35
1 UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PROGRAM TRANSFORMASI PROFESIONAL SIRI 1/2014 “TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM” 17 OKTOBER 2014, 10.30 PAGI KEM BINA NEGARA ULU SEPRI

UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

1

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PROGRAM TRANSFORMASI

PROFESIONAL SIRI 1/2014

“TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM”

17 OKTOBER 2014, 10.30 PAGI

KEM BINA NEGARA ULU SEPRI

Page 2: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

2

SALUTATIONS DI ROSTRUM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

sama pada hari yang berbahagia ini

sempena Program Transformasi

Profesional (PTProfesional) Siri 1/2014

bertempat di Kem Bina Negara, Ulu

Sepri, Rembau, Negeri Sembilan,

negeri yang terkenal dengan Adat

Pepatih.

2. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan terima kasih dan

tahniah kepada pihak Biro

Page 3: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

3

Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

kerana menjemput saya untuk

menyampaikan amanat dan berkongsi

aspirasi dengan para peserta kursus

yang terdiri daripada para pegawai

Profesional Gred 48 & 52. Sesi pada

hari ini begitu bermakna buat saya

kerana berpeluang untuk bertemu dan

berinteraksi bersama para pegawai

Perkhidmatan Awam yang terdiri

daripada pelbagai latar belakang

perkhidmatan.

3. Mudah-mudahan, pertemuan dan

perpisahan kita pada hari ini akan

terus menyemarakkan lagi penciptaan

Page 4: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

4

kejayaan Perkhidmatan Awam yang

lebih gemilang pada masa hadapan.

OUTCOME PERBINCANGAN BERSAMA

DAVE ULRICH

4. Pada 15 Oktober 2014 dua hari

yang lalu, saya berkesempatan

mengadakan perbincangan bersama

Profesor Dave Ulrich, Pakar Sumber

Manusia dari Michigan University dan

merupakan penulis buku “HR from the

Outside-In”. Saya suka berkongsi

dengan Tuan-tuan dan Puan-puan

beberapa hasil perbincangan kami

Page 5: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

5

yang menyentuh mengenai

Transformasi Perkhidmatan Awam.

5. Untuk melaksanakan

Transformasi, kita mesti mempunyai

empat elemen utama iaitu Lead, Need,

Vision and Commitment. Lead atau

Kepimpinan menjadi asas terpenting

dalam pelaksanaan transformasi.

John Maxwell, tokoh pengurusan

terkenal pernah menyebutkan

“Leaders become great, not because

of their power, but because of their

ability to empower”. Maknanya,

perubahan itu mesti dipacu oleh

Page 6: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

6

kepimpinan yang hebat dan

berwibawa.

6. Kedua, “Need”. Maknanya,

keperluan untuk kita memahami isu,

cabaran dan penyelesaian kepada

transformasi yang di bawa. Kita kena

tahu dan faham mengapa kita harus

berubah. Kemudian, bertitik tolak dari

pemahaman tersebut kita mencari

alternatif penyelesaian yang lebih

baik dari sebelumnya.

7. Seterusnya “Vision” dan

“Commitment”. Vision dan

Commitment adalah saling berkaitan.

Page 7: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

7

Vision tanpa Commitment ibarat

angan-angan tanpa usaha.

Commitment tanpa Vision pula

umpama berlari tanpa hala tuju. Kita

memerlukan kedua-duanya agar

matlamat tertinggi Transformasi iaitu

menjadi sebuah Perkhidmatan Awam

yang berprestasi tinggi, berintegriti,

dinamik dan berjiwa rakyat akan

dicapai dalam tempoh yang singkat.

8. Hasrat untuk mewujudkan

Perkhidmatan Awam yang berprestasi

tinggi, berintegriti, dinamik dan

berjiwa rakyat bukanlah mudah.

Dalam Perkhidmatan Awam atau

Page 8: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

8

dimana-mana organisasi, saya

berkongsi dengan Tuan-tuan dan

Puan-puan tentang prinsip 20 – 60 –

20. Prinsip ini memperincikan 3

golongan yang wujud di hampir setiap

organisasi.

