17
Tingkatan Dua Masa 80 Minit Genre Novel Tajuk Wira Pesona Avatari Fokus Utama 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran. Aras 1 (iv) Mengemukakan jenis, ciri-ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa. Fokus Sampingan 1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai. Aras 1 (iii) Menjelaskan maksud sebenar penyataan dalam teks. Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan dialog yang terdapat dalam novel. ii. Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan peristiwa yang terdapat dalam novel. iii. Menulis empat pengajaran berdasarkan petikan dan nilai yang terdapat dalam novel. iv. Mencari maksud dan membina ayat daripada peribahasa yang dikesan dalam petikan. Kemahiran Bahasa Kemahiran membaca Kemahiran menulis Sistem Bahasa Peribahasa Kosa kata: Istilah Komputer Pengisian Kurikulum Ilmu: Sains Nilai: Tabah, gigih, kerjasama, kasih sayang Kemahiran Kemahiran Berfikir: Borang penyusunan grafik, peta minda, 1

Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web view(iv) Mengemukakan jenis, ciri-ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa. Fokus Sampingan

Embed Size (px)

Citation preview

Tingkatan Dua

Masa 80 Minit

Genre Novel

Tajuk Wira Pesona Avatari

Fokus Utama

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.

Aras 1(iv)

Mengemukakan jenis, ciri-ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa.

Fokus Sampingan

1.3Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

Aras 1

(iii)Menjelaskan maksud sebenar penyataan dalam teks.

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan dialog yang terdapat dalam novel.

ii. Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan peristiwa yang terdapat dalam novel.

iii. Menulis empat pengajaran berdasarkan petikan dan nilai yang terdapat dalam novel.

iv. Mencari maksud dan membina ayat daripada peribahasa yang dikesan dalam petikan.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran membacaKemahiran menulis

Sistem Bahasa PeribahasaKosa kata: Istilah Komputer

Pengisian Kurikulum

Ilmu: SainsNilai: Tabah, gigih, kerjasama, kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir: Borang penyusunan grafik, peta minda, ulasan, membuat rumusanKecerdasan pelbagai: Interpersonal, verbal linguistik, lakonan

1

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PenilaianFormatif KBT / Catatan

SetInduksi

Guru memanggil seorang murid dan menghadiahkan sebuah bungkusan.

Murid diminta menyatakan tujuan seseorang memberi hadiah.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

Murid sudah membaca novel

Menghubung kait

1 Nilai daripada Petikan Dialog

Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

Guru mengedarkan petikan dialog dalam novel Wira Persona Avatari.

Guru meminta seorang murid membaca dan melakonkan petikan dialog tersebut.

Guru meminta murid menyenaraikan empat nilai yang diperoleh daripada dialog dan mengisi dalam lampiran yang disediakan.

Objektif (i) tercapai

Lampiran 1

Membaca dan melakonkan dialog

Kemahiran berfikir

2 Nilai daripada Petikan Peristiwa

Guru mengedarkan Lampiran 2

Setiap kumpulan dikehendaki mengesan empat nilai berdasarkan petikan peristiwa dalam novel Wira Persona Avatari dan mengisi dalam lampiran yang disediakan.

Murid membentangkan hasil perbincangan tentang nilai-nilai daripada peristiwa yang terdapat dalam novel.

Objektif (ii) tercapai

Lampiran 2

3 Pengajaran

Guru mengedarkan Lampiran 3.

Guru menerangkan cara membina pengajaran berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang diperoleh.

Lampiran 3

Kemahiran berfikir

2

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PenilaianFormatif KBT / Catatan

Guru menerangkan perbezaan antara nilai dan pengajaran

Murid diminta menulis pengajaran berdasarkan petikan dan nilai menggunakan Lampiran 3.

Objektif (iii) tercapai Perbincangan

4 Peribahasa

Guru mengedarkan Lampiran 4

Murid dikehendaki memberi makna peribahasa yang dikesan dalam petikan (Rujuk Lampiran 4)

Murid dikehendaki membina ayat daripada peribahasa (Rujuk Lampiran 5)

Objektif (iv) tercapai

Pembelajaran masteri

Lampiran 4

Kerja rumah

Lampiran 5

5 Penilaian dan Pengukuhan

Guru meminta murid menulis perenggan tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel sebagai aktiviti pengukuhan di rumah.

Guru membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.

Kerja rumah

Lampiran 1/M

Lengkapkan petak-petak di bawah dengan nilai-nilai yang sesuai dengan dialog berikut.

3

Lampiran 1/G

Lengkapkan petak-petak di bawah dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sesuai dengan dialog berikut.

4

“Aina, mari masuk ke bilik tidur. Nanti ibu marah kalau dia tahu adik tidur di sini, “ kata Anas sambil memimpin adiknya itu ke bilik tidur.

