Upload
ucu-tadu
View
349
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 sejarah bahasa iban
1/51
Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi menyebabkan
terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi satu atau lebih
bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau terdapat empat
belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, Sino-Tibet, Austronesia, Irian,
Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang
digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak mengkaji kesemua golongan bahasa
tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu yang
diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok
bahasa Austronesia yang secara terperinci akan dibincangakan dalam penulisan ini.
1.2 Objektif
Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam pembinaan
dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber, walaupun
begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek
pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam penulisan ini
membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa,
ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman bahasa asing mengikut
keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua bidang. Bagi aspek
perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membicarakan kronologi
perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi penulisan ini akan membicarakan
perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan
dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang
mampu menjadi pengerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang.
1.3 Kaedah
Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan
berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung dengan
menggunakan laman web.
1.4 Batasan
8/13/2019 sejarah bahasa iban
2/51
Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini adalah tidak
dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti yang banyak
dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula, kajian adalah
terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata, ini bermakna
kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan
pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mengenai Bahasa
Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan perubahan dunia semasa
yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada perkembangannya yang
dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan juga berhadapan dengan
kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan kajian lapangan bagi meneliti
kebenaran isu-isu tersebut.
1.5 Definisi Konsep
Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak tajuk
kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ),
pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya
atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah,
tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi
sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah
Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ),dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu
kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan
Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan
zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun
perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa
tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan
perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong
oleh Awang Sariyan ( 2002 ).
2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu
Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa Melayu sebagai
suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam, maka penulisan ini
secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah Bahasa Melayu dari
aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis tempat asal Bahasa Melayu.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
3/51
2.1 Konsep etimologi dan bangsa
Dari aspek etimologi atau perkataan, Melayu menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid Melebek
dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan Himalaya yang telah disingkatkankepada Malaya yang kemudiannya menjadi Melayu. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang
mengutarakan bahawa Melayu berasal daripada perkataan Malaiyur-pura yang terpahat pada
prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan malaiyur =
malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ),
perkataan Melayu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu Mlaya dan Mlayu yang
membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan Melayu turut merujuk kepada kerajaan,
iaitu berasal daripada perkataan Malayu yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di
Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena nama sebatang sungai, iaitu
Sungai Malayu yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang disifatkan mempuanyi
pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.
Dari aspek konsep perkataan Melayu berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori awal
perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke wilayah Asia
Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ). Menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan perkataan Melayu pada abad ke-17
merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara
merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama,bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi yang
sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang merupakan satu stock
bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia ( Melayu-Polinesia )
atau Austronesia....
Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 mengariskan Melayu sebagai seseorang yang berbahasa melayu, berkebudayaan
melayu dan beragama Islam.
2.2 Salasilah Bahasa Melayu
Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa Melayu itu
sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid
Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong dalam satu keluarga
bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan AustronesiaNusantara, Polinesia,Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa yang paling banyak
8/13/2019 sejarah bahasa iban
4/51
merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut diutarakan oleh Kamal Shukri
Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun
bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia dan Polinesia ) dalam kelompok
Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain )
yang digunakan di sebelah timur gugusan pulau-pulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama
masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu sebagai
salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa Austronesia
yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan barat melalui
Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia menurut William
Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 1 ) yang
banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya, seperti A Dictionary of the
Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812 ) dan sehingga sekarang dikenali
sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt ( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan perincian hubungan antara bahasa-bahasa
di Asia Tenggara yang serumpun dalam karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 )
yang turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari
Crowely ( 1987 ) dalam James T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat,
seperti John Crawfurd dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak
mempersetujui perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak
sekeluarga.
2.3 Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu
Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli arkeologi
menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di Kalimantan sebelum
tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100 masihi dahulu melalui Pulau
Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia atau kini dikenali sebagai
Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan berlaku penyebaran Bahasa
Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau Luzon yang kini dikenali sebagai
Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James T.Collins ( 2005 ),pada abad ke-8 dalam Caedmons Hymn to the Creator yang menyatakan akan wujudkan tulisan teks
tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang mengadaptasi ortografi
india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu Kuno.
3.0 Pembinaan Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa
daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang
menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya
dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang
8/13/2019 sejarah bahasa iban
5/51
pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya
menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya
Akta DBP 1959.
