26
PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DI DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUALA LANGAT NOORAISHAH BT KASIRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

  • Upload
    others

  • View
    39

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF DI DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUALA LANGAT

NOORAISHAH BT KASIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DI DALAM MATAPELAJARAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DAERAH KUALA LANGAT .

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

NOORAISHAH BT KASIRAN

(HURUF BESAR)

Saya :

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. MADYA DR. SETH SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh : __13 OKTOBER 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO 72,JLN MERANTI, KG. TG SEPAT, 42800 TG SEPAT, SELANGOR.. Tarikh : 13 OKTOBER 2004

Page 3: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

“ Saya / Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/ kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )”.

Tandatangan : ………………………..

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Tarikh : 13 OKTOBER 2004

*Potong yang mana tidak berkenaan

Page 4: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

‘ PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF DI DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUALA LANGAT’

NOORAISHAH BT KASIRAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : NOORAISHAH BT KASIRAN

Tarikh : 13 OKTOBER 2004

Page 6: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

iii

Dedikasi

Terbayang wajah ayah, terasa amat rindu dan sayu…

Terlihat wajah ibu , obor kejayaan membakarku…..

Sepi, rindu, terharu, kagum…..

Ketabahan ibu dan ayah,

Kerana sebuah impian, onak dan duri sanggup kuharungi……

Istimewa buat ayah dan ibu tercinta dan disanjungi,

Hj Kasiran bin Hj Selamat dan Tumiah Bt Hj. Wahab,

Restumu membolehkan diriku menghadapi segala rintangan dan masalah,

Pengorbananmu, dorongan, bantuan dan berkat doamu mengiringi kejayaan ini.

Untuk semua kakakku,

Kak Ana, Kak Am, Kak Zila, Kak Im dan KaK Jai,

Untuk kedua abangku,

Abang Asri dan Abang Zul,

Untuk adik bongsuku yang tersayang,

Azmi,

Jutaan terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan sepanjang masa.

Untuk insan tersayang,,

Dirimu sebahagian dari pendorong hingga ku ke tahap ini,

Sesungguhnya, kasih dirimu mutiara hatiku………..

Buat rakan-rakan seperjuangan,,

Segala bantuan dan suka duka,

Telah kita kongsi bersama…..

Terima kasih atas segalanya….

Sesungguhnya hasil ini amat bererti bagi diri ini…

Page 7: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

iv

PENGHARGAAN

Di sini penulis ingin mengucapkan jutaan terimakasih dan perhargaan yang tidak

terhingga kepada beberapa pihak yang telah membantu dalam menyempurnakan Kertas

Projek Sarjana Muda ini.

Pertama sekali, penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ucapan ribuan

terimakasih khas untuk penyelia projek iaitu Prof. Madya. Dr. Seth bin Sulaiman di atas

bimbingan dan perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.

Seterusnya, penghargaan ditujukan untuk pihak Pengetua dan guru-guru di

beberapa sekolah di Daerah Kuala Langat yang terlibat iaitu Sekolah Menengah

Kebangsaan Telok Datok, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan

Unit Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas

kerjasama yang diberikan untuk menjayakan projek ini.

Tidak ketinggalan juga sekalung penghargaan juga ditujukan khas untuk rakan-

rakan seperjuangan di UTM di atas segala sokongan dan teguran yang bernas dalam

membantu memperbaiki dan menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah

memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan dan seterusnya merealisasikan Kertas Projek Sarjana

Muda seperti dikehendaki ini...

Page 8: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan aspek KBKK di

kalangan pelajar Tingkatan 4 di dalam mata pelajaran Sains. Kajian dilakukan di 3 buah

Sekolah Menengah di Daerah Kuala Langat, Selangor. Instrumen kajian ini ialah soalan

ujian pengesanan yang diberikan kepada 100 orang pelajar dari 3 buah sekolah

Menengah di Daerah Kuala Langat

Data yang diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer dengan

menggunakan perisian SPSS “ Statistical Package For Social Sciene ( SPSS ). Hasil

kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan, frekuensi dan

ujian –t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penguasaan

yang paling baik pada aspek membuat inferens sedangkan aspek menghubungkait

berada pada kedudukan yang paling rendah. Selain itu, tahap penguasaan pelajar pada

setiap aspek KBKK dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap cemerlang, tahap baik,

tahap sederhana , tahap lemah dan tahap sangat lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa

penguasaan pelajar adalah sederhana pada semua aspek KBKK yang dikaji iaitu

mencirikan, menilai, menganalisis, menjana idea, menghubungkait dan membuat

inferens. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang

signifikan antara min lelaki dan perempuan hanya pada aspek menganalisis sahaja.

