28
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PROGRAM SKSJ DUN PENAGA 17 JANUARI 2014, 10.30 PAGI PULAU PINANG

Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

  • Upload
    vokhanh

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PROGRAM SKSJ DUN PENAGA

17 JANUARI 2014, 10.30 PAGI

PULAU PINANG

Page 2: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”

Terima kasih diucapkan kepada

pengacara majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Seri Ismail

Ahmad

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan

Malaysia

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad

Zain Ahmad

Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga

Page 3: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

3

Yang Berbahagia Dato’ Haji Hassan

Haji Yaacob

Pengarah Jabatan Pengangkutan

Jalan, Negeri Pulau Pinang

Ketua-Ketua Jabatan

Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan

Pengangkutan Jalan Malaysia

Pemimpin-Pemimpin Masyarakat

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan para

hadirin yang saya kasihi sekalian.

Page 4: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

4

2. Saya mengucapkan setinggi

kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapat kita bersama-sama di Majlis

Perasmian Penutup Program Satu

Komuniti Satu JPJ, Negeri Pulau

Pinang bersama rakyat di DUN

Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau

Pinang.

3. Di sini, saya ingin mengambil

kesempatan untuk mengucapkan

syabas dan tahniah kepada JPJ dan

Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga

kerana telah berjaya menyediakan

perkhidmatan secara langsung

Page 5: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

5

kepada penduduk setempat. Saya

percaya rakyat negeri Pulau Pinang

telah mendapat manfaat yang besar

daripada perkhidmatan yang

disediakan oleh JPJ dan agensi-

agensi lain yang turut sama dalam

program ini.

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-

tuan dan Puan-puan sekalian,

4. Hari ini kita terus merintis jalan

gagah ke hadapan untuk menjadi

negara maju pada tahun 2020.

Kerajaan, di bawah panji “1Malaysia

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Page 6: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

6

Diutamakan”, melalui Dasar

Transformasi Negara akan terus

memastikan setiap penggubalan dan

pelaksanaan akan memberikan

keutamaan terbesar kepada rakyat.

5. Transformasi yang dibawa oleh

Kerajaan ini turut dilaksanakan di

peringkat Perkhidmatan Awam.

Kesejahteraan rakyat yang menjadi

kepentingan tertinggi Kerajaan jeIas

terpancar melalui gagasan

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”

yang dibawa oleh Yang Berbahagia

Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua

Setiausaha Negara.

Page 7: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

7

6. Pelaksanaan agenda perubahan

dalam Perkhidmatan Awam ini telah

kita laksanakan melalui Kerangka

Kerja Transformasi Perkhidmatan

Awam yang berteraskan lima perkara

iaitu membangunkan bakat,

memperkasakan organisasi,

merakyatkan penyampaian

perkhidmatan, keterangkuman serta

kesepunyaan, serta pembudayaan

nilai-nilai murni.

7. Hari ini, perubahan berlaku

dengan begitu pantas. Ada kalanya

apa yang kita rancangkan dahulu

Page 8: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

8

tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan

pada masa kini lantaran perubahan

situasi semasa yang berlaku seperti

ekonomi dunia, teknologi maklumat

mahu pun bencana.

8. Isnin lalu, Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri telah

mengumumkan tiga strategi baharu

untuk memperkasakan ekonomi

kepada landasan yang lebih kukuh

iaitu pertama, memastikan

pertumbuhan ekonomi yang

seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan reformasi dan

konsolidasi fiskal; dan Ketiga:

Page 9: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

9

menyediakan bantuan kepada rakyat

dan komuniti perniagaan bagi

membina semula infrastruktur yang

terjejas akibat banjir.

9. Dalam Perkhidmatan Awam juga

begitu. Pencapaian yang kita nikmati

hari ini tidak lagi boleh menjadi kayu

pengukur kepada kejayaan masa

hadapan. Sebaliknya, kita harus

sentiasa turun padang dan

mengadakan siri perjumpaan rapat

dengan rakyat sama ada di peringkat

agensi, NGO, golongan belia, wanita

dan pesara, mahu pun dengan

Page 10: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

10

masyarakat yang tinggal di luar

bandar.

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-

tuan dan Puan-puan yang saya kasihi

sekalian,

10. Saya ingin memuji pendekatan

yang saya ungkapkan sebagai

‘inisiatif mesra rakyat’ yang telah

dilaksanakan oleh Jabatan

Pengangkutan Jalan. Saya nak

ucapkan tahniah kepada Dato’ Sri

Ketua Pengarah JPJ dan seluruh

warga JPJ kerana telah ‘turun

padang’ melaksanakan inisiatif yang

Page 11: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

11

benar-benar dekat di hati rakyat

seperti Program “Satu Komuniti Satu

JPJ” pada hari ini.

