8
Page 1 of 8 TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015 TARIKH : 15 MEI 2015 TEMPAT: EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA MASA: 4.00 PETANG ___________________________________________________________________ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Belia 1 Malaysia 1. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka pada petang yang penuh keberkatan ini, kita dapat bertemu sekali lagi bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2015. 2. Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Belia Negara dapat kita jayakan buat kali ke-45 sebagai tanda penghargaan Negara kepada golongan belia. 3. Pelbagai inisiatif pembangunan belia telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menghargai dan menyerlahkan potensi golongan belia. Dari tahun ke tahun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah gagal melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Kejayaan melaksanakan sambutan Hari Belia Negara ini menunjukkan bahawa kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan belia sebagai aset penting negara. Golongan belia hari ini akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.

Teks Ucapan Pm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lol

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Pm

Page 1 of 8

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015

TARIKH : 15 MEI 2015 TEMPAT: EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA MASA: 4.00 PETANG

___________________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam 1 Belia 1 Malaysia

1. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka

pada petang yang penuh keberkatan ini, kita dapat bertemu sekali lagi bagi

meraikan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2015.

2. Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Belia Negara dapat

kita jayakan buat kali ke-45 sebagai tanda penghargaan Negara kepada

golongan belia.

3. Pelbagai inisiatif pembangunan belia telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan

untuk menghargai dan menyerlahkan potensi golongan belia. Dari tahun ke

tahun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah gagal

melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei

setiap tahun. Kejayaan melaksanakan sambutan Hari Belia Negara ini

menunjukkan bahawa kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan

belia sebagai aset penting negara. Golongan belia hari ini akan menentukan

hala tuju negara pada masa akan datang.

Page 2: Teks Ucapan Pm

Page 2 of 8

4. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Belia Negara akan

dimeriahkan lagi dengan Festival Belia Putrajaya (FBP). Tahun ini, Putrajaya

“Bandar Mesra Belia” sekali lagi akan meriah dengan pelbagai aktiviti yang

telah disusun selama tiga hari bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015.

5. Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang

lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya,

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah Berjaya membawa satu gelombang

baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia. Kita mula laksanakan

festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia

tahunan ini telah berjaya menarik golongan belia dari seluruh negara

termasuk antarabangsa untuk datang ke Putrajaya.

6. Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan

Hari Belia Negara telah membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan

percaya, menerusi pendekatan “Dari Belia Untuk Belia” akan dapat

menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih cemerlang.

7. Konsep “Dari Belia Untuk Belia” menunjukkan bahawa kerajaan membuka

ruang seluas-luasnya kepada golongan belia untuk memberi idea dan

menyumbang bersama dengan kerajaan untuk menggerakkan inisiatif

pembangunan belia negara. Saya percaya, kesepaduan diantara belia

pebagai latar belakang bersama pihak kerajaan akan memberi impak positif

kepada pembangunan negara.

8. Atas dasar itu, Sambutan Hari Belia Negara tahun ini menonjolkan konsep

“Showcase of Talent”. Penyerlahan bakat di kalangan belia dipaparkan

melalui empat zon iaitu: Keushawanan dan Kreativiti (sebagai Zon Utama);

Komuniti; Aktif dan Seni; serta Sains.

9. Konsep “Showcase of Talent” ini menyediakan ruang dan peluang kepada

golongan belia daripada pelbagai latar belakang di pelbagai peringkat untuk

menyerlahkan potensi modal insan mereka. Aktiviti penonjolan bakat di

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dilaksanakan dan kemeriahan

Page 3: Teks Ucapan Pm

Page 3 of 8

pelaksanaan pelbagai aktiviti-aktiviti ini pastinya telah dapat menyuntik azam

kepada golongan belia untuk lebih berjaya menyerlahkan potensi mereka.

