Upload
noor-afiqah-idris
View
236
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
waj
Citation preview
Penghubungkaitan seni visual, muzik,
dan pergerakan dalam persediaan
mengajar bagi
mata pelajaran lain
• Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur sosial
• Secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.
Peranan guru
• Guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian
dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada
serta minat pelajar.
• Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada
pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif
dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
• Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk
merangsang minda pelajar supaya pembelajaran
pelajar terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang
positif.
• Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk
pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi.
Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERIS.
Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah : penggabungjalinan
Penggabungjalinan
• Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh.
• Melalui strategi ini pelbagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
• Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar.
•Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik
•Keberkesanan proses penggabungjalinan ini murid-murid hendaklah menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis.
•Tujuan ->untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.
• Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok
->Murid diperkenalkan tentang pokok yang terdapat
dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-
murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya.
->Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan
dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan
pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut -- daun gugur,angin
bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan satu urutan bunyi berkaitan dengan
persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus
dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan
jasmani)
KELEBIHAN
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam
bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan
diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah
peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat
kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh
dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah
Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan
dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran
yang disampaikan.
b) Mempunyai ruang untuk menampung
kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan.
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan
proses penyelesaian masalah, secara tidak
langsung akan dapat mewujudkan peluang yang
baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan.
• c) Mempunyai ruang untuk menampung skop
perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang
kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan,
baik dlm kalangan guru mahupun pelajar,
bahawa integrasi itu merupakan sebahagian
daripada program aktiviti sekolah dan bukannya
sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh
dijalankan dalam P&P
• Penggabungjalinan
• Penyerapan
• Penerapan
• Pemulihan
• Pengayaan
•Terima kasih