3.1 Pembinaan Istilah Bahasa Melayu
Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu
pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi
sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan (
2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi
mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah
bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains
dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil
meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustakasebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah
Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957
melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum
1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang
menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI ) yang telah diisytiharkan
penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repblik
Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaanawal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960
yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang
pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua
Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan
Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan
falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun
terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala
istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa,
ilmu hisab dan kajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembentukan
istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah sehingga 1975 berikutan
kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP ( mula digunakan sejak 1959 ),
Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan
Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972 yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia
dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi
kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap
oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi
dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
6/51
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan wujudnya pinjaman
daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan pinjam terjemah menurut
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M.
Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah
pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya
geography-geografi, biology-biologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya.
Manakala, pengambilan tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-
hilum, import-import, audit-audit dan sebagainya. Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula
dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble
= lart ), penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ),
perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum ( missile
= peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan
kata ganda separa ( radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini
terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing
mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut AinonMohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan,
Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak Jawatankuasa
Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman ilmu yang tersendiri
menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung pelbagai konsep dan
pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan dibentuk iaitu,
Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. Disamping
itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja dalam menyemak istilah
sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada Jawatankuasa PenyemakIstilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah, pengklasifikasian bidang yang
sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat membincangkan aspek-aspek
pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang
MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (
2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang mendokong tiga
fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan pertemuan demi
pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama berhubungan
dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahan-bahan tentangbahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta menyerahkan bahan-
bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri
Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini,
MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan
Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab kepada Huruf Rumi disamping membincangkan
pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah
sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar
Istilah MBIM ( A-J ) dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
7/51
3.2 Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan kata
dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad
silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke-15 ), Kamus
Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus Melayu-Inggeris oleh
Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh Marsden pada tahun
1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan 1932 ), W.G.Shellabear (
1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang akhirnya telah berjaya
menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai
rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang kemudiannya telah diterbitkan
dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000
entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat
pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan
peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun
1975 bagi pelajar sekolah menengah dan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi
keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002
iaitu, Kamus KBSR Dewan dan Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000 entri )
pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu lebih
berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta dengan
menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena Quicktionary (
2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu turut
meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu meminjam 677
kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka lagi, Bahasa
Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang Lin pada tahun
1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500 kata untuk keperluan
perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil, Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik dari Edwardsdan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )
3.3 Pembinaan Laras Bahasa Melayu
Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan
perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama dalam
situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang dipengaruhi
oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan berdasarkan cara
pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang ingin diperkatakan
8/13/2019 sejarah bahasa iban
8/51
serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas
meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat yang telah
menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (
1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta
Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966 yang turut
merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan
Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan ( situasi luaran dan
persekitarancara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan
fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik ( bunyi, perkataankhusus,
kolokasi dan pinjamandan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas laras berdasarkan bidang ilmu,
iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-undang, agama, sukan, sastera,
ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus
kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah khusus tetapi
menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya tidak banyak
menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami
yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan
berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat imaginatifdan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan
mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan tidak
menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif dalam
mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak menggunkan kata
nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan ketepatan
isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu peristiwa yang
berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan teks.
Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan
menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami
kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.
Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk akta yang
terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman daripada
Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa mengambil kira
struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan yang bersifat
objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
9/51
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak menggunakan kata
pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan petikan al-quran dan
hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan
dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata yang
senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan
pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna aripada bahasa
biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan bahasa tersirat,
istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan, personafikasi, metafora dan
sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata atau ayat, bernada puitis dan
komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilah-istilahterknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan maklumat
yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan kematangan dan
keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan
berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana menekankan
kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut melibatkan
sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut memuatkan
nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.
3.4 Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu
Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem tulisan orang
Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi daripada Tanah Arab.
Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak menggunakan lambing suku
kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Namun penggunaan tulisan
Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayupada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan
Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak
Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam
urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang
telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882),
dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana
sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi
mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan dalambahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar di
8/13/2019 sejarah bahasa iban
10/51
sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan untuk
menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang telah
ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat oleh banyak
pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem tulisan tersebut.
Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam mengembangkan sistem
tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku yang berjudul A Grammar Of
The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat pendapat yang mengatakan
bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang telah ditambah oleh orang Melayu
daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3). Selepas William Marsden, R.J Wilkinson
yang merupakan nazir sekolahsekolah bagi Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah
menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan
Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah diperkenalkan iaitu
Ejaan Fajar Asia yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia
yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di
Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam penerbitan majalah mereka. Huruf yang
digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi
ZaBa. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e
taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan
Rumi ZaBa.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
ZaBa telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan yang
telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan Wilkinsin dan
gabungan beberapa adjad bahasa Arab. ZaBa pada masa itu bertugas di Maktab Perguruan Sultan
Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah
yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah diistiharkan pada tahun 1972.
Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan mempunyai banyak kelemahan. Apabila
terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaanIndonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama untuk kedua-dua
negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada desakan Kongres
Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan dengan kerajaan
Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan kedua-dua negara tersebut
telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah Haji Omar (1993, hlm 154)
mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh kedua-dua negara. Oleh yang
demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun 1966, satu persidangan ttelah
dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung semula perbincangan yang telah
tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut beberapa perkera telah dibincangkan
seperti;
8/13/2019 sejarah bahasa iban
11/51
a) Soal bahasa dan jangka masa panjang.
b) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera.
c) Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju
Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan beberapa
isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem tulisan Malindo
yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka kerajaan Malaysia dan
Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia
juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun
hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara kedua-dua kerajaan telah ditandatangan
yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa
itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23
Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistemtulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini
diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan perancangan
bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan bahasa
Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi,
kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka dibandingkan dengan
sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil
daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah
diistiharkan bersama.
Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.
Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan konsanan
contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama seperti ch
menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain adalah dh menjadi d dalam perkataan
mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat manjadi syarat. Pengunaan ()
dan () yang melambangkan hamzah dan ain digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k
contohnya:
8/13/2019 sejarah bahasa iban
12/51
a) Maana menjadi makna.
b) Enche menjadi encik.
Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny, hg, dan ng dan masih diguna pakai sehingga
sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman Umum BahasaMalaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan pedoman umum
mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara.
3.5 Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu
Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat kesalahan
dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara yang
semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik
berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa
Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula merupakan
sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta yang tepat.
Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan yang ejaannya
mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak diberi transkripsi
fonetik. Contohnya ialah:
a) enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)
b) enteng (enteng) = ringan, mudah
8/13/2019 sejarah bahasa iban
13/51
c) empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu
Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya bagi
membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya ialah :
a) emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu
b) elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang
3.6 Pembinaan Tatabahasa Melayu
Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian
mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian
ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang
besar iaitu:
a) Nama
b) Perbuatan
c) Sifat
d) Sendi
e) Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan Nama
Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Kata Nama
Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat disimpulkan bahawa
Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya:
a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.
b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.
c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh ditulis
dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a) Harimau itu mengaum dengan kuat.
b) Dia sedang member harimau itu makan.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
14/51
Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf
pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.
Kata Nama Terbitan.
Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun
apitan.
a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c) Imbuhan apitan ; per-..-an, peng-.-an, ke--an, dan lain-lain.
Kata Ganti Nama.
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada
seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti
nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.
Kata Ganti Tanya
Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan
dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah kah dan tanda soal di setiap
akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata tanya ialah
apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan berapakah.Contoh ayatnya ialah:
a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?
c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?
d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
8/13/2019 sejarah bahasa iban
15/51
Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan
mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh
penggunaan ayat ini ialah ;
a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring
pendaftaran di sini.
c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.
Kata Ganti Nama Tunjuk.
Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara.
Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a) Itu bagus.
b) Begini caranya.
c) Rupanya begitu.
d) Tingginya bangunan itu.
e) Cantiknya baju yang awak pakai ini.
Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan danrangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah dibina boleh
menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai dua jenis iaitu
bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a) Dan
b) Hingga
c) Dengan
d) Jika
e) Kerana
f) Serta
g) Supaya
h) Demi
i) Kemudian
8/13/2019 sejarah bahasa iban
16/51
j) Agar
k) Ketika
l) Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :
a) Semasa
b) Sementara
c) Sebaliknya
d) Itupun
e) Mudah-mudahan
f) Meskipun
g) Setelah
h) Semoga
i) Seketika
j) Seandainya
k) padahal
Contoh ayat ialah :
a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal.
Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja
Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata kerja
transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang
terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif juga
dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan me-
seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah :
a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b) Abang sedang menaip sesuatu.
c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
17/51
d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.
e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai
pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas dirisendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a) Kucing itu sedang tidur.
b) Angin bertiup dengan kuat sekali.
c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d) Bapa sedang memandu kereta itu.
Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan
banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau pecahan,
adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a) Bunga itu berwarna merah.
b) Pen itu sangat cantik.
c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a) Saya memiliki dua batang pencil.
b) Ayah membelikan saya dua biji limau.
c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b) Yang mana satu yang betul caranya.
c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d) Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
18/51
Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya diikuti
oleh partikel kah apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud di awal,
akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di setiap akhir ayat
tersebut. Contoh kata tanya ialah :
a) Siapakah pemilik kereta itu?
b) Berapakah harga kuih ini?
c) Lama sudahkah awal menunggu saya?
d) Pelajar itu berasal daripada mana?
Kata Seru.
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan, sindiran,
hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap kata serumembawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi menyatakan
perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut. Contoh kata seru
ialah :
a) Wahai adinda ku sayang!
b) Amboi, cantiknya baju ini!
c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya.
Tanda Baca.
Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah
simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan
sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat
berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah :
a) Tanda nokhta atau titik (.).
b) Tanda koma (,).
c) Tanda tanya (?)
d) Tanda seruan (!)
e) Tanda sempang atau sempang (-)
f) Tanda nokhta bertindih (:)
g) Tanda pengikat kata ()
Contoh penggunaan tanda tanya ialah :
a) Di mana dia membeli baju itu?
8/13/2019 sejarah bahasa iban
19/51
b) Wah, tingginya bangunan itu!
c) Ali berasal daripada Perak.
d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang
sangat baik.
4.0 Perkembangan Bahasa Melayu
Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ),
dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu
kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan
Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan
zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun
perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa
tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan
perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong
oleh Awang Sariyan ( 2002 ).
4.1 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960
4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu
Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan dijadikan norma
penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa Melayu mengalami
proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa Arab. Sistem Kongres
telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1956. Pada tahun 1959,
persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani. Hasil daripada
perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo
tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan merupakan titik
permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III
mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan
konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah dalam
menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari aspek pembakuan
bahasa Melayu, konsep-konsep seperti Bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Surat atau bahasa
Sekolah telah digunakan.
Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara khusus oleh
golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas mencapai
kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam
8/13/2019 sejarah bahasa iban
20/51
aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari aspek penyempurnaan
dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan
bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat fonemik dibuat abstraksi dari bunyi,
namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan.
4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard
Sebelum merdeka
Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang
melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah
Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan
bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain,
1992)
Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Zaba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan
oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai
contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Zaba telah membandingkan bahasa Melayu
orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut merujuk
kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat ringkas dan
menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah pemakaian bahasa
dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih lengkap berbanding bahasa
mulut.
Selepas Merdeka
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III
telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan
telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan,
menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian
Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai. Perjanjian ini
bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli linguistik juga
telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu.
4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa Melayu
Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya dengan
mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di Semenanjung
Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan perjumpaan untuk
menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan. Dari segi perkembangan, adalah sukar
untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu. Sebagai contohnya, Radio Republik Indonesia dan
Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan
8/13/2019 sejarah bahasa iban
21/51
hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka
sendiri.
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan bahasa
Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan
dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Zaba masih digunakan
kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh
tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata.
Tatabahasa Zaba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.
4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard
Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah diperkenalkan.
Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat
mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan masalah
konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam
penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh
bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang
timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden.
Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara tatabahasa
Zaba dan Asmah Haji Omar. Zaba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan
penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Zaba ini dianggap bersifat tradisional.
Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam penulisannya. Pendekatan
Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum bersedia menggunakan pendekatan
baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus
selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh
masyarakat.
Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap
sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses peristilahan
telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut dikaji dari aspek
bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah membawa bersama-sama
unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan Arab telah membawa masuk
bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang
berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan menyesuaikan bunyi Arab itu atau
menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat sekali.
Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah]. Akhiran [ah] ini
menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan [mslimah]. Kata
tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri. Istilah yang baru
dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli bahasa perlu diteliti
tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan telah berlaku melalui pertambahan
leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru, masuknya morfem-morfem
8/13/2019 sejarah bahasa iban
22/51
terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam menerbitkan perkataan-
perkataan baru.
Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi Melayu iaitu
bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan leksis kepada
perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam bahasa Melayu itu
yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari bahasa Arab adalah jenis
konsonan biasa iaitu [v].
4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia
Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang
sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang
Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan
Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu wajib dikuasai
oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan dan pentadbiran
di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yangtersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai
permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, kita
memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh
rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa
penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007)
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan Negara ini
ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan
dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967, bahasa Malaysia telah menjadibahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi
zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah
perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun
panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
23/51
4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan
Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan supaya bahasa
Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa
Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat
yang masih belum tahu berbahasa Melayu.
Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai
pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa Melayu gagal dalam
melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan
bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan,
1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu.
Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan
dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut Laporan Razak, bahasa
Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh
bantuan Kerajaan.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang
mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjalankan
penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan perkara-perkara
seperti berikut:
(i) Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam.
(ii) Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak
ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan.
(iii) Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon
biasiswa kerajaan.
(iv) Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu.
(v) Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatanmengajar di sekolah itu.
(vi) Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan
peperiksaan.
4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu
Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu
dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah Melayu
yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu bertambah agak
pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974. Antaranya ialah
Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
24/51
Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan
bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab
kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya
menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang ini
akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah disatukan.
4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak Dasar
Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa
pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968.
Pada tahun 1959, perubahan pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah dillaksanakan
pada peringkat kolej. Hal ini kerana suatu tunjuk perasaan oleh penuntut Maktab Perguruan Bahasa
yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengubah bahasa pengantar kolej itu.
4.1.2.5 Bahasa Melayu dalam peperiksaan
Penggunaan bahasa Melayu dalam peperiksaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan peperiksaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1957, Peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu
matapelajaran telah dilaksanakan.
4.1.2.6 Bahasa Melayu dalam latihan perguruan
Pada tahun 1957, kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat
latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada para
guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting
kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang dengan pesat
dan baik jika gurunya disediakan. Sejak tahun 1958, Maktab Perguruan Bahasa telah melahirkan
guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama.Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah diadakan bagi
penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka mengajarkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.
4.1.2.7 Bahasa Melayu sebagai bahasa Pentadbiran
Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita.
Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk
8/13/2019 sejarah bahasa iban
25/51
menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan oleh
Yang Dipertuan Agong.
Bahasa Melayu berperanan dalam kegiatan rasmi seperti penulisan surat, pembicaraan dalam
mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan adalah dalam bahasa Melayu. Namun
demikian, terdapat sestengah pihak yang kurang yakin tentang peranan bahasa Melayu dalam
menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana mreka mendakwa bahawa bahasa Melayu
kurang lengkap istilahnya untuk melambangkan dan memperkatakan berbagai-bagai perkara, benda,
dan kejadian yang terdapat dalam kebudayaan moden. Sebagai contohnya, bidang ilmu
pengetahuan yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran tidak berjaya dilaksanakan secara
keseluruhannya. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah sikap rakyat di Negara
kita sendiri yang tidak yakin akan bahasa Melayu. Hal ini telah menjadi penghalang dalam
pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam urusan pentadbiran. Bagi
menangani masalah ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan
Bahasa dan Pustaka merupakan ejen utama dalam merancang penerimaan bahasa Melayu oleh
masyarakat di Negara kita.
4.1.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pusataka dalam memartabatkan Bahasa Melayu
Di samping berkembang dengan sendirinya, pembinaan bahasa Malaysia ini dikendalikan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tugas ini memang besar dan permintaan penutur bahasa
Malaysia untuk perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus, dan pedoman tatabahasa.