Manakala pada lima aspek yang lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

jantina lelaki dan perempuan.

Page 9: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to find out the mastery level of Critical and Creative

thinking skills among the Form 4 sciene students in Kuala Langat. The instruments used

in an objective test consisting of 40 items on science concepts which assess Critical and

Creative thinking skills. It was conducted to 100 students in three school in the district

of Kuala Langat.

Data collected were analyzed by using the Statistical Package for Social Sciene

( SPSS ). The findings are presented by using mean, standard deviation, frequency and t-

test statistic .The findings show that generally the mean achievement in Critical and

Creative thinking skills are moderate with 46.16 % .The findings show that the mean of

the skills of making inferences is better than the mean of the other skill. The thinking

skills level of relating is lowest. Besides this, Critical and Creative thinking skills

among the students were categorized to five group namely excellent, good, moderate,

weak, very weak. It is also found that the students have moderate level of thinking skills

on all the six types as skills namely to characterise, to evaluate, to analyse, to generate

idea, to relate and to make inferences. Then, this survey shows that there is significant

difference between male students and the female students on the skill analysing.

However, for other five Critical and Creative thinking skills level there are no significant

differences between the males and the females students..

Page 10: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv-

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vi-xiii

SENARAI JADUAL xiv- xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 11: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

viii

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi secara Operasi 7

1.8.1 Kemahiran Berfikir 7

1.8.2 Kritis 7

1.8.3 Kreatif 7

1.8.4 Sains 8

1.8.5 Kemahiran mencirikan 8

1.8.6 Kemahiran menganalisis 8

1.8.7 Kemahiran menilai 8

1.8.8 Kemahiran menjana idea 9

1.8.9 Kemahiran menghubungkait 9

1.8.10 Kemahiran membuat inferens 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Konsep Pemikiran 11

2.2..1 Kemahiran Berfikir Tahap Rendah 13

2.2.2 Kemahiran Berfikir Tahap tinggi 13-14

2.3 Model Kemahiran Berfikir 15

2.4 Pemikiran Kritis 16-18

2.5 Kategori Pemikiran Kritis 18

2.5.1 Pemikiran Kritis Rendah 18

2.5.2 Pemikiran Kritis Tinggi 19

2.6 Pemikiran Kreatif 19-20

2.6.1 Sintesis Pemikiran Kreatif 21

2.6.2 Teknik Menerbitkan Idea Kreatif 22-23

2.7 Menyelesaikan Masalah 24-25

Page 12: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

ix

2.8 Membuat Keputusan 25

2.9 Perbezaan Penguasaan Aspek KBKK 25-26

Mengikut Jantina

3.0 Kajian- kajian 26-27

3.1 Strategi Pengajaran Oleh Guru di dalam 27

Bilik Darjah

3.2 Kepentingan Menguasai Aspek KBKK 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel 30

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat 31-32

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 32-33

3.8 Jangka Masa Kajian 34

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Profil Responden 35-37

4.3 Pencapaian Keseluruhan Bagi Enam Aspek 38-39

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Page 13: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

x

4.4 Tahap Penguasaan Aspek KBKK Pelajar 39

Tingkatan 4 dalam Matapelajaran Sains

Berdasarkan Kekerapan Responden.

4.4.1 Aspek KBKK Mencirikan 40

4.4.1.1 Peratusan Responden Yang 40-41

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek KBKK

( Mencirikan )

4.4.1.2 Bilangan Dan Peratusan Responden 41-42

yang Mendapat Skor Pada Lima

tahap berlainan Bagi Aspek KBKK

Mencirikan

4.4.2 Aspek KBKK Menganalisis 43

4.4.2.1 Peratusan Responden Yang 43-44

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek KBKK

( Menganalisis )