“Ah, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bukankah begitu kata pepatah lama kita? Yakinlah kepada diri sendiri dan kepada ahli pasukan Aina nanti. Sebagai rakyat Malaysia tentu sekali kita boleh.”

“Ala, abang ni. Abang pesanlah borang tu secara manual. Mungkin tak canggih sangat dan selaras dengan era perdagangan elektronik, tapi cara itu tetap berkesan. Lagipun, pihak penganjur pertandingan bukannya jauh sangat sampai di hujung dunia. Alamat mereka pun di Cyberjaya. Dalam sehari, Aina jamin borang tu tentu boleh sampai kepada kita.”

“Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi.“Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen. Nak tak nak, kena tunggu tren lain.“Tak apalah abang Adeen,” kata Anas sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.

Lampiran 2/M

Lengkapkan jadual di bawah dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sesuai daripada peristiwa berikut.

5

Nilai kasih sayang

Nilai tolak ansur

Nilai kebijaksanaan

Nilai keyakinan

PERISTIWA NILAI

Tanpa ayah, Anas terpaksa mengambil alih peranannya sebagai orang lelaki di rumah. Oleh itu, Anas mesti lebih tabah mengharungi ujian Allah itu, Siapa lagi, kalau bukan dia.

Mereka nampak keletihan kerana terpaksa melalui beberapa halangan dan cabaran untuk keluar. Jalan keluar juga terpaksa dicari sendiri selepas Cikgu Nisah meninggalkan mereka sejam setengah yang lalu di laluan masuk belukar itu. Nyaris juga Aina terjatuh ke dalam gaung, tetapi Zuriani sempat menariknya.

Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakan-rakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi.

Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk membantu kawannya. Dia menikam mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

Lampiran 2/G

Lengkapkan jadual di bawah dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sesuai daripada peristiwa berikut.

6

PERISTIWA NILAI

Tanpa ayah, Anas terpaksa mengambil alih peranannya sebagai orang lelaki di rumah. Oleh itu, Anas mesti lebih tabah mengharungi ujian Allah itu, Siapa lagi, kalau bukan dia.

Nilai tangggungjawab/Nilai ketabahan

Mereka nampak keletihan kerana terpaksa melalui beberapa halangan dan cabaran untuk keluar. Jalan keluar juga terpaksa dicari sendiri selepas Cikgu Nisah meninggalkan mereka sejam setengah yang lalu di laluan masuk belukar itu. Nyaris juga Aina terjatuh ke dalam gaung, tetapi Zuriani sempat menariknya.

Nilai berdikari

Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakan-rakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi.

NIlai keberanian

Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk membantu kawannya. Dia menikam mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

Nilai kerjasama

Lampiran 3/M

Lengkapkan jadual dengan nilai dan pengajaran berdasarkan petikan di bawah.

7

PERISTIWA NILAI PENGAJARAN

“Aina, mari masuk ke bilik tidur. Nanti ibu marah kalau dia tahu adik tidur di sini, “ kata Anas sambil memimpin adiknya itu ke bilik tidur.

Nilai kasih sayang

“Ala, abang ni. Abang pesanlah borang tu secara manual. Mungkin tak canggih sangat dan selaras dengan era perdagangan elektronik, tapi cara itu tetap berkesan. Lagipun, pihak penganjur pertandingan bukannya jauh sangat sampai di hujung dunia. Alamat mereka pun di Cyberjaya. Dalam sehari, Aina jamin borang tu tentu boleh sampai kepada kita.”

Nilai Kebijaksanaan

.

Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakan-rakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi.

Nilai Keberanian

Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk membantu kawannya. Dia menikan mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

Nilai Kerjasama

Lampiran 3/G

Lengkapkan jadual dengan nilai dan pengajaran berdasarkan petikan di bawah.

8

PERISTIWA NILAI PENGAJARAN

“Aina, mari masuk ke bilik tidur. Nanti ibu marah kalau dia tahu adik tidur di sini, “ kata Anas sambil memimpin adiknya itu ke bilik tidur.

Nilai kasih sayang Kita harus mempunyai perasaan kasih saying antara ahli keluarga.

“Ala, abang ni. Abang pesanlah borang tu secara manual. Mungkin tak canggih sangat dan selaras dengan era perdagangan elektronik, tapi cara itu tetap berkesan. Lagipun, pihak penganjur pertandingan bukannya jauh sangat sampai di hujung dunia. Alamat mereka pun di Cyberjaya. Dalam sehari, Aina jamin borang tu tentu boleh sampai kepada kita.”

Nilai kebijaksanaan

Kita harus bijak membuat keputusan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakan-rakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi.

Nilai keberanian Kita perlu berani menghadapi risiko dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk membantu kawannya. Dia menikan mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

Nilai kerjasama Kerjasama dan semangat berpasukan dapat menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan.

Lampiran 4/M

Kenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan di bawah dan berikan maksud peribahasa tersebut.

