80
MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

WAJ 3116

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

ii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Komunikasi Bertulis

1.0 Sipnosis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

1.3 Kandungan Isi

Konsep

Bentuk

Kesantunan dalam komunikasi bertulis

Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat

2.0 Sipnosis

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

2.3 Kandungan Isi

Memo

Minit Mesyuarat

Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi

Teks Ucapan

Pengumuman

Temu Bual

Teks Pengacaraan Majlis

Laporan

Rencana

Karya Kreatif

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

ii

Tajuk 3 Komunikasi Lisan

2.2 Sipnosis

2.3 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

2.3 Kandungan Isi

Konsep

Bentuk

Halangan

Kesantunan dalam Komunikasi Lisan

Komunikasi Interpersonal

Komunikasi Intrapersonal

Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi

Komunikasi di Media Elektronik

Tajuk 4 Aktiviti Lisan

2.4 Sipnosis

2.5 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

2.3 Kandungan Isi

Ucapan

Pengumuman

Pengacaraan

Perbengkelan

Mesyuarat

Forum

Perbahasan

Syarahan

Pidato

Ceramah

Taklimat

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul

Page 6: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

vi

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan

pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin

kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah

kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk

menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang

pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.

Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras

pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan

mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai

peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang

apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.

Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda

berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untuk

dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor

atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda

agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A

menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

PANDUAN PELAJAR

Page 7: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

vii

Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yang

akan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujuk

pelbagai bahan bacaan yang sesuai.

SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut

Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program

Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah

seperti dalam Jadual 1:

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

Agihan Jam pembelajaran

Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa

Amali

(3+0)

Ada

Amali

(2+1)

(1+2)

(0+3)

Tanpa

Amali

(2+0)

Ada

Amali

(1+1)

(0+2)

Tanpa

Amali

(1+0)

Ada

Amali

(0+1)

Membaca modul

pembelajaran dan

menyiapkan latihan /

tugasan terarah / amali

70

60

70

62

70

65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

Page 8: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

viii

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang

apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.

Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih

membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau

menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh

berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

masalah berhubung dengan modul ini.

IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar

pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan

bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga

perbincangan.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

Page 9: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

ix

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 10: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

1. Penerangan Ringkas Kursus Kursus WAJ3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative Malay

Language II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar Sarjana

Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan

Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program

Pensiswazahan Guru (PPG).

2. Tajuk Pilihan Modul ini mengandungi empat tajuk, iaitu:

2.1 Komunikasi Bertulis

2.2 Aktiviti Penulisan Berformat

2.3 Komunikasi Lisan

2.4 Aktiviti Lisan

3. Keperluan kursus ( Nature of Subject)

3.1 Kredit : 2(2+0)

3.2 Jam Interaksi : 30 jam

3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

3.4 Prasyarat : Tiada

3.5 Semester : Satu/Dua

3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%)

4. Bahan sokongan

4.1 Rujukan Asas

Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa

Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

PENGENALAN

Page 11: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.2 Rujukan Tambahan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar.

Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis

Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5. Maklumat tentang aktiviti atau latihan.

Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiap bab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukan pembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan.

Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet, buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglah dengan pensyarah anda .

Page 12: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

Kod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

AGIHAN TAJUK

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAMMENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1

Komunikasi Bertulis

Konsep Bentuk Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis

Aktiviti Penulisan Berformat

Memo Minit Mesyuarat Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi Teks Ucapan Pengumuman

2

Aktiviti Penulisan Berformat

Temu bual Teks Pengacaraan Majlis Laporan Rencana Karya Kreatif

Komunikasi Lisan

Konsep Bentuk Halangan

3

Kesantunan dalam komunikasi Lisan. Komunikasi Interpersonal dan Intrapersonal Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi Komunikasi di media elektronik.