9. Apabila kita menerajui sesebuah

jabatan atau organisasi, kita tidak

perlu bimbang 20 peratus pertama

daripada kalangan anak buah kita.

Mereka ini adalah dalam kalangan

penjawat yang berprestasi tinggi, dan

akan memastikan visi yang kita bawa

tercapai.

Page 9: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

9

10. Kita juga tidak perlu risau

tentang 60 peratus yang kedua.

Dengan latihan berterusan serta

mentoring dan coaching daripada kita,

mereka akan memastikan aspirasi

yang kita iltizamkan menjadi realiti.

11. Namun, kita perlu bimbang dan

waspada 20 peratus yang terakhir.

Golongan ini bukan sahaja membawa

masalah kepada kita, tetapi menjadi

batu penghasut kepada golongan yang

lain.

12. Saya percaya Tuan-tuan dan

Puan-puan yang berada dalam dewan

Page 10: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

10

ini, jika pun tidak berada dalam

kumpulan 20 peratus yang pertama,

tetapi sekurang-kurangnya adalah

terdiri daripada golongan 60 peratus

yang kedua.

TRANSFORMASI SIKAP: MEMPASAK

NILAI DAN INTEGRITI YANG KUKUH

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

13. Saya suka membawa Tuan-tuan

dan Puan-puan menelaah beberapa

laporan akhbar berkaitan

Perkhidmatan Awam hari ini. Kita

Page 11: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

11

tinggalkan sejenak cerita bonus dan

manfaat yang kita perolehi daripada

pembentangan Bajet 2015 pada 10

Oktober lalu.

14. Kebelakangan ini, cerita-cerita

berkaitan salah laku dan perbuatan

tidak berintegriti sering menjadi tajuk

utama di dada-dada akhbar. Saya

percaya seluruh penjawat awam amat

berduka cita dengan berita 30

pegawai kanan dan anggota kastam

ditahan sejak 2 September lalu dalam

operasi khas SPRM berhubung aktiviti

rasuah membabitkan penyeludupan

minuman keras tanpa duti dan cukai

Page 12: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

12

kastam membabitkan kerugian RM4

bilion kepada negara.

15. Kemudian hati kita menjadi pedih

apabila mendengar berita penjawat

dicabul di dalam ambulans dalam satu

kes jenayah yang berlaku pada 11

September lalu di Johor.

16. Dalam Perkhidmatan Awam, isu

berkaitan integriti adalah kritikal.

Sebab itu salah satu Teras Strategik

Kerangka Kerja Transformasi

Perkhidmatan Awam adalah

Membudaya Nilai. Nilai dan Etos yang

ditonjolkan oleh penjawat menjadi

Page 13: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

13

cerminan kepada pengukuran prestasi

Perkhidmatan Awam di mata rakyat.

17. Hal ini berkait rapat dengan

hasrat Merakyatkan Penyampaian

Perkhidmatan yang digagaskan oleh

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha

Negara. Justeru, setiap penjawat

awam mesti menterjemahkan hasrat

ini menerusi tindakan kita tatkala

berurusan dengan rakyat.

18. Merakyatkan perkhidmatan

bermaksud kita menjiwai tugasan

yang diberikan seolah-olah kita

mengkhidmati diri kita sendiri. Kita

mahukan yang terbaik dan paling

Page 14: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

14

sempurna untuk diri kita. Maka, itulah

yang kita buat untuk pelanggan kita.

19. Untuk mencapai hasrat ini, kita

mesti sentiasa mencari alternatif

baharu untuk memastikan prosedur

kerja dan peraturan yang selama ini

begitu panjang boleh dipendekkan

seminimum mungkin.

