Click here to load reader

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

  • View
    256

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi...

  • TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI

    KALANGAN PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

    TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU.

    MOHD ZURAIDI BIN IBRAHIM

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI

    KALANGAN PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

    TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU.

    MOHD ZURAIDI BIN IBRAHIM

    Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

    ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

    ( Kejuruteraan Mekanikal )

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL, 2006

  • iii

    DEDIKASI

    Ditujukan istimewa kepada

    Ibu dan bapa tersayang

    Wook Binti Hashim dan

    Ibrahim Bin Md. Amin.

    Yang sentiasa memahami dan memberi

    Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.

    Abang-abang dan kakak- kakak yang dikasihi,

    Mohd Zamani, Mohd Zarimi, Nazariah dan Zalina

    Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan

    mengejar cita-cita.

    Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong

    menamatkan pengajian ini.

    Buat insan teristimewa

    Kehadiranmu memberi sinar dalam hidupku

    Juga tidak dilupa

    Teman seperjuangan 5SPJ sessi 2001/2006

    Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian,

    akan ku kenang buat selamanya insya-Allah.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

    kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan

    Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda. Adalah sukar bagi saya

    untuk menyebut nama mereka satu persatu yang terlibat secara langsung atau tidak

    langsung dalam membantu saya semasa membuat kajian ini dijalankan sehingga siap.

    Walau bagaimanapun, jasa mereka tetap saya kenang buat selamanya.

    Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan khas kepada

    penyelia saya iaitu Encik Kandar Bin Selamat yang tidak kenal erti penat lelah

    dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar

    sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan

    yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu

    tetap saya abadikan dalam hidup saya.

    Akhir kata, buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

    dalam proses menyiapkan tugasan ini penyelidik ucapkan terima kasih yang tidak

    terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik- baik balasan.

    Wassalam

  • v

    ABSTRAK

    Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dilihat sebagai satu elemen

    penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi

    keperluan mereka dalam bidang akademik, persediaan untuk kerjaya mahupun dalam

    hubungan sosial. Untuk memastikan usaha ini berjaya, guru sebagai agen perubahan

    dan perkembangan sahsiah diri pelajar terlebih dahulu perlu menguasai setiap aspek

    dalam kemahiran berkomunikasi berkesan bagi memastikan ianya dapat

    diperturunkan pula kepada pelajar mereka nanti. Justuru, kajian ini dijalankan untuk

    mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan pelajar- pelajar

    tahun 2, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia sebagai persediaan guru.

    Sampel kajian adalah terdiri daripada 242 orang pelajar tahun 2 yang mengikuti 14

    bidang pendidikan di Fakulti Pendidikan. Kaedah penyelidikan adalah berbentuk

    deskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dan

    maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis secara berkomputer dengan

    menggunakan pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS ) dan data telah

    diterjemahkan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan

    alat kajian adalah = 0.9236. Hasil analisis mendapati majaroti responden mengakui

    akan kepentingan kemahiran komunikasi berkesan kepada diri mereka sebagai

    persediaan seorang guru. Kajian ini juga mendapati tahap penguasaan responden

    dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, ini meliputi

    kemahiran membaca, kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan juga kemahiran

    menulis. Untuk memantapkan lagi serta menampakkan usaha yang boleh dibuat bagi

    meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar,

    penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan renungan dan

    tindakan bersama kelak.

  • vi

    ABSTRACT

    An effective communication skills can be seen through an important element

    which should be mastered by any student, either to fulfill their needs in academic or

    career target and oven in their social life in order to make this comes true, teachers,

    as one of the agent of students individualitys transition should first conquer the

    aspect of an effective communication skills. With this, they can easily deliver that

    knowledge to students. The purpose of this descriptive research is to identify the

    level of communication skills mastery by second year students of Faculty

    Education, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. There are 242 students from 14

    courses being chooses as the research sample. A set of questionnaire was used as the

    research instrument. Data obtained were analyzed by using a Statistical Package for

    Social Sciences ( SPSS ) and presented in frequency, percentage and Mean. The

    realibility for this study is = 0.9236. The form of result of the study shows that

    majority of the respondent admit that an effective communication skills is very

    important to themselves as well as better preparation to them of becoming a teacher.

