14
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF SOALAN TUGASAN 1. Huraikan kepentingan guru memberikan pertimbangan kepada ciri-ciri peralatan semasa mengajar manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Berikan satu contoh aktiviti yang bersesuaian bagi setiap ciri yang dinyatakan. Gunakan ilustrasi/rajah yang relevan untuk menyokong setiap jawapan anda. ( 10 markah ) PENGENALAN Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya. Pengajaran manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif dapat membentuk kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap dikalangan kanak-kanak. Pengajaran manipulasi alatan yang berkesan secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak meningkatkan kordinasi anggota badan seperti tangan dan mata, kaki dan mata dan lain- lain lagi. Oleh yang demikian, seorang guru perlu memilih peralatan yang bersesuaian untuk digunakan bagi menimbulkan kesan yang baik untuk murid-muridnya. Antara ciri peralatan yang perlu diberi perhatian adalah seperti saiz, bentuk, warna dan berat. Di bawah dinyatakan bagaimana sesuatu aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan ciri alatan bagi mempastikan aktiviti yang dirancangkan dapat menimbukan minat murid. Kepentingan Guru Memberikan Pertimbangan kepada Ciri-ciri Peralatan 1

TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

SOALAN TUGASAN

1. Huraikan kepentingan guru memberikan pertimbangan kepada ciri-ciri peralatan semasa

mengajar manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Berikan satu contoh

aktiviti yang bersesuaian bagi setiap ciri yang dinyatakan. Gunakan ilustrasi/rajah yang

relevan untuk menyokong setiap jawapan anda.

(10 markah)

PENGENALAN

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk

mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah

kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,mengawal dan mengendalikan objek-objek

yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek

seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pengajaran manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif dapat membentuk

kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap dikalangan kanak-kanak.

Pengajaran manipulasi alatan yang berkesan secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak

meningkatkan kordinasi anggota badan seperti tangan dan mata, kaki dan mata dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, seorang guru perlu memilih peralatan yang bersesuaian untuk digunakan

bagi menimbulkan kesan yang baik untuk murid-muridnya. Antara ciri peralatan yang perlu

diberi perhatian adalah seperti saiz, bentuk, warna dan berat. Di bawah dinyatakan bagaimana

sesuatu aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan ciri alatan bagi mempastikan aktiviti yang

dirancangkan dapat menimbukan minat murid.

Kepentingan Guru Memberikan Pertimbangan kepada Ciri-ciri Peralatan

Seiring dengan kemodenan dunia,  terdapat pelbagai peralatan yang digunakan dalam

mendedahkan murid kepada aktiviti manipulasi alatan boleh didapati  di pasaran. Kesemua

peralatan yang digunakan adalah semata-mata bagi memberikan pendedahan awal kepada murid

dalam alam sukan yang sebanar.Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang

dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.

Seseorang guru perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan alatan yang bersesuaian

1

Page 2: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran manipulasi alatan dapat memberi kesan terhadap

pertumbuhan dan perkembangan motor kanak-kanak. Antara jenis –jenis peralatan yang sesuai

digunakan bagi kanak-kanak di sekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing

mat dan junior voulting board. Seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkebolehan akan

mempastikan ciri alatan tersebut dapat memberikan impak yang mendalam kepada seseorang

kanak-kanak. Antara ciri alatan yang perlu dipertimbangkan adalah saiz, bentuk, warna dan berat

alatan.

Ciri alatan : Bentuk

Contoh aktiviti : Melereng gelung rotan

Ilustrasi :

Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran melereng gelung rotan contohnya

seorang guru perlu memberikan penekanan kepada bentuk peralaran yang akan digunakan iaitu

gelung rotan. Gelung rotan yang akan digunakan perlulah berbentuk bulat agar lerengan yang

dibuat oleh kanak-kanak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Gelung rotan yang benar-

benar berbentuk bulat akan memudahkan kawalan dibuat semasa melerang maksudnya lerengan

akan bergerak tegak kehadapan tanpa bengkang-bengkok. Permainan gelong ini dapat membantu

kanak-kanak menguatkan bahagian tangan,kaki dan pinggang. Selain itu juga permainan

melereng gelung rotan dapat membentuk kemahiran kordinasi mata dengan tangan dengan baik

dan member kesan yang baik dan mencergaskan otak kanak-kanak.

