Upload
zaiazwa
View
53
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
remaja
Citation preview
ms | 1 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
MAKLUMAT: eBook ini adalah hasil koleksi artikel yang ditulis pada tahun 2010-2011 untuk ruangan Remaja Bersama Aniz yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Artikel yang disiarkan di akhbar tersebut adalah lebih pendek dan ringkas manakala artikel yang dikongsikan dalam ebook ini adalah artikel asal dalam versi penuh. SYARAT-SYARAT
ebook ini hanya boleh didownload melalui link ini www.anizanwar.com/remajabersamaaniz
tidak boleh dijual, ianya diberikan percuma
sila beri kredit kepada link ini www.anizanwar.com/remajabersamaaniz sekiranya mana-mana bahagian daripada ebook ini dipetik atau digunakan
ms | 2 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
KANDUNGAN
1. Remaja Tertekan Dengan Perpisahan Ibubapa ....................................................................................... 6
2. Kemurungan Setelah Kematian Ibu ........................................................................................................ 8
3. Tertekan Dengan Kesilapan Kahwin Lari ............................................................................................... 11
4. Kes Buli Beri Kesan Pada Personaliti ..................................................................................................... 13
5. Ingin Bebas Dari Najis Dadah ................................................................................................................ 16
6. Tertekan Kerana Putus Cinta ................................................................................................................ 18
7. Perkahwinan Dan Redha Ibubapa ......................................................................................................... 20
8. Tertekan Dengan LayanAN Ibu ............................................................................................................. 23
9. Trauma Cabul Kesan Hubungan Interpersonal...................................................................................... 26
10. Tertekan Dengan Masalah Jerawat ....................................................................................................... 28
11. Mengatasi Tekanan Menjelang Peperiksaan dan Sikap Suka Bertangguh ............................................ 30
12. Minat Kaum Sejenis .............................................................................................................................. 33
13. Kurang Keyakinan Diri Menghadiri Temuduga...................................................................................... 36
14. Tertekan Dengan Konflik Ibubapa......................................................................................................... 38
15. Syawal Tanpa Ibu .................................................................................................................................. 40
16. Kemurungan Memudarkan Potensi Diri................................................................................................ 42
17. Tertekan Dengan Keputusan Keluarga .................................................................................................. 45
18. Anak Tertekan Dengan Perpisahan Ibubapa ......................................................................................... 47
19. Mengatasi Masalah Suka Bertangguh ................................................................................................... 49
20. Kurang Keyakinan dan Dilema Membuat Keputusan ........................................................................... 51
21. Trauma Dirogol ..................................................................................................................................... 53
22. Kemarahan Silam Menyimpul Kebencian Pada Wanita ........................................................................ 55
23. Memilih Bidang Pengajian dan Kerjaya ................................................................................................ 57
24. Kecewa, Keliru Akibat Putus Tunang .................................................................................................... 60
25. Tertekan Dengan Perasaan Rendah Diri ............................................................................................... 62
26. Tersepit Dengan Cinta Suami Orang ..................................................................................................... 64
ms | 3 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
27. Tertekan Di Tempat Kerja ..................................................................................................................... 66
28. Anak Dalam Dilema .............................................................................................................................. 68
29. Hubungan Tegang Dengan Ibubapa ...................................................................................................... 70
30. Ingin Berubah dan Bertaubat ................................................................................................................ 72
31. Risau Sahabat Murung .......................................................................................................................... 74
32. Analis Nombor Mengundang Tekanan .................................................................................................. 76
33. Kakak Prihatin Tangani Remaja Bermasalah ......................................................................................... 78
34. Meredakan Rasa Cemas Memikirkan Peperiksaan ............................................................................... 80
35. Terkilan Dengan Sikap Kakak Yang Tidak Memahami ........................................................................... 82
36. Remaja Berbohong dan Tidak Minat Belajar ........................................................................................ 84
37. Dilema Lepasan SPM ............................................................................................................................. 86
38. Terperangkap Antara Cinta dan Cita-cita .............................................................................................. 88
ms | 4 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Langit dan Bumi juga segala isi kandunganNya.
Selawat dan salam buat Rasulullah saw beserta para sahabat dan keluarganya sekalian.
Segala puji dan syukur dipanjat ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya
dapat saya berkongsi sebahagian catatan pengalaman dan kepakaran yang dititipkan Ilahi
bagi membantu pencerahan buat mereka yang memerlukan. Pengalaman dan pengetahuan
mengendalikan isu-isu berkaitan remaja banyak mendedahkan saya bahawa sememangnya
peringkat remaja inilah antara fasa yang terpenting dalam pembinaan kendiri individu.
Pada peringkat ini remaja yang mula menginjak ke alam dewasa membina kematangan diri
dengan cara berhadapan dengan cabaran baru dan juga ujian yang mereka alami. Namun
dalam masa yang sama di peringkat awal remaja itu sendiri mereka sedang mencari
identiti dirinya. Maka di sinilah peranan ibubapa, keluarga juga insan di sekelilingnya
mampu memainkan peranan yang lebih signifikan dengan cara mendekati mereka.
Kemampuan berinteraksi secara terbuka serta akrab bersama golongan ini mampu
mencipta ruang yang lebih harmoni dalam membimbing dan memimpin mereka menjadi
insan yang lebih cemerlang, hebat dan diredhai Allah... In Shaa Allah. Malah bukan itu
sahaja di peringkat remaja ini juga mereka sememang memerlukan ROLE MODEL yang
mampu menjadi guru, sahabat, teman dan pemimpin agar kredibiliti yang unggul mampu
dibangunkan untuk para remaja ini berhadapan dengan arus kehidupan yang lebih
mencabar di masa hadapan. Sungguhpun sebahagian besar kupasan yang dibawakan di
dalam perkongsian ini merupakan isu-isu berkisar persoalan remaja namun tidak
dinafikan ianya juga masih berlegar dalam ruang keluarga, akademik, kerjaya, percintaan,
keyakinan diri dan persahabatan ataupun hubungan interpersonal yang mana golongan
dewasa juga sering menghadapinya. Mudah-mudahan tips, panduan juga nasihat yang
dikongsikan dapat memberikan kebaikan dan celik akal dalam usaha membina kehidupan
yang lebih harmoni, sejahtera, bahagia, berjaya dan diredhai Allah.
Akhir kalam dari saya kehidupan ini sememangnya suatu perjalanan yang sangat indah dan
menakjubkan andai sahaja kita memilih untuk lebih bijaksana, bertanggungjawab, amanah
dan adil dengan pilihan dan tindakan yang boleh kita pilih. Jangan pernah putus asa akan
rahmat dan kebesaran Allah; setiap yang berlaku punya rahsia dan hikmah yang sangat
berharga untuk dipelajari. Jadikan motivasi Agung Allah dan syurgaNya sebagai motivasi
dan inspirasi sepanjang perjalanan kehidupan ini mudah-mudahan hati akan lebih bahagia,
terhibur dan bersyukur.
Jannah here we go! Jangan pinggirkan Allah selaku PEMILIK isi dunia pasti kamu tidak akan
kecewa! Life somtimes can be quite fragile but don't worry with prayers may Allah make it
ease, In Shaa Allah. If you put Allah first, you will never be the last! It's a promise from HIM.
ms | 5 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Dan sememangnya ilmu itu sangat-sangat penting apatah ilmu berkaitan pengendalian
konflik, stress dan tekanan yang sememangnya tidak dapat lari bagi mereka yang hidup.
Makanya jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu apatah dalam aspek penyembuhan
diri yang mencakupi aspek ruhani, emosi, minda dan fizikal, In Shaa Allah mudah-mudahan
kehidupan akan lebih awesome dan bermakna!
Selamat terhibur para sahabat dan pembaca budiman yang dirahmati Allah! Panjang-
panjang khabar bahagia, ilmu dan perkongsian ini mudah-mudahan kita sama saling
mampu membahagiakan antara satu sama lain walau hanya dengan SATU KLIK sahaja... In
Shaa Allah hanya dengan satu klik kerana Allah memberi LORONGAN untuk melihat kita
sesama saudara Muslim lebih bahagia, sejahtera dan harmoni Allah juga memberi
kelapangan dan membuka jalan kebaikan, kejayaan dan kebahagian untuk kita dengan cara
yang cukup mudah dan luar biasa dengan kebesaran juga kekuasaanNya, In Shaa Allah!
Dengan kerendahan hati juga saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada
perkataan mahupun tutur bicara tanpa suara ini menyinggung perasaan mahupun
menyentap rasa para pembaca. Apa yang disampaikan adalah kejujuran, dakwah dan jihad
saya demi Islam dan Allah yang saya cintai. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya
dari Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Salam Inspirasi & Kasih Sayang!
Kaunselor & Life Coach
Pengamal EFT
ms | 6 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
1. REMAJA TERTEKAN DENGAN
PERPISAHAN IBUBAPA
Puan Kaunselor,
Saya Amirah kini sedang menuntut di IPTS, merupakan
anak ketiga daripada 4 orang adik beradik dan saya juga
amat rapat dengan ayah saya. Apa yang membuatkan saya terpanggil menulis kepada Puan
adalah kerana saya sangat tertekan dengan berita penceraian kedua ibubapa saya. Ada
insan ketiga dalam hubungan mereka, ayah kini dalam persiapan untuk berkahwin baru.
Tolong saya Puan saya rasa sangat tertekan, rasa kehilangan, terpinggir dan sedih kerana
kedua ibubapa saya kini telah berpisah. Emosi dan fokus saya kepada pelajaran juga turut
terjejas, lebih menyedihkan juga memikirkan ibu yang pastinya juga terluka dengan ujian
ini.Saya buntu dan tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.bantu saya, Puan.
Amirah
Johor Bahru
Jawapan;
Terima kasih Amirah atas kiriman email dan pertanyaan. Ujian dan cabaran hadir silih
berganti di dalam kehidupan ini ada insan yang diuji dengan kematian, musibah penyakit,
kemiskinan, kehilangan, perpisahan dan seumpanya.
Bagi Amirah serta keluarga hari ini TERPILIH untuk melalui fasa perhatian Allah dengan
berita perpisahan kedua ibubapa Amirah. Sebagai anak pastinya Amirah merasa sedih,
kehilangan, takut, bimbang dan seumpamanya namun percayalah Amirah hanya satu
KUNCI yang mampu untuk menghubung dan memintal erat KASIH SAYANG Amirah dan
ayah iaitu KUASA DOA.
Doakan ayah Amirah supaya tidak lupa akan tanggungjawabnya pada Amirah dan adik-
adik walaupun sudah mempunyai keluarga baru nanti. Semua ujian yang hadir datangnya
dari Allah dan kepada Allah jugalaa tempat TERBAIK kita merujuk dan memanjatkan DOA
serta HARAPAN mudah-mudahan segala kedukaan, kesedihan dan berat beban rasa yang
ditanggung akan terlupus pergi dengan sendirinya. Semoga ianya digantikan Allah dengan
kelapangan hati, kasih sayang, keharmonian dan ketenangan juga kesejahteraan buat
Amirah seisi keluarga.
ms | 7 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Sungguhpun tiada jodoh ibu dan ayah Amirah untuk terus bersama jangan sesekali Amirah
berdendam kepada ayah. Api kemarahan, benci, terkilan, sedih dan terluka andai terus
dipendam akan memudaratkan diri usah biarkan emosi negatif ini memudarkan POTENSI
DIRI Amirah untuk terus menikmati keindahan dalam perjalanan kehidupan ini. Sekurang-
kurangnya Amirah bersyukur Amirah masih punya ibu, punya ayah lagi masih berpeluang
untuk terus menikmati kasih sayang daripada mereka berdua walau kini tidak lagi
sebumbung. Berbanding ada di luar sana anak-anak yang diuji dengan kehilangan dan
kematian ibu dan ayah, tidak sempat menikmati kasih sayang mereka, tapi tidak Amirah,
syukur Amirah masih terus berpeluang menikmati kasih sayang mereka.
