22
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL 1.0 PENGENALAN Kraf tradisional atau seni kraf acap kali dikaitkan dengan kehalusan dan lambang kesenian sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana pembuatan kraf merupakan hasil peninggalan nenek moyang yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi baru sebagai warisan budaya bangsa. Istilah kraf dikatakan berasal daripada bahasa Jerman. Kraf yang membawa maksud kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery dengan jelas menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada kecekapan, keahlian dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat pula menghuraikan kraf sebagai perusahaan yakni kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Projek kraf diyakini akan memanfaatkan pencipta, peminat, pereka bentuk, penyelidik, penuntut dan pelawat. Manakala kraf tangan pula bermaksud perusahaan juga kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan ; tumpuan juga boleh dialih kepada bidang yang sering menjadi tarikan dan minat pelancong. Secara umumnya, kraf tangan mempunyai tiga ciri utama iaitu hasil keluaran, kepercayaan budaya dan agama, serta keperluan tradisional. Ketiga-tiga ciri ini digabungkan untuk mewujudkan satu nilai estetika yang menggunakan tenaga manusia sendiri tanppa alat yang berteknologi tinggi. Biasanya hasil kraf tangan bersifat sederhana dan tidak terlalu kompleks seperti keluaran lain. Sementara kraf tradisional boleh ditakrifkan sebagai perusahaan yang berupa kerja seni yang mana melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Kesenian dan kemahiran yang dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang di kaum di Malaysia telah menyebabkan banyak barangan kraf tradisional dihasilkan. Walaupun sejarah kewujudan dan kesinambungan kraf tradisional tidak dicatat dengan jelas, namun beberapa penemuan menjadi saksi asal usul, sejarah kewujudan dan budaya kraf tradisional Malaysia. Buktinya, pada tahun 1954 satu ekspedisi yang diketuai oleh Dr. G.de.G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf

Tugasan Seni 22.2 4pm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

1.0 PENGENALAN

Kraf tradisional atau seni kraf acap kali dikaitkan dengan kehalusan dan lambang kesenian

sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana pembuatan kraf merupakan hasil peninggalan nenek

moyang yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi baru sebagai warisan budaya

bangsa.

Istilah kraf dikatakan berasal daripada bahasa Jerman. Kraf yang membawa maksud

kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery dengan jelas menegaskan bahawa kekuatan

ini juga terletak pada kecekapan, keahlian dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat pula

menghuraikan kraf sebagai perusahaan yakni kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan

kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Projek kraf diyakini akan

memanfaatkan pencipta, peminat, pereka bentuk, penyelidik, penuntut dan pelawat.

Manakala kraf tangan pula bermaksud perusahaan juga kerja, seni dan sebagainya

yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan ; tumpuan juga boleh dialih

kepada bidang yang sering menjadi tarikan dan minat pelancong. Secara umumnya, kraf tangan

mempunyai tiga ciri utama iaitu hasil keluaran, kepercayaan budaya dan agama, serta keperluan

tradisional. Ketiga-tiga ciri ini digabungkan untuk mewujudkan satu nilai estetika yang

menggunakan tenaga manusia sendiri tanppa alat yang berteknologi tinggi. Biasanya hasil kraf

tangan bersifat sederhana dan tidak terlalu kompleks seperti keluaran lain.

Sementara kraf tradisional boleh ditakrifkan sebagai perusahaan yang berupa kerja

seni yang mana melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta oleh

masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Kesenian dan kemahiran yang dimiliki oleh pelbagai

lapisan masyarakat berbilang di kaum di Malaysia telah menyebabkan banyak barangan kraf

tradisional dihasilkan.

Walaupun sejarah kewujudan dan kesinambungan kraf tradisional tidak dicatat dengan

jelas, namun beberapa penemuan menjadi saksi asal usul, sejarah kewujudan dan budaya kraf

tradisional Malaysia. Buktinya, pada tahun 1954 satu ekspedisi yang diketuai oleh Dr. G.de.G.

Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf

orang zaman neolitik seperti pisau batu, barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang-

jarang ditemui di bukit kapur Perlis dan Kelantan (Beamish dalam Salsaila Tang Abdullah).

Page 2: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan dikupas bagaimana proses

menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada hasil seni yang

berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang dipilih ialah anyaman, batik, tembikar, wau,dan

ukiran. Diharap apa yang dirungkaikan ini nanti dapat memenuhi kehendak tugasan pada kali

ini.

Page 3: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

2.0 Falsafah Dan konsep Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Kedatangan Islam dan seterusnya penerimaanya di rantau ini merupakan satu peristiwa yang amat

penting dan bersejarah. Dalam proses awal perkembangannya terutamanya pada awal abad ke 14

masihi, Islam telah banyak mempengaruhi corak hidup masyarakat Melayu. Pada waktu itu juga

banyak warisan budaya yang dicipta telah menjadi alat kegunaan harian yang kemudian dicetuskan

dalam pengucapan rasa dan seterusnya menjadi lambang citarasa masyarakat.

Kesediaan umat Islam, khususnya masyarakat Melayu untuk terus menerima dan

mengekalkan tradisi-tradisi awal itu asalkan ia tidak bercanggah dengan aqidah adalah melambangkan

liberalisme Islam itu sendiri. Kesediaan dalam mengekalkan kesinambungan dengan zaman lampau,

khususnya dari segi pemakaian motif-motif ragam hias dalam seni pertukangan tangan, menampakkan

kematangan dan kemampuan mereka menapis dan menyesuaikan unsur-unsur tadi dan

menggabungkannya dengan unsur-unsur Islam. Ia diperkaya lagi dengan pengambilan motif-motif

daripada alam persekitaran mereka, sesuai dengan anjuran Al-quran dan Sunnah.

Kepelbagaian warna dan rupa bunga-bungaan dan tumbuhan mempunyai fungsi yang jauh

lebih besar daripada keindahan semula jadinya. Misalannya, panel ukiran kayu yang diletakkan di

ruang atas daun pintu, diukirkan dengan ayat-ayat dan ayat-ayat itu dikelilingi pula oleh motif pohon-

pohon menjalar dan bunga-bungaan. Ia juga menampakkan pembahagian ruang yang harmoni di

samping mengutarakan unsur seni reka Islam yang ketara iaitu pengulangan motif yang serupa secara

berterusan. Pengulangan motif secara berterusan ini mengingatkan kita kepada salah satu jalan pilihan

manusia bagi memingati Tuhan iaitu dengan melakukan zikir secara berterusan.

Ukiran kayu, Kelantan kurun ke 19

( sumber : Dr. Othman Mohd. Yatim, Kesenian Dalam Tamadun Islam, 1989 )

Page 4: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

3.0 Seni Kraf Tradisional Melayu

Kaum Melayu sejak zaman nenek moyang mereka sudah mempunyai ilmu kepakaran dalam bidang

kraf tradisional seperti seni anyaman, Batik, tembikar, seni khat dan ukiran tradisional.

3.1 Seni Anyaman

Seni anyaman merupakan satu kemahiran yang sangat tua usianya. Menganyam mengalami

perubahan secara terus sehingga mendapat perubahan yang sangat ketara. Menganyam memerlukan

proses menjaring helaian daun, lidi, rotan, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan

menyusupkan antara satu sama lain.

3.1.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.

Anyaman tidak lengkap sekiranya tidak terdapat sebarang motif. Penganyam mencipta pelbagai

motif dalam anyaman supaya mempunyai nilai komersil. Motif yang digunakan berasaskan

alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, abstrak dan geometri.

Bunga-bungaan adalah motif paling popular. Bunga-bungaan dipilih dari jenis yang

mudah dibentuk seperti bunga cengkih, bunga pecah lapan, cempaka, tanjung dan bunga cina.