Ciri alatan : Berat

Contoh aktiviti : Melambung dan memukul bola bersama rakan

Ilustrasi :

2

Page 3: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Seorang guru Pendidikan Jasmani juga pelu memberikan keutamaan kepada ciri alatan

yang ke dua iaitu berat. Berat sesuatu alatan yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran

manipulasi alatan juga penting. Contohnya dalam aktiviti melambung dan memukul bola

bersama rakan bola, yang digunakan perlulah ringan. Bola yang ringan membolehkan pelajar

memukul bola dengan mudah dan tidak menyakitkan tangan kanak-kanak sama ada yang

memukul atau yang melambung. Dengan menggunakan bola yang ringan juga, lambungan bola

dapat dibuat dengan tepat kepada pemukul. Dalam permainan ini, secara tidak langsung dapat

meningkatkan dan membentuk kekuatan otot tangan , pinggang, peha, dan kaki. Kordinasi antara

mata, tangan dan objek juga dapat dipertingkatkan.

Ciri alatan : Warna

Contoh aktiviti :

Ilustrasi :

3

Page 4: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

2. Dengan sokongan grafik atau fotografi, tunjukkan 10 sekuen lakuan pergerakan kreatif dalam satu

persembahan Pendidikan Pergerakan. Nyatakan butiran perlakuan bagi setiap sekuen mengikut tema,

rangsangan dan nyatakan nilai yang hendak diterapkan bagi setiap sekuan lakuan tersebut.

(15 markah)

B. Pergerakan Kreatif Dalam Pendidikan Pergerakan

Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan

secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas , iaitu

tubuh badan , ruang , masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk

membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-

potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan , ritma dan kreativiti.

Penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan jasmani dan

program kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan

personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka. Di bawah

di utarakan 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dalam satu persembahan Pendidikan

Pergerakan.

Plan Lantai 10 Sekuan Lakuan Pergerakan Kreatif

Tajuk : 10 Budak Pengakap

Rangsangan : Cerita dalam iringan muzik

Mula Sekuen 1 Berjalan dengan Gaya Meredah Semak

Sekuen 2 Merangkak Kucing

( dua orang murid membuat pegaangan tangan dengan

mencangkung dan seorang murid merangkak dibawahnya )

Sekuen 3 Berlari Dikejar Hantu ( gaya 100 m )

Sekuen 4 Duduk Melutut ( membongkok )

Sekuen 5 Lompat Kanggaru

( melompat palang yang diletakkan pada skitle )

Sekuen 6 Jalan seperti Kereta Api ( memigang pinggang rakan )

Sekuen 7 Melompat Capai Bintang ( melompat dengan bertepuk tangan )

4

Page 5: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Sekuen 8 Berjalan Meniti Titi

( berjalan di atas bangku gimnastik )

Sekuen 9 Daki Bukit

( murid naik dan turun kerusi yang disusun mengikut ketinggian )

Tamat Sekuen 10 Baringan Bebas

Cerita 10 Budak Pengakap

Suatu hari 10 budah pengakap berjalan menuju ke tapak perkhemahan di dalam sebuah hutan(1).

Sampai di pinggir hutan, terdapat pohon-pohon yang rendang yang menghalang laluan , 10

orang pengakap merangkak melalui bawah pohon tersebut( 2 ). Tiba-tiba seekor monyet turun

dari sepohon pokok lalu mengejar mereka( 3 ). 10 budak pengakap lari lintang pukang. Bila tiba

di sebatang pokok tumbanng mereka ternampak seekor ulat gonggok sedang menyusur lambat.

Mereka memerhati ulat gonggok itu( 4 ). Di hadapan pokok tumbang itu pula terdapat beberapa

batang parit kecil menghalang perjalanan mereka. 10 Budak pengakap terpaksa melompat parit

itu dengan berhati-hati ( 5 ). 10 budak pengakap berjalan seperti keretapi apabila memasuki

sebuah gua yang gelap kerana ketakutan( 6 ). Setelah keluar dari gua, 10 budak pengkap

melompat kegembiraan ( 7 ). Kegembiraan 10 budak pengakap tidak lama kerana dihadapan gua

itu terdapat sebatang sungai yang dalam. Walau bagaimanapun terdapat sebuah jambatan usang

untuk mereka keseberang. 10 budak pengakap meniti jambatan dengan berhati-hati ( 8 ).Setelah

selamat menyeberangi sungai 10 budak pengakap terpaksa pula mendiki sebuah bukit yang

sangat tinggi. Mereka sama-sama mendaki bukit tersebut dengan bersungguh-sungguh ( 9 ). Di

bawah bikit itulah letak tapak perkhemahan mereka. Sesampinya di tapak perkhemahan masing-

masing kepenatan lalu berbaring menghilangkan kepenatan ( 10 ).