4.4.2.2 Bilangan Dan Peratusan Responden 44-45

Yang Mendapat Skor Lima Tahap

Berlainan Bagi Aspek KBKK

Menganalisis

4.4.3 Aspek KBKK Menilai 46

4.4.3.1 Peratusan Responden Yang 47

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek KBKK

Menilai

4.4.3.2 Bilangan Dan Peratusan Responden 47-48

Yang Mendapat Skor Lima Tahap

Berlainan Bagi Aspek KBKK

Menilai

Page 14: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xi

4.4.4 Aspek KBKK Menjana Idea 49

4.4.4.1 Peratusan Responden Yang 49

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek KBKK

Menjana Idea

4.4.4.2 Bilangan Dan Peratusan Responden 50-51

Yang Mendapat Skor Pada Lima

Tahap Berlainan Bagi aspek

KBKK Menjana Idea

4.4.5 Aspek KBKK Menghubungkait 51

4.4.5.1 Peratusan Responden Yang 51-52

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek KBKK

Menghubungkait

4.4.5.1 Bilangan Dan Peratusan Responden 52-53

Yang Mendapat Skor Pada

Lima Tahap Berlainan Bagi

Aspek KBKK Menghubungkait

4.4.6 Aspek KBKK Membuat Inferens 54

4.4.6.1 Peratusan Responden Yang 54-55

Memberi Jawapan Betul Bagi

Setiap Soalan Aspek

Membuat Inferens

4.4.6.2 Bilangan Dan Peratusan Responden 55-56

Yang Mendapat skor Pada Lima

Tahap Berlainan Bagi Aspek KBKK

Membuat Inferens

4.5 Perbandingan Tahap Penguasan Aspek Mengikut 57

Jantina Pelajar

Page 15: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xii

4.5.1 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 57

KBKK Mencirikan Mengikut Jantina

Pelajar

4.5.2 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 58

KBKK Menganalisis Mengikut Jantina

Pelajar

4.5.3 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 59

KBKK Menilai Mengikut Jantina Pelajar

4.5.4 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 60

KBKK Menjana Idea Mengikut Jantina

Pelajar

4.5.5 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 61

KBKK Menghubungkait Mengikut Jantina

Pelajar

4.5.6 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 62

KBKK Membuat Inferens Mengikut Jantina

Pelajar

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan Kajian 63

5.2.1 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 64 -65

KBKK Mencirikan

5.2.2 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 65 -67

KBKK Menganalisis

Page 16: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xiii

5.2.3 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 67 -68

KBKK Menilai

5.2.4 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 68-69

KBKK Menjana Idea

5.2.5 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 69-70

KBKK Menghubungkait

5.2.6 Penguasaan Pelajar Pada Aspek 70 -71

KBKK Membuat Inferens

5.2.7 Perbandingan Tahap Penguasaan Aspek 71 -72

KBKK Mengikut Jantina Pelajar

Bagi Keenam-enam Aspek Yang Dikaji

5.3 Rumusan Kajian 73-76

5.4 Implikasi kajian 76 -77

5.5 Cadangan 77-78

5.6 Kajian Lanjutan 78-80

5.7 Penutup 80

RUJUKAN 81-85

SENARAI LAMPIRAN

Soalan Ujian 86-102

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 103-104

Page 17: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Komponen KBKK dan soalan-soalan 29

3.2 Pembahagian setiap aspek KBKK kepada lima tahap 31

Penguasaan berlainan berdasarkan sela markah yang

diperolehi

4.1 Bilangan dan peratusan responden

Mengikut jantina 34

4.2 Bilangan dan Peratusan responden mengikut sekolah 34

4.3 Taburan responden kajian mengikut jantina dan sekolah 35

4.4 Min Peratusan dan sisihan piawai bagi Enam Aspek KBKK 36

4.5 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK mencirikan

pelajar Tngkatan 4 dalam matapelajaran Sains 39

4.6 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK menganalisis 42

pelajar Tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains.

4.7 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK menilai 45

pelajar Tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains.

4.8 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK menjana idea 48

pelajar Tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains.

4.9 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK 50

Page 18: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xv

Menghubungkait pelajar Tingkatan 4 dalam

matapelajaran Sains.

4.10 Pemeringkatan tahap penguasaan aspek KBKK 53-54

membuat inferens pelajar Tingkatan 4

dalam matapelajaran Sains.

4.11 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 55

mencirikan pelajar mengikut jantina.

4.12 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 56

menganalisis pelajar mengikut jantina.

4.13 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 57

menilai pelajar mengikut jantina.

4.14 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 58

menjana idea pelajar mengikut jantina.

4.15 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 59

menghubungkait pelajar mengikut jantina.

4.16 Analisis ujian –t perbezaan tahap penguasaan aspek KBKK 60

membuat inferens pelajar mengikut jantina.

