5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR 2011 TARIKH : 18 FEBRUARI 2011 HARI : JUMAAT MASA : 5 PTG TEMPAT : PUSAT AKUATIK SHAH ALAM PENGACARA WAN FATINAH WAN HAMZAH MOHD KHAIRUL AZMAN B ISMAIL

TEKS PENGACARA MAJLIS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP

KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR 2011

TARIKH : 18 FEBRUARI 2011

HARI : JUMAAT

MASA : 5 PTG

TEMPAT : PUSAT AKUATIK

SHAH ALAM

PENGACARA

WAN FATINAH WAN HAMZAH

MOHD KHAIRUL AZMAN B ISMAIL

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia

Majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan, puan-puan ke Majlis Penutupan Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor 2011.

Hadiran sekalian diminta mengambil tempat duduk dan pihak majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk mengaktifkan telefon bimbit kepada mod senyap.

KA

KETIBAAN PENGARAH

CUE: PENGARAH KE TEMPAT DUDUK

CUE: TAMAT NYANYIAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Sulaiman b Wak Pengarah Pelajaran Negeri Selangor diiringi oleh. En Azahar Nor Arifin b Ahmad Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah Petaling Perdana.Hadirin diminta berdiri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”.

Tetamu kehormat, para jemputan, guru-guru, para peserta serta hadirin sekalian dijemput duduk.

KA

Seterusnya,Marilah kita menyaksikan acara 100M Medley relay kategori lelaki Dan kategori perempuan (13 -15 tahun).

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Ke pekan Kuala membeli bingkaDuduk bersimpuh mengadap juadahMajlis bermula tirai dibukaDengan alunan madah yang indah

Assalamualaikum wtb danSalam 1 Malaysia

Yang dialu-alukan kehadirannyaYang Berbahagia Tuan Sulaiman b Wak Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Yang Berusaha En Azahar Nor Arifin b AhmadKetua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah Petaling Perdana

WF

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS

Yang Berusaha Ketua-ketua Sektor Jabatan pelajaran Selangor, Pegawai- pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua-pengetua, Guru besar-guru besar, para guru, para peserta dan hadirin sekalian.

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpahNya dapat kita bersama dalam Majlis Penutupan Akuatik MSS Selangor 2011 anjuran Pejabat pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Untuk makluman hadirin sekalian, kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor tahun 2011 ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Sebanyak buah sekolah yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai pertandingan kali ini.

UCAPAN TIMB PEGAWAI PPD

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha En Azahar Nor Arifin b AhmadKetua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah Petaling Perdana untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

KA

CUE: UCAPAN TAMAT Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

KA

UCAPAN PENGARAH

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Sulaiman b Wak Pengarah Pelajaran Negeri Selangoruntuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Selangor 2011.Majlis mempersilakan.

WF

CUE:TAMAT UCAPAN

Majlis merakamkan setinggi –tinggi penghargaan atas ucapan perasmian penutup itu tadi.

WF

PENYAMPAIAN HADIAH

Untuk memperingati pemergian seorang yang banyak memberikan sumbangan didalam bidang sukan iaitu Allahyarham Tn Hj Latifi b Abu Bakar yang telah kembali ke Rahmatullah sama-samalah kita membaca Alfatihah dan bertafakur mengikut agama masing-masing.

Alfatihah.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

KA

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS

Untuk menyempurnakan acara pada hari ini, dijemput En Azahar Nor Arifin b AhmadKetua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah Petaling Perdana mengiringi Yang Berbahagia Tuan Sulaiman b Wak Pengarah Pelajaran Negeri Selangoruntuk menyampaikan pingat dan sijil kepada para pemenang.

Mendahului senarai pemenang ialah

Acara:

SENARAI PEMENANG

WF

CUE:PENYAMPAIAN HADIAH TAMAT

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepadaYang Berbahagia Tuan Sulaiman b Wak atas kesudian beliau menyampaikan pingat dan sijil itu tadi.

KA

UCAPAN PENUTUP

Hadirin sekalian,Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka sempurnalah sudah Majlis Penutupan Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Selangor 2011.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan acara ini.

Majlis penutup berakhir sudahBermula dari seawal pagiKita bertemu akhirnya berpisahDiizin Tuhan berjumpa lagi.

Sekian. Wabillahitaufikwal hidayahWassalmualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Para tetamu jemputan dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan.

WF