20. Inilah yang dipanggil sebagai

transformasi. Kerana kita tidak mahu

peristiwa-peristiwa seperti yang

terjadi kepada pegawai dan anggota

Kastam itu berulang kembali. Kerana

kita tidak mahu tragedi-tragedi moral

dan keruntuhan nilai membarah dalam

Page 15: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

15

kalangan penjawat awam. Kerana

itulah, kita mesti transform. Mesti

berubah.

CABARAN ORGANISASI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM

21. Dahulu, sewaktu saya menjadi

Ketua Pengarah MAMPU, saya sering

turun padang untuk merasai sendiri

keringat dan kepayahan yang dihadapi

oleh penjawat awam. Kemudian saya

melihat dan mengumpulkan segala

rintihan dan aduan yang dikemukakan

sama ada secara rasmi atau pun

Page 16: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

16

tidak. Saya boleh merumuskan

bahawa antara cabaran terbesar

adalah pemusatan kuasa.

22. Pemusatan kuasa terjadi apabila

kita takut untuk mencabar kaedah

dan cara kerja yang lazim. Maka, kita

menjadi takut untuk membuat

keputusan. Lalu, kita menyerahkan

semuanya bulat-bulat kepada ketua

kita. Apabila pelanggan datang

kepada kita, maka kita jawab “pihak

ibu pejabat masih belum luluskan”,

“pihak ibu pejabat masih tiada

jawapan”. Inilah yang sering terjadi

kepada penjawat awam kita. Kita

Page 17: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

17

perlu mencabar diri dan memaksa

akal kita untuk mencari penyelesaian

yang baharu. Percayalah, sentiasa

akan ada jawapan bagi setiap

permasalahan. Semuanya bergantung

kepada kita.

23. Kemudian diikuti rendah

kompetensi strategik para pegawai

kita. Hal ini terjadi antara faktornya

adalah kerana kurangnya mentoring

dan coaching atau latihan kepimpinan

yang mencukupi kepada penjawat

awam.

Page 18: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

18

24. Kemudian, budaya silo yang

menjadi barah dalam jabatan kita.

Kita bersikap territorial dengan

menganggap hanya kita sahajalah

yang paling pakar dalam hal tugasan

kita. Lalu, kita menjadi seperti katak

di bawah tempurung. Tidak mahu

berubah dan berhijrah ke mana-mana

lantaran takut kepada perubahan.

25. Dengan wujudnya cabaran

organisasi ini, maka ia bermaksud

tugas kita melaksanakan

Transformasi Perkhidmatan Awam

bukanlah mudah. Kita bukan sahaja

perlu menangani cabaran-cabaran ini

Page 19: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

19

tetapi juga memastikan semua

penjawat awam memberikan

komitmen sepenuhnya dalam usaha

menjayakan aspirasi transformasi ini.

LEAN PUBLIC SERVICE: CABARAN

PERKHIDMATAN AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

26. Sehingga kini, jumlah perjawatan

dalam sektor awam adalah 1.71 juta

dengan 1.36 juta daripadanya adalah

perjawatan di peringkat persekutuan.

Page 20: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

20

27. Sehingga 2014, terdapat 252

skim perkhidmatan di dalam

Perkhidmatan Awam. Jumlah ini

melibatkan 1,523,248 orang penjawat

awam.

28. Pada tahun 2013, JPA telah

melaksanakan kajian terhadap 81

skim perkhidmatan melibatkan

613,473 penjawat awam termasuklah

sub-skim dibawahnya. Pada tahun

2014, JPA sedang mengkaji

selebihnya skim perkhidmatan yang

lain.

Page 21: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

21

29. 61 siri engagement dengan

pelbagai pihak seperti CUEPACS,

NUTP, Polis, Tentera dan sebagainya

telah dilaksanakan. Ini selaras dengan

konsep search and assist yang

diarahkan oleh KSN. Ia penting bukan

sahaja bagi mendapatkan pandangan,

bahkan dalam menentukan keputusan

secara bersama selaras dengan

prinsip ke-empat KTPA iaitu

Keterangkuman dan Kepelbagaian.

