12
Muka surat 1/12 Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar dan Pentadbir Rohana Bt Baharim 1 Mohd Tahir Bin Ismail 2 Mariani Bt Mohd Nor 3 Sek. Men. Keb. Taman Pasir Putih 1 Sek. Men. Keb. Munsyi Abdullah 2 Universiti Tun Abdul Razak ( Pusat Wilayah Johor Bahru ) 3 (Sub tema: ICT dalam pendidikan guru) Sekolah Bestari yang telah diperkenalkan pada tahun 1997 merupakan satu perubahan yang besar dalam arus pendidikan di negara kita. Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang konsep dan harapan terhadap guru, pelajar dan pentadbir didalam perlaksanaannya. Dalam proses pembestarian sekolah, beberapa mekanisme dan prinsip-prinsip telah dikenalpasti dalam memastikan agenda penubuhan sekolah bestari ini berjalan lancar. Harapan perubahan yang akan dibincangkan adalah perubahan yang dilihat sebelum kewujudan sekolah bestari dan selepas kewujudan sekolah bestari. Antara perubahan yang berlaku terhadap guru dan pelajar semasa pembestarian sekolah adalah seperti perubahan terhadap budaya pembelajaran dimana pelajar bertanggungjawab terhadap pempelajaran mereka (self-directed), perubahan peranan guru sebagai fasilitator, perubahan terhadap keperluan guru keatas kemahiran ICT dan kemahiran kendiri. Manakala perubahan yang berlaku keatas pihak pentadbir pula adalah pemahaman pengetua terhadap menyediakan keupayaan ICT seterusnya dapat menyediakan latihan dan pembangunan yang secukupnya kepada guru dan kakitangan lain yang terlibat . Perubahan didalam bidang pentadbiran lebih menjurus kearah perlaksanaan polisi serta hubungan diantara pihak yang mempunyai kepentingan perlaksanaan sekolah bestari. Abstract Smart School which was introduced in the year 1997 is a big change in the field of education of our country. This paper will be discussing the concept of smart school and how the implementation is carried out, as well as the expected changes from teachers, students and management team towards the implementation. During the process a number of mechanism and principle have been identified to ensure the smooth sailing of this agenda. The expected changes will be looked at in comparison between before and after the existance of smart school. Among the significant changes that can be seen on teachers and students are the learning cultures in which students are responsible towards their learning ( self-directed), the role of teachers as fasilitator and the needs of teachers to master ICT skills. Likewise on the management team, the changes involve understanding on the principal’s part towards preparing

Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 1/12

Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar

dan Pentadbir

Rohana Bt Baharim1

Mohd Tahir Bin Ismail2 Mariani Bt Mohd Nor3

Sek. Men. Keb. Taman Pasir Putih1 Sek. Men. Keb. Munsyi Abdullah2

Universiti Tun Abdul Razak ( Pusat Wilayah Johor Bahru )3

(Sub tema: ICT dalam pendidikan guru)

Sekolah Bestari yang telah diperkenalkan pada tahun 1997 merupakan satu perubahan yang besar dalam arus pendidikan di negara kita. Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang konsep dan harapan terhadap guru, pelajar dan pentadbir didalam perlaksanaannya. Dalam proses pembestarian sekolah, beberapa mekanisme dan prinsip-prinsip telah dikenalpasti dalam memastikan agenda penubuhan sekolah bestari ini berjalan lancar. Harapan perubahan yang akan dibincangkan adalah perubahan yang dilihat sebelum kewujudan sekolah bestari dan selepas kewujudan sekolah bestari. Antara perubahan yang berlaku terhadap guru dan pelajar semasa pembestarian sekolah adalah seperti perubahan terhadap budaya pembelajaran dimana pelajar bertanggungjawab terhadap pempelajaran mereka (self-directed), perubahan peranan guru sebagai fasilitator, perubahan terhadap keperluan guru keatas kemahiran ICT dan kemahiran kendiri. Manakala perubahan yang berlaku keatas pihak pentadbir pula adalah pemahaman pengetua terhadap menyediakan keupayaan ICT seterusnya dapat menyediakan latihan dan pembangunan yang secukupnya kepada guru dan kakitangan lain yang terlibat . Perubahan didalam bidang pentadbiran lebih menjurus kearah perlaksanaan polisi serta hubungan diantara pihak yang mempunyai kepentingan perlaksanaan sekolah bestari. Abstract

