SYIAH TERKINI 1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    1/40

    BAHAYA

    PENYELEWENGAN SYIAH

    OLEH:

    US HJ ZAMIHAN HJ MAT ZIN AL GHARI

    DIBENTANGKAN SEMPENA

    MAJLIS PENJELASAN FATWA 2013

    ANJURAN:

    PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

    TEMPAT:

    DEWAN MUKTAMAR KOMPLEKS PUSAT ISLAM

    JALAN PERDANA, KUALA LUMPUR.

    PADA:

    31 OKTOBER 2013

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    2/40

    KANDUNGAN

    Muqaddimah

    Kata Aluan

    BAB I : PENGENALAN

    1) Definisi Syiah

    2) Sejarah Kemunculan Syiah

    3) Sumber Ajaran Syiah

    4) Kumpulan Syiah

    5) Syiah di Malaysia

    6) Lokasi Syiah di Malaysia

    BAB II

    Penyelewengan Syiah :

    1) Penyelewengan Aqidah

    2)

    Penyelewengan Syariah

    3) Penyelewengan Umum

    4)

    Komplot Keganasan Syiah

    BAB III

    1)

    Perpaduan Antara Ahli Sunnah dan Syiah

    2)

    Pertubuhan Yang Menyeru Kepada Perpaduan di Antara Ahli Sunnah dan Syiah

    3)

    Perbezaan Ahli Sunnah dan Syiah

    BAB IV

    1) Tindakan Kerajaan Terhadap Syiah

    2) Warta Kerajaan Berkaitan Syiah Di Malaysia

    3) Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa4) Pengharaman Buku-buku Syiah

    5) Pengharaman NGO Syiah

    Rujukan

    Karya Us Dr Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    3/40

    MUQADDIMAH

    .

    .:

    "Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakanbagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan

    menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah

    (sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar."AL-Anfaal ayat 29.

    Dalam usaha mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita dapati pelbagai bentuk

    penyelewengan berlaku di kalangan masyarakat. Ada kalanya ia didorong oleh faktor dalaman

    dan ada kalanya didorong faktor luaran.

    Faktor dalaman bermaksud faktor yang dimunculkan oleh umat Islam sendiri.

    Contohnya ada umat Islam yang berfahaman Syiah, Wahhabiy, Islam Liberal, Pluralisme

    Agama, Ayah Pin, Hj Kahar, Qadiyani, Bahai, al-Arqam @ GISB dan lain-lain ajaran sesat.

    Manakala faktor luaran bermaksud faktor yang dimunculkan oleh golongan bukan

    Islam seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Budhha dan lain-lain ajaran yang bertentangan denganIslam. Kedua-dua faktor ini berkeupayaan mengubah wajah ketulinan Islam menjadi tercemar,

    menyeleweng dan murtad. Nauzubillah.

    Isu Syiah bukan perkara baru di negara kita. Ia mula dikesan oleh pihak berkuasa

    agama semenjak 1900M dahulu. Kira-kira lebih 113 tahun Syiah mula bertapak di negara kita.

    Kemungkinan juga ia wujud serentak dengan penyebaran Islam di nusantara pada abad ke-7 M.

    Memandangkan kehadirannya terlalu awal dan penampilan mereka amat halus maka pada

    waktu itu ia begitu sukar bagi kita untuk menentukan surat beranak Syiah di Malaysia.

    Bagi saya, Syiah tercipta dari pemikiran fanatik terhadap Sayyidina Ali KWH dan Al

    Bayt Rasulillah SAW (Isteri, anak, cucu keturunan Baginda SAW). Selain itu, mitos danpenisbahan terhadap ulamak Al-Bayt Rasulillah juga turut menjadi faktor kekuatan Syiah.

    Paling ketara ialah kejayaan Syiah disebalik gerakan Revolusi Islam yang dilancarkan di Iran

    melonjakkan lagi momentum Syiah di pentas pemikiran global.

    Terkini, perjuangan Hezbollah di selatan Lubnan menjadikan banyak pihak simpati

    kepada perjuangan mereka. Sekaligus mengangkat Syeikh Hasan Nasrullah sebagai hero baru

    dunia Islam. Kronolgi ini menjadikan mereka tampil dengan wajah yang lebih ceria atas slogan

    : Cintakan Rasulillahdan Keluarga Baginda SAW.

    Walau apapun yang berlaku, kita perlu bersikap adil dalam menilai. Penilaian terhadap

    Syiah boleh dibuat melalui definisi Syiah dan kronologi sejarah kemunculan Syiah itu sendiri.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    4/40

    Ia menyerlahkan kepada kita dari mana ajaran ini bermula dan siapa yang mengasasnya? Kita

    juga dapat mengenalpasti intipati akidah dan amalan mereka? Kita juga dapat mengetahui

    matlamat sebenar dan rentak kehidupan mereka.

    Justeru, dalam menangani virus Syiah, kita perlu mendalami Akidah Ahli Sunnah Wal

    Jamaah, mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak Syiah. Kandungannya patutdiperbandingkan pula dengan disiplin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Hasilnya jelas terhidang fakta kepada kita bahawa Syiah adalah salah satu watak

    pemikiran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang suci. Bahkan ia menjadi duri dalam

    daging kepada Islam itu sendiri. Rupa-rupanya slogan Cintakan Keluarga Nabi SAWatau

    Islam Yang Sebenar hanyalah kosmetik belaka. Atau ia hanya sekadar indah khabar dari

    rupa.

    Insya Allah, buku kecil ini akan memaparkan beberapa dasar penyelewengan Syiah dan

    bahaya Syiah terhadap keselamatan negara. Asas ini diperolehi penulis melalui pemerhatian

    mendalam terhadap kitab-kitab rujukan asas Syiah dan kajian komparatif dengan kitab-kitabulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam dan luar Negara.

    Ia juga turut melibatkan pengalaman penulis sendiri yang berkawan dan berlawan

    hujah dengan beberapa pemimpin Syiah di negara kita. Marilah kita berlapang dada untuk

    melihat dan menerima kebenaran serta memperjuangkannya.

    Usaha sekelumit ini bukan untuk bertelingkah, memerangi atau memfitnah mana-mana

    pihak. Sebaliknya ia ditulis demi memperkasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan

    membanteras semua bentuk penyelewengan yang ada. Samada ianya dari golongan Wahhabi,

    Syiah, Islam Liberal, al-Arqam ataupun mana-mana ajaran sesat. Semoga buku kecil ini

    mampu menyalurkan maklumat yang berguna buat kita semua demi Islam dan negara tercinta.

    Agama kita adalah tanggungjawab kita.

    Us Dr Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari

    Pegawai Hal Ehwal Islam

    Kementerian Dalam Negeri

    Putrajaya

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    5/40

    BAB I : PENGENALAN

    1. DEFINISI SYIAH

    Dalam memahami Syiah, terdapat dua definisi yang perlu difahami. Ia merangkumi definisi

    bahasa dan istilah yang dipergunakan dalam pelbagai penulisan. Gabungan kedua definisi ini

    berupaya menyerlahkan maksud sebenar Syiah dengan tepat.

    1.1Definisi Bahasa

    Lafaz Syiah berasal dari kata kerja (

    ) bermaksud menyokong. Kata kerja ini juga

    bermaksud, 'menolong dan bergabung'.

    Imam Al-Azhari menyebut bahawa Syiah ialah kumpulan penolong seseorang danpengikutnya. Lafaz Syiah digunakan untuk menunjukkan makna kumpulan manusia yang

    saling mengikut atau menyokong antara satu sama lain.

    Imam al-Muhaddith al-Zabidi di dalam Taj al-Urusmengatakan : Setiap kaum yang

    berkumpul untuk satu tujuan maka mereka adalah Syiah. Justeru setiap orang yang menolong

    seseorang dan menyebelahinya maka ia disebut Syiah.

    Al-Quran al-Karim juga turut menggunakan lafaz Syiah untuk menunjukkan maksud pengikut

    dan penolong. Buktinya Allah SWT berfirman :

    Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali

    kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan

    kerjakanlah sembahyang Dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari

    mana-mana golongan orang musyrik. Iaitu orang-orang Yang menjadikan fahaman agama

    mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi

    bergolongan-golongan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada padanya (darifahaman dan amalan yang terpesong itu).

    Kesimpulanya, melalui keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa lafaz Syiah dari sudut

    bahasa bermaksud kumpulan pengikut, golongan atau penyokong. Namun definisi ini tidak

    terhenti dari sudut bahasa sahaja. Malah perluasan istilah turut seiring dengan perkembangan

    masa dan pemikiran.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    6/40

    1.2Definisi Istilah

    Imam Abdul Qaher bin Thahir al-Baghdadi mentakrifkan Syiah sebagai kumpulan

    pembangkang Khalifah (

    ) yang terawal dan mengklasifikasikan mereka kepada

    EMPAT bahagian utama iaitu : Zaidiah, Imamiah, Kaisaniah dan Ghulat (pelampau).1

    Manakala Kiyai Hj Sirajuddin Abbas mentakrifkan Syiah sebagai golongan yang mempercayaibahawa Sayyidina Ali KWH adalah pengganti Nabi SAW melalui wasiat.2

    Van Hoekl mentakrifkan Syiah sebagai satu kumpulan aliran Islam yang meyakini bahawa

    Sayyidina Ali dan keturunannya adalah Imam atau pemimpin agama bagi umat Islam setelah

    kewafatan Nabi Muhammad SAW.3

    Takrifan di atas secara umumnya menjelaskan kepada kita bahawa Syiah ialah kumpulan

    manusia yang mengaku menjadi pengikut dan penyokong Sayyidina Ali KWH.

    Namun asas ini kemudiannya disulami dengan unsur fanatik, penisbahan dan modifikasi yang

    dilihat bersesuaian dengan zaman dan kepentingan tertentu. Maka instrument ini menjadikanmereka sebagai kumpulan pelampau agama.

    2) SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH

    Para pengkaji tidak sepakat dalam menjelaskan tarikh sebenar kemunculan Syiah. Namun

    situasi ini boleh dijelaskan menerusi TIGA pendapat utama. Antaranya :

    2.1 Menurut al-Kulaini : Syiah lahir sebelum risalah Kenabian Muhammad SAW. Ia

    sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Kulaini dari Abi al-Hassan berkata : Wilayah

    Ali tertulis di seluruh suhuf para Nabi AS. Allah SWT tidak mengutus Rasul kecualidengan misi Kenabian Muhammad SAW dan wasiat Ali KWH.4 Fakta ini sebenarnya

    tidak disokong mana-mana dalil al-Quran, al-Hadith dan Ijmak Muslimin. Sebaliknya

    kandungan al-Quran, al-Hadith dan Ijmak bertentangan dengan dakwaan berkenaan.

    2.2 Al-Qummi, al-Nubakhti dan al-Raji berpendapat bahawa Syiah lahir ketika Nabi SAW

    masih hidup.5Pendapat ini sukar dibuktikan disebabkan faktanya terlalu sedikit dan

    tidak diketahui secara jelas tentang latarbelakangnya.

