25
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU 2. HATITAN A/L RAJAMANICKAM ... PERAYU-PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Di Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar Perbicaraan Jenayah No 45A- 05 - 02/2012) Pendakwa Raya Lawan (1) Revi A/L Thangavelu (2) Hatitan A/L Rajamanickam KORAM: (1) BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI, HMR (2) MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR (3) TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013

ANTARA

1. REVI A/L THANGAVELU 2. HATITAN A/L RAJAMANICKAM ... PERAYU-PERAYU

LAWAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

(Di Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar

Perbicaraan Jenayah No 45A- 05 - 02/2012)

Pendakwa Raya Lawan

(1) Revi A/L Thangavelu

(2) Hatitan A/L Rajamanickam

KORAM:

(1) BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI, HMR

(2) MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR

(3) TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

2

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] LATAR BELAKANG

Dalam kes ini perayu-perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan

di bawah Sek. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan

bersama-sama mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat

18,194 gram yang boleh dihukum di bawah sek. 39B(2) Akta yang sama.

[2] Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara memutuskan perayu-perayu

bersalah dan mensabitkan mereka dengan pertuduhan tersebut dan

menjatuhkan hukuman mandatori iaitu hukuman mati.

[3] Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu-perayu merayu ke

Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak,

kami sebulat suara telah menolak rayuan ini dan mengekalkan sabitan

dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. Alasan-alasan

kami adalah seperti berikut:

[4] FAKTA KES

Fakta kes adalah seperti yang dinyatakan oleh Hakim bicara

seperti berikut:- “(2) Kedua-dua OKT ditangkap di hadapan sebuah kedai di Sungai Petani

pada 6 Mei 201, ketika hendak menyerahkan dadah berbahaya jenis

"cannabis" kepada saksi pendakwa D/Koperal Saiful Bahari (SP3), yang

bertindak sebagai “agent provocateur”. Sebelum pertemuan di tempat

kejadian, telah berlaku rundingan jual beli dadah antara SP3 dan OKT1. Di

dalam rundingan jual beli tersebut SP3 telah dibantu seorang lagi anggota

polis, Det. Lans Koperal Izhan (Izhan).

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

3

(3) OKT1 telah diperkenalkan kepada SP3 dan Izhan oleh sumber pada

30.4.2011. OKT1 pertama telah diperkenalkan sebagai Ravi. SP3

diperkenalkan sebagai along sementara Izhan diperkenalkan sebagai adik.

Dalam pertemuan pertama tersebut OKT1 memaklumkan kod untuk ganja

adalah "bata" dengan harganya RM2,000.00 bagi sebiji bata. Harga ini boleh

dikurangkan kepada RM1,800.00 jika SP3 membeli dalam jumlah yang

banyak. Di dalam pertemuan tersebut OKT1 telah memberikan nombor

telefon yang boleh dihubungi SP3 jika dia hendak membeli bata.

(4) SP3 dan Izhan memaklumkan pertemuan pertama mereka dengan

OKT1 kepada pegawai atasan mereka, DSP Zainudin. DSP Zainudin telah

mengarahkan operasi dijalankan dan mengarahkan ASP Mohd Radzi (SP4)

untuk mengetuai operasi tersebut. SP3 telah diarahkan bertindak sebagai

“agent provocateur” (AP). Izhan pula diarahkan membantu SP3.

(5) Ekoran pertemuan pertama ini SP3 menghubungi OKT1 pada

5.5.2011 dan memberitahu OKT1 bahawa dia mempunyai wang sebanyak

RM30,000.00 untuk membeli dadah. Akhirnya persetujuan dicapai untuk SP3

membeli 20 bata dan SP3 bersama Izhan akan pergi ke Sungai Petani pada

esok hari. Semua persetujuan ini telah dimaklumkan kepada SP4. Ekoran

dari itu SP4 telah mengadakan satu taklimat kepada anggota- anggota

pasukannya bagi tujuan mengatur operasi yang akan dijalankan. Selepas

taklimat tamat pada pukul 6.00 petang, pasukan serbuan telah bergerak ke

Sungai Petani.

(6) Apabila SP3 dan Izhan sampai di Sungai Petani, mereka menghubungi

OKT1. Ketika menunggu OKT1 datang, SP3 dan Izhan masuk ke Restoran

KFC Taman Tuanku Hamimah di Sungai Petani. OKT1 tiba kemudian pada

jam lebih kurang 8 malam dan membawa SP3 ke rumah beliau. Semasa di

rumah OKT1 SP3 telah bertanya OKT1 waktu bata dapat diserahkan. OKT1

telah menghubungi seseorang melalui telefon dan memberitahu SP3 bata

akan sampai dalam masa setengah jam. Selepas itu OKT1 menghantar SP3

semula ke Restoran KFC tersebut.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

4

(7) Pergerakan SP3 dan Izhan dipantau oleh SP4. SP4 telah

mengarahkan Sub Inspektor Muslim (SP5) dan dua orang anggota polis untuk

menjejaki pergerakan SP3 dan OKT1 yang membawa SP3 ke rumah dia.