Smart School which was introduced in the year 1997 is a big change in the field of education of our country. This paper will be discussing the concept of smart school and how the implementation is carried out, as well as the expected changes from teachers, students and management team towards the implementation. During the process a number of mechanism and principle have been identified to ensure the smooth sailing of this agenda. The expected changes will be looked at in comparison between before and after the existance of smart school. Among the significant changes that can be seen on teachers and students are the learning cultures in which students are responsible towards their learning ( self-directed), the role of teachers as fasilitator and the needs of teachers to master ICT skills. Likewise on the management team, the changes involve understanding on the principal’s part towards preparing

Page 2: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 2/12

ICT facilities as well as sufficient training and development for teachers and staffs. The changes are more towards the policy and the relation amongst

stakeholder in the Smart School implementation. Pengenalan Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.

Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :

a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang; b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa

yang betul c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap

keupayaan yang berbeza;menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:

d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.

e) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.

Page 3: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 3/12

Konsep Sekolah Bestari

Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari (Hamizer,1997). Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001). Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris ‘smart school’ dalam kata yang sebenarnya ialah suatu tempat di mana guru-guru dan murid-murid bekerja atau menjalankan aktiviti pembelajaran dengan melibatkan pemikiran yang menyeluruh.Ia melibatkan pelbagai teknik dan kaedah, mungkin juga melibatkan tugasan yang terbuka, perbincangan,kolaborasi rakan sejawat serta perbahasan dan sebagainya.(Perkins,1992). Manakala menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah berorientasikan pembelajaran bukan pengajaran. Cara sekolah bestari beroperasi adalah berdasarkan hubungan bahawa guru sebagai jurulatih (coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan beralih dari pengajaran kepada pembelajaran.Pendidikan dikatakan telah berlaku apabila berlaku proses pemikiran di kalangan pelajar. Menurut Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan perkembangan diri dipilih menjadi asas model sekolah bestari. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep sekolah bestari. Sekolah bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah bestari mewakili satu penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan pengajaran, sistem pentadbiran sekolah, proses sekolah dan lain-lain. Teknologi baru juga digunakan bagi membolehkan transformasi sekolah biasa kepada sekolah bestari dapat dilakukan. Prinsip-prinsip Pembestarian Sekolah Terdapat beberapa prinsip untuk pembestarian sekolah (Mohammed Sani & Mohd Jasmy, 2003): (i) Membina Kebolehan Pelajar Dalam ICT Kita perlu membina pelajar yang mampu menggunakan ICT. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan bahawa:

Page 4: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 4/12

• Pelajar-pelajar mampu meningkatkan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumber-sumber luar termasuk di rumah. Pelajar-pelajar yang tidak

mempunyai akses kepada ICT di rumah akan ketinggalan • Bukan semua guru mampu mengajar secara bestari jika tidak dilatih secara

berterusan. Oleh itu ada pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu ICT sementara yang lainnya tidak

• Pelajar-pelajar akan mendapat lebih manfaat melalui pengajaran bestari yang berstruktur. Guru-guru perlu mampu menguruskan kelas-kelas bestari dengan bijak.

• Tugas-tugas yang diberi kepada pelajar perlu dirancang agar pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam aplikasi dan membuat keputusan serta menguasai ketrampilan-ketrampilan baru yang beraras tinggi.