Baik sangka atas setiap ujian Allah yang hadir saya yakin dan percaya ada sesuatu yang
Allah ingin Amirah pelajari di sebalik ujian ini, mudah-mudahan Amirah mampu menjadi
insan yang lebih kuat, cekal, tabah dan yakin mengharungi cabaran. Jangan sia-siakan masa
depan Amirah sebagai seorang pelajar, berikan YANG TERBAIK tidak berbaloi sekiranya
Amirah asyik memikir masalah ibubapa hingga menjejaskan pengajian Amirah pastinya
kedua orang tua Amirah juga akan sedih jika keadaan seperti ini berlaku.
Ketenangan, kebahagian, kesejahteraan kasih sayang, cinta, kekayaan, kejayaan, pangkat
dan segala yang ada adalah MILIK ALLAH maka sekiranya Amirah mencariNYA kembalilah
dan kuatkanlah hubungan serta oergantungan diri Amirah dengan Allah insyaAllah KASIH
SAYANG Allah akan melengkapi perjalanan Amirah. Itulah KASIH SAYANG yang cukup
sempurna sebenarnya. Semoga Amirah lebih tenang, sejahtera dan tabah meneruskan
perjalanan.
Selamat Maju Jaya di dalam pelajaran dan semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati
ibu dan ayah Amirah.
ms | 8 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
2. KEMURUNGAN SETELAH KEMATIAN
IBU
As Salam Puan,
Saya Hazlin, lewat dua bulan lepas saya kematian ibu
yang tercinta akibat serangan kanser. Hati saya lebih
tersentuh apabila menjelangnya HARI IBU tidak lama
lagi, menjadi rutin untuk kami meraikan rasa
penghargaan ini bersama adik beradik yang lain tapi kini
tiada lagi. Ibu pergi mengadap Ilahi ketika saya di asrama, beliau pergi sebelum sempat
melihat saya mengenggam segulung ijazah.
Sejak pemergian ibu membuatkan saya rasa kehilangan tempat untuk bermanja dan
berkongsi rasa walau hadir teman-teman rapat juga pakcik, makcik dan kakak, kasih
sayang yang ibu berikan tidak sama. Sejak ibu pergi saya mudah menangis dan sering
menyendiri saya tahu keadaan ini tidak sihat untuk saya sebab itu saya menulis kepada
Puan dengan harapan Puan dapat membantu saya berhadapan dengan ujian hebat yang
sedang saya lalui ini.
Terima kasih saya ucapkan atas perhatian dan jawapan dari Puan amat saya nantikan.
Hazlin
Kuala Lumpur
Jawapan;
Terima kasih Hazlin untuk kiriman email yang menyentuh hati. Setiap yang hidup pasti
akan mati yang membezakan bila, dimana dan bagaimana. Begitulah takdir yang telah
disuratkan Ilahi; Hazlin kehilangan insan tercinta bergelar ibu pada tahun 2011. Bersama
ibu Hazlin belajar erti kasih sayang, pengorbanan dan cinta yang setia sentiasa mengharap
dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Pastinya emosi Hazlin akan terkesan dengan
kehilangan ini.
Rasa sunyi, sepi, rindu, sedih pasti menjadi mainan emosi Hazlin yang kehilangan. Krisis
kehilangan yang berpunca daripada kematian merupakan satu displin kaunseling yang
utama di kebanyakan negara-negara Barat. Pengendalian krisis ini agak berbeza
berbanding yang lain. Individu yang terlibat akan melalui 4 fasa yang utama iaitu:
1) Penafian,
2) 2) Marah,
ms | 9 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
3) Berusaha Mengendalikan Tekanan dan
4) MenerimaKenyataan Dengan Penuh Redha.
Apa yang berlaku pada Hazlin saat ini ialah mainan emosi kesedihan, kesunyian,
kehilangan dan rindu yang mendalam berlegar di antara fasa 1 hingga fasa 3. Keadaan ini
sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan Hazlin terus terperangkap di dalam fasa krisis.
Kebahagian, kesembuhan dan kesejahteraan diri hanya mampu Hazlin nikmati apabila
Hazlin sendiri membenarkan diri Hazlin untuk bangkit dan sembuh tanpa KEBENARAN
DARI DALAM DIRI untuk berubah nescaya perjalanan akan menjadi lebih sukar.
Ketenangan, kebahagian, keindahan, rahmat dan kasih sayang Ilahi serta kesyukuran hanya
mampu dinikmati secara total apabila Hazlin menerima dengan penuh redha pemergian
arwah ibu.
Persoalannya bagaimana untuk merawat hati yang terluka pedih, sedih dan berduka ini
pasti ada kaedah yang mampu merawatnya. Seiring dengan kemajuan teknologi terkini
dunia kaunseling juga didedahkan dengan pelbagai intervensi yang pantas, mantap dan
berkesan. Antara ilmu dan intervensi tersebut adalah Emotional Freedom Technique
dimana kaedah ilmu perubatan alternatif akupuntur Cina, psikologi dan interaksi sistem
biologi dan ilmu sains digabungjalinkan menerusi kaedah yang sistematik, ringkas dan
berkesan.
Dengan mengetuk titik akupuntur yang digariskan disertai dengan arahan minda yang jelas
dan fokus dalam beberapa MINIT sahaja sarat beban rasa yang dibawa mampu dilupuskan
sekelip mata. Sungguh MENAKJUBKAN dan TAK SANGKA sepantas ini KEINDAHAN dan
RASA LEGA, lapang dada dan redha yang luhur, jujur mampu dinikmati walaupun telah
bertahun-tahun kesedihan itu telah terpendam. Sesungguhnya inilah sebahagian BUKTI
KASIH SAYANG Allah di dalam perjalanan insan; DIA hadirkan ujian dan DIA juga hadirkan
PENAWAR dan SOLUSI. (video EFT boleh ditonton di link ini
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=YH4p1STBeFw)
Semua yang hadir dalam perjalanan insan ini adalah MILIK ALLAH dan kepadaNya jugalah
tempat YANG TERBAIK untuk merujuk, meminta dan bermohon.Pintalah pada Allah tanpa
lelah dan jemu mudah-mudahan Allah membantu Hazlin sembuh dengan melupuskan
segala kesuraman hati dan hadirkan RAHMAT serta KEINDAHAN juga HIKMAH yang cukup
bermakna di sebalik ujian yang hadir.
Yakinlah setiap yang pahit yang manis pasti akan menyusul, janji Allah yang pasti. Semoga
Hazlin terus cekal meneruskan pengajian dan kehidupan. Jadikanlah kata-kata nasihat,
pedoman juga amanat arwah ibu, sebagai sumber inspirasi dan kekuatan buat Hazlin untuk
terus melangkah ke hadapan.Selamat Maju Jaya buat Hazlin...
ms | 10 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Buat semua para ibu selamat hari ibu, semoga cinta dan kasih sayang ibu mampu
mewariskan kemuliaan, kejayaan, kebahagian dan redha Ilahi dalam perjalanan insan demi
agama, bangsa dan negara, insyaAllah!
ms | 11 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
3. TERTEKAN DENGAN
KESILAPAN KAHWIN LARI
As Salam Puan Kaunselor,
Saya Kamalia, tujuan saya menulis kepada
Puan ini untuk mendapatkan nasihat berkaitan situasi saya yang amat tertekan saat ini.
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebenarnya tanpa pengetahuan ibubapa di
sempadan bersama kekasih saya kira-kira 7 bulan lalu.
Apa yang menjadi masalahnya sekarang ini saya merasa dibohongi apabila mengetahui
sebenarnya suami saya seorang penagih dan menambah berat tekanan lagi saya kini dalam
tahun akhir pengajian saya. Dengan beban tugasan pelajar, konflik rumahtangga dan
perkahwinan yang dilalui saya rasa cukup tercabar. Mungkin inilah balasan dari Allah
kerana membelakangi ibubapa, saya kini tersepit sama ada ingin meneruskan perkahwinan
atau sebaliknya. Tolong bantu saya Puan untuk merungkai dan meredakan tekanan yang
saya alami.
Kamalia
Pulau Pinang
Jawapan;
Terima kasih kepada Kamalia atas kiriman email. Inilah sebahagian warna-warni
kehidupan apabila kita menjejak alam dewasa Kamalia. Permainan emosi, akal fikiran dan
iman silih berganti mengambil tempat. Saya percaya setiap ujian yang hadir ada mesej yang
ingin disampaikan Allah. Bagi Kamalia sendiri mungkin beranggapan perkahwinan ini satu
kesilapan tapi ketahuilah ujian yang hadir tidak pernah silap Kamalia pasti ada hikmah dan
pengajaran yang boleh Kamalia jadikan ikhtibar.
Bagi menjawab persoalan Kamalia sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau
sebaliknya mohonlah petunjuk dan pimpinan Allah menerusi solat istiharah. Jika sebelum
ini keputusan diambil hanya menurut gejolak hati dan perasaan tapi kali ini biarlah
pimpinan Allah menjadi pautan dan kekuatan untuk Kamalia mengambil keputusan tanpa
ragu lagi. Berterus-teranglah kepada keluarga Kamalia walaupun agak perit untuk
menyatakan kebenaran ini tetapi itulah cara yang terbaik untuk Kamalia mendapatkan
sokongan dan kekuatan untuk meneruskan langkah seterusnya.
Dekatkanlah diri dengan Allah mudah-mudahan penawar dan hiburan serta kasih sayang
Allah mampu mengubat hati Kamalia yang teruji. Mudah-mudahan juga kasih Allah mampu
ms | 12 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
memberi sinar harapan, keyakinan dan kecekalan untuk Kamalia meneruskan langkah
yang masih tidak pasti. Dan jangan lupa seperkara lagi tanggungjawab Kamalia sebagai
seorang pelajar jangan dihancurkan hanya kerana kekecewaan terhadap janji-janji manis
seorang lelaki yang kini telahpun bergelar suami kepada Kamalia.
Sebuah perkahwinan itu menuntut persediaan bukan sahaja sudut fizikal, materi semata-
mata tetapi juga emosi, spiritual dan juga minda. Ianya harus disi dengan penuh keikhlasan,
persefahaman, kasih sayang, kejujuran dan amanah. Perkahwinan merupakan satu
landasan murni untuk pasangan memburu redha Allah dengan lebih sempurna namun
sekiranya ada hati-hati yang tidak redha bilamana hak terabai Islam tidak memandang sepi
perkara ini.
Selaku pasangan, anda berhak untuk memilih sama ada ingin meneruskan perkahwinan
atau membubarkannya. Pilihan ada di tangan Kamalia, buatlah keputusan dengan adil,
bijaksana dan jujur demi masa hadapan Kamalia. Rasa sayang, rasa kasih sebenarnya akan
jauh lebih bermakna bilamana ianya dimulai dengan kita menghargai dan menyayangi diri
kita.