(8) Akhirnya pada jam lebih kurang 8.50 malam, OKT1 datang berjumpa

SP3 dan berbual-berbual. Semasa berbual-bual tersebut OKT2 datang

dengan sebuah kereta Toyota LE bernombor pendaftaran ABD 5905. OKT2

kemudian memberitahu dadah jenis cannabis yang hendak di beli SP3 berada di

dalam boot motokar tersebut. SP3 telah bertanya kepada OKT2 dalam

bahasa Tamil, barang tersebut berada di hadapan atau di belakang. OKT2

memberitahu barang ada di dalam “boot” belakang kereta. SP3 kemudian

memeriksa “boot” motokar tersebut dan setelah berpuashati terdapat dadah di

dalamnya telah memberi isyarat kepada pasukan serbuan.

(9) SP4 dan pasukannya kemudiannya membuat serbuan dan berjaya

menangkap OKT1 dan OKT2. OKT1 telah ditangkap oleh SP4 dan

pasukannya berhampiran dengan motokar Toyota tersebut sementara OKT2

telah ditangkap oleh SP5 dan pasukannya dalam jarak 10 meter dari motokar

tersebut. Selepas itu SP4 membuat pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua

OKT. SP4 menjumpai anak kunci berserta rantai kunci di dalam poket seluar

yang dipakai OKT2. Anak kunci tersebut telah digunakan SP4 untuk

membuka motokar Toyota tersebut. SP4 kemudian memeriksa “boot”

motokar tersebut dan menjumpai sebuah kotak Drypers bersaiz besar (P6).

Di dalam P6 dijumpai 16 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar dan empat

ketulan mampat berbalut kertas aluminium dan plastik lutsinar (P7-P26). SP4

merampas barang-barang yang dijumpai ini.

(10) Kedua-dua OKT dan barang-barang yang dirampas ini kemudiannya

telah diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP6). SP6 telah menghantar

20 ketulan mampat tersebut kepada ahli kimia SP1. SP2 mengesahkan 20

ketulan ketulan mampat tersebut sebagai dadah berbahaya jenis cannabis

seberat 18,194 gram.”

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

5

[5] Mengenai Intipati Milikan

(a) Mengenai isu ini, mahkamah perlu berpuas hati bahawa

elemen-elemen perlu dibuktikan iaitu jagaan atau kawalan dan

pengetahuan. Setelah meneliti Rekod Rayuan, mahkamah ini

berpuas hati bahawa intipati ini telah berjaya dibuktikan oleh

Pendakwa Raya melalui keterangan-keterangan berikut:-

(i) Keterangan SP3 bahawa terdapat rundingan yang berlaku antara SP3

dan Perayu pertama bagi urusan jual beli dadah di mana perbincangan

antara mereka bukan sahaja dibuat melalui telefon malah dibuat di

dalam pertemuan secara bersemuka. Hasil rundingan tersebut Perayu

pertama telah bersetuju untuk menyerahkan kepada SP3 dua puluh

ketulan dadah berbahaya yang ingin dibeli oleh SP3.

(ii) Keterangan SP3 juga disokong oleh keterangan SP4 dan SP5.

(iii) Perayu pertama berada di tempat kejadian bagi tujuan menyerahkan

dadah berbahaya tersebut kepada SP3.

(iv) Dadah tersebut telah dibawa oleh Perayu Kedua ke tempat kejadian di

dalam sebuah motokar.

(v) Perayu pertama telah menunjukkan kepada SP3 kereta Toyata LE

tersebut. SP3 telah diminta oleh Perayu pertama untuk melihat di

dalam boot belakang kereta yang telah sedia dibuka. SP3 kemudian

telah memeriksa sebuah kotak yang berada di dalam boot kereta dan

menjumpai dadah berbahaya tersebut. (Muka surat 22 Rekod Rayuan)

[6] Kami berpuas hati bahawa Hakim bicara telah tidak terkhilaf

apabila membuat dapatan fakta bahawa perayu-perayu mempunyai

milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Kami berpandukan kepada

kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, di mana Thomson J

menyatakan:-

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

6

"A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so

situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the

exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he

may be presumed to intend to do so in case of need."

To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which

must both be present before possession is made out. The accused must not

only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for

example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must

also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to

him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some

animus possidendi.”

“Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by

direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding

circumstances...”

[7] Di dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28, Taylor J

dalam membincangkan definisi perkataan milikan telah menyatakan

sedemikian di muka surat 30 dan 31:

"... The word 'possession' is the relation of a person to a thing over which he

may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits,

to the exclusion of other persons... The word 'possession' is a vague and

general word which cannot be closely defined. Without at least general

knowledge there cannot be possession but there can be possession without

full and exact knowledge...".

[8] Intipati Pengetahuan

(b) Untuk membuktikan pemilikan, elemen pengetahuan perlu

juga dibuktikan. Kami berpuas hati setelah meneliti Rekod

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

7

Rayuan kami mendapati, Hakim bicara tidak terkhilaf apabila

merumuskan bahawa perayu-perayu mempunyai pengetahuan

mengenai dadah berbahaya tersebut tanpa menggunapakai

seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 berdasarkan 3 fakta

penting:

(i) Terdapat perbincangan pembelian dan penjualan dadah cannabis

antara perayu pertama dengan SP3. Adalah tidak wajar perayu

pertama tidak tahu bahawa barang yang diserahkan kepada SP3

adalah dadah cannabis sedangkan inilah perkara pokok yang

dibincangkan bersama bagi urusan jual-beli yang dipersetujui sebelum

penyerahan dadah-dadah tersebut.

(ii) SP3 diberitahu oleh perayu pertama dan perayu kedua bahawa dadah

berbahaya yang dipersetujui berada di dalam “boot” belakang kereta

Toyota LE yang dipandu oleh perayu kedua. Ini menunjukkan kedua-

dua mereka mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah

tersebut.

