29
TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2014 29 SEPTEMBER 2014, 11.30 PAGI HOTEL EQUATORIAL,MELAKA

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

  • Upload
    tranque

  • View
    289

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER

GROUP SUMMIT (HUGS) 2014

29 SEPTEMBER 2014, 11.30 PAGI

HOTEL EQUATORIAL,MELAKA

Page 2: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

2

SALUTATIONS

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat

ALLAH SWT kerana dengan limpahan

rahmat dan kurniaNya dapat kita

berhimpun pada hari ini di Negeri

Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena

program HRMIS User Group Summit

(HUGS) 2014. Saya ingin mengambil

kesempatan di sini untuk merakamkan

ucapan tahniah kepada urus setia dan

semua pihak yang terlibat atas

kerjasama dan komitmen tinggi yang

diberikan dalam menjayakan

penganjuran program ini.

Page 3: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

3

2. ICT telah memperkasakan dan

mengubah kehidupan masyarakat

melalui penawaran pelbagai bentuk

penyelesaian kepada keperluan

masyarakat yang akhirnya membawa

kepada peningkatan kualiti hidup

rakyat. Di Malaysia, ICT bertindak

sebagai pemboleh upaya pembangunan

dan pertumbuhan ekonomi semenjak

sedekad yang lalu. ICT memberikan

penggandaan besar kepada ekonomi

negara kerana berpotensi menjadikan

rantaian bekalan lebih efisien,

mewujudkan lebih banyak rangkaian

kolaborasi, transaksi kewangan yang

lebih pantas, dan proses yang lebih

Page 4: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

4

telus.

3. ICT juga telah memudahkan urusan

mengakses maklumat dengan tepat dan

cekap, menembus pasaran merentas

sempadan kedudukan geografi dan zon

masa selain daripada mengurangkan

jurang maklumat dan menjimatkan

masa dan kos. Dari sudut sosio-ekonomi

pula, ICT berupaya untuk menggalakkan

kerjasama dalam kalangan jaringan

sosial. Perkembangan ICT ini juga telah

mengubah keboleh capaian maklumat

Kerajaan oleh rakyat, bermula dengan

hanya berinteraksi melalui saluran

biasa seperti e-mel hinggalah kepada

Page 5: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

5

pelbagai saluran media baharu seperti

Facebook, Flickr, Twitter.

4. Dalam konteks majlis kita pada

hari ini, untuk kita mengetahui

kedudukan kita dalam perkara

berkaitan dengan ICT, kita boleh

merujuk kepada beberapa laporan yang

dikeluarkan oleh badan antarabangsa

seperti The Global Information

Technology Report yang dikeluarkan

Forum Ekonomi Dunia (WEF).

5. Laporan ini menyediakan penilaian

yang komprehensif berhubung

kesediaan rangkaian atau networked

Page 6: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

6

readiness dan melihat sejauh mana

sesebuah negara menggunapakai ICT

bagi meningkatkan ekonomi negara dan

kesejahteraan rakyat.

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

6. The Global Information Technology

Report 2014 telah menempatkan

Malaysia pada kedudukan yang ke-30

daripada 148 buah negara bagi

Networked Readiness Index 2014. Ini

merupakan satu lagi prestasi terbaik

yang dicatatkan oleh Malaysia bagi

tahun 2014.

Page 7: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

7

7. Untuk makluman semua, sepuluh

aspek telah menjadi teras atau

indikator utama penilaian WEF bagi

indeks ini dan salah satu aspek

tersebut ialah Government Usage dalam

aspek ICT. Di bawah aspek Government

Usage ini, Malaysia dilaporkan berada

di kedudukan ke 9 daripada 148 buah

negara bagi penilaian ke atas kedua-

dua sub-indikator “The Importance of

ICTs to Government vision of the future”

dan “Government success in ICT

Promotion”.

