14
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TAMAN DATO’ HARUN KALI KE-26 TAHUN 2013 TARIKH: 22 OGOS 2013 TEMPAT: STADIUM MBPJ, KELANA JAYA PENGACARA MAJLIS: 1) 2) 3) 4)

Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSMK TAMAN DATO’ HARUN

KALI KE-26TAHUN 2013

TARIKH:22 OGOS 2013

TEMPAT:STADIUM MBPJ, KELANA JAYA

PENGACARA MAJLIS: 1) 2)3)4)

Perkara Teks Catatan

Page 2: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

(8.45 pagi)

P’umuman

Kami bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu,

tuan-tuan, puan-puan ke Kejohanan Balapan dan Padang, Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun Kali ke-26.

Ketibaan Tetamu

Diumumkan ketibaan Yang DiHormati

Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi, Pengetua SMK Taman Dato’ Harun.

Kata Alu-aluan Pengacara

Yang Dihormati

Encik Sazali bin Baharudin, Penolong Pengarah Pendidikan,

Unit Pembangunan Manusia, PPD Petaling Utama.

Yang Berusaha

Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi, Pengetua SMK Taman Dato’ Harun.

Cik Hajah Norsinta bt Awad, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK

Tmn Dato’ Harun,

__________________________________, Penolong Kanan HEM,

SMK Tmn Dato’ Harun,

Puan Azidah binti Abd Malik, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK

Tmn Dato’ Harun,

Encik Vaitis Varan A/L Arumugam, Penolong Kanan Petang, SMK

Tmn Dato’ Harun,

Para guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera dan Salam satu

Malaysia.

Salam penuh takzim daripada kami buat hadirin dan hadirat.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya,

dapat kita berkumpul pada hari yang penuh barakah ini di Stadium

MBPJ Kelana Jaya bagi menjayakan Kejohanan Balapan dan

Padang, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun Kali ke-

26.

Page 3: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

ACARA Majlis kita pagi ini akan dimulakan dengan acara

larian 1500METER AKHIR LELAKI DAN PEREMPUAN TERBUKA.Para peserta diminta bersedia di tempat Penyelia peserta.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang baru dimulakan tadi ialah larian 1500METER AKHIR BAGI

KATEGORI LELAKI TERBUKA.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang berlangsung ini ialah larian 1500METER AKHIR

BAGI KATEGORI PEREMPUAN TERBUKA.

800m

Acara diteruskan lagi dengan larian 800METER AKHIR.Para peserta diminta bersedia ditempat Penyelia Peserta.

Acara ini melibatkan peserta

LELAKI KELAS 1

PEREMPUAN KELAS 1

LELAKI KELAS 2

PEREMPUAN KELAS 2

LELAKI KELAS 3 DAN PEREMPUAN KELAS 3

Page 4: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang hadirin saksikan ini ialah larian 800METER

AKHIR BAGI KATEGORI LELAKI KELAS 1.

(tembakan dilepaskan)

Kelihatan para peserta memulakan larian untuk acara 800METER

AKHIR PEREMPUAN KELAS 1.

(tembakan dilepaskan)

Ini pula acara larian 800METER AKHIR LELAKI KELAS 2.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang berlangsung ini ialah larian 800METER AKHIR

PEREMPUAN KELAS 2.

(tembakan dilepaskan)

Anda sedang menyaksikan acara larian 800METER AKHIR LELAKI

KELAS 3.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang baru dimulakan tadi ialah larian 800METER AKHIR

PEREMPUAN KELAS 3.

4x400m(sekolah jemputan)

Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan larian 4X400METER

Sekolah-sekolah Jemputan.

Para peserta diminta bersedia ditempat Penyelia Peserta.

Acara ini melibatkan peserta dari sekolah

1)

2)

3)

4)

Acara Pelajar Pendidikan Khas

Acara diteruskan lagi dengan acara Pelajar PENDIDIKAN KHAS.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang hadirin saksikan ini ialah acara Pelajar PENDIDIKAN KHAS.

Page 5: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

PERBARISAN Hadirin yang dihormati,

Kejohanan Balapan dan Padang, SMK Taman Dato’ Harun Kali ke-26

ini akan dimeriahkan lagi dengan Perbarisan Rumah Sukan Dan Unit Beruniform.Semua kontijen perbarisan diminta bersedia.

FAI

Sekarang, tibalah masa untuk acara Perbarisan Masuk Padang.(Muzik Kejohanan dimulakan)

Dengan sukacitanya, pihak majlis menjemput Yang Dihormati

Encik Sazali bin Baharudin, Penolong Pengarah Pendidikan,

Unit Pembangunan Manusia, PPD Petaling Utama, dengan diiringi

oleh Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi, Pengetua SMK Taman Dato’

Harun, untuk menerima tabik hormat daripada kontijen-kontijen

perbarisan.

Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, perbarisan ini disertai oleh Lembaga

Pengawas Sekolah, Rumah-rumah Sukan, serta Unit-unit Beruniform.