Selain itu, tampuk buah digunakan seperti tampuk manggis dan tampuk pinang. Pucuk rebung

pula dibentuk pada tikar yang bersaiz besar dan cukup cantik apabila menggabungkan pelbagai

jenis warna.Selain tumbuhan, haiwan dijadikan sumber inspirasi menghasilkan motif. Namun

begitu hanya satu-satu bahagian sahaja yang dibentuk. Antara motif haiwan yang digunakan

dalam anyaman ialah siku keluang dan tapak harimau.

Abstrak adalah bentuk yang sukar untuk difahami. Bentuk ini hanya dibentuk setelah

direka pada anyaman. Antara bentuk abstrak yang digemari ialah pucuk jala dan mata berkait.

Bentuk geometri pula mudah dihasilkan. Bentuk geometri merupakan garisan yang unik tetapi

menarik. Antara jenis geometri ialah garisan lurus, melintang dan menyerong.

3.1.2 Pengaruh Anyaman Kepada kehidupan

Page 5: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Pada masa dahulu anyaman hanya menjurus kepada pengeluaran barangan asas seperti

tikar, kelarai, bakul dan tudung saji. Barang-barang ini menjadi keperluan masyarakat

Melayu dalam seharian. Kemudian teknologi baru telah menyebabkan lebih banyak

barangan dihasilkan. Antaranya perabot, beg tangan, selipar rumah dan sebagainya.

( Sumber: Jasiman Ahmad dan Nora Hj Samat, Kemahiran Seni Kraf, 2001)

Penggunaan bahan asas untuk anyaman juga berbeza. Jika dahulu kebanyakan

masyarakat Melayu menggunakan mengkuang atau pandan, tetapi dengan teknologi

moden telah terdapat anyaman yang menggunakan plastik atau tali. Hasil anyaman pada

masa dahulu tidak mementingkan penggunaan kelarai kerana barang-barang yang

dihasilkan lebih kepada tujuan utiliti. Berlainan pada masa sekarang, sungguhpun

tujuannya masih lagi untuk utiliti tetapi nilai estitika juga dipentingkan. Oleh itu, alat-

alat anyaman yang dihasilkan banyak menggunakan jenis-jenis kelarai yang menarik.

Contoh nya pada sebidang tikar terrdapat berbagai jenis kelarai seperti kelarai Mok

Mek, Cik Kedah Ketapang, Anak Ikan, Bunga Sambas, Sisik Kelah, Pucuk Rebung dan

Bunga Berhati

Page 6: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

3.2 Batik

Kehalusan seni dan rekaan batik mempamerkan kreativiti serta ketinggian seni budaya masyarakat

Melayu. Keindahan dan kehalusan seni rekaanya memamng tidak dapat dinafikan. Selain itu kain batik

boleh dijadikan kain sarung harian.

Perkataan batik juga berkaitan rapat dengan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu “titik” dan

perkataan Jepun “ambo” yang bermakna melukis. Ada juga yang pendapat mengatakan batik berasal

daripada bahasa Jawa iaitu “ba” dan “tik” yang bermaksud setitik lilin. Sejarah perkembangan batik di

Malaysia hanya bermula pada abad ke-15. Batik hanya menerima pengaruh secara langsung dari

daerah-daerah di Kepulauan Melayu seperti Pulau Jawa.

3.2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Batik Melayu.

Bagi menghasilkan batik yang menarik dan bernilai komersil, pelbagai jenis motif yang

digunakan. Penghasilan motif lebih merujuk kepada keadaan persekitaran. Namun ada juga

pelukis batik yang menggunakan motif tertentu supaya dapat menghasilkan lukisan batik yang

hidup dan bervariasi.