10. Kerajaan melalui KBS sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti belia

Malaysia daripada pelbagai aspek. Salah satu inisiatif KBS terkini adalah

melaksanakan pendekatan baru Rakan Muda yang berteraskan aspek

pemerkasaan remaja. Melalui konsep perkembangan dan penyerlahan bakat

(Showcase of Talent), para remaja akan berkongsi pengalaman dan

melaksanakan program bersama remaja lain, mereka berkongsi pengalaman,

memperolehi dan meningkatkan (upgrading) kemahiran serta ilmu

pengetahuan secara bersama. Ilmu atau bakat yang ada pada diri remaja itu

akan dikongsi dan disalurkan kepada remaja lain dalam pelbagai pendekatan

seperti mengadakan bengkel, latihan, kursus, kerjasama dan lain-lain

pendekatan yang bersesuaian dengan penyerlahan bakat. Pelbagai bakat

boleh diketengahan dan dikongsi bersama dalam pelbagai bidang seperti

kesenian, kerohanian, kesusasteraan, sains, teknologi, alam sekitar, sukan,

kecergasan, keusahawanan, pertukangan, digital, muzik, kraf tangan,

kebudayaan, kulinari, akademik, soft skill, tarian, penulisan dan sebagainya.

Potensi, kreativiti dan bakat golongan remaja akan didedahkan, dibangunkan

dan dikembangkan melalui program Rakan Muda baru agar mereka dapat

menjadi modal insan negara yang berguna. Beberapa program baru akan

dilaksanakan seperti: Program Ikonik Rakan Muda; Penyerlahan Bakat

Peringkat Akar Umbi; Program Mentor Rakan Muda; serta Dana Online

Showcase Of Talent akan mula digerakkan oleh KBS. Saya percaya konsep

empowerment sebegini mampu membentuk generasi muda yang lebih

berdikari, bertanggungjawab, kreatif dan inivatif. Pastinya, usaha-usaha

sebegini akan dapat melahirkan golongan belia bersemangat juang yang

positif, mempunyai daya resilience, daya tahan yang kuat dan mampu untk

mendepani pelbagai cabaran kehidupan yang serba mencabar.

11. Kerajaan melalui KBS juga telah menggerakkan Program Parlimen Belia

Malaysia sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan

pandangan. Seramai 133 orang belia telah dipilih dan dilantik menjadi Ahli

Parlimen Belia Malaysia bagi tempoh 2014-2016 dan mereka ini telah

Page 4: Teks Ucapan Pm

Page 4 of 8

bersidang buat pertama kalinya di Dewan Rakyat pada bulan Januari yang

lalu. Saya mengambil maklum, sembilan usul telah dibahaskan semasa

Persidangan Parlimen Belia yang pertama tersebut dan kesemuanya telah

pun mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri. Usul Parlimen Belia

Sidang Pertama berkaitan inisiatif penubuhan Dewan Belia ASEAN (ASEAN

Youth Assemblyl), cadangan penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia

bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat serta cadangan

mewujudkan Institut Soft Skills dalam bidang teknikal dan vokasional

membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai kualiti dan potensi

kepimpinan yang membanggakan.

12. Saya percaya, Persidangan Parlimen Belia kedua yang telah berlangsung

pada 11-13 Mei lalu juga berjaya menyerlahkan potensi serta kualiti

kepimpinan semua perwakilan belia yang menganggotai Parlimen Belia

Malaysia. Tidak hairan, jika suatu hari nanti beberapa usul Parlimen Belia

Malaysia akan menjadi polisi kerajaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan tahniah kepada KBS atas kejayaan pelaksanaan program

Parlimen Belia Malaysia dan saya mahu belia yang menjadi Ahli Parlimen

Belia menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyumbang kepada

pembangunan negara. Jangan jadikan Parlimen Belia ini satu program politik,

tapi jadikan ianya sebagai satu platform untuk membincangkan serta

mengupas isu-isu pembangunan belia.

13. Pendekatan 6E iaitu Engagement, Empowerment, Education,

Entrepreunership, Social Enterprise dan Experience yang ditekankan oleh

kerajaan dalam pembangunan belia pastinya akan dapat melahirkan

golongan belia yang mampu berdikari, belia yang berwawasan, mempunyai

jati diri yang jitu serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara di

masa hadapan. Mekanisme dan pendekatan tersebut seiring dengan hala tuju

Dasar Belia Malaysia (DBM) yang akan berkuatkuasa.