Bukan maksud memikirkan kepentingan diri sendiri semata-mata tetapi untuk kita belajar
menghormati hak diri kita hanya dengan kita apabila menghargai, menghormati dan
menyayangi diri kita penuh amanah sebagai hamba Allah insyaAllah kasih Allah akan
membantu pensempadan diri Kamalia agar terpelihara daripada manusia-manusia yang
zalim. Saya yakin dengan meletakkan Allah sebagai pergantungan, pimpinan dan matlamat
insyaAllah Kamalia akan bertemu kekuatan, keindahan dan solusi yang dicari-cari.
Semoga Kamalia dihadiahkan jawapan dalam pencarian ini. Semoga perjalanan yang lebih
harmoni, sejahtera dan bahagia di sebalik hiburan Allah yang hadir ini.
ms | 13 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
4. KES BULI BERI KESAN PADA
PERSONALITI
As Salam Puan,
Saya Amirul berusia 25 dan kini telahpun 2 tahun
menjejaki alam kerjaya. Namun apa yang membuatkan
saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan Puan
kerana saya rasa saya ada masalah besar khususnya
berkaitlangsung dengan pergaulan dan masalah ini
nampaknya telah mengesani kerjaya saya sendiri. Ramai yang memberi komen saya
seorang yang sombong dan ego dalam pergaulan khususnya apabila ia melibatkan urusan-
urusan pentadbiran dengan orang bawahan, bayangkan dalam tempoh 2 tahun ini saya
sudah 10 kali bertukar tempat kerja.
Saya selalu mempunyai perasaan ingin kelihatan hebat dari orang lain, saya rasa saya
memiliki potensi dan bagus tapi sehingga kini apa yang saya kecapi sebenarnya tidaklah
sebagus manapun. Saya juga rasa tidak layak untuk bergaul dengan orang bawahan kerana
jurang pemikiran, peribadi dan beberapa perkara lain.
Keadaan ini membuatkan saya rasa sering kecewa, keliru dan marah dengan apa yang
berlaku kepada diri saya. Tak dinafikan saya sebenarnya seorang pendiam dan pasif
hinggakan di zaman remaja persekolahan sering menjadi mangsa buli walaupun saya tidak
dicederakan secara fizikal tapi hinaan, kritikan, sindiran membuatkan saya menahan sabar
yang amat sabar tapi di dalam hati hanya Tuhan yang tahu rasa macam nak bunuhjer orang
yang buli sayatu. Adakah peristiwa sebegini boleh mengesani personaliti? Sebabnya
MEMORI HITAM menjadi mangsa buli masih menghantui saya sehingga kini betapa saya
sangat benci dengan keadaan ini.
Pandangan dan komentar Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Amirul
Seremban Negeri Sembilan
Jawapan;
Terima kasih dan TAHNIAH kepada Amirul kerana bersedia berhadapan dengan kenyataan
diri dan berani pula untuk memperbaikinya.Apa yang berlaku pada Amirul rupa-rupa
mempunyai kesan langsung terhadap KONSEP KENDIRI beliau. Menurut Erik Erikson
dalam perkembangan personaliti ada menyentuh pada usia 12 tahun hingga 18 tahun
ms | 14 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
merupakan fasa awal bagaimana individu mula membina jaringan hubungan interpersonal.
Kemampuan berhubung, berkomunikasi di bina pada tahun asas ini. Sekiranya di peringkat
12 tahun hingga 18 tahun berlakunya peristiwa atau episod DUKA yang mencalar rasa
ianya boleh menyebabkan lekatan atau fixation yang akan merencatkan personaliti
individu.
Konsekuennya di kemudian hari individu cenderung mempunyai masalah dalam interaksi
dan hubungan seharian mereka.Bagaimana ingin merawat atau memperbaiki keadaan ini?
Jawapannya ada di dalam diri individu, melihat kembali ke episod silam yang berlaku,
menerima penuh redha atas ujian yang berlaku. Dan ianya harus dimulai dengan
membenarkan diri untuk sembuh, memaafkan kealpaan dan kenaifan diri yang
diperbodohkan serta individu yang terlibat. Di samping itu juga individu yang terlibat
harus membenarkan realiti indah bahagia, sejahtera, harmoni dan syukur mengiringi
transformasi diri idaman dan melepaskan penuh redha bebanan dan tekanan silam yang
hadir.
Dalam situasi Amirul kesalan menyimpan api kemarahan, benci, kecewa telah memudarkan
POTENSI DIRINYA. Keadaan yang bertahun bergelumang dengan pendaman ini telah
menyebabkan skil interpersonalnya terkesan dan secara tidak langsung bagi membina
sempadanan rasa selamat Amirul telah membina ego yang tinggi agar tiada lagi insan yang
boleh memperalat mahupun memperbodohkannya seperti zaman persekolahannya dahulu.
Keadaan ini juga pastinya membuatkan dia sukar untuk berkomunikasi, bergaul dan berasa
selesa bila berhadapan dengan rakan sekerja dan masyarakat amnya.
Bukan itu sahaja akibat pendaman dan lekatan memori silam yang berlaku di fasa ini juga
telah menimbulkan kekeliruan. Dan itulah yang berlaku pada Amirul sering bertukar-tukar
kerja kerana tiada keserasian dan keliru dengan MINAT, POTENSI dan PERSONALITINYA.
Penting ya unsur difahamai dengan jelas oleh para remaja khususnya lepasan PMR, SPM
mahupun STPM dalam menentu halatuju masa depan yang lebih yakin dan cemerlang.
Rahsia kerjaya yang cemerlang harus disepakati oleh ketiga-tiga unsur tadi MINAT,
POTENSI dan PERSONALITI tanpa keharmonian ini individu cenderung untuk
terperangkap di dalam keadaan tertekan. Ibarat kahwin yang dipaksa tanpa kerelaan hati
tambah pula terpaksa menghabiskan masa lebih 8 jam sehari mengadap kerjaya yang tidak
diminati pasti akan menyebabkan konflik diri yang tidak berpenghujung. Rahsia mengenal
diri itu sangat penting dalam menempa kehidupan yang lebih sejahtera, bahagia dan
berjaya lebih-lebih lagi menggalas tugas sebagai khalifah memakmurkan ummah.
Tanpa RUH untuk berjihad dan menyumbang kepada masyarakat serta memburu REDHA
Allah pastinya kerjaya hanya akan menjadi platform untuk sebuah kehidupan semata-mata
ms | 15 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
cukup bulan bayar hutang tanpa cinta yang mendalam terhadap kerjaya yang dipilih. Untuk
itu amat sayang sekali sekiranya remaja tidak didedahkan dengan kefahaman dan
matlamat yang jelas ANALISIS KERJAYA ini, ianya punya hubungkait dengan jihad kita
sebagai khalifah khususnya menyumbang kepada pembangunan ummah. Tanpa cinta, ruh,
ilmu dan kefahaman pastinya tiada cahaya yang mampu menjadi matlamat dan inspirasi di
situ dan konsekuennya akan lebih mudah terperangkap dengan stress.
Semoga sedikit sebanyak panduan dan perkongsian yang diberikan mampu memberi
manfaat kepada Amirul serta pembaca di luar sana. Untuk pengetahuan bagi mereka yang
berminat untuk mendalami lebih lanjut tentang kerjaya dan potensi diri boleh membuat
temujanji untuk analisis ini. Cara membuat temujanji boleh dilihat melalui link ini -
http://www.facebook.com/notes/aniz-hj-anwar/4-langkah-mudah-pendaftaran-
mendapat-perkhidmatan-kaunseling/501244406586893
Buat Amirul selamat meneroka keindahan POTENSI DIRI dan HIKMAH di sebalik
perjalanan ini.
Aku belajar diam dari banyaknya bicara
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan
Aku belajar kesusahan dari hidup yang senang
Aku belajar mengalah dari satu keegoisan
Aku belajar keikhlasan dari kepedihan
Aku belajar taqwa dari kekufuran
Aku belajar tawakal dari ujian
Aku belajar redha dari sebuah ketentuan.
Sama-sama kita insafi bait-bait kata-kata HIKMAH mencari makna sebuah perjalanan
ms | 16 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
5. INGIN BEBAS DARI NAJIS DADAH
As Salam Puan Aniz ,
Saya Farid berusia 27 tahun terpanggil untuk
menghubungi Puan atas saranan ibu saya yang
sangat menginginkan saya sembuh dan berubah
ke pangkal jalan.
Saya telah terjebak dengan masalah penagihan
dadah sejak 5 tahun lalu bermula waktu di kampung dengan alasan sekadar ingin mencuba
hinggalah lebih giat lagi apabila bekerja di kota metropolitan Lembah Klang. Wang gaji saya
banyak dihabiskan untuk membeli bekalan najis dadah ini. Sekiranya saya tidak
mengambilnya saya akan berasa letih, lemah, tidak bersemangat dan sangat mengantuk,
nak tak nak saya perlu mengambil dengan alasan perlu bekerja untuk menyara kehidupan
dan keperluan diri.
Saya akui saya jauh dari Allah apatah lagi apabila berjauhan dengan ibubapa. Dan akibat
prestasi kerja yang tidak menentu kesan pengambilan dadah ini juga kontrak kerja saya
tidak disambung oleh majikan. Atas saranan ibu yang prihatin saya disarankan pulang ke
kampung halaman, harapan ibu moga saya sembuh.
Persoalannya Puan bagaimana agaknya saya mampu berubah, kuat dan ikhlas untuk
melepaskan diri dari najis dadah ini, setiap saat dalam minda asyik memikirkan najis itu.
Walaupun saya tahu ianya salah tetapi saya seakan tidak berdaya dan kuat untuk
menangkisnya, tolong Puan saya tidak mahu masa depan saya terus musnah apatah lagi
jika saya telah berkeluarga nanti.
Farid
Kelang
Jawapan;
Terima kasih Farid atas kiriman email. Subhanallah, Farid sebenarnya sangat bertuah
kerana masih punya ibu yang begitu pengasih, penyayang dan prihatin sekali untuk melihat
permata hati yang dikandungnya 28 tahun lalu berubah. Mudah-mudahan keramat kasih
doa ibu serta izin Allah Farid bertemu dengan kelancaran dan keberkatan serta kebahagian
dalam transformasi diri yang Farid idam-idamkan. Keberanian untuk bangkit, sembuh,
menikmati impian diri adalah sangat mudah, Farid.
ms | 17 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Ianya harus dimulai dengan kebenaran dari dalam diri untuk berubah. Tanpa izin dan
keberanian serta penolakan dalam diri yang masih berkonflik tidak akan mampu
membawa Farid kearah transformasi yang tulen. Ianya harus disepakati dan disertai
dengan kejujuran dalam konteks diri dimana minda, emosi, spiritual yang ingin sembuh,
ingin bebas dari najis dadah dan ingin berubah.
Bilamana konteks dalaman iaitu minda, emosi, spiritual yang disertai lisan disepakati
dengan jujur diri ingin berubah insyaAllah langkah akan lebih harmoni dan kasih Allh pasti
membantu. Menerusi kaedah terkini dalam revolusi terapuetik kaunseling sebenarnya
terdapat banyak kaedah yang boleh membantu.