8. Ini membuktikan bahawa

rancangan Kerajaan meningkatkan

Page 8: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

8

penyampaian Perkhidmatan Awam

melalui penggunaan ICT dan usaha

mempromosi program-program ICT

Kerajaan tidak sia-sia malah telah

mendapat pengiktirafan dunia.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

9. Program HRMIS User Group

Summit atau HUGS yang diadakan pada

kali ini telah memasuki tahun kedua

penganjurannya setelah diperkenalkan

buat julung-julung kalinya tahun lalu.

Dengan tema “HRMIS CEKAP,

TRANSFORMASI MANTAP”, penganjuran

program HUGS pada tahun ini telah

dibawa pula ke Negeri Melaka, Melaka

Page 9: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

9

Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar

Teknologi Hijau.

10. Program HUGS merupakan salah

satu inisiatif yang digariskan di bawah

Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa

Organisasi di bawah Kerangka

Transformasi Perkhidmatan Awam.

Hasrat utama penganjur agar kupasan

mendalam tema program HUGS pada

tahun ini akan membawa kita kepada

penemuan yang mengukuhkan lagi

kenyataan kita bahawa HRMIS mampu

bertindak sebagai sumber maklumat

utama Pengurusan Sumber Manusia di

Sektor Awam.

Page 10: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

10

11. Konsep program HUGS ini

bertepatan dengan takrifan perkataan

HUGS itu sendiri yang bertujuan untuk

“merapatkan atau mendekatkan lagi

yang jauh”. Untuk makluman, program

ini dianjurkan bagi memenuhi 5 objektif

yang telah digariskan iaitu:

(i) Pertama: Meningkatkan

kefahaman dan kepentingan

pengurusan sumber manusia

berteraskan ICT dalam

sesebuah organisasi;

(ii) Kedua: Berkongsi pengalaman

pengurusan sumber manusia

Page 11: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

11

antara sektor swasta dan

agensi Kerajaan;

(iii) Ketiga: Meningkatkan

kefahaman dan kepentingan

keselamatan data;

(iv) Keempat: Memberi penerangan

status terkini pembangunan

dan hala tuju sistem HRMIS

yang baharu; dan

(v) Kelima: Mempromosikan

HRMIS serta memupuk

persepsi positif pengguna

terhadap HRMIS.

Page 12: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

12

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

12. Pengurusan pentadbiran yang

cekap dan berkesan menjadi tunjang

utama dalam memastikankejayaan

pelaksanaan HRMIS. Kita semua sedia

maklum bahawa proses sumber

manusia yang dibangunkan dalam

modul HRMIS bersifat anjal demi

memastikan sistem ini sentiasa relevan

dan responsif mengikut kehendak

semasa.

13. Sistem HRMIS yang komprehensif

dan holistik, dimudahcarakan oleh

Page 13: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

13

teknologi yang menggabungkan amalan

terbaik pengurusan sumber

manusiamerupakan faktor yang sangat

signifikan bagi meningkatkan

kecekapan pengurusan sumber manusia

dan kualiti penyampaian Perkhidmatan

Awam.

14.

15. HRMIS yang dirancang dan

dibangunkan semenjak lima belas tahun

lalu nyata sekali bukan sekadar

omongan kosong. Hakikatnya, hari ini

kita dapat melihat bagaimana HRMIS

berupaya mengumpul lebih daripada

1.53 juta rekod perjawatan sektor awam

yang melibatkan 734 buah agensi sektor

Page 14: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

14

awam.

16. Pengurusan maklumat di peringkat

agensi pusat dapat bertindak secara

proaktif di mana semua agensi sektor

awam dapat menjalankan

pengemaskinian data secara

berterusan.

17. Hasilnya, semua urusan sumber

manusia sektor awam, bermula sejak

seseorang penjawat awam dilantik ke

Perkhidmatan Awam sehinggalah ke

saat penjawat awam itu bersara boleh

dilakukan dengan hanya satu klik

dengan menggunakan ketikan papan

Page 15: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

15

kekunci secara atas talian melalui

aplikasi HRMIS.