Berbekal Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang diberi autonomi untuk melaksanakan tugas
membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salh satu bahasa utama dunia menjelang
tahun 2020. Wawasan keramat ini termaktub dalam Matlamat, Falsafah, Misi, Moto DAN Budaya
Korporat
Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan serta
memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka
juga telah mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-
buku, risalah-isalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa-bahasa lain. Dewan Bahasa dan
Pustaka telah berperanan dalam menyamakan ejaan dan bunyi sebutan, dan menggubal istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan. Sebuah kamus bahasa kebangsaan juga telah disusun dan
diterbitkan.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah membantu kerajaan dalam usaha menerangkan maksud
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang paling
mencabar ialah dalam meyakinkan orang tentang kesanggupan bahasa Melayu dalam menggantikan
bahasa Inggeris. Kemudahan-kemudahan untuk orang ramai seperti kakitangan kerajaan telah
disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu 1957, selepas
sepuluh tahun merdeka, Parlimen akan besidang untuk menentukan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Kerajaan telah membuat banyak persediaan berhubung dengan pelajaran dan
8/13/2019 sejarah bahasa iban
26/51
pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menjalankan pelbagai penyelidikan terhadap
bahasa melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha membantu kerajaan menyedarkan orang ramai tentang
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah bertujuan menyatukan rakyat pelabagai
bangsa di Tanah Melayu. Namun demikian, Perlembagaan Tanah Melayu tidak mengetepikan
kedudukan bahasa dan kebudayaan bangsa lain di negeri ini. Bahasa dan kebudayaan bangsa lain
tetap terjamin kedudukannya. Sebagai contohnya, pelancaran program kempen Bulan Bahasa
Kebangsaan. Bermula dari tahun 1960 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengarang, bersyarah, melukis poster yang berdasarkan tema-
tema perpaduan.
Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
mengumpulkan dan mencipta istilah untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dua jawatankuasa
telah ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa
Istilah Jawatan dan Jabatan Kerajaan Serta Jawatankuasa istilah Sains dan Teknik.
Dalam pada itu, kemudahan untuk orang ramai telah disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu.
Kemudahan ini lebih diutamakan kepada kakitangan kerajaan. Pelbagai kursus telah dilaksanakan.
Kerajaan dan badan-badan serta pertubuhan di luar kerajaan harus menguasai bahasa Melayu dalam
tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Hal ini kerana, Perlembagaan Tanah Melayu menyatakan
bahawa selepas sepuluh tahun merdeka, parlimen akan bersidang untuk menentukan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang menggantikan bahasa Inggeris. Bermula dari tahun 1960,
Pengarah Pelajaran Lanjutan telah menganjurkan kursus bahasa kebangsaan kepada pegawai dan
Kakitangan kerajaan. Hal ini bertujuan memberi pengetahuan bahasa Melayu dalam urusan
pekerjaan seharian mereka. Tindakan ini membolehkan jentera pentadbiran Negara pada masa akan
datang dijalankan dengan menggunakan bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka giat melaksanakan pembakuan dalam sistem ejaan, peristilahan
,tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Bagi
mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera
Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun
1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin berkembang
sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian
tinggi dan tulisan ilmiah.
4.2 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1970 hingga 1980
Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-
sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perhubungan awam. Terdapat
pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk melengkapkan bahasa. Isu yang wujud pada
tahun 1970-an ialah bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis Kebangsaan
Inggeris yang menggantikan bahasa Inggeris. Selain itu, isu yang wujud pada tahun ini juga ialah
semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah dikuliah dalam bahasa
Malaysia. Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia). Di
8/13/2019 sejarah bahasa iban
27/51
samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh 1970-an. Perancangan yang
dilaksanakan adalah seperti pembinaan istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus
telah diterbitkan dalam sepanjang tempoh ini.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah menggesa supaya semua
darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu
ditambah. Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula, PENA juga telah menggesa supaya
bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris kepada bahasa Melayu. Tambahan
itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengambil ujian lisan sebagai sebahagian
daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa
Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi Persekolahan. Di samping itu, maktab digesa
mengambil lebih ramai murid aliran kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab
Teknik dan Maktab Tentera manakala bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu
digunakan bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan
mengajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat universiti, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam
menyampaikan kuliah. Pada tahun 1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di
Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).