    The result also showed that their levels of communication skills are at moderate

    level. These including skills of reading, speaking, listening and writing. Finally,

    researcher also included some opinions to make the level of communication skills

    become more solid.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    BORANG PENGESAHAN PENYELIA

    TAJUK

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI NAMA SINGKATAN xii

    BAB I PENGENALAN 1

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

    1.3 Pernyataan Masalah 7

  • viii

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    1.4 Objektif Kajian 8

    1.5 Persoalan Kajian 9

    1.6 Kepentingan Kajian 10

    1.7 Batasan Kajian 14

    1.8 Definasi Terminologi 15

    1.9 Kesimpulan 20

    BAB II SOROTAN KAJIAN 21

    2.1 Takrifan Komunikasi 21

    2.2 Bentuk Komunikasi 24

    2.2.1 Komunikasi Lisan 24

    2.2.2 Komunikasi Bukan Lisan 25

    2.3 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi. 28

    2.4 Kemahiran Bertutur 33

    2.5 Kemahiran Mendengar 36

    2.6 Kemahiran Menulis 41

    2.7 Kemahiran Membaca 44

    2.8 Kajian Luar Negara 49

    2.9 Kajian Dalam Negara 50

    2.10 Kesimpulan 51

  • ix

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    BAB III METODOLOGI 52

    3.1 Pengenalan 52

    3.2 Reka Bentuk Kajian 53

    3.3 Tempat Kajian 54

    3.4 Populasi dan Sampel Kajian 54

    3.5 Instrumen Kajian 56

    3.5.1 Bahagian A 56

    3.5.2 Bahagian B 57

    3.6 Kajian Rintis 61

    3.7 Penganalisaan Data 62

    3.8 Kesimpulan 63

    BAB IV DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 64

    4.1 Pengenalan 64

    4.2 Pengelolaan Data 65

    4.3 Analisis Bahagian A 66

    4.3.1 Latar Belakang Responden 66

    4.3.2 Jantina 66

    4.3.3 Keturunan 67

    4.3.4 Kursus Pengajian 68

    4.3.5 Latar Belakang Pendidikan 69

    4.4 Analisis Bahagian B 70

    4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 70

    4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 74

    4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 77

  • x

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 81

    4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 84

    4.4.6 Rumusan 88

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 89

    5.1 Pendahuluan 89

    5.2 Perbincangan 90

    5.2.1 Latar Belakang Responden 91

    5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan

    Kemahiran Komunikasi Berkesan 92

    5.2.3 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

    Aspek Kemahiran Bertutur 94

    5.2.4 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

    Aspek Kemahiran Mendengar 97

    5.2.5 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

    Aspek Kemahiran Menulis 100

    5.2.6 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

    Aspek Kemahiran Membaca 101

    5.3 Rumusan 103

    5.4 Cadangan 106

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 110

    5.6 Penutup 111

    BIBLIOGRAFI 112

    LAMPIRAN 125

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO. TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Taburan populasi dan saiz sampel 55

    3.2 Skala Likert bagi jawapan bahagian B 57

    3.3 Taburan skop persoalan kajian dan nombor item 58

    3.4 Perubahan markat dan skala 60

    3.5 Markat skala tiga mata 60

    3.6 Pengelasan justifikasi 61

    4.1 Taburan jantina responden 65

    4.2 Taburan keturunan responden 67

    4.3 Taburan kursus pengajian responden 68

    4.4 Taburan latar belakang pendidikan responden 69

    4.5 Dapatan persoalan kajian pertama 70

    4.6 Dapatan persoalan kajian kedua 74

    4.7 Dapatan persoalan kajian ketiga 77

    4.8 Dapatan persoalan kajian keempat 81

    4.9 Dapatan persoalan kajian kelima 84

    4.10 Statistik keseluruhan dapatan kajian 88

  • xii

    SENARAI SINGKATAN

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

    SPSS - Statistical Package for Social Sciences

    STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

    SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik )

    SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Kimia

    SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains )

    SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( TESL )

    SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Matematik )

    SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains Sukan )

    SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam )

    SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Fizik )

    SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Kimia )

    SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matamatik)

    SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kej. Mekanikal )

    SPE - Sarjana Muda Teknolgi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

    SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

    SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )

  • BAB I

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan kita untuk berinteraksi

    dengan orang lain sama ada dengan menggunakan media perantara ataupun sebaliknya.

    Kemahiran ini juga merangkumi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar,

    etika dalam berkomunikasi, dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi.

    Dalam arus perkembangan dunia sekarang, aspek ini menjadi satu kemahiran asas yang

    penting dan sememangnya wajib untuk dikuasai oleh setiap individu. Menurut Hashim

    Fauzy (1997), kehidupan harian manusia adalah tidak terlepas dari proses komunikasi.

