39
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL KOD KURSUS TL30003 SEJARAH BAHASA, KESUSTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN INDIVIDU / KUMPULAN PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA. DR. LOK KOK ON TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013 NAMA AHLI KUMPULAN : BI L NAMA NO. MATRIK NO. TEL EMAIL 1 DORICE ERAU CT10210174 014- 8730044 [email protected] 2 ALEXCANDER TOISIN CT10210049 012- 8805781 [email protected] .my 3 HILDY JOSEPH CT10210254 019- 8237243 [email protected] 4 JOSSOHO @ HILLARY ANDAU CT10210327 019- 5309561 [email protected] 5 JUQUES MAHAT CT10210350 019- [email protected] 0 BANDINGKAN BAHASA LISAN DALAM CERITA RAKYAT DAN BAHASA MELAYU

Tugasan Kumpulan TL30003 Sejarah Bahasa, Kesusteraan Dan Kebudayaan Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

KOD KURSUSTL30003SEJARAH BAHASA, KESUSTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYUTUGASAN INDIVIDU / KUMPULAN

BANDINGKAN BAHASA LISAN DALAM CERITA RAKYAT DAN BAHASA MELAYU BAKU.

PROGRAM:PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA PENSYARAH:PROF.MADYA. DR. LOK KOK ONTARIKH SERAHAN:30 NOVEMBER 2013

NAMA AHLI KUMPULAN:BILNAMANO. MATRIKNO. TELEMAIL

1DORICE [email protected]

2ALEXCANDER [email protected]

3HILDY [email protected]

4JOSSOHO @ HILLARY [email protected]

5JUQUES [email protected]

ISI KANDUNGAN

BilPerkara Muka Surat1.Pengenalan 22.Kaum Kadazandusun33.Warisan Budaya Kaum Kadazandusun44.Kerja Lapangan55.Transkripsi6 Maklumat Informan Teks Verbatim Teks Suntingan6.Perbincangan97.Rumusan108.Rujukan119.Lampiran12

PENGENALANSebagai tugasan, kami telah diminta untuk menjalankan suatu kajian di mana mencari cerita yang berkisarkan tentang cerita rakyat, legenda dan mitos daripada pelbagai suku kaum atau etnik yang terdapat di Sabah. Seperti yang kita sedia maklum, cerita-cerita seperti ini biasanya diceritakan oleh orang-orang pada zaman dahulu secara lisan dan diceritakan secara turun-temurun kepada generasi yang seterusnya. Cerita ini disampaikan dengan cara atau mengikut keadaannya tersendiri, di mana ia dilakukan semasa berehat selepas menuai padi atau pun diceritakan kepada anak-anak sebelum mereka tidur pada waktu malam.Cerita-cerita seperti ini masih lagi popular sehingga kini, terutama sekali masyarakat yang tinggal di kawasan kampung atau pun pedalaman. Cerita ini juga diceritakan oleh golongan-golongan orang tua atau pun yang sudah berumur kerana merekalah yang telah mewarisi cerita ini daripada orang-orang tua sebelum ini. Bisanya cerita ini juga disampaikan dengan cara percakapan biasa dan ada juga yang menceritakanya dengan cara bernyanyi atau pun berirama atau 'tudodoi' dalam bahasa Kadazandusun.Dalam tugasan ini kami melakukan kerja lapangan di mana mencari serta berjumpa dengan orang-orang tua yang mempunyai cerita-cerita seperti ini yang boleh dikongsikan bersama. Ini dilaksanakan bagi mencapai objektif kajian atau tugasan kami yang mana mencari cerita daripada suku kaum atau pun etnik yang dipilih dan seterusnya menyediakan laporan hasil dapatan daripada kajian tersebut. Selain daripada menyediakan laporan kajian, kami juga melakukan perbincangan dalam kumpulan untuk membuat perbandingan bahasa yang digunakan oleh pencerita dengan bahasa Melayu baku yang digunakan sekarang. Ini adalah salah satu fokus utama dan juga merupakan objektif kajian yang kami laksanakan bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan. Dalam tugasan ini, kami memilih untuk membuat kajian daripada cerita-cerita rakyat, mitos atau legenda daripada suku kaum Kadazandusun.

SUKU KAUM KADAZANDUSUNMenurut Kadazan-Dusun Wikipedia (https//:mswikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun) Kaum Kadazandusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bangkahak, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya.Pada mulanya Tun Fuad Stephens, iaitu Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazandusun, mencadangkan isstilah Kadazan digunakan bagi menyatukan suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan autonomi yang lebih besar, oleh yang demikian maka istilah Kadazandusun dipilih sebagai tolak ansur.Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun, yang mana merupakan satu pertiga daripada penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit Ranau, Tambunan dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakannya bertempat di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pedalaman.Suku kaum Kadazandusun yang berasal daripada kawasan-kawasan tertentu seperti Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazandusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganuti agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakkannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.Istilah Kadazandusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat daripada pertelingkahan politik. Dari segi bahasa, perbezaan anatara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUNMenurut Warisan Budaya Kaum Kadazandusun (www.Sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm), kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi, contohnya dari segi asal-usul, legenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.Dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kauminibermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikutstatistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeriSabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.Pakaian tradisi inipulaberbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku kaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi olehadatresam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

KERJA LAPANGANDalam menjalankan tugasan kumpulan ini, kami terpaksa menjalankan secara individu disebabkan tempat tinggal dan tempat bekerja kami terletak berjauhan di antara satu dengan yang lain. Oleh itu, kami memutuskan supaya menjalankan kajian di kampung masing-masing. Kami menjalankan kajian ini mengikut masa masing-masing dan biasanya kami menjalankannya pada waktu hujung minggu di mana pada waktu itu adalah hari kami tidak bekerja.Kaedah yang digunakan adalah dengan cara menemubual dengan informan dan kami telah membuat rakaman audio semasa sesi temubual tersebut. Setiap individu dalam kumpulan telah mengenal pasti informan masing-masing, ini adalah kerana mereka adalah orang kampung sendiri dan ada di antaranya adalah saudara mereka sendiri.Sesi temubual yang dilakukan adalah di antara 1 hingga 2 jam dan ia dilakukan di rumah informan itu sendiri. Setiap informan yang ditemubual telah diberitahu mengenai tujuan kajian ini dan mereka amat berbesar hati untuk berkongsi cerita yang pernah mereka dengar kepada kami.Selepas temubual dilakukan, kami telah mengambil gambar informan mengucapkan terima kasih kepada informan kerana sudi ditemubual. Setelah pulang ke rumah, kami menyediakan transkripsi daripada hasil rakaman temubual yang telah dilaksanakan.

GAMBAR INFORMANTRANSKRIPSIPengumpul: Hildy JosephInforman: Lomini Bt. DumparingUmur: 71 tahunKeturunan: DusunPekerjaan: PetaniTarikh: 29. 09. 2013

