Upload
hapiza
View
39
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
TUGASAN OLL 1
NAMA : HAPIZA BINTI MOHD KHALID
NO MATRIK : 2012121360166
NO I/C : 790815 - 01 - 5254
KELAS ; PPG SEM 8 MATEMATIK 2
Anda dikehendaki menyiapkan penulisan (dalam 1-2 mukasurat) tentang
aplikasi matematik dalam kehidupan harian dengan menghuraikan dengan
terperinci satu contoh bagi matematik sebagai kebudayaan berterusan..
HEAD INJURY CRITERION (HIC)
Apa itu Head Injury Criterion?
Head Injury Criterion (HIC) dibangunkan menggunakan konsep pengamiran untuk
mengukur secara kuantitatif, risiko kecederaan kepala dalam rempuhan.Sebelum model
HIC dibangunkan, Severity Index (SI) digunakan terlebih dahulu:
Di mana, T = tempoh nyahpecutan semasa kemalangan
a(t) = nyahpecutan semasa t.
Namun begitu, model ini tidak dapat mengukur secara tepat maka terbinalah model
HIC yang berasaskan kepada nilai purata pecuatan per dengan bahagian paling kritikal
semasa nyahpecutan. Model ini sentiasa ditambahbaik berasaskan kepada data yang
diperoleh melalui eksperimen dan hasilnya adalah seperti berikut:
Dengan menggunakan
formula di atas, 2 eksperimen dijalankan kepada kereta yang tidak dilengkapi dengan
sistem beg udara dan kereta yang dilengkapi dengan sistem beg udara. Bagi setiap
eksperimen, nyahpecutan (d) yang digunakan ialah 20, 35, 50 dan 60.
Rajah 1 :
Graf HIC
melawan masa untuk kereta tanpa beg udara.
Berpandukan rajah 1, d=50 memberikan nilai HIC tertinggi iaitu mencapai 725 diikuti
dengan d=35, d=65 dan d=20.
Rajah 2 : Graf HIC melawan masa untuk kereta dengan beg udara.
Berbeza dengan kereta tanpa beg udara, lengkungan graf dalam rajah 2 adalah lebih
landai. Nilai HIC adalah yang paling tinggi ketika d=50 tetapi baru mencapai 325. Tujuan
syarikat pengeluar kereta membuat eksperimen seperti ini adalah untuk mengurangkan
kesan nyahpecutan secara mengejut. Jika lengkungan adalah rendah dan landai,
kecedaraan pada kepala dapat dikurangkan.
Bila dan Kenapa Model Ini Dibangunkan?
Model ini dibina sekitar 1960-an untuk mengatasi masalah kereta sebagai mesin
pembunuh yang sangat efisyen sekitar 1950-an kerana pada ketika itu, kereta belum lagi
dilengkapi dengan sistem beg udara, tali pinggang keselamatan, anti-lock breaking,
crumple zones atau plastic knobs. Model ini membantu pengeluar kereta membina kereta
yang mungkin tidak dapat menyelamatkan semua nyawa tetapi lebih selamat kepada
pengguna.
Apabila berlaku sesuatu keadaan yang mengejut, pemandu akan memberhentikan
secara mengejut dalam kadar yang segera. Berbeza dengan keadaan yang biasa,
pemandu akan memberhentikan secara perlahan dengan mengambil jarak yang lebih jauh
daripada tempat yang ingin pemandu berhentikan kenderaannya.
Mercedes Benz merupakan pengeluar kereta yang paling maju dalam
mengeluarkan kereta yang selamat untuk pengguna. Beberapa ujian rempuhan sebenar
telah dijalankan oleh syarikat Mercedes Benz ke atas kereta sebenar dan patung. Salah
satu ujian yang dibuat adalah perbandingan antara kereta tanpa sistem keselamatan beg
udara dengan kereta yang dilengkapi sistem keselamatan beg udara. Keputusan ujian ini
kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk graf dan mendapati kereta yang dilengkapi
dengan beg udara lebih berupaya untuk mengurangkan kecedaraan dalam kemalangan.
