5
TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB

SEJARAH BAB7.pptx

  • Upload
    eza

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TEORI DAN BUKTI ISLAM

TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI SEMENANJUNG TANAH ARABAhli KumpulanNURKHALEEDA NAJWA NUR AFINI WARDINA NAZIERANUR IZZATITEORI Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan,Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Bagaimana Islam berkembang? -Islam berkembang menerusi aktiviti perdagangan yang dijalankan pada waktu itu. Orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M. Pedagang Arab telah menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Pedagang Arab berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi. Pada masa itu,terdapat pedagang yang membina perkampungan.

Apakah kepentingan perkampungan yang telah dibina? - i) menyediakan tapak untuk berdagang - ii) tempat pengumpulan barang jualan -iii) tempat membeli barangan mewah yang datang dari China dan India Terdapat orang arab di perkampungan yang berkahwin dengan wanita tempatan. Semasa menunggu perubahan angin monsun,pedagang Arab berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai islam yang murni yang diperlihatkan oleh para pendakwah serta pedagang islam menarik minat orang tempatan untuk mendalami ilmu agama. Mengapa orang tempatan berminat untuk mendalami ilmu agama islam? -kejujuran serta sifat mementingkan kebersihan,dan berhemah tinggi yang diperlihatkan oleh pedagang Arab membuatkan masyarakat berminat untukl mendalami ilmu agama islam. Catatan China mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M.

BUKTI KEDATANGAN ISLAM Kebanyakan kitab agama dikarang dalam bahasa melayu pada peringkat awal menggunakan bahasa serta gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab. Tiada unsur China atau India dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal. Kitab tempatan seperti tauhid,tafsir al-Quran dan hadis didapati menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab. Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan Jawi telah diambil daripada Bahasa Arab. Adab resam dan kebudayaan orang Melau dipengaruhi oleh budaya Arab. contohnya,amalan menghormati tetamu dan muzik melayu sperti dabus dan tarian zapin.