( Sumber : Panel Penulis PCT, Seni Tenunan Tekstil, 2007 )

Page 7: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Bentuk-bentuk geometri dihasilkan berbentuk bulat, segi tiga, segi empat, bujur,

bulan, segi enam dan lain-lain. Semua corak ini dipelbagaikan dalam gabungan corak

yang kelihatan menarik. Tumbuhan adalah motif yang paling poular dan banyak

dihasilkan. Corak ini mudah kerana tidak perlu mengimaginasi untuk mencipta

coraknya. Antara corak tumbuhan yang sering digunakan adalah seperti bunga matahari,

daun pokok kelapa, bunga anggerik, bunga raya dan sebagainya. Motif haiwan yang

biasa dilakarkan adalah terhad kepada rerama dan ikan. Ini kerana kain batik

bermotifkan haiwan tidak semestinya sesuai untuk menghasilkan pakaian

3.2.2 Pengaruh Batik Kepada kehidupan

Batik boleh dibahagikan kepasa pelbagai bentuk mengikut tempat penghasilannya.

Antara ialah batik lasem, batik perkalongan, batik solo dan batik selapis. Batik lasem

amat popular di Kelantan dan mempunyai persamaan dengan batik lasem yang terdapat

di Terengganu. Batik ini mudah dikenali melalui motif bahagian kepala batik. Motif

yang diutamakan ialah motif pucuk rebung.

Batik perkalongan menekankan motif bunga-bungaan dan penggunaan warna.

Kadang-kadang warna tidak dihasilkan dengan cara celupan tetapi menggunakan berus.

Motif bunga-bungaan bukan sahaja dilukis pada bahagian badan kain tapi juga pada

kepala kain. Batik solo pula terdiri dari unsur-unsur geometri tumbuhan atau geometri

dong-son yang terbentuk seperti satu susunan garis keluk atau lingkaran. Sementara

batik selapis pula merupakan batik yang mempunyai corak yang bebas. Pada bahagian

kepala kain, dipenuhi dengan motif tumbuhan dan pucuk rebung.

3.3 Seni Tembikar

Tembikar ialah kraf tradisonal yang menggunakan bahantara tanah liat yang dibentuk, dibakar dan

digilap.Tembikar merupakan karya seni 3 dimensi yang mementingkan fom dan dianggap sebagai

warisan peninggalan seni kraftangan yang sangat bernilai. Zaman Neolitik merupakan zaman

bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Hal ini dibuktikan dengan penemuan beberapa

Page 8: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

artifak serpihan tembikar di Gua Cha Kelantan, Bukit Tengku Lembu Perlis, Ulu Tembeling Pahang,

Bukit Tambun Perak dan Gua Niah Sarawak. Kebanyakan serpihan tembikar yang ditemui adalah

berasal daripada tembikar untuk kegunaan harian seperti periuk, belanga dan alat kukusan.

Kebanyakan tembikar yang ditemui berwarna perang, hitam, kelabu gelap serta bentuk dan hiasan

dipengaruhi oleh budaya setempat.

( Sumber: Panel Penerbitan PCT ,Seni Tembikar, 2007)

Garapan Idea Motif dan Corak dalam Tembikar Melayu.

Motif-motif yang diaplikasikan dalam tembikar adalah berbeza yakni mengikut negeri dan

teknik pembuatannya. Bagaimanapun hampir semua motif dan corak tembikar diilhamkan daripada

flora yang terdapat di alam sekeliling seperti pucuk rebung dan pokok menjalar. Namun demikian

terdapat juga motif yang berunsurkan fauna seperti tulang ikan dan siku keluang. Contohnya tembikar

di Sarawak. Bukan itu sahaja, corak geometri seperti segi empat, bulan sabit dan segi tiga juga

popular dan sering digunakan,

Page 9: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Pengaruh Tembikar Kepada kehidupan

4.0 Seni Khat

Perkataan khat berasal dari bahasa Arab yang bererti ‘tulisan’. Menurut kamus Idris al-

Marbawi, khat yang kata jamaknya ialah khutut yang membawa erti ‘ tulisan’ atau ‘garisan’. ( Mohd.