Teks Verbatim :Tajuk : Lagenda Huminodun.Yang dulu... lagi ada tu perempuan dusun bah nama dia si Huminodun. Bapa dia si Kinoingan, mama dia si Suminundu. Si Huminodun ni, paling lawa kalau urang dusun masa tu. Banyak urang yang suka sama dia, abis dia bagus, pandai lagi.Diurang tinggal di kampung yang subur dia punya tanah. Semua tanaman macam tu padi sama tu jagung banyak kena tanam masa tu. Makanan pun selalu cukup tiap-tiap tahun. Em...kalau dulu tidak panat mau karaja, abis semua orang bikin karaja sama-sama, 'mogitatabag'. Tampat makanan pun kana kasi simpan dalam satu tampat saja. Urang-urang dulu tiada yang suka begaduh, semua hidup bagus-bagus, tiada bahaya yang mau takut.Satu ari, ini cuaca jadi panas. Lama suda hujan tidak turun. Semua tanaman mati, pokok-pokok kayu pun mati, air sungai pun kecil suda mau karing. Makanan macam tu padi sama tu jagung yang kana simpan pun, makin... lama makin abis. Sakali abis suda nga, urang pun tidak tau lagi apa yang mau di makan.Si Kinoingan, terus susa hati sabab tiada lagi apa-apa yang mau di makan. Berabis di mau pikir macam mana mau cari makanan untuk urang kampung, abis dia bah ketua urang dusun masa tu.Satu malam anak si Kinoingan, si Huminodun, temimpi masa dia tidur. Dia tejumpa sama tu roh nenek muyang dari Nulu Kinabalu. Itu roh kasi tau dia, "kalau kau mau kasi salamat urang kampung, kau mesti kasi kurban kau punya nyawa sama tanah". Sekali bisuk pagi, si Huminodun kasi serita la sama bapa dia apa yang dia mimpi samalam. Jadi lapas bapa dia dingar serita si Huminodun, batambah lah susa hati bapa dia. Dia tau yang mimpi si Huminodun tu betul-betul, tapi dia rasa kebaratan mau kasi jadi si Huminodun sebagai kurban. Dia tau juga yang si Huminodun kasi buat betul-betul apa yang disuruh dalam mimpi dia.Lapas itu, si Kinoingan pun pigi kasi bersih tanah untuk tanam-tanaman. Basar betul tanah dia kasi bersih, sampai tu bukit-bukit pun dia kasi bersih. Sekejap saja dia siap kasi bersih, abis dia guna kuasa dia yang kuat untuk kasi bersih semua tanah di sana. Bila sampai masa suda mau kasi kurban si Huminodun, banyak urang menangis, mama dia pun menangis lagi dan mau si Huminodun jangan pigi kurban diri dia. Semua urang-urang muda yang suka si Huminodun pun mau si Huminodun fikir betul-betul dulu. Tapi si Huminodun tatap juga mau kasi kurban diri dia. Bila berada di tanga-tanga tampat yang suda dikasi bersih itu, si...Huminodun pun kasi tau bapa dia. "Apa, kau nampak nanti ni badan saya kasi hidup semua tumbuhan yang banyak untuk semua, daging saya jadi beras, kepala saya jadi kelapa, tulang saya jadi ubi kayu, jari kaki saya jadi halia, gigi saya jadi jagung, lutut saya jadi keladi sama badan saya yang lain jadi tumbuhan yang boleh dimakan urang semua, supaya tiada lagi yang kalaparan di tanah kita sendiri. Ingat, kalau mau hasil tanaman yang bagus, jangan pigi di tempat badan saya kena ampai, selama 7 hari 7 malam. Jangan dulu tuai padi sebulum kamu ambil tujuh batang padi baru, yang mau dikasi ikat di hujung batang bambu yang panjang. Kasi letak itu tiang bambu di tanga-tanga sawah padi, barulah kamu boleh menuai. Bila pulang dari menuai, kasi masuk itu tiang bambu dalam tangkob sama-sama itu nasi. Hasil padi yang mula-mula kamu kasi masuk dalam kakanan, jangan dulu kamu kasi bahagi-bahagi itu hasil padi yang mula-mula, nanti dia punya lebih jadi buruk. Hasil padi yang lapas itu barulah kamu boleh kasi bahagi-bahagi". Itu lah sampai sakarang urang Kadazandusun tidak kasi bahagi-bahagi hasil padi yang mula-mula.Bila abis suda si Kinoingan dangar cakap anak dia, dia pun kasi kurban anak dia si Huminodun. Tiba-tiba langit jadi hitam, telampau kuat kilat di langit pun berbunyi dan hujan turun dengan lebat. Semua urang yang ada di sana merasa udara yang segar dan semua yang Huminodun cakap betul-betul jadi. Banyak tumbuhan hidup semula.Masa tahun itu, tanaman padi sangat banyak daripada yang dulu. Jadi diurang tanam sama menuai ikut macam mana yang si Huminodun suruh. Tujuh tangkai padi yang kana ikat di bambu sebagai tanda hormat sama tu semangat padi, itu Bambarayon.Sampai sakarang, urang Kadazandusun meminta barakat sama tu Bambarayon, jadi urang yang boleh berhubung dengan semangat padi itu, Bobolian. Cerita ini suda lama dikasi cerita oleh urang-urang Kadazandusun daru dulu...lagi sampai sekarang. Cerita seorang perempuan cantik yang baik, pandai, lapas tu dipanggil 'Unduk Ngadau'.Pesta Kaamatan yang kena bikin tiap tahun, tanda mau besyukur sama semangat padi, sama mau ingat balik tu pengorbanan si Huminodun. Itulah sebab kenapa ada pertandingan ratu cantik masa Kaamatan di semua tampat di Sabah. Penghabisan pertandingan ini dibuat di KDCA Penampang, siapa yang menang digelar 'Unduk Ngadau'. Gelaran ini satu kali saja seumur hidup, sebab yang pernah manang, tidak boleh ikut lagi betanding lain kali.Kalau mau ikut cerita ini, kita tidak boleh penting diri sendiri biar pun kita ada banyak yang baik-baik sama bagus dari urang lain. Ada masa, kita mesti juga mau susah bila mau tulung urang lain. Apa yang penting, jangan lupa dari mana, sama macam mana bangsa kita hidup susah dulu, sebab duranglah kita dapat hidup sanang sakarang.

Teks Suntingan :Tajuk : Legenda Huminodun

Pada masa dahulu, ada seorang wanita yang berbangsa Dusun bernama Huminodun. Beliau adalah satu-satunya anak kepada Kinoingan iaitu pemimpin kaum etnik Dusun ketika itu dan isterinya yang bernama Suminundu. Ramai orang yang mendapat peluang bertemu dengan Huminodun akan pasti terpesona dengan kecantikannya. Ini adalah disebabkan beliau merupakan wanita yang paling cantik dalam semua wanita Dusun yang ada pada masa itu. Huminodun bukan sahaja seorang gadis yang jelita, malah dia juga seorang yang baik hati dan sangat bijaksana.Mereka tinggal di sebuah kampung yang sangat subur tanahnya. Tanaman padi dan jagung yang diusahakan oleh orang kampung sentiasa memberikan hasil yang sangat banyak dan sumber makanan yang amat mencukupi kepada mereka setiap tahun. Ini adalah kerana, pada masa itu semua penduduk kampung mengerjakan pertanian bersama-sama (mogitatabang) dan akan memungut hasil tanaman untuk disimpan di satu tempat yang telah dikhaskan. Semua penduduk kampung hidup dengan aman dan sangat bahagia bersama-sama dengan keluarga masing-masing tanpa sebarang ancaman yang bahaya.Pada suatu hari, tiba-tiba cuaca suasana kampung telah berubah. Mereka telah mengalami satu musim kemarau yang amat panjang seperti tidak ada penghujungnya. Semua kawasan tanah dan juga sungai semakin hari menjadi kering. Pokok-pokok dan tumbuhan hijau yang banyak telah layu dan mati. Kinoingan yang juga ketua kaum etnik Dusun, sangat risau dengan apa yang mereka hadapi. Hampir semua bekalan makanan yang mereka simpan seperti beras dan jagung semakin hari menjadi sedikit. Setelah sampai kepada keadaan yang amat susah, semua makanan yang disimpan telah habis dan ketika itu semua orang kampung tidak tahu lagi apa yang harus dimakan.Suatu malam, Huminodun telah bermimpi di mana dalam mimpinya dia telah berjumpa dengan nenek tua yang dipercayainya adalah roh nenek moyang yang datang dari Gunung Kinabalu (Nulu Kinabalu). Roh itu telah memberitahu Huminodun bahawa, satu-satunya cara untuk menyelamatkan semua orang daripada mati kebuluran disebabkan kemarau yang panjang adalah dengan cara menjadikan dirinya sebagai korban kepada tanah. Pada keesokan harinya Huminodun menceritakan mimpinya kapada bapanya. Setelah Kinoingan mendengar cerita anaknya itu beliau amat sedih, namun beliau tahu bahawa apa yang dikatakan oleh anaknya itu adalah benar dan dia juga tahu apabila Huminodun membuat keputusan beliau, tidak ada cara lain yang boleh mengubah fikirannya.Selepas itu dengan hati yang sangat berat, Kinoingan pergi ke tanah yang hendak dibersihkan untuk tujuan penanaman. Melalui kuasa yang luar biasa, beliau telah membersihkan kawasan tanah yang sangat luas termasuk semua bukit yang ada di sekelilingnya. Apabila tiba masanya untuk upacara korban dilakukan, Huminodun telah dibawa ke tempat yang telah dibersihkan itu. Pada masa itu juga ibu Huminodun iaitu Suminundu menangis sambil merayu kepada anaknya supaya jangan pergi. Ramai pemuda kampung yang jatuh cinta kepada Huminodun turut bersedih dan merayu agar Huminodun menimbang semula keputusannya. Walau bagaimana pun Huminodun tetap teguh dengan keputusannya dan tidak sama sekali untuk mengubah fikirannya.Setelah berada di tengah-tengah kawasan penanaman yang dibersihkan itu, Huminodun berkata kepada bapanya, "bapa, anda akan melihat badan saya akan memberikan kehidupan kepada tumbuh-tumbuhan yang banyak untuk semua, daging saya akan menghasilkan beras, kepala saya menjadi kelapa, tulang saya menjadi ubi kayu, jari kaki saya menjadi halia, gigi saya menjadi jagung, lutut saya menjadi keladi dan bahagian lain badan saya akan menjadi tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan supaya semua orang kita tidak akan merasa lapar serta kebuluran di tanah kita sendiri. Walau bagaimanapun bapa, untuk memastikan hasil tuaian yang baik, jangan datang ke tempat di mana bahagian badan saya ditaburkan selama 7 hari dan tujuh malam. Jangan mula menuai tanpa terlebih dahulu mengambil tujuh batang padi baru dan mengikatnya ke hujung batang buluh yang panjang. Letakkan tiang buluh ini di tengah-tengah sawah dan selepas itu barulah boleh menuai padi. Apabila membawa pulang hasil tuaian padi, letakkan tiang buluh dalam tangkob (pondok penyimpanan beras) bersama-sama dengan nasi. Hasil tuaian padi tahun yang pertama, masukkan di dalam kakanan (balang besar) dan jangan membahagikan hasil tuaian ini supaya bakinya tidak menjadi buruk. Anda hanya boleh membahagikan hasil tuaian pada tahun yang kedua dan seterusnya." (Itu lah sebabnya sehingga hari ini, orang-orang Kadazandusun tidak akan membahagikan mana-mana hasil tuaian bagi tahun yang pertama). Setelah mendengar semua kata-kata itu, Kinoigan bersetuju untuk mematuhi semua arahan yang diberikan oleh anaknya. Kinongan dengan rasa terpaksa dan serba salah telah mengorbankan anak perempuannya itu. Sejurus kemudian, maka langit bertukar menjadi gelap, bunyi guruh serta kilat kedengaran dan tanah bergegar dengan sangat kuat. Hujan telah mula turun dan bumi seolah-olah direndam dengan kelembabpan, semua orang yang ada dapat merasakan udara yang sangat segar sekali lagi. Semua yang telah dikatakan oleh Huminodun itu telah menjadi kenyataan, semua tumbuh-tumbuhan telah hidup semula.Pada tahun itu juga, semua orang dapat melihat hasil tuaian yang sangat banyak dan tidak pernah mereka alami seperti itu sebelum ini. Mereka menanam dan menuai padi berpandukan arahan yang telah Huminodun katakan sebelum ini. Tujuh tangkai padi yang diikat pada tiang buluh adalah untuk penghormatan kepada semangat padi yang digelar tujuh Bambarayon.Selepas kejadian itu, maka segala apa yang diamalkan sejak dari nenek moyang lagi masih lagi diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun sehingga kini. Bagi memuja semangat padi (Bambarayon), Bobolian adalah orang yang mampu melakukan adat spiritual atau dapat berhubung dengan semangat padi tersebut. Dari kisah lengenda itu, yang menceritakan seorang gadis jelita yang cerdik serta penuh dengan adab dan sopan telah terpilih untuk dijadikan korban untuk menyelamatkan bangsanya daripada mati kebuluran. Atas kerelaan hati dengan tidak mementingkan diri sendiri maka beliau sanggup mengorbankan nyawanya demi bangsanya. Melalui semua sifat yang ada pada gadis ini, maka masyarakat Kadazandusun mengelarkannya "Unduk Ngadau".Pesta Kaamatan merupakan pesta yang diraikan oleh kaum Kadazandusun pada setiap tahun selepas menuai padi. Pesta ini adalah sebagai tanda kesyukuran selepas menuai padi dan penghormatan kepada semangat padi iaitu Bambarayon. Ia juga bagi memperingati jasa Huminodun yang kini digelar "Unduk Ngadau". Sebagai tanda penghormatan kepada jasa Huminodun, maka setiap kali pesta Kaamatan diadakan, satu pertandingan untuk memilih gadis yang paling cantik dikalangan kaum Kadazandusun dan Murut diadakan. Pertandingan ini diadakan di semua peringkat daerah dan seterusnya pemenang akan mewakili daerah masing-masing untuk bertanding ke peringkat negeri Sabah. Pertandingan peringkat negeri atau peringkat akhir biasanya diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang. Pemenang peringkat akhir pertandingan tersebut akan digelar "Unduk Ngadau". Sebagai adat atau peraturannya, pemenang yang pernah bergelar "Unduk Ngadau" tidak boleh bertanding lagi dalam pesta Kaamatan yang akan datang. Ini adalah kerana, gelaran yang diberikan itu ("Unduk Ngadau") cuma satu kali sahaja dan kekal sehingga akhir hayatnya.