    2.3 Fakta sejarah menghidangkan kepada kita bahawa Syiah lahir setelah berlakunya fitnah

    pembunuhan ke atas Sayyidina Uthman bin Affan RA dan di saat kemelut

    pertelingkahan antara Sayyidina Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan RA. Pendapat ini

    merupakan pendapat paling mashyur yang diketengahkan para sejarahwan.

    Menurut Ensiklopedia Indonesia, Syiah diperingkat awal hanyalah mengutamakan Sayyidina

    Ali KWH berbanding Uthman bin Affan RA. Ia sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam

    al-Syabi dan Imam Jaafar al-Sadiq.

    1 Al-Baghdadi, Farq Bayna al-Firaq, 1998, Dar al-Makrifah : Bayrut, hlm 29

    2 Sirajuddin Abbas, Itiqad ahlu Sunnah Wal Jamaah, 2008, Pustaka Tarbiah Baru : Jakarta, hlm 93

    3

    Ensiklopedia Islam, 1997, Ikthiar Baru : Jakarta, cet 4, jld 5, hlm 54 Al-Kulaini, Muhammad bin Yakob, al-Usul Min al-Kafi, th, jld 1, hlm 437

    5 Dr Nasir al-Qafari, 1994, Usul Mazhab Syiah al-Imamiah, tpt, cetakan ke-2, hlm 64

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    7/40

    Kemudian faktor evolusi politik menjadikan mereka mengutamakan Sayyidina Ali KWH

    secara keseluruhannya. Bahkan mereka mula tidak mengiktiraf kekhalifahan Sayyidina Abu

    Bakar, Umar dan Uthman RA. Manakala Ali KWH dan keturunannya dianggap sebagai

    imam-imam sebenar umat Islam.6

    Kedudukan senarai Imam Syiah DUA BELAS adalah seperti berikut :

    Bil Nama Imam Wafat

    1 Ali bin Abi Talib KWH 41 H / 661 M

    2 Hassan bin Ali bin Abi Talib 49 H / 669 M

    3 Hussein bin Ali bin Abi Talib 61 H / 680 M

    4 Ali bin Hussein Zainal Abidin 94 H / 712 M

    5 Muhammad al-Baqir 113 H / 713 M

    6 Jafar al-Sadiq 146 H / 765 M

    7 Musa al-Kadzim 183 H / 799 M

    8 Ali al-Ridha 203 H / 818 M

    9 Muhammad al-Jawad 221 H / 835 M

    10 Ali al-Hadi 254 H / 868 M

    11 Hassan al-Askari 261 H / 874 M

    12 Muhammad bin Hassan al-Askari (Imam al-Mahdi) Didakwa Ghaib

    Golongan Syiah bersepakat bahawa kesemua Imam di atas adalah maksum dan paling

    berhak melaksanakan urusan Imamah (pemerintahan negara). Mereka hanya berselisih

    pendapat dalam menentukan siapa yang berhak menjadi Imam selepas Sayyidina Ali bin

    Hussain Zainal Abidin.

    Apakah jawatan pemimpin tertinggi umat Islam itu dimiliki oleh Zaid bin Ali atau Muhammadal-Baqir? Sedangkan kedua-duanya adalah bersaudara. Perselisihan ini menjadikan Syiah

    terpecah kepada dua aliran besar. Iaitu Syiah Imamiah dan Syiah Zaidiyyah.

    Demikian pula dalam menentukan Imam Syiah yang KETUJUH selepas Imam Jafar al-Sadiq.

    Siapakah dikalangan anak lelakinya yang layak menjawat jawatan Imam? Adakah Musa

    al-Kadzim bin Jafar atau Ismail bin Jafar al-Sadiq.7

    Selain dari itu, terdapat kelompok Syiah yang ekstrem (melampaui batas) dari rumpun

    Sabaiyyahyang mendakwa Sayyidina Ali KWH menduduki maqam ketuhanan, tidak mati

    dibunuh, Jibril AS tersalah menurunkan al-Quran kepada Rasulillah SAW, Al-Quran tidak

    sempurna, mencela sebahagian besar sahabat Nabi SAW dan seumpamanya. Kenyataansebegini sebenarnya merupakan rekaan, mitos dan legenda yang bertentangan dengan akal dan

    nas. Bahkan bertentangan dengan roh Islam itu sendiri. Maka berhati-hatilah.

    Pengasas Syiah :

    Ramai para pengkaji aliran pemikiran Islam menegaskan bahawa Ibnu Saba' adalah pengasas

    bagi mazhab Syiah. Namanya disebut secara mutawatir dalam ENAM riwayat kitab-kitab Ahli

    Sunnah dan juga TUJUH riwayat dari kitab-kitab Syiah.

    6 Ensiklopedia Indonesia, jld 6, hlm 306

    7 LPPI Indonesia, Mengapa Kita Menolak Syiah, 1998, Cetakan 1, hlm 52

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    8/40

    Manakala Syeikh Ahmad al-Jumali menerusi bukunya al-Bazl al-Majhud Fi Musyabahat

    al-Syiah bi al-Yahuddengan dua jilid besar cuba menyamakan Syiah dengan golongan Yahudi.

    Beliau berpendapat Abdullah bin Saba' seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan

    Syiah Saba-iah yang merupakan golongan Syiah Pelampau. Dia dikatakan berpura-pura

    memeluk Islam pada penghujung zaman Sayyidina Uthman RA dan menjelajah ke kota-kotaIslam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam. Bibit-bibit kelahiran fahaman

    Syiah dan asal usul prinsipnya lahir ditangan golongan Syiah Saba-iah melalui pengakuan

    buku-buku muktabar Syiah sendiri yang mengatakan bahawa Ibnu Saba' adalah orang yang

    pertama menzahirkan penghinaan terhadap Abu Bakar, Umar dan Uthman bin Affan RA.

    Ibn Saba' juga merupakan orang yang mula-mula melahirkan penghinaan terhadap para

    sahabat yang lain. Beliau juga mendakwa wajib bagi Ali RA mendapatkan jawatan khalifah

    sebagaimana yang diwasiatkan oleh Nabi SAW. Ini merupakan sebahagian dari prinsip ajaran

    Syiah sebagaimana definisi Syiah di atas.

    Mesyuarat perlantikan khalifah di Thaqif ah Bani Saadah yang tidak dihadiri Sayyidina Aliuntuk memberikan baiahnya dieksploitasi pihak tertentu. Fitnah yang berlaku pada zaman

    Sayyidina Uthman RA menyaksikan tragedi pembunuhan beliau dirancang oleh puak

    pelampau agama.

    Begitu juga situasi peperangan Soffain (Siffin), Majlis Tahkim (rundingan damai antara

    Kerajaan Islam pimpinan Sayyidina Ali di Madinah dan Muawiyah bin Abi Sufyan di

    Damsyiq) dan peristiwa pembunuhan kejam ke atas rombongan Sayyidina Husain RA di

    Karbala menyebabkan hati dan perasaan umat Islam menyebelahi Ahlu Bayt Rasulillah SAW.

    Situasi membenci sebahagian besar sahabat yang lain mula menyelinap dikalangan sahabat.

    Muncul pula istilah Syiah, Khawarij, Nawasib(bencikan Ahli Bayt) dan lain-lain.

    Manakala kefahaman asing mula mengeksploitasi konsep tasyayyu' dan meresap secara halus

    ke dalam Islam menerusi Syiah. Terbukti kini, bahawa pihak barat menjadikan isu pemikiran

    ISLAM sebagai senjata perang modernserta digunakan sebagai strategi laut biru oleh pihak

    yang hendak menghancurkan Islam yang terdiri daripada golongan atheis,sekular dan munafiq

    samada ia diungkap pada zaman klasik mahupun zaman modern.

    Dr. Nasir bin Abdullah bin Ahmad Al-Ghafari menyatakan bahawa, "...sebahagian prinsip

    akidah bagi Syiah lahir pada tangan Abdullah bin Saba', tetapi tidak timbul dalam bentuk

    kumpulan atau nama tasyayyu'. Namun setelah berlaku pelbagai peristiwa yang disebutkan

    tadi, Syiah mula menonjol sebagai satu kumpulan yang berkembang membentuk seakan satu

    mazhab muktabar berdasarkan prinsip tersendiri. Manakala pandangan yang dilontarkan oleh

    Ibn Saba' mula mendapat tempat dalam pemikiran Syiah.8

    3) SUMBER AJARAN SYIAH

    Para pengkaji berbeza pendapat tentang sumber ajaran Syiahseperti berikut:

    1) Syiah berasal dari ajaran Yahudi.

    2) Syiah berasal dari budaya Parsi kuno.

    8 Nasir bin Abdullah bin Ali al-Ghafari,Masalatul al-Taqrib baina Ahli al-Sunnah wa al-Syi'ah,Halaman 142.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    9/40

    3) Syiah berasal dari ajaran Asia Klasik seperti campuran ajaran Buddha dan selainnya.

    Bagi saya, pendapat yang ketiga ini tidak dibuktikan dengan fakta yang kukuh. Ia hanya rekaan

    untuk memburukkan orang Syiah sahaja. Janganlah kebencian terhadap sesuatu kaum

    menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada mereka. Ahli Sunnah wal Jamaah tetap teguh di

    atas prinsip wasathiyyah. Iaitu keberadaan kita diantara golongan yang melampau dan bersikap

    jumud.

    1) PENDAPAT AJARAN SYIAH DARI AJARAN YAHUDI :

    Ibn Saba' adalah orang yang pertama menyatakan bahawa asal usul fahaman Syiah adalah

    berdalilkan nas, Wasiat Rasulillah SAW dan al-Raj'ah (pengembalian semula hak dan

    keadilan). Tokoh-tokoh Syiah yang terdahulu seperti Al-Qummi, Al-Naubakhti, dan Al-Kasyi

    merujuk kepada prinsip-prinsip ini ketika membentangkan pendapat Ibn Saba' yang

    kemudiannya menjadi sumber prinsip ajaran Syiah.

    Terdapat beberapa aspek persamaan antara pemikiran Yahudi dan Syiah. Huraian yang paling

    adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Sya'bi9 rahimahullah.

    Imam Ibn Hazm berkata : "Golongan Syiah telah berjalan di atas landasan ajaran Yahudi yang

    menegaskan bahawa Nabi Ilyas AS dan Fanhas Ibn Al-A'zar Ibn Harun AS masih hidup hingga

    sekarang."10

    Prof. Ahmad Amin juga mengatakan : fahaman tasyayyu' terdapat dalam ajaran Yahudi dari

    sudut al-Raj'ah. Golongan Syiah berkata: "Sesungguhnya neraka adalah haram ke atas

    golongan Syiah kecuali sedikit dari mereka" ia sebagaimana ajaran Yahudi mengatakan :

    Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari tertentu...". 11

    Konsep tasyayyu'juga terdapat di dalam sebahagian ajaran Kristian yang menjelaskan bahawa

    kaitan Al-Imam dengan Allah ialah seperti perkaitan Al-Masih dengan Allah".12

    2) PENDAPAT AJARAN SYIAH DARI AJARAN PARSI KUNO

    Sesetengah pengkaji memperakui bahawa sumber ajaran Syiahmempunyai kaitan dengan

    budaya Parsi kuno berdasarkan beberapa faktor:

    Faktor Pertama :

    Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan Imam Al-Maqrizi menyebut bahawa golongan Parsi

    mempunyai kerajaan dan kuasa yang luas serta berpengaruh terhadap bangsa-bangsa lain.