Antaranya adalah Emotional Freedom Technique iaitu suatu terapi yang menggabungjalin
disiplin akupuntur, psikologi dan kesan interaksi tubuh dan sains iaitu system biologi
individu. Kaedah ini sebenarnya amat mudah dipraktikan dan dipelajari. Dengan
mengenalpasti isu yang menganggu dan meletakkan skala tekanan yang dialami individu
boleh menjalani terapi ini. Skrip diri yang ingin berubah dibacakan di titik akupuntur yang
digariskan iaitu karate point, soket mata, dada dan pergelangan akhirnya disudahi dengan
latihan pernafasan. Saat menarik nafas ini individu disarankan memberikan tumpuan
semaksima mungkin tahap tekanan yang dilalui. Dan kemudiannya lepaskan nafas dan
selalunya bagi Muslim saya disarankan diakhiri dengan ucapan-ucapan murni dan kalimah
Allah.
Lazimnya menerusi kaedah ini individu mampu merasakan kelapangan, ketenangan dan
kesejahteraan juga kekuatan diri yang didambakan selama ini. Setelah itu jujur diri berikan
bacaan bagi skala tekanan yang masih berbaki. Sekiranya masih lagi ada belum lagi
mencecah skala kosong atau FREE teruskan proses ini berulangkali, insyaAllah biasanya
tidak sampai pun 5 minit sekiranya individu memberi kerjasama dan tumpuan yang baik.
Selain itu juga, dalam proses penyembuhan diri ini Farid berusahalah untuk mendekatkan
diri dengan Allah, mohonlah dengan sepenuh hati bantuan dariNYA, Saya percaya berkat
kekuatan magnet dan keramat doa ibu, kesungguhan Farid untuk melakukan koreksi diri
juga menjalani hidup sempurna seperti insan lain mudah-mudahan dikirimkan Allah
kebahagian, ketenangan, keindahan, kekuatan dan kesembuhan sebuah transformasi hidup
impian Farid. Sesungguhnya kasih Allah itu selalu ada, DIA hadirkan ujian DIA juga
hadirkan solusi dan penawarnya. Saya mendoakan Farid menikmati kesembuhan yang
lancar dan gemilang.
ms | 18 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
6. TERTEKAN KERANA PUTUS CINTA
As Salam Puan Aniz,
Izinkan saya perkenalkan diri, saya Zetty. Tujuan saya
menghantar email kepada Puan adalah untuk
memohon bantuan dan pandangan berkaitan konflik
yang saya lalui saat ini. Saya sebenarnya baru putus
cinta sebulan yang lalu, pelbagai usaha yang telah saya
lakukan tetapi kenyataannya semakin ingin saya ingin
melupakan si dia semakin kuat ingatan dan kesedihan
yang melanda di dalam diri saya.
Lebih menghiris hati lagi perpisahan ini berlaku dalam persiapan kami untuk bertunang
tidak lama lagi, dalam diam rupa-rupanya si dia ada wanita lain dalam hidupnya. Saya
benar-benar rasa bodoh dan tertipu sekian lama saya menaruh harapan dan kepercayaan
untuk untuk sebuah perkahwinan akhirnya berkecai di tengah jalan. Hinggakan kesihatan
saya juga turut terjejas, sejak sebulan ini saya kerap sakit kepala dan badan pun rasa
kurang sihat selalu. Apabila bangun tidur sepatutnya badan akan rasa lebih sihat dan segar
tetapi saya masih rasa lesu dan tidak bermaya. bagaimana ya Puan saya tidak mahu
keadaan ini menjejaskan kerjaya yang baru saya bina.
Perhatian dan maklum balas Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Zetty
Kuantan
Jawapan;
Terima kasih Zetty untuk kiriman email.Setiap rencana Allah itu ada rahsia dan hikmah
yang tersendiri Zetty, syukur hari ini Zetty telah diperlihatkan bahawasanya si dia
bukanlah yang terbaik untuk menemani perjalanan hidup Zetty apatah lagi untuk melayari
sebuah bahtera rumahtanggga. Kehidupan berumahtangga merupakan suatu ikatan suci
yang menuntut kesabaran, keikhlasan, kemurniaan hati, kejujuran dan komitmen pasangan
untuk mengemudi agar tidak karam di pertengahan jalan.
Fikirkan sejenak Zetty adakah adil untuk Zetty berkeluh-kesah, bersedih, berduka dan
menyimpan rasa benci dan marah sedangkan si dia kini sedang diulit bahagia dengan
pasangan barunya. Kekecewaan, pendaman, api benci, marah, kesal dan sakit hati takkan
mampu mengubah apa yang berlaku Zetty ianya akan hanya memudaratkan diri Zetty.
ms | 19 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Membiarkan diri larut dalam bebanan emosi akan hanya memudarkan potensi diri Zetty
dan tidak mustahil lambat laun yang menerima impak dari keharmonian diri yang terjejas
ini adalah fizikal tubuh Zetty.
Seringkali tubuh menerima isyarat dari interaksi minda, emosi dan spiritual individu maka
apabila berlakunya ujian mahupun cabaran diri berada di dalam keadaan tertekan jika
dibiarkan tubuhlah yang bakal menikmati habuannya. Zetty ada memaklumkan Zetty baru
sahaja memulakan kerjaya, bukan? Cara paling bijak untuk Zetty kembali sihat, segar dan
bertenaga selain mendapat pandangan pakar perubatan adalah dengan Zetty sendiri
bertanggungjawab menangani isu yang hadir. InsyaAllah dengan melihat kembali ke dalam
diri, memanfaatkan potensi diri yang hadir insyaAllah Zetty mampu menanganinya.
Pelbagai teknik boleh digunakan dalam menjayakan penyembuhan diri ini, antaranya
termasuklah Emotional Freedom Technique, menulis jurnal yang tertumpu kepada rasa
kesyukuran berbanding penderitaan, affirmasi minda yang positif, meditasi dan kuasa doa.
Berkongsi perasaan dengan sahabat karib, ahli keluarga serta mendapatkan bantuan
profesional diharap berupaya memberi kelapangan dan kelegaan kepada diri Zetty.
Salah satu kunci yang terbaik untuk mengubat luka hati Zetty adalah kemaafan. Maafkan si
dia yang telah mencalar emosi Zetty, memusnahkan impian indah Zetty untuk sebuah
mahligai bahagia dan mengingkari janji setia yang pernah termeterai di saat mimpi indah
di alam percintaan. Ketahuilah Zetty; kemaafan merupakan hadiah yang terindah
sebenarnya bukan untuk orang lain tetapi demi kesejahteraan, kelapangan dan kejernihan
hati dan kebahagian kehidupan yang Zetty impikan yang lenyap seketika saat jiwa
terhimpit keresahan dan kedukaan yang melanda. Ketahuilah kasih Allah selalu ada,
serahkanlah hati Zetty pada Ilahi, bermunajatlah memohon kesembuhan, memohon
kekuatan dan pimpinan insyaAllah Allah pasti mendengarkan rintihan hati Zetty.
Selamat menikmati penawar Ilahi dan semoga Zetty bertemu keindahan di sebalik sebuah
perpisahan.
Jangan lupa dijemput Zetty dan pembaca Remaja Bersama Aniz untuk mendapatkan
newsletter tentang tip penyembuhan diri, motivasi dan Ebook Ekslusif Rahsia Aura,
Personaliti dan Penyakit dengan mendaftar di laman inspirasi
http://kliniksukses.anizanwar.com
ms | 20 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
7. PERKAHWINAN DAN REDHA
IBUBAPA
As Salam Puan Aniz,
Saya ingin memohon sedikit nasihat dan pandangan
daripada pihak Puan berkaitan dilema yang
menganggu saya saat ini. Begini Puan Aniz saya
Fateha merupakan seorang pelajar yang kini sedang menuntut di luar negara. Saya
terpanggil untuk memohon bantuan dan pandangan Puan kerana bimbang sebenarnya
takut terjebak dengan zina. Saya dan teman lelaki saya mengikuti pengajian di universiti
yang sama, jarak yang jauh dari keluarga secara tidak langsung membuatkan hubungan
kami lebih akrab.
Lantaran itu juga kami bercadang untuk menghalalkan hubungan ini dengan ikatan yang
sah di sisi syariat namun dalam masa yang sama bimbang keinginan dan suara hati kami ini
dibantah oleh kedua ibubapa kami, bagaimana ya Puan?
Apakah tindakan yang harus saya lakukan dan bagaimana harus saya menangani konflik
yang hadir ini sebaiknya. Jawapan dari Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Fateha
Jawapan;
Terima kasih kepada Fateha atas kiriman email. Tidak dinafikan ini adalah antara cabaran
di alam dewasa, cinta yang hadir jika tidak diuruskan dengan bijaksana boleh mengundang
mudarat hinggakan ada pelajar yang terbuai asyik dan lena di alam percintaan sehingga
sanggup menggadai maruah yang kononnya atas dasar cinta. Tak kurang juga gara-gara
cinta pengajian terbengkalai di pertengahan jalan. Jauh daripada ibubapa bukanlah satu
tiket untuk berbuat maksiat andai sahaja Allah diletakkan di hati.
Untuk dilema yang Fateha alami saat ini bawalah bersujud, memohon pimpinan Ilahi
istiharah mudah-mudahan Allah akan memberikan JAWAPAN YANG TERBAIK untuk
Fateha dan pasangan. Bawalah perbincangan dengan kedua ibubapa agar redha mereka
mampu menjadi bekal untuk Fateha melayari kehidupan berumahtangga dengan lebih
harmoni, tenang dan berkat, insyaallah.Keredhaan Allah itu berada di dalam keredhaan
ibubapa jangan sesekali pernah terfikir untuk membelakangi mereka. Bawalah
perbincangan secara baik buktikanlah kepada kedua orang tua kalian, kalian sudah cukup
ms | 21 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
dewasa, matang dan bersedia untuk memikul amanah besar sebuah transisi perjalanan
insan ke alam perkahwinan.
Jadikanlah memburu REDHA Allah itu sebagai matlamat puncak untuk Fateha dan
pasangan mendirikan rumahtangga bukan sekadar menghalalkan yang haram atau
mengelakkan zina itu sebagai matlamat. Ternyata andai MISI NAFSU menjadi matlamat
dibimbangi hari-hari yang mencabar selepas perkahwinan tidak berupaya mendepani
dengan harmoni dan bijaksana apatah lagi saat ini juga sibuk dengan komitmen bergelar
pelajar.
Sebuah perkahwinan itu adalah rangkuman benih cinta yang suci, perasaan, keinginan dan
tanggungjawab untuk memberi dan mengisinya dengan PENUH AMANAH, ianya bukan
suatu ikatan suka-suka hati. Medan dan lapangan suci sebuah perkahwinan itu adalah
platform untuk meraih pahala sebagai bekalan apabila pulang mengadap Ilahi nanti,
ganjaran pahalanya hebat dan cabaran yang mengiringinya juga hebat. Mana mungkinkan
mengharapkan syurga Allah tapi tidak tegar melalui ujian-ujian dariNYA sama jugalah
konsepnya Fateha bergelar pelajar. Pada akhir semester nanti Fateha akan diberi
pengiktirafan berdasarkan pencapaian Fateha. Sebuah perkahwinan itu harus dibina dalam
keadaan penuh rasional bersulam iman dan emosi sebagai sandaran dan pengikat diri.
Mudah-mudahan saya mendoakan Fateha bertemu JAWAPAN yang terbaik dalam
meneruskan perjalanan hidup Fateha bergelar khalifah di bumi Allah. Saya percaya dengan
matlamat yang jelas, Allah pasti bersama memberi kelapangan, kelancaran dan
JAWAPANNYA.