11. Hari ini, selain perkhidmatan

kaunter sedia ada, pelbagai

kemudahan lain telah ditambah baik

dan disediakan. Kita boleh lihat

perkhidmatan kaunter bergerak 1JPJ

yang disediakan di beberapa tempat

strategik iaitu kawasan-kawasan

tumpuan awam untuk rakyat

membuat transaksi pembayaran.

12. Antara perkhidmatan yang

disediakan di kaunter itu adalah

Page 12: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

12

pembaharuan lesen memandu dan

motor, semakan saman, senarai

hitam, pembayaran saman,

permohonan ID portal orang awam

dan pindaan alamat. Kaunter

bergerak ini mendapat sambutan

yang menggalakkan kerana proses

pembayaran yang disediakan lebih

cepat dan memudahkan rakyat.

13. Saya masih ingat masa saya

muda-muda dulu, bila nak pergi buat

lesen, nak baharukan cukai jalan,

nak bayar saman, punyalah susah.

Sebab tempat nak bayar ini hanya

ada di pejabat-pejabat JPJ negeri

Page 13: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

13

atau daerah sahaja. Itu pun kita kena

beratur panjang dari pagi sampai

tengahari barulah sampai giliran.

Kadang-kadang tu bila nak sampai

giliran kita, tengok-tengok pegawai

yang jaga kaunter dah nak tutup

kaunter. Perasaan kita masa tu

macam kata orang-orang tua “bagai

kaca terhempas ke batu”. Kecewa

sangat.

14. Tapi pada hari ini, keadaan

macam tu sudah tiada. JPJ kini

sudah ada di mana-mana tempat

yang sering dikunjungi oleh rakyat.

Kaunter JPJ juga boleh kita dapati di

Page 14: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

14

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

sebagai pusat sehenti agensi dan

jabatan Kerajaan Pusat, negeri dan

swasta.

15. UTC telah banyak memberikan

manfaat kepada rakyat. Pada

penghujung tahun 2014, Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri telah

menyatakan hasrat untuk

memperluaskan konsep UTC di

negeri-negeri bagi meningkatkan lagi

semua kualiti perkhidmatan, sama

ada untuk rakyat, pelabur dan

pelancong agar semua dapat

menikmati faedahnya.

Page 15: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

15

16. UTC yang diwujudkan hasil

inisiatif menerusi Strategi Lautan

Biru Kebangsaan sudah dibuka di

Kuala Lumpur, Melaka, Pahang,

Perak, Kedah, Johor, Sarawak dan

Sabah, selain sebuah mini UTC

Sentul di ibu negara. Secara

keseluruhannya, lebih 7.5 juta

pengguna di semua UTC seluruh

negara menyatakan kepuasan

terhadap khidmat disediakan.

17. Di Pulau Pinang, walau pun tak

ada UTC, tapi kaunter 1JPJ akan

sentiasa bergerak ke kawasan-

Page 16: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

16

kawasan yang dekat dengan rakyat.

Saya juga difahamkan, JPJ turut

melibatkan orang-orang muda

sebagai sukarelawan melalui

program “Skuad Muda 1JPJ”. Tahniah

saya ucapkan di atas usaha ini.

18. Salah satu contoh transformasi

yang dijalankan oleh JPJ ialah

berhubung pertukaran hak milik

kenderaan tanpa pengetahuan

pemilik asal. Berdasarkan prosedur

lama, pembeli baru perlu membawa

surat akuan sumpah di mana

terdapat ruang untuk berlakunya

penipuan. Sistem biometrik yang

Page 17: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

17

baharu akan memastikan pemilik

asal perlu hadir bersama pemilik

baharu untuk mengesahkan transaksi

pertukaran hak milik adalah sah. Ini

dapat menangani isu penipuan yang

timbul dalam urusan pertukaran hak

milik.

19. Saya juga difahamkan sasaran

JPJ pada tahun 2015 ialah

menyediakan lima perkhidmatan

kaunter bergerak 1JPJ di setiap

negeri bagi membantu memudahkan

urusan rakyat. Program My Lesen

yang bakal dilaksanakan akan

menyediakan platform yang lebih

Page 18: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

18

mudah untuk memberi lesen kepada

golongan muda. Ini merupakan satu

usaha yang boleh dipuji kerana ia

boleh membantu rakyat yang duduk

di kawasan luar bandar terutamanya

dari segi menjimatkan masa, kos dan

tenaga.

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-

tuan dan Puan-puan yang saya kasihi

sekalian,

20. Perubahan dalam Perkhidmatan

Awam juga amat menitikberatkan

aspek integriti dalam kalangan

penjawat awam. Lebih-lebih lagi bagi

Page 19: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

19

agensi penguatkuasaan seperti JPJ,

integriti menjadi asas utama yang

akan menjadikan JPJ sebagai sebuah

jabatan yang dihormati oleh rakyat.

