1
TUGASAN 3
ISU PENYEBARAN INOVASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pensyarah :Prof.Madya Dr. Wan Zah Bt. Wan Ali
Disediakan oleh :Norhana Aini Mohamed Amin (GS 16970)
Nurul Khafidza Johari (GS 16740)Nurul Akmar Abd Kadir (GS 17419)
Tarikh : 1 Nov 2007
2
Pernyataan Tugasan…
Sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia giat memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai inovasi pendidikan agar kualiti pendidikan negara ini setanding dengan negara maju di dunia. Bagaimanapun, inovasi ini pastinya memberi kesan terhadap guru-guru yang merupakan pihak yang melaksanakan inovasi tersebut.
3
Keperluan Tugasan…
Pilih satu inovasi dan kaji bagaimana guru berdepan dengan inovasi tersebut. Misalnya, apakah reaksi guru-guru ini terhadap inovasi pada awalnya. Adakah mereka menerima atau menolak inovasi tersebut dan mengapa. Apakah kesukaran yang mereka hadapi – teknikal, kemahiran pengetahuan, sokongan dan lain-lain dan bagaimana mereka menanganinya.
4
Latarbelakanginovasi
reaksi guru-guru
Cara mengatasi(aplikasi teori Rogers)
CadanganProgram
Intervensi
kesukaran yangdihadapi
Perkara yang akan disentuh…
5
Inovasi yang dikaji…
penggunaan perisian dinamik geometri iaitu Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah menengah.
6
Apa itu GSP
KelebihanGSP
ContohPenggunaan
GSP PENGGUNAANGSP DALAM PnP
MATEMATIKSEKOLAH
MENENGAH
PENGGUNAANGSP DALAM PnP
MATEMATIKSEKOLAH
MENENGAH
7
Geometer’s Sketchpad (GSP)
Menurut Key Curriculum Press (2001), perisian Geometer’s Sketchpad ialah sebuah sistem perisian untuk membina, meneroka dan menganalisis secara luas bidang matematik.
Dalam tahun 2004, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi lesen untuk menggunakan perisian GSP bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
LATAR
BELAKANG
8
Penggunaan perisian dinamik geometri ini telah dinyatakan secara eksplisit dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah sebagai suatu kaedah yang dicadangkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memperkenalkan beberapa konsep matematik (KPM,2001)
Geometer’s Sketchpad (GSP)LATAR
BELAKANG
9
Perisian GSP mempunyai beberapa kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
ia boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan.
Geometer’s Sketchpad (GSP)LATAR
BELAKANG
10
boleh melukis sebuah segitiga dengan hanya memberi arahan secara ”mengklik” pada menu bar yang bersesuaian. Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu bucu segitiga tersebut tanpa melukis rajah segitiga yang baru.
Geometer’s Sketchpad (GSP)LATAR
BELAKANG
11
boleh mengukur sudut, panjang sisi, ukurlilit bulatan, panjang lengkok, luas bulatan dan poligon, mencari nisbah, mencari kecerunan dan membuat pengiraan menggunakan kalkulator yang terdapat dalam menu perisian ini. Semua ukuran itu boleh dikemaskini pada bila-bila masa hanya dengan mengubah rajah yang telah dibina.
Geometer’s Sketchpad (GSP)LATAR
BELAKANG
12
mudah untuk dipasang. Memasang perisian ini untuk satu komputer mengambil masa kurang dari lima minit dari mula memasukkan CD dengan mengikut arahan tertentu sehingga selesai.
disokong oleh dokumen-dokumen yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan internet.
Geometer’s Sketchpad (GSP)LATAR
BELAKANG
13
Intro Wheel Of Fortune Sine,Cos,Tan Wave tracer Pythagorean Theorem Fungsi
LATAR
BELAKANG
14
Pengajaran dan PembelajaranPerisian GSP Di Kalangan Guru
Matematik :Satu Tinjauan
Pengajaran dan PembelajaranPerisian GSP Di Kalangan Guru
Matematik :Satu Tinjauan
Halimah (2005)
REKABENTUKTinjauan
SAMPEL15 guru daripada
10 sekolah menengahDi Melaka
INSTRUMENSoal selidik dan
temubual
DAPATANGuru menggunakan GSP
dengan pelbagai carawalaupun tidak secara
maksimun
Contoh Hasilsoal selidik
dan temubual
REAKSI
GURU
15
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
”Saya hanya menggunakan perisian GSP untuk melukis rajah kerana rajah yang dihasilkan nampak cantik dan kemas berbanding menggunakan Microsoft Word. Saya belum pernah menjalankan pengajaran pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian ini. Saya tahu ia bagus untuk pelajar tapi saya belum sempat meneroka perisian ini lebih lanjut.”