14. DBM akan menjadi rujukan utama dalam kalangan semua pemegang taruh

belia sama ada di peringkat penggubal atau pelaksana dasar. Hala tuju dasar

ini mengambil kira cabaran utama belia Malaysia yang berhadapan dengan

Page 5: Teks Ucapan Pm

Page 5 of 8

cabaran politik, ekonomi, sosial dan teknologi dalam persekitaran global yang

semakin kompetitif. Dasar ini digubal dengan mengambil kira karakter Belia

Malaysia. Menurut kajian IYRES pada tahun 2012, karakter belia Malaysia

adalah: beragama; cenderung ke aras konservatif; berorientasikan keluarga;

pengguna yang dinamik; cenderung kepada teknologi; rajin; optimis tentang

masa depan dan sedia untuk didekati. Lantaran itu DBM di gubal dengan

matlamat untuk:

i. Meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab

dalam inisiatif di peringkat negara, serantau dan antarabangsa;

ii. Menyerlahkan potensi belia untuk membina kehidupan yang positif;

dan

iii. Mengukuhkan akses maklumat yang saksama merentas semua

kumpulan sasaran belia berdasarkan bidang keutamaan belia.

15. DBM memberi penekanan kepada empat konsep utama iaitu:

i. Had umur setara piawaian antrabangsa;

ii. Holistik dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara;

iii. Futuristik, relevan dan terkini; dan

iv. Merentas pelaksana dan generasi.

16. Berasaskan peremajaan kepimpinan belia, pendayaupayaan orang muda,

negara muda dan selari dengan takrifan umur di peringkat antarabangsaa,

maka DBM telah menurunkan takrifan umur belia Malaysia daripada mereka

yang berumur 15-40 tahun kepada mereka yang berumur 15-30 tahun.

Takrifan umur belia yang baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2018.

Lantaran itu, KBS selaku badan peneraju pembangunan belia negara telah

menyediakan Pelan Peralihan Kepimpinan Belia serta Pelan Komunikasi

Dasar Belia Malaysia sebagai panduan untuk menggerakkan segala inisiatif

DBM. Semoga tempoh tiga tahun bermula daripada tahun 2015 ini memberi

cukup ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk membuat

perancangan yang sewajarnya.

Page 6: Teks Ucapan Pm

Page 6 of 8

17. Kerajaan percaya, melalui DBM potensi modal insan belia akan dapat

diserlahkan dengan memberi fokus utama kepada lapan kumpulan sasaran

belia iaitu: belia bersekolah; belia pengajian tinggi; belia bekerjaya;

perkumpulan belia; belia massa (youth at large); belia Malaysia antarabangsa;

belia minoriti dan golongan terpinggir; serta belia berisiko.

18. Selain daripada itu, jaringan kerjasama strategik pemegang taruh dalam

Sembilan Bidang Keutamaan belia iaitu: pendidikan dan latihan kemahiran;

kenegaraan dan jati diri; gaya hidup sihat dan sejahtera; kepimpinan;

kesukarelawanan dan masyarakat sivil; keushawanan; Penyelidikan dan

inovasi; profesionalisme kerja belia serta pemberian pengiktirafan kepada

belia akan menjadikan golongan belia lebih berkeupayaan untuk

menyumbang di semua peringkat kehidupan sehingga ke peringkat

antrabangsa.

