DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI ... 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN)

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI ... 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA...

  • 1

    DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

    (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K05-115-05/2013 & K05-116-05/2013

    ANTARA

    1. REVI A/L THANGAVELU 2. HATITAN A/L RAJAMANICKAM ... PERAYU-PERAYU

    LAWAN

    PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

    (Di Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar

    Perbicaraan Jenayah No 45A- 05 - 02/2012)

    Pendakwa Raya Lawan

    (1) Revi A/L Thangavelu

    (2) Hatitan A/L Rajamanickam

    KORAM:

    (1) BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI, HMR

    (2) MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR

    (3) TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR

  • 2

    ALASAN PENGHAKIMAN

    [1] LATAR BELAKANG

    Dalam kes ini perayu-perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan

    di bawah Sek. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan

    bersama-sama mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat

    18,194 gram yang boleh dihukum di bawah sek. 39B(2) Akta yang sama.

    [2] Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara memutuskan perayu-perayu

    bersalah dan mensabitkan mereka dengan pertuduhan tersebut dan

    menjatuhkan hukuman mandatori iaitu hukuman mati.

    [3] Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu-perayu merayu ke

    Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak,

    kami sebulat suara telah menolak rayuan ini dan mengekalkan sabitan

    dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. Alasan-alasan

    kami adalah seperti berikut:

    [4] FAKTA KES

    Fakta kes adalah seperti yang dinyatakan oleh Hakim bicara

    seperti berikut:- “(2) Kedua-dua OKT ditangkap di hadapan sebuah kedai di Sungai Petani

    pada 6 Mei 201, ketika hendak menyerahkan dadah berbahaya jenis

    "cannabis" kepada saksi pendakwa D/Koperal Saiful Bahari (SP3), yang

    bertindak sebagai “agent provocateur”. Sebelum pertemuan di tempat

    kejadian, telah berlaku rundingan jual beli dadah antara SP3 dan OKT1. Di

    dalam rundingan jual beli tersebut SP3 telah dibantu seorang lagi anggota

    polis, Det. Lans Koperal Izhan (Izhan).

  • 3

    (3) OKT1 telah diperkenalkan kepada SP3 dan Izhan oleh sumber pada

    30.4.2011. OKT1 pertama telah diperkenalkan sebagai Ravi. SP3

    diperkenalkan sebagai along sementara Izhan diperkenalkan sebagai adik.

    Dalam pertemuan pertama tersebut OKT1 memaklumkan kod untuk ganja

    adalah "bata" dengan harganya RM2,000.00 bagi sebiji bata. Harga ini boleh

    dikurangkan kepada RM1,800.00 jika SP3 membeli dalam jumlah yang

    banyak. Di dalam pertemuan tersebut OKT1 telah memberikan nombor

    telefon yang boleh dihubungi SP3 jika dia hendak membeli bata.

    (4) SP3 dan Izhan memaklumkan pertemuan pertama mereka dengan

    OKT1 kepada pegawai atasan mereka, DSP Zainudin. DSP Zainudin telah

    mengarahkan operasi dijalankan dan mengarahkan ASP Mohd Radzi (SP4)

    untuk mengetuai operasi tersebut. SP3 telah diarahkan bertindak sebagai

    “agent provocateur” (AP). Izhan pula diarahkan membantu SP3.

    (5) Ekoran pertemuan pertama ini SP3 menghubungi OKT1 pada

    5.5.2011 dan memberitahu OKT1 bahawa dia mempunyai wang sebanyak

    RM30,000.00 untuk membeli dadah. Akhirnya persetujuan dicapai untuk SP3

    membeli 20 bata dan SP3 bersama Izhan akan pergi ke Sungai Petani pada

    esok hari. Semua persetujuan ini telah dimaklumkan kepada SP4. Ekoran

    dari itu SP4 telah mengadakan satu taklimat kepada anggota- anggota

    pasukannya bagi tujuan mengatur operasi yang akan dijalankan. Selepas

    taklimat tamat pada pukul 6.00 petang, pasukan serbuan telah bergerak ke

    Sungai Petani.

    (6) Apabila SP3 dan Izhan sampai di Sungai Petani, mereka menghubungi

    OKT1. Ketika menunggu OKT1 datang, SP3 dan Izhan masuk ke Restoran

    KFC Taman Tuanku Hamimah di Sungai Petani. OKT1 tiba kemudian pada

    jam lebih kurang 8 malam dan membawa SP3 ke rumah beliau. Semasa di

    rumah OKT1 SP3 telah bertanya OKT1 waktu bata dapat diserahkan. OKT1

    telah menghubungi seseorang melalui telefon dan memberitahu SP3 bata

    akan sampai dalam masa setengah jam. Selepas itu OKT1 menghantar SP3

    semula ke Restoran KFC tersebut.