” GSP saya gunakan untuk pengajaran dan pembelajaran secara demonstrasi sahaja, menggunakan satu komputer dan satu LCD projektor, pelajar lebih cepat faham daripada menggunakan kaedah melukis yang biasa.”
REAKSI
GURU
16
”Saya menggunakan komputer riba saya sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan GSP. Nak pasang LCD ambil masa, jadi saya bentuk kumpulan murid dan mereka bergilir-gilir menggunakan perisian ini dari komputer riba saya.”
” Pelajar perlu belajar dahulu perisian ini untuk membolehkan mereka meneroka dalam matematik. Kalau setakat nak melukis garis, bulatan dah ada tool yang khas. Klik terus dapat.”
REAKSI
GURU
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
17
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
” Komputer di makmal komputer sekolah saya telah dipasang dengan perisian ini. Jadi, saya dan pelajar-pelajar saya boleh menggunakan bila sesuai mengajar dan belajar tajuk yang sesuai.”
”Saya pernah dengar tentang perisian ini, tapi tak pernah belajar dan tak pernah diberi peluang untuk pergi kursus, bagaimana saya nak gunakan?”
REAKSI
GURU
18
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
” Perisian ini agak mudah diajar, pelajar pun cepat dapat. Mereka ini lebih advance dari guru. Apa yang perlu, perkenalkan tool yang ada, buat sedikit demonstrasi dan berikan tugasan kepada mereka. Yang penting sekali mesti ada lembaran kerja, supaya mereka jelas apa yang kita mahu mereka buat dan dapat.”
REAKSI
GURU
19
” Pengajaran dan pembelajaran perisian ini, kita boleh gunakan teori konstruktivisme, di mana pelajar membina konsep sendiri. Contohnya untuk menentukan jumlah sudut pedalaman dalam segitiga, pelajar bina sendiri segi tiga tersebut dan siasat jumlah sudut pedalamannya menggunakan menu ’measure’.”
REAKSI
GURU
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
20
” Geometer’s Sketchpad ini bagus untuk membolehkan pelajar meneroka matematik. Perisian ini sangat sesuai untuk topik-topik seperti graf fungsi, penjelmaan, bulatan dan poligon.”
” Waktu mengajar matematik tak cukup, macamana nak mengajar guna GSP, tapi mungkin boleh mengajar waktu ko-kurikulum.”
REAKSI
GURU
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
21
Hasil daripada soal selidik dan temu bual
” GSP membolehkan pelajar membina objek dengan cepat dan tepat. Misalnya untuk membina bulatan, pelajar hanya perlu menggunakan ’compass tool’ satu bulatan telah terhasil. Pelajar pun seronok sebab boleh menambah warna dan boleh gerakkan objek menggunakan menu ’display’ dan ’construct’.”
REAKSI
GURU
22
Penilaian KeberkesananLatihan Dalam Perkhidmatan
Perisian GSP
Penilaian KeberkesananLatihan Dalam Perkhidmatan
Perisian GSP
Halimah (2005)
REKABENTUKTinjauan
SAMPELPengendali Kursus dan
Peserta Kursus
INSTRUMENTemubual - Gunakan analisa SWOT
untuk menilai kekuatan dan kelemahan,peluang dan ancaman
DAPATANkekuatan dan kelemahan,
peluang dan ancaman
KESUKARAN
23
Kajian Halimah (2005) dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan latihan dalam perkhidmatan bagi menggunakan perisian GSP
guru perlu mengajar perisian ini kepada pelajar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan perisian ini. Kebanyakan guru masih tidak yakin untuk mengajar perisian ini kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat kemahiran yang diperoleh semasa kursus adalah sangat asas dan masih tidak mencukupi. Mereka memerlukan latihan lanjutan untuk mengukuhkan kemahiran asas yang telah ada.
DAPATAN
24
Perisian GSP mudah untuk dikendalikan untuk membina objek-objek yang asas dalam matematik, tetapi dalam kursus ini mereka tidak berkesempatan menguasai kemahiran ini dengan lebih mendalam kerana kekangan masa. Guru tidak berpeluang meneroka lebih lanjut.
Kursus yang dikendalikan di Seameo Recsam untuk Jurulatih Utama Fasa 1 hanya dijalankan selama lima hari. Kursus yang dijalankan di maktab untuk guru-guru dalam perkhidmatan pula hanya dijalankan selama tiga hari. Waktu ini amat terhad untuk guru-guru benar-benar menguasai perisian ini.
DAPATAN
25
Kursus di Maktab Perguruan tidak menyediakan modul untuk penggunaan peserta. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tiada sumber rujukan apabila balik ke sekolah. Akibatnya guru tidak dapat menggunakan perisian ini apabila balik ke sekolah.
