15
TEKNOLOGI KOMUNIKASIDAN MAKLUMAT: SATUTINJAUAN TERHADAPPENGGUNAANKOMPUfERDALAMKALANGANBAPA,mU DANANAKDI KAMPUNG BAYANGAN,KENINGAU, SABAH ABSTRAcr Mokhtarrudin Ahmad Hasan Mat Nor This study was conducted at Kampung Bayangan. Keningau. Sabah. as one of the pioneer projects handled by the Ministry of Rural Development by Malaysian Government to promote ICT literate (aiming at computer usage) among rural society in Malaysia. This study aimed to identify the impact of leT usage towards socio-culture; to identify ICT literate among respondent; to identify the used of computer for information searching and to identify problems faced by the respondents when using computer and their ability to solve the problems. Sample has been chosen by using purposive sampling from three categories. The data obtained through questionnaire. which is distributed to the respondent and assisted by the enumerator. The data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences for calculating measures of central tendency using min. The findings indicate that the computer usage does not influence their socio-culture activities. Thefindings also show that there are differences between the purposed of computer usage; the information searched by using computers; and the problems faced by the respondents. PENGENALAN Kampung Bayangan adalah sebuah perkampungan petempatan semula yang telah dibangunkan pada tahun 1953 bagi menempatkan masyarakat Dusun daripada Tambunan dan Ranau yang banyak terlibat dalam kegiatan pertanian pindah. Kampung yang terletak di bawah pentadbiran daerah Keningau ini terletak kira-kira 180 km daripada Kota Kinabalu dan mengambil masa selama tiga jam perjalanan daripada Kota Kinabalu. Kampung Bayangan adalah sebuah kampung yang telah terpilih untuk menyertai Gerakan Daya Wawasan (GDW). dahulunya dikenali sebagai Gerakan Desa Wawasan iaitu satu pendekatan membangunkan masyarakat desa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kampung ini kini mempunyai kim-kira 1,082 orang penduduk dengan pecahan 550 lelaki dan 532 perempuan dengan bilangan rumah sebanyak 157 buah. Untuk memudahkan pentadbiran, kampung tersebut telah dibahagikan kepada lapan buah kelompok penempatan yang dinamakan sebagai taman berasaskan kaedah pecah dan perintah (Hasan Mat Nor, 2002).

TEKNOLOGI KOMUNIKASIDAN MAKLUMAT: SATUTINJAUAN ... · Kampung Bayangan adalah salah sebuah dari enam buah kampung yang ... perkembangan tidak setara antara masyarakat luar bandar

Embed Size (px)

Citation preview

TEKNOLOGI KOMUNIKASIDAN MAKLUMAT: SATUTINJAUAN TERHADAPPENGGUNAANKOMPUfERDALAMKALANGANBAPA,mU

DANANAKDI KAMPUNG BAYANGAN,KENINGAU, SABAH

ABSTRAcr

Mokhtarrudin Ahmad Hasan Mat Nor

This study was conducted at Kampung Bayangan. Keningau. Sabah. as one of the pioneer projects handled by the Ministry of Rural Development by Malaysian Government to promote ICT literate (aiming at computer usage) among rural society in Malaysia. This study aimed to identify the impact of leT usage towards socio-culture; to identify ICT literate among respondent; to identify the used of computer for information searching and to identify problems faced by the respondents when using computer and their ability to solve the problems. Sample has been chosen by using purposive sampling from three categories. The data obtained through questionnaire. which is distributed to the respondent and assisted by the enumerator. The data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences for calculating measures of central tendency using min. The findings indicate that the computer usage does not influence their socio-culture activities. Thefindings also show that there are differences between the purposed of computer usage; the information searched by using computers; and the problems faced by the respondents.

PENGENALAN

Kampung Bayangan adalah sebuah perkampungan petempatan semula yang telah dibangunkan pada tahun 1953 bagi menempatkan masyarakat Dusun daripada Tambunan dan Ranau yang banyak terlibat dalam kegiatan pertanian pindah. Kampung yang terletak di bawah pentadbiran daerah Keningau ini terletak kira-kira 180 km daripada Kota Kinabalu dan mengambil masa selama tiga jam perjalanan daripada Kota Kinabalu. Kampung Bayangan adalah sebuah kampung yang telah terpilih untuk menyertai Gerakan Daya Wawasan (GDW). dahulunya dikenali sebagai Gerakan Desa Wawasan iaitu satu pendekatan membangunkan masyarakat desa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kampung ini kini mempunyai kim-kira 1,082 orang penduduk dengan pecahan 550 lelaki dan 532 perempuan dengan bilangan rumah sebanyak 157 buah. Untuk memudahkan pentadbiran, kampung tersebut telah dibahagikan kepada lapan buah kelompok penempatan yang dinamakan sebagai taman berasaskan kaedah pecah dan perintah (Hasan Mat Nor, 2002).

