Transcript
Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 1 -

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH NO: W-05-99-04/2013 (IRN)

(Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,

Perbicaraan Jenayah No:45A-19-2011)

ANTARA

ALTAFI GHAREHBOLAGH SHAHRAM …. PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN

KORAM:

AZIAH ALI, HMR

ROHANA YUSUF, HMR MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 2 -

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan

[1] Perayu, seorang warga negara Iran, telah dituduh dan

dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengedar

1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen

39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). Di akhir

perbicaraan, Perayu didapati bersalah, disabit dan dihukum gantung

sampai mati seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2)

ADB 1952.

[2] Tidak berpuashati, Perayu membuat rayuan ke Mahkamah

Rayuan. Kami telah mendengar rayuan ini pada 19.6.2014 dan

membenarkannya. Sabitan dan hukuman leh Mahkamah Tinggi

terhadap Perayu diketepikan dan beliau dilepas dan dibebaskan.

[3] Kini kami menzahirkan alasan terperinci keputusan.

Fakta Kes

[4] Intipati kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti berikut:

(a) Pda 22.12.2010, lebih kurang jam 12.15 tengahari, Insp.

Gan Chee Liang (SP4) telah mengetuai sepasukan polis

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 3 -

untuk membuat pemerhatian terhadap Perayu di

Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

(b) Perayu dilihat keluar dari Dewan Ketibaan lapangan

terbang tersebut dengan menarik sebuah beg troli

berwarna merah (Eks. P16) dan sebuah beg galas.

Kemudiannya, Perayu menaiki sebuah limo menuju ke

Komtar. Beliau diikuti dan dijejaki oleh pasukan SP4.

(c) Pada jam 1.00 tengahari, Perayu menaiki sebuah bas

ekspress. Beliau meletakkan beg troli merah dan beg

galas itu di tempat menyimpan bagasi di bawah bas

tersebut. Destinasi bas tersebut ialah Terminal Bas

Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

(d) Pasukan SP4 mengekori bas tersebut dan mendapati

beg troli merah dan beg galas itu tidak pernah pada bila-

bila masa diturunkan atau dialihkan sepanjang

perjalanan bas itu ke Bukit Jalil.

(e) Bas yang dinaikki Perayu tiba di Bukit Jalil pada lebih

kurang jam 6.30 petang. Kenderaan pasukan serbuan

juga tiba. Perayu turun dan mengambil beg troli merah

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 4 -

dan beg galas tersebut dari tempat bagasi bas dan

kemudiannya menaiki sebuah teksi bersama-sama

dengan beg troli merah dan beg galas tersebut

menghala kearah Jalan Petaling. Beliau sampai di Jalan

Petaling pada lebih kurang jam 6.50 petang.

(f) Sesampai di Jalan Petaling, Perayu menurunkan beg

troli merah dan beg galas tersebut dari but teksi. Lebih

kurang jam 7.30 malam, Perayu disambut oleh seorang

lelaki Iran yang kemudiannya dikenali sebagai

Gorbanzadeh Abbas (“Abbas”).

(g) Seterusnya, Perayu dan Abbas menuju ke Hotel

Mandarin Pacific. Selepas mendaftar-masuk, Perayu

dan Abbas memasuki bilik No. 8003. Lebih kurang jam

7.45 malam, Abbas keluar dari bilik itu.

(h) Pada jam lebih kurang 8.00 malam, pasukan serbuan

telah menyerbu bilik No. 8003 tersebut. SP4

memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis. Pada

masa itu, hanya Perayu seorang sahaja yang berada di

dalam bilik tersebut.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 5 -

(i) SP4 memeriksa beg merah yang berada di atas katil

dalam keadaan terbuka. Pakaian di dalam beg itu telah

dikeluarkan. SP4 mendapati beberapa komponen beg

tersebut telah ditanggalkan, iaitu:

(i) Pemegang beg (Eks. P17); dan

(ii) Besi bahagian belakang (Eks. P19A & B).

(j) Terdapat juga pisau (Eks. P21), pemutar skru (Eks. P20A

& B) di atas beg, gergaji (Eks. P23) dan batang rod (Eks.

P24) di luar beg tersebut.

(k) Di dalam lapisan yang dibuat khas di dalam beg tersebut,

SP4 menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar yang

mengandungi bahan kristal yang disyaki dadah.

(l) Perayu ditangkap dan barang-barang kes dirampas.