30. Jumlah penjawat awam yang

besar akan melibatkan peningkatan

pelbagai kos emolumen dan

Page 22: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

22

perbelanjaan yang tinggi kepada

Kerajaan.

31. Di bawah Teras Strategik KTPA

yang kedua iaitu Merekayasa

Organisasi, kita telah melaksanakan

program pengejatan dan

penstrukturan semula organisasi.

32. Di JPA, sebanyak 507 perjawatan

telah dimansuhkan daripada 3,253

kepada 2,746 melibatkan penjimatan

emolumen sebanyak RM12.8 juta.

33. Dalam Perkhidmatan Awam,

sebanyak 38,051 perjawatan telah

Page 23: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

23

dimansuhkan membabitkan

penjimatan emolumen sebanyak

RM195 juta. Manakala 66 Agensi telah

distruktur semula menerusi proses

delayering dan matrix-based.

Pengejatan dilaksanakan menerusi

kaedah tukar-ganti atau trade-off, re-

deployment dan juga NBOS

GENERASI : CABARAN MERENTAS

GENERASI

34. Bercakap tentang Generasi Y,

hari ini umum mengetahui bahawa

Perkhidmatan Awam kini dipelopori

oleh generasi muda iaitu generasi X

Page 24: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

24

dan Y yang membentuk kira-kira 1.02

juta orang atau 72.7% daripada

keseluruhan 1.4 juta kakitangan

awam manakala hanya 27.3% sahaja

terdiri daripada generasi Baby

Boomers. Seterusnya generasi muda

ini akan mengisi jawatan yang

dikosongkan oleh 20,000 penjawat

awam yang akan bersara mulai

penghujung tahun ini. Ini bermakna

golongan ini jugalah yang akan

mendaki tangga kepimpinan

menggantikan Tuan-tuan dan Puan-

puan sebagai pemimpin di

Kementerian dan Jabatan. Sudah

sewajarnya, kita perlu memastikan

Page 25: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

25

generasi muda turut seiring di dalam

arus perubahan serta turut sama

menggalas cabaran-cabaran yang ada

agar transformasi Perkhidmatan

Awam ini menjadi kenyataan.

35. Memahami orang muda

memerlukan banyak penelitian. Apa

yang menarik yang boleh dikongsikan

mengenai orang muda adalah, mereka

mempunyai banyak kecenderungan

terhadap pelbagai perkara.

Forbes.com menyatakan bahawa 80%

generasi muda mempunyai asas

pendidikan STEM atau Sains,

Teknologi, Engineering dan

Page 26: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

26

Matematik. Hakikat ini membenarkan

survey yang dijalankan bahawa

sebahagian besar orang muda di

Amerika ingin berkhidmat di syarikat

ICT gergasi seperti Google, Apple,

Microsoft dan Facebook.

36. Forbes turut menyatakan bahawa

kebanyakan orang muda ada sikap

dan kesungguhan dalam aspek

kesukarelawanan dan suka

membantu. Kerana itu, mereka mahu

bekerja di hospital-hospital dan klinik-

klinik seperti St. Jude Children

Research Hospital atau Local

Hospital. Mereka juga mempunyai

Page 27: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

27

semangat patriotik yang tinggi,

lantaran itu mahu berkhidmat di

agensi keselamatan seperti FBI, CIA,

NSA atau Angkatan Tentera.

37. Dalam konteks pemilihan majikan

pula, 78.7% menyatakan bahawa

mereka mengutamakan manfaat dari

segi kesihatan dan persaraan

berbanding hanya 35.1%

mengutamakan gaji pokok dan

ganjaran. Dalam sisi yang lain, 72%

menyatakan mereka memilih untuk

bekerja di organisasi yang

mengutamakan kebajikan berbanding

hanya 33.6% sahaja yang bekerja di

Page 28: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

28

organisasi kerana prestij dan imej

organisasi itu sendiri.