Dalam tempoh 1970-an, Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah dimansuhkan. Di
samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah menengah jenis kebangsaan Inggeris mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki lulus dalam bahasa Melayu. (Ahmad Adam, 1994:
95). Pada tahun 1971, mata pelajaran Geografi dan Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5
telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris. Namun begitu,
pada tahun 1974 semua mata pelajaran dalam peperiksaan penilaian telah dijalankan dalam bahasa
Melayu. Di samping itu, mata pelajaran Lukisan, Pertukangan Tangan dan Muzik dalam Peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran pengantar Inggeris telah diperiksa dalam bahasa Melayu pada tahun 1974
juga. Di sini dapat kita lihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kepada
beberapa institusi yang penting di negara kita. Hal ini dapat menggalakkan semua penutur di
Malaysia menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap di mana-mana sahaja mereka berada.
Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu yang pertama
ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, bahasa yang dahulunya disifatkan
sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi sekuntum bunga yang harum. Maksudnya di sini
ialah bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan telah menjadi bahasa yang mempunyai
pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga dalam bidang yang berbeza dalam masa yang
singkat. Kedua ialah perkembangan yang terlalu pesat itu telah membawa kesan-kesan negatif yang
boleh mengakibatkan pencemaran bahasa. Oleh itu, bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin
banyak berlaku, pihak yang bertanggungjawab telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai
kempen-kempen kesedaran bahasa yang akan mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi
lagi.
Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan kesusasteraan Melayu
di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal politik tetapi lebih tertumpu pada
usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.
8/13/2019 sejarah bahasa iban
28/51
Pada tahun 1983, tahun pertama di semua universiti harus menjalankan kursusnya dalam bahasa
Melayu kerana pada tahun itu mahasiswa yang memasuki universiti adalah daripada sekolah aliran
kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, pada
tahun ini juga terdapat implikasi yang penting kerana seorang kanak-kanak Malaysia menerima
seluruh persekolahannya dari darjah Satu sehinggalah ke peringkat universiti dalam bahasa
Malaysia. Selain itu, pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang-bidang lain juga
telah selesai. Maka dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tahun 1980-an merupakan tahun
kematangan bagi bahasa Melayu.
Jika dalam tahun-tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba-raba dalam gelap dan istilah-
istilah dan ungkapan baru masih dicari-cari, maka pada tahun-tahun 1980-an boleh dianggap sebagai
zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Maksudnya di sini ialah penutur-penuturnya masih
tidak tahu akan fungsi bahasa Melayu serta masih tercari istilah-istilah yang baru pada tahun-tahun
1970 dan pada tahun-tahun 1980 telah dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir
tercapai. Selain itu, istilah-istilah teknik dapat diperoleh dengan mudah. Gaya bahasa juga telah
dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu memperkatakan sesuatu dengan tepat dan
sempurna. Penutur-penutur terutamanya dalam kalangan generasi muda dapat mengeluarkan buah
fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bahasa Melayu.
4.2.1 Perancangan Bahasa
4.2.1.1 Pembentukan Ejaan dan Istilah dalam Bahasa Melayu
Pada zaman Jepun, dan selepasnya Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, dengan
kebijaksanaan Zaba memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah. Sistem
ejaan ini ialah gabungan Ejaan Wilkinson, dengan beberapa perubahan baru yang dibuat oleh Zaba.
Ini terkandung di dalam Petua-Petua Ejaan Rumi (1974). Sistem ejaan ini kemudiannya dijelaskan
dan digunakan oleh Zaba di dalam buku Pelita Bahasa Melayu. Penggal I, II, dan III. Sistem ini
dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini hinggalah ejaan baru diisytiharkan
pada tahun 1972. Walau bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan-pengamatan
umum sahaja, oleh itu terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf rumi. Ini menyebabkan Sistem
Ejaan Sekolah itu tidak saintifik, dan mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini
telah mengganggu penggunaan bahasa Melayu waktu itu.
Secara lebih jelas lagi, sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru
tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi
Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan
Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa
Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-
petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba.
