25
MRJ NO:M-05-368-12/2014 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA MUHAMAD SAFWAN BIN MUHAMAD PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45B-222-10-2012 Antara Pendakwa Raya Lawan 1. Mohamad Zul Shahril bin Suhaimi 2. Mohamad Sharafe bin Matt Noh 3. Azizi Aizat bin Ibrahim 4. Muhamad Safwan bin Muhamad] KORUM: TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR UMI KALTHUM ABDUL MAJID, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

  • Upload
    others

  • View
    104

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015

ANTARA

MUHAMAD SAFWAN BIN MUHAMAD … PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45B-222-10-2012

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. Mohamad Zul Shahril bin Suhaimi

2. Mohamad Sharafe bin Matt Noh

3. Azizi Aizat bin Ibrahim

4. Muhamad Safwan bin Muhamad]

KORUM:

TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR UMI KALTHUM ABDUL MAJID, HMR

KAMARDIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH Latar belakang [1] Ini adalah rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang

dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan membunuh di

bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

[2] Pada asalnya Perayu bersama tiga yang lain telah dihadapkan

dengan dua pertuduhan bagi kesalahan membunuh. Butir-butir dua

pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:

Pertuduhan Pertama:

“Bahawa kamu bersama-sama, pada 8 Mac 2012 jam lebih kurang 11.30

malam sehingga 9 Mac 2012 jam lebih kurang 1.30 pagi, bertempat di

rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong di dalam Daerah

Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah bersama-sama

melakukan kesalahan membunuh iaitu menyebabkan kematian ke atas

Omar Peter bin Abdullah (No. KP: 551113-07-5297) dan dengan itu kamu

telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen

302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun

Keseksaan.”

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

3

Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama, pada 9 Mac 2012 jam lebih kurang 1.30

pagi sehingga 2.30 pagi, bertempat di rumah No. 28, Jalan TK 1/11,

Taman Kinrara, Puchong di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri

Selangor Darul Ehsan, telah bersama-sama melakukan kesalahan

membunuh iaitu menyebabkan kematian ke atas Zara Eleena binti Omar

Peter (No. KP: 891203-14-5990) dan dengan itu kamu telah melakukan

satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun

Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

[3] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah mendapati pihak

pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Perayu

atas kedua-dua pertuduhan. Perayu telah dilepas dan dibebaskan dari

kedua-dua pertuduhan. Manakala tiga yang lain telah disabitkan dengan

kedua-dua pertuduhan di akhir kes dan dihukum gantung di leher

sehingga mati.

[4] Pihak pendakwaan telah merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap

perintah pelepasan dan pembebasan Perayu atas kedua-dua

pertuduhan.

[5] Pada 28.7.2015, Panel Mahkamah Rayuan yang terdiri dari YA

Dato’ Aziah binti Ali, HMR; YA Dato’ Rohana binti Yusuf, HMR; dan YA

Dato’ Ahmadi bin Hj. Asnawi, HMR telah membenarkan sebahagian

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

4

rayuan pihak pendakwaan bagi pertuduhan kedua atas kesalahan

membunuh Zara Eleena binti Omar Peter (si mati perempuan) dan

memerintahkan Perayu membela diri di hadapan hakim bicara yang

sama. Panel yang sama telah menolak rayuan terhadap pertuduhan

membunuh Omar Peter bin Abdullah (si mati lelaki) dan mengesahkan

pembebasan Perayu bagi pertuduhan pertama.

[6] Selepas mendengar pembelaan Perayu, hakim bicara telah

mensabitkan Perayu atas pertuduhan kedua dan menjatuhkan hukuman

mati mandatori ke atas Perayu.

[7] Kami telah mendengar dan menimbangkan rayuan Perayu pada

15.12.2016. Kami dengan sebulat suara telah menolak rayuan Perayu

dan mengesahkan sabitan serta hukuman hakim bicara. Alasan-alasan

bagi penolakan rayuan Perayu, kami sampaikan seperti berikut:

Kes Pendakwaan [8] Naratif kes pendakwaan bermula apabila Normaliah binti Mahmood

(SP4) yang merupakan isteri kepada si mati lelaki dan juga ibu kepada si

mati perempuan membuat laporan polis di Balai Polis Segamat, Johor

pada 11.3.2012 jam 10.36 pagi (P17) apabila SP4 gagal untuk

menghubungi suami dan anak perempuannya sejak 9.3.2012. Kali

terakhir SP4 dapat menghubungi suaminya adalah pada 8.3.2012 jam

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

5

11.30 malam. Bertindak atas maklumat dari P17, Sjn. Amathi Sri

Kumarang Uruparan (SP6) dari Balai Polis Bandar Kinrara, Puchong telah

pergi ke alamat rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong

(tempat kejadian) untuk membuat pemeriksaan dan penyiasatan. SP6

telah menerima maklumat mengenai laporan polis P17 pada jam 11.00

pagi, dan telah menghubungi SP4 untuk mendapatkan maklumat lanjut

sebelum SP6 dan Konstabel Faizal pergi ke tempat kejadian sekitar jam

12.00 tengahari. SP6 mendapati pagar rumah dalam keadaan berantai

dan bermangga. Rumah tempat kejadian tidak dapat dimasuki. Pada jam

6.30 petang hari yang sama SP6 sekali lagi pergi ke rumah tempat

kejadian tetapi masih dalam keadaan yang sama.

