Upload
aishahtun
View
228
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Menyingkirkan Singapura Dari Malaysia
Citation preview
0
DUB1012
PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK
PEMBENTUKAN MALAYSIA:
MENYINGKIRAN SINGAPURA DARI MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN :
1 NURUL SYAFIQAH BINTI ABDUL GHANI 26DAT14F2016
2 NUR HIDAYAH BINTI ZAINAL 26DAT14F2012
3 NUR AISHAHTUN AIZAN BINTI MAT GHANI 26DAT14F2020
4 NURJANNAH SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI 26DAT14F2018
5 NORNABILAH SYAZWANI BINTI ABD SAMAD 26DAT14F2024
NAMA PENSYARAH : PUAN AZWANI BINTI ABDUL MANAN
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 1.0 PENGENALAN 2
2 2.0 PENYINGKIRAN SINGAPURA 3
2.1 KEMASUKAN SINGAPURA
2.2 PENYINGKIRAN SINGAPURA 4-5
3 3.0 KESIMPULAN 6
2
1.0 PENGENALAN
Negara Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas dijajah oleh Portugis, Belanda,
British dan Jepun. Pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang
dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Beliau
melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang
melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Tanah Jajahan British, iaitu Singapura,
Sarawak, Brunei dan Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Sabah. Idea ini dilahirkan atas
kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar berdiri sendiri dengan
sektor ekonomi ketika itu serta berasingan, terutama dalam memghadapi sebarang persaingan
di peringkat antarabangsa.
Secara keseluruhannya, idea pembentukan Malaysia ini membawa maksud perlunya
kerjasama antara penduduk wilayah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Gabungan
Singapura dan Tanah Melayu pernah diutarakan beberapa kali oleh Ketua Menteri Singapura,
bermula daripada David Marshall, kemudian dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri Kedua
iaitu Lim Yew Hock. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah
mengemukakan hasrat utuk bergabung dengan tanah melayu tetapi tidak mendapat perhatian
dari Kerajaan Perikatan di Tanah Melayu. Ini kerana, gabungan ini dikhuatiri dapat memberi
ancaman kepada politik di Tanah Melayu. Ini kerana jumlah kaum cina yang banyak di
Singapura ketika itu mampu menggugat majoriti dan kedudukan orang melayu pada waktu
itu. Imbangan kaum seumpama ini dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat melayu
dan gabungan ini juga dikhuatiri boleh menyebabkan ideologi komunis merebak ke Tanah
Melayu.
3
2.0 KISAH PENYINGKIRAN SINGAPURA
2.1 KEMASUKAN SINGAPURA KE PERSEKUTUAN MALAYSIA
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang
dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.
Beliau merupakan pencetus idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan
ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Tanah
Jajahan British, iaitu Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara atau lebih
dikenali sebagai Sabah. Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu
dan wilayah-wilayah terbabit sukar berdiri sendiri dengan sektor ekonomi ketika
itu serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat
antarabangsa.
Pada awalnya, penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan
Malaysia. Singapura di bawah kepimpinan Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan
Rakyat (PAP) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman. Parti Buruh
Singapura bersetuju dari segi prinsip idea tersebut tetapi menganggapnya sebagai
suatu perkara yang sukar dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura (UPP) menentang
idea ini dengan menyatakan bahawa rancangan Tunku Abdul Rahman adalah
rancangan kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
Walaubagaimanapun selepas pilihan raya kecil diadakan pada April 1961, Lee
Kuan Yew bersetuju untuk memasuki Pesekutuan Malaysia walaupun masih ada
sesetengah parti yang tetap tidak bersetuju dan menetang idea ini.
4
2.2 PENYINKIRAN SINGAPURA DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA
Malaysia akhirnya ditubuhkan pada 16 September 1963, gabungan bersama
antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara atau
lebih dikenali sebagai Sabah. Walau bagaimanapun, Singapura telah keluar dari
negara Malaysia selepas dua tahun menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia.
Terdapat beberapa isu-isu yang berlaku menyebabkan Singapura keluar dari
Malaysia.
Sebelum pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun
Singapura bersetuju menyertai Malaysia namun hal-hal yang terkandung dalam
percantuman beberapa wilayah ini mestilah ditentukan bersama-sama dengan
rakyat Singapura sendiri. Penegasan ini bagi memastikan rakyatnya mendapat
keselesaan selepas penggabungan.
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan
Singapura semakin tegang kerana bayak perselisihan berlaku antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Tanah Melayu. Antara isu yang menjadi perbahasan
hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.
Kemajuan ekonomi setelah Malaysia ditubuhkan agak mengecewakan
Singapura kerana barang-barang yang dihasilkan dari perindustrian dan
perkilangan, digunakan dalan negeri dan tidak dieksport ke luar negara. Selain itu,
dari segi parti dan perkauman, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh
Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN, di bawah kepimpinan
Tunku Abdul Rahman. PAP cuba menarik perhatian orang cina untuk menyokong
PAP dan menyatakan bahawa MCA tidak mampu membangunkan dan
memajukan orang cina. PAP mengadakan kempen sehingga terdapat kempen yang
dianggap menceroboh hak asasi orang melayu. Keadaan ini telah mencetus satu
rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan bertambah buruk apabila Singapura
memperjuangkan persamaan hak dan kempen ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’
yang diketuai oleh Lee Kuan Yew. Demi merealisasikan cita-cita ini, Singapura
5
membentuk United Opposition Front untuk memperjuangkan konsep persamaan
hak dan ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’.
Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memulihkan situasi ini tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia pada bulan
Ogos 1965. Gabungan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu hanya kekal
selama dua tahun, iaitu bermula tahun 1963 hingga tahun 1965.
6
3.0 KESIMPULAN
Sejarah menerangkan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia
bago menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Idea Perdana Menteri Malaysia,
Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan Malaysia merangkumi Singapura, Sarawak,
Brunei dan Borneo Utara atau di kenali sebagai Sabah, berhasil pada 16 September 1963
tanpa Brunei. Setelah persetujuan diadakan antara setiap negeri, akhirnya tertubuhnya
Malaysia. Namun begitu, gabungan ini tidak kekal lama apabila Singapura mengambil
keputusan untuk keluar dari Malaysia selepas dua tahun penubuhan Persekutuan Malaysia
iaitu pada tahun 1965. Pengeluaran Singapura berlaku disebabkan oleh banyak rusuhan
berlaku antara kaum melayu dengan kaum cina melibatkan isu sensitif hingga
mengundang persengketaan dan kematian. Sesungguhnya Penubuhan Malaysia telah
banyak memberikan impak positif dan kebaikan kepada Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak, sama ada dari segi politik, mahupun sosioekonomi.