Click here to load reader
View
43
Download
0
Embed Size (px)
- 1 -
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH NO: W-05-99-04/2013 (IRN)
(Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
Perbicaraan Jenayah No:45A-19-2011)
ANTARA
ALTAFI GHAREHBOLAGH SHAHRAM …. PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN
KORAM:
AZIAH ALI, HMR
ROHANA YUSUF, HMR MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR
- 2 -
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Pendahuluan
[1] Perayu, seorang warga negara Iran, telah dituduh dan
dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengedar
1467.1 gram methampethamine, satu kesalahan di bawah seksyen
39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). Di akhir
perbicaraan, Perayu didapati bersalah, disabit dan dihukum gantung
sampai mati seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2)
ADB 1952.
[2] Tidak berpuashati, Perayu membuat rayuan ke Mahkamah
Rayuan. Kami telah mendengar rayuan ini pada 19.6.2014 dan
membenarkannya. Sabitan dan hukuman leh Mahkamah Tinggi
terhadap Perayu diketepikan dan beliau dilepas dan dibebaskan.
[3] Kini kami menzahirkan alasan terperinci keputusan.
Fakta Kes
[4] Intipati kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti berikut:
(a) Pda 22.12.2010, lebih kurang jam 12.15 tengahari, Insp.
Gan Chee Liang (SP4) telah mengetuai sepasukan polis
- 3 -
untuk membuat pemerhatian terhadap Perayu di
Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
(b) Perayu dilihat keluar dari Dewan Ketibaan lapangan
terbang tersebut dengan menarik sebuah beg troli
berwarna merah (Eks. P16) dan sebuah beg galas.
Kemudiannya, Perayu menaiki sebuah limo menuju ke
Komtar. Beliau diikuti dan dijejaki oleh pasukan SP4.
(c) Pada jam 1.00 tengahari, Perayu menaiki sebuah bas
ekspress. Beliau meletakkan beg troli merah dan beg
galas itu di tempat menyimpan bagasi di bawah bas
tersebut. Destinasi bas tersebut ialah Terminal Bas
Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
(d) Pasukan SP4 mengekori bas tersebut dan mendapati
beg troli merah dan beg galas itu tidak pernah pada bila-
bila masa diturunkan atau dialihkan sepanjang
perjalanan bas itu ke Bukit Jalil.
(e) Bas yang dinaikki Perayu tiba di Bukit Jalil pada lebih
kurang jam 6.30 petang. Kenderaan pasukan serbuan
juga tiba. Perayu turun dan mengambil beg troli merah
- 4 -
dan beg galas tersebut dari tempat bagasi bas dan
kemudiannya menaiki sebuah teksi bersama-sama
dengan beg troli merah dan beg galas tersebut
menghala kearah Jalan Petaling. Beliau sampai di Jalan
Petaling pada lebih kurang jam 6.50 petang.
(f) Sesampai di Jalan Petaling, Perayu menurunkan beg
troli merah dan beg galas tersebut dari but teksi. Lebih
kurang jam 7.30 malam, Perayu disambut oleh seorang
lelaki Iran yang kemudiannya dikenali sebagai
Gorbanzadeh Abbas (“Abbas”).
(g) Seterusnya, Perayu dan Abbas menuju ke Hotel
Mandarin Pacific. Selepas mendaftar-masuk, Perayu
dan Abbas memasuki bilik No. 8003. Lebih kurang jam
7.45 malam, Abbas keluar dari bilik itu.
(h) Pada jam lebih kurang 8.00 malam, pasukan serbuan
telah menyerbu bilik No. 8003 tersebut. SP4
memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis. Pada
masa itu, hanya Perayu seorang sahaja yang berada di
dalam bilik tersebut.
- 5 -
(i) SP4 memeriksa beg merah yang berada di atas katil
dalam keadaan terbuka. Pakaian di dalam beg itu telah
dikeluarkan. SP4 mendapati beberapa komponen beg
tersebut telah ditanggalkan, iaitu:
(i) Pemegang beg (Eks. P17); dan
(ii) Besi bahagian belakang (Eks. P19A & B).
(j) Terdapat juga pisau (Eks. P21), pemutar skru (Eks. P20A
& B) di atas beg, gergaji (Eks. P23) dan batang rod (Eks.
P24) di luar beg tersebut.
(k) Di dalam lapisan yang dibuat khas di dalam beg tersebut,
SP4 menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar yang
mengandungi bahan kristal yang disyaki dadah.
(l) Perayu ditangkap dan barang-barang kes dirampas.
Perayu dan barang-barang kes kemudiannya dibawa ke
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur
untuk siasatan lanjut.
(m) Bahan Kristal yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia
Malaysia untuk dibuat analisis. Ahli Kimia (SP3)
- 6 -
mengesahkan bahawa bahan tersebut ialah
methamphetamine seberat 1467.1 gram.