[9] Pada jam 9.30 malam, SP6 kembali ke rumah tempat kejadian dan

telah bertemu dengan SP4 di sana. Dengan kebenaran SP4, kunci

mangga pagar telah dipecahkan dan SP6 mendapati pintu grill dan pintu

papan rumah itu tidak berkunci. Setelah membuat pemeriksaan, SP6

menemui mayat si mati lelaki di dalam bilik hadapan dan menemui mayat

si mati perempuan berada dalam bilik di bahagian tengah. SP6 terus

melaporkan penemuan 2 mayat tersebut ke Bilik Gerakan, IPD Serdang

kepada Kpl. Verappan a/l Suppayah (SP2) yang kemudiannya

menjadikan maklumat itu sebagai laporan maklumat pertama (P9).

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

6

Kedua-dua mayat dalam keadaan telah mengembong, berulat dan

berbau busuk.

[10] Pakar perunding perubatan forensik, Dr. Nurliza binti Abdullah

(SP13) yang menjalankan bedah siasat terhadap kedua-dua si mati tidak

mendapati sebarang kesan kecederaan pada badan kedua-dua si mati.

Kedua-dua mayat telah dicamkan oleh ASP Mohd Nazir bin Mat (SP32),

Pegawai Penyiasat dalam kes ini dan juga oleh SP4. Menurut SP13,

punca kematian kedua-dua si mati tidak dapat dipastikan dengan jelas

(uncertained). Walau bagaimanapun SP13 tidak boleh mengecualikan

kesan-kesan kecederaan yang kurang ketara atau kurang jelas seperti

kesan lebam, kesan lecet atau abrasi superficial, tanda-tanda asfiksia

iaitu kekurangan oksigen boleh menjadi penyebab kepada kematian

kedua-dua si mati. Laporan bedah siasat ke atas kedua-dua si mati yang

telah disediakan oleh SP13 telah dikemukakan seperti P76 dan P78.

[11] Pihak polis kemudiannya telah berjaya menangkap keempat-empat

tertuduh, termasuk Perayu. Kejayaan ini hasil dari maklumat yang

diberikan oleh SP4 mengenai masaalah yang timbul di antara anaknya, si

mati perempuan dengan teman lelaki anaknya yang bernama “Shah”

(Tertuduh Pertama). Masaalah itu timbul berkaitan perbuatan Shah yang

dikatakan telah mengeluarkan wang simpanan si mati perempuan untuk

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

7

kegunaan peribadinya dan seterusnya tentang kehilangan barang kemas

milik SP4 yang telah diserahkan oleh si mati lelaki kepada Shah dan telah

hilang. Si mati perempuan adalah seorang Pensyarah di Kolej Cybernatic

dan Shah merupakan salah seorang penuntut di Kolej yang sama.

[12] Berikutan dari penangkapan ke empat-empat tertuduh (termasuk

Perayu), pihak polis telah berjaya merampas beberapa barang kes yang

merupakan milik si mati-si mati dan juga milik SP4.

[13] Berikutan penangkapan ke empat-empat tertuduh juga, pihak polis

telah berjaya mendatangkan seorang saksi penting yang telah

menceritakan faktual matrik kes pendakwaan dari awal perancangan

sehingga kejadian pembunuhan kedua-dua si mati. Saksi Fadhil Rusdan

bin Rahman (SP1), salah seorang pelajar di Kolej Cybernatic telah

menceritakan bagaimana beliau telah menyaksikan kedua-dua

pembunuhan dalam kes ini. SP1 menyatakan wujud perancangan dan

persediaan awal untuk membunuh si mati- si mati yang dikepalai oleh

Shah. Pembunuhan yang dirancang adalah untuk menutup kes

kehilangan barang kemas milik SP4 yang telah diambil oleh Shah yang

berlagak sebagai ustaz kononnya untuk mengubati penyakit SP4 dan

untuk menghalau hantu yang dikatakan oleh Shah berada pada barang-

barang kemas tersebut, akibat ada ura-ura si mati lelaki dan si mati

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

8

perempuan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dan

juga barang kemas milik SP4 tersebut.