(ii) Membina Kebolehan Guru-guru Dalam ICT Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Sektor Pendidikan di negara ini dijangka mempunyai jumlah tenaga pengajar berkemahiran yang mencukupi apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk melatih 100,000 lagi guru dalam bidang teknologi maklumat (IT) (Khairul Anuar, 2002). Oleh itu, pengetua-pengetua perlulah berfikiran terbuka untuk melepaskan guru-guru menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiranICT. (iii) Membina Kebolehan Kelas Dalan ICT Sesebuah kelas yang berkebolehan dalam ICT adalah merupakan satu kombinasi yang terdiri daripada :-

• Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada pelajar-pelajar.

• Pelajar-pelajar yang terpaksa menggunakan ICT yang mereka merasai bahawa penggunaan ICT banyak memberi manfaat kepada diri masing-masing

• Sumber yang mudah didapati sama ada di dalam kepas atau di sudut yang berdekatan.

Guru-guru dikehendaki menghubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik komputer dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik mata pelajaran. (iv) Membina Kebolehan Guru-guru Mata Pelajaran Dalam ICT Peranan Ketua-ketua Bidang adalah penting untuk membina sepasukan guru dalam penggunaan ICT di bilik-bilik darjah. Guru-guru seharusnya mampu menggunakan ICT dalam menganalisis data yang berkaitan dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ketua-ketua Bidang perlu menyediakan rancangan persediaan mengajar yang meliputi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk disebarkan kepada guru-guru yang berkenaan di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka juga perlu bekerjasama dengan kordinator-kordinator ICT untuk menghasilkan bahan-bahan ini.

Page 5: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 5/12

(v) Membina Kebolehan Kordinator ICT

Seseorang kordinator ICT di sebuah sekolah seharusnya mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap konsep asas ICT dan berketrampilan di aras yang tinggi. Mereka juga perlu bekerjasama dengan guru-guru lain yang mempunyai stail pengajaran yang pelbagai. Fokus terhadap pelbelajaran pelajar akan menggerakkan kordinasi dalam pengajaran, kurikulum dan sumber, dan akan merupakan aspek nasihat yang perlu diberikan kepada pihak pengetua tentang penggubalan polisi sumber. Kordinator ICT perlu jelas tentang arahan-arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, kordinator ICT perlu menguasai segala prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pengurus sumber ICT. Mereka akan menggunakan internet untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di sekolah untuk mendapatkan idea-idea baru tentang perkembangan teknologi dan pengajaran menggunakan ICT dan juga untuk memenuhi keperluan perkembangan staf guru-guru. (vi) Membina Tahap Kebolehan Pengurusan ICT Kordinator-kordinator ICT semenangnya memerlukan sokongan dan kepimpinan pengetua dan guru-guru kanan. Pengetua-pengetua dan guru-guru kanan sekolah boleh menyokong kordinator-kordinator ICT di sekolah masing-masing secara langsung melalui

• Menentukan visi dan dorongan • Menyemak semula polisi • Perancang sumber dan penentuan peruntukan • Perancangan program perkembangan staf • Pemantauan dan penilaian • Menjadi model dalam penggunaan ICT

Pembestarian sekolah – Anjakan paradigma profesion perguruan Pendidikan pada era ini dan cabaran masa depan dapat dirasakan memerlukan sekolah bestari sebagai wadah kearah pencapaian matlamatnya. Tanpa menghiraukan kekangan yang wujud, sudah tiba masanya dan logik setiap sekolah di Negara ini ini, dijelmakan menjadi sekolah bestari. Menurut Zailani Taslim (1998), pemikiran baru dalam pendidikan, perkembangan teknologi dan ledakan maklumat ‘memaksa’ kita menyemak proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), peranan guru, pelajar dan kaedah menguruskan kurikulum sesuai dengan era itu. Begitu juga menurut (Bernama 2005), sekolah bestari diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi cabaran di zaman maklumat ini. Kementerian kini dalam proses mengkoordinasika pendekatan dan program-program ICT yang sedia ada di sekolah-sekolah bagi membolehkan proses pembestarian semua sekolah menjadi satu kenyataan, sambungnya lagi (Bernama 2005). Justeru itu suatu anjakan paradigma amat diperlukan untuk merealisasikan falsafah pendidikan negara dalam pembestarian sekolah ini supaya ianya menjadi kenyataan.