(iii) Ketika SP4 hendak perkenalkan diri sebagai polis, kedua-dua perayu

cuba melarikan diri menunjukkan pengetahuan mereka mengenai

dadah tersebut. Perayu pertama berjaya ditangkap berdekatan

dengan kereta Toyota LE manakala perayu kedua telah ditangkap oleh

pasukan polis kira-kira 10 meter dari kereta Toyota LE tersebut.

[9] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP (supra) di muka surat 239,

Thomson J telah menghuraikan elemen pengetahuan seperti berikut: "... Once possession is proved then before the accused person can be

convicted it is necessary in addition to prove mens rea... Here again

knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by

inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of

circumstances which will support such an inference is infinite. There may be

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

8

something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of

the thing may be so obvious that it is possible to say 'he must have known

what it was' or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there

may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."

[10] Mengenai Isu Pengedaran

Hakim bicara adalah betul apabila mendapati berdasarkan berat

dadah berbahaya iaitu 18,194 gram cannabis, anggapan di bawah

seksyen 37(da) terpakai. YA HMT telah memutuskan sedemikian di

muka surat 205 dan 206 (RR) seperti berikut:

“[26] Pihak pendakwa juga perlu membuktikan kedua-dua OKT telah

melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Dalam kes ini berat dadah

yang terlibat jauh melebihi berat yang membolehkan anggapan di bawah

s.37(da) digunakan. Berdasarkan anggapan tersebut kedua-dua OKT

dianggap telah melakukan perbuatan mengedar dadah berbahaya tersebut.

[27] Saya berpuas hati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa

di peringkat ini telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan bagi

pertuduhan di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh

yang demikian kedua-dua OKT hendaklah membela diri terhadap

pertuduhan tersebut.”

[11] Kami juga bersependapat dengan hujah Timbalan Pendakwa

Raya secara alternatif, iaitu keterangan-keterangan yang sedia ada jelas

menunjukkan rundingan jual-beli dimuktamadkan dengan penghantaran

dadah tersebut adalah tergolong di bawah definisi mengedar di bawah

Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, walaupun Hakim bicara tidak

menggunakan pendekatan ini. Pendekatan ini dipanggil “direct

trafficking” (pengedaran terus). Kami merujuk kes Mahkamah

Persekutuan iaitu PP v Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233,

yang mana pendekatan ini digunakan, Mahkamah memutuskan:

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

9

“[2] The prosecution’s case was not based on custody or control (thereby

invoking the presumption of possession), or on possession of cannabis

(thereby attracting the presumption of trafficking under s. 37(d) or (da)(vi) of

the DDA. The prosecution founded its case of trafficking on the ‘sale’ or

‘negotiated sale’ of the cannabis to an agent provocateur. The definition of

‘trafficking’ in s. 2 of the DDA is wide and includes not only buying and selling

but also carrying, keeping and concealing. In the instant case, there was

credible evidence that the respondents acted in concert in the sale of the

cannabis to Cholar.”

dan

“[9] The prosecution’s case was that the ‘trafficking’ took the form of

‘negotiations for sale’ and the ‘sale’ of the cannabis……”

[12] Niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan

Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami berpuas hati bahawa Hakim

bicara telah membuat penelitian yang mendalam sebelum memutuskan

wujudnya elemen niat bersama antara kedua-dua perayu. Elemen niat

bersama ini boleh dilihat berdasarkan fakta berikut:

(i) Keterangan menunjukkan SP3 telah berunding dengan perayu

pertama untuk jual beli dadah berbahaya tersebut sehingga mencapai

persetujuan mengenai jumlah dan jenis dadah yang hendak dibeli,

harga jual beli, tempat dan waktu penyerahan dadah berbahaya

tersebut.

(ii) Ekoran daripada persetujuan tersebut, perayu kedua telah datang

untuk menyerahkan dadah berbahaya tersebut kepada SP3.

Keterangan seterusnya menunjukkan sebelum perayu kedua datang

ke tempat kejadian, perayu pertama telah dilihat menelefon seseorang

untuk menghantar dadah tersebut. Inferens boleh dibuat orang yang

dihubungi itu ialah perayu kedua.

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

10

(iii) Keterangan juga menunjukkan terdapat perbincangan antara kedua-

dua perayu di mana perayu kedua yang membawa kereta Toyata

tersebut telah memberitahu dadah berbahaya berada di dalam boot

belakang kereta sebelum memaklumkan kepada SP3.

[13] Dari keterangan yang ada, jelas satu perancangan di antara

perayu pertama dengan perayu kedua wujud sebelum kesalahan

mengedar dadah berbahaya berlaku. Walaupun perayu kedua tidak

hadir semasa rundingan yang dilakukan antara perayu pertama dan

SP3, penglibatan perayu pertama dan perayu kedua adalah jelas

apabila perayu kedua memaklumkan bahawa dadah berbahaya berada

di dalam boot belakang kereta yang dipandu oleh perayu kedua sendiri

apabila sampai ke tempat kejadian. Ini jelas membuktikan niat bersama

kedua-dua perayu untuk melakukan kesalahan tersebut di mana dadah

yang dipersetujui di dalam rundingan telah diserahkan kepada SP3 oleh

perayu kedua bertepatan dengan rundingan yang berlaku antara perayu

pertama dengan SP3 sebelum tarikh kejadian. (Act in Concert)