Gambaran juga dibuat melalui ilustrasi bergambar keadaan pemandu semasa
kemalangan di tempat duduk pemandu seperti dalam rajah di bawah:
Rajah 3 : Ilustrasi di dalam kereta apabila berlaku hentakan
Berdasarkan rajah di atas, rajah 3(a) menunjukkan bahawa apabila berlakunya
kemalangan, hentakan terus kepada stereng dengan kadar masa yang sangat pantas
akan berlaku tanpa sebarang sekatan. Hentakan terus ini akan menyebabkan kecederaan
teruk pada anggota badan. Berbeza dengan rajah 3(b), hentakan pada stereng dihalang
dengan adanya sistem beg udara. Kadar masa hentakan juga dikurangkan dengan adanya
tali pinggang keledar.
Crumple zone atau dalam Bahasa Melayunya, zon mudah remuk dicipta untuk
bahagian depan kereta mudah remuk apabila berlaku kemalangan supaya ia dapat
menyerap hentakan yang berlaku seterusnya melambatkan proses nyahpecutan seperti
yang berlaku kepada kereta Mercedes yang dinaiki oleh Puteri Diana dalam satu
kemalangan pada tahun 1997. Walaupun ia telah mengorbankan kesemua penumpang di
dalamnya termasuk Puteri Diana, keadaan bahagian tengah kereta tidak mengalami
keremukan yang teruk.
Rajah 4 : Keadaan kereta Mercedes yang dinaiki oleh Puteri Diana
Bagaimana Idea Itu Dapat Diaplikasikan Dalam Kehidupan Seharian
Dalam industri automobil, nilai HIC digunakan sebagai penanda aras keselematan
automobil Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Amerika Syarikat (NHTSA) untuk
menentukan taraf keselamatan sesebuah kereta sebagai panduan pengguna sebelum
membeli kereta(Nice, 2011). Jadual 1 menunjukkan skala penarafan yang diberikan
kepada sesebuah kereta mengikut keputusan HIC:
Jadual 1 : Penarafan Ujian Impak Rempuhan Hadapan
Penarafan Ujian Impak Rempuhan Hadapan
Skala Keputusan
5 Kemungkinan kecederaan serius 10% dan ke bawah
4 Kemungkinan kecederaan serius 11% - 20%
3 Kemungkinan kecederaan serius 21% - 35%
2 Kemungkinan kecederaan serius 36% - 45%
1 Kemungkinan kecederaan serius 46% dan ke atas.
Sememangnya kita sebagai pengguna biasa tidak akan menggunakan model HIC
ini untuk mengukur sejauhmana kereta yang kita guna dapat menyelamatkan kita daripada
kecedaraan yang serius apabila berlaku sesuatu kemalangan. Namun begitu, kita boleh
memastikan kereta yang dibeli atau akan dibeli, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan
seperti tali pinggang keledar, sistem beg udara dan lain-lain lagi seperti mana telah diuji
oleh syarikat pengeluar kereta Mercedes Benz akan mengurangkan kesan daripada
nyahpecutan yang mengejut.
Tali pinggang keledar pula bukan hanya perlu ada di dalam sesebuah kereta,
sebaliknya, pengguna yang bijak sama ada pemandu atau penumpang perlulah memakai
tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar akan melambatkan masa kepala kita terhantuk
pada bahagian depan kereta. Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS) pada tahun 2008 membuktikan bahawa penggunaan tali pinggang
keledar belakang mampu mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian sehingga
50 peratus.
Kita juga tidak digalakkan memegang kanak-kanak terutamanya semasa rempuhan
berlaku kerana perlu memberi ruang kepada beg udara untuk berfungsi dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Ia juga adalah untuk mengelakan kecederaan serius berlaku
kepada kedua-dua penumpang; kanak-kanak dan juga penumpang yang memegang
kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya, idea dalam kalkulus telah membantu syarikat pengeluar kereta untuk
membuat penilaian secara kuantitatif terhadap tahap keselamatan kereta yang
dikeluarkan. Syarikat pengeluar kereta telah melakukan yang terbaik untuk memastikan
kereta yang dikeluarkan adalah selamat untuk para pengguna dari masa ke semasa.
Namun begitu, kesedaran perlu timbul dalam diri pengguna terlebih dahulu agar memandu
secara berhemah dan mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan agar
kemalangan boleh dielakkan.