Mokhtarnulill Ahmad &: Hasall Mat Nor

Sebagai usaha memajukan dan mendedahkan penduduk kampung ini kepada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pada peringkat awalnya pihak KPLB pada tabun 1999 telah mewujudkan Medan Info Desa (MID) dengan membekalkan sejumlah 12 buab komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, sebuah mesin pencetak (printer) dan hub bagi memudahkan sambungan kepada internet serta diletakkan eli balairaya yang sedia ada di kampung tersebut. Kini kemudahan di MID ini telah bertambah dengan peningkatan jumlah komputer sebanyak 20 buah dan dilengkapi dengan kemudahan satelit untuk akses internet jalur lebar (broadband internet access).

Untuk meneraju MID, seramai 12 orang anak kampung telah dilatih untuk menjadi jurulatib oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA). Selain melatih penduduk Kampung Bayangan, mereka turut menyediakan latihan kepada jabatan kerajaan dan swasta di kawasan sekitar daerah Keningau dan juga negeri Sabah. Menerusi kelengkapan komputer sebanyak 20 buah dan sebuah bilik yang lebih sesuai dengan kos perbelanjaan hampir RM250 ribu, MID Kampung Bayangan (turut dikenali sebagai E-Bayangan) telah mengorak langkah yang lebih maju untuk menyediakan kemudahan bagi melatih anak­anak, penduduk kampung dan persekitarannya dalam ilmu berkaitan komputer. Kini, E­Bayangan mempunyai struktur pentadbiran yang baik untuk meneraju masa hadapan MID tersebut (sila rujukRajah 1).

I P •• o-MK __ I ... noung

I En.K8ipOI_ I "'nuon-I OOW Kg ... ,.ngont _Kehomtll

En. ADIwt ~ Rulli. t Eft. .. d."_S_ ~ "-"* GOWI _~OOWI -- -

I E .... blnHj.A_ I "'n;waII~

Eft.""""SIIid. Soh

~ CIIFocIIlohW. ....

a.t ...... E_ "-I_K __

I l CIIW-_ 0.-. J

I ,..elr._ I I ~P----""-I ,....l..IIMI ~ ... -"-I-P_-

P--,K __

"-",,Pe_ ~~

Rajah 1: Carta~ Gerakan Daya Wawasan dan Medan Info Desa Kg. Bayangan

12

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

E-Bayangan juga mempunyai laman web sendiri iaitu http://www.go.to/ midebayangan yang dikendalikan oleh penduduk setempat. Laman web ini turut digunakan sebagai medium untuk mempromosikan keluaran dan produk tempatan yang dikeluarkan oleh kampung tersebut. Antara produk tempatan yang terkenal dan ditawarkan di kampung tersebut ialah produk makanan ringan tempatan seperti kerepek pisang, hasil kerja tang an dan yang terbaru ialah produk berasaskan pelancongan eko iaitu Resort Karnpung Bayangan dan 'home-stay'.

Kampung Bayangan adalah salah sebuah dari enam buah kampung yang dipilih sebagai perintis Medan Info Desa yang dibangunkan oleh KPLB. Tujuan penubuhan MID ini ialah untuk menggalakkan penghayatan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat desa menerusi perantaraan teknologi komunikasi dan maklumat, mengurangkanjurang digital antara masyarakat des a dengan masyarakat arus perdana, membina rangkaian pangkalan maklumat desa, mewujudkan rangkaian maklumat antara masyarakat desa dengan masyarakat arus perdana dan mewujudkan masyarakat des a yang bersedia menghadapi kemajuan teknologi maklumat dalam dunia tanpa sempadan.

PERNYATAAN MASALAH

Kepekaan kerajaan terhadap isu jurang digital yang bertujuan untuk mengelakkan perkembangan tidak setara antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar telah diberikan perhatian secara mendalam. Kerajaan telah mengambil inisiatifterhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya terhadap pembangunan masyarakat dan hal ini dapat dilihat menerusi peruntukan sebanyak RMI ,098 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK.-8) bagi mengurangkan jurang digital masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar. Usaha dan galakan daripada kerajaan ini sebagai contohnya telah diterapkan melalui KPLB seperti yang terdapat di Karnpung Bayangan. Melalui kewujudan MID E-Bayangan, pendedahan telah diberikan secara langsung kepada penduduk setempat dan masyarakat persekitaran dan kini masyarakat di Kampung Bayangan telah dapat menerima teknologi tersebut dan menjadikan komputer sebagai satu keperluan yang sepatutnya terdapat di rumah masing-masing. Pada tabun 2000, nisbah pemilikan komputer di Kampung Bayangan ialah 1 : 2 (1 buah komputer bagi setiap 2 buah rumah) dengan bilangan penduduk yang celik komputer sebanyak 70 peratus (Mokhtarrudin Ahmad, 200 I).