  • 4

    (7) Pergerakan SP3 dan Izhan dipantau oleh SP4. SP4 telah

    mengarahkan Sub Inspektor Muslim (SP5) dan dua orang anggota polis untuk

    menjejaki pergerakan SP3 dan OKT1 yang membawa SP3 ke rumah dia.

    (8) Akhirnya pada jam lebih kurang 8.50 malam, OKT1 datang berjumpa

    SP3 dan berbual-berbual. Semasa berbual-bual tersebut OKT2 datang

    dengan sebuah kereta Toyota LE bernombor pendaftaran ABD 5905. OKT2

    kemudian memberitahu dadah jenis cannabis yang hendak di beli SP3 berada di

    dalam boot motokar tersebut. SP3 telah bertanya kepada OKT2 dalam

    bahasa Tamil, barang tersebut berada di hadapan atau di belakang. OKT2

    memberitahu barang ada di dalam “boot” belakang kereta. SP3 kemudian

    memeriksa “boot” motokar tersebut dan setelah berpuashati terdapat dadah di

    dalamnya telah memberi isyarat kepada pasukan serbuan.

    (9) SP4 dan pasukannya kemudiannya membuat serbuan dan berjaya

    menangkap OKT1 dan OKT2. OKT1 telah ditangkap oleh SP4 dan

    pasukannya berhampiran dengan motokar Toyota tersebut sementara OKT2

    telah ditangkap oleh SP5 dan pasukannya dalam jarak 10 meter dari motokar

    tersebut. Selepas itu SP4 membuat pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua

    OKT. SP4 menjumpai anak kunci berserta rantai kunci di dalam poket seluar

    yang dipakai OKT2. Anak kunci tersebut telah digunakan SP4 untuk

    membuka motokar Toyota tersebut. SP4 kemudian memeriksa “boot”

    motokar tersebut dan menjumpai sebuah kotak Drypers bersaiz besar (P6).

    Di dalam P6 dijumpai 16 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar dan empat

    ketulan mampat berbalut kertas aluminium dan plastik lutsinar (P7-P26). SP4

    merampas barang-barang yang dijumpai ini.

    (10) Kedua-dua OKT dan barang-barang yang dirampas ini kemudiannya

    telah diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP6). SP6 telah menghantar

    20 ketulan mampat tersebut kepada ahli kimia SP1. SP2 mengesahkan 20

    ketulan ketulan mampat tersebut sebagai dadah berbahaya jenis cannabis

    seberat 18,194 gram.”

  • 5

    [5] Mengenai Intipati Milikan

    (a) Mengenai isu ini, mahkamah perlu berpuas hati bahawa

    elemen-elemen perlu dibuktikan iaitu jagaan atau kawalan dan

    pengetahuan. Setelah meneliti Rekod Rayuan, mahkamah ini

    berpuas hati bahawa intipati ini telah berjaya dibuktikan oleh

    Pendakwa Raya melalui keterangan-keterangan berikut:-

    (i) Keterangan SP3 bahawa terdapat rundingan yang berlaku antara SP3

    dan Perayu pertama bagi urusan jual beli dadah di mana perbincangan

    antara mereka bukan sahaja dibuat melalui telefon malah dibuat di

    dalam pertemuan secara bersemuka. Hasil rundingan tersebut Perayu

    pertama telah bersetuju untuk menyerahkan kepada SP3 dua puluh

    ketulan dadah berbahaya yang ingin dibeli oleh SP3.

    (ii) Keterangan SP3 juga disokong oleh keterangan SP4 dan SP5.

    (iii) Perayu pertama berada di tempat kejadian bagi tujuan menyerahkan

    dadah berbahaya tersebut kepada SP3.

    (iv) Dadah tersebut telah dibawa oleh Perayu Kedua ke tempat kejadian di

    dalam sebuah motokar.

    (v) Perayu pertama telah menunjukkan kepada SP3 kereta Toyata LE

    tersebut. SP3 telah diminta oleh Perayu pertama untuk melihat di

    dalam boot belakang kereta yang telah sedia dibuka. SP3 kemudian

    telah memeriksa sebuah kotak yang berada di dalam boot kereta dan

    menjumpai dadah berbahaya tersebut. (Muka surat 22 Rekod Rayuan)

    [6] Kami berpuas hati bahawa Hakim bicara telah tidak terkhilaf

    apabila membuat dapatan fakta bahawa perayu-perayu mempunyai

    milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Kami berpandukan kepada

    kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, di mana Thomson J

    menyatakan:-

  • 6

    "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so

    situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the

    exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he

    may be presumed to intend to do so in case of need."

    To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which

    must both be present before possession is made out. The accused must not

    only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for

    example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must

    also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to

    him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some

    animus possidendi.”

    “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by

    direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding

    circumstances...”

    [7] Di dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28, Taylor J

    dalam membincangkan definisi perkataan milikan telah menyatakan

    sedemikian di muka surat 30 dan 31:

    "... The word 'possession' is the rel