GAMBAR INFORMANPengumpul: Hildy JosephInforman: Kumbolin Bt. SombutingUmur: 68 tahunKeturunan: DusunPekerjaan: PetaniTarikh: 19. 10. 2013

Teks Verbatim :Tajuk : Lagenda Solungkoi Dengan Jambatan Tamparuli.Ini cerita saya dingar dari mama saya dulu...lagi. Kira-kira tahun 50-an dulu, masa musim Beritis, masa tu baru mau kana buat tu jambatan Tamparuli. Masa tu, ada tu sumandak yang butul-butul lawa daripada semua sumandak yang ada di Tamparuli. Ada tu yang urang beritis, tu urang putih ba, suka...butul sama si Solungkoi, nama tu urang puith si Robinson.Masa tu juga, ada tu urang dusun nama dia si Intang, dia pun suka butul sama si Solungkoi. Sabab si Robinson tinggi dia punya pangkat sama lawa lagi daripada si Intang, jadi si Solungkoi suka lah sama si Robinson. Si Intang tu pakaraja si Robinson mau buat jambatan.Masa dulu, jambatan Tamparuli salalu rusak kana banjir basar. Balik-balik mau kana bikin. Si Robinson lah ketua masa tu mau bikin tu jambatan Tamparuli. Dia selalu rasa susah hati saja sabab bila rosak jambatan, tiada jalan mau keluar masuk di Tamparuli.Robinson suruh si Intang pigi periksa, kanapa tu jambatan tidak kuat sama selalu saja rusak bila kana banjir. Si Intang yang percaya sama urang-urang halus, sama pandai pasal Tombuakar. Dia pigi jumpa sama tu nini tua yang pandai juga pasal ini urang-urang halus. Nini tua ini bagi tahu yang jambatan Tamparuli selalu rusak sabab Tombuakar marah. Jambatan yang kana buat itu mengacau kawasan rumah dia.Nini tua minta supaya ada makan-makan bagi mau minta maaf sama tu Tombuakar. Bila makan-makan suda kana buat, tapi masih juga tu jambatan rusak kana banjir. Tombuakar tidak mau ada makan-makan, tapi dia mau satu sumandak yang la...wa bikin kawan dia di air.Siapa lagi sumandak yang lawa masa tu kalau bukan si Solungkoi. Nini tua tidak mau kasi kurban si Solungkoi, abis dia tidak jahat sama tida berdosa. Si Intang mau si Robinson kasi kurban si Solungkoi. Dia buat macam tu sabab dia marah si Solungkoi tidak suka dia. Si Robinson pun susa mau pikir sama ada dia pilih Solungkoi atau karaja dia sabagai pagawai Beritis.Satu karamaian kana buat untuk ini jambatan Tamparuli. Tapi yang betul, tujuan karamaian ni mau kasi kana si Solungkoi. Diurang kasi minum si Solungkoi sampai mabuk. Lapas si Solungkoi sedar dari mabuk, tangan dia suda kana ikat, dia kana ikat begantung di tali, tinggal mau tunggu kana kasi turun di tampat tiang jambatan mau kana tanam. Nini tua itu bagi tahu yang Tombuakar mau si Solungkoi ditanam hidup-hidup. Bila si Solungkoi mau kana kasi tanam suda, dia manangsi sama merayu supaya kana kasi lapas, tapi tiada yang dingar si Solungkoi sabab semua urang masa tu suda mabuk tidak lagi sedar. Solungkoi tepaksa kasi biar saja dia kana tanam. Tapi sebelum Solungkoi ditanam, dia meminta Tombuakar, jambatan Tamparuli tidak jadi kuat sama tidak roboh bila banjir, selagi darah Robinson tidak mengalir di jambatan itu.Lapas si Solungkoi kana tanam, Robinson pun sedar dari mabuk, dia amat menyesal lepas menanam si Solungkoi di tiang jambatan. Si Robinson pun ukir nama si Solungkoi di satu keping besi, lepas tu dia kasi lakat tu nama di tiang jambatan yang tempat si Solungkoi kana tanam. Lapas itu, si Robinson pun bunuh diri, dia terjun di sungai, Tembuakar pun kasi lemas dia.Suda... lama, mau 60 tahun suda, tu Jambatan Tamparuli masih lagi ada, masih lagi tahan sampai hari ni. Biar selalu banjir, banyak tu pokok-pokok kayu basar yang hanyut langgar tu jambatan, tapi jambatan tu tatap tidak rosak. Itulah kekuatan samangat si Solungkoi yang masi batahan sampai sakarang. Banyak urang yang percaya cerita ini, ada juga yang tidak percaya, tapi ada urang yang parna mentolop di bawah jambatan Tamparuli ini, parna melihat ukiran nama Solungkoi di tiang jambatan, itu pun urang yang bagus dia punya nasib la, baru di dapat nampak itu ukiran nama Solungkoi.

Teks Suntingan :Tajuk : Legenda Solungkoi Dengan Jambatan Tamparuli.