Idris Abdul Rauf al- Marbawi. 1976:140). Seni khat di Tanah Melayu bermula dengan penemuan batu

bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat Kuala Berang bertarikh 1303 Masehi, bersamaan

702 Hijrah pada tahun 1902. Ia adalah khat jenis Naskh yang mana kandungan batu bersurat tersebut

adalah merakamkan ajaran, hukum Islam, adat dan pemerintahan di Terengganu. Selanjutnya ditemui

juga di Kota Kubang Labu, Kelantan yang merakamkan nama pemerintah al-Yunus dan al-Mukawakil

bertarikh 1181 Masehi / 557 Hijrah.

Ini Selari dengan kewujudan dan penggunaan seni khat di alam Melayu yang mempunyai

hubungan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Ia merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan

juga catatan ke atas pelbagai bahan dalam bentuk khat (Siti Zainon Ismail.1982:41,42).

Page 10: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Pengaruh seni islam dalam kesenian Melayu

4.0 Analisis Perbincangan Kraf Tradisional

1.

Anyaman dimensi baru yang dihasilkan oleh Pusat Kraftangan Kampung Rangawan, Sadongjaya

Page 11: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Empat Sebilik. Motif yang dipilih adalah berunsurkan

tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh

seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman

ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk

geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang

akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara

budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan

ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan

mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

2.

Lukisan batik di atas adalah salah satu hasil karya Khalil Ibrahim yang bertajuk “ Pantai Timur 1980”

Dari segi motif batik di Malaysia, ianya banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil

adalah disebabkan oleh kepekaan masyarakat tradisional atau generasi terdahulu terhadap persekitaran

Page 12: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

khususnya alam semula jadi. Kenyataan tentang motif-motif ini menunjukkan betapa eratnya hubungan

masyarakat tradisional ini dengan alam

3.

( Sumber: ……………………………, Crafted In Malaysia, 20071)

Tembikar di atas dikenali juga sebagai labu Sayong. Bentuk tembikar ini diilhamkan daripada buah

labu. Corak hiasannya adalah bermotifkan alam sekeliling dan rupa geometri. Permukaan labu hanya

menggunakan hiasan yang mudah iaitu berbentuk labu ketela, berleher tirus ke atas, dan bermulut agak

luas. Permukaan labu dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias

yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengelar (hiasan kelar), atau mengguris (hiasan guris).

Berdasarkan rajah di atas, prinsip kesenian Melayu yang terdapat dalam ciptaan tembikar di atas

adalah berguna, berlambang dan halus. Masyarakat melayu menggunakan tembikar ini sebagai bekas untuk

mengambil atau menyimpan air. Air di dalam tembikar sayong adalah dingin , nyama dan menyegarkan

serta dipercayai mempunyai khasiat. Selain itu jelas kelihatan hasil tangan yang begitu halus di mana Kaum

wanita Sayong di Perak merupakan kaum yang giat menghasilkan tembikar ini.

Page 13: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh

kaum wanita di Sayong, Perak. Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif

yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri seperti garisan

bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan

sebagainya .Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah

lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya

4.0 Seni Ukiran Kayu tradisional (Proses penghasilan silat,Proses kemasan,Proses )

Ukiran kayu adalah salah satu hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Ia adalah satu seni

menyobek permukaan papan atau bongkah kayu bagi mencorakkan sesuatu motif. Terdapat lima jenis

motif yang biasanya diterap pada kayu iaitu flora, fauna, kosmos, geometrid dan khat. Proses

penyobekan adalah satu manifestasi ilham tukang ukir kepada satu jisim yang nyata. Manifestasi ini

berbentuk abstrak atau simbolik seperti daun atau bunga flora yang dibentuk secara tebuk tembus atau

tebuk timbul. Bentuk yang diukir selalunya selalunya tidak menyerupai objek flora secara langsung

tetapi diolah dalam bentuk simbolik ini adalah satu seni pertukangan yang wujud sebelum abad ke-16

di Semanjung Malaysia.