[14] Ke arah itu, Hakim bicara telah tidak terkhilaf apabila membuat

dapatan fakta mengenai niat bersama ini di muka surat 202 RR seperti

berikut: “[21] Keterangan yang dikemukakan ini telah juga menunjukkan terdapat niat

bersama antara OKT1 dan OKT2 dalam melakukan kesalahan ini. OKT1

berperanan berunding dengan SP3 untuk jual beli dadah berbahaya tersebut

sehingga tercapai persetujuan mengenai jumlah yang hendak dibeli, harga

jual beli, tempat dan waktu penyerahan dadah berbahaya tersebut. Setelah

persetujuan tersebut OKT2 datang untuk menyerahkan dadah berbahaya

tersebut kepada SP3. Keterangan yang terdapat di dalam kes ini berkaitan

dengan niat bersama kedua-dua OKT adalah keterangan mengikut keadaan.

Saya dapati keterangan mengikut keadaan ini cukup kuat dan selamat untuk

membuat rumusan bahawa kedua-dua OKT mempunyai persetujuan awalan

(pre-arranged plan) untuk melakukan kesalahan ini dan perbuatan kedua-dua

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

11

OKT telah dibuat bagi tujuan mencapai niat bersama mereka. Kedua-dua

OKT mempunyai peranan masing-masing di dalam melakukan kesalahan ini

dan apa yang mereka lakukan adalah amat berkaitan antara satu sama lain

bagi mencapai niat bersama mereka.”

[15] Isu-Isu Yang Dihujahkan:

Keterangan dan kredibiliti SP3 sebagai “Agent Provocateur” dan

Laporan Polis (D1)

SP3 adalah merupakan “agen provocateur” (AP) yang telah

dilantik dalam kes ini. Oleh itu, keterangan SP3 adalah tergolong di

bawah Seksyen 40A Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana apa-apa

pernyataan secara lisan atau bertulis kepada seorang AP hendaklah

diterima semasa perbicaraan walaupun tanpa keterangan sokongan.

[16] Kami juga berpuas hati bahawa Hakim bicara adalah betul apabila

mendapati walaupun keterangan seorang AP tidak memerlukan

keterangan sokongan, tetapi di dalam kes ini, keterangan SP3 disokong

oleh keterangan SP4 dan SP5 atas fakta material. Seterusnya,

walaupun SP3 telah diperiksa balas dengan panjang lebar oleh

peguambela perayu-perayu, adalah jelas kredibiliti SP3 tidak tercabar

sama sekali (credibility is intact). Hakim bicara juga telah membuat

dapatan fakta mengenai kredibiliti SP3, SP4 dan SP5 di muka surat 203

dan 204 seperti berikut:

[23] Saya dapati keterangan SP3 tidak goyah setelah melalui pemeriksaan

balas oleh peguambela OKT. Kegagalan mengemukakan topi yang dikatakan

menjadi petanda isyarat terdapat dadah berbahaya di dalam kereta Toyota

tersebut bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Topi tersebut bukanlah satu

yang meterial. Begitu juga dengan keterangan SP4 dan SP5. Keterangan

mereka tidak goyang setelah diperiksa balas peguambela OKT-OKT. Dalam

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

12

keadaan biasa keterangan mereka ini patut diterima. (PP v Zul Hassan & Yang Lain [2013] 7 CLJ 141), saya menerima keterangan mereka ini.

[17] Kami berpuas hati bahawa tiada percanggahan sama sekali antara

laporan polis (D1) dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan SP3,

SP4 dan SP5. Walaupun laporan polis (D1) tidak menyatakan peranan

SP3 sebagai AP, ianya tidak memudaratkan kes pendakwaan. Ini adalah

kerana SP3 telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan telah

memberi keterangan secukupnya dan diperiksa balas oleh peguambela

perayu-perayu. Tambahan lagi adalah menjadi undang-undang mantap

bahawa laporan polis bukan merupakan satu dokumen atau maklumat

substantial. Lihat kes PP v Fong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97, dan

Lee Kwai Heong v PP [2006] 1 CLJ 1043.

[18] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Mohd Azman Zuwairi Ghazali v

PP [2012] 1 LNS 1252, Abdul Wahab Patail JCA telah memutuskan di

perenggan 26 seperti berikut:

"... [26] We observe that a Police Report is not expected to state the entire

factual narrative of an offence. Its purpose is to record a report of a possible

crime to justify commencement of investigations. While mention of a fact in

the Police Report may add weight and substance to the testimony of a

witness as to that fact, the absence does not prove the fact did not exist, or

should it diminish the testimony of the witness who appears before the court

to be examined and cross examined. It is the facts as to his actions, as

proved by the evidence, that determines whether he is an agent provocateur.

Not whether he is reported and investigated as such. Therefore that no

mention of an agent provocateur was made in the Police Report does not

preclude evidence being adduced of the evidence of an agent provocateur.

The evidence of an agent provocateur is admissible under s. 40A of the

Dangerous Drugs Act 1952 (Act 234). Hence, the testimony of SP4 in respect

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

13

of the telephone conversations with the Appellant was admissible. Whether

the prosecution succeeded in proving the conversations depends upon the

credibility of SP4. We address that question further below. In the event the

credibility of SP4 stands scrutiny, there is no requirement that the evidence of

an agent provocateur must be corroborated.”