18. Ini jelas menunjukkan betapa

mudahnya penggunaan aplikasi HRMIS

dalam melancarkan urusan sumber

manusia penjawat awam di Malaysia.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

19. Saya ingin berkongsi dengan para

hadirin sekalian mengenai dapatan soal

selidik yang telah dijalankan oleh pihak

JPA di kalangan pengurus sumber

manusia, pengurus ICT dan pentadbir

HRMIS pada bulan Mei 2014 yang lalu.

Page 16: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

16

Hasil soal selidik mendapati 84%

responden bersetuju bahawa HRMIS

telah menjadikan proses pengurusan

sumber manusia menjadi lebih mudah

dan lancar.

20. Ini jelas membuktikan lakaran

pemodenan yang dicetuskan oleh JPA

telah membawa sistem pengurusan

sumber manusia dalam Perkhidmatan

Awam ke tahap yang lebih

membanggakan. Melalui HRMIS,

Perkhidmatan Awam memiliki medium

pemangkin pengurusan yang membantu

menjayakan transformasi Perkhidmatan

Awam ke arah yang lebih cemerlang.

Page 17: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

17

21. Bagi memastikan agenda

transformasi Sektor Awam

dilaksanakan dengan lebih giat dan

menyeluruh, kita sebagai penjawat

awam perlu bersikap proaktif, inovatif,

kreatif, sedia berubah dan bernilai

tambah.

22. Sesungguhnya, proses transformasi

pengurusan sumber manusia

menggunakan HRMIS memerlukan

usaha yang bukan sedikit malah harus

dilaksanakan secara berterusan bagi

memperoleh hasil yang kita harapkan.

Sokongan aplikasi teknologi maklumat

dan komunikasi yang terkini merentas

Page 18: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

18

organisasi akan menjadi faktor utama

dalam menilai keupayaan Perkhidmatan

Awam selaras dengan tuntutan semasa.

23. Memetik ucapan YAB Perdana

Menteri sewaktu Majlis Perasmian

Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi

Langkawi dan Karnival Jalur Lebar

1Malaysia di Langkawi pada 15

September 2014,

“In short, ICT is like an engine that

moves a vehicle, so we have to

continuously upgrade our ICT sector

so that it will accelerate our engine

(development) to reach our

Page 19: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

19

destination, a developed nation

status.”

24. Justeru, HRMIS akan terus

diperkasakan dari aspek pengukuhan

sistem, capaian dan penerimaan bagi

memastikan pelaksanaan urusan

sumber manusia yang lebih pantas dan

berkesan bagi memangkin perjalanan

Malaysia menuju status negara maju

berpendapatan tinggi menjelang tahun

2020.

Hadirin dan hadiran yang saya kasihi

sekalian,

Page 20: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

20

25. Sektor awam juga perlu

menjayakan pelaksanaan konsep

Kerajaan saling berhubungan dipacu

oleh teknologi ICT sebagai pemboleh

daya strategik. Kerajaan saling

berhubungan adalah bercirikan capaian

mudah, perkhidmatan berinovasi,

interaksi dan koordinasi berkesan,

perkongsian maklumat yang

berintegriti, kecekapan operasi, dan

tadbir urus yang mantap.

26. Agenda ini perlu diterjemahkan

melalui perencanaan pelbagai dasar

dan program seperti perkhidmatan

merentasi agensi Kerajaan berteraskan

Page 21: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

21

ICT. Dalam hal ini, program HUGS yang

sedang berjalan pada hari ini dan esok

merupakan satu refleksi perkembangan

HRMIS serta cabaran yang perlu

dihadapinya sejak semenjak awal

pelaksanaannya pada tahun 1999.