Saya sendiri menikmati keindahan bergelar pelajar apabila sudah berumahtannga, dengan
komitmen dan tanggungjawab bergelar isteri, ibu, anak, pekerja dan masa yang sama
bergelar pelajar saya dapat merasakan kebergantungan yang sangat kuat kepada Allah
dalam mengiringi hari-hari mencabar saya bergelar pelajar berbanding sewaktu bergelar
pelajar ketika bujang dahulu. Sangat beza keindahan yang dinikmati apabila kita melihat
suatu komitmen dan amanah itu sebagai platform untuk meraih REDHA ALLAH, mudah-
mudahan ERTI HIDUP inilah yang mampu Fateha dan pasangan nanti nikmati, insyaallah..
Disinilah kematangan, komitmen, pengertian, komunikasi, persefahaman, kasih sayang dan
doa kedua-dua pasangan suami isteri diperlukan .Perkahwinan bukan sekadar suka-suka
tetapi mengisi amanah, menjunjung syariat Allah melahirkan pewaris Nabi pembela umat
di akhir zaman, di samping terus berbagi amanah sebagai seorang khalifah yang
memakmurkan bumi Allah, insyaallah.
ms | 22 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Buat Fateha selamat meneruskan perjalanan yang indah, ketahuilah KASIH ALLAH itu
selalu ada, rujuklah, mohonlah pimpinanNYA mudah-mudahan segalanya akan terpancar
keindahan, solusi dan kebahagian yang Fateha nanti-nantikan selama ini.
Bagi menghiasi dan memeriahkan lagi warna-warni keindahan dalam perjalanan ini,
dijemput Fateha juga para pembaca yang dikasihi melanggani newsletter inspirasi hidup,
motivasi, rahsia penyembuhan diri khususnya sudut psikologi terus sahaja ke peti surat
email kalian dengan mendaftar di http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/
Jumpa lagi dalam warna-warni kehidupan seterusnya
ms | 23 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
8. TERTEKAN DENGAN LAYANAN IBU
As Salam Puan Aniz,
Saya Dila terpanggil untuk berkongsi tentang
masalah saya yang telah lama saya pendamkan.
Kehidupan saya walaupun mempunyai ibu, ayah
dan adik beradik tetapi kenyataannya tidak sama
seperti keluarga orang lain. Kalau Puan Aniz melihat lakonan dan drama di televisyen
tentang ibu tiri yang zalim, mencela, menghina serta pilih kasih dalam berbagi kasih sayang
kepada anak-anak tetapi saya pula lebih hebat lagi dipinggirkan oleh ibu kandung saya
sendiri. Sejak lahir saya diserahkan kepada datuk dan nenek untuk dijaga kerana kata ibu
saya ini anak yang membawa nasib yang malang kepada ibu.
Hanya setelah bersekolah saya diambil semula oleh ibu tambahan pula nenek telah
meninggal. Saat itu bermula episod yang lebih duka dalam hidup saya, kulit yang gelap,
wajah yang tidak cantik menjadi hinaan ibu, tak cukup dari itu apa sahaja yang saya
lakukan serba tidak kena malah jika berlaku pertengkaran dengan adik seringkali ibu akan
memenangkan dan menyalahkan saya apalagi jawabnya bertanda badan-badan saya.
Sehinggalah sewaktu saya di sekolah menengah akibat sikap ibu yang terlalu melebihkan
adik membuatkan adik lelaki saya sering bertindak di luar kawalan mengambil parang, tali
pinggang atau apa sahaja untuk memukul saya apabila kami bergaduh adik beradik. Pernah
sekali akibat berlaku perselisihan faham adik sanggup menolak saya dari anjung rumah
tingkat satu dan menyebabkan saya berada di dalam keadaan koma di ICU, harapan saya
ibu akan berubah lebih menghargai dan menyayangi saya rupanya saya silap, tak banyak
yang berubah.
Hingga kini hati saya semakin tawar untuk memaafkan setiap penderaan, hinaan, celaan
dan tekanan yang ibu hadiahkan kepada saya.Saya cukup tertekan sebenarnya dengan
beban rasa berkaitan ibu yang bawa selama ini, bagaimana Puan Aniz harus saya
memulakan langkah pertama mengubat diri saya yang sangat terluka dan sedih dengan
layanan ibu.Jawapan Puan Aniz saya nantikan.
Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Dila
Segamat
ms | 24 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Jawapan;
Terima kasih Dila kerana menghantar email kepada saya. Warna-warni kehidupan yang
terkadang tidak pernah kita duga ada berlaku di sekeliling kita apatah lagi di era milenium
ini tentang kepercayaan yang tidak rasional. Permainan minda, pra sangka, kata-kata
adalah antara bibit-bibit yang akan membuahkan keindahan mahupun kemudaratan dalam
hidup insan. Ianya boleh menjadi doa mahupun sumpah yang akan memakan diri.
Kenyataan ini memang perit dan tidak mudah untuk diterima oleh anak kecil yang
dahagakan kasih sayang apatah dalam peringkat tumbesaran kritikal. Gaya asuhan ibubapa
di peringkat kosong hingga lapan belas tahun merupakan tahun-tahun penting individu
membentuk personaliti dan jati diri, apabila berlakunya lekatan-lekatan seperti ini mangsa
penderaan, pilih kasih dan sebagainya konsekuen mengesani KONSEP KENDIRI individu.
Kurang keyakinan diri, mempunyai kritik diri yang tinggi, cenderung mengasingkan diri
dan sering mencari alasan untuk membina boundary selamatnya. Impaknya hidup berada
di dalam fasa krisis yang tidak berpenghujung, peperangan diri antara rindukan kehadiran
kasih sayang dan belaian ibu dan rasa terkilan, benci dan marah.
Ini yang terkadang walaupun dianugerahkan Allah hadiah-hadiah yang hebat seperti
kerjaya yang cemerlang, sahabat yang setia mendengar dan kemewahan takkan mampu
mengubat luka yang hadir.
Mudah sahaja Dila, ianya harus bermula dari dalam diri Dila. Perkara asas yang perlu Dila
lakukan adalah memaafkan ibu Dila, ada sebab dia jadi begitu lazimnya individu yang suka
mencari permusuhan dengan orang lain, tidak menghargai mahupun tidak mengasihi insan
lain ada sisi silam mereka yang pahit juga.
Mengikut teori hanya individu yang pernah mengalami penderaan sahaja mampu menjadi
pendera yang baik dalam kamusnya. Beban rasa, kesakitan, dendam silam dilepaskan
kepada anaknya itulah yang selalunya berlaku. Adalah menjadi VIRUS KETURUNAN jika
dendam silam ini tidak bereskan dengan baik dan harmoni. Mulakan belajar untuk
menyelami sisi silam dan kehidupan ibu Dila, kenapa agaknya dia bersikap sedemikian.
Apabila Dila lebih mengerti penderitaan mahupun kesakitan yang pernah ibu alami,
insyaAllah Dila akan lebih mudah memaafkan ibu.
Kata-kata hikmah ada menyebut kemaafan merupakan hadiah yang paling mahal dan
beharga bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita. Bersama iringan kemaafan akan
menemukan Dila kebebasan dari sarat beban rasa yang melelahkan, malah bukan itu sahaja
ianya akan membawa Dila kepada keharmonian, kelapangan hati serta keredhaan yang
total. Dengan ilmu dan teknologi terkini Emotional Freedom Technique insyaAllah Dila
ms | 25 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
mampu menikmati semua ini, EFT merupakan jalan pintas untuk individu menikmati
kesembuhan diri yang pantas, mudah dan berkesan.
Dan tidak lupa pastinya dengan kuasa doa kepada pemilik dan pentadbir agung Allah swt
mudah-mudahan Allah akan sembuhkan luka hati Dila. Dan jangan dilupakan juga
doakanlah ibu dengan ikhlas dan murni hati :
Ya Allah Ya Tuhanku lupuskan api kemarahan, dendam, benci dan sakit hati diriku
terhadap ibuku gantikanlah ia Ya Allah dengan kelapangan hati, kasih saying, keharmonian
serta redhaMu mengiringi perjalanan kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan yang
Engkau redhai
Jangan sesekali meminggirkan kekuatan dan potensi doa, ianya ibarat senjata di medan
perjuangan Dila. Ibarat pepatah Inggeris Life Is Fragile, Handle With Care tapi kita
sebagai yang Muslim Life Is Fragile, Handle It With Duaa, insyaAllah. Disitulah sumber
kekuatan, kesembuhan dan ketenangan serta keharmonian yang tulen. Keredhaan Allah itu
berada di dalam keredhaan ibubapa namun dalam masa yang sama terkadang dosa
ibubapa mendahului dosa anak terhadap orang tuanya, mudah-mudahan dengan bingkisan
dan jawapan ini Dila mampu menamatkannya.
Kehidupan ini suatu pilihan, Dila berhak memilih dan bertindak untuk yang terbaik untuk
diri Dila.Semoga Dila dituntun Ilahi dalam mencari penawar dan penyelesaian melewati
krisis diri yang hadir. Burulah redha Ilahi sebagai matlamat hidup insyaAllah yang lain
pasti akan menyusul dengan harmoni sekali, insyaAllah.
Buat Dila juga para pembaca yang budiman jangan lupa jemput melanggani laman web
http://kliniksukses.anizanwar.com untuk mendapatkan tip-tip, petua, inspirasi dan hadiah
percuma berkaitan kesembuhan diri, transformasi dan revolusi gemilang insan, insyaAllah.
Bagi yang berminat untuk meneroka keindahan ilmu berkaitan Emotional Freedom
Technique, perincian lanjut gaya asuhan dan impak kepada personality diri, pengurusan
stress, rahsia doa dan kuasa minda dijemput hadir di Life Coaching Klinik Sukses yang
dijadualkan 25hb Jun 2011.
Sesungguhnya kesaksian Allah itu sangat benar, kasih sayingNYA juga cukup hebat dan
sungguh luar biasa seringkali Dia hadirkan ujian Dia juga hadirkan PENAWAR dan
solusinya. Semoga kita dipertemukan dalam perkongsian penuh murni, penuh makna
melengkapi keindahan ukhwah hidup insani, insyaAllah.
ms | 26 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
9. TRAUMA CABUL KESAN
HUBUNGAN INTERPERSONAL
Pn Aniz,
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada
Puan Aniz kerana sudi meluangkan masa membaca
dan menjawab email saya ini. Saya Siti Mazidah
(bukan nama sebenar) saya ada masalah berkaitan hubungan sosial dan komunikasi antara
rakan sekuliah dan kolej terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Keadaan ini membuatkan
saya rasa rendah diri, tak normal dan kadang-kadang rasa menyusahkan diri saya sendiri.
Membaca artikel Puan Aniz berkaitan personaliti dan lekatan silam di laman web saya rasa
benar ianya ada pengaruh dengan krisis yang saya alami kini.
Saya sebenarnya pernah mengalami sendiri peristiwa hitam sewaktu sekolah menengah
dahulu, saya hampir dicabuli oleh abang sepupu saya. Peristiwa hitam ini tidak dinafikan
sering menghantui saya walaupun kini telah hampir 4 tahun ianya berlalu ada ketikanya
membuatkan saya hilang semangat dan benci kepada diri saya kerana kenaifan saya
peristiwa itu boleh terjadi.
Tolong Puan Aniz saya tidak mahu masalah ini terus membebankan hidup saya dan
mengundang mudarat dalam interaksi kehidupan saya bergelar pelajar dan bekerjaya
suatu hari nanti.