Page 6: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 6/12

Usaha ini perlukan penglibatan oleh pelbagai pihak, samada pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah dan seluruh warga sekolah. Menurut Perdana

Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sempena hari buruh (2002), setiap pekerja hendaklah memiliki kemahiran, kebolehan, kecenderungan untuk berdaya saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia menghadapi persekitaran kerja dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar. Ucapan itu sejajar dengan konsep bestari. Ia juga berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kearah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara holistic dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni secara intelek, rohana, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan cekap, yang mempunyai nilai-nilai diri tinggi, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Konsep sekolah bestari meletakkan ICT sebagai enabler atau alat pemboleh dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) bestari dan pengurusan sekolah yang cekap.Setiap guru mempunyai peranan yang sangat penting di Sekolah Bestari. Bagi P & P Sekolah Bestari, kursus Bestari yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru selama 14 minggu menyediakan setiap peserta kearah menguasai beberapa kemahiran iaitu kemahiran pemudah cara, motivasi, membina nilai, bahasa, berfikir kritis dan kreatif, teknologi maklumat , mentafsir dan menilai, dan juga kemahiran belajar (Berita Harian Online 1998), strategi pembelajaran secara kumpulan ditekankan dalam pelaksanaan KBSR dan KBSM. Penggunaan computer dan telekomunikasi semakin rancak dalam P & P walaupun pada tahap perintis. Kelab computer yang ditubuhkan di banyak sekolah semakin penting dan jelas peranannya. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual waktu anjal. Sekolah SMK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang walaupun baru berusia 4 tahun telah melaksanakan jadual waktu anjal selama 3 tahun berturut-turut. Hasilnya, ia menunjukkan peningkatan yang baik. Justeru itu, guru perlu berfikiran terbuka untuk menerima perubahan-perubahan yang bakal dan akan dihadapi. Kerjasama antara guru, bekerja secara berpasukan dan pengetahuan serta pemahaman yang mantap mengenai konsep Sekolah Bestari adalah faktor yang amat penting dalam melaksanankan pembestarian sekolah. Mungkin ada harapan sekolah-sekolah yang ingin mengambil inisiatifnya sendiri kepada guru-guru yang tidak ke kursus supaya seiring dengan guru-guru yang ke kursus. Namun, untuk menghayatinya adalah suatu yang bukan mudah seperti yang dijangkakan. Malah ada sebahagian besar guru-guru yang telah menghadiri kursus bestari bagi sekolah masing-masing telah berpindah dan tidak kekal lama di sekolah mereka. Menurut Wan (2002), guru bertukar ganti dan akibatnya tiada penurunan ilmu yang berterusan. Jadi, untuk menentukan pembestarian sekolah, suatu anjakan paradigma amat diperlukan supaya keseluruhan kakitangan sekolah perlu dibestarikan dan akhirnya dapat mencapai matlamat Sekolah Bestari pada 2010.

Page 7: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 7/12

Sekolah Bestari: perubahan terhadap guru dan pelajar

Sekolah bestari adalah merupakan satu perancangan kerajaan didalam menaiktaraf institusi pengajaran yang dirancang secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan hasil perkembangan teknologi. Konsep sekolah ini memerlukan komitmen dari semua pihak yang berkepentingan didalam memastikan keberjayaannya. Oleh yang demikian perlaksanaan idea sekolah bestati telah mewujudkan beberapa perubahan yang besar didalam sistem pendidikan negara khususnya memperkayakan tugasan profesion perguruan samada dalam konteks pembangunan terhadap para guru, pelajar mahupun terhadap sistem pengurusan dan persekolahan. Pengkayaan yang dinyatakan juga boleh dilihat dari beberapa aspek seperti: Budaya pembelajaran

