11
Dongeng Kancil, Gajah dan Langit Runtuh

Sang Kacil Dan Langit Runtuh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SANG KANCIL DAN LANGIT RUNTUH

Citation preview

  • Dongeng Kancil, Gajah dan Langit Runtuh

  • Di suatu pagi yang indah, seperti biasa si kancil berjalan-jalan di hutan seorang diri. Dengan gembiranya si kancil sangat menikmati rerumput yang ada di hutan.

  • Belum lama kancil berkeliling hutan,tiba-tiba langit menjadi gelap gulita. Mendung yang hitam dan tebal di sertai angin kencang serta kilat mengubah langit yang tadinya cerah menjadi suram. Wah..sepertinya akan ada hujan,aku harus segera pulang".kata kancil dalam hati.

  • Kancil pun segera berlari dengan pantas. Dia melompat semak,batu,dan ranting pohon yang menghalang jalanya. Tapi tiba-tiba...ketika si kancil melompati sebuah ranting pohon yang melintang,dia terjatuh dalam sebuah lubang. "Grussaaakk...!!".terdengar suara tubuh si kancil terjatuh. Ternyata si kancil terjatuh dalam sebuah lubang perangkap,mungkin para pemburu yang membuat perangkap itu.

  • Dengan susah payah si kancil berusaha keluar,tapi kerana tubuhnya yang kecil dia tetap tak biasa keluar. Lubang itu terlalu dalam untuk tubuhnya yang kecil. Setelah menggunakan semua tenaga dan akalnya, akhirnya si kancil menyerah kerana keletihan.

  • Ketika si kancil sedang berehat,tiba-tiba ada gajah yang melalui dan menjengkuk ke dalam lubang. "Wah..wah..wah..kasihan betul. Si kancil yang cerdik dan pandai,nampaknya tak berdaya terjebak dalam lubang.hahaha..".kata gajah dengan nada mengejek. "Woi gajah..siapa yang cakap aku terjatuh?". kancil berkata pada gajah. "Wah..masih mau berdalih..nampak pun tahu kamu terjatuh dalam lubang dan tak biasa keluar kan?hahaha..".si gajah masih tetap mengejek. "Gajah..sebenarnya aku yang harusnya kasihan dengan kamu, kata si kancil membuat muslihat. "Kasihan pada ku? Aku baik-baik saja..".jawab gajah.

  • "Begini gajah..sebenarnya ini khabar rahsia, yang hanya haiwan-haiwan terpilih saja yang boleh tahu, kata kancil. "Khabar rahsia? apa maksud kamu Kancil? Kau mahu mencuba menipuku kan?, gajah mulai bimbang. "Kamu mahu percaya atau tidak, itu terpulang pada kamu. Tapi kerana aku masih menganggap kamu sebagai sahabat dengan suka rela aku akan beritahu rahsia ini pada mu".kata kancil berlagak pandai.

  • "Begini gajah,apa kamu tahu..? Sebenarnya hari ini langit akan runtuh..oleh itu aku bersembunyi di lubang ini".kata kancil. Ah? Langit akan runtuh? Yang benar saja kamu kancil.".jawab gajah terkejut. "Husshh..jangan kuat-kuat. Nanti ada yang terdengar. Cuba kamu lihat langit itu..sepertinya sebentar lagi sudah akan runtuh. Kalau kau ingin selamat juga, cepat masuk ke lubang ini bersama ku. Lubang ini masih muat kalau cuma untuk kita berdua, pujuk si kancil.

  • Gajah pun melihat ke arah langit, terlihat awan hitam yang bergumpal-gumpal dan kilat yang menyambar-nyambar. "Mungkin benar kata si kancil,langit benar-benar akan runtuh".fikir si gajah dengan wajah pucat kerana ketakutan. Tanpa fikir panjang,si gajah pun langsung melompat ke dalam lubang bersama si kancil. Dia menggigil ketakutan dan menutup mata dengan kedua telinganya yang lebar. Si kancil hanya tertawa melihat tingkah laku si gajah yang besar badan tapi kecil otaknya hingga mudah terpedaya.

  • Setelah beberapa saat menunggu dalam lubang, langit yang tadinya gelap kembali terang. Ternyata tak jadi turun hujan lebat. Melihat situasi yang aman, Si Kancil pun berkata pada gajah. "Hai gajah..bolehkah aku naik ke atas kamu agar aku dapat keluar untuk melihat situasi, adakah langitnya jadi runtuh hari ini atau tidak.. Nanti kalau keadaanya aman akan aku beritahu pada kamu".kata Kancil. "Terserah pada kau saja,aku tak mahu ke atas. Aku berasa lebih aman di sini".jawab gajah dengan tetap menutup matanya dengan telinganya. Tanpa menunggu apa-apa, Si Kancil pun langsung melompat ke atas gajah kemudian melompat keluar dari lubang. Kancil merasa lega akhirnya dia dapat keluar dari lubang itu. Akhirnya setelah memastikan keadaan aman, Kancil pun menjerit pada gajah

  • Hai gajah..ternyata langitnya tak jadi runtuh hari ini, kau boleh keluar sekarang.. Kau sudah selamat.., kata kancil. Mendengar kata kancil,si gajahpun mulai membuka mata dan mendongak kan kepalanya. Di lihatnya langit kembali cerah dan awan hitam yang bergumpal telah hilang. Lalu, si gajah berniat keluar dari lubang, namun badannya yang tinggi dan besar menjadi sukar baginya untuk keluar. Sang gajah pun baru menyedari dirinya telah ditipu oleh kancil. Gajah pun marah dengan kancil.

    Sepanjang perjalanan, Si Kancil ketawa sendiri kerana dapat juga menipu gajah akhirnya.