5
TEKS EMCEE MAJLIS RESTU ILMU 2012 PERISTIWA / CUE BUTIRAN PERISTIWA Bismillahirahmanirahim. Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pasir Dusun; En. Mohd Shukri bin Ibrahim, Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Pasir Dusun, En. Mohd Sabri bin Jusoh, Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran; Pn. Hjh. Siti Meriam binti Hamid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Pn. Wan Razita binti Wan Daud, para ibu bapa/ ajk PIBG, rakan-rakan guru dan murid-murid calon UPSR 2012 yang dikasihi. Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SKPD 2012. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi meraikan majlis ini. Hadirin sekalian. Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha dilakukan oleh murid-murid, barisan guru SKPD serta ibu bapa khususnya dalam memastikan anak- anak kita semua mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR kelak. INSHAALLAH. 1

TEKS EMCEE Majlis Restu Ilmu Tahun 6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS EMCEE Majlis Restu Ilmu Tahun 6

TEKS EMCEE MAJLIS RESTU ILMU 2012

PERISTIW

A / CUEBUTIRAN PERISTIWA

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pasir Dusun; En. Mohd Shukri bin Ibrahim, Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Pasir Dusun, En. Mohd Sabri bin Jusoh,Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran; Pn. Hjh. Siti Meriam binti Hamid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Pn. Wan Razita binti Wan Daud, para ibu bapa/ ajk PIBG, rakan-rakan guru dan murid-murid calon UPSR 2012 yang dikasihi.

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SKPD 2012.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi meraikan majlis ini.

Hadirin sekalian.

Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha dilakukan oleh murid-murid, barisan guru SKPD serta ibu bapa khususnya dalam memastikan anak-anak kita semua mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR kelak. INSHAALLAH.

Bacaan Doa Orang Jeli berdagang ke kota,Singgah di Tumpat membeli gamat,Tangan dirafak, restu dipinta;Doa diamin moga selamat.

Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat

1

Page 2: TEKS EMCEE Majlis Restu Ilmu Tahun 6

rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai Bacaan Doa

Amin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________ di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan dan Perasmian

Hadirat hadirat sekalian,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,Tak lengkap malam tanpa purnama,Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Tn. Guru Besar, Encik Mohd Shukri bin Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Restu Ilmu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati.

2. Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dipertua PIBG SKPD En. Mohd Sabri bin Jusoh untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan ringkas daripada YDP PIBG SKPD. Diharap apa yang disampaikan beliau dapat dijadikan panduan dan teladan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

3. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Hjh. Siti Meriam bt. Hamid selaku wakil guru-guru SKPD untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada GPK 1 SKPD di atas ucapan beliau sebentar tadi.

4. Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya dijemput wakil murid tahun 6, Adik ………………………………………………………………. untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

2

Page 3: TEKS EMCEE Majlis Restu Ilmu Tahun 6

Demikian tadi berakhirnya ucapan daripada wakil murid tahun 6.

Demi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar,Kita memohon agar sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak didik kita. Semoga apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh murid semua sampai ke dalam dewan peperiksaan UPSR kelak. Sedikitpun tidak tercicir. INSHAALLAH.

Acara seterusnya

Para hadirin yang dihormati.

Suria bersinar tampak berseri,Indah awan di langit membiruSelamat berjuang putera dan puteriayah dan ibumu memberi restu.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu “Ku Pohon Restumu Ayah Ibu & Guru-guruku”.

Dalam kesempaatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini marilah kita sama-sama melapangan dada, saling memaafkan dan merelakan antara guru dan para pelajar serta ibu bapa yang hadir pada pagi ini. Semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang sempurna demi beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

-Murid- murid diminta berdiri. - Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian hadapan dewan.-Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan ibubapa/ guru-guru anda ...CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap bicara...mohon diampunkan dosa...minta direstukan segala ilmu yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru anda, tidak menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati guru...mohonlah kemaafan dari mereka. Kerana restu mereka adalah keramat, ilmu mereka adalah azimat!!

Ibu dan ayah/ cikgu-cikgu ...berikanlah

3

Page 4: TEKS EMCEE Majlis Restu Ilmu Tahun 6

restumu....doakanlah kejayaan mereka!

(background music)**

Selesai Majlis Penyampaian

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.Jejaran mengkudu bias kesuma,Di celah angsana di Pekan Jeli,Akhir di sini noktah bersama,Di lain masa bersua kembali.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4