Objektif utama penubuhan sekolah bestari adalah untuk mengubah budaya pendidikan kearah budaya berfikir, kreatif dan menyelesaikan masalah ( Ngor, Hoi ). Perubahan budaya yang dimaksudkan ini memerlukan satu perubahan cara pemikiran dari satu tahap ke tahap yang lain. Kewujudan sekolah bestari ini akan menjadikan para guru menjadi lebih peka terhadap keperluan didalam memenuhi diri untuk menghadapi perubahan ini. Para guru selepas pembestarian sekolah diharap dapat menyediakan diri dengan lebih banyak kepakaran seperi celik IT, penguasaan ilmu yang mantap, penguasaan komunikasi yang lengkap, bersifat lebih kreatif dan inovatif serta mewujudkan penglibatan yang lebih kepada pelajar ( Ngor, Hoi ).

Budaya sekolah bestari bukan setakat menerapkan budaya berfikir malah bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dalam segala bentuk tindakan untuk menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan (Ismail Zain). Sistem pendidikan sebelum bestari telah menekankan keseragaman didalam proses pembelajaran dimana pelajar menghadapai proses pembelajaran dengan tidak melakukan banyak penglibatan didalam kelas. Namun konsep sekolah bestari telah membuka era baru dengan menerapkan konsep demokrasi dimana pelajar lebih berhak menentukan apakah yang dimahukan dalam proses pembelajaran dengan cara pemikiran yang lebih menyeluruh dan menekankan tanggungjawab pelajar terhadap apa yang dipelajarinya. Perubahan yang dimaksudkan ini juga secara langsung mengubah daripada pembelajaran secara ingatan kearah pembelajaran yang boleh menjadi pemangkin kearah berfikir, kreatif untuk memenuhi semua kebolehan dan gaya pembelajaran. Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi dapat memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar lebih bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut Penjaringan melalui internet membolehkan interaksi wujud di antara pelajar dan guru – guru dalam membantu proses pembelajaran.

Page 8: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 8/12

Guru sebagai fasilitator

Keberkesanan pendidikan dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar. (Ismail Zain). Keberkesanan sistem pendidikan sekolah bestari amat berkait rapat dengan peranan guru sebagai pembimbing atau fasilitator. Sekolah bestari boleh dimengertikan sebagai satu usaha kearah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih efektif dimana guru adalah sebagai pembimbing untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan (Ismail Zain ) Jika dilihat peranan guru sebagai penyampai didalam system pendidikan sebelum bestari, ( Ngor, Hoi) mungkin tidak berjaya melahirkan pelajar yang berbudaya berfikir. Mengikut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.

Proses fasilitasi berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan dimana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab didalam hasil pembelajarannya ( Van Maurik, 1994). Beliau juga ada menerangkan beberapa peranan fasilitator yang seakan memenuhi keperluan pembentukan system pendidikan sekolah bestari seperti:

a) pertanyaan soalan yang dapat membantu kearah pencapaian jawapan yang betul b) menyediakan jawapan yang menjurus ke arah pemikiran c) mendengar kehendak kumpulan dan mengambil berat tentang perasaan

seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya d) menyesuaikan diri dengan kumpulan dan mempunyai kuasa mengikut keperluan