[14] Saksi SP1 telah menceritakan bagaimana si mati-si mati telah

dimatikan secara melemaskan mereka dengan cara menutup mulut dan

hidung setelah tangan dan kaki si mati lelaki di ikat menggunakan tali.

Manakala si mati perempuan pula telah dilemaskan dengan

menggunakan bantal. SP1 telah menceritakan peranan yang telah

dimainkan oleh setiap tertuduh dalam pembunuhan ke atas si mati-si mati

termasuk peranan Perayu (Tertuduh Keempat) yang dikenali sebagai

‘Chat’ oleh SP1. Dalam keterangannya, SP1 menyatakan walaupun

Perayu terlibat sejak awal perancangan pembunuhan, Perayu tidak ada

bersama semasa pembunuhan terhadap si mati lelaki. Perayu

bagaimanapun telah hadir dan terlibat bersama semasa pembunuhan

terhadap si mati perempuan.

Pembelaan Perayu [15] Dalam keterangan membela dirinya secara bersumpah dengan

secara ringkasnya Perayu menyatakan seperti berikut:

(a) pada masa kejadian dia merupakan seorang pelajar di Kolej

Cybernatic dan telah memulakan pengajiannya sejak hujung

bulan November 2011;

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

9

(b) sebelum kejadian, dia tinggal di Flat Kasturi bersama Shah

(Tertuduh Pertama) dan rakan-rakannya yang lain. Pada bulan

Mac 2012, dia telah berpindah ke Pandan Jaya manakala Shah

telah tinggal di tempat yang lain;

(c) pada hari kejadian, dia bersama Shah, SP1, Mat Rop (Tertuduh

Kedua) dan Boy (Tertuduh Ketiga) berada di rumah Shah sedang

duduk menonton televisyen. Pada masa itu SP1 telah menerima

panggilan telefon daripada Miss Zara (si mati perempuan) dan

SP1 telah memberitahu bahawa Miss Zara akan datang untuk

menjemputnya untuk pergi ke rumah Miss Zara;

(d) SP1 telah mengajak Perayu dan lain-lain tertuduh untuk

menemaninya pergi mengikut Miss Zara. Perayu sendiri

menyatakan dia tidak mahu ikut dan mahu duduk di rumah

sahaja. Menurut perayu, Miss Zara telah datang mengambil

mereka pada jam lebih kurang 10.00 malam. Selepas mereka

semua pergi, dia terus duduk di rumah berseorangan sambil

menonton televisyen;

(e) tidak berapa lama kemudian Perayu menyatakan dia telah

menerima panggilan telefon daripada Shah dan mengajaknya

untuk pergi makan. Shah kemudian telah datang memandu

kereta Miss Zara menjemput Perayu untuk pergi makan

bersama-sama dengan Mat Rop dan Boy. Shah

memberitahunya bahawa SP1, Short, Pijan dan Rap tidak ikut

bersama tetapi terus berada dengan Miss Zara di rumah Miss

Zara;

(f) semasa sedang makan, Shah ada menerima panggilan telefon

daripada SP1 yang meminta Shah untuk pergi mengambil

mereka dari rumah Miss Zara. Mereka kemudian telah bersama-

sama pergi ke rumah Miss Zara;

(g) apabila sampai di perkarangan rumah Miss Zara, Perayu melihat

SP1 berada berseorangan di luar rumah sedang menunggu

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

10

ketibaan mereka. Perayu menyatakan bahawa SP1 kelihatan

berada dalam keadaan kelam kabut. Beliau tidak nampak di

mana rakan-rakan yang lain iaitu Short, Pijan dan Rap berada

pada masa itu;

(h) SP1 terus meluru ke arah kereta mereka sambil membawa beg

dan menyuruh Shah beredar segera jauh dari tempat itu. Ini

merupakan kali pertama Perayu nampak SP1 membawa beg

tersebut. Mereka kemudiannya terus beredar dari situ. Perayu

menyatakan bahawa beliau tidak memasuki rumah Miss Zara

dan kehadiran beliau hanyalah setakat di dalam kereta dan di

hadapan rumah sahaja serta mereka tidak tahu menahu

mengenai apa yang berlaku di dalam rumah;

(i) kerana pelik dengan perlakuan SP1, mereka ada bertanya

kepada SP1 dan dijawab oleh SP1 “tak pa bawa sahaja kereta

ini, nanti aku cerita”. Kemudian semasa dalam perjalanan keluar

dari taman perumahan tersebut, SP1 memberitahu dia telah

melakukan sesuatu perkara yang besar terhadap Miss Zara dan

bapa Miss Zara. Menurut perayu, SP1 mengaku membunuh

Miss Zara dan bapa Miss Zara. Selepas itu mereka semua yang

berada di dalam kereta tersebut berasa panik. Perayu kemudian

telah menasihati SP1 untuk bertanggungjawab ke atas apa yang

telah dilakukan dan pergi menyerah diri;

(j) menurut Perayu beliau kemudiannya telah tertidur di dalam

perjalanan. Apabila sedar, dia tidak tahu mereka berada di

mana. Shah memberitahu dia bahawa mereka berada di Kedah.

