5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berusaha En. Jamaluddin Bin Musleh Selaku Guru Besar Sk. Jabang En. Latif saidin selaku Pengerusi PIBG Yang Dihormati Cikgu Awang Damit Langgar Penolong Kanan 1 Ustaz sagap musram Penolong kanan hal ehwal murid Cikgu Azman Saidin Selaku penolong kanan KOKUM Guru-guru dan Anggota Kakitangan sokongan murid-murid yang dikasihi,para ibu dan bapa hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Penutupan Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan sambutan hari raya aidilfitri Bagi menyemarakan lagi semangat patriotik majlis kita pada pagi yang ceria ini dijemput semua untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negara ku, sabah tanah airku dan lagu sekolah. Dengan ini majlis mempersilakan. begitulah tadi nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. Hadirin dan hadirat sekalian,

TEKS PENGACARA MAJLIS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN BULAN

KEMERDEKAAN DAN

SAMBUTAN HARI RAYA

BismilLahirRahmanirRahim.

Assalamu `alaikum Wa

RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berusaha

En. Jamaluddin Bin Musleh

Selaku Guru Besar

Sk. Jabang

En. Latif saidin selaku

Pengerusi PIBG

Yang Dihormati

Cikgu Awang Damit Langgar

Penolong Kanan 1

Ustaz sagap musram

Penolong kanan hal ehwal

murid

Cikgu Azman Saidin

Selaku penolong kanan KOKUM

Guru-guru dan Anggota

Kakitangan sokongan

murid-murid yang dikasihi,para

ibu dan bapa

hadirin dan hadirat yang

diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Penutupan

Penghayatan Bulan

Kemerdekaan dan sambutan

hari raya aidilfitri

Bagi menyemarakan lagi

semangat patriotik majlis kita

pada pagi yang ceria ini

dijemput semua untuk berdiri

bagi menyanyikan lagu Negara

ku, sabah tanah airku dan lagu

sekolah.

Dengan ini majlis

mempersilakan.

begitulah tadi nyanyian lagu

kebangsaan dan lagu sekolah

yang dinyanyikan dengan

penuh bersemangat.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat

dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi menambah keberkatan

Majlis kita pada hari yang

penuh bermakna ini, marilah

sama-sama kita menadah

tangan mengaminkan bacaan

doa yang akan dibacakan oleh

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS

Ustaz Abd sagap bin musram.

Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal

`Alamin. Majlis merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada Ustaz

Abd sagap atas bacaan doa itu

tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan

menjemput pengerusi PIBG

en.Latip Saidin untuk member

ucapan sepatah dua kata bagi

melengkapkan majlis kita pada

hari ini.

Begitulah tadi ucapan yang

disampaikan oleh Pengerusi

PIBG SK Jabang, majlis dengan

ini mengucapkan terima kasih

di atas ucapan itu tadi.

Majlis dengan penuh rasa

hormat menjemput En.

Jamaluddin Musleh selaku guru

besar sk jabang bagi

menyampaikan ucapan untuk

majlis kita pada hari ini.

Dengan segala hormatnya

dipersilakan

Untuk pengetahuan sidang

hadirin dan hadirat juga,

pelbagai aktiviti yang

dipertandingkan di dalam

sambutan kemerdekaan iaitu 9

pertandingan daripada

pelbagai kategori. Oleh itu bagi

memeriahkan lagi majlis kita

pada pagi ini . Majlis dengan

segala hormatnya menjemput

adik norayuni awang damit

iaitu pemenang yang

mendapat tempat pertama

bagi pertandingan sajak untuk

sama2 berkongsi dalam majlis

ini.sajak yang akan

diperdengarkan bertajuk

UNTUK BANGSA YANG

MERDEKA. Dengan ini majlis

mempersilakan.

Begitu la tadi persembahan

sajak yang dikongsi bersama

oleh adik norayuni.