Cerita ini bermula pada sekitar tahun 1950-an, ketika pembinaan Jambatan Tamparuli baru sahaja dimulakan. Pada masa itu Solungkoi adalah seorang anak dara yang sangat cantik. Kecantikannya itu telah membuatkan seorang Pegawai Beritish bernama Robinson yang ketika itu berkhidmat di Tamparuli, jatuh hati kepadanya.Pada masa yang sama ada seorang jejaka tempatan yang bernama Intang juga menaruh hati terhadap Solungkoi. Tetapi disebabkan Robinson yang mempunyai pangkat dan lebih tampan berbanding dengan Intang dan juga merupakan pekerja buruh Robinson ketika itu, maka Solungkoi memilih untuk bersama dengan Robinson.Pada ketika itu projek pembinaan jambatan sementara sedang dijalankan oleh Robinson, pembinaan itu sering kali bermasalah disebabkan sering roboh dan rosak akibat banjir besar yang sering melanda. Robinson yang bertanggungjawab untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar, merasa amat runsing kerana tanpa jambatan sementara itu maka amat sukar bagi pihak British dan penduduk setempat untuk berhubung dengan luar.Robinson menugaskan Intang untuk menyiasat punca jambatan itu tidak kukuh dan sentiasa roboh apabila banjir melanda. Intang yang pada masa itu masih percaya kepada benda-benda gahib dan pakar dalam bidang Tombuakar(hantu air), datang berjumpa dengan seorang nenek tua. Akhirmya nenek tua itu pun mengenal pasti masalah tersebut, nenek tua itu memberitahu Intang bahawa Tombuakar marah kerana kawasan pembinaan jambatan itu menganggu kawasan perumahan mewahnya.Nenek itu pun menyarankan mereka untuk membuat jamuan untuk menjamu si Tombuakar, sebagai tanda minta maaf atas kerosakan rumah Tombuakar itu. Walapun upacara jamuan sudah dibuat, pembinaan Jambatan Tamparuli masih lagi bermasalah. Rupanya si Tombuakar mahukan nyawa seorang 'sumandak' (perempuan) yang cantik sebagai teman di air.Tidak ada wanita lain yang secantik seperti Solungkoi. Walaupun nenek tua itu tidak sanggup mengorbankan Solungkoi yang tidak berdosa itu, tetapi atas dendam Intang yang ditolak cintanya oleh Solungkoi, Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi. Ini membuatkan Robinson binggung untuk membuat pilihan sama ada memilih untuk mengorbankan Solungkoi demi tugasnya dan jawatannya atau menguatkan Jambatan Tamparuli.Satu keramaian telah dibuat secara besar-besaran bagi meraikan Jambatan Tamparuli. Tapi sebenarnya ini semua adalah muslihat Robinson untuk memerangkap Solungkoi dan menghabiskan masa terakhirnya bersama Solungkoi. Sambil minum arak, Solungkoi sengaja dimabukkan dan apabila beliau sedar dari mabuk, didapati tangannya diikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan ke dalam cerucuk jambatan. Menurut nenek tua itu, Tombuakar telah memberi syarat bahawa Solungkoi mesti ditanam hidup-hidup di dalam cerucuk Jambatan Tamparuli. Apabila upacara pengorbanan bermula, Solungkoi pun menangis dan merayu untuk dilepaskan tetapi tidak didengari sesiapa kerana pada masa itu semua orang telah mabuk. Solungkoi hanya dapat merelakan dirinya diturunkan ke dalam cerucuk. Ketika tubuhnya diturunkan ke dalam cerucuk, Solungkoi meminta Tombuakar yang sedang menunggunya di dalam air dan memegang sumpahnya. Solungkoi bersumpah bahawa Jambatan Tamparuli tidak akan menjadi amat kukuh dan tidak roboh, selagi darah Robinson tidak tumpah di jambatan itu.Selepas selesai upacara tersebut, apabila Robinson sudah sedar daripada mabuk, dia amat menyesal dengan tindakannya menanam Solungkoi di salah satu cerucuk jambatan itu. Robinson mengukir nama Solungkoi di salah satu cerucuk jambatan tersebut. Robinson mengukir nama Solungkoi di atas plat besi dan meletakkan plat besi itu di cerucuk Solungkoi ditanam. Selepas itu, Robinson membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.Setelah lebih 60 tahun, Jambatan Tamparuli masih lagi wujud dan masih kukuh atas pengorbanan Solungkoi yang cantik itu. Dari dulu hingga masa kini, Jambatan Tamparuli sudah banyak kali dilanda banjir besar. Banyak batang pokok besar yang dihanyutkan oleh banjir besar akan melanggar atau menghentam jambatan ini. Namun begitu, Jambatan Tamparuli ini tidak pernah mengalami kerosakan mahu pun keretakkan. Ramai orang yang menganggap cerita ini sebagai lagenda, mitos atau tahyul, namun begitu ramai orang yang pernah menyelam di bawah Jambatan Tamparuli masih dapat melihat plat besi yang bertulis nama Solungkoi hingga ke hari ini.Pengumpul: Hildy JosephInforman: Londuni Bin GundilouUmur: 74 tahunKeturunan: DusunPekerjaan: PetaniTarikh: 26. 10. 2013

Teks Verbatim :Tajuk : Lagenda Pemburu Kepala (Pengait)"Masa dulu... lagi, urang Kadazandusun dulu-dulu, mau putung kapala. Itulah adat urang kita dulu pigi 'mengayau' cari kapala urang. Urang yang putung kapala ni kana panggil 'Pengait' em..kalau dusun, panggil 'Songorib'. Adat ini terus kana ikut anak-anak dia lagi.Diurang mau putung kapala untuk mau kasi tingu siapa yang paling kuat. Siapa yang paling banyak putung kapala, dialah yang paling kuat. Diurang buat begitu supaya banyak permpuan yang suka sama diurang. Kalau dulu, siapa lelaki yang mau kahwin, dia mesti pernah putung kapala, paling sikit pun satu kapala, begitulah dia punya adat. Diurang putung kapala pun untuk ambil balik roh keluarga diurang yang kana bunuh musuh diurang dulu.Kapala yang kana putung, diurang simpan dalam 'Kakanan', itu tajau yang basar tu bah. Ada juga yang kasi sangkut di siling rumah, biasa dalam rumah panjang urang kita dulu. Kapala ini ada kuasa yang kuat untuk menjaga kuasa-kuasa jahat dari luar yang datang mau kacau keluarga yang ada dirumah.Urang Kadazandusun yang putung kapala ini, itu urang keturunan 'Piang'. Diurang nilah urang paling kuat dulu mau putung kapala. Ada tu keturunan 'Piang' yang tinggal di Kg. Bongol dulu. Kampung Bongol tidak jauh, dakat sama Tamparuli saja. Sanjata yang diurang guna bikin putung kapala, itu parang yang tajam sama panjang diurang panggil 'Selasing'. Bila diurang putung kapala musuh, itu rambut di kapala musuh diurang cabut satu, lapas tu diurang kasi ikat di hujung tampat pigang tu parang. Kalau banyak suda rambut di tampat pigang tu parang, itu tanda dia banyak suda kapala yang kana putung tu parang. Kalau dulu siapa yang banyak putung kapala, dia yang kana kasi jadi ketua.Sakarang banyak suda urang Kadazandusun yang ada ugama. Bila banyak suda yang masuk Kristian, ini adat tidak suda diurang ikut. Tapi masi banyak urang yang percaya pengait ini masi ada.Masa taun 80-an sama 90-an, cerita-cerita urang pasal pengait ini masi lagi ada. Bila ada jambatan baru mau kana bikin, masa tu la ada pengait mau cari kapala urang. Kapala urang ini diurang tanam di jambatan yang baru mau kana bikin, untuk mau kasi kuat sama tahan lama tu jambatan. Kapala urang ini ada kuasa dia yang kuat mau kasi jaga tu jambatan supaya tidak rusak.Cerita pasal pengait ini sampai bila-bila urang tidak lupa. Sabab memang dia butul-butul ada. Em...sampai hari ini, dia punya waris keturunan masi ada yang simpan tu parang 'Selasing'. Tapi urang yang simpan parang itu banyak adat sama pantang larang dia kana ikut. Dia mesti kasi kurban ayam untuk tu barang, sabab tu parang perlu sentiasa dikasi kana darah. Itulah pasanan urang dari dulu yang kasi waris itu parang sama keturunan dia. Kalau tidak ikut itu adat sama pantang larang, itu urang yang simpan tu parang, sama tu keluarga dia akan mendapat susah. Kita tidak buli main-main sama tida percaya sama adat, pantang larang urang dulu-dulu, sabab parnah ada urang yang tida ikut adat sama pantang larang, terus dapat susah.

Teks Suntingan :Tajuk : Lagenda Pemburu Kepala (Pengait)

Pada masa dahulu, masyarakat kaum Kadazandusun mengamalkan satu adat yang memburu kepala manusia atau pun dipanggil 'mengayau' dalam bahasa Kadazandusun. Pemburu kepala ini digelar 'Pengait' oleh orang Sabah atau 'Songorib' dalam bahasa Kadazandusun. Adat ini diamalkan dan diwarisi secara turun-temurun dari nenek moyang.Adat memburu kepala ini dilakukan untuk menunjukkan kegagahan dan kepahlawanan yang ada pada diri seseorang itu. Kegagahan seseorang itu diukur dengan jumlah kepala yang dipenggalnya. Semakin banyak jumlah kepala yang dipenggal maka semakin orang itu dianggap paling gagah. Ia juga bertujuan untuk menarik minat perempuan terhadap mereka. Seorang lelaki yang hendak berkahwin, mestilah memenggal sekurang-kurangnya satu kepala manusia sebagai syarat perkahwinan. Selain daripada salah satu adat perkahwinan, memburu kepala juga adalah bertujuan mengambil kembali roh keluarga mereka yang telah dibunuh oleh musuh mereka yang terdahulu.Kepala manusai yang diburu akan dimasukkan di dalam 'kakanan" (balang besar) dan ada juga yang disangkutkan di siling rumah. Biasanya rumah panjang Kadazandusun pada masa dulu banyak tengkorak kepala manusia disangkutkan di siling rumah. Ia dikatakan sebagai penjaga rumah yang melindungi penghuni rumah itu daripada malapetaka atau kuasa-kuasa sihir yang jahat.Keturunan Kadazandusun yang memenggal kepala adalah dari keturunan 'Paing' iaitu keturunan pahlawan yang paling kuat dan digeruni oleh musuh suatu ketika dulu. Keturunan 'Paing' ini pernah mendiami perkampungan kecil yang dikenali sebagai Kg.Bongol iaitu sebuah perkampungan yang terletak tidak jauh dari Pekan Tamparuli. Senjata yang digunakan untuk memenggal kepala pada masa dulu dikenali sebagai 'Selasing' iaitu sejenis parang yang panjang dan sangat tajam. Kepala musuh yang telah dipenggal akan dicabut sehelai rambutnya dan diikat pada hulu parang tersebut. Semakin banyak rambut yang terdapat pada hulu parang, menunjukkan sudah ramai yang menjadi mangsa parang tersebut. Pada masa dahulu, mereka yang telah memenggal kepala yang paling banyak akan digelar 'Pengayou' dan akan dilantik sebagai ketua yang akan memimpin suku kaumnya.Setelah sekian lama, masyarakat kaum kadazandusun semakin ramai yang memeluk atau mempercayai agama Kristian. Adat memenggal kepala ini sudah tidak lagi diamalkan pada masa sekarang. Namun begitu, masih ramai yang percaya bahawa pengait itu masih wujud walau pun sudah ada kepercayaan agama di kalangan masyarakat Kadazandusun.Pada sekitar tahun 80-an dan 90-an, cerita pengait ini masih kedengaran di kalangan penduduk Sabah khususnya kaum Kadazandusun. Ia sering dikaitkan dengan pembinaan sebuah jambatan yang baru. Mereka percaya bahawa, apabila ada pembinaan jambatan baru, maka pada masa itu jugalah adalah musim pengait memburu kepala manusia untuk dijadikan korban dan ditanam pada jambatan yang baru hendak dibina. Kepala manusia ini dipercayai mempunyai kuasa yang kuat untuk melindungi jambatan yang dibina daripada sebarang bencana atau kerosakan.Cerita legenda pemburu kepala ini tidak pernah hilang atau lenyap ditelan arus kemajuan yang ada sekarang. Sehingga kini, mereka yang mewarisi senjata pemenggal kepala (Selasing) daripada nenek moyang mereka, tidak pernah hidup tenang. Ini adalah kerana mereka perlu menjaga senjata tersebut dengan baik dan perlu melakukan korban untuk memelihara senjata tersebut. Biasanya pada zaman sekarang, mereka perlu mencari beberapa ekor ayam kampung untuk dijadikan korban kepada senjata itu (Selasing). Ini adalah adat serta pantang larang yang diajar oleh nenek moyang terdahulu dan ia harus dipatuhi. Sekiranya adat serta pantang larang ini tidak dipatuhi maka keluarga yang menyimpan senjata itu (Selasing) akan ditimpa musibah atau malapetaka. Kepercayaan seperti ini tidak boleh dipandang remeh, kerana kejadian buruk pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh mereka yang tidak mematuhi adat serta pantang larang yang telah ditetapkan oleh nenek moyang sebelum ini.