    Komunikasi berlaku di mana- mana dan tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun.

    Komunikasi mempunyai fungsi yang sangat luas dalam kehidupan manusia. Bagi

    ahli sosiologi, komunikasi adalah satu proses interaksi yang membantu proses sosiolasi,

    melahirkan institusi sosial, dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Setiap

    individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Contohnya dalam

  • 2

    proses guru dan pelajar bertukar- tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta

    makna antara satu sama lain. Apabila mereka berkomunikasi mereka saling menyatakan

    pengalaman dan pengetahuan masing- masing dan dengan cara itu mereka mendapat

    makna daripada pertukaran tersebut.

    Amir Sharifuddin (1986) mengatakan, komunikasi memainkan peranan penting

    dalam menyampaikan pelajaran. Fungsi menyampaikan pelajaran berjalan sepanjang

    masa dalam semua lapisan masyarakat. Dari ini jelas ternyata bahawa kemahiran

    komunikasi merupakan nadi utama di sesebuah institusi pendidikan, terutamanya di

    peringkat sekolah. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti

    yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu.

    Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bermatlamatkan menjadikan

    pelajar berlmu pengetahuan tetapi juga pembentukan sahsiah diri mereka dengan

    menerapkan kemahiran- kemahiran yang berguna. Proses pengajaran dan pembelajaran

    di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama ada dengan

    pihak pentadiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling utamanya adalah

    interaksi di antara guru dan pelajar. Guru berperanan sebagai penghantar manakala

    pelajar pula berperanan sebagai penerima, dan fungsi serta proses komunikasi ini tidak

    terikat dalam bentuk sehala sahaja. Malah ada masanya guru juga bertindak sebagai

    penerima, dan pelajar pula bertindak sebagai penyampai. Ini bergantung kepada proses

    interaksi yang dicorakkan oleh mereka.

    Mok Soon Sang (2000) yang menyatakan, proses komunikasi berlaku dalam

    hampir segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah

    kepentingannya dalam pendidikan juga turut diakui oleh Ee Ah Meng (1999) yang

    mengatakan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 3

    Menurut Samsuddin (1993), kejayaan fungsi mendidik bergantung kepada sejauh

    mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada

    pendedahannya terhadap maklumat yang diterimanya. Guru mempunyai matlamat agar

    maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajar mendalami ilmu yang diajarnya.

    Guru yang tidak mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan tidak

    berupaya mewujudkan pengajaran atau pembelajaran yang berkesan seterusnya akan

    sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Demi menjamin

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengambil inisiatif diri,

    sama ada berlatih, mendalaminya, dan seterusnya menguasai kemahiran ini dengan

    sempurna.

    Ee Ah Meng (1996), menyatakan bahawa guru merupakan agen sosiolasi.

    Seseorang guru berupaya menggalakkan pergaulan mesra di kalangan pelajar-pelajarnya

    melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan untuk berinteraksi secara

    positif bukan sahaja penting bagi kejayaan seseorang guru malah ia juga penting bagi

    kejayaan pelajar. Secara tidak langsung guru tersebut mengenalpasti kelemahan-

    kelemahan dan punca permasalahan setiap pelajar dalam berkomunikasi dan seterusnya

    mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperbaiki kekurangan yang ada pada diri

    pelajar mereka tadi. Ini kerana keupayaan guru berkomunikasi dengan baik dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni.

    Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebegini mampu memotivasikan diri pelajar

    untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Komunikasi guru juga

    mempengaruhi dan mendorong pelajar berusaha bersungguh dalam pembelajaran

    mereka.

    Hashim Fauzy (1997) pula menyatakan bahawa, dalam aktiviti kehidupan

    manusia lebih 70 peratus masa adalah digunakan untuk berkomunikasi. Ini jelas

    menunjukkan kepada kita bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam proses

    mendapatkan maklumat kepada kita tanpa henti. Lantaran itu, guru yang banyak

  • 4

    menghabiskan masa dengan pelajar harus menggunakan peluang ini untuk

    berkomunikasi dengan baik dalam apa jua situasi samaada di sekolah, mahupun dalam

    hubungan sosial mereka dengan masyarakat di luar. Memang tidak tidak dapat dinafikan

    lagi bahawa komunikasi yang baik merupakan satu jaminan kepada kemajuan akademik

    pelajar. Pelajar mempunyai keyakinan dan berminat dalam pengajaran guru. Proses

    pembelajaran dan pengajaran akan berlaku dengan lebih cepat apabila pelajar

    memahami apa yang diajar oleh guru mereka.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Ciri- ciri dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan di negara

    kita memperlihatkan hubungan dan jalinan yang amat erat dan ciri-ciri komunikasi yang

    berkesan antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pengetua dan antara guru

    dengan guru. Dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dengan

    organisasi sekolah perlu memahami dan mengamalkan komunikasi yang baik dan

    berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah merupakan asas pendidikan yang bermutu.