Page 19: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Kemahiran Berfikir menurut Pusat 14

Perkembangan Kurikulum ( 1998 )

2.2 Proses menerbitkan idea kreatif 22

4.1 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 38

Setiap Soalan Aspek KBKK Mencirikan

4.2 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 41

Setiap Soalan Aspek KBKK Menganalisis

4.3 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 44

Setiap Soalan Aspek KBKK Menilai

4.4 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 47

Setiap Soalan Aspek KBKK t Menjana idea

4.5 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 49

Setiap Soalan Aspek KBKK Menghubungkait

4.6 Peratus Responden Yang Menjawab Betul Bagi 52

Setiap Soalan Aspek KBKK Membuat inferens

Page 20: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xvii

SENARAI SINGKATAN

1. Bil. - Bilangan

2. EPRD - education Planning Research Development

3. sig. - significant

4. SPSS - Statistical Package for The Social Sciences

5. UTM - Universiti Teknologi Malaysia

6. KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Page 21: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen: Soalan Ujian 86-102

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 103-104

Daripada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Sekolah ( EPRD )

Page 22: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan perlu membangunkan minda rakyat sebagai asas membentuk

masyarakat berfikir. Membina kemahiran berfikir sebagai asas membangunkan

minda perlu menjadi agenda kritikal pendidikan supaya transformasi sosial dapat

dilakukan. Minda lemah yang terbentuk daripada perkembangan pemikiran yang

rendah akan menyebabkan masyarakat Malaysia ketinggalan dan tidak mampu

menyiapkan diri untuk menghadapi arus perubahan dan arus kemajuan informasi

maklumat, sains dan teknologi ( Abdul Rahim, 1999 ).

Berfikir bukanlah satu proses yang disengajakan. Tanpa berfikir, seseorang

itu mungkin tidak memperoleh ide, pendapat, pandangan dan wawasan. Jika kita

tidak ada ide, pendapat, pandangan dan wawasan, umpama kita hidup tanpa haluan

dan tujuan. Manusia normal sentiasa berfikir sama ada secara kritis dan kreatif. Ia

bergantung kepada situasi dan sejauhmana hasil daripada pemikiran yang

dikehendaki. Untuk menjadi seorang yang bijak berfikir ia perlu tahu apa, kenapa,

bila, bagaimana dan di mana umumnya ia mesti menggunakan mindanya untuk

berfikir. Sudah tentu minda kita akan terpanggil untuk berfikir apabila kita

menghadapi masalah atau ingin membuat sesuatu keputusan atau bagi tujuan

menerbitkan sesuatu ide. Untuk memcapai ketiga-tiga maksud tersebut, kemahiran

berfikir sangat diperlukan. Untuk mendapatkan kemahiran tersebut, teknik-teknik

berfikir secara kritis dan kreatif ( KBKK ) perlu diamalkan secara khusus.

Page 23: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

2

Sebagaimana yang kita ketahui, matlamat utama sesuatu sistem pendidikan

adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas, di

samping mengembangkan kebolehan mereka untuk mengenali dan menyelesaikan

masalah yang berkaitan. Melalui pendidikan, pelajar dilatih untuk memahami

kejadian alam persekitaran bagi kesejahteraan manusia, di samping dilatih untuk

mengembangkan diri secara seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ( Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1998 ).

Selaras dengan itu, beberapa perubahan telah dilakukan oleh Kementerian

Pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut. Di antaranya ialah pembaharuan

kurikulum Sains peringkat sekolah di Malaysia dari Kurikulum Sains Tradisi kepada

kurikulum Sains Moden dan yang terbaru ialah KBSM.

Salah satu aspek yang ditekankan dalam pembaharuan kurikulum pendidikan

negara adalah aspek intelek dan ini merangkumi pengembangan daya pemikiran

secara saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara kritis

dan kreatif, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah hendaklah

melibatkan pelajar secara aktif dan berteraskan kepada pendekatan inkuiri dan

penemuan agar pelajar dapat mengenalpasti masalah, merancang dan seterusnya

menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri. Ini bermakna segala aktiviti

pengajaran yang dirancang dapat menggalakkan pembentukan pemikiran yang

analitis, kritis dan kreatif.