[5] Berdasarkan naratif kes seperti dinyatakan di atas, hakim
bicara telah memanggil Perayu membela diri. Perayu memilih untuk
memberi keterangan atas sumpah. Secara ringkas pembelaan
beliau ialah seperti berikut:
(a) Perayu datang ke Malaysia bersama dengan seorang
bernama Abbas. Perayu berkenalan dengan Abbas di
Kelab Sukan Tehran tujuh bulan sebelum kejadian.
Abbas mencadangkan supaya Perayu bercuti ke
Malaysia bersamanya kerana Perayu tidak fasih
berbahasa Inggeris. Perayu bersetuju.
(b) Di Lapangan Terbang Tehran, Perayu dan Abbas
membeli tiket masing-masing. Abbas membawa dua
beg: satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam.
Abbas yang mendaftar-masuk kedua-dua buah beg
tersebut.
- 7 -
(c) Perayu juga ada membawa dua buah beg kecil: satu
berwarna kelabu dan satu lagi berwarna hitam. Kedua-
dua beg tersebut dibawa oleh Perayu dengan tangan.
(d) Setibanya di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau
Pinang, mereka menunggu bagasi Abbas selama satu
jam tetapi malangnya tidak sampai. Mereka pergi
membuat laporan di bahagian “Information”. Mereka
diberitahu bahawa bagasi itu tertinggal di Kuala Lumpur.
Mereka diberikan resit dan diminta menuntutnya selepas
tiga hari. Kemudiannya, mereka pergi ke Kuala Lumpur.
(e) Pada 20.12.2010, Perayu sekali lagi pergi ke Pulau
Pinang dan tinggal di sebuah hotel untuk mendapatkan
dua buah beg kepunyaan Abbas (Eks. P16 & P17).
Abbas tidak dapat pergi ke Pulau Pinang pada hari
tersebut kerana terpaksa pergi ke KLIA untuk
menyambut kawannya yang datang dari Iran.
(f) Perayu menuntut bagasi Abbas tersebut dengan
mengemukakan resit kehilangan barang kepada
kakitangan di “Information Centre” Lapangan Terbang
Bayan Lepas. Seorang pegawai telah menyemak resit
- 8 -
tersebut, pergi mengambil beg-beg itu dan kemudiannya
menyerahkan kepada Perayu.
(g) Selepas itu, Perayu pergi ke Stesyen bas untuk kembali
ke Kuala Lumpur. Beg-beg tersebut diletakkan di tempat
letak bagasi bas.
(h) Sesampai di Kuala Lumpur, Perayu bertemu dengan
Abbas dan mendaftar-masuk di sebuah hotel di China
Town. Abbas yang menguruskan pendaftaran-masuk.
Mereka diberikan bilik No. 8003.
(i) Semasa mereka berada di dalam bilik hotel tersebut,
Abbas telah membuka beg tersebut dan bertanyakan
Perayu siapakah yang membuka beg tersebut. Perayu
menjawab beliau tidak tahu. Abbas menjawab: “Ada
masalah”. Abbas membuka skru beg tersebut dan keluar
dari bilik tersebut.
(j) Kemudiannya, pasukan polis menyerbu bilik tersebut
dan mengacukan pistol ke kepala Perayu. Pihak polis
bertanya Perayu mengenai tuanpunya beg tersebut.
- 9 -
Perayu menjawab beg itu kepunyaan Abbas. Perayu
ditangkap.
(k) Dua minit kemudian, Perayu melihat Abbas ditahan oleh
polis dan membawanya turun ke bawah. Abbas
menyatakan bahawa beg tersebut adalah
kepunyaannya. Polis memotong beg itu dan
mengeluarkan dadah yang menjadi hal perkara
pertuduhan dalam kes ini.
Isu-Isu Yang Perlu Diputuskan
[6] Selepas meneliti hujahan-hujahan lisan dan bertulis yang
dikemukakan oleh kedua-dua peguambela Perayu dan timbalan
pendakwa raya terpelajar, pada hemat kami, isu-isu penting yang
perlu diputuskan dalam kes ini ialah seperti berikut:
(a) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang
dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa kegagalan
pihak pendakwaan memanggil Abbas untuk memberi
keterangan telah memudaratkan kes pendakwaan;
- 10 -
(b) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang
dan fakta apabila membuat inferen dan kesimpulan yang
salah terhadap beberapa fakta penting kes; dan
(c) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang
dan fakta apabila gagal membuat penilaian yang
secukupnya dan/atau sewajarnya pembelaan yang
dikemukakan oleh Perayu.
[7] Kami akan membincangkan isu-isu di atas satu per satu.
Keputusan Mahkamah Ini
Isu (a)
[8] Pada pandangan kami, Abbas adalah merupakan seorang
saksi yang “essential to the unfolding of the narratives on which the
prosecution case is based”. (Lihat: Seneviratne v R [1936] 3 All E
R 36). Alasan kami ialah seperti berikut:
(i) Adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa Perayu telah
datang