Mereka kemudiannya berehat dan tidur di sebuah hotel. Apabila

bangun, Perayu mendapati SP1 tiada di hotel berkenaan.

Mereka semua kemudiannya keluar makan tengahari dengan

menaiki teksi tanpa SP1. Mereka juga tidak mengetahui di mana

kereta yang mereka naiki sebelum ini berada;

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

11

(k) sewaktu sedang makan, Shah menerima panggilan telefon

daripada SP1 menyuruh untuk membeli tiket bas untuk pulang

ke Kuala Lumpur. Mereka semua menunggu SP1 di stesen bas

selepas ‘check out’ daripada hotel. Mereka berjumpa SP1 di

stesen bas. SP1 enggan memberitahu apa yang telah

dilakukannya sepanjang ketiadaannya. Mereka semua pulang

ke Kuala Lumpur dan ke rumah masing-masing, kecuali SP1

yang mengikuti perayu balik ke rumah Perayu;

(l) apabila sampai di rumah Perayu, SP1 telah terima satu

panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenali oleh

Perayu. SP1 kemudian memberitahu Perayu bahawa beliau

ingin meninggalkan beg yang dibawa di rumah Perayu dan akan

datang untuk mengambil beg tersebut semula. Perayu ada

bertanya kepada SP1 “kenapa tidak bawa terus beg tersebut?”

dan di jawab oleh SP1, dia mahu letak sekejap sahaja;

(m) sepanjang beg tersebut berada di rumah Perayu, beliau tidak

pernah membuka beg tersebut. Beliau juga tidak membuat

sebarang laporan polis berkaitan kes bunuh. Perayu

menyatakan beliau hanya tahu mengenai pembunuhan tersebut

melalui SP1. Sama ada benar atau tidak perkara tersebut

berlaku, Perayu tidak tahu;

(n) Perayu menafikan kandungan Laporan P85 yang menyatakan

beliau ada menyandang sebuah beg. Perayu juga menyatakan

beliau tidak pernah nampak beg silang bersama telefon bimbit.

Berkaitan dengan penangkapan beliau, Perayu memberitahu

terdapat dua lelaki datang ke rumahnya. Lelaki tersebut

bertanyakan namanya dan nama OKT3 yang pada waktu itu

sedang tidur. Dua lelaki tersebut mengeluarkan kad kuasa polis

dan mereka menyatakan bahawa mereka mahu Perayu dan

OKT3 untuk pergi ke Balai Polis untuk membantu di atas siasatan

satu kes bunuh; dan

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

12

(o) semasa di dalam tahanan, Perayu memberitahu polis bahawa

beliau tidak tahu menahu berkenaan pembunuhan ini dan hanya

ke sana untuk mengambil SP1 sahaja. Perayu menafikan

bahawa beliau merancang bersama lain-lain tertuduh untuk

membunuh Miss Zara. Perayu seterusnya menyatakan beliau

tidak ada niat dan sebab untuk membunuh Miss Zara.

Dapatan dan keputusan hakim bicara diakhir kes pembelaan [16] Hakim bicara yang bijaksana mendapati keterangan pembelaan diri

Perayu merupakan satu penafian bahawa Perayu telah secara niat

bersama menyebabkan kematian terhadap si mati perempuan. Perayu

telah menafikan sama sekali penglibatan beliau dalam kes pembunuhan

yang dipertuduhkan. Hakim bicara juga mendapati bahawa keterangan

membela diri Perayu amat jauh berbeza dengan keterangan-keterangan

yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya

keterangan daripada SP1, SP4 dan SP6. Perayu telah meletakkan

dengan sepenuhnya kesalahan membunuh si mati-si mati ke atas bahu

SP1.

[17] Hakim bicara setelah membuat penelitian secara maksima

keseluruhan keterangan kes pendakwaan bersama keterangan

pembelaan telah menolak keterangan pembelaan Perayu. Walaupun

hakim bicara mendapati SP1 merupakan seorang rakan sejenayah

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

13

berdasarkan kehadiran SP1 di tempat kejadian serta penglibatan SP1

dalam mengikat kaki si mati lelaki serta menyaksikan akan kedua-dua

kejadian pembunuhan, hakim bicara telah memilih untuk menerima

keterangan SP1 secara berhati-hati. Hakim bicara telah menerima

keterangan SP1 di bawah seksyen 133 Kanun Acara Jenayah.