19. KBS selaku agensi peneraju pembangunan belia tidak akan berjaya

merealisasikan pelaksanaan DBM tanpa sokongan daripada lain-lain

pemegang taruh belia. Oleh itu, saya mengharapkan agar semua

kementerian, jabatan, agensi dan NGOs yang berkaitan dengan belia

bekerjasama untuk merealisasikan pelaksanaan DBM dan komited untuk

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

20. Apabila kita bercakap tentang belia, ianya juga berkait rapat dengan gaya

hidup mereka. Oleh itu, bermula pada tahun ini, KBS telah merangka dan

melaksanakan program Fit Malaysia secara agresif di seluruh Malaysia

sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya

Sukan. Pelbagai program kecergasan telah dilaksanakan di seluruh negara

dan kemuncaknya akan dilaksanakan Hari Sukan Negara. Bermula tahun ini,

Hari Sukan Negara akan diadakan pada setiap bulan Oktober dan diharapkan

inisitaif ini akan dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang cergas,

sihat dan berbudaya sukan.

21. Banyak perkara-perkara penting yang berkait dengan pembangunan belia

berlaku dalam negara kita pada tahun ini. Tahun ini, Malaysia menjadi

Page 7: Teks Ucapan Pm

Page 7 of 8

pengerusi ASEAN dan berusaha untuk menggerakkan tiga inisiatif utama

iaitu: integrasi pasaran ASEAN dan rakan perdagangan; mengukuhkan

kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta

berteknologi tinggi; dan meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan

kesejahteraan masyarakat. Di atas prinsip menjayakan Gagasan Komuniti

ASEAN, saya menyeru agar generasi belia Malaysia memahami halatuju

gagasan tersebut dan mengambil peluang, terutamanya dalam bidang

keusahawanan untuk meningkatkan taraf ekonomi belia dan negara. Belia

Malaysia menerusi Industri Usahawan Kecil dan Sederhana boleh mengambil

peluang dan berusaha untuk menembusi serta menguasai pasaran di

peringkat negara-negara rantau ASEAN. Saya juga mencadangkan supaya

belia Malaysia meneroka bidang keusahawanan sosial bukan sahaja untuk

dilaksanakan di dalam negara malah dilaksanakan juga di peringkat negara-

negara ASEAN dan antarabangsa.

22. Sesungguhnya pihak kerajaan amat prihatin dengan keperluan hidup belia.

Kajian Keperluan Hidup Belia (2013) yang telah dilaksanakan oleh Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa untuk

tempoh dua tahun akan datang, golongan belia amat mengharapkan:

pengurangan kos ke atas keperluan makanan/ bahan asas; penurunan kadar

cukai kenderaan; penurunan harga rumah; penurunan harga petrol/bahan api;

serta tambahan dana pendidikan.

23. Lantaran itu, kerajaan berusaha membantu mempertingkatkan taraf hidup

rakyat Malaysia dan membantu meringankan beban kos sara hidup yang

semakin meningkat akibat kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global.

Sehubungan dengan itu, salah satu usaha kerajaan dalam memenuhi

keperluan golongan muda adalah dengan menyediakan kemudahan

pemilikan rumah dengan menyediakan Rumah Mesra Rakyat pada harga

jualan RM45,000 – RM65,000 dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak

RM15,000 – RM20,000 seunit rumah. Sejumlah 223,000 unit rumah baru

telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014. Kerajaan juga telah

menyediakan RM100 juta untuk tabung penyelenggaraan 1Malaysia di bawah

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 8: Teks Ucapan Pm

Page 8 of 8

serta RM82 juta untuk memulihkan 20 projek rumah terbengkalai yang

melibatkan 8,197 buah rumah. Selain daripada itu, kerajaan turut

memperuntukkan RM578 juta kepada Jabatan Perumahan negara untuk

membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.

24. Kesimpulannya, kerajaan sentiasa prihatin kepada kehendak dan keperluan

golongan belia dan masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan

demi menjaga kesejahteraan kehidupan kita semua di bumi Malaysia yang

tercinta ini.

25. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di

atas kejayaan penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2015 ini kepada

pihak KBS dan Majlis Belia Malaysia. Saya percaya konsep “Dari Belia Untuk

Belia” dengan tema “showcase of talent” yang diperkenalkan ini akan dapat

menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih kreatif dan inovatif serta

dapat menyemarkkan semangat perpaduan dikalangan belia Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2015

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM SAYA DENGAN INI

MERASMIKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah

Wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.