[19] Kami juga bersetuju dengan dapatan fakta Hakim bicara apabila di

muka surat 203 RR di para (22) beliau memutuskan laporan polis D1

adalah dibuat sebagai formaliti untuk menunjukkan terdapat tangkapan

ke atas kedua-dua Perayu berkaitan dengan kesalahan dadah

berbahaya dan bagi tujuan untuk meneruskan siasatan. Seterusnya,

sekira pun adanya percanggahan, ianya adalah tidak material serta tidak

menjadikan keterangan SP4 ditolak atau diragui.

[20] Sehubungan dengan itu, kami ingin merujuk kepada kes

Mahkamah Rayuan Timhar Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ

938 Abdull Hamid Embong JCA telah memutuskan di muka surat 949

perenggan 14-16 seperti berikut:

"... [14] Let us first deal with P12 ie, the police report which the defence

attacked as being lacking in the factual particulars now narrated by the

prosecution witnesses. This report was made by Insp. Willie immediately

after the arrest of the appellants and the recovery of the drugs in their hotel

room. It consisted of a brief statement of the items recovered pursuant to the

search made in room 808, particulars of the appellants and the seizure of the

drugs. This police arrest report is thus merely a brief account of what had

transpired in room 808. It is a formal procedure undertaken by the police

following the arrest of a suspect to a crime. It is a first information report to

facilitate further investigation. It puts the wheels of investigation into a crime

in action. It need not, in our view, particularize all the details of actions taken

or observations made by the arresting officer. A first information report or any

police report need not contain the entire case for the prosecution. Its main

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

14

purpose is merely to give information of an offence. The information

contained in the police report, thus may only state the brief details of the time,

and place of the alleged offence and the particulars of the offenders if

available. Further details will surely be recorded later by the investigating

officer in any statements recorded from potential witnesses including that of

the arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in that police

report cannot in our view be fatal to the prosecution's case or be held to be

materially inconsistent with its narration of the facts during the trial.

[15] In Chinnakarappan v PP [1962] 28 MLJ 360, the Court of Appeal held

that:

The omission of the accused's name in the police report made by a

witness does not in any way detract from the weight and value which

the trial Judge had attached to the testimony of the complainant

himself. The law does not in this case (on a charge under s. 326 of the

Penal Code) require independent corroboration of the complainant.

Similarly in this case, the omission by Insp. Willie to state in detail what had

transpired during the raid on room 808 does not diminish the weight and

credibility of the testimony of Insp. Willie's as accepted by the trial judge.

In Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52 the Federal Court endorsed

a passage from Sohoni's Indian Criminal Procedure Code on the effect of an

omission in a first information report which states:

... Further, the information required need not contain the circumstances

of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the

witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters

... The first information report is not an encyclopedia. It is not the beginning

and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and

order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be

gathered and filled up.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

15

[16] We thus hold that no exaggerated importance should be placed to the

omission by the complainant in his police report of each and every detail of

the events surrounding the raid on room 808 and the subsequent arrest of the

appellants. We also hold that although PI2 did not contain elaborate details of

what transpired at the time of arrest in room 808, this is not fatal to the

prosecution's case. There is nothing in Insp. Willie's testimony and his

statement in P12 that cannot stand together or be said to be contradictory.

We found no discrepancy in P12 as compared to his evidence.”

[21] Tambahan pula, keterangan SP3 juga telah disokong oleh

keterangan SP4 dan SP5. Ke arah itu, kami berpuas hati bahawa,

ketiadaan pengemukaan “pocket book” sama sekali adalah tidak “fatal”

dan tidak mengundang inferens di bawah seksyen 114(g) Akta

Keterangan 1950.

[22] Seterusnya kami juga berpuas hati bahawa Hakim bicara tidak

terkhilaf apabila merumuskan di muka surat 204 dan 205 dapatan-

dapatan fakta sebelum memutuskan wujudnya satu kes prima facie

dengan menggunakan pertimbangan yang maksima (maximum

evaluation) :

“[24] Berdasarkan keterangan SP3, SP4 dan SP5 ini saya dapati pihak

pendakwa telah membuktikan kedua-dua OKT secara niat bersama

mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah berbahaya tersebut. Mereka

mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah berbahaya yang dijumpai di

dalam but motokar Toyota tersebut dan keadaan di dalam kes ini juga

menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya

tersebut. Pengetahuan tidak dapat dibuktikan melalui keterangan secara

langsung tetapi boleh dibuat inferens dari fakta dan keadaan dalam sesuatu

kes (Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237).

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

16

[25] Saya telah merumuskan terdapat persetujuan jual beli dadah berkaitan

antara SP3 dan OKT1 dan hasil persetujuan tersebut dadah akan diserahkan

kepada SP3 pada malam tersebut. Keterangan yang dikemukakan

menunjukkan OKT2 datang ke situ dengan motokar yang terdapat di

dalamnya dadah berbahaya yang hendak diserahkan. Dari keterangan ini

jelas boleh dibuat inferens bahawa kedua-dua OKT tahu barang yang

ditunjukkan kepada SP3 tersebut adalah dadah berbahaya jenis cannabis

yang hendak diserahkan kepada SP3. Perbuatan OKT2 menunjukkan dadah

berbahaya yang terdapat di dalam but motokar tersebut kepada SP3 adalah

perbuatan yang dibuat lanjutan dari persetujuan awal SP3 membeli dadah

berbahaya dari OKT1. Apa yang hendak ditunjukkan tersebut adalah dadah

berbahaya tersebut. Dengan yang demikian pihak pendakwa telah berjaya

membuktikan OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya tersebut.