HAS

Ketua Padang Mendahului kontijen perbarisan pada hari ini ialah KETUA PADANG yang mengenakan pakaian lengkap Kadet Bimba dan Penyelamat iaitu saudara Muhammad Akmal Aslam bin Ahmad Khaidar.Beliau diiringi oleh PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN yang

diwakili oleh unit beruniform yang terdiri daripada

KADET REMAJA SEKOLAH

KADET POLIS

KADET BOMBA DAN PENYELAMAT dan

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

FAI

Page 6: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

Lembaga

Pengawas Sekolah

Seterusnya, kontijen yang sedang melintas hormat dengan penuh

keyakinan ini ialah LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH yang

diketuai oleh Abd Alim bin Abd Halim dan dibawah pimpinan Puan Suliza binti Othman.

HAS

Pergerakan Puteri Islam

Seterusnya, kontijen berpakain merah jambu ini ialah PERGERAKAN PUTERI ISLAM yang diketuai oleh saudari Najwa Dalila bt Sukhaime dan di bawah pimpinan Pn. Habsah bt Jamil.

FAI

Kadet Bomba dan Penyelamat

Seterusnya, diikuti pula oleh kontijen berpakaian celoreng yang

dilengkapi dengan beret dan but hitam serta mafla berwarna merah.

Kelihatan segak sekali, inilah kotijen KADET BOMBA DAN PENYELAMAT. Diketuai oleh saudara Muhammad Hilmy bin Mohsin dan dipimpin oleh En. Khairul Azman bin Jamaludin.

HAS

Kadet Polis Ini diikuti pula oleh kontijen berpakaian biru perkasa dan kelihatan

begitu segak, inilah kontijen KADET POLIS. Diketuai oleh saudara

Muhammad Faizal bin Norsuria. Kontijen ini di bawah pimpinan Puan Naimah binti Yusoff.

FAI

Kadet Remaja Sekolah

Melangkah dengan penuh segak, kontijen yang berpakaian serba

hijau ini ialah KADET REMAJA SEKOLAH. Pergerakan kontijen yang

diatur begitu mantap dan nampak hebat ini ketuai oleh saudara Abd Muiz bin Mohd Asri, dan dipimpin oleh Pn. Azila bt Anuwal.

HAS

Pengakap 40 Petaling

Diketuai oleh saudara Norfarehah binti Che Daut, PASUKAN PENGAKAP 40 PETALING kelihatan segak berpakaian lengkap

dengan Forest Cap, Skaf beserta wogal hitam dan glove putih.

Kontijen ini di bawah pimpinan Puan Siti Mariah binti Baharudin.

FAI

Persatuan Bulan Sabit Merah

Turut mengenakan beret hitam, pasukan serba putih ini yang lengkap

dengan lanyard ini ialah PERSATUAN BULAN SABIT MERAH.

Diketuai oleh Nor Shafiqa binti Shahmadi Shah, PBSM adalah di

bawah pimpinan Puan Dalilah binti Janudin.

HAS

Rumah Sarjana(Biru)

Kelihatan keseragaman kontijen RUMAH SUKAN SARJANA mengatur langkah. Kontijen yang diketuai oleh Nur Hasliza binti Ramli ini adalah di bawah pimpinan En. Ramanathan a/l Pannit

HAS

Page 7: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

Selvam dan Puan Yusmalailey binti Marzuki. Bertemakan Pahlawan Melayu, dilengkapi setanjak, keris serta

tombak melambangkan keberanian Kesatria Biru. Maskot ‘Kesatria Biru’, diiringi Srikandi pahlawan Melayu. “Alang-alang kesatria Biru

berjuang, biar juara dalam genggaman”. “Sarjana – Biru juara...”.

Rumah Pendita(Merah)

Berpegang kepada kata “MERAH membara semangat waja..” inilah

kontijen RUMAH SUKAN PENDITA.Diketuai oleh saudari Nur Hanani binti Abdullah, dan di bawah

pimpinan Encik Khairul Azman bin Jamaludin. Kontijen rumah

sukan ini turut menampilkan RED IRON MAN sebagai mascot pilihan,

Rumah sukan yang sering kali gah dengan gelaran juara ini tidak

pernah gentar dengan cabaran kerana bagi mereka, keranamu

Merah, juara tetap juara...

HAS

Rumah Bestari(Hijau)

Kontijen yang berpakaian hijau ini ialah RUMAH SUKAN BESTARI.Bertemakan “perwira negara”, Rumah Bestari diketuai oleh saudari

Siti Norhaslina binti Mohd Sabri, dan di bawah pimpinan Puan Aini Syahidah binti Ahmad Shuyuti dan Encik Maizi bin Daud.Bersesuaian dengan tema, mascot ‘Anggota Tentera’ yang dipilih

sangat sinonim dengan kegagahan dan kekuatan ahli rumah hijau

dalam menewaskan musuh. “Biar hujan atau panas, ketabahan kami

tidak mungkin terhakis. Kejuaraan pasti milik kami. Kami gagah, Kami

Pasti Juara...”