Siti Mazidah
Muar
Jawapan;
Terima kasih Siti kerana menghantar email kepada saya , insyaAllah saya cuba membantu
menurut ilmu dan pengalaman saya. Ya benartu Siti, dalam sedar atau pun lekatan silam
mempunya kesan langsung terhadap personality individu.Kadang kala situasi mahupun
krisis diri ini terjadi bukan maksud diri untuk melarikan diri daripada masalah tetapi
melindungi pesempadanan diri serta kepercayaan yang dikhianati.
Maksudnya disini keakraban hubungan siratulrahim sesama saudara mara yang juga
berpangkat abang sepupu rupanya mengundang padah walaupun ianya bukan isu rogol
atau sebagainya tetapi ia tetap tragedy dan pengalaman yang sangat asing gadis seusia Siti
waktu itu. Cara terbaik untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan menerima segala
ujian yang pernah hadir ini dengan penuh rasa redha. Ianya satu peristiwa yang bertahun
ms | 27 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
telah berlalu Siti dan sesungguhnya abang sepupu Siti tidak boleh lagi menganggu atau
memberi mudarat kepada diri Siti tanpa izin dan kebenaran diri Siti. Tiada sebab untuk Siti
terus hidup dalam memori silam ini.
Sama ada Siti sedar atau tidak , sistem kepercayaan diri dan sikap yang Siti bawa ini tidak
akan mengundang mudarat sekiranya Siti sendiri tidak membenarkannya. Maksudnya Siti
mampu untuk menikmati bahagia, sejahtera, lancar dan harmoni dalam hubungan sosial,
komunikasi bersama rakan sebaya khususnya rakan sekuliah dalam gerak kerja
berkumpulan.
Semua krisis diri hanya mampu berlaku dengan kebenaran dari dalam diri Siti tanpa izin
Siti saya percaya peristiwa yang telah 4 tahun lalu berlalu itu tidak sedikitpun mengesani
malah ianya satu pengajaran dan ilmiu yang cukup berharga untuk lebih berwaspada dan
berhati di dalam setiap tutur bicara, tingkah laku dan layanan kepada rakan-rakan
khususnya mereka yang berlainan gender. Namun sikap hati-hati tidaklah sampai
mengundang abnormal yang menyukarkan perjalanan hidup Siti.
Ada beberapa teknik yang boleh lakukan dalam mengatasi masalah ini antara lain cuba
melihat hikmah dan pengajaran yang boleh Siti jadikan ikhtibar dan sempadan di sebalik
kejadian tersebut. Maafkan kealpaan dan kenaifan diri yang terlalu mudah mempercayai
orang lain. Dan pastinya tidak lupa Siti juga harus mulai belajar memaafkan tindakan abang
sepupu Siti itu.
Hanya dengan kemaafan insyaAllah mampu memberikan HADIAH buat Siti, hadiah yang
mana selama ini Siti damba-dambakan iaitu sebuah keharmonian, ketenangan, keyakinan
dan keberanian untuk terus melangkah mengejar impian bergelar graduan, insyaAllah. Dan
jangan lupa berbaik sangka dengan Allah dan berbaik sangka jugalaa dengan insan-insan
sekeliling Siti kerana apa yang Siti lontarkan itu ibarat anak panah yang akan kembali ke
dalam hidup Siti. Dan pastinya tidak lupa juga doa agar terus dipelihara dan dilindungi
daripada kejahatan manusia-manusia yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.
Semoga tip tersebut mampu membantu Siti membina kekuatan dan keberanian untuk
bangkit sembuh dan transform menuju impian diri yang Siti impi-impikan, insyaAllah.
ms | 28 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
10. TERTEKAN DENGAN MASALAH JERAWAT
Puan,
Saya Siti Aminah berusia awal 20-an, masalah saya ini
mungkin agak biasa bagi orang lain tetapi bagi saya sendiri
yang melaluinya memang tertekan sebenarnya. Sudah hampir
5 tahun saya berhadapan dengan masalah jerawat ini. Tak
dinafikan sedikit sebanyak ianya sangat menganggu keyakinan
diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai mahupun
dalam hubungan dengan orang lain. Bila jerawat naik merah
saya akan lebih tertekan kerana berasa sakit dan masa yang
sama saya rasa seolah-olah orang lain akan merasa geli dan tak selesa berkawan dengan
saya. Emosi marah, benci, geram dan kecewa bermain di minda, pelbagai jenama terkenal
sudah saya cuba tetapi masih belum bertemu dengan solusi yang benar-benar berkesan.
Walaupun saya Puan bukanlah pakar kulit tetapi saya tahu melalui pembacaan saya
jerawat ini ada kaitan dengan pergolakan emosi, mudah-mudahan kepakaran Puan dapat
membantu saya berhadapan dengan ujian ini.
Siti Aminah
Puchong
Jawapan;
Terima kasih Siti Aminah atas kiriman email ini. Ya saya akui tidak semua insan bertuah
memiliki kulit wajah yang bersih, licin dan berseri secara semulajadi apatah lagi pengaruh
hormon, faktor usia, pengaruh genetik, gaya hidup dan juga pemakanan terkadang kita
terlepas pandang. Saya juga akui ramai sebenarnya individu di luar sana yang juga
mengalami tekanan yang tidak kurang hebat gara-gara masalah kulit wajah ini.
Kata-kata kritikan, sindiran alah bisa tegal biasa namun ada ketikanya kita yang manusia
terkadang terguris juga, betul tak Siti? Inikan pula jika teguran itu berbaur cemuhan
bukannya sokongan mahupun tanda keprihatinan akan lebih terasa sensitivitinya.
Beginilah Siti, cuba Siti renung dan lihat sekeliling Siti selain ujian memiliki kulit wajah
yang berjerawat dengan kesan parut yang tidak cantik di pandang mata apakah kelebihan
Siti? Apakah lagi ANUGERAH Ilahi yang Siti tetap terus menikmatinya, penglihatan, deria
bau, selera makan, kesihatan, minda yang sihat dan cergas untuk meneroka ilmu, deria
pendengaran yang masih boleh terus mendengar???
ms | 29 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Banyak sekali nikmat dan rahmat Siti raihkan? Ini belum lagi POTENSI atau KELEBIHAN
yang Siti miliki berbanding insan lain. Seringkali bila kita diuji Tuhan kita cenderung untuk
melihat sesuatu masalah itu TERLALU BESAR sehingga menenggelam KEINDAHAN DIRI
untuk terus mengecapi nikmat dan rahmat yang Tuhan berikan.
Setiap rencana Allah hikmahNYA mungkin hari ini Siti tidak nampak tetapi insyaallah di
kemudian hari Siti akan nampak betapa besar rahmat Allah di sebalik ujian masalah kulit
berjerawat ini. Saya sendiri pernah mendengar kisah seorang sahabat yang melahirkan
rasa syukur akibat masalah jerawat yang kronik beliau alami beliau sangat-sangat
bersyukur kerana di sebalik rahmat Allah ini membuatkan beliau memencilkan diri kerana
berasa malu, kurang keyakinan untuk berhadapan dengan persekitaran baru yang cukup
terdedah dengan maksiat. Rupa-rupanya Allah kasih akan insan bertuah ini untuk
melindungi beliau dari dosa, maksiat dan zina.
Nah! Siti itu satu contoh RAHMAT Allah yang sangat mudah. Apa yang mungkin Siti lakukan
adalah terus berusaha dan meminta pada empunya penawar dan alam ini agar Siti
ditemukan dengan solusi yang benar-benar efektif dan jangan lupa juga yang paling
penting selamat. Hindari stress kerana tidak dinafikan pengaruh stress ada hubunngannya
dengan kestabilan hormon, perbanyakkan minum air kosong, amalkan pemakanan yang
sihat dan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga buah-buahan. Kandungan
mineral, vitamin di dalam pemakanan ini mampu untuk membersihkan usus, darah dan
insyaallah membantu penyingkiran toksin juga mendapan merbahaya yang menyumbang
kepada permasalah kulit berjerawat.
Petua-petua lama yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas boleh sahaja Siti
amalkan seperti membasuh muka dengan air kelapa yang sebenarnya kaya dengan oksigen
dan pembunuh kuman, sagu rumbia, pucuk jambu batu dan sebagainya. Bukan itu sahaja
produk-produk yang berasaskan kolagen sebaiknya marin kolagen, gluthation, resvertoral
bagus Siti teliti apabila membeli, ianya bukan sahaja mampu memperbaiki sel tetapi juga
mampu meremajakan lukit wajah Siti.Siti juga boleh mengamalkan pemakanan yang kaya
dengan antioksida yang lazimnya terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran
antaranya dilema, keledek, ubi merah, bayam, betik, anggur dan lain-lain lagi.
Apapun semoga siti tidak terus tertekan insyaallah dengan ujian jerawat sebenarnya
banyak yang siti telah belajar, sedang belajar dan akan belajar tentang kehidupan ini.
Semoga siti terus sejahtera dan bahagia menempuh fasa-fasa dalam kehidupan yang
sungguh bermakna ini.
Selamat meneroka khazanah diri dan selamat bertemu solusi yang dicari.
ms | 30 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
11. MENGATASI TEKANAN MENJELANG
PEPERIKSAAN DAN SIKAP SUKA
BERTANGGUH
Puan
Saya ada sedikit pertanyaan bagaimanakan cara
terbaik bagi mengatasi masalah tidak bersedia dan
bertangguh menjelang peperiksaan. Saya Shahir
bakal menduduki SPM tidak lama lagi tapi
masalahnya walaupun terbit rasa ragu, bimbang dan takut tapi dari segi motivasi diri untuk
belajar dan lebih fokus tidak hadir, macam takde apa-apa padahal memang agak tertekan
jika mengingatkan subjek mahupun topik-topik yang perlu diulangkaji.
Mohon tip agar saya lebih bermotivasi, yakin diri dan fokus menghadapi peperiksaan ini.
Segala jasa baik Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Shahir,
Melaka.
Jawapan;
Terima kasih atas kiriman email dan pertanyaan dari adik Shahir. Memang agak tertekan
menjelang peperiksaan penting sebegini apatah lagi ianya turut membentuk halatuju alam
pengajian di peringkat seterusnya. Cara yang terbaik untuk mengatasi cabaran yang hadir
adalah dengan Shahir sendiri harus BERANI melihat ke dalam diri .Selain membina FOKUS
kepada peperiksaan ini adalah LEBIH BIJAKSANA jika Shahir mampu menarik perhatian
kepada POTENSI dan juga KEKUATAN DIRI Shahir dalam mengatasi cabaran-cabaran yang
hadir. Pendek kata disini selain dari terlalu memikirkan kebimbangan, ketakutan dan terus
tenggelam dalam sikap suka bertangguh tanpa bertindak apa-apa langkah pertama yang
boleh Shahir lakukan adalah BERTINDAK dengan kelebihan diri yang ada.
Shahir harus punya rasa amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri disini,
membiarkan keadaan dan tekanan menguasai diri tidak akan membawa ke mana, hanya
ibarat mensabotaj diri sendiri. Tiada siapa yang BOLEH membantu Shahir jika Shahir
sendiri tidak membantu diri Shahir untuk lebih berjaya.