Perayu dan barang-barang kes kemudiannya dibawa ke

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur

untuk siasatan lanjut.

(m) Bahan Kristal yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia

Malaysia untuk dibuat analisis. Ahli Kimia (SP3)

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 6 -

mengesahkan bahawa bahan tersebut ialah

methamphetamine seberat 1467.1 gram.

[5] Berdasarkan naratif kes seperti dinyatakan di atas, hakim

bicara telah memanggil Perayu membela diri. Perayu memilih untuk

memberi keterangan atas sumpah. Secara ringkas pembelaan

beliau ialah seperti berikut:

(a) Perayu datang ke Malaysia bersama dengan seorang

bernama Abbas. Perayu berkenalan dengan Abbas di

Kelab Sukan Tehran tujuh bulan sebelum kejadian.

Abbas mencadangkan supaya Perayu bercuti ke

Malaysia bersamanya kerana Perayu tidak fasih

berbahasa Inggeris. Perayu bersetuju.

(b) Di Lapangan Terbang Tehran, Perayu dan Abbas

membeli tiket masing-masing. Abbas membawa dua

beg: satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam.

Abbas yang mendaftar-masuk kedua-dua buah beg

tersebut.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 7 -

(c) Perayu juga ada membawa dua buah beg kecil: satu

berwarna kelabu dan satu lagi berwarna hitam. Kedua-

dua beg tersebut dibawa oleh Perayu dengan tangan.

(d) Setibanya di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau

Pinang, mereka menunggu bagasi Abbas selama satu

jam tetapi malangnya tidak sampai. Mereka pergi

membuat laporan di bahagian “Information”. Mereka

diberitahu bahawa bagasi itu tertinggal di Kuala Lumpur.

Mereka diberikan resit dan diminta menuntutnya selepas

tiga hari. Kemudiannya, mereka pergi ke Kuala Lumpur.

(e) Pada 20.12.2010, Perayu sekali lagi pergi ke Pulau

Pinang dan tinggal di sebuah hotel untuk mendapatkan

dua buah beg kepunyaan Abbas (Eks. P16 & P17).

Abbas tidak dapat pergi ke Pulau Pinang pada hari

tersebut kerana terpaksa pergi ke KLIA untuk

menyambut kawannya yang datang dari Iran.

(f) Perayu menuntut bagasi Abbas tersebut dengan

mengemukakan resit kehilangan barang kepada

kakitangan di “Information Centre” Lapangan Terbang

Bayan Lepas. Seorang pegawai telah menyemak resit

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 8 -

tersebut, pergi mengambil beg-beg itu dan kemudiannya

menyerahkan kepada Perayu.

(g) Selepas itu, Perayu pergi ke Stesyen bas untuk kembali

ke Kuala Lumpur. Beg-beg tersebut diletakkan di tempat

letak bagasi bas.

(h) Sesampai di Kuala Lumpur, Perayu bertemu dengan

Abbas dan mendaftar-masuk di sebuah hotel di China

Town. Abbas yang menguruskan pendaftaran-masuk.

Mereka diberikan bilik No. 8003.

(i) Semasa mereka berada di dalam bilik hotel tersebut,

Abbas telah membuka beg tersebut dan bertanyakan

Perayu siapakah yang membuka beg tersebut. Perayu

menjawab beliau tidak tahu. Abbas menjawab: “Ada

masalah”. Abbas membuka skru beg tersebut dan keluar

dari bilik tersebut.

(j) Kemudiannya, pasukan polis menyerbu bilik tersebut

dan mengacukan pistol ke kepala Perayu. Pihak polis

bertanya Perayu mengenai tuanpunya beg tersebut.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 9 -

Perayu menjawab beg itu kepunyaan Abbas. Perayu

ditangkap.

(k) Dua minit kemudian, Perayu melihat Abbas ditahan oleh

polis dan membawanya turun ke bawah. Abbas

menyatakan bahawa beg tersebut adalah

kepunyaannya. Polis memotong beg itu dan

mengeluarkan dadah yang menjadi hal perkara

pertuduhan dalam kes ini.