21. Saya dimaklumkan dalam isu

pertukaran hak milik kenderaan, JPJ

telah melaksanakan sistem biometrik

bagi menjamin integriti pemohon

untuk mengelakkan penipuan

berlaku. Kalau ikut prosedur lama,

pembeli lama kena bawa surat akuan

sumpah pemilik asal bila nak buat

pertukaran hak milik.

Page 20: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

20

22. Keadaan ini telah menimbulkan

banyak isu integriti seperti penipuan

berlaku sekaligus membuka ruang

kepada rasuah. Saya ucapkan

tahniah kerana melalui pemanfaatan

teknologi biometrik ini, maka JPJ

telah berjaya menutup ruang dan

peluang yang akan membawa kepada

isu-isu integriti.

23. Dalam usaha JPJ Merakyatkan

Perkhidmatan Awam, saya melihat

program Satu Komuniti Satu JPJ

ini turut menawarkan kemudahan

kepada masyarakat luar bandar

terutamanya warga emas untuk

Page 21: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

21

memiliki Lesen Memandu Kelas B2

yang sah.

24. Kita tahu bahawa kalau orang

yang tinggal di luar bandar,

kebanyakan urusan mereka adalah

dalam jarak yang dekat. Sebagai

contoh, mereka nak ke pasar, kedai

atau masjid. Namun demikian,

peraturan tetap peraturan. Lesen

mesti dibawa sewaktu menunggang

motosikal. Memiliki lesen bermakna

memiliki pengesahan Kerajaan di

atas ilmu dan kemahiran asas

pemanduan.

Page 22: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

22

25. Justeru itu, dengan adanya

program seperti ini, saya berharap

agar setiap pengguna jalan raya

sama ada di bandar atau luar bandar

dapat dapat mengamalkan konsep

pemanduan berhemah dan

mengamalkan segala aspek

keselamatan yang telah pun

diterapkan dalam latihan memandu.

Pematuhan kepada undang-undang

jalan raya juga amat penting bagi

memastikan pemandu dan semua

pengguna jalan raya yang lain

sentiasa selamat semasa

menggunakan jalan raya.

Page 23: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

23

26. Penglibatan semua kaum dalam

program yang dilaksanakan oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan ini

adalah selari dengan kehendak

Kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia

yang telah diperkenalkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri

kita. Ini sebahagian daripada hasrat

Kerajaan bagi menggerakkan negara

ke arah kecemerlangan dengan tema

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

27. Oleh itu, perkhidmatan yang

lebih cekap, pantas dan mesra perlu

dipertingkatkan bagi mewujudkan

Page 24: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

24

perkhidmatan yang ceria dan murni.

Ini juga selaras dengan gagasan yang

dibawa oleh Yang Berbahagia Tan Sri

Ketua Setiausaha Negara dalam

Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Sebagai contohnya pada hari ini,

pihak JPJ turun padang untuk

memberikan perkhidmatan secara

langsung kepada rakyat bagi

memastikan segala urusan

dipermudahkan.

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-

tuan dan Puan-puan yang saya kasihi

sekalian,

Page 25: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

25

28. Saya memandang serius kepada

kadar kemalangan yang berlaku

sejak akhir-akhir ini yang semakin

meningkat dan membimbangkan.

Mengikut laporan yang dikeluarkan

oleh Institut Penyelidikan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia

atau MIROS, sebanyak 462,423 kes

kemalangan jalan raya membabitkan

6,917 kes kecelakaan maut

dilaporkan pada tahun 2013.

29. Saya menyarankan semua

agensi yang berkaitan terutamanya

JPJ agar meningkatkan lagi usaha-

usaha bagi mengurangkan kadar

Page 26: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

26

kemalangan jalan raya. Di samping

itu masyarakat dan pengguna jalan

raya hendaklah sentiasa mematuhi

peraturan jalan raya agar sama-sama

dapat mengurangkan kadar

kemalangan jalan raya yang tinggi di

negara kita.

30. Keinginan untuk membawa

negara menjadi sebuah negara maju

perlu dimulakan dengan kita semua

sebagai rakyat – sama ada sebagai

orang berniaga, penjawat awam,

pekerja swasta, pelajar mahu pun

pesara. Kata peribahasa Melayu

Page 27: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

27

“bulat air kerana pembentung, bulat

manusia kerana muafakat”.

31. Akhir kata saya mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pihak

penganjur dan tahniah kepada semua

peserta atas kejayaan mereka

memiliki lesen memandu.

32. Oleh itu, dengan lafaz

Bismillahhir rahmannir rahim, saya

merasmikan Majlis Penutup Program

Satu Komuniti Satu JPJ Bersama

JPMM DUN Penaga.

Page 28: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau masjid. Namun demikian, peraturan tetap peraturan. Lesen mesti dibawa sewaktu menunggang

28

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatulahi

Wabarakatuh. Terima kasih.