9

Petikan Peribahasa

Mereka tidak harus mengandaikan akan seri satu sama. Mereka seharusnya berusaha untuk menang, bukannya bertahan. Kini mereka yang gagal ke perlawanan akhir. Kalau tidak, kelebihan gol sudah menjanjikan pasukan mereka iket ke perlawanan akhir, walaupun mereka seri. Ah, apa yang dapat dibuat lagi? Nasi sudah menjadi bubur. Kejayaan Anas mejaringkan gol tunggal untuk pesukannya masih tidak dapat mengubati kekecewaannya.

Peribahasa:

Maksud: .

Kenapa kakak gunakan nama tu?” tanya Zuriani pula. “Zu rasa, nama asal kakak kan dah sedap.”“Saja,” jawab Anjali.“Eh, mesti ada sebab, Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang,” celah Aina

Peribahasa:

Maksud:

Anas tersenyum dengan kecerdasan adiknya. Memang benar kata Aina, mereka tidak dibenarkan mendaftar secara talian langsung kerana tidak mempunyai kemudahan kad kredit. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Untuk mendaftar juga, mahu atau tidak terpaksa juga mereka memesan borang itu melalui kaedah tradisional, iaitu melalui pos.

Peribahasa:

Maksud:

Walaupun tidak dapat menggunakan kemudahane-tunai yang disediakan, kamudahan giro atau wang pos boleh juga digunakan untuk membayar harga borang itu dan yuran pendaftaran. Kata peribahasa, kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga.

Peribahasa:

Maksud:

Lampiran 4/G

Kenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan di bawah dan berikan maksud peribahasa tersebut.

10

Petikan Peribahasa

Mereka tidak harus mengandaikan akan seri satu sama. Mereka seharusnya berusaha untuk menang, bukannya bertahan. Kini mereka yang gagal ke perlawanan akhir. Kalau tidak, kelebihan gol sudah menjanjikan pasukan mereka iket ke perlawanan akhir, walaupun mereka seri. Ah, apa yang dapat dibuat lagi? Nasi sudah menjadi bubur. Kejayaan Anas mejaringkan gol tunggal untuk pesukannya masih tidak dapat mengubati kekecewaannya.

Peribahasa: Nasi sudah menjadi bubur

Maksud: Sesuatu perbuatan atau kerosakan yang tidak boleh dibaiki lagi.

Kenapa kakak gunakan nama tu?” tanya Zuriani pula. “Zu rasa, nama asal kakak kan dah sedap.”“Saja,” jawab Anjali.“Eh, mesti ada sebab, Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang,” celah Aina

Peribahasa: Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud:Sesuatu yang berlaku mesti ada sebab-sebabnya

Anas tersenyum dengan kecerdasan adiknya. Memang benar kata Aina, mereka tidak dibenarkan mendaftar secara talian langsung kerana tidak mempunyai kemudahan kad kredit. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Untuk mendaftar juga, mahu atau tidak terpaksa juga mereka memesan borang itu melalui kaedah tradisional, iaitu melalui pos.

Peribahasa: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Maksud:Jika berkehendakkan sesuatu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika kita tidak berkehendakkannya, kita akan mencari berbagai-bagai alasan.

Walaupun tidak dapat menggunakan kemudahane-tunai yang disediakan, kamudahan giro atau wang pos boleh juga digunakan untuk membayar harga borang itu dan yuran pendaftaran. Kata peribahasa, kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga.

Peribahasa:Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna.

Maksud:Mencari ikhtiar atau berusaha mendapatkan pilihan lain sekiranya usaha atau pilihan yang ada tidak dapat digunakan.

Lampiran 5/M

11

Bina ayat daripada peribahasa di bawah ini.

1. nasi sudah menjadi bubur Ayat: ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang

Ayat: ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Ayat: ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. kalau tidak ada rotan, akar pun berguna Ayat: ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Lampiran 5/G

Bina ayat daripada peribahasa di bawah ini.

12

1. nasi sudah menjadi bubur Ayat: Perbuatan Karim menangisi nasibnya setelah kakinya dipotong akibat kemalangan semasa dia menyertai lumba motosikal haram malam minggu yang lalu ibarat nasi sudah menjadi bubur.

2. kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang

Ayat: "Tentu ada sebabnya Hazwan meminta kamu tidak berkawan dengan gadis itu kerana kalau tidak ada angin. masakan pokok bergoyang," terang Puan Harlina kepada anak gadisnya.

3. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Ayat: Hazim tetap mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tambahan kerana dia sememangnya tidak berminat untuk menyertainya kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

4. kalau tidak ada rotan, akar pun berguna Ayat: Halim terpaksa menaip surat menggunakan mesin taip lamanya apabila komputer ribanya rosak kerana dia berpegang kepada peribahasa, kalau tidak ada rotan, akar pun berguna.

13