Isu-Isu Yang Perlu Diputuskan

[6] Selepas meneliti hujahan-hujahan lisan dan bertulis yang

dikemukakan oleh kedua-dua peguambela Perayu dan timbalan

pendakwa raya terpelajar, pada hemat kami, isu-isu penting yang

perlu diputuskan dalam kes ini ialah seperti berikut:

(a) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang

dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa kegagalan

pihak pendakwaan memanggil Abbas untuk memberi

keterangan telah memudaratkan kes pendakwaan;

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 10 -

(b) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang

dan fakta apabila membuat inferen dan kesimpulan yang

salah terhadap beberapa fakta penting kes; dan

(c) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang

dan fakta apabila gagal membuat penilaian yang

secukupnya dan/atau sewajarnya pembelaan yang

dikemukakan oleh Perayu.

[7] Kami akan membincangkan isu-isu di atas satu per satu.

Keputusan Mahkamah Ini

Isu (a)

[8] Pada pandangan kami, Abbas adalah merupakan seorang

saksi yang “essential to the unfolding of the narratives on which the

prosecution case is based”. (Lihat: Seneviratne v R [1936] 3 All E

R 36). Alasan kami ialah seperti berikut:

(i) Adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa Perayu telah

datang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang

bersama Abbas. Beg berwarna merah (Eks. P16) yang

kemudiannya didapati mengandungi dadah yang

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 11 -

menjadi hal perkara pertuduhan telah diikat dengan

“Luggage Tag” (Eks. P50 a & b) atas nama Abbas;

(ii) Cebisan kertas untuk menuntut bagasi yang dibuang

oleh Perayu dan dijumpai di Lapangan Terbang Bayan

Lepas (Eks. D51) mengesahkan bahawa beg tersebut

telah didaftar-masuk atas nama Abbas;

(iii) Abbas ialah orang yang dilihat menunggu Perayu di satu

tempat berhampiran Hotel Mandarin Pacific.

Kemudiannya mereka berjalan bersama-sama dengan

membawa beg-beg tersebut ke hotel tersebut.

(iv) Puan Hajijatul Binti Nasir (SP 10), pegawai khidmat

pelanggan (“customer service officer”) memberi

keterangan bahawa pendaftaran bilik tersebut adalah

diuruskan oleh Abbas kerana Perayu tidak fasih

berbahasa Inggeris. Abbas adalah orang yang telah

mengambil serta menunjukkan pasport Perayu ke

kaunter pendaftaran dan berurusan dengan SP10;

(v) SP7 (ASP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal) menyatakan

bahawa Abbas telah ditahan polis sejurus beliau keluar

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 12 -

dari bahagian lobi Hotel tersebut. SP10 pula

menyatakan bahawa Abbas cuba bergelut dan dalam

keadaan terkejut semasa ditangkap.

(vi) Perayu dan Abbas telah sama-sama direman bermula

dari 22.12.2010. Mereka telah dituduh di Mahkamah

Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9.11.2011

dengan satu kesalahan mengedar dadah yang menjadi

hal perkara pertuduhan kes ini di mana peruntukan niat

bersama (seksyen 34 Kanun Keseksaan) digunakan.

(vii) Selepas satu tahun, Abbas telah dibebaskan dengan

jaminan sebanyak RM50,000.00 dengan dua orang

penjamin. Antara syarat jaminan ialah beliau perlu hadir

ke Mahkamah untuk memberi keterangan apabila

diperlukan. Kemudiannya, jaminan terhadap Abbas

telah dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan. Abbas

tidak dapat dikesan semasa perbicaraan kes ini

dijalankan.

[9] Pada hemat kami, kegagalan pihak pendakwaan memanggil

Abbas untuk memberi keterangan berdasarkan fakta dan keadaan

yang wujud dalam kes ini telah menimbulkan keraguan yang

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 13 -

munasabah mengenai siapakah sebenarnya pengedar dadah yang

menjadi hal perkara pertuduhan. Terdapat banyak kontroversi yang

berbangkit yang hanya boleh diselesaikan dengan kehadiran Abbas

memberi keterangan di Mahkamah. Tidak syak lagi, sekiranya pihak

pendakwaan memanggil Abbas memberi keterangan atau

menawarkannya kepada pihak pembelaan, Abbas mungkin boleh

mengesah atau menafikan versi yang dikemukakan oleh pihak

pembelaan atau boleh juga menyanggah versi pihak pendakwaan

(Lihat: Ti Chue Hiang v P.P [1995] 2 MLJ 433; P.P v Rashid Bin

Ismail [2001] 1 AMR 149; P.P v Asmawi Yusof [2012] 3 CLJ 41,

Pendakwa Raya v Ang Kian Chai [2012] 1 LNS 389; Abdullah

Zawawi v P.P [1985] 2 MLJ 16; Kunalan a/l Kandasamy v

Pendakwa Raya [2014] 2 CLJ 25).