    Jadi adalah wajar kiranya, para pendidik diberi latihan kemahiran komunikasi

    yang berkesan sama ada kepada guru terlatih ataupun guru pelatih dengan harapan agar

    ianya dapat diserapkan pula pada pelajar- pelajar mereka nanti. Para pentadbir dan

    pengurus sekolah atau institusi pendidikan seharusnya peka dengan kepentingan

    komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Ee Ah Meng (1996), komunikasi antara guru dengan pelajar

    memainkan peranan penting dalam mewujudkan keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Komunikasi guru yang lemah akan menjejaskan keberkesanan proses

  • 5

    pengajaran dan pembelajaran dan masalah ini juga menyebabkan utusan yang

    dinyatakan dan maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh guru

    disalah tafsir atau tidak difahami sepenuhnya oleh pelajar. Lebih membimbangkan lagi

    sekiranya apa yang difahami oleh pelajar tersebut, dipegang dan diikuti sepenuhnya

    tanpa memikirkannya secara mendalam akibat daripada kesalahfahaman tadi.

    Malangnya ramai di kalangan kita yang mengambil ringan dan memandang

    remeh tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi dan tidak berusaha untuk

    mendalami serta memperbaiki mutu komunikasi yang ada pada diri mereka ke tahap

    yang lebih baik. Sebenarnya kemahiran ini bukan sahaja berguna kepada pelajar semasa

    mereka berada dalam alam persekolahan, tetapi melihat kepada perubahan pasaran

    kerjaya dan era globalisasi pada masa kini, menjadikan aspek kemahiran berkomunikasi

    ini sebagai elemen penting yang harus dikuasai oleh seseorang pelajar bagi melayakkan

    mereka untuk bersaing dalam arus pasaran kerjaya pada masa sekarang.

    Sekiranya ianya tidak diserapkan oleh guru pada peringkat sekolah lagi, sudah

    tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar mereka kelak untuk berhadapan

    dengan situasi dunia luar. Ia terbukti apabila, ada sungutan yang sering disuarakan oleh

    majikan terhadap lulusan sekolah iaitu kegagalan berkomunikasi dengan baik dan lancar

    walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang sangat baik. Kegagalan

    berkomunikasi dengan baik itu bukan sahaja bagi bahasa Inggeris tetapi juga dalam

    bahasa Melayu iaitu bahasa penghantar sepanjang 11 tahun mereka berada di alam

    persekolahan (Utusan Malaysia, 27 Sept. 2004). Abdul Rahman (2000) mengatakan, 80

    peratus manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan kegagalan mereka untuk

    berhubung dengan orang lain.

  • 6

    Para guru merupakan golongan manusia yang memberi impak yang besar

    terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal kepada setiap manusia (Noran

    Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992). Bertepatan dengan gelaran sebagai agen

    perubahan kepada pembangunan diri dan sahsiah pelajar, sudah tentu ianya menjadi

    masalah sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi yang tinggi dan asas

    penguasaan yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi dan sekaligus tidak dapat

    menurunkan kemahiran ini kepada pelajar mereka yang sememangnya mempunyai latar

    belakang dan kesediaan diri yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Abd. Razak dan

    Norzaini (2001), setiap individu mempunyai sikap, latar belakang, tahap pendidikan,

    pengalaman dan pendedahan yang berbeza- beza. Faktor- faktor ini juga memberi kesan

    kepada proses komunikasi berkenaan.

    Setiap guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya di dalam bilik darjah.

    Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar, sudah

    pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan

    bermutu. Guru bukan sahaja perlu berfikiran kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar,

    pintar, cekap dan optimis dalam apa jua keadaan, memandangkan dalam konteks bilik

    darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan pelajar begitu terhad, dan sudah

    semestinya respons yang berlaku antara kedua belah pihak berlaku secara spontan,

    malah ia seolah-olah tidak memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.