    Mereka mempunyai perasaan bangga diri sehingga mereka menamakan diri mereka sebagai

    9 'Amir bin Syarahil bin Abd Zi Kibar Al-Sya'bi, seorang tabi'in, yang diambil sebagai contoh pada kekuatan ingatannya ( w102 H). Rujuk Tahzib at-Tahzib, Ibn Hajar al-Asqalani, jld 5, hlm 5

    10Ibnu Hazm,Al-Fashlfi al-Milal Wal Alma' Wan Nihal, hlm 37.11Surah al-Baqarah: ayat 8012Lihat: Ahmad Amin,Fajar al-Islam, Halaman 276.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    10/40

    bangsa merdeka dan golongan para pemimpin. Mereka menganggap golongan lain adalah

    hamba bagi mereka.

    Apabila mereka diduga dengan kejatuhan kerajaan mereka di tangan bangsa Arab yang mereka

    anggap satu bangsa yang mundur dan lemah, maka ia dianggap malapetaka yang besar bagi

    mereka. Mereka mula melakar rancangan terhadap Islam dengan melancarkan pelbagai

    serangan dari masa ke semasa tetapi ia tetap dikalahkan oleh Allah SWT. Allah SWT sentiasamenzahirkan kemenangan bagi Islam dan umatNya. Al-Hamdulillah.

    Akhirnya, mereka mula menyedari bahawa tipu daya pemikiran dan rancangan muslihat lebih

    berkesan dari serangan fizikal. Oleh itu sesetengah mereka menzahirkan Islam dengan

    pendekatan tasyayyu'. Yaknidengan melahirkan rasa kecintataan mereka terhadap keluarga

    Nabi SAW. Dalam masa yang sama mereka menzahirkan kebencian terhadap golongan yang

    mengenepikan Sayyidina Ali RA dari Khalifah.

    Faktor Kedua : Sebahagian besar bangsa Arab yang berpegang kepada prinsip kebebasan.

    Manakala orang Parsi berpegang kepada kekuasaan diwarisi dalam sesebuah keluarga. Mereka

    tidak mengenali makna pemilihan bagi khalifah. Rasulullah SAW wafat tanpa meninggalkananak lelaki. Ahli keluarga yang paling hampir kepada Rasulullah SAW selepas Baginda adalah

    Sayyidina Ali bin Abi Talib RA. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjawat jawatan khalifah

    seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, dan Uthman, maka mereka dianggap telah merampas

    khalifah dari orang yang paling berhak. Iaitu Sayyidina Ali dan keturunannya.

    Selain itu, bangsa Parsi juga melihat raja mereka dengan pandangan 'suci'. Berasaskan

    kwadaan ini, mereka melihat Sayyidina Ali dan keturunannya juga turut memiliki kesucian

    berkenaan. Ramai daripada orang-orang Parsi memeluk Islam tanpa membersihkan pegangan

    yang diwarisi dari budaya nenek moyang mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mula

    mewarnakan Islam dengan corak warisan pemikiran parsi kuno.

    Syeikh Muhammad Abu Zahrah berkata : "Kami percaya bahawa Syiah telah terpengaruh

    dengan pemikiran Parsi lampau tentang kerajaan dan pewarisan. Persamaan di antara fahaman

    Syiah dan sistem Raja Parsi adalah jelas. Pendirian ini disokong kebanyakan golongan Syiah

    yang terdiri daripada penduduk Parsi dan pengikut-pengikut Syiah yang paling awal adalah

    dari Parsi.13

    Faktor Ketiga - Ketika umat Islam membuka negeri Parsi, Al-Husain bin Ali telah berkahwin

    dengan salah seorang puteri Yazdajrad, yang datang bersama tawanan perang lain. Hasil dari

    perkahwinan ini lahirlah Ali bin Al-Husain. Orang Parsi melihat bahawa keturunan Al-Husain

    inilah yang layak mewarisi kerajaan Parsi. Mereka juga melihat bahawa darah yang mengalir

    dalam darah Ali bin Al-Husain dan keturunannya adalah darah Iran dari sebelah ibunya iaitu

    anak kepada Yazdajrad.14

    Faktor Keempat - Pengaruh Parsi terdapat dalam banyak riwayat-riwayat mazhab Syiah

    Imam Dua Belas yang mengkhususkan Salman Al-Farisi RA dengan sifat-sifat yang

    melampaui batas kemanusiaan. Tersebut di dalam riwayat mereka yang mengatakan bahawa :

    "Salman adalah pintu Allah di bumi, orang yang mengenalinya adalah orang mukmin. Sesiapa

    yang mengingkarinya adalah orang kafir."

    13Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah, Jld 1, hlm 3814 Al-Yakubi, Tarikh al-Ya 'kubi, Jilid 2, hlm 247

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    11/40

    Tercatat di dalam riwayat yang tidak dikenali golongan Syiah berbunyi : "...Salman adalah

    salah seorang pengikut Syiah, kerana itulah golongan Syiah diberi rezeki, dengan sebab

    mereka inilah golongan Syiah diberi pertolongan dan melalui mereka juga golongan Syiah

    mendapat hujan.. ."15.

    Bukan sekadar itu, sesetengah golongan Syiah mengambil pendirian yang begitu melampau

    sehingga mengaitkan Salman dengan ciri-ciri ketuhanan. Golongan ini dikatakan wujudsemasa zaman Imam Abu Hassan Al-Asy'ari. Imam Abu Hassan al-Asyari ada menyebut

    dalam kitabnya bahawa : "Di zaman kami telah wujud orang-orang yang mengatakan tentang

    "ketuhanan" Salman al-Farisi...".16 Nauzubillah min dzalik !

    4) KUMPULAN SYIAH

    Di kalangan Syiah, mereka berselisih pendapat sesama sendiri sehingga berpecah kepada

    beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun, asas yang menyatukan mereka adalah pandangan

    mereka terhadap Imam hanyalah untuk Sayyidina Ali KWH dengan cara dalil nas dan jugawasiat daripada Rasulullah SAW. Jawatan ini kemudian diwarisi turun temurun kepada

    keturunan Sayyidina Ali KWH. Sehingga memunculkan istilah Imamiah, Imam TIGA, Imam

    TUJUH dan IMAM DUA BELAS.

    Faktor perpecahan Syiah :

    1) Faktor yang membawa kepada perpecahan golongan Syiah ialah dari segi prinsip ajaran

    Syiah itu sendiri. Iaitu sikap ekstrimis sehingga meletakkan taraf kemaksuman (sifat suci) bagi

    Imam mereka. Mereka juga bersikap keterlaluan dalam mengkafirkan para sahabat RA. Atau

    keterlaluan dalam mengkafirkan pihak yang berselisih fahama dengan kumpulan mereka.

    Manakala setengah golongan lain lebih bersikap sederhana dengan hanya menganggap mereka

    yang menyalahi Sayyidina Ali RA dikira melakukan kesalahan dan menyeleweng tetapi tidak

    sampai menjadi kafir dan murtad.

    2) Faktor kedua yang membawa kepada perpecahan mereka adalah faktor politik. Iaitu

    perbezaan dari segi pewarisan jawatan Imam atau pemimpin tertinggi umat Islam.

    Mereka berselisih pendapat tentang siapa yang mewarisi Imamah di kalangan keturunan

    Sayyidina Ali KWH. Sehubungan dengan itu, para ulama membahagikan mereka kepada

    EMPAT kumpulan besar mengikut akidah dan pegangan setiap golongan berkenaan. Mereka

    seperti berikut :

    1. Al-Zaidiyyah:

    Mereka terdiri dari para pengikut Zaid bin Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abu Talib. Mereka

    digelar sebagai Zaidiyyah kerana mereka berpegang kepada kata-kata Zaid bin Ali yang

    mengutamakan Sayyidina Ali bin Abu Talib lebih daripada sahabat-sahabat Rasulullah yang

    lain. Imam Zaid juga memperakui Sayyidina Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah dan

    berpendapat bahawa harus bagi umat Islam menentang imam-imam yang zalim. Apabila beliau

    15Lihat:Rijal al-Kashi,Halaman 6-7.16Abu al-Hassan al-Asy'ri,Maqalat al-lslamiyyin, Jilid 1, Halaman 80.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    12/40

    bersama para pengikutnya dan mendengar golongan yang mencela Abu Bakar dan Umar,

    beliau mengingkari golongan itu. Maka sebahagian dari mereka yang telah memberi bai'ah

    kepadanya meninggalkannya. Manakala sebahagian pengikutnya yang setia masih tetap

    bersamanya hingga ke hari ini. Boleh dikatakan 70% umat Islam di Yaman berfahaman Syiah

    Zaidiyyah.

    Jawatan Imam bagi aliran Zaidiyyah secara asasnya hendaklah daripada keturunan Fatimahal-Zahrah binti Rasulillah SAW. Jawatan ini tidak boleh dipindah kepada mana-mana individu.

    Namun sebahagian Zaidiyyah mengharuskan Imam selain daripada keturunan Al-Hasan dan

    Al-Husain dengan syarat seorang itu mesti menguasai disiplin ilmu, zuhud, berani dan

    pemurah. Imam bercirikan kepimpinan sebegini wajib ditaati. Mereka adalah golongan Syiah

    yang mempunyai pegangan yang paling hampir kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana

    mereka menerima khalifah Abu Bakar dan Umar RA.

    Kecuali satu kumpulan daripada mereka yang dinamakanAl-Jarudiah yang menyimpang dari

    kebenaran Islam secara umum. Golongan yang masyhur daripada kumpulan ini Al-Jarudiah,

    Al-Sulaimaniah (al-Jaririyyah) dan al-Butriyyah.17

    2. Al -Imamiah @ Imam Dua Belas

    Mereka terdiri dari golongan yang meyakini bahawa Sayyidina Ali adalah imam selepas

    Rasulullah dengan cara dalil nas secara lengkap. Imam Al-Syahrastani mendefinisikan

    mereka menerusi al-Milal Wa Al-Nihal dengan berkata: "... Al-Imamiah adalah mereka

    yang berpendapat bahawa Ali adalah Imam selepas Rasulullah dengan cara dalil nas yang

    jelas dan bukan melalui isyarat dengan sifat-sifat tertentu tetapi dengan lantikan yang

    jelas..."

    Di antara kumpulan-kumpulan SyiahAl-Imamiah ialah:

    i) Al-Imam Dua Belas :

    Dinamakan sedemikian kerana mereka mempercayai bahawa terdapat DUA

    BELAS IMAM yang menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

    Imam-imam ini merupakan Imam-imam utama yang disepakati seluruh golongan

    Syiah. Oleh itu, apabila disebut lafaz Al-Imamiah ia merujuk kepada Imam Dua

    Belas.

    ii) Al-Ismailiah :

    Ialah golongan yang mempercayai bahawa imam selepas Jaafar al-Sadiq ialah

    anaknya Ismail bin Jaafar al-Sadiq. Namun, selepas kematian Ismail mereka

    berpecah menjadi dua kumpulan. Pertama kumpulan yang menunggu-nunggu

    kemunculan Imam Ismail bin Jaafar kerana mereka percaya bahawa Ismail

    sebenarnya tidak mati. Bahkan akan muncul sebagai penyelamat dunia di akhir

    zaman.