[26] Pihak pendakwa juga perlu membuktikan kedua-dua OKT telah

melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Dalam kes ini berat dadah

yang terlibat jauh melebihi berat yang membolehkan anggapan di bawah

s.37(da) digunakan. Berdasarkan anggapan tersebut kedua-dua OKT

dianggap telah melakukan perbuatan mengedar dadah berbahaya tersebut.

[27] Saya berpuas hati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa

di peringkat ini telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan bagi

pertuduhan di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh

yang demikian kedua-dua OKT hendaklah membela diri terhadap

pertuduhan tersebut.”

[23] Kami sebulat suara bersetuju bahawa Hakim bicara telah

menggunakan ujian yang betul sebelum memutuskan wujudnya

satu kes prima facie dengan menggunakan pertimbangan yang

maksima seperti di muka surat 197 dan 198 RR di para (11) dan

(12) seperti berikut:

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

17

“[11] Pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwa perlu membuktikan kes

prima facie terhadap OKT. Di dalam memutuskan kes prima facie ini saya

telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwa

dengan pertimbangan yang maksima. Keperluan ini telah ditegaskan di

dalam Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734.

[12] Dalam Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301 Gopal

Sri Ram HMP menegaskan keterangan yang dikemukakan oleh pihak

pendakwa perlu dikenakan penilaian maksima dari segenap segi untuk

mempastikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT telah dibuktikan.

YA HMP Gopal Sri Ram telah memetik penghakiman beliau di dalam

Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, mengenai

ujian yang perlu dilakukan semasa bagi mempertimbangkan samada kes

prima facie telah atau gagal dibuktikan. Apa yang penting ditegaskan ialah

keterangan yang dikemukakan tersebut mestilah ditimbangkan secara

maksima. Cukup untuk mengatakan di sini bahawa di dalam membuat

keputusan kes prima facie ini saya mengenakan pertimbangan seperti yang

diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.”

[24] Pembelaan Perayu-Perayu

Kami berpuas hati bahawa Hakim bicara telah meneliti pembelaan

perayu-perayu secara maksima serta berlandaskan kepada keterangan

saksi-saksi pendakwaan. Beliau mendapati pembelaan perayu-perayu

tidak membangkitkan keraguan yang munasabah. Kes pembelaan

adalah bertentangan sama sekali dengan kes pendakwaan.

Berdasarkan fakta dan undang-undang mantap, Hakim bicara

mempunyai justifikasi untuk mengambil pendirian sedemikian dan sama

sekali tidak khilaf didalam menghalusi secara kehakiman keterangan

yang berada di hadapan beliau.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

18

[25] Hakim bicara menyatakan di muka surat 206 hingga 209 seperti

berikut: “[28] Kedua-dua OKT telah memilih untuk memberi keterangan

bersumpah bagi membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Kedua-

dua OKT memberi keterangan dengan mengatakan mereka sedang

minum di Taman Tuanku Hamimah apabila mereka ditangkap oleh

polis. Kedua-duanya menafikan pada masa ditangkap mereka berada

berhampiran kereta Toyota putih dan sedang berurusan untuk

menyerahkan dadah kepada SP3 yang bertindak sebagai penyamar

sulit. Keterangan kedua-dua OKT ini sebenarnya cuba menimbulkan

keraguan terhadap kes pihak pendakwa bahawa OKT1 telah berurus

dengan SP3 untuk menjual dadah jenis cannabis kepada SP3 dan

kedua-duanya ditangkap semasa mereka hendak menyerahkan dadah

berbahaya tersebut kepada SP3.

[29] Keterangan pembelaan ini sama sekali bercanggah dengan kes

yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwa. Semasa kes pendakwaan

saya mendapati pihak pendakwa telah membuktikan OKT1 telah

berurusan dengan SP3 untuk jual beli dadah. Selepas dipersetujui jumlah

dadah yang hendak dibeli, kedua-dua OKT1 dan SP3 bersetuju dengan

urusan penyerahan. Hasil persetujuan tersebut SP3 dan seorang lagi

anggota polis (Izhan) datang ke Restoran KFC di Taman Tuanku Hamimah

Sungai Petani. OKT1 kemudian bertemu SP3 dan membawa SP3 balik ke

rumahnya dan selepas itu menghantar semula SP3 ke Restoran KFC. OKT1

juga telah memberitahu SP3 dadah tersebut akan dibawa oleh kawan beliau

kemudian. Akhirnya pada jam lebih kurang 8.50 malam, OKT1 datang

berjumpa SP3 dan berbual-berbual. Semasa berbual-bual tersebut OKT2

datang dengan sebuah kereta Toyota LE bernombor pendaftaran ABD 5905.

OKT2 kemudian memberitahu dadah jenis cannabis yang hendak dibeli SP3

berada di dalam boot motokar tersebut. SP3 memeriksa boot motokar

tersebut dan setelah berpuashati terdapat dadah di dalamnya telah memberi

isyarat kepada pasukan serbuan.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

19

[30] Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah keterangan pembelaan

ini boleh dipercayai dan telah berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes

pendakwa di atas? Peguambela kedua-dua OKT berhujah keterangan

pembelaan mereka telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan

bahawa SP3 telah berhubung dengan OKT1 dan mengadakan

perbincangan jual beli dadah dan pada masa ditangkap kedua-dua OKT di

dalam proses menyerahkan dadah tersebut kepada SP3. Hujah-hujah

beliau telah di asaskan kepada beberapa keadaan, di antara lain kegagalan

pihak pendakwa mengemukakan keterangan tentang wang tunjuk yang

seharusnya digunakan di dalam urusan jual beli dadah berbahaya tersebut

dan keduanya kegagalan pihak pendakwa mengemukakan keterangan tuan

punya berdaftar kereta Toyota LE.