Sidang hadirin dan hadirat,

Bagi mengekalkan lagi

semangat jiwa merdeka kita

marilah sama-sama kita

mendengarkan persembahan

yang akan disampaikan oleh

pelajar-pelajar tahun 1 – 6 sk

jabang. Lagu yang akan

disampaikan oleh pelajar-

pelajar ini yang bertajuk

TANGGAL 31 & KERANAMU

MALAYSIA

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS

Dengan penuh semangat

merdeka majlis mempersilakan

Kini, tibalah masa yang dinanti-

nantikan, untuk sama-sama

kita mengetahui keputusan

pertandingan yang telah

dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala

hormatnya ingin

mempersilakan kepada Cikgu

Awang Damit Bin Langgar,

Penolong Kanan 1, untuk

mengiringi En. Latif Saidin,

Pengerusi PIBG sk jabang, bagi

menyampaikan hadiah kepada

para pemenang. Dipersilakan.

Pertandingan mewarna

(prasekolah& tahun 1

1. nalzimel - prasekolah

2. sazlan - prasekolah

3 ezzatul mazuan - tahun 1

Pertandingan mewarna (THN 2

& THN 3)

1. Rusham - 3

2.safinas - 3

3.norhafify - 3

Melukis poster (tahap 2)

1. norayuni - 6

2.helmy - 6

3.abdullah - 6

Mendeklamasikan sajak

(tahap2)

1.Norayuni - 6

2.nureskin - 6

3.abdullah - 6

Terima kasih diucapkan kepada

En. Latip bin saidin atas

kesudian menyampaikan

hadiah sebentar tadi. Majlis

juga ingin mengucapkan

tahniah kepada semua

pemenang..

Hadirin dan hadirat yang

diRahmati Allah sekalian,

Kolek berlabuh di Pekan Triang,

Esoklah belayar ke Singapura;Lebaran meriah disambut

riang,

Harmoni terjalin kasih dan

mesra

Majlis diserikan lagi dengan

pertandingan glamour raya.

Oleh itu mari lah sama2 kita

menyaksikan betapa glamour

anak-anak kita

beraya dengan pakaian raya

meraka.

Kini, tibalah masa yang

ditunggu-tunggu , untuk sama-

sama kita mengetahui

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS

keputusan pertandingan yang

telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala

hormatnya ingin

mempersilakan kepada Cikgu

Awang Damit Bin Langgar,

Penolong Kanan 1, untuk

mengiringi En. Jamaludin

musleh, selaku guru besar sk

jabang, bagi menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

En. Jamaludin musleh atas

kesudian menyampaikan

hadiah sebentar tadi. Majlis

juga ingin mengucapkan

tahniah kepada semua

pemenang

Dan tiada untaian kata yang

mampu dilafazkan selain

ungkapan rasa syukur dan

ucapan terima kasih yang tulus

ikhlas buat semua, atas

kesudian hadir dan

memeriahkan Majlis kita pada

hari yang penuh meriah ini.

Ucapan terima kasih juga buat

semua yang telah menjayakan

majlis penutupan penghayatan

bulan kemerdekaan dan

sambutan hari raya aidilfitri,

terutamanya pihak pengurusan

sk jabang, , semua murid yang

telah mengambil bahagian dan

semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun

tidak.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama

belayar telah sampai di

pelabuhan

Umpama berkayuh telah

sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai

di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah

pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin

memohon ribuan kemaafan

andai ada salah dan silap

sepanjang mengacarakan

Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat,

wa bilLahit Taufiq walHidayah

wassalamu `alaikum wa

Rahmatullahi wa Barakatuh.

Page 5: TEKS PENGACARA MAJLIS

Dijemput kepada semua guru-

guru dan pihak pengurusan

untuk mengiringi para tetamu

untuk menikmati sedikit

hidangan yang telah

disediakan. Dipersilakan.

p/s – makluman kepada hadirin

dan hadirat sesiapa yang

berminat untuk

menyumbangkan lagu

sempana hari raya ini

dipersilakan. Semasa kita biar

lah suasana raya bergema

dengan penuh ceria. Oleh itu

dijemput adik ESAM &

NORDIANA bagi menyampaikan

lagu yang bertajuk suasana di

hari raya.