untuk menyesuaikannya. Dapat dilihat bahawa peranan guru telah semakin berkembang selari dengan perlaksanaan sekolah bestari. Guru telah di gambarkan dengan keperluan menyediakan diri sebagai fasilitator yang berjaya dan cemerlang yang dapat bertindak secara fleksibel dan tepat terhadap kumpulan yang ditanganinya ( Van Maurik, 1994) Persediaan menjadi fasilitatior yang efektif telah mengembangkan kemahiran para guru untuk mempunyai kemahiran fasilitator yang efektif. Fasilitator yang efektif dipercayai sebagai seorang yang mempuyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran teknikal, kemahiran perundingan dan kemahiran antara perorangan dan kelakuan ( Perry 1995). Kemahiran teknikal memerlukan seorang guru menguasai ilmu dengan mahir ( Perry, 1995) untuk menjamin kredibilitinya didalam menangani pelajar dan pembelajaran didalam kelas. Penguasaan ini adalah hasil kesinambungan kualiti yang dihasilkan didalam diri seorang guru untuk mendalami dan memahirkan matapelajaran yang diajar. Kualiti dapat dibentuk sekiranya para guru mempunyai banyak pembacaan dan melakukan kajian. Kemahiran perundingan adalah pengetahuan bagaimana menterjemahkan secara praktikal dan penyesuaian teknik bagaimana untuk memenuhi keperluan tertentu dan kemahiran antara perorangan dan kelakuan merujuk kepada kebolehan menerapkan kemahiran antara perorangan dan kelakuan mengikut kesesuaian ( Perry, 1995).

Penekanan terhadap peranan guru sebagai fasilitator juga telah membuka ruang untuk memahani bahawa proses pembelajaran adalah untuk memperbaiki kemahiran pengurusan, kepimpinan dan motivasi ( Akinwunmi, 1995) didalam diri pelajar ketika

Page 9: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 9/12

proses pembelajaran dilaksanakan. Melalui peranan ini dapat kita lihat perhubungan diantara pekajar dan guru yang wujud dimana guru hanya sebagai

pembuka jalan terhadap sesuatu idea, dan pelajar adalah yang bertanggunjawab meneruskan penerokaan terhadap pencarian maklumat tersebut. Keperluan ICT didalam pembelajaran

Pelajar akan lebih cenderung untuk bermotivasi didalam proses pembelajaran sekiranya mereka berasa proses tersebut tidak membosankan. Motivasi ini dapat dicungkil dengan bantuan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, inovatif dan menarik daripada guru yang terlibat. Situasi ini sudah semestinya dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan bantuan bahan dan media hasil dari kepelbagaian perkembangan teknologi ( Ismail). Terdapatnya bantuan ICT didalam pengajaran membolehkan guru-guru menjadi lebih kreatif dan mempelbagaikan cara penyampaian untuk menarik minat pelajar untuk mendalami dan mengambil bahagian didalam kelas.

Sejak tahun 2001, latihan demi latihan telah diberikan kepada guru dalam

membimbing mereka tentang bagaimana untuk mengendalikan kelas dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan peralatan ICT (Utusan 2005). Perisian-perisian seperti BestariEd yang dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran memberi kemudahan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Masa pendedahan murid-murid dan guru terhadap penggunaan komputer juga akan dipertingkatkan ( Utusan Malaysia, 1995) dari masa ke semasa.

Komitmen kerajaan untuk memperkasakan kemahiran ICT guru-guru bestari

amat menggalakkan. Empat syarikat swasta iaitu Time Engineering, Microsoft Malaysia , Prestariang Technology Sdn. Bhd, dan Intel Malaysia telah terlibat didalam memberi latihan ICT kepada guru dan sama-sama berhasrat untuk memartabatkan profession perguruan. Datuk Hishammudin juga telah menyatakan untuk memberi peluang kepada guru inovatif ICT untuk meningkatkan pengetahuan dan rangkaian kerja mereka ( Utusan Malaysia, 2005).

Oleh yang demikian kepentingan ICT dan sekolah bestari seakan tidak dapat

dipisahkan untuk melahirkan para guru yang dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ( Ismail ) . Teknologi juga dapat melahirkan guru yang mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran ICT dan seterusnya dapat membantu menjayakan proses pembelajaran. Kemahiran kendiri dan komunikasi guru Sistem pendidikan sebelum bestari mungkin dilihat tidak menekankan komunikasi 2 hala dimana pada kebanyakan masa guru yang berupaya mendominasi kelas ( Ngor, Hui). Sistem pendidikan bestari telah mengubah keperluan peranan guru sebagai fasilitator yang juga telah memperlihatkan pentingnya kewujudan komunikasi 2 hala diantara pelajar dan guru-guru. Seperti mana yang telah dinyatakan bahawa pelajar adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan seharusnya mereka bertanggunjawab memastikan penyampai guru adalah difahami sepenuhnya.