[31] Selepas mempertimbangkan keterangan pembelaan kedua-dua OKT

dan penghujahan peguambela dan Timbalan Pendakwa Raya saya

mendapati keterangan pembelaan mereka ini tidak dapat menimbulkan

keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwa. Saya dapati

keterangan pembelaan mereka ini tidak boleh diterima. Adalah tidak

munasabah untuk mempercayai bahawa mereka berada di dalam kereta

selama berjam-jam sebelum pergi ke restoran untuk minum selepas OKT1

mengambil OKT2 di stesen bas. Keterangan pembelaan mereka ini sama

sekali bertentang dengan keterangan saksi-saksi pendakwa. Selepas

mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan saya

berpendapat keterangan saksi-saksi pendakwa tentang urusan penjualan

dadah antara OKT1 dan SP3 dan juga pertemuan yang berlaku di antara SP3

dan 0KT1 pada petang itu boleh dipercayai dan diterima. Begitu juga

keterangan saksi-saksi pendakwa tentang OKT2 memandu motokar Toyota

tersebut ke tempat kejadian boleh dipercayai dan diterima.

[32] Kegagalan pihak pendakwa mengemukakan keterangan tuan punya

kereta Toyota LE tersebut juga tidak membawa mudarat kepada kes

pendakwaan, di dalam keadaan kes ini. Pembelaan yang dikemukakan oleh

pihak pembela bukanlah dadah di dalam tersebut tidak diletakkan oleh OKT2

atau OKT kedua tidak tahu tentang dadah tersebut. Pembelaan beliau ialah

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

20

beliau sama sekali tidak ada kena mengena dengan dadah tersebut.

Keterangan pembelaan mengenai kereta ini telah pun ditolak sebelum ini.”

[26] Kami bersetuju sebulat suara bahawa diakhir kes pembelaan,

Hakim bicara telah menggunakan pendekatan yang betul apabila

mendapati bahawa perayu-perayu gagal menimbulkan sebarang

keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan manakala pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap kedua-dua

perayu melampaui keraguan yang munasabah.

[27] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2008] 4 CLJ 631, Gopal Sri Ram JCA telah memutuskan mengenai

kes pembelaan yang amat bercanggah dengan kes Pendakwaan di

muka surat 635 bermula di perenggan 6 seperti berikut:

"... [6] The second point taken by learned counsel for the appellant is that the

judge erred in his handling of the facts when evaluating the defence story. It

is clear from the record that the defence case was diametrically opposed to

the prosecution's case. The issue which fell for the learned judge to decide

was whether PW5 was telling the truth as to what was agreed, that is to say,

whether the accused's version was reasonably probable. After a careful

analysis of the totality of the evidence the learned judge found the defence

version to lack credibility. He also held that it did not raise a reasonable doubt

in his mind. He found the accused's explanation to be one of recent invention

because of the way in which the defence case was put to the witnesses for

the prosecution. In our judgment the judge was certainly entitled to do that.

On the facts of this case he was justified in so doing. There is clear authority

for the proposition that in an appeal of this nature which turns on questions of

fact particularly in relation to issues of credibility, this court will be reluctant to

interfere with the findings made by the primary trier of fact. We need go no

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

21

further than to quote the following passage from the judgment of Shaik Daud

JCA in Andy Bagindah v PP [2000] 3 CLJ 289:

There is no dearth of authorities to say that in every case, there are

bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by

the trial judge is whether those contradictions and/ or discrepancies are

material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial

judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence.

In the present case the learned judge concluded that there were

discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this

involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a

better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such

findings.”

[28] Di dalam kes PP v Lim Hock Boon [2009] 3 MLJ 604, Zaki Azmi

CJ telah memutuskan di muka surat 626 bermula di perenggan 27

seperti berikut:

"... [27] Indeed, the above passage clearly shows that the learned trial judge

was alive to the facts and made a finding of fact based on competing versions

of events by the witnesses. He could not accept the existence of Ah Ba

because in the end he preferred the version given by the prosecution that the

respondent was alone at all material times and no one alighted from the

respondent’s car. The learned trial judge was entirely correct in the view he

had expressed about the quality of the defence evidence. Therefore, there

was no failure by the learned trial judge to judicially appreciate the evidence

before him. He handled the facts well.”

[29] Pembelaan kedua-dua perayu bahawa terdapat seorang yang lain

telah lari dari kereta tersebut di mana dadah berbahaya telah ditemui

tidak boleh dipercayai. Walaupun pembelaan ini telah dicadangkan

kepada saksi pihak pendakwaan, namun fakta tersebut tidak pernah

dinyatakan di dalam percakapan beramaran kedua-dua perayu iaitu

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

22

Eksibit D2 dan D3 masing-masing. Malah, kedua-dua perayu telah

ditanya sama ada ingin membuat apa-apa pindaan atau tambahan

kepada percakapan mereka. Sekiranya percakapan mereka tidak

lengkap dan ada perkara yang tertinggal, maka itulah peluang terbaik

untuk kedua-dua perayu membuat penambahan atau pembetulan tetapi

kedua-dua perayu telah menjawab "tiada".