27. Dalam program kali ini, kita semua

akan didedahkan kepada amalan

terbaik dalam pengurusan sumber

manusia serta inovasi-inovasi pintar

yang terhasil dari pengalaman

mengendalikan HRMIS sepanjang 15

tahun ini. Selain daripada itu, HUGS

2014 juga akan membawakan isu terkini

dalam pengendalian maklumat-

Page 22: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

22

maklumat penjawat awam yang

menyentuh dari aspek Keselamatan

Data Peribadi.

28. Dalam majlis ini juga, Anugerah

HRMIS yang julung-julung kalinya

diperkenalkan akan disampaikan

kepada 10 buah agensi kerajaan yang

telah mendapat purata markah tertinggi

dalam pelaksanaan KPI HRMIS 2013.

Mereka juga merupakan sebahagian

daripada 39 buah agensi yang telah

komited untuk melaksanakan KPI

HRMIS 2013 yang ditetapkan sehingga

berjaya mencapai tahap “Significantly

Exceed Target – ST”. Kejayaan dan

Page 23: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

23

kesungguhan mereka ini seharusnya

dijadikan pembakar semangat kepada

semua agensi yang lain untuk

membuktikan keupayaan masing-

masing mencapai KPI HRMIS 2014 yang

akan datang.

29. Harapan saya kepada para peserta

HUGS 2014 agar mengambil

kesempatan dan menggunakan masa

dan peluang yang diberikan ini untuk

merebut sebanyak mungkin informasi

terkini daripada pembentang-

pembentang kertas kerja seperti HR

Systems & Consulting Sdn. Bhd.,

Jabatan Perlindungan Data Peribadi,

Page 24: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

24

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta

pegawai-pegawai JPA yang telah

dijemput khas untuk berkongsi

maklumat dan pengalaman mereka.

30. Sesungguhnya, perkongsian

budaya amalan kerja terbaik merupakan

salah satu prinsip dalam meningkatkan

prestasi penjawat awam Malaysia

seperti yang telah disarankan oleh YAB

Perdana Menteri dalam Majlis Sambutan

Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 yang

lalu.

Page 25: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

25

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

31. HRMIS ini hanya merupakan satu

daripada beribu inisiatif yang kita

diwujudkan demi mempermudahkan

urusan kerja kita terutamanya dalam

pengurusan sumber manusia. Saya

berharap usaha sebegini akan terus

dipertingkatkan juga dalam bidang-

bidang lain. Pesanan saya buat semua

penjawat awam:

Andai bekerja sepenuh daya

Itulah jalan menuju jaya

Page 26: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

26

Andai berusaha penuh percaya

Jalan yang gelap disuluh cahaya

Andai bekerja setulus niat

Akan dinilai sebagai ibadat

Andai pekerjaan kurang cermat

Akan tersasar dari matlamat

Andai hanya mengharap ganjaran

Tidak bermutu hasil keluaran

Andai segera baiki yang rosak

Banyak kerugian dapat dielak

Page 27: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

27

Andai melepas batuk di tangga

Mutu kerja tidak terjaga

Andai ikut rasa yang malas

Di situ banyak peluang terlepas

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

32. Saya ingin mengambil kesempatan

ini untuk merakamkan penghargaan dan

terima kasih di atas komitmen dan

dedikasi para pembentang. Harapan

saya agar program ini berlangsung

sepertimana yang dihasratkan. Semoga

program HUGS ini berjaya menjadi

Page 28: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

28

medan pertemuan yang terbaik buat

JPA dan semua Pengurus Sumber

Manusia dan Pentadbir HRMIS di setiap

Kementerian dan agensi.

33. Akhir kata, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih atas komitmen semua

pihak dalam menjayakan program HUGS

2014 ini.

Dengan lafaz kalimah mulia

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan

ini merasmikan “PROGRAM HRMIS

USER GROUP SUMMIT – HUGS 2014”.

Page 29: TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD ZABIDI ZAINAL . SEMPENA . ... kesediaan rangkaian atau networked . 6 readiness dan

29

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Warabakatuh. Terima kasih.