Page 10: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 10/12

Tuntutan komunikasi 2 hala ini secara langsung telah menambahkan tanggunjawab guru untuk melengkapkan dan memperkayakan diri dengan

kemahiran-kemahiran komunikasi yang efektif seperti kemahiran mendengar, dan kemahiran komunikasi antara perorangan. Guru juga harus melengkapkan diri dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal bagi menggalakkan kewujudan komunikasi yang baik didalam kelas. Kemahiran guru berfikir secara kritikal akan dapat menyediakan guru kearah menjadi seorang fasilitator yang efektif. Komunikasi yang berkesan secara langsung dapat memastikan proses penyampai maklumat dapat dijalankan dengan jayanya (Ngor, Hoi) seterusnya pelajar akan dapat memperolehi ilmu dan mengaplikasinya. Sistem sekolah bestari telah mengasah kebolehan para guru dalam teknologi dan komunikasi ICT maklumat tanpa mengira latar belakang ( Marzita 2005). Mengikut Vasantan salah seorang tokoh guru cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, guru yang hanya bergantung kepada buku teks, tidak akan dapat menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikian guru bestari harus pandai menggunakan segala sumber yang ada bagi digunakan dalam menarik minat pelajar seterusnya menjadikan value added kepada konsep pembestarian sekolah ini.

Sistem sekolah bestari juga dipercayai mampu melahirkan guru bestari yang

mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang dapat memotivasikan guru, tekun bekerja, yakin, dan celik IT ( Marzita, 2005) . Motivasi boleh disemai apabila kita melihat perlaksanaan sekolah bestari yang telah pun berjaya dibeberapa sekolah diseluruh dunia. Sebagai contoh hasil kajian yang telah dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan kesungguhan para gurunya didalam menjayakan pembestarian sekolah mereka dengan bantuan dari pelbagai pihak termasuk pengetua dan rakan sekerja disamping hasil kemajuan teknologi ICT telah pun membuah kan hasil (Wan 2005).

Guru bestari yang mempunyai kemahiran menjadi pemimpin yang

konstruktivist (Ngor, Hoi) berfungsi sebagai pencetus idea manakala pelajar pula berperanan sebagai yang berkuasa terhadap proses pemikiran seterusnya (Marzita, 2005). Perubahan pengurusan –proses integrasi peranan. Pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari merupakan penggerak atau “otak” sekolah bestari adalah berbentuk elektronik. Pihak sekolah boleh mengaplikasikan Model Pengurusan Perubahan Bahagian Pendidikan iaitu KASABestari bagi merancang, melaksana dan menilai program perubahan. Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn. Disamping itu, pengurusan sekolah bestari sering dikaitkan dengan peranan pengetua didalam mengendalikan keperluan sekolah tersebut. Pengetua seharusnya terus berkuasa dalam menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah ( Ngor, Hoi). Sokongan pengetua didalam mengaplikasikan polisi-polisi yang membantu kearah membentuk sekolah yang berkonsepkan bestari lebih ketara sekiranya pengetua memahami

Page 11: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 11/12

keperluan sumbernya. Pengetua yang bestari dapat menilai keperluan latihan dan pembangunan yang diperlukan oleh guru untuk memantapkan diri mereka dan

seterusnya mengubah polisi yang sepatutnya diubah. didalam sistem pendidikan bestari ini. Selain guru , keperluan staf-staf sokongan sekolah juga harus diambil kira bagi mempermudahan mereka mengadaptasi perkembangan teknologi dan keperluan kearah pembestarian sekolah.