DAPATAN
26
Kursus untuk Jurulatih Utama Fasa 1 dikendalikan oleh fasilitator dari UK. Bahasa yang digunakan agak sukar difahami oleh guru-guru terutama guru-guru yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Keadaan ini menyebabkan penerangan yang diberi kurang difahami oleh guru.
Kursus di Maktab Perguruan hanya dikendalikan oleh seorang fasilitator untuk 20-30 orang guru pada sesuatu sesi. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tidak berpeluang mendapat bantuan fasilitator apabila menghadapi masalah semasa kursus.
DAPATAN
27
Guru-guru yang pernah menghadiri kursus GSP menyatakan mereka mudah lupa bagaimana menggunakan perisian ini bila balik ke sekolah apatah lagi tiada siapa yang boleh dirujuk jika menghadapi masalah.
DAPATAN
28
Sejauh mana ia disebarkan…
Tenaga pengajar untuk kursus-kursus ini adalah daripada mereka yang berpengalaman. Kursus yang telah dijalankan di Seameo Recsam, Pulau Pinang untuk jurulatih utama dikendalikan oleh fasilitator yang didatangkan khas dari UK yang juga merupakan pembina dan tuan punya hak cipta perisian ini, manakala kursus yang dijalankan di Maktab Perguruan dikendalikan oleh pensyarah yang banyak pengalaman dan telah menghadiri pelbagai kursus berkaitan GSP.
DAPATAN
29
Kurikulum kursus tujuh minggu yang dikendalikan oleh Seomeo Recsam juga memasukkan komponen penggunaan GSP sebagai kandungannya. Kursus tujuh minggu ini adalah kursus yang dibiayai oleh Bank Dunia.
DAPATAN
30
Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam proses mengendalikan kursus untuk jurulatih utama Fasa 2 akhir tahun ini (2005). Kursus-kursus intensif untuk guru-guru akan diadakan tahun hadapan (2006). Kursus-kursus di Maktab sentiasa diadakan dari masa ke semasa. Guru-guru pelatih di Maktab Perguruan sememangnya telah didedahkan dengan penggunaan GSP.
DAPATAN
31
Penyertaan guru-guru pada sesuatu sesi latihan hanya melibatkan 20-30 orang guru, sedangkan bilangan guru matematik agak ramai. Ini menyebabkan masih ramai guru-guru matematik yang masih belum berpeluang menghadiri kursus penggunaan GSP.
Kebanyakan guru-guru matematik telah mengetahui tentang perisian ini dari rakan-rakan mereka yang pernah menghadiri latihan dan mereka berminat untuk belajar menggunakannya.
DAPATAN
32
Perisian ini telah diberikan lesen untuk penggunaan di Malaysia. Sepatutnya semua guru berpeluang diberikan latihan.
Pihak pentadbir sekolah tidak menggalakkan guru-guru keluar berkursus terlalu kerap dalam waktu persekolahan.
DAPATAN
33
Kajian 1 + Kajian 2Borang Status Terkini
Sekolah-sekolah mengenaiPenghantaran, Pemasangan
Dan Penggunaan GSP
+
-Kekangan masa-Pengalaman lepas yang negatif-Kurang keyakinan-Tiada/kurang pengetahuan
dalam aspek teknikal-Penggunaan makmal dan bilik
media yang terhad-Kurang kemahiran gunakan
GSP-Tiada peluang mengikuti kursus GSP
-Masih belum terima CD perisian-Kurang beri latihan berfokus
integrasi teknologi-Kurang galakan dari sesetengah pentadbir-Tiada pakar rujuk di sekolah/
sekolah berhampiran-Tiada kakitangan teknikal-Kursus yang dihadiri kurang
berkesan
Faktor Penghalang PenggunaanGSP dengan berkesan
dikenalpasti
KESIMPULAN
34
CARA MENGATASINYA(Aplikasi Teori Roger’s)
PPK meneliti semula kursus GSP yang dijalankan agar guru yakin dalam menyebarkan kemahiran kepada rakan sekerja (saluran komunikasi)
JPN/PPD mengadakan analisi keperluan guru matematik (kajian perlu dijalankan)
Sekurang-kurangnya 2 guru dipilih dari setiap sekolah untuk menghadiri kursus anjuran PPK/JPN/PPD – guru dipilih dari golongan “early adopter”
Guru yang telah menghadiri kursus cuba mempengaruhi guru golongan “ early majority” dahulu dan akhir sekali golongan “laggards”
Sikap tidak berputus asa dalam mempengaruhi rakan sekerja (penerimaan suatu inovasi memakan masa)
Pembinaan Modul yang ringkas dan mudah – boleh diadaptasi daripada bahan GSP dalam internet (saluran media) – memudahkan guru membuat rujukan apabila balik ke sekolah
CADANGAN
35
Aplikasi Teori RogersGuru yang dipilih untuk mengikuti kursus jurulatih
utama hendaklah dari kalangan
“Early Adopters”
Apabila balik ke sekolah perlu “tackle”
golongan early majority dahulu dan akhir sekali barulah
laggards
CADANGAN
36
Interpretation: Locating the Skeptical Internet User on the Innovation Curve
Same with GSP
CADANGAN
37
REKABENTUK KURSUS PENGENALAN PERISIAN
GEOMETER’S SKETCHPAD (GSP) DALAM KALANGAN GURU-GURU
MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
CADANGAN
38
39
40
REAKSI
GURU
Satu kajian berbentuk tinjauan ke atas 15 orang guru matematik yang sedang mengajar di 10 buah sekolah menengah di negeri Melaka. guru-guru telah mula menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian ini dengan pelbagai cara walaupun tidak secara maksimum.
