5
TEKS UCAPAN YBHG. DATIN NAWAL BT SALLEH PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ’’MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI” TARIKH : 27 JUN 2014 (JUMAAT) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN TUN HUSSEIN ONN PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR 1

Teks Ucapan Pengarah Baharu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ucapan Pengarah Baharu

Citation preview

TEKS UCAPAN YBHG. DATIN NAWAL BT SALLEHPENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURMAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDITARIKH : 27 JUN 2014 (JUMAAT)MASA : 3.00 PETANGTEMPAT

: DEWAN TUN HUSSEIN ONN

PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA

KUALA LUMPUR

Yang Dihormati Pengacara Majlis,Yang BerbahagiaEn. Abdullah bin Mad Yunus

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras

YBhg. Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz

Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa

Yang Berusaha

Cik Hajah Nik Ramas bt Nik Wan

Timbalan Pengarah Pendidikan

Pejabat Pendidikan Wilayah SentulTuan Haji Ismail bin Musa

Timbalan Pengarah PendidikanPejabat Pendidikan Wilayah Bangsar-PuduEn. Tajudin bin Mohamad Mor

Timbalan Pengarah Pendidikan

Pejabat Pendidikan Wilayah KeramatPengetua-pengetua dan Guru-guru Besar

Pengerusi atau Wakil Kesatuan / Persatuan

Kumpulan Sokongan Ibu BapaKetua-ketua Sektor Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala LumpurDato-dato, Datin-datin serta para hadirin yang dihormati sekalian.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarrakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Transformasi Pendidikan1.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang indah dan penuh bermakna ini.

2.Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan majlis pada petang ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sangat teruja dengan majlis ini kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini.3.Saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JPWPKL dan para jemputan kerana tanpa kehadiran YBhg. Datuk, Datin, tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini bukan sahaja akan hilang serinya , malah tidak akan memberikan apa-apa makna. 4.Sudah tentu semasa ucapan Mantan Tuan Pengarah JPWPKL , ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan membakar semangat dan menjadi ingatan serta panduan kepada kita untuk memacu JPWPKL ke arah kecemerlangan.5.Saya percaya warga JPWPKL sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, Mantan Pengarah Pendidikan JPWPKL umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan.

6.Dalam usia dua tahun beliau menerajui JPWPKL , jasa beliau dalam mempertingkatkan kecemerlangan JPWPKL amat banyak dan tidak boleh dipertikikan oleh sesiapa pun. YBhg. Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan, dan Puan-puan yang dihormati,

7.Saya sangat mengharapkan sokongan dan komitmen daripada seluruh warga JPWPKL untuk membantu saya dalam menerajui JPWPKL. Marilah kita menanam azam untuk memajukan diri dan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan supaya JPWPKL akan terus maju ke hadapan dan mengangkat martabat JPWPKL ke tahap yang lebih cemerlang. 8.Akhir kata, saya ingin memetik kata-kata inspirasi Henry Ford;

Coming together is a beginning

Keeping together is a progress

Working together is success

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.5