Pengumpul : Jossoho@Hillary Andau Imforman : En.Nazarius Mandadi Umur : 54 tahun Keturunan : Dusun Tempat : Kg. Koporingan Tamparuli Pekerjaan : Ketua Kampung Tarikh : 11 November 2013Teks Verbatim :

Tajuk: Si Urui-urui

Ini sorita ah bertajuk Si Urui-urui. Kisah ini pada zaman dahulu terdapat o sekeluarga tikus mondok yang tinggal di atas bukit. Mereka mempunyai anak yang sangat santik d nama dia Si Urui-urui. Terdapat banyak pemuda dari berbagai jenis binatang lain yang ingin memperisterikannya tetapi bubapa dia tidak mengizinkan sebab usia dia masih muda dan belum sesuai mendirikan rumah tangga. Namun jauh disudut hati mereka keluarga dimana pinangan itu ditolak kerana kehendak Si Urui-urui dan keluarganya yang mahukan salon suami yang sangat sempurna. Apabila Si Urui-urui semakin meningkat usia ibubapa Si Urui-urui pula mula bimbang kerana anak mereka belum lagi me mendirikan rumah tangga. Maka Si ibubapa mensadangkan Si Urui-urui menjelajah untuk mencari suami yang sesuai bagi dirinya. Si Urui-urui pun memulakan perjalanan dia. Dia menuruni lurah dan berkata, Si Urui-urui menuruni lurah untuk mencari suami Lalu muncul Si Tupai tanah dan berkata kepada Si Urui-urui. Sa Saya sedia menjadi suamimu, kata Si tupai tanah. Si Urui-urui menjawab, saya tidak rela menjadi isterimu kerana engkau berbau busuk. Tupai tanah sangat malu lalu mengundurkan diri. Si Urui-urui meneruskan perjalan per perjalanannya. Dia menuruni sungai lalu berkata, Si Urui-urui menuruni anak arah sungai untuk mencari suami Si Mamarang mendengar kata-kata Si Urui-urui dan berkata, Sayalah yang se sesuai menjadi suami kau. Dengan nada yang marah Si Urui menjawab,Pui, berbau busuk ter terhidu sehingga berberbatu jauhnya tiada hati saya berkawan berkahwin dengan kau kata Si Urui-urui. Momarang sangat marah mendengar kata-kata Si Urui-urui tapi apakan daya dia tidak dapat berbuat apa-apa lalu mengundurkan diri. Si Urui-urui merentasi sungai lalu berkata, Saya Si Urui-urui merentasi sungai mencari suami. Si Buaya terdengar ber berkata Si Urui-urui lalu berkata, Kahwinlah dengan saya. Si Urui berkata, Saya tidak mahu berkahwin dengan kau kerana mulut kau besar. Si Buaya sangat malu mendengarkan kata-kata Si Urui-urui lalu tenggelam ke dalam sungai. Si Urui-urui meredah hutan lalu berkata, Si Urui-urui meredah hutan untuk mensari suami Si Pajat mendengar kata-kata Si Urui-urui lalu mencuba nasib berkata, Sayalah yang engkau cari-cari selama ini. Dengan sombong Si Urui-urui menjawab, Jangan mimpilah. Mana.. mana engkau menjadi suami saya dengan badan yang terlalu kecil. Si Pajat menyedari perkara tersebut la lalu mengundurkan diri. Si Urui-urui menuruni lembah meneruskan penjalanannya. Si Urui-urui menuruni lembah untuk mencari suami kata Si Urui-urui. Belum sempat Si Urui-urui menuruni lembah Si Tonggiling mendengar kata-kata Si Urui-Urui lalu berkata, Saya saya sudah lama me mencari isteri. Sudikah engkau menjadi isteri ku? Si Urui-urui menjawab, Tidak, saya tidak mau berkahwin dengan kau kerana tiada gigi. Si Tonggiling pun mengundur diri. Si Urui-urui meneruskan perjalanannya untuk menuruni lembah. Si Urui-urui menuruni lembah untuk mencari suami kata Si Urui-Urui. Si Gajah mendengarnya lalu berkata, Sayalah sayalah yang sesuai bagimu. Kahwinlah dengan saya, katanya. Sekali lagi Si Urui-Urui menolak pelawaan Si Gajah dan berkata, Engkau tidak sesuai bagiku kerana engkau terlalu besar. Dengan perasaan yang marah Si Gajah pun mengundur diri. Seterusnya Si Urui menjelajah beberapa tempat tapi masih tidak menemui suami yang sesuai kerana terlalu memilih suami. Si Urui-urui kembali ke rumahnya dan membujang sehingga ke akhir hayat. Itula sorita sa saya yang bertajuk SiSi Urui-urui.

Teks Suntingan :Tajuk: Si Urui-uruiKisahnya pada zaman dahulu terdapat sekeluarga tikus mondok yang tinggal di atas bukit. Keluarga tikus ini mempunyai anak yang sangat cantik diberi nama Si Urui-urui. Sudah banyak pemuda dari pelbagai jenis binatang yang ingin memperisterikan Si Urui-urui tetapi ibubapanya tidak mengizinkan dengan alasan usianya masih muda dan belum sesuai mendirikan rumah tangga. Namun jauh disudut hati mereka sekeluarga dimana pinangan itu ditolak kerana kehendak Si Urui-urui dan keluarganya yang mahukan calon suami yang sangat sempurna. Apabila usia Si Urui-urui semakin meningkat ibubapanya mula bimbang kerana anak mereka belum lagi mendirikan rumah tangga. Maka Si ibubapa mencadangkan Si Urui-urui menjelajah untuk mencari calon suami yang sesuai bagi dirinya. Si Urui-urui pun memulakan penjelajahannya. Dia menuruni lurah. Si Urui-urui menuruni lurah untuk mencari calon suami kata Si Urui-urui. Muncul Si Tupai tanah dan berkata kepada Si Urui-urui. Saya sedia menjadi suamimu. Saya tidak rela menjadi isterimu kerana engkau berbau busuk, jawab Si Urui-urui. Tupai tanah sangat malu lalu mengundurkan diri. Si Urui-urui meneruskan perjalanannya dengan menyusuri anak sungai. Si Urui-urui menyusuri anak sungai untuk mencari calon suami kata Si Urui-urui. Si Memarang mendengar kata-kata Si Urui-urui. Sayalah yang sesuai menjadi suamimu, kata Si Memarang. Pui, berbau busuk terhidu hingga berbatu jauhnya ada hati ingin berkahwin dengan saya, saya tidak mahu berkahwin dengan engkau kata Si Urui-urui dengan nada yang sangat marah. Memarang sangat marah mendengar kata-kata tersebut tapi apakan daya dia tidak dapat berbuat apa-apa lalu mengundurkan diri. Si Urui-urui merentasi sungai pula. Saya Si Urui-urui merentasi sungai untuk mencari calon suami, katanya. Si Buaya terdengar kata-kata Si Urui-urui dan sangat berminat. Kahwinlah dengan ku, jerit Si Buaya. Saya tidak mahu berkahwin denganmu kerana mulutmu besar, jawab Si Urui-Urui. Si Buaya sangat malu mendengarkan kata-kata Si Urui-urui lalu tenggelam ke dalam sungai. Si Urui-urui meredah hutan untuk meneruskan pencarian calon suami. Si Urui-urui meredah hutan untuk mencari calon suami, katanya. Si Pacat terdengar kata-kata Si Urui-urui lalu mencuba nasib. Sayalah yang engkau cari-cari selama ini, jawab Si Pacat. Dengan sikap yang sombong Si Urui-urui menolak pelawaan Si Pacat. Jangan mimpilah. Macam mana engkau menjadi suamiku dengan badan yang terlalu kecil. Si Pacat menyedari kekurangan pada dirinya lalu mengundur diri. Si Urui-urui menuruni lembah untuk meneruskan perjalanannya. Si Urui-urui menuruni lembah untuk mencari calon suami kata Si Urui-urui. Belum pun sempat Si Urui-urui menuruni lembah, Si Tenggiling terdengar kata-kata Si Urui-urui. Sudah lama saya mencari isteri. Sudikah engkau menjadi isteri ku? tanya Si Tenggiling. Tidak, saya tidak rela berkahwin denganmu kerana engkau tidak mempunyai gigi, herdik Si Urui-urui. Si Tenggiling tersipu-sipu malu lalu mengundur diri. Si Urui-urui meneruskan perjalanannya untuk menuruni lembah. Si Urui-urui menuruni lembah untuk mencari calon suami, kata Si Urui-urui. Si Gajah mendengar kata-kata Si Urui-urui lalu menemuinya. Sayalah calon suami yang sesuai bagimu. Kahwinlah denganku, pelawa Si Gajah. Sekali lagi Si Urui-Urui menolak pelawaan Si Gajah. Engkau tidak sesuai bagiku kerana saizmu yang terlalu besar, jawab Si Urui-urui. Dengan perasaan yang marah Si Gajah terpaksa juga mengundur diri. Seterusnya Si Urui-urui menjelajah ke beberapa tempat tetapi masih tidak menemui calon suami yang sesuai kerana terlalu memilih suami. Si Urui-urui kembali ke rumahnya dan membujang hingga ke akhir hayat.