Sehubungan itu, usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak
selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem ejaan
Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia pada tahap awalnya disusun oleh R.J. Wilkinson pada tahun
1908. Kemudian pada tahun 1920-an tokoh ulung bahasa Melayu, iaitu Pendeta Za`ba (Zainal Abidin
8/13/2019 sejarah bahasa iban
29/51
bin Ahmad) telah menyusun sistem ejaan Rumi yang digunakan demikian lama di Malaysia dalam
sistem pendidikan, pentadbiran dan lain-lain, iaitu kira-kira setengah abad, sehinggalah ditetapkan
ejaan Rumi baharu pada tahun 1972.
Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia
pada masa itu, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak
Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang
telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang
Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah
perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna
hingga kini.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan
prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama
daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan
pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk
keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh
semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi
Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta
taraf standard yang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan
sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.
Dalam pada itu, sebelum penetapan sistem ejaan baharu itu, ada pula sistem ejaan Universiti
Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai
pihak lain. Sesuai pula dengan semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk
memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah
sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (melalui Pakersa, iaitu Panitia Kerja Sama
Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa
IndonesiaMalaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Penubuhan Majils Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan era baru dalam
kerjasama kebahasaan di rantau ini. Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia/Indonesia
dihasilkan. Pengisytiharan Sistem Ejaan Bersama (di Malaysia disebut Sistem Ejaan Rumi Baharu
manakala di Indonesia disebut Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung secara serentak di
Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis pengisytiharan itu
disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin
Hussein.
Menurut Zulkifley (2004: 44), pada tahun 1972, penyelarasan sistem ejaan bagi Melayu-Indonesia
merupakan proses perancangan bahasa yang dilaksanakan pada peringkat supranasional. Hasil yang
pertama berjaya dilaksanakan ialah Sistem Ejaan 1972 yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru
Bahasa Malaysia di Malaysia dan di Indonesia pula sebagai Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang
Disempurnakan. Sepanjang tempoh 1972 hingga 1975, beberapa perubahan kecil telah dilakukan
oleh kedua-dua negara terhadap sistem ejaan tersebut. Dengan itu, terhasil lah sebuah buku
8/13/2019 sejarah bahasa iban
30/51
panduan atau pedoman ejaan yang baru pada tahun 1975. Di Malaysia, buku panduan tersebut
dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Malasysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai
Ejaan Baru Bahasa Indonesia.
Di samping itu, Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan itu nasih mengandungi beberapa masalah kecil. Jadi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dibentuk, dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia maka terbentuklah masalah ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan
majlis tersebut.
Sebagai pedoman kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku
dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - SebutanJawi (2001). Penerbit swasta
turut serta dalam pengembangan sistem ejaan baharu itu dengan penerbitan pelbagai buku
pedoman bahasa yang turut meliputi aspek sistem ejaan. Sistem ejaan baru ini mengubah sistem
ejaan sebelumnya misalnya daripada ch kepada c, sh kepada sy, dz kepada d dan th
kepada s. Lambang-lambang kh, ny, gh dan ng masih kekal dipakai.
Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen pentadbiran, bahan
pengajaran dan pemelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi tertulis diasaskan pada
satu sistem ejaan yang relatif seragam dan hal ini membantu berlangsungnya komunikasi yang cekap
dan berkesan, khususnya dalam pelaksanaan pentadbiran negara dan sistem pendidikan negara.
Dengan itu, sebuah majlis telah ditubuhkan untuk menyatukan aspek lain bahasa seperti
peristilahan, iaitu Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis ini telah berjaya menghasilkan sebuah
pedoman untuk ejaan baru, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan sebuah lagi untukperistilahan, iaitu berjudul Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975
yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan terbitnya buku ini, maka sebahagian
besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat diatasi. Pada tahun 1976 pula, Majlis
Bahasa Malaysia-Indonesia yang telah mengadakan persidangan di Kuatan memutuskan bahawa
akhiran ysis dan esis dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan
bentuk isis sahaja dan bukan kadang kalanya isa. Maka dengan itu, analisa misalnya kini telah
menjadi analisis.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahsa Melayu
merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak membentuk kerja-kerja peristilahan. Sejumlah 164,049 isltilah dalam pelbagai bidang/subbidang ilmu telah berhasil
disepakati. Selain itu, 40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002
dan beberapa buah kamus lain sedang diusahakan.
Bah