Page 13: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAMMENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

4

Aktiviti Lisan

Ucapan Pengumuman Pengacaraan Perbengkelan Mesyuarat

5

Aktiviti Lisan

Forum Perbahasan Syarahan Pidato Ceramah Taklimat

JUMLAH

Page 14: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

SINOPSIS

Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu

kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.

Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;

2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;

3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 15: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam

bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau

dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi

lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan

beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga

melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras

bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik.

Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.

Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut

jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang

kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.

Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem

bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,

kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun

pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan

gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman

pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan

sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah

fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara

mudah dan penuh bertanggungjawab.

Page 16: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus

yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan

bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam

komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,

pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan

simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson

(1969).

Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran

amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana

tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih

bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang

berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan

maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas

menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea,

dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran

dengan tujuan mencapai persamaan makna.

Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam

masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan

penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah

lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan

sentiasa tercapai.

Page 17: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial

Bincangkan bentuk komunikasi

Latihan 1

Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

Page 18: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perbincangan

Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh

Latihan 1

Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

Definisi Komunikasi

satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu.

Page 19: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kesantunan Dalam Komunikasi

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan

kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang

lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,

laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya

menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.

Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi

atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Latihan 2

Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.

Komunikasi

Page 20: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial

Bincangkan ciri-ciri komunikasi

Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.

Layari Internet

Page 21: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Rehat

Tamat

Page 22: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Page 23: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tamat

Page 24: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

SINOPSIS

Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-

contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat;

2. ;

3.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

TEMU BUAL 

Jenis‐jenis Temu Bual 

Format Temu Bual 

Contoh Temu Bual 

MEMO 

Ciri‐ciri Memo 

Format dan Contoh Memo 

SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI 

Jenis‐jenis  

Format Surat 

Contoh Surat 

TEKS UCAPAN 

Jenis‐jenis Teks Ucapan 

Format Teks Ucapan 

Contoh Teks Ucapan 

PENGUMUMAN 

Jenis‐jenis Pengumuman 

Format Pengumuman 

Contoh Pengumuman 

MINIT MESYUARAT 

Jenis‐jenis Mesyuarat 

Format Minit Mesyuarat 

Contoh minit mesyuarat 

TEKS PENGACARAAN MAJLIS 

Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis 

Format Teks Pengacaraan Majlis 

Contoh Teks Pengacaraan Majlis 

LAPORAN 

Jenis‐jenis Laporan 

Format Laporan 

Contoh Laporan 

Page 25: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

...............

.......

1. Memo

Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat

komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara

rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran

dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang

disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau

organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu

formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan

kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk

tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam

bentuk borang

Tujuan memo

Memberi maklumat dan fakta Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

Ciri Memo

Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas Terus kepada maksud Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,

perkara, tandatangan dan sebagainya. Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada

surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.

Page 26: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bentuk Memo

Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk

yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring

dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan

masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua

bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka.

Memo Bentuk Borang

Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah

dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau

menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu,

disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.

Memo Bentuk Terbuka

Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah

seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka

bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.

Bahasa Memo

Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza

dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan

kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang

digunakan seharusnya:

• ringkas, padat dan jelas

• Lembut dan berdiplomasi

• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca

• Tidak menimbulkan prasangka.

• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.

Page 27: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Langkah Menulis Memo

Merancang:

• Tujuan penulisan memo tersebut • Mengenal pasti siapakah sasaran • Apa yang diharapkan • Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut

Menulis

• Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan Menyemak

• Maklumatnya adakah tepat dan betul • Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca • Konstruktif

Perbincangan

Membuat Nota

2. Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-

perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat

penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.

Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan

dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret

tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat

menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga

bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli.

Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah

diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit

Page 28: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat

selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.

Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.

Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan

tertentu, antaranya:

Bertukar-tukar fikiran antara ahli

Mendapatkan idea-idea baharu

Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai

pihak

Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan

mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau

melaksanakan sesuatu perkara

Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan

perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat,

catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil

oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai

mesyuarat.