Pengumpul: Jossoho@Hillary Andau Imforman : En.Tuin Tokupan Umur: 63 Tahun Keturunan : Dusun Tempat : Kg.Gontung Tamparuli Pekerjaan : Wakil Ketua Anak Negeri Tarikh : 13 November 2013

Teks Verbatim :

Tajuk: Kisah Hidup Si Boruk

Sorita saya ah berkaitan dengan kehidupan sepasang suami isteri yang sangat miskin. Diurang ni membina rumah di hujung kampung. Si Suami namanya Si Boruk manakala isteri dia bernama Karud. Isteri Si Boruk baru saja melahirkan seorang anak perempuan yang mereka beri nama Yorut-orut. Kehidupan mereka ini sangat miskin untuk mencari makanan e durang cari untuk hari itu saja ah terus habis untuk besok-besok tiada mau cari lagi. K Kononnya pada suatu hari, si Karud beritahu si Boruk bahawa dia sangat lapar dan tiada satupun yang mau dimasak. Si Boruk terfikir untuk pigi tangkap burung ah sebagai makanan mereka pada petang itu. Si Boruk mencapai getah lalu pergi untuk menangkap burung. Sampai di satu tempat terdapat satu pohon yang sangat lebat buahnya. Si Boruk memanjat pokok tersebut lalu memasang getahnya. Ah Si Boruk ah sangat gembira kerana banyak suda burung yang hinggap di situ dan banyaklah yang melekat pada getah yang dipasangnya. Ah dia ikat burung itu di pinggangnya. Si Boruk tidak sedar bahawa semakin banyak burung dia dapat, lalu burung tersebutpun bawa Si Boruk terbang. Setelah Si Boruk menyedari dia telah diterbangkan oleh burung, dia cuba buka ikatan di pinggangnya dan kasi lepas semua burung-burung itu, lalu si Boruk inipun jatuh nasib baik lagi kerana tersangkut pada pohon merbau. Dia cuba turun tetapi tidak dapat kerana pokok merbau tersebut sangat besar dan terlalu tinggi. Dia mencari-cari kalau-kalau terdapat cara lain untuk turun dari pokok merbau itu. Diapun melihat satu pohon ara yang masih kecil menumpang pada pokok merbau itu. Diapun fikir bahawa ah pokok ara itulah yang menjadi laluan Si Boruk untuk turun daripada pokok merbau tersebut. Semasa Si Boruk berehat dan berfikir kalau-kalau ada cara lain untuk turun dari pokok merbau, dia pun telah tertidur dengan lenanya, tidur dia nyenyak-nyenyak. Bila Si Boruk terjaga dari tidur, dia mendapati pokok ara itu sudah besar. Si Boruk pun turunlah ikut itu pokok ara. Belumpun dia sampai di tanah, Si Boruk ah cuba lumpat ke tanah. Tapi sungguh malang nasib Si Bo ruk kerana tanah yang sepatutnya menja menjadi pendaratan dia itu ada pula lubang yang sangat dalam, terus Si Borukpun ah telah jatuh ke dalam lubang itu. Jadi dia cuba keluar tapi lubang itu sangat dalam dan dia tidak berjaya keluar. Dia lihat pokok di di situ kan dia lihat satu pokok ah pisang bah, pisang hutan yang kecil lagi. Dia fikir-fikir bahawa anak pokok itulah yang akan jadi laluannya keluar dari lubang itu apabila pokok itu sudah besar. Dia pun macam sudah penat dan terus tertidur. Bila dia bangun dia dapati pokok pisang itu sudah besar. Diapun memanjat pokok pisang itu untuk keluar daripada lubang besar itu. Sebaik saja Si Boruk keluar, dia teringatkan isteri dan juga anaknya di rumah. Si Boruk sudah jalan jauh namun belum lagi sampai ke rumah. Dia terlalu penat dan dia cuba hilangkan penatnya itu lalu duduk di sebatang watang lah. Ah bila dia duduk-duduk tu dia rasa sangat penat lalu diapun cuba baring-baring atas watang itu dan dia tidak sedar pula ah dia sudah tidur. Bila dia bangun dia sudah kena lilit oleh apa itu ini tuai bah. Dia fikir terpaksa mau tunggu sampai watang itu reput untuk ah tukmelepaskan diri lah di situ dan terus dia tidur terus tidak lama ada dia dengar-dengar sikit-sikit burung apa ni burung wadik puru bah tu. Macam dia terdengar-dengar di telinga kan bila dia buka mata o rupanya lama sudah saya tidur dia bilang dan watang yang dia baring tu kan sudah reput. Dia keluar daripada lilitan tuai itu dan terus pulang ke rumah kerana dia ingat sudah dia punya keluarga yang sudah lama dia kasi tinggal. Si Boruk sangat rindukan isteri dan juga anaknya. Namun sebelum jumpa dengan isterinya dan juga anak dia, dia merasakan keadaan badannya berbau busuk kerana lama sudah tidak mandi. Terus dia menuju ke sebatang sungai untuk pigi mandi. Dengan tidak disangka-sangka semasa dia mandi itu oi ada pula banjir, banjir apa itu kami cakap bilang lumpadang, terus dia kena hanyut tapi nasib baik dia dapat pigang satu pokok, batang kayu bah dia kena hanyut saja sampai di laut. Bila bila sampai di laut ah masih dalam juga tu air, dia pun kena bawa oleh ombak. Dia tidak dapat berenang pigi tepi kerana terlalu besar tu air. O sementara tu kan di pigang tu kayu dia pun tidak sedar dia tertidur sebab kepenatan sudah. Bila dia bangun pula, dia di pantai sudah. Ui tanpa berlengah-lengah dia terus menuju ke rumah kerna dia sedar juga sudah lama dia tinggalkan isteri dan juga anaknya yang paling dia sayang. Ah sampai saja Si Boruk di halaman rumahnya, dia nampak oi rumah dia sudah besar. Terus diapun tertanya-tanya ah tapi dia terus juga pigi rumah untuk pigi jumpa dia punya isteri dan anak. Bila dia sampai di hadapan rumah, dia nampak pula dua orang perempuan, seorang yang masih muda lagi dan seorang wanita sudah kira berumur lah. Si Boruk makin tambah hairan, Mana satu isteriku? Siapa lagi yang seorang ini, dia bilang. Tapi Si Karud lihat saja Si Boruk kan Oi Boruk kau baru pulang, dia bilang isteri dia dengan gembira, jadi baru dia tau rupa-rupanya yang berumur itu isterinya Si Karud manakala yang muda itu pula anak dia pula Si Yorut-orut. Si Karud pun menceritakan semasa ketiadaan Si Boruk rezeki durang mencurah-curah durangpun tidak tau dari mana. Tapi Si Karud percaya, rezeki itu datang daripada macam macam dewa lah begitu yang membantu mereka kerana sabar dengan apa yang kemiskinan mereka selama ini. Jadi, ah itu sajalah cerita saya.

Teks Suntingan :

Tajuk : Kisah Hidup Si Boruk

Pada zaman dahulu terdapat sepasang suami isteri yang kehidupan mereka sangat miskin. Mereka membina rumah di hujung kampung. Si suami bernama Boruk manakala si isteri bernama Karud. Isterinya baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Yorut-orut. Kehidupan mereka umpama makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Pada suatu hari, si Karud mengadu kepada si Boruk bahawa dia sangat lapar dan tiada satu benda pun yang hendak dimasak. Si Boruk terfikir untuk menangkap burung sebagai makanan mereka pada petang itu. Si Boruk mencapai getah lalu pergi menangkap burung. Sampai di satu tempat terdapat satu pohon yang sangat lebat buahnya. Si Boruk memanjat pokok tersebut lalu memasang getahnya. Si Boruk sangat gembira kerana banyak burung yang hinggap pada pokok tersebut. Banyak burung yang melekat pada getah yang dipasangnya. Dia mengikat burung tersebut pada pinggangnya. Si Boruk tidak menyedari bahawa semakin banyak burung yang dia dapat, lalu burung tersebut telah membawa Si Boruk terbang. Setelah Si Boruk menyedari dia telah dibawa terbang oleh burung, dia meleraikan ikatan pada pinggangnya dan melepaskan burung-burung itu, lalu Si Boruk jatuh dan bernasib baik kerana tersangkut pada pohon merbau. Dia cuba turun tetapi tidak dapat kerana pokok merbau itu sangat besar dan terlalu tinggi. Dia mencari-cari jikalau terdapat cara lain untuk turun dari pokok merbau tersebut. Si Boruk melihat sepohon pokok ara yang masih kecil menumpang pada pokok merbau itu. Dia berfikir bahawa pokok ara itulah yang menjadi laluannya untuk turun daripada pokok merbau tersebut. Semasa Si Boruk berehat dan berfikir kalau-kalau ada cara lain untuk turun daripada pokok merbau itu, dia telah tertidur dengan lenanya. Apabila Si Boruk terjaga daripada lenanya, dia mendapati pokok ara itu sudah besar. Si Boruk pun turun melalui pokok ara itu. Belumpun sampai ke tanah, Si Boruk cuba lompat untuk mendarat. Malang sungguh nasib Si Boruk kerana tanah yang sepatutnya menjadi pendaratannya mempunyai satu lubang yang sangat dalam, lalu Si Boruk pun telah jerlus masuk ke dalam lubang tersebut. Dia cuba keluar daripada lubang tersebut tetapi tidak berjaya. Si Boruk melihat satu pokok pisang hutan yang masih kecil. Dia berfikir bahawa pokok itulah yang menjadi laluannya untuk keluar daripada lubang itu apabila besar kelak. Si Boruk merasakan sangat letih lalu tertidur. Si Boruk terjaga dari tidurnya dan mendapati pokok pisang hutan itu sudah besar. Dia memanjat pokok pisang itu untuk keluar dari lubang besar itu. Sebaik sahaja Si Boruk keluar, dia teringatkan isteri dan anaknya lalu berjalan untuk pulang ke rumah. Si Boruk sudah berjalan jauh namun masih belum sampai ke rumahnya. Dia merasa sangat penat dan cuba menghilangkan lelah sebentar lalu duduk di sebatang kayu. Dia merasakan sangat letih lalu berbaring pada batang kayu tersebut. Tidak lama kemudian Si Boruk terjaga dan mendapati dia sudah dililit oleh rotan. Si Boruk terpaksa menunggu sehingga batang kayu itu reput untuk melepaskan diri. Si Boruk pun tertidur. Bunyi burung murai batu terngiang-ngiang kedengaran. Si Boruk membuka mata dan menyedari dia sudah lama tertidur dan mendapati batang kayu itu sudah reput. Dia keluar daripada lilitan rotan itu lalu bergegas pulang kerana teringatkan isteri dan anaknya yang sudah lama ditinggalkan. Si Boruk sangat rindukan isteri dan anaknya. Namun sebelum berjumpa dengan isteri dan anaknya, dia merasakan keadaan badannya yang berbau busuk kerana sudah lama tidak mandi. Si Boruk menuju ke sebatang sungai untuk mandi. Dengan tidak disangka-sangka semasa Si Boruk mandi muncul pula banjir kilat. Si Boruk pun dihanyutkan oleh banjir kilat itu. Si Boruk mencapai satu batang kayu dan berpaut pada kayu tersebut sehingga ke laut. Dia dibawa pula oleh ombak besar. Sementara Si Boruk berpaut pada kayu tersebut, dia tidak menyedari telah tertidur kerana terlalu penat. Apabila Si Boruk tersedar, dia sudah terdampar di pantai. Tanpa berlengah dia terus menuju ke rumahnya kerana dia menyedari sudah lama meninggalkan isteri serta anaknya yang tercinta. Sesampai Si Boruk di halaman rumahnya, dia mendapati keadaan rumahnya bertambah besar dan cantik. Tanda tanya bermain di fikiran Si Boruk namun dia terus menuju ke pintu hadapan rumahnya untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya.Setibanya di hadapan rumah dia mendapati terdapat dua orang wanita, seorang perempuan yang masih muda dan seorang yang sudah berumur. Si Boruk keliru. Yang mana satu isteriku? Siapakah yang seorang lagi?, mungkin anakku, teka Si Boruk. Apabila Si Karud terlihat Si Boruk muncul, dia meluru keluar. Boruk suamiku, engkau baru pulang, sapa Si Karud dengan perasaan yang sangat gembira. Sebaik sahaja Si Karud menyapa, barulah Si Boruk tahu wanita berumur itu Si Karud isterinya manakala yang muda Yorut-orut anak mereka. Si Karud menceritakan semasa ketiadaan Si Boruk rezekinya mencurah-curah yang datang entah dari mana. Namun Si Karud percaya, rezeki itu adalah datang dari dewa-dewi yang membantu mereka kerana berkat kesabaran yang mereka alami selama ini.

Pengumpul: Jossoho@Hillary Andau Imforman : Pn. Jeyse Nait Umur : 34 tahun Keturunan : Dusun Tempat : Kg.Koporingan Tamparuli Pekerjaan : Petani Tarikh : 24 November 2013

Teks Verbatim :

Tajuk: Yanak-anak

Cerita saya ini bertajuk Yanak-anak. Pada masa dulu-dulu kononnya tinggal seorang pemuda bersama mamanya di sebuah kampung yang terpencil di pedalaman. Pemuda itu bernama Yanak-anak, tapi mamanya lebih suka memanggil dia dengan panggilan Ondu. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Pemuda itu rajin menolong ibunya berkebun, mencari kayu api, mencari makanan dan boleh dikatakan semua kerja rumah dilakukannya memandangkan keadaan mama dia yang sudah tua. Pada suatu hari, Yanak-anak bangun awal untuk mencari makanan. Yanak-anak biasanya mencari makanan pada waktu petang, tapi dia tidak dapat melakukannya petang kelmarin kerana keadaan hujan yang terlalu kuat. Yanak-yanak sudah bersiap-siap untuk meredah hu hujan tapi dilarang oleh mamanya. Besok saja kau ca cari makanan Ondu, masak saja apa yang ada malam ini, kata mamanya. Yanak-anak ikut saja nasihat mamanya. Yanak-yanak mengambil parangnya dan terus menuju ke hutan untuk mencari makanan. Yanak-anak sudah jauh berjalan tapi belum menemui makanan seperti buah-buahan dan apa saja yang boleh dimakan bersama dengan mamanya. Yanak-anak tidak putus asa. Dia terus berjalan. Dalam pencariannya itu, Yanak-anak ternampak pokok ubi kayu yang besar pokoknya. Besar juga pokok ni, tentu besar isinya, kata Yanak-anak. Saya mesti mengoreknya dengan cepat, nanti saya lambat pigi kebun, kata Yanak-anak. Yanak-anak mula mengorek. Yanak-anak gembira melihat isi ubi kayu yang sangat besar. Ini sudah cukup untuk dua hari, kata Yanak-anak. Yanak-anak memotong tangkai ubi kayu itu dan terus menarik keluar. Tapi belum sempat Yanak-anak menarik keluar isi ubi kayu itu, ubi kayu itu terbenam kembali dalam tanah. Yanak-anak tidak berputus asa dia terus juga mengorek ubi kayu itu. Begitu juga keadaannya belum sempat Yanak-anak menarik keluar ubi kayu itu, ubi kayu itu terus terbenam ke dalam tanah. Yanak-anak cuba beberapa kali, tapi masih juga gagal. Tiba-tiba Yanak-anak terdengar ubi kayu itu bersuara. Berhenti dulu kau korek Ondu, saya pigi minum dulu, kata ubi kayu. Yanak-anak berasa hairan mendengar ubi kayu itu pandai bercakap, tapi dia menurut saja kemahuan ubi kayu itu. Yanak-anak sudah mengagak mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi dan berundur beberapa langkah ke belakang sambil melihat gerak-geri ubi kayu itu. Yanak-anak terus terkejut kerana isi ubi kayu itu terus bertukar menjadi jin. Yanak-anak terus berlari untuk menyelamatkan diri. Jin itu pula terus mengejar Yanak-anak. Yanak-anak cuba membuat helah untuk melepaskan diri. Yanak-anak mengambil kutu dari kepalanya dan meletakkannya di sehelai daun. Mana kau Ondu, kata jin itu. Jin itu mencari-cari Yanak-anak dan menjumpai kutu yang ditinggalkan oleh Yanak-anak. Jin mengambil kutu itu dan terus makan. Em baru makan kutu pun sedap makin lagi kalau dapat makan Si Ondu, kata jin itu. Jin itu terus mencari sambil berkata Mana kau tu Ondu? keluar kau. Yanak-anak sangat takut dan terus berlari menyelamatkan diri. Dia mendapat satu idea. Dia memanjat sepohon pokok bambangan. Jin itu terus mengejarnya dan akhirnya dia dapat mencium bau Yanak-anak di atas pokok babangan. O sini pula kau Ondu kata jin itu. Jin itu berabis mau naik itu pokok tapi dia tidak dapat. Jin itu pun tanya sama Yanak-anak.Macam mana kau naik pokok ini Ondu? tanya jin itu. Saya naik terbalik, kaki di atas tangan di bawah, kata Yanak-anak. Dengan tidak berfikir panjang jin itupun naik seperti yang dikatakan oleh Yanak-anak. Belum pun sampai setengah jin itu naik, jin itu sudah jatuh dan terantuk kepalanya atas batu dan terus mati. Yanak-anak pun terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian itu pada mamanya. Mamanya bersyukur kerana anaknya selamat. Akhirnya Yanak-anak terkenal di seluruh kampung kerana keberaniannya melawan jin itu dengan hanya kepandaiannya saja. Sebenarnya jin itu sudah banyak kali menganggu beberapa orang penduduk kampung selama ini. Yanak-anak diberi pengurniaan oleh ketua kampung di situ atas jasanya kepada kampung itu.