13

Mokhtarnul;" Ahmad cl Hasan Mal Nor

Jaduall : Pemilikan komputer dengan bilangan penduduk dan bllangan rumab d1

Kampung Bayangan, Keoingau, Sabab

Bilangan Nisbah Nisbab Bilangan Pemilikaa Bilangan PanilikUl Taman Penduduk

Komputer KDmputcr Rumah Komputcr Peribadi

!!endudulc~ !Rumah~ Pennai 139 11 1 : 13 21 I: 2

Damai 198 13 1: 15 19 1: 1

Harmoni 122 8 1 : IS 16 1: 2

Gemilang ISO 10 I : 17 18 1: 1

Cemerlang 103 11 1: 9 2S 1: 2

Sentosa 120 4 1: 30 19 1: 2

Makmur 130 7 1: 18 22 1: 3

lndah 120 11 1: 11 17 1: 2

Jumlab 1,081 75 1: 14 157 1: 1

Sumber : Profit Medan Info Desa E-Bayangan (2000)

Jaduall: Pemilikan komputer di rumab mengikut owasan

Pemilikan Bandar Luar Bandar Jumlah K&: Ba~san· kOll\lutcr di Bil Sampel (%) BilS~l(%) Bil Sampe\ (-;.) BilS~I(%)

rumah Ada 32 18 26 48

Tiada 68 82 74 52

OBJEKTIF KAJIAN

Objektifkhusus kajian ini adalah seperti berikut:

1. Melihat tanggapan responden terhadap kesan penggunaan komputer dalam aspek sosiobudaya masyarakat.

2. Mengenal pasti tanggapan responden terhadap tahap kemahiran menggunakan komputer dan perisian komputer antara bapa, ibu dan anak.

3. Mengenal pasti tujuan menggunakan komputer danjenis-jenis maklumat yang dieari menggunakan internet antara bapa, ibu dan anak.

4. Mengenal pasti masalah yang dihadapi ketika menggunakan komputer dan tahap kemahiran menangani masalah tersebut antara bapa, ibu dan anak.

14

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

SOROTAN LITERATUR

Terdapat pelbagai faktor yang menjana perubahan dalam masyarakat. Antara yang dianggap penting ialah teknologi, ideologi, persaingan, konflik, faktor-faktor politik dan ekonomi serta jaringan-jaringan struktural. Sumber-sumber ini adalah saling berkait. Mengikut S. Vago (1996), pengaruh teknologi telah berupaya membawa getaran kepada kehidupan individu dan masyarakat, nilai-nilai sosial, struktur dan fungsi institusi-institusi sosial serta dalam organisasi politik sesebuah masyarakat. Teknologi bukan sahaja mencipta peluang dan alternatifbaru tetapi turut membawa bersama masalah-masalah baru kepada kehidupan manusia (Mesthe, 1986). Teknologi juga berupaya membawa kesan kepada perubahan dalam sistem masyarakat, ertinya teknologi mempunyai kesan positif dan negatif kepada manusia meliputi aspek kehidupan sosial, pembangunan ekonomi, persekitaran fizikal dan kesejahteraan politik (Madon S., 2000) (lihat Rajah 2).

KeIoId"p" SoIiaI -K .. i .....

- Pcoc!idiklll

- Pcnauranpn kador kanliitinan clan pa!ganUURJI

Pelllbaapallll [kollollll - Produktiviti ckODomi

Penekllarn FIzIbJ - MIIllckalUn Pc:mblniWWI 111m oekitar

K •• J.bl ....... PoUl1k -Demokrui

Rajah 2: Internet dan pembangunan sosioekonomi: Konseptualisasi interaksi (Madon, S., 2000)

Dalam melihat kesan teknologi kepada kehidupan manusia, Ogburn (1993) telah menjelaskan bahawa kesan pertama sesuatu teknologi itu ialah terhadap tabiat

15

Mokhtarrudin Ahmad" Hasan Mat Nor

(perlakuan) individu yang menggunakannya. Apabila terdapat sejumlah besar individu yang perlakuannya telah berubah akibat teknologi, maka akan memberikan kesan pula kepada kelas sosial dan seterusnya akan memberi kesan kepada institusi dan organisasi sosial serta melibatkan etika dan falsafah sosial itu sendiri.