Falsafah seni ukir sebenarnya adalah ekspirasi kecintaan pada keindahan. Keindahan pula lahir

dari kejujuran seni yang memerlukan kesabaran dan ketekunan (Zulkifli Hanafi, 1996). Seni ukir yang

sudah lama bertapak di persada seni warisan Melayu adalah satu perabadan yang paling tinggi nilainya

kerana ia merupakan sesuatu seni yang belum dipengaruhi oleh sebarang unsur-unsur lain dan sebati

dengan masyarakat Melayu terutamanya di Semanjung Malaysia. Seni ini berkonsepkan keseimbangan

alam dari segi komposisi, pemilihan motif dan bentuk ukiran. Secara langsung seni ini member

pengajaran agar kita menghormati sesama manusia, alam dan tidak sombong sebagaimana gubahan

daun yang sentiasa menunduk ke bumi. Pengolahan dan pengertiannya adalah berhubung rapat dengan

falsafah ketuhanan dan alam semesta beradun mesra dalam kesatuan yang penuh harmoni.

Terdapat beberapa peraturan dan peradaban untuk menghasilkan ukiran yang tinggi nilai

seninya. Pertama, seseorang pengukir perlu yakin dan percaya kepada ilmu tauhid dan diikuti dengan

Page 14: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

keyakinan diri, keikhlasan dan kejujuran. Mereka juga perlu memahami sifat bahan ukiran dan proses

serta kaedah mengukir (Nik Rashiddin, 2000).

Ukiran digunakan pada rumah-rumah Melayu untuk menambahkan nilai estetik dengan corak

yang terkawal; tidak mengatasi imej bangunan supaya reka bantuk bangunan dapat dilihat dengan

jelas. Ukiran-ukiran itu berperanan sebagai penyokong rupa atau sendi kepada bentuk bangunan (Syed

ahmad Jamal, 1992).

Sebelum zaman kedatangan Islam pada abad ke-13, kebanyakan pengukir Melayu rapat dengan

keagamaan dan percaya kepada Tuhan. Mereka membersih diri dari segala kekotoran dan kejahatan

dengan berpuasa dan melakukan meditasi sebelum melakukan sesuatu kerja mengukir. Kajian sejarah

oleh Zakaria (1994), mendapati seni ukiran telah bermula di Terenggau dan Kelantan semenjak abad

ke -16, iaitu semas era kerajaan Langkasuka, di mana Islam telah bertapak di sana dan mempengaruhi

serta merubah seni ukiran dari segi motif, maksud dan tujuan. Di mana motif haiwan dan dewa yang

berasal daripada kepercayaan Hindu telah digantikan dengan motif flora dank hat dengan gaya ukiran

atau gubahan baru daripada gaya Langkasuka Tua. Bagaimanapun bentuk asas ukiran Hindu iaitu

stupa, makara, teratai dan gunungan masih digunapakai sehingga sekarang.

Keseluruhan bentuk stupa boleh temui pada elemen seni bina rumah Melayu seperti buah buton

ataupun dipintu gerbang rumah. Gunungan pula membentuk seperti puncak gunung ataupun pohon

budi (pokok kehidupan) selalunya digunakan sebagai symbol status yang diletakkan pada pintu

gerbang istana, mimbar, kuburan dan mahkota yang dipakai dalam persembahan Mak Yong. Makara

pula merupakan gambarankosmologi pemusatan mitos raksasas laut Pattani dan Kelantan. Ia mashyur

diletakkan diletakkan pada perahu yang digunakan sebagai kenderaan dalam perarakan majlis

berkhatan. Perkembangan imej makara ini adalah menggunakan motif organik seperti yang selalu

ditemui dalam seni ukiran di daerah Pattani di Selatan Thailand dan Kelantan. Bentuk keseluruhannya

boleh juga dilihat pada pemeleh rumah, pintu dan tigkap. Manakala teratai pula adalah symbol kepada

kemurnian dan ketulenan. Ia digunakan sebagai asas atau batas sempadan pada sesuatu komponen

bangunan. Contoh yang jelas adalah buah buton pada pangkal tunjuk langit; merupakan elemen

kerangka bumbung bangunan. Bentuk teratai juga dikenali sebagai pucuk rebung leh masyarakat pantai

barat Semanjung Malaysia (Norhaiza, 2000)