    Manakala kumpulan kedua pula mempercayai bahawa imam selepas Jaafar adalah

    Muhammad bin Ismail kerana Jaafar telah melantik anaknya Ismail sebagai imam

    selepasnya. Apabila Ismail meninggal dunia, ayahnya masih hidup dan mereka

    17 Abdul Qahir bin Thahir al-Baghdadiy,Farq Bayna al-Firaq, Dar Makrifah, 1994, hlm 30

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    13/40

    percaya bahawa Jaafar melantik anaknya Ismail sebagai imam semata-mata untuk

    membuktikan bahawa imam selepasnya adalah Muhammad bin Ismail.

    Kemudian mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan dengan pandangan

    pelbagai dan gelaran yang banyak. Di antara golongan atau puak yang masyhur

    ialah golonganAl-Bathiniah.Golongan ini percaya bahawa setiap sesuatu hukum

    yang zahir ada hukum yang bersifat batin. Mereka juga berpendapat bahawa imamjuga wujud dalam keadaan batin atau secara ghaib.

    Mereka berpecah kepada LIMA BELAS puak. Antaranya : al-Muhammadiyyah,

    al-Baqiriyyah, al-Nausiyyah, al-Syumaithiyyah, al-Ammariyyah, al-Ismailiyyah,

    al-Mubarakiyyah, al-Mousawiyyah, al-Qatiyyah, Imam Dua Belas,

    al-Hishamiyyah, al-Zurariyyah, al-Yunisiyyah, al-Syaithoniyyah dan

    al-Kamiliyyah.18

    Bagaimanapun golongan Syiah yang paling berpengaruh dalam dunia Islam

    kontemporari ialah Syiah Imam Dua Belas. Mereka mengungguli kuasa politik dan

    pemerintahan Iran, Iraq, Lubnan dan menguasai sebahagian suara majoriti rakyatBahrain dan lain-lain. Di Malaysia, boleh dikatakan golongan ini mewakili 80 %

    golongan minoriti Syiah di negara kita.

    3. Al-Kaisaniah:

    Mereka adalah pengikut kepada al-Mukhtar bin Abi Ubaid al-Tsaqafi. Beliau

    menisbahkan dirinya kepada salah seorang orang suruhan Sayyidina Ali bin Abi

    Talib yang bernama Kaisan. Beliau juga menisbahkan pemikirannya kepada

    as-Sayyid Muhammad bin Al-Hanafiah. Dan seringkali juga menisbahkan

    fahamannya kepada Ibn al-Zubayr. Beliau pernah mendakwa bahawa Jibril ASmembawa wahyu kepadanya. Bilamana keadaan ini diketahui oleh Ibn al-Zubayr

    lalu diutuskan tentera dibawah pimpinan Musab al-Zubayr untuk memeranginya

    tetapi al-Mukhtar bin Abi Ubaid melarikan diri ke dari Basrah menuju Kufah.19

    Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama berpegang teguh

    bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah adalah imam.

    Manakala kumpulan kedua berpendapat harus bagi Allah mempunyai satu

    permulaan wujud ( al-Bada ). Sesetengah mereka mendakwa bahawa Imam

    Muhammad bin al-Hanafiah tidak mati. Bahkan terus hidup di Bukit Radhwa yang

    terletak antara Makkah dan Madinah dan akan keluar di akhir zaman sebagai Imam

    Mahdi Penyelamat Dunia.20

    4. Ghulat (Pelampau) :

    Mereka terdiri dari kumpulan yang meyakini bahawa Sayyidina Ali adalah manusia

    yang paling utama selepas Rasulullah SAW. Bahkan mereka didapati berpegang

    dengan akidah yang bathil yang menyebabkan mereka terkeluar daripada Islam.

    18

    Abdul Qahir bin Thahir al-Baghdadiy,Farq Bayna al-Firaq, Dar Makrifah, 1994, hlm 3119Al-Baghdadiy, hlm 46

    20Al-Baghdadiy, hlm 47

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    14/40

    Sebahagian mereka mengangkat Sayyidina Ali ke tahap kenabian, sebahagian lagi

    bersikap terlalu fanatic dan ekstrim sehingga mengangkat Sayyidina Ali ke tahap

    ketuhanan. Nauzubillah min dzalik.

    Mereka terdiri dari 11 golongan. Iaitu : As Saba-iah, Al-Kamiliah, Al- 'Aliyyah,

    Al-Mughiriah, Al-Mansuriah, Al-Khitabiah, Al-Kibalah, Al-Hisyamiah,

    Al-Ni'maniah, Al-Yunusiah, dan Al-Nasiriah @ al-Nusairiah.

    5) SYIAH DI MALAYSIA

    Ajaran Syiah mula dikesan bertapak di Tanah Melayu semenjak tahun 1900M lagi. Antara

    golongan yang dikenalpasti begitu dominan dalam sejarah peradaban melayu dan kekal

    sehingga hari ini ialah tiga kumpulan utama iaitu Syiah Imam Dua Belas @ Ja'afariyah,

    Al-Ismailiah, dan Al-Zaidiyyah.

    Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa sekiranya istilah Syiah disebut maka iamerujuk kepada SyiahAl-Imamiah Dua Belas. Ini kerana golongan ini merupakan kelompok

    Syiah yang terbesar di dunia. Hampir 99% penduduk di Republik Islam Iran berfahaman

    Syiah Imamiah. Manakala Iraq, Syiria dan Lubnan boleh dikatakan jumlah mereka sebanyak

    60% mewakili umat Islam disana. Dalam sesetengah keadaan, Syiah Imamiah juga turut

    dikenali dengan nama SyiahJafariyyah.

    Kalimah Syiah juga merujuk kepada Syiah Al-Ismailiah. Kebanyakkan kelompok ini

    berasal dari India dan Pakistan. Mereka memasuki negara ini melalui aktiviti perdagangan

    tekstil. Mereka juga turut dikenali dengan al-Daudiah Bohra, al-Batiniah atau Syiah

    Ismailiyyah Agha Khan.

    Di samping itu, kalimah Syiah juga turut merangkumi golonganAl-Zaidiah.Golongan

    ini kebanyakkannya berada di Yaman. Boleh dikatakan bahawa hampir 70% penduduk Yaman

    berfahaman Syiah al-Zaidiyyah.

    Realiti Malaysia :

    Perlu disedari bahawa umat Islam di Malaysia merupakan penganut ajaran Ahli Sunnah Wal

    Jamaah. Iaitu berpegang dengan metod Imam Abu Hassan al-Asyari dalam akidah.

    Menggunakan pendekatan Mazhab al-Syafie dalam penentuan hukum feqah dan meraikan

    mazhab muktabar yang lain. Manakala dalam bidang kesufian kita berpegang kepada para Sufi

    yang benar. Al-Hamdulillah dan nikmat ini wajib dipertahankan buat selama-lamanya.

    Pendek kata, sebelum kedatangan unsur Wahhabi, Syiah, Islam Liberal dan percambahan

    ajaran sesat kedudukan umat ini begitu teguh dan harmoni. Namun, kesejahteraan ummat

    sedikit berkocak dan menjadi keruh apabila munculnya pelbagai aliran yang bertentangan

    dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Bagi orang awam cukuplah bagi mereka mentaati pemerintah dengan berpegang kepada fatwa

    yang sedia ada dalam negeri dan negara Malaysia. Manakala pengecaman kepada aliran

    pemikiran Islam yang sesat dan menyeleweng hanya menjadi tugasan ekslusif para alimulamak dan pemerintah.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    15/40

    Perlu disedari bahawa gelombang Syiah di Malaysia semakin berkembang lebih-lebih

    lagi selepas kejayaan Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Khomeini. Selain itu, faktor

    penaklukan Amerika keatas Iraq, krisis Hizbullah - Israel di Lubnan dan Palestin turut menarik

    perhatian masyarakat terhadap Iran dan Syiah. Terkini dasar buka pintu yang diamalkan

    Kerajaan Malaysia ( G to G) turut menjadi faktor utama penyebaran dan pengukuhan ajaran

    Syiah di Malaysia.

    Dianggarkan hampir 250,000 umat Islam di Malaysia menganut fahaman Syiah

    pelbagai aliran. Manakala terdapat lebih 250 syarikat perniagaan yang dikenalpasti

    mempunyai kaitan dengan fahaman ini. Sebilangan dari Syarikat berkenaan pula didapati aktif

    menjalankan perniagaan dan menjadi penyumbang dana kepada kegiatan penyebaran Syiah di

    negara kita.

    Berasaskan kepada gambaran di atas, tidak hairan jika umat Islam di Malaysia yang

    jahil tentang Syiah tidak menyedari hakikat sebenar ajaran ini. Justeru, menjadi kewajipan bagi

    setiap individu Muslim mengambil berat tentang akidah yang benar dan menolak sebarang

    bentuk penyelewengan yang berlaku.

    Semua ini boleh diakses dengan mudah apabila seseorang itu bergaul dengan para alim

    ulamak Ahli Sunnah menerusi majlis ilmu samada di masjid, surau atau premis persendirian.

    Atau dengan cara paling mudah ialah dengan merujuk kepada pihak berautori agama di negeri

    masing seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Kemajuan

    Islam Malaysia (JAKIM). Barangsiapa yang membangkangi ketentuan ini ertinya dia boleh

    dianggap sebagai kumpulan pelampau kerana berpaling dari mentaati perintah Allah dan

    Rasulnya, para ulamak dan pemimpin yang beriman dalam sesebuah negara. Nauzubillah.

    Di Malaysia terdapat tiga (3) jenis kumpulan Syiah. Iaitu :

    1. Syiah Daudiyyah Bohra :

    Kumpulan ini berasal dari India. Lebih cenderung kepada Syiah Imamiah. Di Malaysia mereka

    dikenali sebagai kumpulan muslim yang memiliki 'Kedai Bombay yang menjual produk

    tekstil'. Kebanyakkan mereka berpusat di Klang, Selangor dan sekitar Jalan Masjid India dan

    Jalan TAR, Kuala Lumpur. Di Klang mereka didapati mempunyai tanah perkuburan dan

    masjid sendiri.

    2.

    Syiah Ismailiah Agha Khan :

    Kumpulan ini juga berasal dari India dan segelintir mereka dari Pakistan. Mereka aktif dalam

    aktiviti perniagaan tekstil 'Kedai Pheerbai' sekitar Lembah Klang. Jumlah pengikut mereka

    lebih kecil berbanding Kelompok Bohra.

    3. Syiah Ja'afariyah@ Imamiah lthna Asyariyyah (Imam Dua Belas)

    Kumpulan ini mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979.

    Pengaruh kumpulan ini semakin menular melalui hubungan dua hala MalaysiaIran. Ia jugatersebar melalui bahan bacaan dan inisiatif individu tertentu yang menghantar anak mereka

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    16/40

    belajar di Iran. Di samping itu, kemasukan beribu pelajar dari Iran ke Malaysia turut menjadi

    faktor penyebaran Syiah.

    Manakala beberapa orang pensyarah universiti tempatan sudah dikesan turut berperanan dalam

    menyebarkan fahaman ini secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam

    mahupun swasta, koleh universiti, sekolah agama dan tadika pra sekolah.

    Kitabkitab Syiah :

    Kajian dan observasi yang dilakukan penulis mendapati bahawa terdapat beberapa kitab utama

    Syiah telah dijadikan rujukan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah:

    I. Kasyful Asraroleh Ayatullah Al-Khomeini.

    II. Al-Hukumah Al-Islamiaholeh Ayatullah al-Khomeini.

    III.

    As-Sab'ah Min As-Salafoleh Ayatollah Al-Murtadza Az-Zubaidi.

    IV. Al-Usul Min Al-Kafioleh Syeikh Muhammad Bin Yakob Al-Kulaini.

    V. Tahrir al-Wasilaholeh Ayatullah al-Khomeini.

    VI. Al-Muraja 'atoleh Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin Al-Musawi.

    VII.

    PeshawarNightsoleh Al-Sayyid Muhammad Rais Al-Wahidin.

    VIII. Mafatihul Jinanoleh Syeikh Abbas Al-Qummi.

    IX. Raudhatul Muttaqin Bi Syarh Man La Yahdhuruhu al-Faqiholeh Syeikh Muhammad

    Taqiy al-Majlisi.

    X. Bihar al-Anwar oleh Syeikh Muhammad Baqir al-Majlisi. Ia mengandungi 118 jilid.

    XI.

    Masyariq al-Syumus al-Dhurriyyah Fi Ahqiyyati Mazhabil Akhbariyyaholeh Sayyid

    Adnan al-Musawiy al-Bahraniy.

    XII. Anwar al-Zahraoleh Sayyid Hassan al-Ubtuhiy terjemahan dalam bahasa arab oleh

    Nasir al-Najafi

    XIII. Minhaj Kebenaran danPendedahannya@ Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan

    Ijtihad oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy diterjemah oleh Prof

    Madya Dr Lutpi Ibrahim.

    XIV. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bayt ASoleh Syeikh Muhammad Mar'i Al-Amin

    Al-Antaki diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim.

    XV. Benarkah Salafi Wahhabi, tanpa penulis dan penerbit. Mengandungi 643 muka surat.

    XVI.

    Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dr Ahmad Tijani, Percetakan Tok Ku Pulau Manis,Kuala Terengganu dan banyak lagi.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    17/40

    Pusat Kegiatan Syiah di Malaysia :

    Terdapat beberapa premis perniagaan telah dijadikan pusat penyebaran Syiah di Malaysia.

    Pusat ini dijadikan pengkalan untuk menggerakkan aktiviti Syiah seperti kelas pengajian,

    syarahan umum, sambutan perayaan dan acara tertentu. Antara pusat yang dikenalpasti ialahseperti :

    Pusat Sumber Amirul Mukminin, Medan Kamunting Jaya, Taiping, Perak

    Larkin Perdana, Johor Bharu, Johor

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    18/40

    Hauzah al-Ridha, Gombak, Selangor

    Rumah Kedai Tingkat Dua, Taman Permata, Ulu Klang

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    19/40

    AKTIVITI SYIAH DI MALAYSIA

    Pelajar IPT menjadikan Khomeini sebagai ulamak muktabar

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    20/40

    Melaknat Para Sahabat di Facebook

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    21/40

    BAB II

    ASPEK PENYELEWENGAN SYIAH

    Menurut kacamata Ahli Sunnah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada

    ajaran Islam yang sebenar. Ia menjadi duri dalam daging kepada Umat Islam. Bahkan bolehmenjadi ancaman kepada institusi keluarga, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan

    negara. Penyelewengan Syiah boleh dikesan melalui akidah, syariah dan beberapa bentuk

    penyelewengan umum yang lain.

    PENYELEWENGAN DARIPADA SUDUT AQIDAH

    1)

    Khalifah Diwasiatkan Secara Nas (

    ).

    i.

    Pengikut Syiah mempercayai jawatan Imam telah ditentukan Allah melalui lisan

    RasulNya secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiaholeh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar halaman 78.

    ii. Syiah juga mempercayai bahawa orang yang dilantik untuk menunaikan

    wasiat Rasulullah SAW adalah Sayyidina Ali KWH. Usul ini disebutkan

    dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhamad bin Husain Ali

    Kasyif al-Ghita', halaman 136.

    2)

    Imamah dan Khilafah dianggap sebahagian daripada Rukun Islam dan ianya berlaku

    melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan

    Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin

    Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 145-146.

    3) Semua Imam Adalah Maksum (

    ).

    i. Pengikut Syiah meyakini bahawa para Imam mereka adalah maksum (terpelihara)

    daripada dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah

    meninggal dunia.

    ii. Bagi mereka, Imam sama seperti para Nabi AS yang tidak melakukan kesalahan,

    tidak lupa serta dianggap sebagai pemelihara syariat. Fakta ini

    dijelaskan dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad

    al-Mughniah, halaman 38 dan kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh

    Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 72.

    4)

    Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada

    Manusia (

    ).

    i. Dari sudut bahasa arab, al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi.

    Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara

    setelah berlaku peristiwa berkenaan yang mana sebelumnya peristiwa itu dianggap

    tersembunyi daripada Allah SWT. Nauzubillah.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    22/40

    ii. Pengikut Syiah juga menganggap ilmu Allah akan berubah dan bersesuaian

    dengan fenomena baru. Hal ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min

    al-Kafi oleh al-Kulaini, Jld 1, halaman 146.

    5) Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk

    Memberi Keadilan (

    ).

    i. Menurut akidah Syiah, golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah

    akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia bersama-sama

    kebangkitan Imam Mahdi dari kalangan mereka untuk menghukum orang-orang yang

    melakukan kezaliman. Fakta ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-lmamiah oleh

    Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 83.

    6) Berpura-pura (

    ).

    i. At-Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang boleh

    membahayakan diri atau harta benda dengan menzahirkan sesuatu yang bukan

    hakikat sebenar isi hati seseorang.

    ii. Konsep At-Taqiyahdiamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah

    arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Usul

    Min al-Kafi, jilid 2 oleh Abu Ja'afar Muhammad bin Ya'kub bin Ishak

    al-Kulaini ar-Razi, halaman 217.

    7)

    Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazhar (

    ).

    i. Golongan Syiah percaya bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari ialah imam

    yang ditunggu-tunggu yang hilang dan yang akan kembali untukmemerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.

    ii. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun

    206H - 329H. Hal ini dijelaskan dalam kitab as-Syiah Wa al-Tashih

    al-Sira' Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi,

    halaman 61.

    8)

    Menyamakan Sayyidina Ali Dengan Allah SWT.

    i. Sebahagian Pengikut Syiah mempercayai bahawa Sayyidina Ali adalah sama taraf

    dengan Allah di mana beliau adalah sebagai pembahagi ahli Syurga dan Neraka.

    Perkara ini disebutkan di dalam kitab al-Usul M in al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1,

    halaman 197.

    9)

    Mengkafirkan Para Sahabat RA.

    i. Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW semua sahabat

    murtad kecuali ahlul bait dan empat orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad, Salman

    al-Farisi dan Ammar. Hal ini dinyatakan dalam kitab al-Anwar al-Nu'maniah oleh

    al-Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    23/40

    10)Menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman Dan Muawiyah Sebagai Empat Berhala

    Quraisy Serta Pengikut-Pengikut Mereka Adalah Musuh Allah.

    i. Sebahagian golongan Syiah menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan

    Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan musuh

    Allah. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin Mas'ud bin

    'Iyasy al-Salami al-Samarqandi, Jilid 1, halaman 116. Lihat juga kitab al-Anwaral-Numaniyyah karangan Sayyid Nikmatullah al-Jazairi, Bab Nur Fi Haqiqah

    al-Anwar, Jilid 2, hlm 278.

    11)Hanya Ali Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna.

    i. Sebahagian Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpunkan

    dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara

    ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1,

    halaman 228. Al-Quran yang ada pada umat Islam sekarang sama ada di

    dalam mashaf atau yang dihafaz dianggap telah diseleweng. Al-Quran

    yang sebenarnya ada pada Sayyidina Ali bin Abi Talib, kemudian beliautelah mewariskan kepada Imam yang selepasnya dan sekarang ini ada

    pada Imam Mahdi Al-Muntazhar.

    ii. Selain daripada itu, golongan Syiah mempunyai pandangan khusus dalam

    mentafsirkan al-Quran dan mentakwilkannya. Antara contoh tafsiran

    Syiah adalah seperti :

    Mereka mentafsirkan firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 51 iaitu

    Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan kerana

    Sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan Yang satu; maka kepada Akulah sahaja

    hendaknya kamu gerun gementar.

    Golongan Syiah mentakwil dengan : Iaitu janganlah kamu menjadikan dua

    orang Imam sebenarnya, ambillah satu Imam sahaja.

    Hasilnya, kalimah Dua Tuhanditukar menjadi Dua Imam.

    Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 238 :

    Maksudnya : Peliharalah kamu (kerjakanlah Dengan tetap dan sempurna pada

    waktunya) Segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta

    (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang

    kamu) Dengan taat dan khusyuk.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    24/40

    Namun golongan Syiah mentakwilkan maksud al-solah dengan maksud Rasulullah

    SAW, Amirul Mukminin, Hassan dan Hussain. Manakala lafaz al-Wusta ialah Amirul

    Mukminin, (waqumu lill ahi qonitin) ialah taat terhadap Imam-imam.

    Firman Allah SWT dalam surah al-Naba' ayat 1-2.

    Maksudnya : Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita Yang besar,

    (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

    Mereka mentafsirkan kalimah al-naba' dengan maksudAmirul Mukminin Ali

    bin Abi Talib. Nauzubillah!

    12)Menambah ucapan lafaz Syahadah.

    i. Golongan Syiah menambah nama Sayyidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi

    Muhammad SAW. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul M in al-Kafi oleh

    al-Kulaini, Jilid 1, halaman 441.

    13)Menolak Hadis Yang Diriwayatkan Oleh ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah sekalipun

    Hadis Mutawatir. Mereka berpegang kepada empat kitab hadis

    sahaja. Kitab tersebut seperti Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu', Man La Yakhdarah

    Al-Faqih, Tahzib AhkamdanAl-I stibsor Fima Ikhtil afiyyah Min Akhbar.

    i. Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu' karangan Muhammad bin Yaakub

    Al-Kulaini. Beliau digelar oleh golongan Syiah sebagai Thiqah Al-Islam. Kitab inimerupakan kitab hadith terulung mazhab Syiah. Namun yang menghairankan ialah

    periwayatannya disandarkan terus kepada salah seorang dari kalangan Imam Dua

    Belas bukannya disandarkan kepada Rasulullah SAW.

    ii. Mereka berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di antara Imam-imam mereka

    dengan Rasulullah SAW. Imam yang paling banyak disandarkan

    kepadanya ialah Imam Jaafar Al-Sodiq. Kitab ini mengandungi

    riwayat-riwayat yang menghina dan mengaibkan al-Quran dengan

    mengatakan ianya ada kekurangan dan terseleweng. Semoga Imam Jafar al-Sadiq

    juga berlepas diri dari mereka.

    iii.

    Mereka hanya berpegang dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ahlul

    Bayt Rasulillah SAW sahaja.

    iv. Mereka juga menolah dan mencemuh sebahagian besar riwayat para sahabat seperti

    periwayatan Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan al-Hakam, Imran bin

    Hathan al-Khariji dan Amru al-Ash. Fakta ini disebutkan di dalam buku

    Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Aali Kasyif

    al-Ghita', halaman 149.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    25/40

    Contoh Ketara :

    Sayyid al-Jazairi berkata :

    Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang

    ALLAH, NABI & IMAM kerana mereka mengatakan Tuhan kami adalah yang NabinyaMuhammad & khalifah setelahnya Abu Bakar & kami AL-RAFIDHAH tidak beriman

    pada Tuhan itu & Nabinya Muhammad & Khalifah setelahnya adalah Abu Bakar

    bukannya Tuhan kami..

    Lihat, Sayyid Al-Jazairi, Al-Anwar al-Numaniyyah, Bab Nur fi Haqiqah al-AnwarJilid 2

    m/s 278.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    26/40

    Iman seorang SYIAH tidaksempurna kecuali setelahberbeza (menentang)dengan AHLI SUNNAH.

    Apabila seorang AHLISUNNAH bersemangatmengamalkan ibadah,maka dia telah bersemangatmengamalkan kebatilan

    Lihat Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumah Al-

    Islamiyah m/s 83.

    PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT

    1)

    Menolak Penggunaan Ijmak Ulama.

    i. Golongan Syiah tidak menerima ijmak ulama dalam perundangan Islam malah

    mereka berpegang kepada pendapat imam-imam mereka kerana mereka

    mempercayai ijmak mengandungi kesalahan sedangkan pendapat imam adalahmaksum. Kenyataan ini dijelaskan dalam buku Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna

    Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyyullah Ahmad Abdul Rahim

    ad-Dahlawi, halaman 51.

    2)

    Menolak Penggunaan Qias dalam Penentuan Hukum -hakam.

    i. Sebahagian golongan Syiah juga menolak qias. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab

    Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Husain Aali Khasif al-Ghita',

    halaman 149.

    3)

    Mengamalkan Nikah Mutah (kontrak).

    i. Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mutaah yang diamalkan sejak

    zaman Jahiliah sehingga sekarang. Mereka berpendapat nikah Mutaah adalah

    diharuskan dalam syariat Islam. Ciri-ciri nikah Mutaah yang diamalkan oleh

    golongan Syiah adalah akad, tempoh dan mahar. Berikut adalah huraian ciri-ciri

    nikah Mutaah golongan Syiah :

    a) Dalam acara nikah Mutaah ditetapkan tempoh tertentu yang dipersetujui oleh

    kedua-dua pihak (lelaki dan wanita) sama ada sehari, seminggu, sebulan atau

    setahun. Nikah Mutaah juga boleh dilakukan dalam tempoh satu jam, dua jam,

    sehari, dua hari atau semalaman melalui Imam atau Ustaz Syiah.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    27/40

    b)

    Nikah Mutaah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi,

    pelacur atau dengan anak dara walau tanpa izin bapanya. Dalam acara nikah

    Mutaah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang ingin dimutaahkan.

    Sesetengah kitab Syiah menjelaskan bahawa nikah Mutaah boleh dilakukan

    sehingga seribu orang wanita berdasarkan syarat-syarat tertentu.

    c) Sewaktu akad hendaklah disebutkan mahar dan tempoh yang dipersetujui

    kedua-dua belah pihak. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula,

    segenggam makanan, sepasang selipar, sebentuk cincin dan sebagainya.

    ii. Nikah Mutah yang diamalkan golongan Syiah boleh dirujuk menerusi kitab

    Syiah sendiri. Antaranya seperti kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa

    al-Fatawa oleh Abu Ja'afar Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, halaman 489 - 491

    serta kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'afar Muhammad b. al-Hasan al-Tusi,

    halaman 254,259 dan 266 dan lain-lain.

    4) Menolak 'Aul dan Mendahulukan Qurabah dari 'Asobah Dalam MasalahPusaka.

    i. Dalam pembahagian harta pusaka, teori feqah Syiah menolak prinsip 'aul yang telah

    diasaskan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal

    Jamaah. Bagi mereka semua kenyataan Umar al-Khattab tidak boleh dipercayai. Asas

    ini dinyatakan secara jelas menerusi buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya

    (Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hassan bin Yusuf

    al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman

    100-101.

    5)

    Mengharuskan Jamak Solat Dalam Semua Keadaan.

    i. Golongan Syiah mengharuskan jamak solat fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu

    Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang

    sebab. Perkara ini disebutkan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan

    Pendedahannya ( F iqh L ima M azhab di Antara Nas dan I jti had )oleh al-Hassan

    bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim,

    halaman 36.

    6)

    Menetapkan 1/5 Sebagai Kadar Zakat.

    i. Golongan Syiah menetapkan 1/5 sebagai kadar zakat dan harta rampasan perang dan

    lain-lain. Usul ini dinyatakan secara tegas menerusi kitab Tahzib al-Ahkamkarangan

    Abu Ja'afar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi, halaman 122. Kenyataan ini juga

    terdapat dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (F iqh L ima Mazhab

    di Antara Nas dan I jtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy,

    terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 48.

    7)

    Solat Dhuha dianggap Bidaah.

    i.

    Sebahagian golongan Syiah mendakwa solat Dhuha adalah bidaah. Perkara inidinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( F iqh L ima

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    28/40

    Mazhab di Antara Nas dan I jti had)oleh al-Hasan bin Yusufal-Mutahhar al-Hulliyy,

    terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 31. Keterangan ini dilihat

    mempunyai persamaan dengan fikrah Wahhabi yang juga turut menghukum bidaah

    sesat sesiapa yang menunaikan solat dhuha. Nauzubillah min Dzalik.

    8)

    Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji.

    i. Sebahagian golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya haji. Perkara

    ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( F iqh L ima

    Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar

    al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 55. Namun

    sesetengah golongan Syiah juga berpendapat diwajibkan haji dan mereka turut hadir

    mengerjakan haji di Makkah al-Mukarramah.

    9) Wajib Membasuh (menggosok) Kedua-dua Kaki dan Tidak Memadai dengan hanya

    membasahi dengan air sebagaimana yang diamalkan mazhab al-Syafie.

    i. Hal ini dijelaskan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (F iqh

    L ima Mazhab di An tara Nas dan Ij tihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar

    al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 13 -14.

    PENYELEWENGAN AM

    1)

    Menziarahi Kubur Sayyidina Hussain bin Ali bin Abi Talib dianggap memperoleh

    Syurga.

    i . Usul ini terkandung di dalam kitab al-Irsyad karangan Muhammad bin Muhammad bin

    Nu'man al-'Askibri al-Baghdadi, halaman 252. Dakwaan ini disandarkan kepada hadis

    Rasulullah SAW yang bermaksud : " Sesiapa yang menziarahi Husain selepas

    wqfatnya, nescaya ia akan memasuki syurga."

    Padahal syurga hanya dijanjikan kepada orang yang beriman dan melakukan amalan

    soleh yang mendekatkan diri kepada Allah. Bukannya dengan semata-mata menziarahi

    maqam individu tertentu.

    2) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam (.(

    i. Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan

    bermula 1hb - 10 Muharam bagi menangisi kematian Sayyidina Husain yang dibunuh

    secara kejam di medan Karbala. Tetapi kemuncak aktiviti mereka adalah pada 10

    Muharram. Fakta ini ditegaskan di dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira',

    Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 98 dan

    beberapa kitab Syiah yang lain.

    Sebenarnya amalan ini bertentangan dengan roh Islam itu sendiri yang menekankan

    prinsip keselamatan tubuh badan sebagaimana yang terangkum dalam Maqasid

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    29/40

    Syariah Islamiah. Tambahan pula, aktiviti ritual yang melibatkan kecederaan tubuh

    badan tidak pernah disyariatkan Islam dan ia dilihat seperti ritual keagamaan hindu.

    3) Menghina Isteri-Isteri Nabi SAW.

    i. Golongan Syiah juga aktif menghina isteri-isteri Nabi SAW melalui pelbagai

    rangkaian media samada media cetak mahupun elekronik. Lihatlah kitab-kitab

    karangan ulamak mereka. Ibu-ibu Mukminin yang mulia seperti Aisyah RA, Hafsah

    RA dan lain-lain dicela dengan pelbagai perkataan yang tidak sanggup didengar.

    Sehingga mereka dituduh bukan Islam dan murtad. Nauzubillah. Situasi ini

    dinyatakan dalam kitab Tuhf ah al-' Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain,

    halaman 330, Kitab Bihar al-Anwar oleh Muhammad Baqir al-Majlisi, Kitab

    Raudhotul Muttaqib Bi Syarh Man La Yahdhuruhu al-F aqih oleh Muhammad

    Taqiy al-Majlisi dan lain-lain.

    Padahal Para Ummahatul Mukminin kesemuanya dimuliakan oleh Nabi SAW dandijamin kedudukan mereka diakhirat sebagai mencapai satu kedudukan yang amat

    tinggi bersama Baginda SAW dan para sahabat yang lain.

    Nabi SAW ditanya oleh Amru al-Ash RA :

    :.: :.: :

    Maksudnya : Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang dikau paling cintai? Banginda

    SAW menjawab : Aisyah. Aku bertanya lagi : Kemudian siapa lagi dari kalangan

    lelaki? Baginda SAW menjawab : Ayahnya (Abu Bakar). Kemudian siapa lagi?

    Baginda menjawab Umar dan menyebut nama beberapa sahabat lelaki yang lain.

    riwayat Muslim.

    Apabila Nabi SAW menceraikan Hafshah binti Umar al-Khattab, Jibril AS

    mendatangi Baginda SAW lalu berkata :

    Maksudnya : Sesungguhnya dia (Hafshah) merupakan seorang yang rajin berpuasa

    dan rajin berqiyamulail dan dia adalah isterimu di syurga. riwayat Abu Daud

    4)

    KOMPLOT KEGANASAN SYIAH :

    Jika kita menelusuri pentas akademik kita akan dapati terdapat beberapa catatan sejarah

    tentang komplot keganasan Syiah ke atas umat dan kerajaan Islam. Antaranya :

    1)

    Abu Luluah (asal Kristian) seorang hamba suruhan kepada Mughirah bin Syubah

    telah membunuh Khalifah Umar al-Khattab RA ketika mengimami solat subuh

    pada malam Rabu bulan Dzulhijjah tahun 23H. sayyidina Umar sempat memerintah

    selama 10 tahun 6 bulan. Pembunuh ini kemudiannya meninggal dunia dan ditanam

    di Iran dan disanjung tinggi oleh sebahagian besar puak Syiah.

    2)

    Abdullah bin Saba (asal Yahudi) menyeru umat Islam agar melakukan revolusipemberontakan ke atas Khalifah Uthman bin Affa pada tahun 34H. Manakala pada

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    30/40

    tahun ke 35H, beliau datang bersama ribuan pengikutnya mengepung rumah

    Sayyidina Uthman selama 40 hari dan melarang khalifah dari menunaikan solat di

    masjid lalu akhirnya mereka membunuh Khalifah yang ke 3 umat Islam.21

    3) Pembunuhan Sayyidina Hussain bin Ali bin Abi Talib cucu kesayangan Nabi SAW

    di medan Karbala. Dalam kitab Tarikh Abi al-Fida al-Mutsamma al-M ukhtasarFi Akhbari al-Basyar, jld 1, hlm 256 menyatakankronologi pembunuhan

    Sayyidina Hussain RA dilakukan oleh puak Syiah sendiri yang dipimpin oleh

    tentera Ubidillah bin Ziyad bekas tentera kerajaan pimpinan Sayyidina Ali bin Abi

    Talib.

    4) Pengkhianatan Ali Yaqtin yang menghancurkan penjara yang dihuni oleh lebih 500

    banduan di zaman kerajaan pimpinan Harun al-Rasyid.22

    5) Seorang ulamak Syiah iaitu Syeikh Nasir Lidinillah menjadi petualang kepada

    Kerajaan Tatar untuk menakluki dan menghancurkan Iraq.23

    6)

    Kerajaan Fatimiyyah Mesir merupakan sebuah Kerajaan Syiah antara tahun 301H

    567H. Pemerintah Syiah telah memaksa rakyat Mesir Sunni untuk menganut

    fahaman Syiah dengan pelbagai cara. Kerajaan Fatimiyyah juga telah bekerjasama

    dengan tentera Salib untuk melakukan serangan ke atas puak Sunni yang berada

    dibawah kekuasaan kerajaan Saljuk yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal

    Jamaah.24

    7) Pengkhianatan Menteri Syiah Muhammad bin al-Alqami dan Syeikh Nasiruddin

    al-Thusi di zaman pemerintahan al-MutasimBillah pada tahun 656H yang menjadi

    petualang kepada Hulagu Khan dengan bala tenteranya lebih 200,000 untuk

    mengepung Baghdad dan membunuh beratus ribu umat Islam tanpa belas kasihan.25

    8) Syah Ismail Sofawi yang mengasaskan Dinasti Sofawi di Iran (1447-1736M) telah

    melakukan serangan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam yang

    berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab al-Syafie di Iran yang bernaung

    dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beliau memaksa umat

    Islam menganut fahaman Syiah jika tidak mereka akan dibunuh. Dikatakan jumlah

    pengikut Sunni yang mati dibunuh melebihi 1 juta orang.26

    9) Imam Khomeini bertindak mengguling pemerintahan beraja Iran dibawah pimpian

    Syah Redza Pahlavi pada tahun 1979M. Beliau kemudian mengisytiharkan Iransebagai sebuah negara Republik dan memimpin Iran dengan gelaran Ayyatollah

    Imam Khomeini.27

    21 Uthman bin Muhammad al-Khumais,Huqbah Fi al-Tarikh, Dar Ibn al-Jauzi, t.thn 1429, hlm 126

    22Lihat bukuHakikatus al-Syiah, hlm 55

    23Ibn Katsier, al-Bidayah Wa al-Nihayah, jld 13, hlm 106-107

    24 Dr Sayyid Hussain al-Affani,Khomeini al-Arab, Hassan Nasrullah Wa Rafidhah al-Syiah, jld 2, thn 1430H,

    hlm 20225

    Ibn Katsier, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld 13, hlm 120- 13226 Dr Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta : Raja Grafindo, cet ke Sembilan, thn 1999, hlm 138

    27Ibid, hlm 148

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    31/40

    10)Peranan yang dimainkan puak Hizbullah di Lubnan mencetuskan perang saudara di

    Lubnan antara Sunni- Wahhabiy dan Syiah dari tahun 1985 hingga sekarang.

    Komplot ini mengakibatkan beribu-ribu nyawa umat Islam menjadi korban.

    11)Kerjasama pemimpin puak Syiah Iraq dengan Amerika bagi menggulingkan

    pemerintahan Saddam Hussain di Iraq. Kerjaama ini mengakibatkan tragedi perangTeluk dan membawa kemusnahan besar-besar di Iraq serta mengakibatkan Saddam

    Hussain dihukum gantung sampai matipada 30hb December 2006.28

    12)Kerjasama pembelian dan penjualan senjata antara Amerika, Israel dan Iran yang

    dikenali dengan plan Iran Gate sebagaimana yang dipaparkan dalam buku :

    Mawaqif al-Ulama wa Mufakkirin min al-Syiah Itsna Asyariah yang disusun

    Mawaqi al-Rasid. Buku ini memaparkan 13 dokumen perjanjian antar tiga

    kerajaan ini.

    28 http://en.wikipedia.org/wiki/saddam_hussein,dilayari 14hb Oktober 2013, jam 11pg

    http://en.wikipedia.org/wiki/saddam_husseinhttp://en.wikipedia.org/wiki/saddam_husseinhttp://en.wikipedia.org/wiki/saddam_hussein
  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    32/40

    BAB III

    PERPADUAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH

    Semenjak tercetusnya konflik antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah banyak juga

    usaha taqrib( penyatuan) dilakukan pelbagai pihak untuk mendamaikan dua kelompok Islam

    ini.

    Inisiatif ini adakalanya dimainkan oleh individu, Parti Politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan

    (NGO) dan juga institusi agama. Memang sewajarnya umat Islam bersatu atas dasar Iman dan

    Taqwa dan mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah SWT. Namun akhirnya usaha taqrib

    atau penyatuan hanyalah sloganis bermusim yang tidak bias dijelmakan dengan kenyataan.

    Mengapa semua ini berlaku? Sedangkan kita mengaku beragama Islam?

    Ini kerana pertentangan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah berpuncadaripada pertentangan akidah dan amalan. Iaitu antara akidah dan amalan yang benar dengan

    yang salah. Ia bukan semata-mata faktor politik mahupun sosial. Ia menjadi jurang pemisah

    yang amat besar antara dua kelompok ini. Justeru, tidak hairanlah jika kita tidak menemui titik

    penyelesaian disebalik isu ini.

    Pengalaman ulamak silam kita juga menjelaskan bahawa jika kedua pihak saling mendakwa

    memiliki kebenaran dengan pegangan mereka sendiri dan memperlihatkan kesalahan

    masing-masing. Justeru, tiada manfaat bagi kita untuk menganjurkan seminar, debat, dialog

    dan sebarang rundingan penyatuan.

    Penulis sendiri pernah berdebat dengan Us Abdullah Hassan di Kolej Darul Ulum, Pokok Sena,

    Kedah pada tahun 2006 hampir 3 jam setengah. Sayembara itu turut dihadiri oleh Dewan

    Ulamak Pas Kedah, dato Mahfuz Omar dan lain-lain. Tetapi kesudahannya hanya menjadi

    keributan masyarakat yang tidak ternoktah hingga sekarang.

    Oleh itu, bagi saya meninggalkan segala perdebatan atau dialog merupakan penyelesaian

    terbaik untuk mengelakkan fitnah berterusan.

    Semua pihak perlu akur dengan semua keputusan yang telah dibuat pihak berkuasa dalam

    sesebuah negara termasuk Malaysia. Ini merupakan pandangan sebahagian besar ulamak

    seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kauthari, Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baitar, SyeikhMuhammad Al-Kholisi, Syeikh Muhammad Ramadhan al-Buthi, Syeikhul Azhar, Prof Dr Ali

    Jumaat, Syeikh Hassan al-Saqqaf dan lain-lain. Bagi saya, sememangnya tidak ada kompromi

    antara yang hak dan yang batil.

    PERPADUAN DI ANTARA AHLI SUNNAH DAN SYIAH

    1) Dr. Irfan Abdul Majid Rahimahullah berpendapat bahawa dakwah atau seruan kepada

    penyatuan akidah adalah berbalik pada asal yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan

    pelampau Syiah yang cuba menggabungkan akidah Islam dengan pemikiran-pemikiran

    yang diambil daripada agama-agama dan falsafah yang lain seperti Yahudi, Nasrani,Majusi dan falsafah Yunani.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    33/40

    2)

    Dr. Nasir Al-Ghafari berkata : Percubaan untuk menyatukan kedua pihak merupakan

    satu permasalahan yang telah lama dan saya tidak tahu siapa yang mengambil berat

    untuk merekodkan realitinya dan tidak juga untuk mengkajinya kerana permasalahan

    ini banyak pecahannya dalam buku-buku sejarah.

    3) Imam Muhammad Abu Zahrah : Al-Thusi merupakan orang yang pertama cuba

    menyatukan pemikiran dan psikologi antara Syiah Imam Dua Belas dan Sunni dari

    kalangan muslimin.

    4) Dr Yusuf al-Qardhawi : Bagaimana kita hendak berbaik-baik dan mempererat

    hubungan dengan golongan Syiah yang membenci para sahabat Nabi SAW. Sedangkan

    Al-Quran memerintah kita untuk memuliakan mereka menerusi surah al-Bayyinah ayat

    8.

    Kes Pembunuhan Syeikh al-Kisrawi :

    Syeikh Ahmad Mir Qasim bin Mir Ahmad Al-Kisrawi adalah contoh yang terbaik dalam

    menyeru ke arah mempererat hubungan dan percubaan memisahkan perkara yang hak dan

    yang batil. Beliau adalah pendakwah yang dibesarkan di dalam persekitaran dan keluarga

    Syiah serta pernah memegang jawatan sebagai ketua hakim. Beliau dilahirkan di Tabriz, Iran.

    Fasih bertutur dalam beberapa bahasa serta mempunyai hasil penulisan yang baik. Akhirnya

    beliau telah dibunuh oleh golongan Syiah sendiri kerana beliau telah mengetahui hakikat

    sebenar mazhab Syiah ini dan membuat pendedahan ekslusif tentang penyelewengan Syiah.

    Beliau banyak menulis artikel yang mendedahkan prinsip asas mazhab Syiah dan disebarkan

    secara meluas ke negara-negara Arab. Antara isu yang diutarakan beliau ketika beliau masih

    hidup ialah bahawa Syiah telah menyeleweng hingga dengan tahap kecintaan yang melampau

    terhadap Sayyidina Ali. Dalam masa yang sama memusuhi Sayyidina Abu Bakar serta Umar

    RA. Mereka mendakwa Ali adalah lebih berhak untuk menjadi Khalifah, tetapi Sayyidina Abu

    Bakar dan Umar RA telah menzaliminya.

    Syiah juga mencipta akidah yang tidak dipersetujui oleh umat Islam, kemudian mereka

    memfitnah para sahabat dan mengadakan " al-Taqiyyah" iaitu tipu daya dan nifaq. Mereka

    juga mengadakan upacara khas sempena memperingati Husain, memukul-mukul badan

    mereka, mengalirkan darah untuk meratapi pembunuhan berkenaan. Padahal semua ini

    bertentangan dengan roh Islam itu sendiri.

    Selain itu, beliau juga mengarang sebuah kitab berjudul " Al-Tasyayyu' Wa al- Syiah" .Kitab

    ini mendedahkan tentang kebatilan dasar mazhab Syiah dan mendedahkan juga bahawa

    perselisihan yang berlaku di antara Ahli Sunnah dan Syiah adalah disebabkan ketaksuban

    bukannya berdasarkan hujah yang benar. Pada tahun 1324H beliau ditembak mati dari jarak

    dekat oleh kumpulan pelampau Syiah.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    34/40

    PERBEZAAN AKIDAH ANTARA AHLI SUNNAH DAN SYIAH

    BIL AHLI SUNNAH SYIAH

    1 Al-Quran adalah terpelihara dan bebasdaripada kekurangan mahupunpenyelewengan.

    Al-Quran yang ada sekarang adakekurangannya dan penambahan.

    2 Beriktikad bahawa penafsiran al-Quranhendaklah berpandukan pada apa yangdatang daripada Nabi SAW dan parasahabat dan ahli Bayt Rasulillah SAW

    Berpendapat penafsiran al-Quran hendaklahberpandukan daripada apa yang telahdiriwayatkan ahli al-Bait denganriwayat-riwayat yang mencela para sahabat danmendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam

    selepasnya.

    3 Al-Quran diturunkan sepenuhnya keatas Rasulullah SAW, tiada

    kekurangan padanya dan tiada kitablain selepasnya.

    Beriktikad bahawa mereka memiliki mashafFatimah binti Rasulillah SAW. Kononnya

    mengandungi 40 juzuk.

    4 Sunnah Nabi adalah apa sahaja yangdatang daripada Nabi sama adapercakapan, perbuatan mahupun

    perakuan.

    Mendakwa kenyataan Imam 12 setaraf firmanAllah Taala dan sabda Rasulullah SAW.Meriwayatkan daripada mereka sama

    seperti meriwayatkan hadis daripada Nabikerana mereka juga adalah maksum.

    5 Syariat Islam adalah sempurna. Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan

    sebahagian daripada syariat sahaja sedangkansebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan

    pada Imam Ali RA.

    6 Menerima periwayatan sahabat RA.

    kerana mereka adil dan thiqah(dipercayai).

    Menolak sebahagian besar periwayatan sahabat,

    mereka beriktikad bahawa para sahabatsemuanya dianggap menipu.

    7 Menerima semua hadis-hadis yangdiriwayatkan oleh ulamak Ahli SunnahWal Jamaah seperti Imam Bukhari,Muslim, Tirmidzi, Nasaie dan lain-lain

    Tidak menerima periwayatan Ahli Sunnahkecuali dari Ali Bayt Rasulillah SAW sahaja.

    8 Berpegang dengan al-Quran Sunnahdan Ijmak sebagai prinsip asas kepadaSyariat Islam.

    Menolak Ijmak dan Qias dalam penentuanhukum syarak.

    9 Tiada yang maksum melainkan

    Rasulullah SAW, para anbia danRasul-rasul terdahulu.

    Para Imam mereka dianggap maksum dan

    kemaksuman mereka adalah perkara dasardalam prinsip Imamah.

    10 Mukjizat hanya dianugerahkan Allahkepada para Nabi dan Rasul sebagaibukti tentang kebenaran risalah yangdibawa.

    Mendakwa mukjizat juga untuk para imam.

    11 Tiada yang mengetahui

    perkara-perkara ghaib melainkanAllah.

    Para imam memiliki keistimewaan untuk

    mengetahui perkara-perkara ghaib berbandingpara Anbiya AS.

    Berdasarkan kepada perbezaan di atas jelaslah kepada kita bahawa Akidah Ahli Sunnah Wal

    Jamaah saling bertentangan dengan akidah Syiah. Perbezaan dalam bentuk ini pastinya sukar

    untuk disatukan. Ini kerana soal akidah dan kebenaran pastinya tidak ada sebarang kompromi

    atau toleransi.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    35/40

    FATWA KONTEMPORARI

    WARTA KERAJAAN BERKAITAN SYIAH DI MALAYSIA

    AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

    (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

    FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

    FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah

    Persekutuan menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

    (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan

    Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.

    JADUALKE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA

    1.

    Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah

    mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli

    Sunnah Wal Jamaah dari segi "aqidah, syariah dan akhlak.

    2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

    adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran

    apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

    3.

    Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa

    buku, risalah, filem, video dan yang lain-lain yang berkaitan dengan ajaran yang

    bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

    Bertarikh 8 Mac 1997. Dated 8 March 1997.

    [JAWI/A/145; PN. (PU2) 530/11.]

    DATO' HJ. MD. HASHIM BIN YAHAYA

    Mufti,

    Wilayah-Wilayah Persekutuan/

    Federal Territories

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    36/40

    WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Diterbitkan dengan Kuasa

    GOVERNMENT OF PENANG GAZETTE

    PUBLISHED BY AUTHORITY

    Jld 41, Bil 2, Tarikh 16 Januari 1997, Tambahan no : 1 Perundangan

    ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1993

    FATWA MENGENAI FAHAMAN SYIAH

    Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 36(1) dan (2) Enakmen

    Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993 Mufti bagi negeri Pulau Pinang

    membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam jadual :

    1) Bahawa ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng

    daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancamana kepada

    perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

    2) Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di negeri

    Pulau Pinang berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam

    fahaman tersebut samada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.

    3) Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada

    ajaran-ajaran dan fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangandengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi :

    a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau

    menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam

    ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri.

    b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa

    terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas

    apa-apa bahan samada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau

    melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada

    penyebaran ajaran-ajaran tersebut atau

    c) Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Syiah atau

    membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan

    sedemikian.

    Dibuat 5 hb Disember 1996 (PU/PP/3200)

    Dato Syeikh Azmi Hj Ahmad

    Mufti Negeri Pulau Pinang

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    37/40

    KEPUTUSAN

    MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia.

    Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September

    1984 [Kertas bil. 82/8/2, perkara 4.2.(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti

    berikut:

    1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada

    24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah

    yang menetapkan seperti berikut : "Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini

    Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al- Zaidiyah dan Ja'afariyah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia."

    Dimansuhkan.

    2. Menetapkan bahawa Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam

    yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah, dan

    akhlak.

    3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaan persekutuan dan

    perlembagaan negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi

    persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli

    Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

    4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan

    hukum syarak bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syarak" atau "Undang-undang Islam"

    seperti berikut: "Hukum Syarak" atau "Undang-undang Islam" ertinya undang-undang

    Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan

    akhlak.

    5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal

    Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan

    dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli SunnahWal Jamaah adalah dilarang.

    6. Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara di Negara ini adalah tertakluk

    kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada

    ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

    7.

    Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran, dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem,

    video, dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan

    pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    38/40

    KESIMPULAN

    1) Syiah merupakan satu manifestasi aliran pemikiran yang menyeleweng dan

    bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

    2) Para pengikut Syiah harus sedar dan bertaubat atas apa yang mereka lakukan. Dan

    sewajibnya mereka kembali kepada kebenaran dalam konteks mentaati Allah,

    Rasulullah SAW, majoriti ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pemimpin yang

    beriman.

    3) Kerajaan perlu bertindak tegas bagi membendung gejala penyelewengan akidah kerana

    ia dikhuatiri boleh merosakkan pegangan dan amalan umat Islam di negara ini.

    4) Pihak Kementerian Dalam Negeri, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri serta Jabatan

    Mufti Negeri perlu proaktif dalam merangka tindakan bersepadu bagi membendungaktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

    5)

    Penjelasan terhadap penyelewengan ajaran sesat perlu dilaksanakan menerusi media

    dari semasa ke semasa supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan unsur berkenaan.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    39/40

    RUJUKAN SYIAH :

    1. Abu Jafar bin Yakob bin Ishaq al-Kulaini al-Razi, al-Usul Min al-Kafi, jld 1, Cetakan

    ke-3, 1388H, Dar al-Kutub al-Islamiah, Tehran Baz Sultani

    2. Muhammad bin Muhammad bin Nukman al-Askibri al-Baghdadi, t.th, al-Irsyad,

    Muassasah al-Alami Lil Matbuat, Bayrut : Lubnan

    3. Dr Musa al-Musawi, 1978, al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira Bayna al-Syiah Wa

    Tasyayyu, t.pt

    4. Muhammad bin Hussain Ali Kasyf al-Ghita, t.th,Aslu al-Syiah Wa Usuluha, Matbaah

    al-Amiriyyah : Qaherah

    5.

    Abi Jafar Muhammad bin Ali bin al-Hussain bin Babawaib al-Qummi, t.th, ManLaYahduruhu al-Faqih, jld 1, Jamaah al-Mundarisin Fi al-Hauzah al-Ilmiyyah Fi Qum

    al-Muqaddasah : Iran

    6. Abu Jafar Muhammad bin Hassan al-Thusi, 1390, Tahzib al-Ahkam, jld 1, Dar

    al-Kutub al-Islamiyyah : Tehran

    7. Muhammad Jawad Mughniyyah, t.th, al-Syiah Fi al-Mizan, t.pt

    8. Dr Lutpi Ibrahim, 1993,Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Feqh Lima Mazhab

    Di antara Nas dan Ijtihad),C etakan Pertama, al-Wahdah Publications

    RUJUKAN AHLI SUNNAH :

    1. JAKIM, 2010, Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah, Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan : JAKIM

    2. Seminar Pemurnian Akidah, 2007, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan "Kelahiran,

    Prinsip dan Pegangan Syiah: Satu Kajian Dan Penilaian" oleh Dr. Ridhuan Jamal

    Al-Athrasy pada 24 November 2007 di Kuala Lumpur International Hotel

    3. Seminar Pemurnian Akidah, 2007, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan "Perpaduan Di

    Antara Mazhab: Suatu Fantasi Atau Ianya Mampu Dicapai" oleh Prof. Dr. Abdul

    Razak bin Abdul Rahman As-Sa'di pada 24 November 2007 di Kuala Lumpur

    International Hotel.

    5)

    Kertas Cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah

    Persekutuan, Bil. 45 1996

    6) Kertas kerja "Akidah Imamah Di Sisi Syiah Isna Asyarah Dan Kesan-Kesannya

    Terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah" Oleh S.S. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh,Mufti Wilayah Persekutuan.

  • 7/24/2019 SYIAH TERKINI 1

    40/40

    7)

    Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, 2008,Itiqad Ahli sunnah Wal Jamaah, Pustaka Tarbiyah

    Baru : Jakarta, Cetakan ke-8

    8) Warta Kerajaan bertarikh 8 Mac 1997

    9) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993, Fatwa Seksyen

    34, tarikh 8 hb Mac 1997

    10)Muzakarah Jawatankuasa fatwa Kebangsaan, tarikh 5 hb Mei 1996, bil 82/8/2 perkara

    4.2. (2)