[18] Hakim bicara mendapati SP1 seorang saksi yang jujur dan kredibel.

SP1 juga didapati telah memberikan keterangan tanpa menyembunyikan

sebarang fakta serta peranannya sendiri yang turut terlibat dalam

kejadian pembunuhan tersebut. Manakala hakim bicara mendapati

pembelaan Perayu sama sebagaimana pembelaan ketiga-tiga tertuduh

lain yang telah disabitkan sebelum ini dengan kedua-dua pertuduhan.

Pembelaan mereka meletakkan kesalahan atas SP1 sepenuhnya yang

telah ditolak oleh hakim bicara sebelum ini. Hakim bicara turut menerima

keterangan SP1 bahawa itu pertama kali SP1 berada di rumah tempat

kejadian dan telah dibawa ke situ oleh Tertuduh Kedua atas arahan Shah

untuk mengubati penyakit SP4. Hakim bicara mendapati keterangan SP1

adalah konsisten dan kredibel. Keterangan SP1 tidak goyah walaupun

disoal-balas secara bertubi-tubi oleh peguambela- peguambela terpelajar

bagi Perayu dan tertuduh-tertuduh yang lain.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

14

[19] Hakim bicara seterusnya mendapati keterangan SP1 konsisten dan

disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4 dan

SP6. Hakim bicara membuat dapatan fakta berikut berdasarkan kepada

keterangan SP1 yang disokong oleh saksi-saksi pendakwaan yang lain:

(a) Setelah si mati perempuan menurunkan SP1, Tertuduh Kedua

dan Tertuduh Ketiga dari kereta di rumahnya, si mati perempuan

telah keluar semula bersama-sama Tertuduh Pertama (Shah)

pergi mengambil Perayu dan seorang ustaz di Airport;

(b) Sejurus sebelum pembunuhan si mati perempuan, SP1 nampak

Tertuduh Pertama, Perayu dan si mati perempuan masuk ke

dalam rumah. Tertuduh Pertama telah menghalang si mati

perempuan dari pergi untuk berjumpa dengan bapanya, si mati

lelaki. SP1 kemudian melihat Tertuduh Pertama membawa si

mati perempuan masuk ke dalam bilik belakang;

(c) Pada ketika itu SP1, Tertuduh Kedua, Tertuduh Ketiga dan

Perayu berada di ruang tamu rumah;

(d) SP1 kemudian mendengar suara Tertuduh Pertama menjerit

meminta tolong lalu kesemua mereka pergi ke bilik belakang

tersebut dan SP1 melihat Tertuduh Pertama sedang menekup

muka si mati perempuan menggunakan bantal dalam keadaan si

mati perempuan sedang terbaring di atas lantai;

(e) Tertuduh Pertama kemudian telah meminta Tertuduh Ketiga

untuk menutup muka si mati perempuan dengan bantal. Setelah

si mati perempuan tidak lagi bernyawa, Tertuduh Pertama telah

menarik si mati perempuan masuk ke dalam bilik di tengah.

Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP6 yang telah

menemui mayat si mati perempuan dalam bilik tengah; dan

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

15

(f) Sebelum beredar, mereka telah mengambil laptop dan barang-

barang berharga milik si mati perempuan dan melarikan diri ke

Alor Setar, Kedah dengan menggunakan kereta milik si mati

perempuan jenis Kenari WNE 754.

[20] Hakim bicara turut mendapati pembelaan Perayu hanya satu

penafian semata-mata dan pembelaan Perayu telah gagal untuk

menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes prima

facie pihak pendakwaan. Hakim bicara turut berpuashati bahawa elemen

niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan telah berjaya

dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu. Hakim bicara

mendapati keterangan kes pendakwaan adalah mencukupi

(overwhelming) untuk mensabitkan Perayu atas pertuduhan kedua bagi

kesalahan kerana membunuh si mati perempuan secara niat bersama

dengan tiga lagi tertuduh. Perayu telah disabitkan dan dihukum gantung

di leher sehingga mati.

Rayuan Perayu [21] Di hadapan kami, peguambela terpelajar telah membangkitkan

hanya satu alasan rayuan dalam hujahannya untuk kami membenarkan

rayuan Perayu. Alasan tersebut adalah bahawa hakim bicara telah

meletakkan beban yang lebih tinggi atas Perayu. Peguambela

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

16

menghujahkan bahawa hakim bicara telah meletakkan beban yang lebih

berat atas Perayu apabila hakim bicara menyatakan tiga perkara berikut:

(a) beban atas Perayu untuk menyangkal kes pendakwaan yang

dikemukakan pada tahap prima facie;

(b) pembelaan Perayu mesti disertai dan disokong dengan bukti-

bukti yang sahih dan menyakinkan; dan

(c) pembelaan Perayu hanya merupakan penafian semata-mata.