Jenis Minit Mesyuarat

Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan

kepada kepada beberapa jenis:

Mesyuarat Jawatankuasa

Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,

idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini

dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.

Page 29: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Mesyuarat Agong

Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan

berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan

jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan

dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli

yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli

dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat

agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,

membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu

isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah

ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat

persetujuan majoriti ahli.

Mesyuarat Khas

Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan

kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.

Mesyuarat Tergempar

Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu

perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan

diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu

tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini

biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang

sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah

dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli.

Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan

Page 30: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan

hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu

sahaja.

Ciri Minit Mesyuarat Tulen: Ringkas dan padat. Tidak direka-reka. Bukan bentuk laporan. Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan

keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap: Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam

mesyuarat tersebut. Tepat Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti

perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang

diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan

maklumat-maklumat yang berkaitan. Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan

kesahihan minit mesyuarat. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh,

bilangan, nama dan fakta-fakta lain. Berstruktur Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda

mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang

bernombor dan mengikut urutan.

Perbincangan

Page 31: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

3. Rencana

Pendahuluan

• Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah

rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana

ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa

dan sebagainya.

• Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang

dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit.

Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih

terhadap pendahuluan rencana.

Definisi

Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan,

huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya

berdasarkan fakta-fakta sebenar.

Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,

tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

Fakta–fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai

sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik

rencana.

Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi

mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana

Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan

kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Ciri-ciri Penulisan Rencana

Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya

adalah seperti yang berikut:

Page 32: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.

Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang

lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan

mempunyai struktur yang lebih terancang.

Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan

penutup yang rapi.

Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.

Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan

rencana.

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.

Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda

pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.

Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam

sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan

kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.

Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,

nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan

bagi sesuatu fakta.

3. Ada digniti.

Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai

nilai intelektual.

Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan

dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan

penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.

Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya

mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan

rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi

dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan

Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.

Page 33: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

4. Ada ukuran kepanjangan.

Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan

yang tertentu.

Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek

daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.

Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai

ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya

yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.

Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya

menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

5. Penulisan yang jelas dan jitu.

Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik

perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.

Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan

menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana

juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan

hujahan penulis.

Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang

konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan

perkataan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang

menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa,

menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

6. Menyampaikan maklumat.

Page 34: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak

dan jelas kapada para pembaca.

Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh

melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan

berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana

yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.

Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin

usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.

Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan,

budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana

yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini

dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan

masyarakat.

Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan

untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W +

1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana)

dan how(bagaimana).

Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu

peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga

secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang

diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektif.

Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan

pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya

para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau

televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang

lebih mendalam mengenainya di akhbar.

Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang

mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

Page 35: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu

seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat

rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan

sebagainya.

Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan

adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang

berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

8. Tempoh tarikan tidak terhad.

Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana

yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh

memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam

penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan

tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya

dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam

fail dan akan digunakan apabila perlu.

Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan

hanyalah berupa imbasan kembali.

9. Organisasi penulisan yang logik.

Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan

rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang

berkaitan.

Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara

biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta

dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan

perkara tersebut.

Page 36: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

10. Pembatasan pembicaraan

Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu

isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba

menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Bentuk-Bentuk Rencana

Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:

Rencana bentuk ilmiah

Rencana bentuk separa ilmiah

Rencana bentuk popular

1. Rencana bentuk ilmiah

Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam

sesuatu bidang.

Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri

atau orang lain.

Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya

sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

2. Rencana bentuk separa ilmiah

Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang

mendalam.

Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi

data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat

untuk pembaca.

Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan

majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.

3. Rencana bentuk popular

Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah

berat.

Page 37: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan

santapan rohani pembaca.

Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

1. Rencana jenis penerangan

Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta

dengan lebih jelas dan menyeluruh.

Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa

kumpulan fakta dari berita harian.

Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa

timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

2. Rencana jenis berita.

Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan

memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan

bernilai beritanya.

Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang

hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki

Page 38: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan

pendapatnya.

3. Rencana jenis profil.

Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan

kejayaan seseorang tokoh.

Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang

menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.

Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.

Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan

apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

4. Rencana jenis penyiasatan.

Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu

agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir

serta pendapat orang ramai.

Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-

contoh yang sebenarnya.

Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam

Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab

berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh

murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

5. Rencana jenis pendapat.

Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja,

iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan

mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh

pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh

tertentu.

Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak

berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

Page 39: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

6. Rencana jenis perbahasan

Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori

kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan

falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam

permainan dan sukan.

Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan

pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat

pihak lain.

8. Rencana jenis kritikan.

Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk

menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau

perkara dengan mengemukakan alasannya.

Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara

bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong

pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan

lain kemudiannya.

Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan

mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang

patut diberikan pujian.

9. Rencana jenis umum.

Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan

umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari.

Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat

menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

Peringkat Penulisan

Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi

perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

Page 40: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bahasa

Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam

penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang

terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat

sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Kandungan

Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,

tubuh rencana dan penutup rencana.

Pendahuluan

Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam

sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik

minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga

akhir.

Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan

rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti

data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.

Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan

berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan

umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan

inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

Tubuh Rencana

Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa

perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.

Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan

kepada tema rencana.

Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti

menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.

Page 41: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.

Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah

difahami.

Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah

rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.

Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea

dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.

Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan

peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca

mengikuti perkembangan idea tersebut.

Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih

tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari

awal hingga akhir penulisan.

Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama

haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain

hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik

berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.

Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan

perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan

penanda wacana yang tepat.

Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh

dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan

dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

Penutup Rencana

Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya

menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua

persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini

penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat

kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

Page 42: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kesimpulan

Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana

deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya

yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni

penulisan yang tersendiri.

Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat

media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi

rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah

dengan baik.

Rehat

Perbincangan

Latihan

Page 43: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

4. Teks Ucapan

Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin

hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap.

Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,

perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan

ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.

Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang

sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-

idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara

tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan

berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan

kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

Definisi Ucapan

Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-

bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga

merupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima

kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.

Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan,

sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara

terbuka kepada khalayak.

Jenis Ucapan

Ucapan Rasmi

Ucapan dalam majlis formal

Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan

Berbentuk komunikasi sehala

Page 44: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi

majlis tersebut.

Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa

mengubah isi yang ditetapkan

Ucapan Tidak Rasmi

Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada

sebarang prosedur

Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas

dan terus kepada maksud.

Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu

pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa

yang diujarkan oleh pengucap.

Contoh :

Ucapan tahniah

Ucapan takziah

Ucapan alu-aluan

Ucapan perpisahan

Ucapan perasmian

Format Ucapan Umum

• Pendahuluan

• Isi Kandungan Ucapan

• Penutup/ Kesimpulan

Pendahuluan

Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza

daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.

Page 45: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat

kedudukan masing-masing.

Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

Isi Kandungan

• Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan,

pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.

• Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan

ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

• Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti

hadirin yang dihormati sekalian.

• Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau

peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

Penutup/ Kesimpulan

• Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

• Penutup mengandungi kata-kata pujian dan

penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima

kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.

• Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata

indah

Latihan

Page 46: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

CONTOH

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut.

Pendahuluan • Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir • Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Isi

• Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan

ucapan kepada guru yang akan bersara. • Isi-isi ucapan merangkumi :

- Latar belakang guru yang akan bersara. - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. - Pengalaman

- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru

• Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru.

