Refleksi Literatur

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sangat menarik

Citation preview

JASMIN SALINA BINTI JAARIF

JASMIN SALINA BINTI JAARIFPISMP MATEMATIK SEMESTER 7

1.2 Refleksi Sorotan LiteraturPendaraban merupakan topik yang penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana operasai darab sering digunakan dalam pelbagai tajuk di dalam Matematik. Menurut pendapat yang dinyatakan oleh Janting anak Ringkai (2005), Mendominasi ilmu pendaraban merupakan perkara penting kepada murid-murid dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi pendaraban dan bahagi.Pemahaman konsep sedia ada pada seseorang pelajar adalah antara perkara asas yang penting (Ausubel, 1968); Driver,1886). Ia dapat memberi gambaran awal dan merupakan kunci terhadap topik yang dipelajari. Selain itu, menurut Hasma binti Hamzah (2009), murid-murid perlu menguasai sesebuah topik sebelum beralih kepada topik seterusnya. Konsep pendaraban perlu dikuasai dengan baik terlebih dahulu sebelum beralih ke tajuk seterusnya kerana pendaraban juga digunakan untuk tajuk seterusnya seperti tajuk bahagi. Tambahan lagi, Wheeler (1993) mengatakan dalam pembelajaran Matematik, terdapat beberapa konsep dan kemahiran asas yang perlu dikuasai supaya seseorang itu boleh terus menyelesaikan masalah Matematik.Teknik menghafal fakta asas darab tidak lagi memberi kesan kepada murid-murid, oleh sebab itu, pengkaji perlu membuat perubahan dalam membina konsep pendaraban kepada murid-murid. Perubahan dan pengubahsuaian dalam strategi pengajaran matematik perlu dalam usaha mengatasi kelemahan murid untuk menguasai konsep dan kemahiran asas sesuatu tajuk (Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar, 2006/7). Selain itu, menurut kajian Caine & Caine (1995) berpendapat bahawa pembelajaran berasaskan kognitif, kurikulum tradisional dengan teknik hafalan tidak berkesan di dalam kelas. Oleh itu, pengkaji perlu mencari kaedah bersesuaian supaya murid dapat memahami konsep pendaraban lebih jelas. Penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran konsep Matematik adalah penting kerana ia memberikan gambaran yang jelas kepada murid-murid. Howden (1986), juga mengatakan bahawa bahan manipulatif sangat membantu kanak-kanak memahami konsep daripada konkrit kepada abstrak. Sebuah kajian oleh Witzel, Mercer & Miller (2003) juga menyokong tentang keberkesanan pendekatan bahan manipulatif untuk mengembangkan kemahiran asas-asas matematik murid. Hal ini kerana, bahan manipulatif dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas dengan lebih baik lagi.Pengalaman menggunakan bahan konkrit semasa belajar dapat memberi impak yang lebih kukuh terutamanya dalam memahami masalah-masalah yang sukar. Menurut Jean Piaget (1952), menyarankan bahawa anak-anak yang tidak mempunyai kematangan mental untuk memahami konsep-konsep matematik yang kompleks perlu lebih banyak pengalaman menggunakan bahan konkrit dan gambar semasa belajar. Penggunaan bahan-bahan dalam kehidupan sebenar adalah lebih baik kerana ia lebih dekat dengan murid-murid disamping memberi makna yang sebenar. Menurut Piaget (1971), beliau mencadangkan bahawa bahan yang digunakan untuk membuat alat manipulatif perlulah bahan realiti dan beliau tidak menggalakkan kanak-kanak mengamalkan imaginasi dalam kelas. Oliver (2005) menyatakan operasi pendaraban adalah operasi yang sukar berbanding tambah dan tolak. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu membuang tanggapan negatif sesetengah pihak mengenai topik pendaraban dengan membantu mereka menguasai konsep pendaraban.

.