Menurut Goldhaber (2001), teknologi juga boleh memberi kesan kepada kekayaan, kuasa, pola budaya, hubungan gender dan eara bekerja. Ada juga yang berpendapat bahawa inovasi teknologi dapat meneipta dan mengagihkan semula kekayaan. Dalam konteks ini, teknologi juga boleh mempertingkatkan kuasa mereka yang berkuasa dan boleh meningkatkan kuasa mereka yang lemah. Pendapat ini turut disokong oleh Hamelink (1994) yang menyatakan bahawa ICf boleh membantu mengekalkan pembangunan sosial masyarakat dan demokratik dengan kemudahan akses maklumat tanpa had, berkomunikasi secara interaktif di seluruh dunia, saluran alternatif untuk mencari maklumat dengan cepat dan murah. Dengan rangkaian digital, pembentukan komuniti global semakin ketara.

ICT juga bertindak sebagai pusat untuk menghasilkan komuniti berpendidikan dalam persaingan menuju era globalisasi dan di sam ping peranannya sebagai agen untuk mengurangkan kemiskinan (Richard, 1999 & Chris, 2000). Penghasilan komuniti yang berpendidikan akan membentuk k-masyarakat yang disebabkan oleh pembangunan yang baik dalam ICf dan membolehkan pembangunan berlaku atau berkembang setara dengan proses globalisasi (Narimah Ismail & Musa Abu Hassan, 2001).

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam kajian yang dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2004, pemilihan sampel dilakukan menggunakan teknik persampelan bukan rambang yang melibatkan 157 responden bagi setiap kategori responden iaitu mewakili 157 buah rumah di Kampung Bayangan. Jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 471 orang dari tiga kategori. Data diperolehi menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kaj ian. Borang soal selidik dikendalikan oleh enumerator dengan mengadakan temu bual bersemuka bagi membantu responden untuk memberikan maklumat. Borang soal selidik menggunakan soalan tertutup dan menggunakan skala Likert.

Borang soal selidik mengandungi lima bahagian terdiri dari Bahagian A yang mengandungi soalan bagi mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri demografik, Bahagian B mengandungi soalan bagi mengetahui kesan penggunaan komputer terhadap aspek sosiobudaya responden, Bahagian C mengandungi soalan bagi mengetahui tahap kemahiran penggunaan komputer dan peri sian komputer dalam kalangan responden, Bahagian D mengandungi soalan bagi mengetahui tujuan menggunakan komputer danjenis-jenis maklumat yang dieari

16

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

menggunakan internet dan Bahagian E mengandungi soalan bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh respond en ketika menggunakan komputer dan kemahiran menangani masalah tersebut.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Windows Versi 11.5. Untuk tujuan kertas kerja ini, pengkaji menggunakan analisis deskriptif menggunakan min bagi membuat perbandingan antara tiga kategori responden iaitu bapa (suami), ibu (isteri) dan anak.

DAPATAN PENYELIDIKAN

Kesa,. Penggunaan Komputer Terhadap Sosiobudaya Masyarakat

Jadual3 : Pendapat responden mengenai kesan penggunaan komputer terhadap aspek

sosiobudaya masyarakat (responden bapa)

Kesan

Menambahkan llmu Pengetahuan

Membantu Pendidikan Anak-anak

Meningkatkan Produktiviti Ketja

Mempengaruhi eorak Interaksi Keluarga

Merenggangkan Hubungan Sekeluarga

Mengganggu Aktiviti Sukan

Mengganggu Aktiviti Kampung

Mengganggu Aktiviti PersekolahanAnak-anak

Mengganggu Aktiviti Keagamaan

Skala: 1 = Tidak Bersetuju, 2 z: Sederhana, 3 = Bersetuju

Min Responden

2.48

2.44

2.47

2.07

1.52

1.60

1.57

1.52

1.52

Hasil penyelidikan (Jadua13) menunjukkan responden berpendapat bahawa penggunaan komputer membantu menambahkan ilmu pengetahuan (min=2.48), di samping membantu meningkatkan produktiviti ketja mereka (min=2.47). Responden berpendapat penggunaan komputer tidak mengganggu aktiviti sukan (min=1.60), aktiviti kampung (min= 1.57), aktiviti persekolahan anak-anak (min= 1.52), aktiviti keagamaan (min=I.S2) dan hubungan sekeluarga (min=I.52).