    Menurut Abdul Razak dan Norzaini (2001), kemahiran komunikasi adalah amat

    penting bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar, kerana pelajar

    menghabiskan kira- kira 80 peratus daripada masa sedar mereka untuk berkomunikasi.

    Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan oleh Mok Soon Sang (2000), komunikasi berlaku

    dalam segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Namun, ramai

    pelajar kurang mahir dalam berkomunikasi secara berkesan. Apabila keadaan ini

    berlaku, ia juga akan memberi kesan kepada sikap dan proses pembelajaran di kalangan

    pelajar. Penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat.

  • 7

    Namun pengajaran guru yang betul dan tepat juga tidak akan mendatangkan hasil jika

    pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut.

    Jadi dalam usaha untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi ini ke dalam diri

    pelajar, pelajar perlulah didedahkan dengan kemahiran- kemahiran asas dalam

    berkomunikasi, antaranya ialah kemahiran mendengar, membaca, menulis dan yang

    paling utama adalah kemahiran bertutur. Apabila pelajar dapat menguasai keempat-

    empat kemahiran asas ini, maka ia akan memudahkan tugas guru untuk mengadakan

    proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondutif dan berkesan di

    samping amalan gaya komunikasi ini akan terus disemai dari masa ke semasa dalam diri

    setiap pelajar. Dengan harapan agar, ianya akan membantu pelajar bukan sahaja dalam

    aspek akademik dan amalan sosial mereka di luar, tetapi juga untuk persediaan kerjaya

    mereka kelak.

    . 1.3 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan sebelum ini,

    penyelidik ingin mengenalpasti tahap penguasaan pelajar tahun 2 bagi kursus pendidikan

    di Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek kemahiran komunikasi berkesan sebagai

    persediaan guru. Aspek kemahiran komunikasi berkesan yang difokuskan oleh

    penyelidik dalam kajian ini adalah merangkumi kemahiran bertutur, kemahiran

    membaca, kemahiran mendengar dan juga kemahiran menulis. Kajian ini juga ingin

    mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi berkesan

    dari kacamata mereka sebagai bakal guru.

  • 8

    Penyelidik memilih pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan sebagai responden,

    memandangkan mereka ini akan menjalani latihan mengajar pada semester berikutnya,

    jadi adalah bertepatan dengan kehendak penyelidik yang ingin melihat tahap penguasaan

    mereka dalam beberapa aspek kemahiran komunikasi yang difokuskan kerana latihan

    yang mereka akan jalani nanti menjurus kepada profesyen perguruan. Penilaian ini

    penting bagi memastikan agar pelajar betul- betul menguasai kemahiran tersebut sebagai

    persediaan kepada diri mereka untuk mengintegrasikan kemahiran komunikasi berkesan

    ini semasa latihan mengajar nanti juga sebagai persediaan untuk kerjaya guru kelak.

    1.4 Objektif Kajian

    Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, objektif kajian ini

    bertujuan untuk mengenalpasti :-

    i) Persepsi pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kepentingan

    kemahiran komunikasi berkesan sebagai bakal guru.

    ii) Tahap penguasaan pelajar tahun2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

    kemahiran bertutur melalui amalan pertuturan mereka.

    iii) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

    kemahiran mendengar melalui amalan mendengar mereka.

    iv) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

    kemahiran menulis melalui amalan penulisan mereka.

    v) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

    kemahiran membaca melalui amalan membaca mereka.

  • 9

    1.5 Persoalan Kajian

    Dalam kajian ini, penyelidik telah meletakkan beberapa persoalan kajian yang

    mungkin boleh menjawab kepada pernyataan masalah yang telah disebutkan terdahulu.

    Antara persoalan kajian yang digariskan ialah :-

    i) Apakah persepsi pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan tehadap kepentingan

    kemahiran komunikasi berkesan sebagai persediaan bakal guru?

    ii) Apakah aspek kemahiran bertutur yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

    Fakulti Pendidikan,UTM?

    iii) Apakah aspek kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

    Fakulti Pendidikan, UTM?

    iv) Apakah aspek kemahiran menulis yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

    Fakulti Pendidikan, UTM?

    v) Apakah aspek kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

    Fakulti Pendidikan, UTM?

    BAHAGIAN HADAPAN ( akuan psz and akuan penyelia.) .....pdf BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    BAHAGIAN HADAPAN ( dari ms i - viii ) .....pdfDEDIKASI

    BAB 5- PERBINCANGAN,RUMUSAN, CADANGAN.pdf BAB V