[22] Peguambela terpelajar telah merujuk kepada beberapa petikan

dalam Penghakiman hakim bicara seperti berikut:

(i) Di m/s 27 RR Jld. 1 perenggan 1, seperti berikut:

“Membandingkan dari segi kemunasabahan serta kewajaran

keterangan yang disampaikan, saya mendapati

kemunasabahan keterangan saksi-saksi penting pendakwaan

adalah lebih meyakinkan dan lebih wajar untuk diterima,

berbanding dengan keterangan dari Tertuduh yang penuh

dengan kekaburan dan sangsi. Pembelaan yang dibangkitkan

oleh Tertuduh ini adalah lebih berupa kepada penafian

semata.”;

(ii) Di m/s 27 RR Jld.1 di perenggan 2 baris 5, seperti berikut:

“Pembelaan yang diutarakan oleh Tertuduh ini tidak

mengandungi sebarang keraguan, jauh sekali suatu keraguan

yang terjumlah kepada apa yang dikatakan sebagai keraguan

yang munasabah.”;

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

17

(iii) Di m/s 27 RR Jld.1 di perenggan 2 baris 11, seperti berikut:

“Pembelaan yang dibangkitkan oleh Tertuduh ini adalah lebih

menjurus kepada penafian semata terhadap keterlibatan beliau

di dalam kes ini. Cuma penafian sahaja diberikan. Penafian

semata tidak mencukupi. Ia tidak terjumlah kepada suatu

pembelaan dan ia bukan merupakan suatu bentuk pembelaan

yang bernas.”;

(iv) Di m/s 27 RR Jld.1 di perenggan 3, seperti berikut:

“Ini seperti prinsip yang diputuskan melalui kes PP v. Ling Tee

Huah [1980] 1 LNS 212 per Yusoff Mohamed J ‘A mere denial

without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s

evidence is not sufficient.”; dan

(v) Di m/s 28 RR Jld. 1 di perenggan 1, seperti berikut:

“Sebarang pembelaan yang ingin dikemukakan, mestilah

disertai dan disokong dengan bukti-bukti sahih lagi

meyakinkan.”.

[23] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguambela terpelajar yang

menyatakan secara amnya hakim bicara terkhilaf apabila meletakkan

beban pada tahap yang lebih tinggi di bahu Perayu bagi menyangkal kes

prima facie yang ditimbulkan oleh pihak pendakwaan. Walaupun hakim

bicara tidak secara spesifiknya merujuk kepada kes Mat v. PP [1963] 1

LNS 82 sebagaimana yang dirujuk oleh peguambela terpelajar kepada

kami, namun kami mendapati bahawa hakim bicara telahpun merujuk

kepada beban atas pihak pembelaan untuk mendapatkan pembebasan

hanya dengan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes

prima facie pihak pendakwaan. Untuk itu, hakim bicara di dalam

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

18

penghakimannya di m/s 27 RR Jld.1 yang sama telah merujuk dua nas

iaitu Abdul Aziz Mohamad Shariff v. PP [2010] 5 CLJ 733 dan K.

Saravanan S. Karuppiah v. PP [2002] 4 CLJ 144 di mana dalam kedua-

dua nas tersebut telah diputuskan sebagaimana dipetik oleh hakim bicara

seperti berikut:

“It is trite that all that is necessary is for an accused person in his defence

is to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case to earn an

acquittal.”.

[24] Kami bersetuju dengan pandangan Tuan TPR bahawa apa yang

telah dilakukan oleh hakim bicara dalam kes terhadap Perayu hanyalah

membandingkan keterangan saksi-saksi pendakwaan pada peringkat kes

prima facie dengan keterangan pembelaan Perayu yang lebih merupakan

satu penafian semata-mata. Perayu hanya meletakkan kesalahan

kepada SP1 sebagai perlaku pembunuhan terhadap dua mangsa.

Perayu menafikan sama sekali bahawa dia telah masuk ke dalam rumah

si mati-si mati. Keterangan pembelaan Perayu ini sama sekali

bercanggah dengan keterangan kukuh saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu

keterangan membela diri Perayu telah ditolak oleh hakim bicara sebagai

gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap

kes prima facie pihak pendakwaan.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

