Upload
rokiah-bt-kormin-kak-kiah
View
250
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBUDAYAAN ICT
SK. ST. ANTHONY
36000 TELUK INTAN
Nukilan : Rokiah bt. Kormin
D20112054809
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
kurikulum merupakan keupayaan dan kemahiran seseorang guru
memanfaatkan kemudahan TMK sebagai alat untuk
memperoses dan mengakses maklumat serta menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan
efisyen. Sekiranya budaya mengintegrasikan TMK ini dipupuk
dalam setiap perancangan akademik sekolah, maka ia akan
memberi pengalaman pembelajaran baru sekaligus
anjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di kelas menjadi lebih sistematik dan interaktif serta
fokus murid menjadi lebih tajam.
Sebagai salah sebuah sekolah bantuan modal SK. St. Anthony
tidak mempunyai kemudahan asas( ICT )sepenuhnya berbanding
dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Kerajaan hanya
membekalkan dua buah komputer bagi kegunaan pihak pejabat
dan pusat sumber sekolah .Namun begitu, dengan hasil usaha En. Abdul
Samad bin Abdul Rahman selaku Guru Besar sekolah ini , beliau
berusaha mendapatkan beberapa buah komputer yang lain atas
sumbangan pihak-pihak tertentu dan orang perseorangan . sekolah
ini telah dapat bekalan kemudahan komputer bagi kegunaan murid-
murid serta guru-guru di sekolah ini.
Gambar SK.St.Anthony Teluk Intan
Pejabat sekolahsetelah diubahsuai oleh
En. Abdul Samad bin . Abd Rahman(Guru Besar )
En.Abdul Samad bin Abdul Rahman( Guru Besar)
Pada tahun 2012 ini kami telah menerima 10 buah komputer
yang terpakai sumbangan daripada alumni St. Anthony yang
dipengerusikan oleh Dr. Dillip Kumar. Ianya merupakan hasil usaha
En .Abdul Samad bin Abdul Rahman (Guru Besar ) beserta
En.Baskaran ( guru ) di sekolah ini. Dengan adanya 10 buah komputer
ini pihak sekolah telah membina sebuah mini makmal komputer
untuk kegunaan murid-murid bagi menjalankan sesi pembelajaran
yang menggunakan ICT di sekolah .
Inilah gambar Mini Makmal Komputer SK.St. Anthony
:
Pembelajaran di bilik Mini Makmal Komputer
Sekolah juga telah dibekalkandengan tiga buah LCD projektoryang telah ditempatkan di makmal sains dan bilik tayangserta bilik gerakan sekolah. Ianyadigunakan secara maksimum olehpelajar dan guru bagi sesipengajaran dan pembelajaran.
Makmal Sains SK. ST.Anthony Teluk Intan:
Bilik Gerakan /Bilik Mesyuarat SK. St. Anthony Teluk Intan :
Bilik Tayang / Bilik Muzik SK. St. Anthony Teluk Intan
URL Blog SK. ST. Anthony Teluk Intan Perak.Klik disini
Gambar Pusat Sumber SK.ST.Anthony
Carta penggunaan bilik ICT (Mini Makmal Komputer )
18%
19%
22%
22%
19%
Pengguna Mini Makmal komputerSK. ST. Anthony
Guru Matematik Guru Sains
Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa Inggeris
Guru Pendidikan Islam
Sekalung budi
Terima kasih di ucapkn kepada :
En.Abdul Samad b. Abdul Rahman(Guru Besar
SK.St. Anthony )
Guru-guru Penolong Kanan seterusnya guru-guru dan
murid-murid SK.ST. ANTHONY,
TELUK INTAN.
Sekian, terima kasih