[30] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Khalil Anuar Sukirman v PP

[2012] 1 CLJ 848, Ahmad Maarop JCA (ketika itu) telah memutuskan di

muka surat 858-859 bahawa kegagalan menyatakan fakta pembelaan

yang penting di dalam rakaman percakapan akan menyebabkan

keterangan OKT-OKT diragui dan tidak benar. Di dalam kes Teng Howe Seng v PP [2009] 3 MLJ 46, Mahkamah Persekutuan

memutuskan “the trial judge’s comment on the late disclosure of the real

identity of “Ho Seng” at the defence stage merely went to show the

weight that the court attached to the appellant’s defence which was

permitted by law.” Di dalam kes ini juga, kami memutuskan ke arah itu,

Hakim bicara berhak untuk tidak mempercayai tertuduh.

[31] Kami berpuas hati berdasarkan prinsip kes-kes yang di atas dan

dapatan fakta yang diputuskan oleh Hakim bicara yang menunjukkan

pembelaan perayu-perayu tidak menimbulkan sebarang keraguan

munasabah ke atas kes pendakwaan, justeru tidak perlu diganggu

gugat.

[32] Untuk melengkapkan alasan penghakiman kami ingin menyentuh

mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh pihak

pembelaan:

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

23

(i) Borang Bongkar (P50) tidak menunjukkan kunci kereta ABD

5905 dirampas.

(ii) Seluar jeans di mana kunci kereta dijumpai tidak

dikemukakan.

(iii) Pemilik kereta tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

[33] Kami bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa

perkara-perkara di atas tidak menjejaskan kes pendakwaan. Ini adalah

kerana kes pendakwaan terhadap kedua-dua Perayu adalah

penglibatan penyamar sulit (SP3) yang telah berbincang mengenai

pembelian dan penjualan dadah berbahaya tersebut. Senarai bongkar

serta kunci kereta hanyalah suatu bentuk keterangan sokongan semata-

mata dan bukan keterangan utama. Keterangan-keterangan khususnya

keterangan SP3 telah membuktikan pertuduhan terhadap kedua-dua

perayu. Malah keterangan SP3 (Agent Provocateur) juga disokong oleh

keterangan SP4 dan SP5.

[34] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Faiz Khairudin v PP (2011) 5

CLJ 509, Hasan Lah HMR telah memutuskan di muka surat 523

bermula di perenggan 39 seperti berikut:

"... [39] With respect, we were unable to agree with the contention of learned

counsel for the appellant. In our view, it was unnecessary for the prosecution

to produce and tender the money in the trial. The failure of the prosecution to

produce the money did not prejudice the appellant as the money was not the

subject matter of the offence. The non-production of the money had not

caused any gap to the prosecution's case.”

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

24

[35] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Wan Mazuki bin Wan

Abdullah v Pendakwa Raya [2010] MLJU 2092 pula, telah

memutuskan di perenggan 28 dan 32 seperti berikut:

"... [28] He further complained that the Search list adduced did not state

where the drug was found...

[32] As for the Search list we are of the view that the omission is minor and

one which could be and was in fact clarified in Court by the relevant witnesses

called. There is no reason why the omission should be considered fatal as to

render the evidence of the relevant witnesses otiose.”

[36] KESIMPULAN

Kami berpuas hati dan mendapati Hakim bicara telah tidak

terkhilaf didalam mencapai keputusannya. Justeru itu, tidak terdapat

apa-apa isu yang memerlukan kami mengganggu dapatan beliau (no

appealable error). Kami dapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan

oleh Hakim bicara adalah selamat. Justeru itu rayuan ini ditolak,

sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim bicara dikekalkan.

(DATUK WIRA MOHTARUDIN BIN BAKI) Hakim Mahkamah Rayuan PUTRAJAYA Bertarikh: 15 Januari 2015

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI … DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013 ANTARA 1. REVI A/L THANGAVELU

25

Peguambela Perayu: Encik RSN Rayer dan Encik Leonard Raj Tetuan R.Nethaji Rayer & Co., Peguambela dan Peguamcara, No. 27-A, Jalan Zainal Abidin, 1400 Pulau Pinang. Peguambela Responden: How May Ling Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, 62100 PUTRAJAYA. Rujukan: 1. Chan Pean Leon V PP [1956] 22 MLJ 237. 2. Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28. 3. PP v Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233. 4. PP v Zul Hassan & Yang Lain [2013] 7 CLJ 141. 5. PP v Fong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97. 6. Lee Kwai Heong v PP [2006] 1 CLJ 1043. 7. Mohd Azman Zuwairi Ghazali v PP [2012] 1 LNS 1252. 8. Timhar Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ 938. 9. Chinnakarappan v PP [1962] 28 MLJ 360. 10. Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52 11. Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237. 12. Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734. 13. Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301. 14. Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, 15. Chung Tain Kong v PP [2010] 2 CLJ 397. 16. Kumaran Sappani Vs PP [2011] 3 CLJ 251. 17. Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2008] 4 CLJ 631. 18. Andy Bagindah v PP [2000] 3 CLJ 289. 19. PP v Lim Hock Boon [2009] 3 MLJ 604. 20. Khalil Anuar Sukirman v PP [2012] 1 CLJ 848. 21. Teng Howe Seng v PP [2009] 3 MLJ 46. 22. PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16. 23. Faiz Khairudin v PP [2011] 5 CLJ 509. 24. Wan Mazuki bin Wan Abdullah v Pendakwa Raya [2010] MLJU

2092.