8
1 1.0 LATAR BELAKANG SESI Pada 14 November 2013, satu sesi kaunseling telah dijalankan bersama seorang yang berkemahiran dalam bidang kaunseling. Sesi yang berjalan sekitar jam 10.00 pagi ini telah diadakan di bilik bacaan, Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2.0 LATAR BELAKANG KAUNSELOR Kaunselor merupakan seorang pelajar wanita yang berumur 21 tahun. Walaupun beliau masih belum mendapat pengiktirafan sebagai kaunselor, beliau sudah mempelajari teori-teori asas kaunseling dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran kaunseling secara praktikal. Beliau merupakan pelajar semester 3, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kaunselor berasal daripada Johor Bahru dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling pada tahun 2016. 3.0 APLIKASI KEMAHIRAN MELAYAN NON VERBAL KAUNSELOR Daripada apa yang saya perhatikan sepanjang sesi kaunseling ini berlangsung, kaunselor sangat mengaplikasikan kemahiran melayan non verbal. Kemahiran ini kebiasaannya dikuasai oleh mana-mana kaunselor. Tempat sesi kaunseling ini dijalankan juga boleh dikatakan teraputik kerana mempunyai hiasan-hiasan dinding yang menarik, bunga-bunga yang cantik dan bilik bacaan

sesi refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemahiran asas kaunseling

Citation preview

5

1.0 LATAR BELAKANG SESI

Pada 14 November 2013, satu sesi kaunseling telah dijalankan bersama seorang yang berkemahiran dalam bidang kaunseling. Sesi yang berjalan sekitar jam 10.00 pagi ini telah diadakan di bilik bacaan, Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.0 LATAR BELAKANG KAUNSELOR

Kaunselor merupakan seorang pelajar wanita yang berumur 21 tahun. Walaupun beliau masih belum mendapat pengiktirafan sebagai kaunselor, beliau sudah mempelajari teori-teori asas kaunseling dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran kaunseling secara praktikal. Beliau merupakan pelajar semester 3, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kaunselor berasal daripada Johor Bahru dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling pada tahun 2016.

3.0 APLIKASI KEMAHIRAN MELAYAN NON VERBAL KAUNSELOR

Daripada apa yang saya perhatikan sepanjang sesi kaunseling ini berlangsung, kaunselor sangat mengaplikasikan kemahiran melayan non verbal. Kemahiran ini kebiasaannya dikuasai oleh mana-mana kaunselor. Tempat sesi kaunseling ini dijalankan juga boleh dikatakan teraputik kerana mempunyai hiasan-hiasan dinding yang menarik, bunga-bunga yang cantik dan bilik bacaan yang bersih. Kedudukan tempat kaunselor dengan klien juga amat bersesuaian dan mengikut keselesaan saya sebagai klien. Kaunselor juga memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada saya sepanjang sesi ini dijalankan. Ini boleh dilihat daripada cara pandangan mata kaunselor, anggukan kepala dan posisi badan yang betul. Anggukan kepala juga merupakan dorongan minima yang disampaikan oleh kaunselor. Kaunselor juga sentiasa menunjukkan riak wajah seperti seorang yang ingin mengetahui segala masalah dan bersedia untuk mendengarnya. Nada suara kaunselor pula amat bersesuaian dan menunjukkan penerimaan saya sebagai klien. Selain itu, kaunselor nampak seperti seorang yang sedia untuk mendengar masalah orang lain daripada posisi badan dan pergerakan kaki serta tangan. Perasaan saya pada masa ini, sangat seronok kerana kaunselor cuba untuk mendengar masalah saya dengan baik dan berusaha untuk membantu dan memahami cerita atau masalah yang dikongsikan bersama.