17

Mokhtarrudin Ahmad &: Hasan Mal Nor

Jadual4 : Mass menggunakan komputer sebari (jam)

Kate20ri Responden Masa (Jam) Sapa 2.13 iIsteri 1.47 ~ak 1.80

Masa yang digunakan oleb responden setiap hari bagi menggunakan komputer ialah 1.47 jam sehingga 2.13 jam sehari iaitu dengan kadartertinggi selama 2.13 jam bagi responden dari golongan bapa. Golongan yang paling rendah menggunakan komputer dalam sehari ialah ibu (min= 1.47 jam).

Tujuan Penggunaan Komputer dan Internet

Dalam penyelidikan ini. antara tujuan penggunaan komputer yang dikenal pasti ialah untuk meneari maklumat, menggunakan e-mel, membuat tugasan pejabat, membuat tugasan sekolah, meneari hiburan dan bennain 'game'.

Namun begitu, terdapat perbezaan ketara antara pengguna yang berbeza iaitu bapa. ibu dan anak (Jadual 5). Faktor utama komputer digunakan oleh bapa ialah untuk melakukan tugasan (pejabat) (min=2.01), manakala bagi responden kategori ibu, mereka beranggapan bahawa komputer sesuai digunakan untuk membantu anak­anak mereka membuat tugasan (sekolah) (min=2.00) tetapi bagi kategori anak, tujuan utama mereka menggunakan komputer ialah untuk bermain 'game' (min=2.24).

JadualS: Thjuan menggunakan komputer

Min Responden

Bapa lbu Anak Mencari Maklwnat 1.73 1.82 1.65

Menggunakan E-m:l 1.56 1.79 1.59

Membuat Tugasan (Kerja 2.01 2.00 1.62

Pejabat!Kerja Sekolah)

Mencari Hiburan 1.60 1.79 1.63

Bennain Game 1.63 1.78 2.24

Skala: 1 = T idak Utama. 2 = Sederhana. 3 = Utama

18

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Penggunaan internet pula merujuk kepada pencarian maklumat berdasarkan kategori hiburan, sukan dan permainan, kekeluargaan dan keagamaan, pendidikan dan pembelajaran, maklumat pemiagaan, berita semasa (dalam dan luar negara), peluang pekerjaan serta lain-lain maklumat yang dicari.

Didapati bahawa golongan bapa lebih mengutamakan maklumat berbentuk berita (dalam dan luar negara) dalam pencarian mereka menggunakan internet (min=2.64), manakala bagi ibu pula, mereka lebih mengutamakan maklumat berbentuk pendidikan dan pembelajaran (min=2.78) dan tidak kurangjuga maklumat berasaskan kekeluargaan dan keagamaan serta berita dengan min yang sarna (min=2.33). Bagi anak-anak pula, mereka lebih mengutamakan maklumat berbentuk hiburan (min=2.40) dan tidak kurangjuga maklumat berbentuk berita (min=2.36) (lihat JaduaI6).

Jadua16 : Bentuk maklumat yang dicari menggunakan internet

Min Rcspondcn

Bapa lbu Anak

Hiburan 1.24 1.11 2.40

Sukan dan Permainan 1.32 1.00 2.08

Kekeluargaan dan 1.80 2.33 1.40

Keagamaan

Pendidikan dan 2.36 2.78 2.16

Pembclajaran

Maklumat Pcmiagaan 1.72 1.44 1.32

Bcrita Scmasa (dalam dan 2.64 2.33 2.36

luar negara)

Pe1uang Pekcljaan 1.0H 1.00 1.72

Lain-lain 1.00 1.00 1.08

Skala: 1 = Tidak Utama, 2 = Sederhana, 3 = Utama

Perisian yang DigulIakall

Dalam penyelidikan ini, enam kategori perisian telah dikenal pasti iaitu pemprosesan perkataan yang terdiri daripada Microsoft Words, Wordstar dan Wordperfect. Pangkalan data pula merangkumi Microsoft Access dan Dbase. Perisian di bawah kategori grafik merangkwni Microsoft Powerpoint, Coreldraw, Pagemaker & Printshop. Bagi kategori lembaran kerja (spreadsheet), ia merangkumi Microsoft Excel dan Lotus 123. Kategori internet pula merangkwni perisian untuk melayari internet seperti Internet

19

Mokhtarrudin Ahmad & Hasan Mat Nor

Explorer dan Netscape. Manakala bagi lain-lain kategori pula merangkumi peri sian programming, Java, html, Microsoft Project dan lain-lain perisian yang tidak terkandung dalam kategori di atas.