19

[25] Kami bersetuju bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes

Sureeya Wutthisat & Anor v. PP [2012] 8 CLJ 773 yang dirujuk oleh

peguambela terpelajar dapat dibezakan. Dalam kes itu, hakim bicara

jelas telah mengenakan beban yang terlalu tinggi ke atas tertuduh apabila

menyatakan tertuduh perlu memberikan keterangan yang meyakinkan

untuk mengenepikan kes prima facie pihak pendakwaan. Sedangkan

hakim bicara dalam kes di hadapan kami masih tidak lari dari beban

sebenar yang dipikul oleh pihak pembelaan iaitu hanyalah untuk

menimbulkan keraguan yang munasabah seperti diputuskan dalam Mat

v. PP, (supra). Sebaliknya, dalam kes Sureeya Wutthisat, (supra)

sepertimana keputusan Ahmad Maarof, HMR (sekarang HMP) jelas

menunjukkan kekhilafan hakim bicara, seperti berikut:

“[21] Sehubungan ini kami dapati ada beberapa bahagian lain dalam

alasan penghakiman kes ini yang menunjukkan bahawa YA Hakim bicara

telah membuat kesilapan mengenai beban yang dipikul oleh pihak

pembelaan. Pertama, di ms 19 rekod rayuan, YA Hakim bicara

menyatakan “Persoalannya sekarang, keterangan siapakah yang

sebenarnya untuk lebih dipercayai. Adakah keterangan SP4, SP8,

SP10, SP11, SP12 lebih perlu diberikan penekanan dan tidak kepada

keterangan SD1, SD2 dan SD4?”. Petikan itu memberi gambaran

bahawa YA Hakim bicara berpendapat di akhir kes pembelaan,

mahkamah perlu mempertimbangkan keterangan siapa yang lebih

dipercayai – keterangan pihak pendakwaan atau keterangan pihak

pembelaan. Ini adalah satu salah arahan yang serius. Ia menyalahi

prinsip yang telah diputuskan dalam Mat v. PP. Untuk memperolehi

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

20

pelepasan dan kebebasan, Sureeya dan Asan tidak perlu meyakinkan

Mahkamah bahawa keterangan mereka adalah lebih boleh dipercayai

dari keterangan pihak pendakwaan. Kalau pun mahkamah tidak

mempercayai pembelaan mereka, tetapi pembelaan itu menimbulkan

keraguan yang munasabah itu sudah memadai untuk membolehkan

mereka dilepas dan dibebaskan.

[22] Salah arahan yang serupa dapat dilihat di ms 20 rekod rayuan, di

mana YA Hakim bicara menyatakan:

Berbalik kepada soal asal, adakah keterangan dari saksi pembelaan ini

benar-benar dapat meyakinkan Mahkamah sehingga boleh

mengenapikan kesahihan kes pihak pendakwaan yang diputuskan

prima facie itu.

[23] Pada hemat kami pandangan dalam petikan itu menunjukkan

bahawa YA Hakim bicara telah meletakkan beban evidential yang tinggi

ke atas bahu Sureeya dan Asan. Ini adalah satu salah arahan yang

serius dan nyata. Mereka tidak perlu mengemukakan keterangan untuk

mengenepikan kes prima facie. Apa yang perlu mereka lakukan ialah

menimbulkan keraguan yang munasabah.”.

[26] Peguambela selanjutnya menghujahkan hakim bicara telah terkhilaf

apabila merujuk kepada keputusan dalam kes PP v. Ling Tee Huah,

(supra) memandangkan kes itu melibatkan pertuduhan rasuah yang

membabitkan anggapan di bawah seksyen 14 Akta Pencegahan Rasuah

1961 yang meletakkan beban lebih tinggi iaitu atas imbangan

kebarangkalian terhadap tertuduh bagi mematahkan anggapan tersebut

seperti diputuskan dalam kes PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. Dengan

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

21

merujuk kepada kes Ling Tee Huah, (supra) tersebut, peguambela

terpelajar berhujah anak guamnya telah diprejudiskan dan pembelaan

Perayu telah gagal dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Mahkamah.

[27] Kami tidak bersetuju dengan penghujahan peguambela terpelajar.

Dalam kes di hadapan kami, keterangan kes prima facie terhadap Perayu

menunjukkan bahawa semua 4 tertuduh termasuk Perayu telah masuk ke

dalam rumah tempat kejadian. Perayu sebaliknya mengatakan dia

langsung tidak masuk dalam rumah tersebut dan hanya menunggu dalam

kereta di luar rumah. Perayu juga telah gagal untuk memberikan

penjelasan bagaimanakah telefon bimbit milik si mati perempuan boleh

berada dalam beg yang disandang oleh Perayu. Oleh yang demikian

kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan Perayu

hanya merupakan penafian semata-mata. Tanpa penjelasan dari Perayu

tentang butir-butir matan pembelaan beliau, ianya gagal dengan secara

munasabahnya mengenepikan (dislodge) kes prima facie pihak

pendakwaan dan dengan sekali gus telah gagal untuk menimbulkan

sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

[28] Kami juga mendapati bahawa walaupun hakim bicara telah memetik

keputusan dalam kes Ling Tee Huah, (supra) dalam penghakimannya,

tetapi hakim bicara yang bijaksana tidak ada menggunapakai sebarang

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

22

anggapan di bawah seksyen 114 Akta Keterangan 1950 sebagaimana

yang berlaku dalam kes Ling Tee Huah, (supra).