4.0 APLIKASI KEMAHIRAN MELAYAN VERBAL KAUNSELOR

Pada pendapat saya, kaunselor tersebut juga mahir mengaplikasikan kemahiran melayan verbal apabila kemahiran membina hubungan (social thought) dijalankan dengan baik semasa proses sesi kaunseling. Kaunselor nampak ramah dan mudah untuk didekati apabila memulakan perbualan dan mengajukan soalan-soalan mengenai diri. Setelah hubungan di antara kaunselor dan saya dapat dibina, proses penstrukturan pula diaplikasikan di mana kaunselor menerangkan tugas-tugas sebagai kaunselor dan tugas-tugas sebagai klien, memperkatakan tentang etika kerahsiaan, masa sesi dijalankan dan sebagainya. Sesi kaunseling ini dijalankan selama 40 minit sahaja. Selain itu, kaunselor sentiasa menggunakan verbal dorongan minima seperti ahaaa, ehemm, ye dan lain-lain lagi. Ini membuatkan saya rasa seseorang telah benar-benar mendengar dan memahami saya. Kaunselor juga banyak mengajukan soalan-soalan terbuka untuk melihat pandangan atau masalah sebenar dan mengajak saya untuk terus bercerita saya berbanding dengan soalan-soalan tertutup yang hanya dilakukan untuk mendapatkan kepastian masalah. Tambahan pula, kaunselor sangat memberi galakan untuk menceritakan masalah yang dialami oleh klien. Kaunselor juga selalu memberi respon pendek iaitu parafrasa untuk membuktikan kefahaman kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Tetapi, saya dapat melihat bahawa kaunselor kurang meminta penjelasan atas segala yang diceritakan sama ada kaunselor sudah memahami ataupun tidak mengamalkan kemahiran ini. Kemahiran refleksi baik refleksi perasaan, isi mahupun pengalaman juga membuatkan saya percaya bahawa kaunselor tersebut sememangnya memberi tumpuan dan menghayati masalah yang dialami oleh saya. Ciri-ciri pada kaunselor yang perlu ada ialah sifat empati kepada orang lain. Kaunselor berjaya membuat interpretasi ke atas masalah saya dan seterusnya mampu untuk membuat rumusan pada penghujung sesi.

5.0 PROSES ATAU PERINGKAT-PERINGKAT SESI KAUNSELING

Terdapat beberapa proses kaunseling yang digunakan dalam sesuatu sesi kaunseling. Disebabkan saya adalah klien sukarela secara temu janji, ia lebih mudah untuk dikendalikan. Pada pendapat saya, tempat yang digunakan untuk mengadakan sesi kaunseling ini sangat sesuai iaitu di bilik bacaan Kolej Aminuddin Baki. Hal ini kerana, bilik bacaan tersebut jarang sekali digunakan oleh para pelajar dan keadaan bilik yang bersih dan kondusif menghasilkan suasana yang teraputik. Bilik bacaan tersebut mempunyai pengudaraan yang baik, suhu yang sesuai dan mempunyai kerusi yang selesa bagi memudahkan sesi perbincangan. Tambahan pula, sesi kaunseling dan perbincangan tidak mungkin akan didengari oleh orang lain. Tahap yang pertama dalam proses kaunseling ialah membina hubungan. Saya yakin kaunselor tersebut sangat menguasai tahap ini apabila mampu membina hubungan dengan saya walaupun tidak pernah mengenali di antara satu sama lain sebelum ini. Pebagai soalan mudah diajukan mengenai diri saya untuk kaunselor lebih mengenlai dan dapat membina hubungan sebelum meneruskan sesi. Setealh kaunselor percaya bahawa hubungan telah dapat dibina, proses penstrukturan seperti yang telah saya ceritakan di atas pula dilakukan. Empat perkara penting dalam penstrukturan iaitu jangka masa sesi, peranan kaunselor, peranan klien dan etika kaunseling dapat disampaikan dengan jelas oleh kaunselor. Pada masa ini, saya sudah dapat menilai kebolehan kaunselor dan mempercayainya. Walaupun kaunselor masih belum tamat pengajian tetapi apa yang saya lihat, kaunselor sudah mampu untuk membina hubungan yang baik dengan klien. Saya merasa diterima di dalam sesi tersebut dan tidak risau untuk menceritakan segala masalah yang terpendam di dalam hati saya. Tahap yang kedua ialah penerokaan. Proses ini sangat penting untuk mencungkil atau mengesan masalah yang dialami oleh klien. Kaunselor membantu saya melihat masalah sebenar walaupun saya sendiri keliru dengan diri saya sendiri. Kaunselor mahir merangsangkan saya untuk bercerita tentang peristiwa yang telah berlaku. Kaunselor juga tidak mengenepikan apa yang difikirkan oleh saya tentang masalah tersebut. Walaupun saya tidak memberitahu perasaan saya pada masa tersebut, kaunselor pandai meneka apa yang ada di dalam jiwa saya. Mungkin ada sedikit kelemahan dari sudut kaunselor itu sendiri apabila kaunselor tidak begitu cekap menangkap isi-isi yang juga perlu walaupun isi tersebut tidak berapa penting. Tahap yang ketiga ialah mengenalpasti masalah dan membina matlamat. Masalah yang dihadapi oleh saya dapat dikenalpasti oleh kaunselor melalui tahap penerokaan. Kaunselor banyak mengajukan soalan tertutup untuk memastikan masalah. Ada juga parafrasa yang dilakukan untuk pengesahan masalah. Apabila saya dilihat mengangguk dan memahami apa yang diperkatakan oleh kaunselor, itu bermakna masalah telah dapat dikenalpasti. Saya dapat merasakan bahawa kaunselor sangat menjaga percakapan daripada memberi nasihat sebaliknya hanya membantu dan jalan penyelesaiannya harus ditentukan sendiri. Kaunselor juga ada menanyakan apa yang saya mahu untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya, saya dapat merasakan seseorang boleh membantu saya.