• Contoh : – Hadirin yang dihormati – Sudara-saudari sekalian – Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi

Penutup • Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya

dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Page 47: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Protokol Panggilan Hormat

PANGKAT/GELARAN  Cara mengalamatkan 

Yang di‐Pertuan Agong  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong 

Yang Dipertua Negeri  Tuan Yang Terutama 

Raja Muda/Tengku Mahkota 

Duli Yang Teramat Mulia 

Perdana Menteri Malaysia  Yang Amat Berhormat 

Timbalan Perdana Menteri  Yang Amat Berhormat 

Menteri Besar/Ketua Menteri 

Yang Amat Berhormat 

Menteri/Timbalan Menteri  Yang Berhormat 

Wakil Rakyat/Adun  Yang Berhormat 

Ahli Dewan Negara/Senator 

Yang Berhormat Senator 

Pangkat/Gelaran  Cara mengalamatkan 

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri • Setiausaha Kerajaan 

Negeri  • Pegawai Kewangan 

Negeri  • Penasihat Undang‐

undang Negeri 

Yang Berhormat 

Ketua Hakim Negara  Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk 

Page 48: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Hakim Besar/Hakim  Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk 

Mufti  Sahibussamahah Tan Sri /Datuk 

Kadi  Sahibulfadilah Tuan Kadi 

Haji/Hajjah  Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah 

Ustaz/Ustazah  Yang Berbahagia 

Pengetua/Guru Besar  Yang Berusaha 

Profesor/Profesor Madya  Yang Berbahagia 

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Page 49: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

5. Surat Rasmi

Pendahuluan

Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi

mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat

rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui

oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi

berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan

dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima

agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang

perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang

boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Definisi

Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan

maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan

berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan

sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang

ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang

dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya

si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama

ada suka mahupun duka.

Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain?

Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara:

I.Orang yang akan menerima surat anda – penerima

II.Apa yang anda tulis – subjek

III.Mengapa anda menulis – tujuan

• Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh

dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.

Page 50: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian

(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

(Burton, 1983 dan Asmah, 1988).

Surat Rasmi Tidak Peribadian

Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi

Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma

Menjawab panggilan temuduga

Memesan barang

Membuat aduan

Membuat tempahan

Surat Rasmi Peribadian

Mengucap tahniah atau takziah

Jemputan (sosial)

Jawapan kepada jemputan

Ucapan terima kasih

Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi)

Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek

Antara rakan sebaya, sama status

Dapat menyatakan pendapat dan perasaan

Cara penulisanya lebih bersahaja

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

• memohon pekerjaan

• membuat aduan / bantahan / cadangan

• membuat rayuan

Page 51: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• membuat jemputan rasmi

• menempah barangan

• meminta kebenaran

• atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

Format Surat Rasmi

Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri .

Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian

dan agensi kerajaan.

Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980

bertarikh 1 Oktober 1980.

Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa

pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.

Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran

Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987.

Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi

bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.

Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan

betul dari segi ejaan dan tanda baca.

Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan

peribahasa

Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :

Alamat pengirim

Garisan panjang melintang

Nama dan alamat penerima

Nombor telefon

Nombor rujukan

Tarikh

Page 52: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perkataan menghadapkan surat

Kepala surat/perkara

Pemerengganan

Pecahan bagi perenggan

Tandatangan

Nama pengirim

Format Surat Kiriman rasmi

Alamat pengirim.

- ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.

Garis panjang melintang.

Alamat penerima.

- baris akhir alamat dibubuh garis.

Tarikh .

- ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat

penerima.

Panggilan hormat.

- dibubuh koma di hujungnya.

Perkara.

- huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah

dihujungnya.

Isi-isi.

- perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi

surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis

jarak sedikit dari nombor.

Pengakuan dan tanda tangan pengirim.

- ditulis di bahagian kiri bawah surat.

Nama dan jawatan pengirim.

- nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan

dibubuh kurungan.

Page 53: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

________________ Alamat Penulis

________________

________________

_____________________________( garisan panjang)__________________________

Jawatan / penerima

Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba

sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita

kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita

dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

_________________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)

Jawatan ( Huruf Kecil )

Latihan

Membuat Nota

Page 54: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

6. Laporan

Pendahuluan

Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar.

Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah

berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang

hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan

maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut

disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan

kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Definisi

Kamus Dewan (1996) – maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.

