REFLEKSI SUKANTARA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 REFLEKSI SUKANTARA

    1/2

    REFLEKSI SUKANTARA

    NAMA: SUHAIZA BINTI SHUIB

    NO KAD PENGENALAN: 910525-02-5642

    NO MATRIK: 124005

    UNIT: PISMP SAINS 1 SEMESTER 5

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dari-Nya

    serta izin dari-Nya, saya serta rakan-rakan saya berjaya menganjurkan sukantara

    tertutup bagi unit Pendidikan Khas semester 5. Penganjuran sukantara di bawah subjek

    Olahraga, WAJ3112, merupakan sebahagian daripada tugasan kerja kursus ini. Antara

    acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan sukantara tertutup ini ialah, 400 m,

    100 m, lompat jauh, dan juga lontar peluru.

    Kejohanan sukantara tertutup ini dianjurkan pada 06 Mac 2013, bertempat di Padang

    IPG Kampus Dato Razali Ismail. Pada kali ini, kumpulan sains 1 bertindak sebagai

    penganjur kepada kejohanan sukantara tertutup ini. Tujuan pelaksanaan kejohanan

    sukantara ini ialah untuk melatih para siswa dan siswi guru untuk mentadbir dan

    menguruskan sesuatu penganjuran sukan. Melalui penganjuran sukantara tertutup ini,

    saya dapat mempelajari pelbagai perkara terutamanya dari aspek pengurusan.

    Sebagai penganjur kejohanan sukantara, perkara pertama yang kami pelajari ialah

    penyediaan kertas kerja bagi memaklumkan serta memohon keizinan bagi

    menganjurkan kejohanan sukantara. Kami perlu merujuk kepada beberapa pihak

    pentadbiran bagi memohon sumbangan serta peminjaman alatan. Selain itu, kami juga

    belajar menguruskan bajet. Dengan bajet yang terhad, kami berusaha untuk

    menyediakan makanan serta cenderahati yang mencukupi kepada semua peserta.

    Selain itu, aspek penting yang saya pelajari ialah aspek pengurusan masa. Sebagai

    penganjur, kami perlu belajar menepati masa, supaya segala perancangan program

    dapat berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan yang telah kami buat. Kami

  • 7/29/2019 REFLEKSI SUKANTARA

    2/2

    juga dapat belajar untuk mengadili sesuatu pertandingan dengan baik. Kami belajar

    untuk mencatat masa bagi menentukan para pemenang bagi acara 100m dan juga

    400m. Setiap mata yang disumbangkan setiap peserta akan dicatat mengikut wajaran

    yang telah kami persetujui.

    Di samping menjadi penganjur, kami juga turut menjadi peserta kepada kejohanan

    sukantara tertutup ini. Di mana unit Pendidikan Khas pula bertindak sebagai penganjur

    kejohanan sukantara ini. Memandangkan unit pendidikan khas yang bertindak terlebih

    dahulu sebagai penganjur, kami dapat memerhati sedikit sebanyak cara pengurusan

    mereka. Setiap kesilapan yang mereka lakukan, kami cuba untuk tidak mengulanginya

    dalam penganjuran sukantara tertutup kami pula.

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua

    pensyarah pembimbing saya, En Mohd Zaid b Yusof serta Pn Rosnah bt Mustafa.

    Terima kasih di atas segala tunjur ajar, teguran serta nasihat yang telah kalian berikan

    kepada kami sebelum berlansungnya penganjuran sukantara mahupun selepas

    berlansungnya penganjuran sukantara. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

    seperjuangan, terima kasih kerana telah memberikan kerjasama yang baik serta saling

    menghulurkan tangan dalam menjayakan penganjuran sukantara tertutup antara unit

    PISMP Sains 1 dan juga PISMP Pendidikan Khas.