[10] Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Abbas telah

memprejudiskan Perayu secara serius dan meletakkan Perayu

dalam keadaan yang tidak menguntungkannya (“disadvantaged”).

Adalah menjadi kewajipan Mahkamah untuk memastikan bahawa

hak-hak Perayu untuk mendapat suatu perbicaraan adil tidak

terjejas. Justeru, sekiranya terdapat kegagalan demikian,

Mahkamah hendaklah memberi manfaatnya kepada Perayu. Dalam

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 14 -

kes Md Desa b Bashim b P.P [1995] 3 MLJ 350, Mahkamah

Persekutuan telah menekankan perkara ini seperti berikut:

“But that omission does not preclude this court from determining whether procedural fairness according to law was meted out to the appellant during the course of the prosecution's case. If this court is satisfied that, at that stage of the proceedings, there was withheld from the appellant the benefit of a rule operating in his favour, then, it is the duty of this court to intervene and set right any miscarriage of justice that may have resulted in consequence.”.

[11] Kami tidak dapat menerima hujahan timbalan pendakwa raya

terpelajar bahawa pihak pendakwaan tidak berada dalam keadaan

yang membolehkannya mengemukakan Abbas di Mahkamah.

Mengikut timbalan pendakwa raya terpelajar, segala usaha dan

tindakan telah diambil untuk mengesan Abbas. Penjamin-penjamin

telah diberi tunjuk sebab atas kegagalan mereka untuk

mengemukakan Abbas di Mahkamah. Wang jaminan sebanyak

RM50,000.00 telah dirampas. Kedua-dua penjamin adalah orang

tempatan. Penyataan Abbas di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur

Jenayah (Eks. P58) juga telah dikemukakan di Mahkamah menurut

peruntukan seksyen 32 (1) Akta Keterangan 1950. Justeru,

dihujahkan tidak terdapat jurang dalam kes pihak pendakwaan

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 15 -

kerana Abbas menyatakan di dalam penyataan di bawah seksyen

112 KPJ bahawa beg (Eks. P16) bukan kepunyaannya.

[12] Kami telah meneliti usaha-usaha dan tindakan-tindakan yang

diambil oleh pihak pendakwaan untuk mengesan Abbas. Adalah

jelas dari keterangan ASP Yap Huat Tan (SP11), Pegawai Penyiasat

Pengganti kes, di muka surat 182 – 185, Rekod Rayuan (RR), Jilid

I, bahawa tiada usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh telah

diambil untuk mengesan Abbas. SP11 tidak menyemak dengan

syarikat-syarikat telefon yang berkaitan mengenai nombor telefon

Abbas walaupun SP11 mengakui ada menelefon Abbas dan beliau

menjawabnya. Tiada juga usaha dan tindakan dibuat untuk

mengesan alamat tempat tinggal terakhir Abbas. “Semboyan” tidak

dihantar kepada Ketua-Ketua Polis Daerah di daerah-daerah lain.

Tidak ada apa-apa rekod/surat rasmi dikemukakan mengenai

usaha-usaha dan tindakan-tindakan yang dibuat untuk mengesan

Abbas dengan Jabatan Imigresen.

[13] Dalam keadaan demikian, pada hemat kami, usaha dan

tindakan yang mencukupi gagal diambil oleh pihak pendakwaan dan

P58 tidak sepatutnya diterima-masuk sebagai keterangan oleh

hakim bicara. Kami bersetuju dengan pemerhatian dibuat oleh

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 16 -

Hakim Abdul Wahab Patail (sebagaimana beliau ketika itu) dalam

kes P.P v Chow Kam Meng [2001] 7 MLJ 387, pada muka surat

398:

“… In a trial involving a possible death penalty, a more serius effort is warranted.”.

(Lihat juga: Mohamed Ghouse v R [1910] 11 SSLR 31; P.P v Chow

Kam Meng [2001] 7 CLJ 387; P.P v Abdul Rashid bin Ismail

[2001] 1 AMR 1199; P.P v Mohd Jamil b Yahya & Anor [1993] 2

AMR 45).