Ellis dan Hopkins (1985) – dokumen yang digunakan bagi

menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat

yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan

disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang

ditetapkan.

Tujuan

Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau

didengar.

Jenis-jenis laporan:

Laporan umum

Laporan kajian

Laporan syarikat.

Page 55: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Jenis-jenis Laporan

Laporan Umum

Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja

Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

Laporan Kajian

Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan

Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.

Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.

Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

Laporan Syarikat

Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh

satu tahun.

Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta

syarikat, tanggungan dan lain-lain.

Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara

kronologi.

Format Laporan Umum

Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis,

organisasi, tajuk laporan, tahun.

Abstark – sinopsis keseluruhan kandungan.

Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran.

Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan dan

penghargaan.

Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.

Kesimpulan – rumusan & cadangan

Rujukan & bibliografi

Page 56: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Lampiran.

Format Laporan Kajian

Halaman kulit

Halaman tajuk (sebelah dalam)

Abstrak

Penghargaan

Daftar kandungan

Pengenalan iaitu penyataan masalah

Tinjauan kajian berkaitan

Kaedah penyelidikan

Dapatan kajian

Rumusan dan cadangan

Format laporan Syarikat

Halaman Kulit

Misi Syarikat

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

Jawatankuasa Audit

Struktur Korporat

Maklumat Korporat

Lembaga Pengarah

Ucapan Pengerusi

Laporan Kewangan

Analisis Pemegang Syer

Senarai Harta

Borang Proksi

Perbincangan

Page 57: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

7. Pengumuman

Definisi

Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang

disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak

tertentu.

Ciri-ciri Pengumuman

• Mengandungi maklumat yang benar dan tepat.

• Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh

daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab.

• Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif)

• Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan

dapat menarik perhatian pembaca.

• Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit.

• Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang.

• Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan

pendengar.

Format Pengumuman

i. Tajuk

• Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan.

• Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.

• Diletakkan di atas atau di papan tanda.

• Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.

.

ii. Penjelasan

• Terdapat mesej yang hendak disampaikan.

• Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan

sebagainya)

Page 58: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,

ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.

iii. Kesimpulan

Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.

Perbincangan

8. Pengacara Majlis

Definisi

Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi

mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.

Tujuan

Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.

Prosedur

meneliti dan memeriksa program.

*mengetahui tujuan majlis diadakan.

* meneliti senerai kehadiran.

* mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan

Pengacara Majlis

• Sebagai ‘ nadi’ sesebuah majlis.

• Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan

pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar

dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.

Ciri-ciri Pengacara majlis

Page 59: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• Mempunyai personaliti yang menarik.

• Suara yang sedap didengar.

• Mempunyai keyakinan diri.

• Pandai bermain bahasa dan emosi.

• Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

Format Pengacaraan Majlis

• Memulakan majlis dengan salam.

• Kata-kata aluan.

• Menyatakan tujuan majlis diadakan.

• Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.

• Menentukan kesinambungan aturcara.

Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

penyediaan teks

* mengetahui nama majlis tersebut.

* mengetahui tujuan majlis dan atur cara.

* mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu

kehormat.

* merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

Perbincangan

Page 60: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 61: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Page 62: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN

SINOPSIS

Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu

kepada pelajar, iaitu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan;

2. ;

3. .

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Page 63: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KOMUNIKASI LISAN

1.Pidato

Pendahuluan

Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui

sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,

menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat

melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa

yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Definisi pidato

Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha

menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat

sokongan serta mempengaruhi pendengar.

Tujuan

1) Memberi penerangan:

menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.

2) Memberitahu:

perkara yang baru

3) Memberi keyakinan:

meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik

4) Mempengaruhi:

Memberi penekanan dan perhatian

Page 64: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik

Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang

gramatis.

Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan

seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik

simpati.

Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien

Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

Gaya Penyampaian

Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk

menekankan fakta.

Jangan kaku dan beraksi berlebihan

Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum

apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi

tinggi.

Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang

sesuai.

Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan

menunjukkan wajah yang terlalu serius.

Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Gaya dan Intonasi

Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.

Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian

Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.

Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk

Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi

Page 65: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

2. Syarahan

Pendahuluan

Satu bentuk komunikasi sehala

- Disampaikan secara individu

- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan

Definisi

Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk

menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.

-Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang

disampaikan

Tujuan

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek

penting tentang tajuk tersebut.

Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal

ehwal semasa yang menarik.

Format Syarahan

Pembuka Kata

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-

pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan

syarahan yang berkenaan.

Isi atau amanat

Page 66: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi

syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan

dalam bahagian ini.

Penutup Isi/ amanat

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat

dalam syarahan tadi.

Penutup syarahan

Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini

pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak

penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan

harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

3. Ceramah

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan

oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan,

penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum

atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau

penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis

atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu. Majlis atau

perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan

kedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa

tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar

agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa.

Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan

beberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dan

nota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,

Page 67: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

bakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan

topik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapan

dan kefahaman di pihak khalayak yang hadir.

Definisi ceramah

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai

ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea -

idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.

Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan

yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya

hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah

dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang

bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang

dengan menggunakan lisan.

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan

oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing – masing.

Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang

menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada

penonton.

Tujuan ceramah

Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanya

ceramah di lakukan untuk:

a. Memujuk

Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar

untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan

tindakan.

b. Menghibur

Page 68: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan

yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau

kontroversi.

c. Memberi maklumat

Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan

kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses,

fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh

maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan

tentang perkara yang disampaikan.

Jenis-jenis Ceramah

a) Ceramah umum

Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan

nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai

pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama

ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. Jadi, ceramah umum

adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak

umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya

bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin

yang tua mahu pun muda.

b) Ceramah khusus

Ceramah khusus bererti ceramah yang bertujuan untuk

memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang

dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan.

Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra’ miraj, maulid nabi dan

bulan puasa.

Perbincangan

Page 69: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Membuat Nota

Page 70: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Page 71: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 72: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

SINOPSIS

Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu

kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.

Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;

2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;

3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam

bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

Page 73: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau

dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi

lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan

beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga

melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras

bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik.

Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.

Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut

jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang

kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.

Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem

bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,

kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun

pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan

gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman

pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan

sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah

fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara

mudah dan penuh bertanggungjawab.

Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks.

Penulis teks

Perbincangan

Page 74: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Membuat Nota

Definisi dan Konsep

Bentuk

Definisi Komunikasi

satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu.

MEMO 

Ciri‐ciri Memo 

Format dan Contoh Memo 

TEKS UCAPAN 

Jenis‐jenis Teks Ucapan 

Format Teks Ucapan 

Contoh Teks Ucapan 

Page 75: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TEMU BUAL 

Jenis‐jenis Temu Bual 

Format Temu Bual 

Contoh Temu Bual 

SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI 

Jenis‐jenis  

Format Surat 

Contoh Surat 

PENGUMUMAN 

Jenis‐jenis Pengumuman 

Format Pengumuman 

Contoh Pengumuman 

MINIT MESYUARAT 

Jenis‐jenis Mesyuarat 

Format Minit Mesyuarat 

Contoh minit mesyuarat 

TEKS PENGACARAAN MAJLIS 

Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis 

Format Teks Pengacaraan Majlis 

Contoh Teks Pengacaraan Majlis 

LAPORAN 

Jenis‐jenis Laporan 

Format Laporan 

Contoh Laporan 

Page 76: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Page 77: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 78: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

BIBLIOGRAFI ( IKUT FORMAT APA)

Page 79: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(XXX PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

(NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI (JAWATAN) PENSYARAH (EMEL) [email protected]

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)

(NAMA) UMAR BIN AHMAD (JAWATAN) PENSYARAH (EMEL) [email protected]

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)

(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)

Page 80: Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat