Tugasan Kertas Kerja Keusahawanan

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIFMuka Surat1.0 PENDAHULUAN42.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN42.1 Permohonan Pembiayaan42.2 Cadangan Struktur Pembiayaan53.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT53.1 Maklumat Perniagaan / Syarikat54.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN64.1 Butir-butir Peribadi Usahawan64.2 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Pertama74.3 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Kedua84.4 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Ketiga94.5 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Keempat104.6 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Kelima114.7 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Keenam124.8 Butir-butir Peribadi Rakan Kongsi Ketujuh135.0 RANCANGAN PENGURUSAN145.1 Carta Organisasi146.0 PENGURUSAN OPERASI156.1 Lokasi Permis156.2 Gambar Permis166.3 Gambar Permis Yang Berhampiran176.4 Susunatur Dalam Permis186.5 Waktu / Hari Perniagaan186.6 Bekalan Produk Kraftangan196.7 Aktiviti Operasi196.7.1 Jualan Produk Kraftangan196.7.2 Perkhidmatan Sewa Pakaian Tradisional206.7.3 Perkhidmatan Tarian dan Muzik Tradisional20

7.0 RANCANGAN PEMASARAN217.1 Ciri-ciri Umum Produk dan Perkhidmatan217.2 Sasaran Pasaran Syarikat217.3 Strategi Pasaran Syarikat227.4 Analisa Persaingan237.5 Gambar Permis Pesaing248.0 RANCANGAN KEWANGAN258.1 Keperluan Kewangan258.2 Unjuran Jualan258.3 Anggaran Untung Kasar Jualan258.4 Gaji / KWSP258.5 Sewa Permis278.6 Susutnilai Harta Tetap278.6.1 Harta Tetap Yang Akan Dibeli279.0 CAGARAN DICADANG289.1 Cagaran Hartanah2810.0 Jadual Pelaksanaan Projek2811.0 Kesimpulan29Lampiran 130Lampiran 231Lampiran 339

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari Bank Rakyat bagi projek Perniagaan Produk Kraftangan iaitu Usaha Maju Jaya Sdn.Bhd. di JAYA Industrial Centre . Syarikat Usaha Maju Jaya Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat perniagaan perkongsian yang menjual dan barang-barang hasil kraftangan dan juga menyediakan perkhidmatan persembahan tarian dan muzik tradisional serta menyediakan pakaian tradisional pengantin untuk disewa. Perniagaan ini ditubuhkan kerana memenuhi permintaan hasil kraftangan dari pelbagai pihak khususnya di daerah Kota Marudu. Setakat ini , hasil kraftangan mendapat permintaan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

Berbekalkan pengetahuan tentang seni kraftangan , saya dan rakan-rakan bercadang membuka sebuah permis yang menjual hasil kraftangan dengan anggaran kos projek sebanyak RM 100,000. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan sebanyak RM 80, 000, manakala sumbangan saya dan rakan kongsi ialah RM 20, 000.

Pembiayaan RM 80, 000 tersebut akan digunakan bagi tujuan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan kedai, deposit sewa & utility dan juga modal pusingan. Manakala sumbangan saya dan rakan kongsi sebanyak RM 20, 000 akan digunakan untuk Deposit Sewa & Utiliti dan Stok Permulaan.

Pekan Baru Kota Marudu merupakan lokasi yang strategik untuk perniagaan menjual hasil kraftangan dan perkhidmatan persembahan tarian dan muzik tardisonal kerana ia mudah dilihat dan diakses dari jalan raya utama . Persekitarannya juga amat sesuai kerana terletak ditengah-tengah Pekan Kota Marudu yang menjadi tumpuan masyarakat dari daerah Kudat dan Pitas.

Dengan tahap persaingan yang sangat kurang, saya yakin perniagaan ini mampu berkembang dengan baik. Kami telah meninjau dan mendapati bahawa tidak terdapat kedai yang khusus untuk menjual hasil kraftangan di Pekan Kota Marudu. Begitu juga dengan perkhidmatan persembahan tarian dan muzik tradisional .Dengan permintaan yang semakin meningkat dan trend pasaran masa kini , saya yakin syarikat ini akan mampu berkembang pada masa hadapan.

Saya berharap dengan bantuan pembiayaan dari Bank Rakyat ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan menjual hasil kraftangan.

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM 80, 000 dari Bank Rakyat bagi membiayai modal permulaan perniagaan menjual hasil kraftangan di Pekan Kota Marudu, Sabah.

2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi membiayai keperluan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan kedai, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan seperti berikut :-

No.KeperluanRM

1Ubahsuai Kedai 10, 000

2Peralatan dan Kelengkapan Kedai 15, 000

3Stok Permulaan 10, 000

4Deposit Sewa & Utiliti 12, 000

5Modal Pusingan 53, 000

Jumlah 100, 000

2.2Cadangan Struktur Pembiayaan

Sumbangan / PembiayaanRM

Usahawan Deposit Sewa & Utiliti + Stok Permulaan 20, 000

Bank Rakyat 80, 000

Jumlah 100, 000

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT

3.1Maklumat Perniagaan / SyarikatNama Perniagaan: Usaha Maju Jaya Sdn.BhdAlamat Perniagaan: Lot 8, Block A, Bangunan JAYA Industrial Centre, Kota Marudu.Alamat Surat Menyurat: Peti Surat 407, 89108 Kota Marudu.Nombor Telefon: 088-663624Bentuk Syarikat: PerkongsianKegiatan Utama: Menjual hasil kraftanganTarikh Mulakan Perniagaan: 20 Ogos 2013Tarikh Pendaftaran: 10 Mei 2013Nombor Pendaftaran: PW0006239-GModal Permulaan: RM 100, 000Nama Bank: Bank RakyatJenis Akaun: Akaun SemasaNombor Akaun Syarikat: 21642902376490

4.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN4.1Butir butir Peribadi UsahawanNama Penuh: Rosiey Bin Steven KalunangNo. Kad Pengenalan: 730124-12-5868 ( Lihat Lampiran 1)Tarikh Lahir: 24 Januari 1973Umur: 40 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Marak-Parak, Kota Marudu.Taraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Pengurusan Perniagaan KraftanganKemahiran: Pengurusan PerniagaanPengalaman: Jurujual SambilanJawatan Dalam Syarikat : Pengarah UrusanPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 013-5674456

4.2 Butir-butir Rakan Kongsi Pertama

Nama Penuh: Mihail MosulinNo. Kad Pengenalan: 750912-12-5205Tarikh Lahir: 12 September 1975Umur: 38 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Tandek, Kg, GarudaTaraf Perkahwinan: Berkahwin Taraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Pengurusan Perniagaan KraftanganKemahiran: Pengurus PemasaranPengalaman: Jurujual SambilanJawatan Dalam Syarikat : PentadbiranPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 014-5677444

4.3Butir-butir Rakan Kongsi KeduaNama Penuh: Johning JomonNo. Kad Pengenalan: 741226-12-5817Tarikh Lahir: 26 Disember 1974Umur: 39 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Kudat, Kg. GumandangTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Pengurusan PerniagaanKemahiran: Mengurus StokPengalaman: Jurujual SambilanJawatan Dalam Syarikat : Pengurus StokPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 013-789922

4.4Butir-butir Rakan Kongsi KetigaNama Penuh: Selverinus IntangNo. Kad Pengenalan: 760112-12-5353Tarikh Lahir: 12 November 1976Umur: 37 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Ranau, Kg.NabaluTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Tarian Tradisi SabahKemahiran: Menari Tarian Etnik Kadazan DusunPengalaman: Bekerja dengan Kementerian KebudayaanJawatan Dalam Syarikat : Pengurus Perkhidmatan TarianPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 011-6766345

4.5Butir-butir Rakan Kongsi KeempatNama Penuh: Zainaliusk KibakNo. Kad Pengenalan: 770306-12-5211Tarikh Lahir: 06 Mac 1977Umur: 36 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Kudat, Kg. LajungTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: PerakaunanKemahiran: Mengurus AkaunPengalaman: Kerani BankJawatan Dalam Syarikat : JuruauditPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 014-6788455

4.6Butir-butir Rakan Kongsi KelimaNama Penuh: Sungson GantarNo. Kad Pengenalan: 770523-12-4522Tarikh Lahir: 23 Mei 1977Umur: 36 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Tandek, Kg.TingkalanonTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Seni Alat Muzik Tradisional SabahKemahiran: Membuat GongPengalaman: Bekerja di Kementerian KebudayaanJawatan Dalam Syarikat : Pengurus Perkhidmatan Muzik TradisionalPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 012-2315567

4.7Butir-butir Rakan Kongsi KeenamNama Penuh: Junaidey BuansingNo. Kad Pengenalan: 761227-12-5227Tarikh Lahir: 27 Disember 1976Umur: 37 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Bak-Bak, Kg.AirTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: ICT Dalam PerniagaanKemahiran: KomputerPengalaman: Juruteknik ICTJawatan Dalam Syarikat : Pengurus Publisiti (Pengiklanan)Pekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 012-66753221

4.8Butir-butir Rakan Kongsi Ketujuh

Nama Penuh: Rajudin Mohd AjayNo. Kad Pengenalan: 720223-12-9723Tarikh Lahir: 23 Febuari 1972Umur: 41 TahunJantina: LelakiAlamat: Jalan Tambunan, Kg.TongobTaraf Perkahwinan: BerkahwinTaraf Pendidikan: Diploma Perguruan MalaysiaPengalaman Kerja: 16 Tahun- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Kursus Yang Pernah Dihadiri: Asas PentadbiranKemahiran: Pengurusan PentadbiranPengalaman: Kerani di Agensi PelanconganJawatan Dalam Syarikat : SetiausahaPekerjaan Sekarang: GuruNo. Telefon: 014-4436755

5.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat Usaha Maju Jaya Sdn.Bhd. yang bertanggungjawab ke atas perjalanan syarikat secara keseluruhannya. Pengurusan syarikat ini adalah seperti berikut :

CARTA ORGANISASI

Pengarah Urusan

Pengurus PemasaranJuru AuditStok JualanPentadbiran

Pengurusan Perkhidmatan MuzikPengurus Perkhidmatan Tarian

PekerjaPromosi dan Pengiklanan

6.0 PENGURUSAN OPERASI

6.1Lokasi Permis

Jalan Tandek Marudu,Lot 8, Block A, Bangunan JAYA Industrial Centre, Kota Marudu.

Gambar Lokasi Permis Baru Yang Akan Dibuka

6.2Gambar Permis Baru

Gambar Permis Baru Yang Akan Disewa

6.4Gambar Permis Berhampiran

Gambar Permis Berhampiran

6.4Susunatur Dalam Permis

Alat Muzik Tradisional Pakaian Tradisional Untuk Disewa dan Dijual

PINTU UTAMA

Kaunter Pertanyaan

Produk Kraftangan Untuk Dijual

Produk Kraftangan Untuk Dijual

6.5Waktu / Hari Perniagaan

Waktu Perniagaan: Jam 7.30 AM 5.00 PMHari Perniagaan: Isnin hingga Ahad ( Hari Ahad dan Cuti Umum dibuka hingga jam 2.00 PM)

6.6Bekalan Produk KraftanganBilPembekal(Individu)LokasiBaranganTerma(Tunai)

1Orimpai GunamKg. Pinawantai

Produk KraftanganTunai

2Darius UmpaiKg. GumandangAlat Muzik TradisionalTunai

3Ratisia AndakKg. SalimpodonPakaian TradisionalTunai

6.7 Aktiviti Operasi

6.7.1Jualan Produk KraftanganBilNama ProdukKuantitiHarga

1Baju Kosigoi (P)1RM 100.00

2Baju Kosigoi (L)1RM 100.00

3Tinohieaan1RM 300.00

4Tinamasan @ Landap1RM 300.00

5Manik (Pelbagai Warna)1 BungkusRM 2.00

6Gelang Tembaga1RM 5.00

7Gadur1RM 400.00

8Gurincing1RM 220.00

9Longuyai1RM 220.00

10Torot1RM 600.00

11Tangkong1RM 300.00

12Botungkat1RM 60.00

13Burambun Kecil1RM 3.00

14Burambun Besar1RM 5.00

15Saring1RM 150.00

16Timason1RM 300.00

17Landap1RM 400.00

18Beg Sulam1RM 13.00

19Rinda Emas1 MeterRM 3.50

20Rampai1RM 15.00

6.7.2Perkhidmatan Sewa Pakaian TradisionalBilPerkhidmatanHarga

1Pakaian PerempuanRM 150.00

2Pakaian LelakiRM 150.00

3Pakaian Perempuan + AksesoriRM 350.00

4Pakaian Lelaki + AksesoriRM 350.00

6.7.3Perkhidmatan Tarian dan Muzik TradisionalBilPerkhidmatanPakej A(Majlis Rasmi)Pakej B(Perkahwinan)

1Muzik RM 500.00RM 350.00

2TarianRM 800.00RM 600.00

3Muzik + TarianRM 1200.00RM 800.00

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

7.1Ciri-ciri Umum Produk dan Perkhidmatan

Syarikat akan menjalankan perniagaan menjual hasil kraftangan khususnya yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan dari daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas. Produk kraftangan ini seperti alat muzik tradisional, pakaian tradisional, aksesori perhiasan tradisional serta peralatan tradisonal yang digunakan untuk keperluan perkahwinan (hantaran).

Syarikat juga akan menyediakan perkhidmatan sewaan pakaian tradisional untuk pengantin yang mahu menggunakan pakaian tradisional dalam majlis perkahwinan serta kepada mana-mana pihak yang mahu menggunakan pakaian tradisional dalam majlis rasmi.

Syarikat juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan persembahan muzik dan tarian tradisional untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi. Perniagaan ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana adanya majlis-majlis rasmi yang sering menggunakan pakaian, tarian dan muzik yang berunsur tradisional.

7.2Sasaran Pasaran Syarikat

Pada peringkat awal perniagaan , fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas. Secara umumnya , populasi di kawasan ini didominasikan oleh kaum bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu lokasi yang dipilih iaitu di Pekan Kota Marudu sangat sesuai bagi menjalankan perniagaan dan berpotensi besar untuk berjaya.

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut :

DaerahBilangan Penduduk

Kudat85, 404

Kota Marudu68, 289

Pitas38, 764

Jumlah192,457

7.3Strategi Pasaran Syarikat

Berikut merupakan strategi strategi yang telah dirancang :I. Memperbanyakkan produk kraftangan yang akan ditawarkan kepada pelanggan di permis yang baru. Permis yang baru dapat menampung jumlah produk yang lebih banyak berbanding tempat perniagaan yang lama yang dijalankan di gerai berhampiran pasar sayur.II. Menawarkan diskaun harga sekiranya jumlah belian atau perkhidmatan melebihi jumlah tertentu seperti berikut :

JenisJumlahDiskaun

Produk kraftanganRM 150 - RM 4003%

RM 400 keatas5%

Perkhidmatan RM 500 keatas5%

RM 800 keatas10%

RM 1, 20015%

III. Menjalankan promosi dengan mengadakan jualan dan pameran pada waktu perayaan yang dijalankan setiap tahun mengikut daerah. Antaranya ialah pada waktu Pesta Jagung ( Kota Marudu), Pesta Bengkoka ( Pitas), Pesta Gong (Matunggong), Pesta Kelapa (Kudat) dan Pesta Menuai. Promosi juga dijalankan dengan mengadakan jualan dan pameran pada setiap Hari Tamu secara bergilir-gilir mengikut daerah iaitu hari Selasa (Kudat), Ahad (Kota Marudu) dan Sabtu (Pitas).

IV. Selaras dengan kemajuan ICT, syarikat juga akan membuat promosi dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Blog .

V. Syarikat juga bercadang untuk menjadikan Permis ini sebagai lokasi pelancong yang melawat ke Utara Sabah dengan cara mendaftarkan permis ini di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Oleh itu kami perlu menjalin kerjasama dengan agensi pelancongan yang terdapat di Sabah.

7.4Analisa Persaingan

No.PesaingKekuatanKelemahan

1SIAH ENTERPRISEBeroperasi selama 3 tahun.Permis yang kurang menarik, produk kraftangan yang terhad, pakej sewa pakaian yang kurang menarik dan kurang promosi

7.5Gambar Permis Pesaing

Gambar Permis Pesaing

8.0 RANCANGAN KEWANGAN

8.1Keperluan Kewangan

No.KeperluanRM

1Ubahsuaian 10, 000

2Peralatan dan Kelengkapan Permis

15,000

3Stok Permulaan

10, 000

4Deposit Sewa12,000

5Modal Pusingan53,000

Jumlah100,000

8.2Unjuran JualanTahun 1Nov 2013Dis 2013Jan 2014Feb 2014Mac 2013April 2014 Jumlah

8, 5009, 0009, 00010, 50010,50011, 00050, 000

Mei 2014Jun 2014Julai 2014Ogos 2014Sept 2014Okt 2014Jumlah

12,50012, 50012, 50013, 00013,00013,00076, 500

126, 500

Tahun 2Nov 2014Dis 2014Jan 2015Feb 2015Mac 2015April 2015 Jumlah

13, 50014, 00014, 00014, 00014,50014, 50084, 500

Mei 2015Jun 2015Julai 2015Ogos 2015Sept 2015Okt 2015Jumlah

15,00015, 50015, 50016, 00016,00017,00096, 000

180, 500

8.3Anggaran Untung Kasar Jualan

Produk / PerkhidmatanAnggaran Untung Kasar (%)

Jualan Produk kraftangan45%

Perkhidmatan sewaan35%

Perkhidmatan Tarian dan Muzik25%

Jumlah100%

8.4Gaji / KWSPNo.JawatanBilanganGaji KasarKWSP(13%)JumlahGaji Kasar

1Pengurus1RM 1,200 x 1RM 156RM 1, 356

2Penolong Pengurus7RM 1,000 x 7RM 910RM 7, 910

3Pekerja2RM 700 x 2RM 182RM 1, 582

RM10, 848

8.5Sewa Permis

Kadar sewaan premis adalah RM 1,200.00 sebulan. Tempoh sewaan adalah selama 2 tahun dengan pilihan penyambungan selama 2 tahun. Pemilik premis adalah En. Robert Yong Kok Moi yang boleh dihubungi melalui telefon 014-5568876 .Deposit Tanda Jadi (Earnest Deposit) sebanyak RM 2,400.00 telah pun dibayar kepada beliau pada 01 September 2013. Rujuk Surat Persetujuan Sewaan beliau bertarikh seperti di Lampiran 2.

8.6 Susutnilai Harta Tetap

8.6.1Harta Tetap Yang Akan DibeliNo.Harta TetapBil.HargaKos (RM)Jumlah Harga Kos(RM)Kadar Susutnilai (%)Jumlah Susutnilai (RM)

1Meja Kaunter1200.00200.00510.00

2Mesin Wang1800.00800.001080.00

3Meja Kaca 21,500.003,000.0020600.00

4Almari Kaca11,500.001,500.0020300.00

5Kerusi620.00120.0056.00

6Ubahsuai Lantai danDindingLS10,000.0010,000.005500.00

Jumlah15,650.00651,400.96

9.0 CAGARAN DICADANG

9.1Cagaran HartanahNoPemilikNo.Hak MilikKeluasanNilai Pasaran (RM)