[29] Walaupun pada dasarnya kami bersetuju bahawa Perayu tidak

memainkan peranan yang utama dan menonjol dalam pembunuhan si

mati perempuan dalam kes ini, namun pertuduhan terhadap Perayu

melibatkan elemen niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan

yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Untuk itu kami

merujuk kepada penghakiman yang telah disampaikan oleh Richard

Malanjum CJ (Sabah & Sarawak) dalam kes Krishna Rao Gurumurthi

v. PP And Another Appeal [2009] 2 CLJ 603 di m/s 626 – 627, seperti

berikut:

“[60] It is settled law that s. 34 is a rule of evidence and does not create

a substantive offence. Simply put it is a statutory recognition to the

common sense principle that if more than two persons intentionally do a

thing jointly it is just the same as if each of them had done it individually.

It is an embodiment of the concept of joint liability in doing the criminal

act based on common intention. Hence, an accused person is made

responsible for the ultimate criminal act done by several persons in

furtherance of the common intention of all irrespective of the role he

played in the perpetration of the offence. The section does not envisage

the separate act by all the accused persons for becoming responsible for

the ultimate criminal act.

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

23

[61] The existence of a common intention is a question of fact in each

case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances

of the case. It has been said that as common intention essentially being

a state of mind direct evidence as proof is difficult to procure. Invariably

inferences have to be relied upon arising from such acts or conduct of the

accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the

nature of injury caused by one or some of them or such other relevant

circumstances available. Indeed the totality of the circumstances must

be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there was

common intention to commit the offence for which the accused can be

convicted. The facts and circumtances of each case may vary. As such

each case has to be decided based on the facts involved. Whether an

act is in furtherance of the common intention is an incident of fact and not

of law.

[62] For a charge premised on common intention to succeed it is

essential for the Prosecution to establish by evidence, direct or

circumstantial, that there was a plan or meeting of mind of all the accused

persons to commit the offence for which they are charged with the aid of

s. 34 notwithstanding that it was pre-arranged or on the spur of the

moment provided that it must necessarily be before the commission of

the offence.”.

[30] Kami mendapati bahawa terdapat keterangan yang kukuh

dikemukakan oleh saksi pendakwaan (SP1) yang menunjukkan terdapat

pertemuan di Restoran Norhayati dan kemudiannya di rumah Tertuduh

Pertama mengenai rancangan tertuduh-tertuduh termasuk Perayu

kononnya untuk “mengubati” ibu Miss Zara. Tertuduh Pertama telah

membekalkan sarung tangan dan juga tali kepada semua tertuduh

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

24

termasuk Perayu sebelum mereka bersama pergi ke rumah tempat

kejadian. Perayu turut berada di dalam rumah tersebut apabila

pembunuhan dilakukan terhadap Miss Zara dan Perayu turut bersama

melarikan diri ke Kedah dengan menggunakan kereta milik si mati

perempuan selepas mereka mengambil barangan berharga milik si mati

perempuan tersebut. Perayu tidak ada membuat sebarang laporan polis

tentang kejadian pembunuhan tersebut yang beliau dakwa telah

dilakukan oleh SP1. Perayu juga gagal memberi sebarang penjelasan

terhadap keterangan yang mengaitkannya dengan niat bersama untuk

membunuh si mati perempuan. Malahan, isu berkaitan dengan niat

bersama tidak ditimbulkan oleh peguambela Perayu di hadapan kami

walaupun isu yang sama pernah ditimbulkan di hadapan hakim bicara.

[31] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan kami mendapati terdapat

keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan Perayu atas pertuduhan

kedua bagi kesalahan membunuh si mati perempuan. Kami mendapati

sabitan terhadap Perayu adalah selamat (Mohd. Johi Said & Anor v. PP

[2005] 1 CLJ 389).

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-260-10-2015.pdf · DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-260-10/2015 ANTARA

MRJ NO:M-05-368-12/2014

25

[32] Atas alasan-alasan yang kami nyatakan di atas, kami mendapati

tiada merit dalam rayuan Perayu. Rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan

hukuman oleh Mahkamah Tinggi ke atas Perayu dikekalkan.

Bertarikh: 12 Januari 2017

t.t (KAMARDIN BIN HASHIM)

Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

Peguamcara Bagi Pihak Perayu: Azamuddin bin Abd Aziz Tetuan Azamuddin & Co. Tkt 1, No. 23, Jln Unggul 25/40, Seksyen 25, 40400 Shah Alam Bagi Pihak Responden: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya