14

Langit hendak runtuh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.

Citation preview

Page 1: Langit hendak runtuh
Page 2: Langit hendak runtuh

LANGIT HENDAKRUNTUH

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Page 3: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Pada suatu hari, Sang Kancil keluar

mencari makanan. Semasa sedang

asyik mencari makanan, Sang Kancil

tidak ternampak sebuah lubang yang

sangat besar dan dalam.

Page 4: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

Sang Kancil terjatuh di dalam

lubang itu.

“Tolong! Tolong!” Sang Kancil

menjerit minta tolong. Tetapi tiada

siapa mendengar suaranya.

Page 5: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

Tidak lama kemudian, hari

hendak hujan. Awan gelap

bertompok-tompok. Sekali-sekala,

terdengar bunyi guruh.

Page 6: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

“Kalau hujan lebat turun, lubang

ini akan dipenuhi air. Aku akan mati

lemas di dalam lubang ini,” kata

Sang Kancil dalam hatinya.

Page 7: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

Tiba-tiba Sang Kancil terdengar

bunyi tapak kaki haiwan berlari. Sang

Kancil tahu itu ialah Sang Gajah.

“Wahai Sang Gajah! Wahai Sang

Gajah!” Sang Kancil melaung.

Page 8: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

Sang Gajah menghampiri lubang itu.

“Engkau terjatuh di dalam lubang

ini?” tanya Sang Gajah.

“Aku sedang bersembunyi. Langit

hendak runtuh,” jawab Sang Kancil.

Page 9: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Sang Gajah mendongak. Sang Gajah

lihat awan semakin gelap. Guruh

berbunyi. Sang Gajah berasa sangat

takut. Sang Gajah percaya langit

hendak runtuh.

Page 10: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

Apalagi! Sang Gajah pun terus

terjun ke dalam lubang besar itu.

Sang Gajah juga mahu

bersembunyi.

Page 11: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

9

Sang Kancil pun terus berkata,

“Sekarang cubalah engkau angkat

aku ke atas. Aku hendak tengok,

langit sudah runtuh atau belum.”

Page 12: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

10

Sang Gajah mengangkat Sang

Kancil.

Sang Kancil terselamat.

“Ha! Ha! Ha!” Sang Kancil

tertawa.

Page 13: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

11

“Sebenarnya awan itu gelap

kerana hendak hujan. Langit tidak

pernah runtuh,” ujar Sang Kancil lagi.

Page 14: Langit hendak runtuh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Sang Gajah berasa malu. Sang

Gajah sudah tertipu oleh Sang Kancil

yang cerdik itu.

12