Tukang ukir Melayu mula berusaha mengubah konsep seni ukiran mereka lebih kepada ciri-ciri

keislaman dan bertepatan dengan kehendak agama. Seni ukiran tetap subur dengan motif flora, kosmos

dan tulisan khat yang membayangkan kepercayaan terhadap agama Islam itu sendiri. Selain daripada

Page 15: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

itu, tukang ukir juga menyatakan perasaan peribadinya melalui ukiran yang diukirnya. Cara ini

memperlihatkan cirri-ciri dan sikap seseorang pengukir itu terhadap hasil ukirannya (Nik Rashidin,

2000). Unsur-unsur alam lingkungan mengandungi simbol pengertian yang tertentu dalam pandangan

hidup masyarakat Melayu. Motif tumbuh-tumbuhan merupakan motif yang paling banyak digunakan

dalam ukiran Melayu. Pemilihan motif flora adalah di atas pemerhatian dan pengamatan seorang

pengukir terhadap alam sekeliling ciptaan Tuhan. Kemanfaatan daripada tumbuh-tumbuhan dijadikan

motif dalam seni ukiran (Ismail Said,2000). Tumbuhan semula jadi di persekitaran rumah Melayu

merupakan sumber inspirasi kepada pengukir untuk diterapkan dalam seni ukiran mereka.Oleh itu,

adalah penting bagi pengukir mengenali atau mempelajari alam lingkungan terlebih dahulu dan

sentiasa membajai jiwa dengan cara berhubungan dengan alam.

Pengaruh Ukiran Kepada kehidupan

Ukiran Kayu melambangkan status seseorang Melayu dalam masyarakat. Kerana itu, raja dan

golongan bangsawan sanggup mengupah tukang ukir yang mahir menyediakan komponen ukiran

memenuhi istana atau rumah mereka. Maka daun pintu, sisir angin, kekisi, dinding dan tiang seri diukir

dalam pelbagai motif terutama flora, khat dan awan larat. Disebabkan naluri kecintaan yang mendalam

kepada keindahan, akhirnya seni ukiran berkembang juga kepada rumah rakyat biasa (Zulkifli Hanafi,

2000)

Selain daripada factor status, unsur-unsur kepercayaan pada ukiran juga mempengaruhi

kehidupan Melayu di Semanjung Malaysia. Ukiran untuk peralatan harian, umpamanya diercayai

mempunyai hubungan dengan kepercayaan atau kuasa tertentu. Ini berdasarkan kepada ukiran motif-

motif binatang dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai makna dan lambing yang tersendiri. Motif

flora termasuk motif daun getam guri, bunga ketumbit dan sulur kacang laut diterapkan dalam bentuk

kepala bangau perahu. Golongan nelayan mempercayai bangau cekap menangkap ikan dan boleh

membawa keuntungan dan keselamatan di laut.

Motif dalam Seni Ukir Melayu

Page 16: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Motif yang digunakan berkaitrapat dengan konsep keagamaan, motif tumbuhan, geometrid an kaligrafi

sebagai asas seni ukiran yang terdapat pada rumah. Karektor semula jadi flora dan fauna seperti

mempunyai bunga yang jelas, memanjat dan melilit menggunakan sulur, bentuk buah yang istimewa

atau ganjil adalah sumber ilham kepada pengukir menggubah keseniannya kepada bentuk yang lebih

simbolik. Biasanya bunga seperti bakawali, ketumbit, ketam guri, teratai dan petola menjadi pilihan

sebagai motif ukiran. Karektor fauna yang berpasangan seperti merpati dua sejoli, itik pulang petang,

badak mudik, dan cicak tergantung juga member ilham mempergayakan lukisan. Rajah adalah

contoh motif flora dan fauna yang diterapkan pada komponen rumah dan perahu, senjata, peralatan

rumah dan perlatan muzik.

