarao menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negarao menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan jata
negara)
o menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negarao menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsao berbangga dengan sejarah negara
2. Bersemangat Setia Negara
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
19/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
206
o cinta akan bangsa dan negarao taat dan setia kepada raja dan pemimpin negarao sedia berkorban untuk bangsa dan negarao berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negarao peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negarao bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3. Bersemangat Kekitaan
o bersatu-padu dan berharmonio bertolak-ansur dan bertoleransio bekerjasama dan tolong-menolongo hormat menghormatio bersefahaman dan bermuafakato muhibah atau semangat bermasyarakat
4. Berdisiplin
o berakhlak dan berbudi muliao mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negarao mematuhi peraturan dan undang-undango berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggio bertindak wajaro bersifat amanah dan jujuro berlaku adil dan bertimbang rasa
5. Berusaha Dan Produktif
o rajin dan gigiho berdikario tabah menghadapi cabaran
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
20/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
207
o menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunano berganding bahu membangunkan negarao berilmu dan berketrampilan
Lampiran 3
Contoh soalan tingkatan 5 Sains
i. Kertas 2 Bahagian B Semester 2, 2012
BAHAGIAN B
[60 Markah]
JAWABTIGASOALAN SAHAJA
1. Jadual berikut berkaitan dengan Piagam MadinahTarikh Peristiwa
622 Masihi Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah?
628 Masihi Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy.
630 Masihi Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai semula Kota Makkah.
a. Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.( 6 markah )
b. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah?
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
21/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
208
( 6 markah )c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kepentingan pembukaan semula
kota Makkah kepada dunia Islam.( 8 markah )
2. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenankan beberapa unsur barudalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.
a. Terangkan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di TanahMelayu.
(12 markah )
b. Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan kepada pegangan orang Melayuterhadap konsep daulat. Buktikan pernyataan tersebut.
( 4 markah )
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara untuk mengukuhkankonsep daulat?
( 4 markah )
3. Rajah berikut berkaitan gerakan nasionalisme.
Gerakan nasionalismeUsaha masyarakat tempatan menentang apasahaja bentuk penjajahan terhadap mereka olehkuasa luar.
a. Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.(5 markah)
b. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.(7 markah)
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah gerakan nasionalisme diThailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara?
(8 markah)
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
22/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
209
4. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentukkerajaan melalui pilihan raya.
a.
Jelaskan sistem pilihan raya di Malaysia.
(9 markah)
b. Nyatakan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita.(6 markah)
c. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah syarat yang melayakkan andamengundi dalam pilihan raya? (5 markah)
5. Rajah berikut menunjukkan dasar pembangunan sosial yang turut memainkan perananpenting dalam menjana pembangunan negara.
a. Terangkan kepentingan Rukun Negara dalam usaha mencapai perpaduan negara.(9 markah)
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
23/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
210
b. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan.
(7 markah)
c. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang diambil untuk menjadikan sukansebagai alat perpaduan di negara kita?
(4 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
ii. Kertas 2 Bahagian B SPM, 2012
Contoh soalan tingkatan 4 / 5 Perakaunan
i. Kertas 3 Semester 2, 2012
SMKTUNFUADSTEPHENSKIULUTUARAN
PEPERIKSAANSEMESTER2,2012
SEJARAH
Kertas3
TigaJam
________________________________________________________________________
TajukUmumTugasan(Diedarkan6minggusebelumharipeperiksaan):
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
24/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
211
MerujukTema9HuraianSukatanpelajarandanBukuTeksSejarah Tingkatan4Bab10.
Berdasarkantajukdiatascalondikehendakimelaksanakantugasanberikut:
i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti
bukuteks,
buku
ilmiah,
akhbar
majalah,
risalah,
internet
dan
lain
lain.
ii.Padaharipeperiksaan,calondibenarkanmembawamasukbukuteks,bukuilmiahdan
bahanbercetakyangberkaitankedalambilikpeperiksaan.
iii.Bahantersebutbolehdigunakansebagairujukanuntukmenjawabsoalan.
DasarBritishTerhadapEkonomiNegaradanKesannya.
(MerujukTema9HuraianSukatanpelajarandanBukuTeksSejarah Tingkatan4Bab10)
SOALAN(Padaharipeperiksaan):
DasarBritishberkaitanekonomitelahmeninggalkanpelbagaikesanterhadapnegara
kita.Bincangkan.
Peringatan:Calonhendaklahmenjawabberdasarkankerangkajawapandibawah.
Perincian Markah
Penuh
1.Pengenalan
Jelaskansecararingkastentang:
Latar
belakang
ekonomi
negara
sebelum
kedatangan
British
(ekonomitradisional) 5markah
2.DasardasarBritishBerkaitanEkonomi
TerangkandasardasaryangtelahdiperkenalkanolehBritishberkaitan
ekonomidinegarakita.
EkonomiDagangan(22markah)
DasarBritishterhadappertanian(8markah) 30markah
3.KesanDasarEkonomiBritish
Terangkankesan
dasar
yang
telah
diperkenalkan
oleh
British
berkaitan
ekonomi. 15markah
4. Langkah Ke arah Matlamat Malaysia sebagai Kegiatan Ekonomi
Antarabangsa
CadangkanlangkahlangkahuntukmenjadikanMalaysiasebagaipusat
kegiatanekonomiantarabangsa. 15markah
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
25/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
212
5.KejayaanMalaysiaDalamKegiatanEkonomiAntarabangsa
Berdasarkanpengetahuananda,jelaskankejayaanyangtelahdicapai
olehnegarakitadalamkegiatanekonomidiperingkatantarabangsa. 10markah
6.Cabaran
dan
Langkah
Menghadapi
Cabaran
Di
abad
Ke
21
JelaskancabaranyangdihadapiolehMalaysiapadaabadke21bagi
menjaminkemakmurannegara(5markah)
Nyatakanlangkahlangkahuntukmengatasicabarandiatas
(5markah)
10markah
7.NilainilaiMurniDaripadaPerkembanganEkonomiNegara
Nyatakannilainilaimurniatauiktibaryangdiperolehdaripada
perkembanganekonominegara.
10markah
8.
Rumusan
Pengetahuanyangdiperoleh
Iktibarkepadadiri,bangsadannegara
HarapanuntukmasadepanekonomiMalaysiayanglebihcemerlang 5markah
ii. Kertas 3 Semester 1, 2013
SOALAN (Padaharipeperiksaan):
Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan
cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasisehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
Huraikan Sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulatsehingga kini.
Peringatan: Jawapan calon hendaklah berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
FORMAT PERINCIAN MARKAH
PENUH
Pengenalan1. Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia 5 markah
Isi dan
Huraian
2. Memahami cadangan pembentukan Malaysia
i. Huraikansebabsebab pembentukanMalaysia(15markah)
ii. HuraikanreaksipembentukanMalaysia 30 markah
8/13/2019 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 Spm Pentaksiran 2013 Wilbinah_smktunfuad
26/26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)
(15markah)
3. Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan
Malaysia.
15 markah
4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pelajaruntuk menjayakan konsep 1 Malaysia. 15 markah
5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yangboleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga
kini.
10 markah
6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju.
i. JelaskancabaranyangdihadapiolehMalaysiadalammemajukannegara.(5markah)
ii. Nyatakanlangkahlangkahuntukmengatasicabarandiatas.(5markah)
10 markah
7. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme
daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 10 markah
Rumusan 8. Rumusani. Pengetahuan yang diperolehi
ii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negaraiii. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih
cemerlang5 markah