Disamping itu, penglibatan pihak yang berkenaan yang mempunyai kepentingan kepada sistem pendidikan di Malaysia juga lebih berkembang. Para ibubapa, institusi-institusi pendidikan dan pejabat-pejabat pendidikan dapat melahirkan idea dan saranan yang bernas seterusnya mempercepatkan keberkesanan sistem sekolah bestari. Komunikasi diantara pihak yang berkepentingan ini harus telus agar semua pihak sedar dalam membantu perlaksanaan sistem ini. Selain dari itu, perhubungan antara sekolah bestari dan agensi kerajaan dapat membantu meringankan keperluan memenuhi sumber-sumber yang terhad yang mungkin dihadapi oleh pihak pengu Kesimpulan

Kewujudan idea melahirkan sekolah bestari telah menjadi satu manifestasi bagaimana seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran diantara guru dan pelajar dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang berdikari dan berfikiran kreatif dan berdaya maju.

Pengurusan sekolah pula harus dilaksanakan dengan berlandaskan konsep

berfikir berasaskan teknologi dengan menggabungkan sumber manusia dan sumber bukan manusia iaitu mesin. Perlaksanaan ini menerangkan tentang anjakan paradigma yang perlu dilakukan oleh pihak yang telibat seperti guru dan para kakitangan sekolah. Kelahiran sekolah bestari juga telah mendedahkan betapa pentingkan untuk guru mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif disamping memahirkan diri didalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Peranan pelajar bestari semakin berkembang dengan kebolehan mengakses

maklumat dan melaksanakan pembelajaran kendiri ( self-learning). Perubahan yang berlaku keatas guru dan pelajar sahaja tidak akan dapat menjayakan perlaksanaan sekolah bestari yang diidam-idamkan jika tidak mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah..

Oleh yang demikian semua pihak didalam sistem pendidikan harus memainkan

peranan dan berhadapan dengan sebarang perubahan yang menjurus kearah menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan sekolah bestari didalam sistem pendidikan negara ini. RUJUKAN Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 12: Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap ... · PDF fileHarapan perubahan yang akan dibincangkan adalah ... kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan

Muka surat 12/12

Akinwunmi, Peter ( 1995) Facilitating Psychological Skills: Technique is not enough. Quality Assurance in Education Vol 3 No. 1 m.s 6-9

Fiske,Edward B.(1991).Smart School, Smart Kids. New York : Simon & Schuster Hamizer Bin Mohd Sukor.(1997).Smarting Up For New Challenges Of Smart Schools.

Bestari Koleksi Johor.m/s12-21. Ismail Zain. Pendidikan Bertaraf Dunia- Kearah Pembestarian dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran. http://motivasiutusan.4mg.com/pendidikan_bertaraf_dunia.htm Marzita Abdullah ( 14 Januari 2005). Sekolah Bestari: Inisiatif Guru Tentukan

Kejayaan.Utusan Malaysia Development Journal Vol 15 No 8 m.s 30-34 Mohammed Sani B. Hj Ibrahim. 2003. Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi:

Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jurnal BTP. Siri 5. ISSN 1511-5925. m.s. 21-40.

Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003).Applications Of The Smart School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis 2003.m/s1-10. Perkins,David.(1992).Smart Schools. Better Thingking and Learning For Every Child.New York : The Free Press Perry Lesli ( 1995) Effective Facilitator-a key element in successful continuous

Improvement Process. Training for Quality Vol 3 No. 4 m.s 9-14 Tan Kui Ngor, New Kuwi Hoi. Sekolah Bestari: Konsep dan Perlaksanaanya Dalam

Sistem Pendidikan Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Wan, 2002. Pembestarian Sekolah- anjakan paradigma diperlukan . Utusan Online. (http//www.utusan.com.my) Zalina Yahaya.(8hb Julai 2002).Sekolah Bestari –Konsepnya Banyak Kelebihan.Berita

Harian 13 Mei 2005. Sekolah Bestari-Komitmen kerajan diteruskan. Utusan Online

(http://www.utusan.com.my) 2 September 2005. Pembestarian Semua Perlu Buka Fikiran. Utusan Online.

(http//www.utusan.com.my) 1998. Apa Khabar sekolah Bestari. Berita Harian Online.