41
Faktor Guru
Kekurangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang melibatkan integrasi teknologi, pengalaman lepas yang negatif tentang teknologi termasuk GSP dan kurang keyakinan menggunakannya.
Tiada atau kurang pengetahuan tentang aspek teknikal yang membolehkan guru menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer dan perisian GSP.
42
Masalah dalam bilik darjah apabila nisbah komputer kepada pelajar tidak sesuai. Hanya satu komputer digunakan dalam kelas. Makmal komputer tidak dapat digunakan kerana penggunaan makmal komputer diberi keutamaan kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat sahaja.
Kurang keyakinan dan kemahiran guru dalam penggunaan GSP. Masih ramai guru yang belum mendapat peluang mempelajari kemahiran penggunaan GSP ini.
43
Guru-guru kurang atau tidak mendapat latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan GSP ini. Kebanyakan guru mendapat kemahiran dengan cara belajar sendiri, namun kekangan masa dan bebanan tugas yang lain menyebabkan mereka sukar membuat eksplorasi sendiri terhadap perisian ini.
Walau bagaimanapun ada di antara guru yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap teknologi termasuk penggunaan perisian GSP ini (faktor tambahan). Mereka mengatakan bahawa teknologi tidak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih suka menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran mereka.
44
Faktor sekolah dan pihak lain
Ada di antara sekolah yang masih belum menerima CD asal perisian ini. Pihak PPK telahpun menghantar CD berkenaan kepada pihak JPN untuk diagihkan ke sekolah-sekolah berkenaan.
Kekurangan latihan yang berfokus kepada integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ada di antara pentadbir yang kurang memberi galakan kepada guru-guru untuk keluar sekolah bagi menghadiri kursus.
45
Tiada kakitangan teknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru yang telah menghadiri kursus kurang yakin untuk menyebarkan kemahiran yang telah diperolehi kepada rakan-rakan kerana mereka sendiri kurang menguasai kemahiran yang diberi semasa kursus.
46
Cara mengatasinya…
Teori Roger’s boleh diaplikasikan dalam mencari penyelesaian kepada masalah kurangnya penggunaan sesuatu alat teknologi seperti perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran
47
pihak PPK haruslah meneliti semula kursus-kursus yang telah mereka kendalikan dari berbagai sudut seperti kuantiti kemahiran yang diberi berbanding jangkamasa yang diperuntukkan, bilangan fasilitator berbanding bilangan peserta, cara penyampaian kemahiran dan modul-modul yang digunakan agar kursus yang diberikan berkesan kepada guru dan dapat menyebarkannya kepada rakan sekerja apabila balik ke sekolah
Ini bersesuaian dengan teori Rogers yang mengatakan bahawa difusi suatu inovasi dapat dilakukan melalui saluran komunikasi interpersonal. Melalui rakan sekerja ini, ciri-ciri sesuatu inovasi itu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
48
Pihak JPN disarankan mengadakan analisis keperluan guru-guru matematik untuk mengajar menggunakan perisian ini supaya keperluan guru-guru benar-benar dapat dipenuhi. Pihak JPN juga hendaklah memastikan sekurang-kurangnya dua orang guru dari setiap sekolah telah dilatih supaya mereka boleh menjadi juru latih kepada guru-guru lain di sekolah mereka. Guru-guru ini perlulah diminta untuk menjalankan perkembangan staf di sekolah masing-masing. Perkembangan staf ini hendaklah dipantau supaya benar-benar dijalankan dan dapat memberi impak yang besar terhadap penggunaan perisian ini dalam mata pelajaran matematik.
49
Guru-guru seharusnya tidak berputus asa dalam mempengaruhi rakan-rakan kerana mengikut Rogers sesuatu inovasi itu akan memakan masa untuk ramai orang dalam sesuatu sistem sosial itu menerimanya