Jadual7 : Tabap kemabiran menggunakan perisian

Min Responden

Bapa Ibu Anak

Pemprosesan Perkataan 2.80 1.14 1.48

Pangkalan Data 1.14 1.48 1.12

Grafik 1.34 1.38 1.21

Lembaran K.eIja 1.23 1.32 1.14

Internet 1.40 1.36 1.36

Lain-lain (programming dll.) 2.08 1.45 2.00

Skala: 1 = Tidak Mahir, 2 = Sederhana, 3 = Mahir

Hasil penyelidikan (Jadual 7) mendapati bahawa responden di bawah kategori bapa lebih mahir mengendalikan pemprosesan perkataan (min=2.80), manakala bagi kategori anak, mereka lebih tertumpu kepada program lain seperti basic programming,java, html dan flash dengan kemahiran bertahap sederhana (min=2.00). Kajian mendapati bahawa kemahiran respond en bagi kategori ibu secara keseluruhannya terletak di bawah paras sederhana.

Masalah yang Dihadapi Ketika Menggunakan Komputer

Antara masalah yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini ialah masalah berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris, kurang kemahiran bagi mengendalikan hardware dan software, tidak mengetahui cara menangani masalah virus dan masalah sistem komputer yang tidak berfungsi.

Jadual8 : Masalah yang dibadapi semasa menggunakan komputer

Min Responden Bapa Ibu Anak

Penggunaan Bahasa Inggeris 1.62 238 2.75 Kurang Kemahiran (Peralatan) 2.09 2.41 2.87 Kurang Kemahiran (Perisian) 2.20 1.65 2.85

20

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Masalah Virus 1.67 1.65 2.19 Sistem Tidak Berfungsi 1.71 1.65 2.34

Skala: 1 = Tidak Bersetuju, 2 = Sederhana, 3 = Bersetuju

Berdasarkan hasil penyelidikan (lihat Jadual8), didapati responden bagi kategori bapa bersetuju bahawa kekurangan kemahiran mengenai perisian (software) meruPakan masalah yang utama bagi mereka (min=2.20). Bagi responden kategori ibu, mereka bersetuju bahawa kurang kemahiran terhadap perkakasan (hardware) meruPakan masalah utama mereka (min=2.41) di samping kemahiran Bahasa Inggeris telah menjadi sebab kedua yang menyebabkan masalah untuk menggunakan komputer (min=2.38). Bagi responden kategori anak, didapati bahawa punca mereka menghadapi masalah ketika menggunakan komputer ialah kwangnya kemahiran mengenai peralatan (min=2.87), perisian (min=2.85) dan tidak kurangjuga kemahiran Bahasa Inggeris (min=2.75).

Kemahirall Menangalli Masalah Komputer

Antara kemahiran yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini ialah kemahiran menangani masalah virus, kemahiran menangani sistem tidak berfungsi, kemahiran memasang (install) perisian (software) dan kemahiran memasang (install) peralatan komputer (hardware).

Jadual9 : Masalah yang dibadapi semasa menggunakan komputer

Masalah Virus Sistem Tidak Berfungsi Install Perisian Install PeralatanlPerkakasan

Bapa 1.64 1.74 1.67 1.55

Min Responden Ibu 1.53 1.50 1.50 135

Skala: 1 = Tidak Mahir, 2 = Sederhana, 3 = Mahir

Anak 1.79 1.72 2.15 1.71

Berdasarkan hasil penyelidikan (lihat Jadual 9), didapati bahawa semua kategori responden menganggap mereka berada di bawah tahap sederhana mahir dalam aspek kemahiran mengendalikan masalah semasa menggunakan komputer, walaupun responden kategori bapa telah mengenal pasti bahawa kemahiran menangani sistem tidak berfungsi adalah yang tertinggi bagi kategori tersebut (min= 1.74). Responden anak pula mencatatkan bacaan purata tertinggi pada kemahiran untuk 'instaU' perisian ke dalam komputer (min=2.15).

21

Molchtarrudin Ahmad & Hasan Mat Nor

RUMUSANPERBINCANGAN

Berdasarkan hasil penyelidikan, didapati bahawa penggunaan komputer telah membantu responden dan keluarga mereka untuk menjalankan tugasan seharian seperti kerja pejabat dan tugasan sekolah. Namun begitu, komputer juga didapati telah mempengaruhi corak interaksi antara ahli keluarga. Ini terjadi disebabkan tumpuan anak-anak yang lebih terhadap komputer berbanding dengan masa yang digunakan untuk bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap bersama-sama ahli ke\uarga yang lain dalam menyelesaikan masalah pelajaran mereka.