Kuatkan azam, sematkan tekad dan zahirkan ia menerusi praktikal dan tindakan juga gerak
kerja seharian Shahir bergelar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang penting.
ms | 31 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Aturkan masa dan susun semula jadual harian mengikut perancangan dan KEUTAMAAN,
yang mana kurang berfaedah mahupun tidak berfaedah seperti berada di meja laptop
terlalu lama bermain facebook, games, melayari internet yang kurang menyumbang kepada
pengkayaan ilmu dan pengetahuan peperiksaan sewajarnya dikurang-kurangkan. Ianya
AMAT PENTING dalam membina FOKUS tanpa sedar unsur-unsur inilah yang akan
melunturkan motivasi diri, fokus dan keyakinan untuk menempa kejayaan.
Dalam meletakkan SASARAN mahupun MATLAMAT lakukanlah pula dengan JUJUR HATI
agar ianya mampu di raih dalam ruang lingkup kemampuan diri. Berikan sedikit cabaran
agar secara tidak langsung Shahir punya motivasi diri untuk keluar dari kepompong selesa
dan berusaha lebih bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha, pengorbanan dan sabar.
Sebagai Muslim bergantung harap dan berdoalah dengan penuh hadir dan yakin bahawa
Allah itu Maha Mendengar pintalah padaNya agar jejak gemilang untuk menempa kejayaan
yang hebat dalam kamus diari Shahir dimakbulkan. Hampir selalu kepadaNya kerana
DIAlah pentadbir hebat dan pemilik segala kejayaan di dunia ini. Bukan itu sahaja tetapi
yang lebih penting disini apabila ruh kita dekat dan hampir selalu kepada Allah hati akan
menjadi tenang. Dan sesungguhnya di sebalik rahsia tenang inilah FOKUS mampu terbina
dan usaha mampu diberikan lebih baik lagi, insyaallah.
Harapan saya semoga dengan tips ini Shahir akan lebih yakin, bertanggungjawab dan
amanah terhadap diri Shahir sendiri. Jangan sesekali membenarkan diri tenggelam dalam
monolog dalaman yang menganiayai, jadilah insan yang bertanggungjawab dan amanah
kerana Allah ya. Kehidupan ini bukan cuma-cuma lebih lagi anak muda yang cukup kaya
dengan potensi diri seperti Shahir ini.
Bagaimana ingin mencorak bangsa andai diri hanyut dalam arus yang melalaikan, harapan
ibu bapa, ahli keluarga yang sentiasa mendoa dan mengharapkan kejayaan untuk Shahir
namun jika Shahir sendiri mengambil sikap endah tidak endah, bagaimana HADIAH
kejayaan mampu Allah hadiahkan, bukankah begitu? Mulakan dengan membenarkan diri
Shahir untuk mencipta transformasi demi masa depan yang lebih gemilang, masa depan
yang Shahir sendiri idam-idamkan. Ilmu sangat penting itulah nanti bakal penyuluh
kejayaan dan gemilang diri seterusnya. Luqman Hakim sendiri ada berpesan kepada
anaknya :
"Tuntutlah ilmu anakku jika kamu miskin ilmu itu akan menjadi harta untuk kamu tetapi
jika kamu kaya ianya akan menjadi perhiasan peribadi kamu"
ms | 32 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Semoga Shahir akan lebih yakin, fokus, displin dan istiqamah selepas ini. Semoga kejayaan
mampu mengukir senyuman di bibir penuh murni, penuh makna di dalam peperiksaan
SPM nanti. Selamat Maju Jaya dari saya!
ms | 33 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
12. MINAT KAUM SEJENIS
Puan Aniz,
Saya ada sedikit persoalan yang ingin diajukan saya
Shamsul berusia pertengahan 20-an, masalah saya
ini telah lama saya pendamkan bukan maksud saya
melawan takdir dengan berlagak feminin walaupun
hakikatnya saya dilahirkan normal sama seperti
bayi-bayi lelaki yang lain tetapi saya sendiri tidak
mengerti sukar bagi saya menghakis rasa minat dan cenderung tertarik kepada kaum
lelaki. Hinggakan kadang saya rasa amat berdosa walaupun sekadar minat dan suka-suka
masih tidak melampaui sempadan saya rasa diri saya ini tidak sempurna, kekok dan
rendah diri.
Dan buat pengetahuan Puan juga saya juga mengalami konflik di dalam keluarga di mana
kedua-dua ibu bapa saya telah bercerai malah semasa mereka bersama sebagai pasangan
saya selalu sahaja menjadi mangsa ataupun tempat melepaskan kemarahan baik sudut
fizikal mahupun tutur kata.
Tolong saya Puan, bagaimana harus saya mulakan untuk memperbaiki keadaan ini.
Shamsul
Kuala Lumpur
Jawapan;
Terima kasih Shamsul atas kiriman email, syukur dan tahniah dari saya buat Shamsul yang
sedar dan berani untuk memperbaiki kelemahan yang hadir. Begitulah kehidupan Shamsul
setiap manusia pasti akan diuji cuma yang membezakannya isu dan bagaimana
kebijaksanaan kita sebagai individu dan hamba Allah mengatasinya. Mengikut teori
perkembangan personaliti oleh Erik Erikson bagi individu yang mempunyai masalah dari
sudut kecelaruan gender ini lazimnya mereka mempunyai lekatan silam di peringkat
tumbesaran mereka iaitu di fasa 12 tahun hingga 18 tahun.
Pada usia yang mula menginjak remaja individu telah mula membina kematangan diri
namun dalam situasi Shamsul yang teruji dibesarkan dalam keadaan keluarga yang kurang
harmonis yang mana mengikut penceritaan sering menjadi mangsa penderaan maka
disinilah antara titik mula punca bibit kecelaruan gender bermula. Apa yang mungkin
berlaku dalam situasi Shamsul, kekerasan, tekanan, api kemarahan, kebencian dan juga
ms | 34 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
kesedihan yang menyelebungi membuatkan jiwa kelakian Shamsul seakan tidak berdaya,
lemas dan keliru. Maka sebagai membina ruang keselasaan dan keseronokan juga
keselamatan diri Shamsul secara perlahan-lahan membentuk identiti yang bersifat
keperempuanan atau feminin.
Sebagai wanita secara peribadi Shamsul mempunyai tanggapan ataupun nilaian seorang
yang lemah-lembut, sopan-santun, manja, dilindungi dan tidak selayaknya dilakukan
kekerasan ke atasnya. Dengan meminjam sifat feminin ke dalam diri dapat diperhatikan
kemungkinan tekanan yang selama ini diberikan dan dirasakan sedikit berkurangan.
Namun setelah SEDAR dan cukup dewasa untuk melihat kembali konteks kehidupan yang
lebih mencabar serta pendedahan ilmu, kesedaran agama ianya bukanlah cara yang terbaik
untuk merawat mahupun menyembuhkan luka silam Shamsul yang tercalar.
Anak yang sepatutnya dibelai dengan kemanjaan, diberi didikan, asuhan, bimbingan,
pengertian, di ajar menghormati tetapi sebaliknya ibubapa itu sendiri yang mencalarnya.
Walaubagaimanapun setiap yang berlaku punya RAHSIA dan HIKMAH yang tersendiri, ada
mesej dan proses tarbiyyah daripada Allah swt untuk Shamsul pelajari.
Bukan sama sekali ingin menuding jari kepada kedua ibubapa ya disini tetapi agar dapat
memberi KESEDARAN atas apa yang berlaku Shamsul sendiri HARUS
BERTANGGUNGJAWAB, AMANAH, JUJUR dan BERANI untuk melakukan koreksi diri demi
sebuah redha Allah dalam perjalanan ini. Mungkin kedua ibubapa Shamsul dulu hidup
dalam keadaan yang cukup tertekan dan disini tidak adil untuk Shamsul mendendami
mereka. Kurang pengetahuan dan pendedahan mereka kurang bijaksana dalam menangani
tekanan dan lantarannya dilepaskan kepada insan-insan yang tersayang, maafkanlah kedua
orang tua Shamsul insyaallah Shamsul akan peroleh ketenangan diri.
Dan berkaitan kecenderungan dan minat kepada kaum sejenis pula usah terus diberikan
"perhatian" dan "suntikan" apabila Shamsul sendiri membenarkan diri Shamsul terdedah
kepada minat ini secara tidak langsung sebenarnya Shamsul sendiri telah mengundang
"rasa" itu sedangkan dalam sedar Shamsul juga sedar sebagai Muslim ianya boleh
mengundang kemurkaan Allah. Ketahuilah Shamsul, hati hanya akan menjadi lapang,
bahagia, tenang apabila kita hampir dengan Allah , apabila kehidupan berada di dalam
landasan Allah maka disitulah kuncinya untuk Shamsul berubah dan mengatasi masalah
dan cabaran yang hadir. Lupuskan segala kesakitan, kebencian, dendam, api kemarahan,
kesal dan terkilan juga kecewa yang mewarnai kehidupan Shamsul; mohonlah dengan
rendah hati kepada Allah swt agar ianya digantikan dengan kelapangan, keharmonian,
kesembuhan, kekuatan, keyakinan, kebahagian dan kesejahteraan demi sebuah redha Ilahi
untuk kehidupan di dunia dan akhirat, insyaallah.
ms | 35 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Semoga Shamsul berjaya menangani cabaran yang hadir. Yakinlaa doa yang dipohon untuk
memburu redha dan syariat Allah pasti Allah akan mendengar dan memakbulkannya.
Semoga Shamsul temui Shamsul yang Shamsul idam-idamkan, insyaallah!
ms | 36 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
13. KURANG KEYAKINAN DIRI
MENGHADIRI TEMUDUGA
Puan;
Saya Najib Fikri berusia 25 tahun, masalah saya
mungkin tidak sehebat insan lain namun saya kira
ianya bagi saya amat mengganggu kerana masalah berkaitan keyakinan diri melemahkan
semangat untuk mendapatkan pekerjaan apatah lagi penguasaan Bahasa Inggeris yang
lemah.
Keadaan ini seringkali membuatkan saya rasa amat tertekan apabila menghadiri temuduga.
Kerjaya yang tidak menentu yang juga tidak menepati kelulusan ijazah sarjana juga
membuatkan saya rasa terpinggir dan memencilkan diri dari rakan-rakan yang lain, mohon
bantuan tip juga motivasi dari Puan buat saya berhadapan dengan konflik ini.
Kerjasama Puan saya dahului ucapan ribuan terima kasih.
Najib Fikri
Jawapan;
Terima kasih atas kiriman email dan pertanyaan dari adik Najib Fikri. Saya kira adalah
sesuatu yang agak lazim bagi graduan yang baru menempuh alam kerjaya, suasana
pembelajaran dan juga dunia realiti tidak sama. Maka disinilah cabaran baru bakal bermula
bukan sahaja menguji kemampuan intelektual tetapi juga dari segi jati diri individu
kekuatan mental, emosi juga efikasi diri mengendalikan tekanan dan cabaran.
Percayalah Najib semua ini permulaan yang hebat sebenarnya kerana di mana ada cabaran
dan tekanan disitulah juga seharusnya menjadi nadi atau pemangkin untuk Najib berusaha
dengan ikhlas, gigih, komited, jujur dan berani untuk mengatasi kelemahan dan
memperkemaskan diri menepati kehendak dunia dan pasaran profesional yang Najib
ceburi. Saya percaya dengan keberanian, kegigihan dan semangat untuk memajukan diri
Najib pasti akan berjaya. Setiap kelemahan seharusnya tidak dijadikan titik noktah untuk
Najib mengalah, kemampuan menguasai Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang terlalu
sukar insyaallah dengan pendedahan, keinginan, keberanian dan semangat memperbaiki
diri juga terus belajar pastinya kelemahan ini mampu diatasi.
Sesuatu sukar hanya menjadi sukar apabila kita tidak biasa dengannya insyaallah lama-
kelamaan dengan pengaruh suasana pekerjaan, pengalaman, pengetahuan dan pendedahan
ms | 37 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
bukan sahaja penguasaan Bahasa Inggeris malah banyak lagi aspek kehidupan yang
mampu Najib terokai.Dari situ nanti lama kelamaan mampu menyumbang kepada tahap
keyakinan diri yang lebih mantap dan sempurna.
Menempuh alam pekerjaan merupakan sebahagian dari tanggungjawab sebagai seorang
khalifah bagi individu Islam, dengan nawaitu yang ikhlas mencari rezeki untuk kehidupan
di samping matlamat yang jelas menyumbang kepada masyarakat yang mana akan
dipersoalkan pertanggungjawaban di akhirat nanti seharusnya dijalani dengan penuh hadir
dan keterujaan. Di mana ada cabaran disitu jugalah terbentang ruang yang luas untuk
mengutip pahala, insyaallah mohon selalu bantuan Allah agar cabaran yang hadir mampu
Najib laluinya dengan mudah dan lancar.
Jika Najib masih punya ibu dan ayah mohon doa mereka agar laluan kerjaya Najib
diberikan kejayaan, kelancaran dan keberkatan kerana doa ibu dan ayah inilah MAGNET
untuk kehidupan yang hebat dalam perjalanan insan bergelar anak. Doa ibubapa tiada hijab
beruntunglah bagi anak-anak yang masih punya ayah dan ibu mengapa tidak agen
"keramat" ini kita mohonkan bantuan , insyaallah rezeki yang diperolehi nanti kongsikan
kembali kepada mereka pastinya kehidupan akan lebih barokah.
Semoga kata-kata semangat dan panduan yang dikongsikan dapat memberikan perangsang
buat Najib mendepani cabaran yang hadir. Tiada insan lain yang mampu menolong jika diri
kita sendiri tidak menolong diri kita sendiri, bertanggungjawab, amanah, jujur, berani dan
ikhlas untuk berebut redha Allah mengecapi kebahagian dunia dan akhirat , manfaatkanlah
ANUGERAH kekuatan dan kelebihan yang Allah kirimkan dalam berhadapan dengan
cabaran yang hadir.
Doa saya semoga impian kerjaya Najib melalui kejayaan yang manis dan menghiburkan,
insyaallah!
ms | 38 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
14. TERTEKAN DENGAN KONFLIK
IBUBAPA
As Salam Puan Aniz,
Saya Melissa mempunyai 2 orang adik beradik
berusia 16 tahun. Masalah saya adalah berkaitan
ibu dan ayah saya, mereka sudah tidak sehaluan lagi
dan selalu sahaja bergaduh kerana ayah sudah ada teman wanita baru. Sebagai anak yang
sulung saya melihat kesedihan dan tekanan yang ibu alami tapi dalam masa yang sama
saya sendiri tak berani untuk masuk campur kerana sikap ayah yang panas baran sejak
terjebak dengan hubungan ketiga ini. Kadang-kadang ibu juga melepaskan tekanan kepada
kami adik beradik mungkin ibu juga sangat tertekan dengan sikap ayah yang tidak
bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
Tolong Puan, saya takut dan bimbang kalau mereka bercerai dan saya sendiri terpaksa
membuat pilihan sama ada ingin tinggal bersama ayah atau ibu. Saya sangat sedih
sebenarnya dengan apa yang berlaku dan pelajaran saya juga turut terganggu.
Melissa
Kota Kinabalu
Jawapan;
Terima kasih atas kiriman email daripada adik Melissa. Tersentuh hati saya membaca
kiriman email ini, tidak dapat dinafikan apabila berlakunya keretakan dalam rumahtangga
mahupun konflik dalam institusi perkahwinan yang menerima impak yang lebih besar
adalah anak-anak sebenarnya. Lebih-lebih dalam suasana pembesaran anak-anak ingin
sangat dahagakan kasih sayang, perhatian, belaian dan juga didikan serta bimbingan
daripada ROLE MODEL mereka iaitu selayaknya ibu dan ayahlah dalam perkembangan
personaliti yang normal. Tetapi ini semua tidak selalu terjadi, ku sangka panas hingga ke
petang rupanya hujan di tengahari. Namun yakin dan percayalah di sebalik rintik-rintik
hujan yang hadir sebenarnya Allah ingin menghadiahkan keindahan pelangi yang
memukau hati dan pandangan yang melihatnya.
Buat adik Melissa yakinlah setiap yang berlaku dalam perjalanan insan ini sebahagiannya
sudah tertulis di Luh Mahfudz kita sebagai hamba yang kerdil terkadang tidak mampu
untuk menolak takdir Allah. Apa yang berlaku punya RAHSIA dan HIKMAH yang tersendiri,
dalam usia menginjak remaja dan sudah punya akal yang waras untuk berfikir Melissa
bertindaklah dengan bijak.
ms | 39 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
Jangan sesekali membiarkan kemelut yang hadir merosakkan kehidupan Melissa,
seharusnya Melissa lebih kuat, cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Sebagai anak yang
solehah lakukanlah yang terbaik untuk memberi kelapangan dan rasa bahagia buat ibu dan
ayah Melissa.
Usah sesekali Melissa mendendami ayah, apa yang berlaku adalah masalah antara ibu dan
ayah maka doakanlah YANG TERBAIK untuk perjalanan dan kehidupan Melissa seisi
keluarga. Sekiranya ada hak-hak yang mungkin ayah sendiri tidak ambil pusing mahupun
kecurangan atau pengkhianatan lantaran mabuk cintanya, itu antara dia dengan Tuhan
namun dia tetap masih ayah Melissa. Keramat ibu dan ayah sangat luar biasa, insyaallah
YAKIN dan PERCAYALAH mohon selalu pada Allah tanpa lelah dan jemu agar kasih sayang
dan cinta ibu dan ayah Melissa bertaut kembali.
Setiap manusia tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan, ada sebab Allah turunkan ujian
untuk masing-masing juga pasangan suami isteri untuk belajar dan menginsafi kelemahan
yang hadir dan berusaha memperbaikinya demi redha Allah, memelihara kesejahteraan
dan keharmonian hubungan kekeluargaan khususnya anak-anak yang sememangnya
mengharapkan pimpinan dan kasih sayang dari orang tuanya.
Serahkan semuanya kepada Allah insyaallah hati Melissa akan lebih tenang dan bahagia
dan ingat jangan putus berdoa kepada Allah mudah-mudahan ibu diberi kesembuhan,
kekuatan dan kesabaran menerima ujian dari Ilahi lantas meneruskan kehidupan. Buat
ayah pula berdoalah untuk keinsafan dan kesedarannya yang mungkin terleka dengan
dunia hamparan Ilahi. Tidak salah untuk berpoligami tetapi biarlah menepati syariat bukan
hanya menurut gejolak nafsu dan tipu daya yang sia-sia.
Untuk Melissa semoga terus cekal, kuat dan yakin untuk berhadapan ujian hebat ini.Dan
semoga keindahan akhir Ramadhan ini Melissa ini dapat Melissa manfaatkan untuk
mengharap dan BERDOA Yang Terbaik untuk ibu dan ayah serta seisi keluarga yang
Melissa kasihi.
ms | 40 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
15. SYAWAL TANPA IBU
Puan Aniz,
Saya Suzaini, sejak beberapa bulan ini saya sering
mengikuti perkongsian Puan kali ini saya rasa
terpanggil untuk menghantar email kepada Puan.
Sebenarnya saya baru sahaja kehilangan arwah ibu
yang sangat saya saya kasihi tiga bulan yang lalu akibat kanser darah. Aidil Fitri kali ini
saya benar-benar rasa kosong dan hiba Puan, masih terbayang-bayang wajah ibu sibuk di
dapur, mengemas rumah dan melayan kami adik beradik dengan persiapan aidil fitri.Tapi
tahun ini tiada lagi kemeriahan itu kami rasakan, ayah yang juga turut merasa kehilangan
ibu sering tidak sihat apatah lagi dengan masalah kencing manisnya.
Adakalanya saya sendiri seakan tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan melainkan
untuk menjaga dua orang adik-adik saya yang masih belajar di universiti dan juga sekolah
menengah juga ayah, untuk mereka saya harus kuat tetapi hakikatnya saya juga insan biasa
yang punya hati dan perasaan. Kesihatan saya juga turut terjejas sejak akhir-akhir saya
kerap mengalami masalah migrane dan juga astma. Mohon bimbingan serta panduan
daripada pihak Puan bagaimanakah agaknya cara yang terbaik untuk saya menangani
kehilangan yang cukup besar dalam hidup saya kali ini.
Kerjasama serta keprihatinan pihak Puan saya dahului ucapan ribuan terima kasih.
Suzaini
Batu Pahat
Jawapan;
Terima kasih untuk kiriman email adik Suzaini yang cukup menyentuh perasaan. Setiap
yang hidup pasti akan melalui detik kematian cuma yang membezakannya bila, dimana dan
bagaimana sahaja. Dunia hanyalah persinggahan yang sementara sahaja tempat untuk kita
menyemai benih-benih persiapan pahala untuk bekalan di alam kubur dan akhirat yang
kekal. Tidak dinafikan bukan mudah untuk berhadapan dengan perpisahan apatah lagi
dengan insan yang sangat rapat dan hampir dengan kita. Perasaan sunyi, sepi, kesal, sedih,
marah, rindu semuanya berlegar datang dan pergi silih berganti.
Dari sudut pengendalian intervensi adalah amat perlu bagi individu untuk memberi laluan
untuk menikmati dan merasakan kesedihan yang hadir. Pergolakan emosi sendu, sunyi,
rindu, sepi, terkilan, kecewa atau apa sahaja yang hadir harus diberikan kesempatan untuk
ms | 41 http://anizanwar.com/remajabersamaaniz - Hjh. Aniz Hj. Anwar 2012
dirasai. Sikap segelintir individu yang cuba melarikan diri, menidakkan emosi negatif yang
hadir hanya akan merosakkan diri jika tidak ditangani dengan harmoni, redha, syukur ,
sabar dan bijaksana.
Menulis jurnal merupakan salah satu kaedah yg terbaik untuk Suzaini memberi laluan
untuk menyalur segala rasa sendu dan sedih di hati. Namun perlu diingatkan juga disini
jurnal yang dicoretkan bukan semata-mata membicarakan kemurungan dan ujian hebat
yang dilewati tetapi juga HARUS DITEKANKAN adalah dengan JUJUR HATI Suzaini melihat
ke dalam diri apakah HIKMAH, KEINDAHAN dan PENGAJARAN di sebalik ujian hebat ini.
Dengan cara ini, insyaallah Suzaini akan mampu melihat sendiri betapa hebat kasih sayang
Allah, betapa bersyukur kehidupan yang Suzaini lewati berbanding insan-insan lain yang
mungkin lagi berat ujiannya. Insyaallah menerusi terapi penulisan ini juga Suzaini akan
nampak POTENSI dan KEKUATAN DIRI Suzaini dalam menangani ujian yang hadir.
Disamping itu juga selalulah bersujud, solat dan berdoa kepada Ilahi agar segala kesunyian,
kesepian, sedi