[14] Dalam kes P.P v Lam Peng Hoa & Anor [1996] 3 CLJ 747,

Hakim Kang Hwee Gee berkata di muka surat 758:

“…….. Unless it is proved to the satisfaction of the court that they employed due diligence and reasonable exertion to attempt to locate the witness and were able to assess the chances of the success of procuring her, there could be no basis to find she could not be procured without an amount of delay or expense. Accordingly, I had to refuse the prosecution’s application”.

[15] Kami memutuskan bahawa hakim bicara telah secara salah

menerima-masuk P58 sebagai keterangan, walaupun usaha-usaha

dan tindakan-tindakan yang telah diambil tidak memenuhi

kehendak-kehendak seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950.

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 17 -

Isu (b)

[16] Kami mendapati bahawa hakim bicara telah terkhilaf dengan

serius apabila beliau telah membuat beberapa inferen dan

kesimpulan yang tidak berlandaskan keterangan yang dikemukakan

di Mahkamah. Inferen dan kesimpulan tersebut ialah seperti berikut:

(a) Muka surat 80, RR Jilid I, Alasan Penghakiman:

“… Dadah berbahaya itu dijumpai dalam beg P16 dalam bahagian khas yang dibuat. Apatah lagi pisau, pemutar skru, batang rod dan gergaji dijumpai bersama. Pemegang beg dan besi ditanggalkan. Semasa beg diperiksa, Conduct Tertuduh membawa beg P16 dan membukanya dengan peralatan-peralatan sedemikian ‘menunjukkan dia ada pengetahuan’”. (Penekanan ditambah).

(b) Muka surat 75, RR Jilid I, Alasan Penghakiman: “… Semasa pemeriksaan beg merah tersebut, SP4 berpendapat Tertuduh dalam proses membuka bahagian khas beg P16 tersebut berdasarkan peralatan-peralatan yang ada di situ.”. (Penekanan ditambah).

[17] Kami telah menyemak aspek keterangan yang berkaitan dan

mendapati bahawa inferen dan kesimpulan yang dibuat oleh hakim

bicara adalah bertentangan atau bercanggah dengan keterangan

yang dikemukakan di Mahkamah. Tidak ada keterangan yang boleh

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 18 -

menunjukkan bahawa Perayu telah membuka beg (Eks. P16)

dengan peralatan-peralatan yang dijumpai di dalam bilik. Begitu

juga dapatan bahawa Perayu dalam proses membuka bahagian

khas beg tersebut adalah tidak disokong oleh apa-apa keterangan.

Ia hanya semata-mata pendapat SP4 sahaja.

[18] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa sekiranya

inferen atau kesimpulan yang dibuat oleh hakim bicara bertentangan

dengan keterangan, maka ini bermakna beliau “engaged in an

illogical or irrational reasoning process” yang memerlukan campur

tangan Mahkamah ini.

[19] Adalah jelas bahawa inferen-inferen tersebut merupakan satu

kekhilafan yang ketara yang telah memprejudiskan Perayu dan

memberi kesan dalam proses hakim bicara memutuskan sama ada

Perayu bersalah atau sebaliknya berhubung dengan pertuduhan

yang dikemukakan terhadapnya.

Isu (c)

[20] Pada pandangan kami, pembelaan Perayu bukanlah

merupakan satu penafian semata-mata. Pada intipatinya,

pembelaan Perayu ialah bahawa kedua-dua beg berkenaan adalah

milik kawannya, Abbas. Perayu hanya membantu Abbas untuk

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 19 -

mengambil kedua-dua beg tersebut memandangkan Abbas tidak

dapat pergi ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pada hari

berkenaan kerana beliau terpaksa pergi ke KLIA untuk menyambut

kedatangan kawannya yang datang dari Iran.

[21] Pembelaan Perayu disokong oleh keterangan dokumentar.

“Luggage Tags” (Eks. P50 a & b) adalah atas nama Abbas. Cebisan

kertas yang dibuang oleh Perayu di Lapangan Terbang Bayan Lepas

(D51) juga atas nama Abbas.