1Rosiey Bin StevenNT.02255764 Ekar160,000.00

10.0JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

No.PerlaksanaanTarikh Jangkaan

1Permohonan Pembiayaan4/7/2013

2Temuduga Pertama11/7/2013

3Temuduga Kedua18/7/2013

4Kelulusan21/7/2013

5Proses Dokumentasi & Guaman22/7/2013 4/8/2013

6Pengeluaran Wang5/8/2013

7Ubahsuai Premis dan Dekorasi6 13 /8/2013

7Pembelian Peralatan Kedai & Premis12/8/2013

8Pembelian Stok 13/8/2013

9Perniagaan beroperasi sepenuhnya20/8/2013

11.0 KESIMPULANSaya berharap dengan bantuan kewangan dari skim Bank Rakyat ini akan dapat merealisasikan projek Perniagaan Kraftangan cadangan saya dan memberikan peluang kepada kami untuk memulakan perniagaan saya sendiri.

Saya yakin dengan bantuan kewangan ini akan membantu saya memajukan potensi yang ada pada diri saya dan rakan-rakan untuk melaksanakan projek perniagaan kraftangan di JAYA Industrial Centre yang mempunyai pasaran yang besar dan menggalakkan. Semoga pihak Bank Rakyat dapat mempertimbangkan permohonan kami ini demi pembangunan perniagaan Bumiputera dalam bidang kraftangan.

LAMPIRAN 1Salinan Kad Pengenalan Usahawan

LAMPIRAN 2

PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI UNTUKPERNIAGAAN KRAFTANGAN

ALAMAT KEDAI SEWA:

Lot 8, Block A,Bangunan JAYA Industrial Centre,Kota Marudu.

DIANTARA

EN .ROBERT YONG KOK MOI (TUAN KEDAI)

DAN

EN .ROSIEY BIN STEVEN(PENYEWA)

PADA01 HB September 2013

PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI UNTUK PERNIAGAAN MAKANAN

PERJANJIAN ini di buat pada01 JUN 2012sehingga31 MEI 2013selama satu(1) tahun di hendaklah memperbaruansatu bulan(1)dari tarikh tamat tempoh perjanjian.

DiantaraEn. Robert Yong Kok Moiyang beralamat diLot 2234, Km 12 Jalan Besar, Kampung Sejangkang, Teluk Panglima Garang, 42600 Kudat.(selepas ini disebut sebagai "Tuan Kedai") sebagai satu pihak dan En.Rosiey Bin Steven beralamat di Jalan Marak-Parak (selepas ini disebut sebagai "Penyewa" yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang di maksudkan meliputi hak pentadbiran harta penyewa, waris dan orang yang mempunyai hak mentadbir harta pusaka Penyewa) sebagai pihak satu lagi.

BAHAWASANYA

A. Tuan Kedai adalah pemilik sah dan berdaftar bagi kedai di alamat di bawah dan Tuan Kedai bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Kedai untuk seluruh ruang Rumah di alamat :Lot 8, Block A,Bangunan JAYA Industrial Centre.

(selepas itu di sebut sebagai "Kedai tersebut") serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.

B.Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Kedai sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia 1,200 sebulan hendaklah di bayar sebelum tarikh 31 HB tiap-tiap bulan.

C. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani Perjanjian ini sebanyak RinggitMalaysia RM 2,400 sebagai bayaran 2 (dua) bulan cagaran/deposit dan bayaran sewa bulan pertama serta sebanyak RinggitMalaysiaRM 1,000 bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.

D. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penyewa Kedai.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN KEDAI SEPERTI BERIKUT:

1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana diTETAPKAN.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Kedai tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).

4. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Kedai tersebut dan/atau sebahagian daripada Kedai tersebut digunakan untuk apa pun jenis perniagaan yang melanggar undang-undag atau urusan jenis perniagaan yang telah dipersetujukan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Kedai.

5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang kedai tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Kedai dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Kedai berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

6. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Kedai Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Kedai.

7. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Kedai apa jua bahan yang melanggar undang-undang kerajaan dan/atau bahan yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Kedai.

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Kedai tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Kedai.

9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Kedai tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

10. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Kedai tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

11. Membenarkan Tuan Kedai atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Kedai tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Kedai menganggap adalah mustahak.

12. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Kedai semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.

13. Menyerahkan kembali Kedai tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Kedai apabila perjanjian penyewaan ini ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN KEDAI

1. Akan membayar , Cukai Tanah, , yang dikenakan ke atas Kedai tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Kedai tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Kedai bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas kedai tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Kedai akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Kedai bagi menjelaskan sewa kedai yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh tuan kedai untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

4. Mempastikan langkah-langkah keselamatan kedai telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Kedai seperti pemasangan pintu berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian kedai dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN KEDAI DAN PENYEWA

1. Tuan Kedai hendaklah menyerah kunci kedai kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya Perjanjian ditamatkan oleh Tuan Kedai atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Kedai atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Kedai.

4. Tuan Kedai berhak untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Kedai berkehendakkan semula Kedai tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis kepada penyewa.

5. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Kedai.

6. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Kedai apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

7. Sebarang pertikaian diantara Tuan Kedai dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui Timbangtara.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATASpihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.

.....

Tuan Kedai

Nama: En. Robert Yong Kok Moi

Kad Pengenalan:640123-12-7868

Tarikh:

Penyewa/Ketua Kedai

Nama: En.Rosiey Bin Steven

Kad Pengenalan: 730124-12-5768

Tarikh:

.

Saksi Pertama

Nama: Hj. Abd Rahman Bin Hussin

Kad Pengenalan:620708-12-7896

Tarikh:

...

Saksi Kedua

Nama: En. Saimin Palang

Kad Pengenalan: 700618-12-3422

Tarikh:

LAMPIRAN 3Borang Permohonan Pembiayaan

Rosiey Bin Steven,Usaha Maju Jaya Sdn.Bhd, (001234567-U)JAYA Industrial Centre,Kota Marudu.Telefon: 014-8722755

Tarikh: 04 HB JULAI 2013Pengurus,Bahagian Pembiayaan Perniagaan,Bank Rakyat,Cawangan Kota Marudu,Sabah.

(U/P: En. Mohd Hassan Ali )

Tuan,

RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN - USAHA MAJU JAYA Sdn.Bhd

Dengan sukacitanya, saya Rosiey Bin Steven, No. Kad Pengenalan : 730124-12-5768, mengemukakan Rancangan Perniagaan untuk permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan berjumlah RM80,000 bagi mendapatkan pembiayaan kewangan projek restoran saya iaitu Usaha Maju Jaya Sdn.Bhd di JAYA Industrial Centre , Kota Marudu.

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus Pengurusan Perniagaan Kraftangan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah , saya bercadang membuka permis perniagaan saya sendiri di JAYA Industrial Centre, Kota Marudu dengan anggaran kos projek sebanyak RM 100, 000 . Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan perniagaan sebanyak RM 80, 000. manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM 20, 000.00.

Pembiayaan RM80,000 tersebut akan digunakan bagi tujuan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan. Manakala sumbangan saya sebanyak RM20, 000 akan digunakan untuk Deposit Sewa & Utiliti dan Stok Permulaan.

JAYA Industrial Centre saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan menjual dan menyediakan perkhidmatan berasaskan kraftangan dan kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di tengah-tengah Pekan Kota Marudu.

Dengan tahap persaingan yang rendah , saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 70% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kepelbagaian produk yang disediakan, kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

Saya berharap dengan bantuan [skim pembiayaan] ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan restoran khasnya.

Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.......(ROSIEY BIN STEVEN )No.KP : 730124-2-5768Telefon: 014-8722755

2