10 Sekuen Lakuan Pergerakan Kreatif

5

Page 6: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Jalan Senang Hati ( Berjalan dengan gaya meredah semak )

Tangan dilenggangkan tinggi hingga ke paras bahu

Semasa berjalan lutut diangkat hingga ke paras pinggang

Badan dalam keadaan tegak

Cerita

Suatu hari 10 budah pengakap

berjalan menuju ke tapak

perkhemahan di dalam sebuah

hutan.

Tema :

Keseluruhan Tubuh Badan

Nilai :

Keyakinan diri dalam

melakukan pergerakan

Aspek Keselamatan:

Memastikan murid melakukan

aktiviti dengan kemampuan

sendiri.

Usaha:

Pegerakan dengan kadar yang cepat

Pergerakan menggunakan daya ringgan

Pergerakan menggunakan aliran terikat

Bergerak secara sentuhan berselang

Ruang :

Menggunakan ruang am

Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana

Bergerak dalam laluan lurus secara berbris.

Perkaitan :

Pergerakan secara bersendiri

Tiada alatan yang digunakan

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Jalan Kucing ( merangkak )

Bergerak menggunakan tanggan dan lutut

Tangan dalam keadaan membengkok sedikir manakala kaki

dalam keadaan bentuk “sesiku L”

Sampai di pinggir hutan,

terdapat pohon-pohon yang

rendang yang menghalang

laluan , 10 orang pengakap

Usaha :

Gerakan badan semasa bergerak menggunakan daya yang berat

Pergerakan lambat

Pergerakan akan menggunakan aliran yang terikat

6

Page 7: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

merangkak melalui bawah

pohon tersebut.

Tema : Kesedaran Rintangan

dan Beban dan Masa

Nilai : Berkerjasama

Bergerak secara sentuhan berselang

Ruang :

Menggunakan ruang diri

Bergerak menggunakan pelbagai laluan

Menggunakan ruang diri (dua orang berpigang tangan ) ruang

am ( merangkak )

Perkaitan :

Bergerak melibatkan perkaitan dengn rakan

Tidak menggunakan sebarang alatan

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Lari Dikejar Hantu ( Lari Laju )

Larian dengan gaya seperti larian pecut

Lari pentas dan beransur-ansur perlahan

Tangan kanan dihayun hingga paras bahu manakala tangan

kiri dihayun hingga melepasi punggung.

Semasa melangkah lutut diangkat ke paras pinggang

Badan bergerak arah hadapan

Tiba-tiba seekor monyet turun

dari sepohon pokok lalu

mengejar mereka. 10 budak

pengakap lari lintang pukang.

Tema : Kesedaran Ruang

Nilai : Keseronokan dan

kepuasan

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang laju tinggi

Pergerakan ringan dan cepat

Pergerakan menggunakan aliran bebas

Ruang :

Menggunakan ruang am

Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi

Bergerak dengan aliran terikat

Perkaitan :

Pergerakan secara individu tidak melibatkan rakan

Tidak menggunakan sebarang alatan

7

Page 8: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Bukan lokomotor

Tubuh :

Duduk Melutut ( membongkok )

Badan dibongkokkan kehadapan dengan dirian

menggunkan tangan dan lutut

Tangan lurus mencecah lantai, lutul dalam bentuk “siku

L”

Bila tiba di sebatang pokok

tumbang mereka ternampak

seekor ulat gonggok sedang

menyusur lambat. Mereka

memerhati ulat gonggok itu.

Tema : Penggunaan Tubuh

Badan sebagai Alat

Nilai : Semangat cintakan

keindahan alam sekitar

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang ringan

Menggunakan kekuatan otot yang ringan

Pergerakan menggunakan aliran yang terikat

Ruang :

Menggunakan ruang diri.

Bergerak ke hadapan dengan aras yang rendah

Pergerakan melibatkan imbangan dan kelenturan.

Perkaitan :

Pergerakan tidak melibatkan dengan oran lain dan alat.

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Lompat Kanggaru ( melompat dengan membongkokkan

badan )

Lompat di atas hujung kaki, mendarat dengan

membengkokkan lutut, badan tegak dan gerak tangan ke atas

dan ke bawah.

Di hadapan pokok tumbang itu

pula terdapat beberapa batang

parit kecil menghalang

perjalanan mereka. 10 Budak

pengakap terpaksa melompat

parit itu.

Tema : Kesedaran Rintangan

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang berat.

Pergerakan lambat

Pergerakan menggunakan aliran yang bebas.

Ruang :

Menggunakan ruang diri

Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana

Bergerak dalam lslusn lurus.