Namun begitu, didapati bahawa aktiviti-aktiviti di luarrumah seperti aktiviti sukan, aktiviti kampung, aktiviti persekolahan dan aktiviti keagamaan tidak terganggu akibat penggunaan komputer. Dapat dirumuskan bahawa aktiviti ini sukar diganggu kerana kegiatan ini ialah rutin seharian dan tidak dapat diganti dengan adanya komputer seperti Waktu bermain bola sepak dan mengaji al-Quran bersama rakan­rakan sekampung pada waktu lapang.

Masa yang diperuntukkan untuk menggunakan komputer menunjukkan bahawa kecenderungan bapa untuk menggunakan komputer dengan lebih lama dan kerap adalah tinggi berbanding dengan ibu atau anak bagi keluarga. Ini menunjukkan bahawa komputer adalah sebahagian dari komponen yang penting dalam membantu mereka terutamanya yang bekerja di pejabat untuk membuat tugasan di rumah.

Melihat kepada kecenderungan tujuan penggunaan komputer, didapati bahawa persepsi anak-anak terhadap kegunaan komputer adalah untuk bermain 'game' manakaIa bapa pula berpersepsi bahawa komputer lebih sesuai untuk membuat tugasan sekolah anak-anak dan membantu mereka membuat tugasan pejabat. Manakala golongan ibu berpendapat bahawa komputer adalah lebih sesuai bagi membantu anak-anak mereka membuat kerja sekolah dan membantu suami mereka membuat tugasan pejabat. Hasil ini menunjukkan bahawa tujuan penggunaan komputer oleh kategori responden adalah berbeza antara satu sama lain.

Mengenai jenis maklumat yang dicari, bapa berkecenderungan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai berita luar dan daIam negara selain mencari maklumat mengenai pendidikan dan pembelajaran. Golongan ibu pula mencari maklumat berkaitan keagamaan, pendidikan dan pembelajaran serta maklumat yang bersifat berita semasa. Kecenderungan anak-anak pula lebih kepada pencarian maklumat hiburan dan tidak kurang penting juga maklumat mengenai berita semasa. Hal ini menunjukkan internet adalah satu capaian altematifkepada makJumat yang dibekalkan oleh akhbar harian. Kecenderungan untuk menjadikan internet sebagai capaian altematifkepada maklumat tentang perkembangan luar dan dalam negara turut dipengaruhi oleh faktor edaran akhbar yang lambat diterima di kawasan tersebut

22

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Merujuk kepada perisian yang digunakan oleh responden, didapati bahawa responden bapa dan ibu bagi sebuah keluarga lebih cenderung untuk menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Words. Manakala kategori anak pula lebih cenderung untuk menggunakan perisian yang bersifat programming (web­based) walaupun mereka kurang mahir dalam penggunaan perisian tersebut. lni menunjukkan bahawa kecenderungan ibu bapa menggunakan perisian pemprosesan perkataan dipengaruhi oleh kehendak bagi menjalankan tugasan pejabat yang memerlukan mereka membuat kertas kerja dan urusan surat-menyurat. Selain itu, pendedahan peringkat awal dan yang paling asas bagi membolehkan pengguna komputer mendapat pendedahan terhadap komputer adalah melalui program pemprosesan perkataan.

Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh responden ketika menggunakan komputer. didapati responden dari kategori anak berhadapan dengan masalah tidak mahir dan tidak memahami Bahasa Inggeris semasa menggunakan komputer tetapi bagi kategori ibu dan bapa, mereka berpendapat bahawa sukar untuk mengendalikan komputer kerana mereka kurang mahir dengan peralatan yang disediakan. Faktor ini diandaikan berlaku akibat kurangnya pendedahan anak-anak terhadap Bahasa lnggeris serta pendedahan yang kurang terhadap cara mengendalikan komputer selain mengharapkan pembekal bagi mengendalikan komputer sekiranya berlaku masalah.

Walaupun Kampung Bayangan adalah sebuah perkampungan yang terletak jauh dari kawasan yang membangun, penduduk di Kampung Bayangan telah bersedia untuk menerima perubahan yang dibawa oleh teknologi terhadap mereka. lni menunjukkan bahawa kesan dari arus globalisasi yang dibawa oleh teknologi telah menyebabkan berlakunya pertambahan tuntutan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang banyak dan kompleks.

Kemampuan sesebuah masyarakat bagi menerap ilmu dan maklumat yang diperolehi dengan lebih baik akan berkesan dengan kewujudan serta kemudahan infostruktur yang sempurna seperti di Kampung Bayangan. Walaupun kemudahan infostruktur telah disediakan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh satu struktur pengurusan dan pentadbiran yang berkesan. kesediaan mereka untuk menerima teknologi secara positif telah menempatkan mereka dalam kalangan masyarakat yang berilmu dan berinovatifmerupakan satu langkah terbaik bagi menjana kemajuan setara dalam bidang teknologi.

23

Molchtarrud;" Ahmad &: Hasa" Mat Nor

Sungguhpun dilengkapi dengan kemudahan yang agak baik dan selesa bagi capaian terhadap maklumat serta wujud kesedaran mengenai kepentingan teknologi terhadap kehidupan, kesannya masih belum meluas. Hal ini disebabkan oleh kekangan dari faktor-faktor luaran seperti kemahiran-kemahiran asas bagi mengendalikan komputer serta ketidakmampuan menguasai Bahasa Inggeris yang telah menyebabkan terbantutnya usaha bagi mendapat maklumat yang lebih banyak selain dari kehidupan masyarakat yang masih selesa dengan kehidupan kampung. Sehubungan itu, usaha bagi menjayakan nilai murni untuk meletakkan masyarakat Kampung Bayangan sebagai masyarakat yang berpengetahuan setaraf dengan masyarakat arus perdana masih terus dijalaokan dengan adanya golongan pemimpin yang peka dan sedar tentang kepentingan maklumat pada masa kini.

RUJUKAN

____ (2001), Rancangan Malaysia Kelapan, Percetakan Nasional Berhad: Kuala Lumpur.

Ahmad Kushairi (2002), Cause for Concern, Computimes, New Straits Times, 4 March 2002,pg2.

Aminah Pit (2002), Ledakan ICT - Cahatan WanitaAlafBaru, Utusan Malaysia, 19 Mac 2002. .

Chris, C. (2000), New Deals, No Wheels: Social Exclusion, Te\e-options and Electronic Ontology, Urban Studies, Vol. 37, Issue 10, pg 1735.

Cordelia Lee (2002), Producing IT-Savvy Farmers, Business Computing, New Straits Times. 6 March 2002, pg 21.

Goldhaber, G. (2001). Organisational Communication. 3"'. ed., Dubuque, Iowa: w.C. Brown.

Hamelink., C.J. (1994). The Politics of World Communication: A Human Rights Perspective. London: Sage Publication.

Hasan Mat Nor (2002), Kampung Bayangan: Membangun Bersama Gerakan Desa Wawasan, kertas kerja dibentangkan di Seminar Pembangunan Komuniti, anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, 5 - 6 Februari,2002.

Loh Chyi Jen (2002), Connecting Subang Residents via ICT, Business Computing. New Straits Times, 6 March 2002, pg 19.

Madon, S. (2000), The Internet and Socio-Economic Development: Exploring the Interaction, Information Technology and People, Vo!.13. No.2, p 85-10 I.

Matthew Mok (2002), TaniNet to Enter B2B Phase, Business Computing, New Straits Times, 6 March 2002, pg 20.

Mohd Norzaliman Mohd Zaino (2001), Application oflCf in a Neighborhood Center Project, Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi dan IT, anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara Malaysia, 2 - 4 November, 200 1.

24

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Mokhtarrudin Ahmad. (2001). Penggunaan Komputer di Kalangan Penduduk di Kampung Bayangan. Keningau. Sabah : Satu 1injauan Awal, kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi dan IT, anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara Malaysia, 2 - 4 November, 200 1.

Mokhtarrudin Ahmad. (2002), leT dan Pembangunan Komuniti: Kajian Ke atas Penggunaan Komputer di Kampung Bayangan. Keningau. Sabah, kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Komunikasi, anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, 23 - 24 Januari, 2002.

Narimah Ismail & MusaAbu Hassan. (2001), Towards K-Society: Are We Ready?, kertas kelja dibentangkan eli Infosoc Malaysia 200 1, 14 -1 5 Jun 200 1, Pulau Pinang.

O'Donnell, T., (1997), Third Millennium Issues, Public Management, Vol. 79, Issue 7, p23.

Ogburn, W.F. & Nimkoff, M.F. (1955). Technology and The Changing Family. Boston: Houghton Mifflin.

Richard, E. (1999),A Society of Signs? Mediating a Learning Society, British Journal of Educational Studies, Vol. 47, Issue 3, p 261.

Vago, S. (1996), Social Change, 3n1• Ed., Prentice Hall: New Jersey. Weinstein, J. (1997), Social & Cultural Change: Social Science for A Dynamic

World, Allyn & Bacon: Boston. Woo Siew Chin. (2002), Creating a Techno-Savvy Village, Business Computing,

New Straits Times, 6 March 2002, pg 18.

25