Rajah contoh tumbuhan dan haiwan yang dijadikan motif dalam seni ukir Melayu

Page 17: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Sumber : Norhaiza Nordin, Lakaran pada pameran ukiran Semangat Kaayu di Badan warisan Malaysia

(2000)

Kedatangan pedagang-pedagang Islam dan Eropah ke Semanjung Malaysia telah

menyemarakkan lagi penghayatan seni. Pada zaman tersebut motif alam semula jadi (arabesque)

dalam bentuk mujarat dan digayakan telah berkembang mencerminkan wujudnya pengaruh Islam di

rantau ini. Gaya reka arabesque adalah salah satu gaya Islam yang mengharamkan imaginasi makhluk

hidup seperti manusia dan binatang. Gaya reka ini juga bukan hanya satu bahagian seni yang berurusan

dengan hasil seni untuk maksud-maksud hiasan semata-mata, malahan ia lahir daripada motivasi

keseluruhan masyarakat Islam serta dibantu dan ditentukan oleh risalah tauhid.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan.

Sebagai kesimpulan dapat dikatakan bahawa masyarakat Melayu Islam dalam menghasilkan

sesuatu bahan seni sentiasa menimba ilham dan menggunakan bahan-bahan dari alam semesta ciptaan

Tuhan ini. Mereka juga patuh kepada larangan-larangan yang telah ditetapkan yang pastinya bertujuan

untuk meneguhkan keimanan mereka. Konsep ruang memang dijelmakan dalam ciptaan mereka.

Lantaran itu mereka Berjaya menghasilkan sebuah ciptaan yang indah seperti mana yang

dituntut oleh kesenian. Ia harmoni dengan perkiraa-n-perkiraan yang munasabah melalui motif-motif

dekorasi berbentuk geometrid an pengambilan secara terus motif-motif yang terdapat di alam

persekitaran termasuk cakerawala alam ciptaan Tuhan dan sebagainya. Kesemuanya diadunkan dan

berpadu dengan harmoninya dalam satu ruang besar yang setrusnya membentuk satu kesatuan. Ia juga

merupakan sebuah wadah dan ibadah untuk manusia sejagat.

5.0 Refleksi

Page 18: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Secara refleksinya, saya menyedari bahawa projek lampu jalan ini yang direka dan dibentuk

dengan penggunaan bahan kitar semula seperti buluh adalah satu tindakan pemulihan tenaga yang

perlu kita pelajari dan dijadikan panduan dalam penghasilan sesuatu projek.

Terima kasih. ( 2 982 patah perkataan).

RUJUKAN

http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/falsafah-konsep-dan-prinsip-seni-dan-budaya/

Diebert Knofed (1975). “ Corrosion Of Building Materials.” Translated from German by R.M.E

Diamant ( University of Salford), Van Nostrand Reinhold Company.

Denny A. Jones (1991). “Principles and Prevention of Corrosion.” Macmillan Publishing Company.

Elbraiki, E.M., (1984). “ Technical Assessment Of A Solar Cathodic Protechtion System For The

Sarrir Oil Field.” Arabian Gulf Oil Co.

Page 19: Tugasan Seni 22.2 4pm

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

John Morgan (1987). Cathodic Protection. 2nd Edition. National Association of Corrotion

Engineers.

Mishra, P.R., Joshi, J.C.,Roy B. (1999). “Design of Solar Photovoltaic-powered Mini Cathodic

Protection System”. Solar Energy Materials And Solar Cells, Vol.61, pp.383-391

Szokolay J.R., (1980) “ The Design Of Solar Panels.” Architectural Handbook, pp.215.

http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3100&Itemid=113