Wan Zahid (1993 ) menganjurkan agar pengajaran guru memberi tumpuan

yang lebih kepada perkembangan dan pertumbuhan minda supaya dapat melahirkan

masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berfikir dan memberi

sumbangan secara kreatif dan inovatif. Pandangan tersebut didorong oleh rasa tidak

puas hati beliau ke atas fenomena yang berlaku dalam perlaksanaan proses

Page 24: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

3

pengajaran dan pembelajaran pelajar, iaitu tidak banyak memberi tumpuan kepada

kemahiran berfikir.

1.2 Latarbelakang masalah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi penekanan terhadap

perkembangan daya intelek individu disamping itu diselaraskan juga dengan

perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Salah satu unsur intelek yang ditekankan

ialah sentiasa berfikir dan bagi memastikan kemahiran berfikir ini dapat dikuasai

oleh para pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir ini telahpun

didokumentasikan dalam kurikulum sekolah sama ada dalam KBSR ataupun KBSM.

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah

memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut telah dijalankan dengan

giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat

sekolah sejak tahun 1994.

Dalam KBSR, antara objektifnya adalah untuk membolehkan pelajar

menguasai kemahiran berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Dalam

KBSM pula salah satu objektifnya ialah untuk mengembang dan meningkatkan daya

intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Namun demikian, maklumbalas

dari bilik darjah didapati guru kurang atau tidak langsung memberi penekanan

tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Abdul Rahim ( 1992 ) menyatakan bahawa guru kurang menggunakan soalan

dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Selain itu, contoh-

contoh yang diberikan juga kurang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar.

Pengajaran guru juga tidak sistematik dan tidak ada kesinambungan dengan

pengajaran yang sebelumnya mengakibatkan pelajar tidak mampu menggunakan

Page 25: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

4

kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian dengan

sempurna.

Walaupun penekanan dalam penguasaan kemahiran berfikir ini telahpun

ditekankan di dalam kurikulum, masyarakat memberi komen bahawa pelajar dan

graduan lepasan universiti masih mempunyai tahap keintelektualan yang rendah dan

lemah dalam berfikir . Kebolehan pelajar dari segi mengkritik, mengemukakan idea

dan memberi cadangan yang relevan juga tidak mencapai tahap kecemerlangan yang

sepatutnya. Komen ini menimbulkan sejauhmanakah penerapan dan kehadiran unsur

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memperlengkapkan guru

sains dengan pengetahuan KBKK dapat dijalankan secara tepat dan berkesan. Maka,

kajian ini adalah satu usaha untuk meninjau tahap penguasaan sebenar aspek KBKK

di kalangan pelajar Tingkatan Empat dalam matapelajaran sains yang perlu pelajar

aplikasikan di dalam proses pembelajaran .

1.3 Pernyataan masalah

Kini, Kementerian Pendidikan telahpun melaksanakan beberapa perubahan

dalam pendidikan antaranya ialah memastikan 60 % soalan peperiksaan merupakan

soalan pemikiran bercorak kritis dan amalan menghafal yang kerap dilakukan oleh

pelajar akan tiada tempatnya lagi di dalam sistem peperiksaan kita.

Permasalahan yang timbul sekarang, sejauhmanakah guru menerap dan

menyuburkan aspek pemikiran kritis, analitis dan kreatif ini di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan adakah benar pelajar sama

ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti kini tidak dapat menguasai

sepenuhnya aspek KBKK yang amat ditekankan oleh Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini ?

Page 26: PENGUASAAN ASPEK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS …€¦ · penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains kbsm di kalangan pelajar

5

Oleh yang demikian, melalui kajian ini penyelidik ingin melihat

sejauhmanakah penguasaan aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

( KBKK ) di dalam mata pelajaran Sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat di

Sekolah Menengah bagi membantu mereka meningkatkan prestasi dalam

pembelajaran

1.4 Objektif Kajian.

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. menentukan tahap penguasaan aspek Kemahiran Berfikir secara Kritis

dan Kreatif ( KBKK ) iaitu komponen mencirikan, menganalisis, menilai,

menghubungkait, menjana idea dan membuat inferens

2. menentukan perbezaan tahap penguasaan aspek kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif ( KBKK ) di kalangan pelajar perempuan dan

lelaki.

1.5 Persoalan kajian

1. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam aspek Kemahiran Berfikir secara

kritis dan kreatif pada komponen mencirikan, menganalisis, menilai,

menjana idea, menghubungkait dan membuat inferens.

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang status penguasaan

aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merentas jantina.