FAI

Rumah Pujangga(Kuning)

Keunggulan kontijen seterusnya melangkah bersama kilauan kuning,

inilah kontijen RUMAH SUKAN PUJANGGA.Diketuai oleh saudari Asimah Husna binti Ahmad Yuseri, dan

dipimpin oleh Puan Nor Aiza binti Abu Hassan dan Puan Noridayu binti Mohd Manan. Keceriaan Pujangga bertemakan Kartun Animasi dan diserikan oleh Maskot yang bernama ‘Minioon Perkasa’. “Biar Rumah Kuning, jangan otak Kuning.. Kau Ader?? Ok bah Kalau

Kau....

FAI

Pendidikan Khas Pasukan Perbarisan pada kali ini diakhiri oleh murid-murid

PENDIDIKAN KHAS.FAI

TERIMA KASIH (muzik kejohanan ditamatkan) HAS

Page 8: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

Dan

LAGU NEGARAKU

Terima kasih Encik Sazali bin Baharudin,, atas kesudian menerima

tabik hormat kontijen perbarisan pada hari ini.

Seterusnya, semua hadirin diminta berdiri bagi sama-sama

manyanyikan lagu kebangsaan, Lagu Negaraku.

(lagu Negaraku)

Terima kasih diucapkan.

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat sekalian,

Agar majlis pada pagi ini memperoleh barakah dan rahmat daripada

Ilahi, majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Amin bin Ribang untuk memimpin

bacaan doa.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin, Majlis mengucapkan terima kasih

kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa.

FAI

UCAPAN ALUAN PENGETUA

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan

Yang Berusaha,

Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi, Pengetua SMK taman Dato’ Harun

untuk menyampaian ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN ALUAN PENGETUA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi atas ucapan sebentar tadi.

HAS

UCAPAN PERASMIAN VIP

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Dihormati

Encik Sazali bin Baharudin, Penolong Pengarah Pendidikan,

Unit Pembangunan Manusia, PPD Petaling Utama.

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan

Balapan dan Padang, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’

Harun Kali ke-26.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Page 9: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

(UCAPAN PERASMIAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Sazali bin Baharudin Kamdi atas kesudian menyampaikan ucap rasmi itu

tadi .

BACAAN IKRAR

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar Kejohanan.Dengan itu, dijemput saudara Mohd Razif bin Bakri untuk mengetuai

Bacaan Ikrar.

(BACAAN IKRAR)

Terima kasih diucapkan. Semoga dengan bacaan ikrar itu dapat

menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar dalam kurikulum mahupun

kokurikulum.

FAI

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini tibalah masa Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan.Para hadirin diminta berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Sekolah.

(Muzik Lagu Sekolah)

HAS

PERBARISAN KELUAR PADANG

(Muzik Lagu Sekolah ditamatkan)

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya acara PERBARISAN KELUAR PADANG(Muzik Kejohanan).

FAI

TEKS ACARA Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara _________________________

Para peserta diminta bersedia ditempat Penyelia Peserta.

Acara ini melibatkan peserta

LELAKI KELAS 1

PEREMPUAN KELAS 1

LELAKI KELAS 2

PEREMPUAN KELAS 2

LELAKI KELAS 3 DAN PEREMPUAN KELAS 3

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang hadirin saksikan ini ialah

___________________________________________________.

Page 10: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

(tembakan dilepaskan)

Kelihatan para peserta memulakan larian untuk acara

___________________________________________________.

(tembakan dilepaskan)

Ini pula acara larian

___________________________________________________.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang sedang berlangsung ini ialah larian

___________________________________________________.

(tembakan dilepaskan)

Anda sedang menyaksikan acara larian

___________________________________________________.

(tembakan dilepaskan)

Acara yang baru dimulakan tadi ialah larian

___________________________________________________.

PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan upacara Penyampaian Hadiah dan seterusnya Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga

Tahunan Kali ke-26, Sekolah Menengah Taman Dato’ Harun.

Untuk menyempurnakan penyampaian ini, majlis dengan penuh

takzim, menjemput dan mempersilakan

________________________________________________________

Kita mulakan dengan pemyampaian hadiah bagi acara

________________________________________________________

Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput

________________________________________________________

Untuk menyampaikan hadiah bagi acara

Page 11: Teks Pengacara Sukan Tahunan 2013

___________________________________

Terima kasih diucapkan.

Pihak majlis dengan sukacitanya memjemput

________________________________________________________

Untuk menyampaikan hadiah bagi acara

____________________________________

Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput

________________________________________________________

Untuk menyampaikan hadiah bagi acara

___________________________________

Terima kasih diucapkan.

PENUTUPHadirin dan Hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya penyampai hadiah itu tadi, maka dengan ini,

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-26, Sekolah Menengah Taman

Dato’ Harun Tahun 2013 menutup tirainya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini.

Semoga majlis hari ini menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar,

para guru juga masyarakat.