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM: MENUJU KEJAYAAN

TRANSFORMASI

Para peserta yang saya kasihi

sekalian,

38. Sebab itulah kita melaksanakan

Transformasi Perkhidmatan Awam.

Kerana kita telah melihat segala isu,

masalah dan cabaran ini bukan sahaja

dari segi perspektif inside out tetapi

Page 29: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

29

kita melihat dalam konteks outside in.

Kita melihat cabaran ini dari sudut

rakyat dan pelanggan luar dan bukan

sahaja dalam perspektif keperluan

dalaman organisasi atau individu

semata-mata.

39. Kita laksanakan Transformasi

Perkhidmatan Awam sebagai

memperkukuhkan agenda

transformasi Kerajaan ini melalui lima

teras strategik iaitu Mendaya Upaya

Bakat, Merekayasa Organisasi,

Merakyatkan Penyampaian

Perkhidmatan, Merangkum dan

Sepunya dan Membudaya Nilai.

Page 30: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

30

Kelima-lima teras ini adalah bertujuan

untuk kita terus melonjakkan

pencapaian negara ke arah

mentransformasikan Malaysia di

persada dunia.

40. Dalam Perhimpunan Hari Pekerja

dan Perhimpunan Penjawat Awam

2014, YAB Perdana Menteri telah

memperkenalkan lapan prinsip yang

diperlukan oleh penjawat awam bagi

mendakap transformasi dan bergerak

ke hadapan bagi tempoh 50 tahun

akan datang. Yang pertama ialah,

Berilmu, iaitu sentiasa mencari

peluang meningkatkan pengetahuan.

Page 31: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

31

Kedua, Kebolehpercayaan iaitu Jujur,

amanah, integriti, diyakini dan

mempunyai nilai murni sejagat yang

dipercayai rakyat. Ketiga, Amalan

Kerja Terbaik iaitu budaya kerja yang

menjadi cerminan kewibawaan

penjawat awam. Keempat, Semangat

Patriotik, iaitu kesetiaan kepada raja

dan Negara serta menjunjung

perlembagaan dan undang-undang.

Kelima, Budaya Keberhasilan, iaitu

peningkatan kualiti kerja berdasarkan

petunjuk prestasi utama (KPI).

Keenam, Budaya Kreativiti dan

Inovasi, iaitu galakan menyampaikan

perkhidmatan kepada rakyat

Page 32: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

32

menggunakan kaedah baharu yang

berkesan. Ketujuh, Nilai Tambah dan

Kompetensi, iaitu bersikap proaktif

menjalankan tugas dan sentiasa

mencari peluang meningkatkan diri,

dan yang Kelapan, Pemuafakatan

Kerja Tidak dalam Silo, iaitu

menjalankan usaha sama merentasi

jabatan, kementerian dan agensi

awam serta swasta .

41. Oleh yang demikian, kita perlu

berusaha dengan lebih gigih

mendayaupayakan bakat terbaik

negara bagi memastikan

kelangsungan kejayaan agenda

Page 33: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

33

transformasi ini. InsyaAllah saya

percaya dengan komitmen dan

kesungguhan kita semua menggalas

amanah, nama Malaysia akan terus

harum dan mekar di pentas

antarabangsa.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

42. Sekali lagi saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak pihak Biro Tatanegara di

Page 34: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

34

atas kesudian menjemput saya untuk

berkongsi bicara pada hari ini.

43. Saya yakin dan percaya dengan

sikap komited dan berbekalkan iltizam

yang tinggi, kita semua akan berjaya

merealisasikan agenda transformasi

negara dan transformasi

Perkhidmatan Awam yang sedang giat

kita laksanakan hari ini. Mudah-

mudahan segala usaha murni yang

kita gembelengkan akan mendapat

keredhaan Allah SWT jua. InsyaAllah.

Page 35: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · tugas kita melaksanakan ... CIA, NSA atau Angkatan Tentera. 37. ... dalaman organisasi atau individu semata-mata. 39

35

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Terima kasih.