8

Page 9: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

kepada Beban dan Masa

Nilai : Keberanian

Perkaitan :

Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan

Menggunakan perkaitan dengan alatan ( skital dan rotan

panjang )

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Jalan Seperti Kereta Api

Dalam keadaan berbaris

Kedua-dua tangan akan memiggang pinggang rakan

dihadapan

Orang di hadapan bertindak sebagai kepala kereta api

10 budak pengakap berjalan

seperti keretapi apabila

memasuki sebuah gua yang

gelap kerana ketakutan.

Tema : Penyesuaian terhadap

Rakan

Nilai : Berkerjasama

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang berat

Pergerakan lambat

Pergerakan menggunakan aliran yang terikat

Ruang :

Menggunakan ruang am

Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi

Bergerak dalam laluan yang bengkang-bengkok.

Perkaitan :

Pergerakan yang melibatkan perkaitan dengan rakan.

Perkaitan dengan alatan ( skittle )

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Lompat Capai Bintang ( melompat dan bertepuk tangan )

Melompat dengan hujung jari kaki.

Kedua-dua kaki dirapatkan.

Tanggan diangkat tinggi dan bertepuk kedua belah tanggan.

Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan.

Setelah keluar dari gua, 10

budak pengkap melompat

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang sederhana

9

Page 10: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

kegembiraan.

Tema :

Kesedaran Ruang

Nilai :

Kebebasan mencurahkan

perasaan, idea dan emosi

Pergerakan cepat

Pergerakan menggunakan aliran bebas

Ruang :

Menggunakan ruang diri

Pergerakan kehadapan dengan aras yang rendah dan tinggi

Bergerak dalam arah ke atas.

Perkaitan :

Pergerakan tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan alatan

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Berjalan Meniti Titi ( Berjalan dengan imbangan badan )

Berjalan dengan langkah perlaha.

Kedua-dua belah tangan didepakan

Kegembiraan 10 budak

pengakap tidak lama kerana

dihadapan gua itu terdapat

sebatang sungai yang dalam.

Walau bagaimanapun terdapat

sebuah jambatan usang untuk

mereka keseberang. 10 budak

pengakap meniti jambatan

dengan berhati-hati.

Tema : Kesedaran Tubuh

Badan

Nilai : Keberanian

Usaha :

Bergerak dengan daya yang ringgan

Pergerakan lambat

Pergerakan menggunakan aliran yang terikat

Ruang :

Menggunakan ruang diri

Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi

Bergerak dengan laluan lurus

Perkaitan :

Pergerakan yang tiada perkaitan dengan rakan.

Menggunakan alatan ( kerusi gimnastik )

10

Page 11: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Pergerakan Lokomotor

Tubuh :

Daki bukit. ( naik dan turun dari kerusi )

Dimulakan dengan kaki kanan naik di atas kerusi yang disusun

menaik dan diikuti kaki kiri berganti-ganti.

Badan dibongkokkan ke arah hadapan

Tangan memegang kerusi

Setelah selamat menyeberangi

sungai 10 budak pengakap

terpaksa pula mendiki sebuah

bukit yang sangat tinggi.

Mereka sama-sama mendaki

bukit tersebut dengan

bersungguh-sungguh.

Tema : Kesedaran Rintangan

kepada Beban dan Masa

Nilai : Berdikari

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang berat

Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat

Pergerakan lambat

Pergerakan menggunakan aliran bebas

Ruang :

Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan )

Pergerakan secara statik ( berbaring dan mengkangkan kaki dan

merapatkan kaki )

Pergerakan statik aras rendah

Perkaitan :

Perkaitan dengan alatan ( kerusi )

Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan

Pergerakan Bukan Lokomotor

Tubuh :

Baring Bebas ( Terlentang menghadap langit )

Berbaring di atas lantai.

Kaki di kangkangkan dalam keadaan luas dan dirapatkan

Tangan diluruskan dan muka menghadap langit

Di bawah bikit itulah letak

tapak perkhemahan mereka.

Sesampinya di tapak

perkhemahan masing-masing

Usaha :

Pergerakan menggunakan daya yang ringan

Pergerakan menggunakan otot yang ringan bergerak bebas dan

setempat.

11

Page 12: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

kepenatan lalu berbaring

menghilangkan kepenatan

Tema : Penggunaan Tubuh

badan sebagai Alat

Nilai : Bersyukur

Pergerakan menggunakan aliran yang terikat

Ruang :

Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan semasa baring )

Bergerak secara statik arah ke bawah

Aras pergerakan rendah

Perkaitan :

Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan

alatan

Kesimpulan

Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti

pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya

penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan lokomotor

dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan

yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas

diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan

diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks.

12

Page 13: TUGASAN PERGERAKAN KREATIF update

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 

Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan  Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu  Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian Pendidikan  Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .

Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala  Lumpur : Open University (OUM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan  Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

13