[22] Pada pandangan kami, hakim bicara telah mengambil

pendekatan terlalu mudah dalam memutuskan bahawa pembelaan

Perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah

terhadap kes pendakwaan. Berdasarkan pembelaan yang

dikemukakan oleh Perayu, adalah menjadi tugas hakim bicara untuk

menentukan, pertama, sama ada Abbas ialah orang sebenar (“a real

person”) atau hanya rekaan Perayu semata-mata bagi tujuan

pembelaannya, dan kedua, jika hakim bicara telah memutuskan

bahawa Abbas ialah orang sebenar, adakah dia merupakan

pengedar yang sebenar. Panduan ini telah diberikan oleh Gopal Sri

Ram HMR (sebagaimana dia ketika itu) dalam kes Yee Wan Chin v

P.P & Another Appeal [2008] 6 CLJ 778 apabila beliau berkata:

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 20 -

“That case (Mohamed Radhi v P.P [1991] 3 CLJ 2073 (SC)) is authority for the proposition that a person charged with trafficking is entitled to an acquittal on that charge by showing that he was a mere possessor of the drugs whilst another was the true trafficker. Whenever such a defence is taken two separate exercises must be carried out by the trial judge. He must first determine as a fact whether that other is a real person or a mere figment of the accused’s imagination invented for the purpose of the trial. Next, if he finds that other person to be real the judge must then determine whether that other person is the real trafficker. This is called the Radhi’s direction and must be administered by a court unto itself when such a defence is taken.”.

[23] Dalam kes Aedy Osman v P.P [2011] 1 CLJ 273, James

Foong HMP berkata:

“In P.P v Iskandar Mohamad Yusof [2006] 6 CLJ 379, Chow Kok Keong v P.P [1995] 2 CLJ 469, Yee Wan Chin v P.P & Another Appeal [2008] 6 CLJ 773, it was held that if there is evidence adduced to demonstrate that someone else rather than the accused was the real trafficker, then the trial judge should give due consideration to this before arriving at a decision to convict the accused. But the common thread among these authorities is that the accused had relied on some creditable evidence that another person was the real culprit.”.

[24] Pada hemat kami, hakim bicara telah tidak

mempertimbangkan pembelaan perayu berdasarkan kepada

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 21 -

panduan yang telah dinyatakan oleh kes-kes di atas. Justeru,

pembelaan Perayu telah tidak diberi penilaian sewajarnya.

Mahkamah ini dalam kes Mohd Johi bin Said & Anor v P.P [2005]

1 CLJ 389 menyatakan seperti berikut:

“We have here a case where a serious defence, supported by credible evidence was presented to the court. It was bounded duty of the learned trial judge to consider that defence. This was not done. There was simply no judicial appreciation of the defence case. This is accordingly a case of non-direction by the learned judge unto himself. And we find it sufficient in this context to quote from two authorities merely to remind ourselves of the importance of the point that is being made. In Balasingham v P.P [1959] MLJ 193, Ismail Khan J (later CJ Borneo) said:

There was therefore a direct conflict of evidence and a serious defence cannot be summarily dismissed as an improbable story without adequate reasons for such a conclusion.

In Gooi Loo Seng v PPP [1993] 2 AMR 1135 at pg 1141; [1003] 2 MLJ 137 at p 142, Edgar Joseph Jr SCJ when delivering the judgment of the Supreme Court said;

Clearly, therefore, the trial judge was bound to, but did not view the whole of the evidence objectively and from all angles, with the result that the appellant had lost the chance which was fairly open to him of being acquitted. On this point, we

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 22 -

consider that the non-direction amounts to a misdirection, for, in the words of Pickford J in R v Bundy (5 Cr App R 270):

“the trial was not satisfactory, and the case was not put the jury in a way to ensure their due appreciation of the value of the evidence.”

We must treat the failure of a trial judge sitting alone, to direct himself correctly n the same way as a failure to direct a jury correctly. In these circumstances, a miscarriage of justice may well have occurred.”.

Kesimpulan

[25] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, kami berpendapat

bahawa adalah tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan

hukuman yang dibuat oleh hakim bicara terhadap Perayu. Justeru,

sabitan dan hukuman tersebut diketepikan dan Perayu diperintah di

lepas dan dibebaskan.

Bertarikh: 22 Julai 2014

t.t. (DATO’ MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH … · 1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”)

- 23 -

Bagi Pihak Perayu: Nik Mohamed Ikhwan bin Nik Mahamud Peguambela dan Peguamcara No. 1-3, Jalan Solaris 2 Solaris Mount Kiara 50480 Kuala Lumpur. Bagi Pihak Responden: Kwan Li Sa Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan & Rayuan Jabatan Peguam Negara No: 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya.


Recommended