Teks Suntingan :

Tajuk: Yanak-anak

Pada zaman dahulu kononnya tinggal seorang pemuda bersama ibunya di sebuah kampung yang terpencil di pedalaman. Pemuda itu bernama Yanak-anak, namun ibunya lebih suka memanggilnya Ondu. Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Pemuda itu rajin membantu ibunya berkebun, mencari kayu api, mencari makanan dan boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah dilakukannya memandangkan keadaan ibunya yang sudah tua. Pada suatu hari, Yanak-anak bangun awal untuk mencari makanan. Yanak-anak biasanya mencari makanan pada waktu petang, tapi dia tidak dapat melakukannya petang kelmarin memandangkan keadaan hujan yang terlalu lebat. Yanak-anak sudah bersiap-siap untuk meredah hujan namun dilarang oleh ibunya. Besok sahaja kau cari makanan Ondu, masak sahaja apa yang ada malam ini, kata ibunya. Yanak-anak akur dengan nasihat ibunya. Yanak-anak mencapai parangnya lalu menuju ke hutan untuk mencari makanan. Yanak-anak sudah jauh berjalan namun belum menemui makanan seperti buah-buahan mahupun hasil-hasil hutan yang boleh dimakan bersama ibunya. Yanak-anak tidak berputus asa. Dia terus berjalan. Dalam pencariannya itu, Yanak-anak terlihat pokok ubi kayu yang agak luar biasa besarnya. Besar juga pokok ubi kayu ini, tentu besar isinya, teka Yanak-anak. Aku harus mengoreknya dengan cepat, nanti saya lambat ke kebun, kata Yanak-anak. Yanak-anak mula mengorek. Yanak-anak gembira melihat isi ubi kayu yang besar. Ini cukup untuk dua hari, kata Yanak-anak. Yanak-anak memotong tangkai ubi kayu itu dan cuba untuk menarik keluar. Belumpun sempat Yanak-anak menarik keluar isi ubi kayu itu, ubi kayu itu terbenam kembali dalam tanah. Yanak-anak tidak berputus asa. Dia terus mengorek ubi tanah itu. Begitu juga keadaannya sebelum Yanak-anak menarik keluar, ubi kayu tersebut terus terbenam ke dalam tanah. Yanak-anak mencuba beberapa kali, namun menemui kegagalan. Tiba-tiba Yanak-anak terdengar ubi kayu itu berkata-kata. Berhenti mengorek Ondu, saya pergi minum dahulu, kata ubi kayu. Yanak-anak berasa hairan mendengar ubi kayu itu pandai berkata-kata, namun dia menurut sahaja kehendak ubi kayu itu. Yanak-anak sudah mengagak mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi lalu berundur beberapa langkah ke belakang sambil memerhati gerak-geri ubi kayu itu. Yanak-anak sangat terkejut kerana isi ubi kayu itu telah bertukar menjadi jin. Yanak-anak terus berlari untuk menyelamatkan diri. Jin itu pula terus mengejar Yanak-anak. Yanak-anak cuba membuat helah untuk melepaskan diri. Yanak-anak mengambil kutu dari kepalanya lalu meletakkannya pada sehelai daun. Mana engkau Ondu, kata jin itu. Jin mencari Yanak-anak. Jin itu menemui kutu yang ditinggalkan oleh Yanak-anak. Jin mengambil kutu itu lalu memakannya. Em, makan kutu pun sedap apa lagi kalau aku dapat makan Si Ondu, kata jin itu. Jin itu terus mencari Si Yanak-anak. Mana engkau Ondu? Keluar engkau, kata jin. Yanak-anak sangat takut dan terus berlari menyelamatkan diri. Dia mendapat satu idea. Dia memanjat sepohon pokok bambangan. Jin itu terus mengejar dan akhirnya jin itu dapat menghidu bau Yanak-anak di atas pokok bambangan. Oh di sini awak rupanya kata jin itu. Jin itu cuba memanjat pokok bambangan itu sehabis daya namun tidak berjaya. Bagaimana engkau memanjat pokok ini, Ondu? tanya jin. Saya memanjatnya terbalik, kaki di atas tangan di bawah, jawab Yanak-anak. Dengan tidak berfikir panjang jin itupun naik seperti yang dikatakan oleh Yanak-anak. Belum pun sampai setengah jin itu naik, jin itu telah jatuh, kepalanya terhantuk batu lalu mati. Yanak-anak segera balik ke rumah dan menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Ibunya bersyukur kerana anaknya selamat. Akhirnya Yanak-anak terkenal di seluruh kampung kerana keberaniannya melawan jin itu. Sebenarnya jin itu sudah menganggu beberapa orang penduduk kampung selama ini. Yanak-anak diberi pengurniaan oleh ketua kampung atas jasanya melawan jin tersebut.

RUMUSANSecara keseluruhan kajian, dapat dirumuskan bahawa kajian yang dijalankan telah mencapai objektif serta fokus kajian dapat dilaksanakan dengan sempurna. Banyak yang telah diperolehi daripada hasil dapatan kajian yang amat bermakna bagi kumulan kami.Antara perkara-perkara penting yang telah kami perolehi daripada tugasan ini adalah seperti, kami dengan secara tidak langsung dapat mendalami cerita-cerita rakyat, legenda dan juga cerita mitos yang selama ini kami pernah mendengarnya tetapi tidak menyedari akan kepentingannya kepada masyarakat yang ada sekarang. Ada di antara cerita yang kami perolehi ini tidak pernah kami dengar, dan melalui pengalaman menemubual informan-informan yang terdiri daripada orang-orang lama, maka banyak benda menarik yang kami dengar dan ingin menerokainya dengan lebih lanjut lagi.Memandangkan ahli kumpulan kami yang terdiri daripada suku kaum Kadazandusun, maka fokus kajian kami dalam tugasan ini memberi kelebihan kepada kami untuk mencari cerita-cerita yang berasal dari suku kaum kami sendiri. Kelebihan ini kami gunakan sepenuhnya disamping kami dapat mengetahui tentang sejarah serta asal usul bangsa kami sendiri.Dalam menjalankan kajian ini juga, terlalu banyak perkara-perkara baru yang kami ketahui dan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan yang muncul di dalam minda kami untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang cerita atau sejarah yang berkaitan dengan suku kaum kami sendiri. Sebelum ini kami telah mempelajari sejarah sejak di bangku sekolah lagi, malah tidak banyak cerita atau pun sejarah yang tertulis berkaitan dengan apa yang pernah berlaku di tempat kami sendiri khususnya di Sabah. Ini disedari apabila kami mendapati masih banyak cerita-cerita lama yang diwarisi secara turun-temurun dari nenek moyang, tidak ada tertulis dalam buku sejarah yang pernah kami pelajari di sekolah.Selain itu, kami mendapati banyak unsur-unsur pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita-cerita yang telah kami dengar. Salah satu daripadanya, kita perlu menghormati adat dan kepercayaan nenek moyang kita sendiri walaupun pada zaman sekarang masyarakat kita sudah mempunyai kepercayaan agama masing-masing. Kita tidak boleh membelangkangi adat serta pantang larang kaum kita sendiri, kerana setiap apa yang diceritakan itu tidak semestinya tidak benar, malah ia sudah tentu tidak diceritakan secara turun-temurun kalau cerita itu tidak pernah berlaku atau tidak terbukti kebenarannya.Sebagai cadangan daripada kumpulan kami, buku-buku sejarah di sekolah perlu ditulis semula dan perlu ada kajian terperinci lagi tentang cerita-cerita sejarah yang pernah berlaku di Sabah. Seperti yang kita semua tahu, setiap peristiwa bersejarah akan ditulis apabila ada orang yang menceritakannya secara lisan dan ada sumber bukti atau rujukan kebenaran cerita itu. Cerita legenda yang kami perolehi semasa menjalankan kajian juga merupakan cerita yang disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi secara turun-temurun. Ada diantara cerita-cerita ini yang mempunyai sumber rujukan atau bukti kebenarannya. Maka dengan hasil dapatan kajian ini, tidak salah jika kami menyatakan cerita-cerita ini juga perlu dituliskan di dalam buku sejarah sebagai tatapan serta pengetahuan kepada generasi yang akan datang. Ini adalah amat penting bagi generasi akan datang supaya mereka mengetahuinya dan sentiasa ingat akan asal-usul mereka.

RUJUKAN

Arena Wati (1978). Dusun. Kota Kinabalu. Penerbitan Yayasan Sabah

Ismail Yusoff (1997). Politik dan Agama di Sabah. Kuala Lumpur Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kadazan-Dusun Wikipedia . https//:mswikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun

Kitingan, Joseph Pairin (1982). General Introduction to the Culture anda Custom of the Natives of Sabah the Kadazan (Dusun). Our Cultural Heritage. Kota Kinabalu. Sabah Kadazan Cultural Association.

Mat Zin Mat Kib (2005). Warisan Seni Etnik Sabah. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Noor Risma Salfina Muhamad Rozali (2006). Etnik di Sabah. Selangor. Penapro Sdn. Bhd.

Peter Chay (1988). Sabah The Land Below The Wind. Kuala Lumpur : Foto Technik Sdn. Bhd.

Peter R. Phelan 2001. Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah. Kota Kinabalu. Natural History Publications (Borneo)

Rm. Jasni (1965). Sejarah Sabah. Pulau Pinang. Sinaran Bros. Sdn. Bhd.

Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarim Hj. Mustajab & Suraya Sintang (2007). Pluraliti Etnik dan Budaya di Sabah. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Sherwood, G.L (1990). Social Organization of Sabah Societies. Kota Kinabalu. Sabah Museum and State Archives Department.

Warisan Budaya Kaum Kadazandusun. www.Sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm.

Zaini Bin Mohd. Isa (1969). Kebudayaan dan Adat Resam Kadazan dan Murut. Kelantan. Pustaka Aman Press. LAMPIRAN

0