Tahap yang keempat pula ialah membina alternatif dan pelan tindakan. Dalam proses ini, kaunselor menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk mencari jalan penyelesaian. Kaunselor hanya membantu dan mengajukan soalan-soalan yang membuatkan saya berfikir sendiri. Lama-kelamaan saya menyedarinya dan apabila saya ingin mencapai matlamat, saya perlu menemui jalan penyelesaian. Kaunselor juga banyak memberi galakan tetapi keputusan harus dilakukan oleh saya sendiri sebagai klien.Tahap yang kelima ialah mengambil tindakan. Setelah jalan penyelesaian ditemui, kaunselor membincangkan penyelesaian tersebut bagi memastikan itu ialah jalan yang terbaik. Kaunselor sangat memahami dan tidak pernah memaksa malah memberikan sokongan yang maksimum kepada saya selaku klien. Kaunselor bertanya apa yang akan dilakukan oleh saya untuk menyelesaikan masalah dan bila tindakan tersebut akan dilakukan. Setelah pasti segala yang ingin disampaikan diterima oleh saya, kaunselor menamatkan sesi setelah memuat rumusan keseluruhan dengan terperinci. Kaunselor turut menanyakan persetujuan untuk penamatan sesi. Penamatan sesi dilakukan apabila saya telah benar-benar bersedia dan mampu untuk menyelesaikan masalah sendiri.

6.0 KEUPAYAAN KAUNSELOR MENGENALPASTI DAN MENGANALISIS MASALAH

Pada pendapat saya, kaunselor sudah dapat menguasai cara mengenalpasti dan menganalisis masalah apabila peristiwa yang membuatkan masalah saya terjadi dapat diteroka dengan baik dan selalu melakukan parafrasa dan definisi masalah. Walaupun ada sesetangah perkara yang masih belum dikuasai, tetapi kaunselor tersebut telah membuatkan saya mendapat jalan penyelesaian saya sendiri.

7.0 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN KAUNSELOR

Daripada apa yang saya perhatikan semasa sesi kaunseling ini berjalan, kaunselor bijak bertanya mengenai matlamat saya dalam masalah tersebut dan menanyakan cadangan keada saya bagi membolehkan saya mencari jalan penyelesaian sendiri. Daripada banyak-banyak cara menyelesaikan masalah, kaunselor hanya menekankan beberapa candangan sahaja untuk dipilih dan difikirkan sendiri kesannya. Sesekali kaunselor mengajukan soalan mengenai kemampuan untuk melaksanakan tindakan tersebut. Setelah dilihat dan dikaji bahawa tindakan yang ingin dilakukan adalah bersesuaian, masa tindakan pula perlu dikenalpasti.

8.0 REFLEKSI SEBAGAI KLIEN

Sebagai seorang klien, saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kaunselor tersebut. Mungkin suatu hari nanti, saya mempunyai masalah, saya akan mendapatkan perkhidmatannya lagi. Walaupun sesi ini hanya dilakukan selama 40 minit, jalan penyelesaian dapat ditemui. Saya merasa sangat dihargai dan dihormati semasa sesi ini dijalankan. Nada suara kaunselor yang lembut tanpa kekerasan membuatkan saya ingin bercerita kepadanya. Mungkin kerana tarikan kaunselor itu sendiri dan kemahiran yang diaplikasi membuatkan saya mampu untuk mempercayainya. Kaunselor sentiasa bertenaga dan merangsang saya untuk turut bertenaga. Saya tertanya-tanya daripada riak wajah kaunselor seperti orang yang tidak mempunyai sebarang masalah. Sesi kaunseling ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sifat kaunselor yang sentiasa mendengar juga membuatkan saya ingin terus bercerita. Saya merasa selesa sepanjang sesi dan bersyukur walaupun kaunselor masih belum dapat menguasai kesemua proses-proses dalam kaunseling tetapi matlamat sesi ini dapat dicapai.