18
Program Bina Guru Insan (BIG) Fasa 1 Laporan Keseluruhan Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang wajib diikuti oleh setiap guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di setiap Institut Pendidikan Guru agar setiap guru berkeupayaan menghadapi sebarang halangan serta rintangan apabila mereka berada di sekolah kelak. Selain itu, program (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan bakal generasi yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berwawasan serta bertanggungjawab. Program BIG ini perlu dilaksanakan kepada guru pelatih Ambilan Jun 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun agar mereka dapat memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta kemahiran ini kepada murid-murid apabila mereka di sekolah nanti. Program BIG ini sudah pastilah dapat melahirkan guru yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Program BIG fasa satu ini telah diadakan pada 24 Februari 2015 sehingga 27 Februari 2015 yang selama empat hari tiga malam di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Seramai 35 orang guru

~Refleksi-Kendiri.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

~Refleksi-Kendiri.docx

Citation preview

Program Bina Guru Insan (BIG) Fasa 1Laporan KeseluruhanPengenalanProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang wajib diikuti oleh setiap guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di setiap Institut Pendidikan Guru agar setiap guru berkeupayaan menghadapi sebarang halangan serta rintangan apabila mereka berada di sekolah kelak. Selain itu, program (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan bakal generasi yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berwawasan serta bertanggungjawab.Program BIG ini perlu dilaksanakan kepada guru pelatih Ambilan Jun 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun agar mereka dapat memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta kemahiran ini kepada murid-murid apabila mereka di sekolah nanti. Program BIG ini sudah pastilah dapat melahirkan guru yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Program BIG fasa satu ini telah diadakan pada 24 Februari 2015 sehingga 27 Februari 2015 yang selama empat hari tiga malam di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Seramai 35 orang guru pelatih Ambilan Jun 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah menyertai program BIG fasa satu ini dengan bimbingan 9 orang pensyarah.

Sebelum program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kokurikulum Pulau PinangSebelum program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu diadakan, kami telah mengadakan minit mesyuarat dengan pensyarah iaitu untuk menetapkan tempat untuk menjalankan program BIG fasa satu. Selain itu, kami juga telah menubuhkan satu jawatankuasa yang telah melibatkan semua guru pelatih Ambilan Jun 2014 dalam minit mesyuarat tersebut kerana kelas muzik dan kelas sejarah hanya mempunyai 35 orang pelajar guru sahaja. Setelah menubuhkan jawatankuasa program BIG melalui mesyuarat, kami telah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual jawatankuasa yang telah ditetapkan mengenai program BIG fasa satu ini. Setiausaha program BIG fasa satu bertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun sebelum program BIG fasa satu ini dijalankan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Selepas itu, setiausaha program BIG fasa satu telah menghantar serta menyerahkan kertas kerja kepada Tuan Pengarah untuk diluluskan sebelum kami menjalankan program Bina Guru Insan fasa satu di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Akhirnya, kertas kerja kami telah diluluskan oleh Tuan Pengarah dan kami dapat menjalankan program BIG fasa satu dengan lancarnya. AJK peralatan juga bertanggungjawab untuk membuat permohonan terhadap peminjaman peralatan-peralatan seperti peti kecemasan, parang, jaket keselamatan dan khemah. Selain itu, pensyarah juga telah memberikan taklimat kepada kami mengenai program Bina Insan Guru fasa satu di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Taklimat ini diadakan kepada kami adalah untuk memberikan persediaan awal kepada kami agar kami akan lebih bersedia untuk menghadapi segala halangan serta dugaan semasa menyertai program BIG fasa satu di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang pada 24 Febuari 2015 nanti. Pada 23 Febuari 2015 iaitu hari Isnin, semua guru pelatih bertungkus rumus untuk memindahkan peralatan-peralatan seperti peti kecemasan, parang, jaket keselamatan dan khemah ke dalam bus. Hal ini demikian kerana kami perlu menyediakan peralatan-peralatan ini sehari sebelum program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang sebagai kesediaan awal kerana sediakan payung sebelum hujan. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti sebelum program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang seperti mengadakan minit mesyuarat, taklimat, penyediaan kertas kerja dan pemindahan peralatan-peralatan ke bus sememangnya mempunyai kekuatan serta kelemahan masing-masing. Antara kekuatan aktiviti-aktiviti ini ialah aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar serta sempurna dengan bimbingan pensyarah. Sebagai contohnya, pensyarah telah memberikan taklimat kepada kami sebelum program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini dijalankan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Kelemahan bagi aktiviti-aktiviti ini ialah kadangkala kelas muzik ada masa lapang tetapi kelas sejarah tidak ada masa lapang. Hal ini telah menyebabkan kelas muzik dan kelas sejarah susah untuk menetapkan masa untuk berjumpa dengan pensyarah dan mengadakan minit mesyuarat. Sebagai contohnya, kami terpaksa berbincang beberapa kali dengan pensyarah agar aktiviti-aktiviti yang hendak diadakan dapat dijalankan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti ini telah mengakibatkan perasaan ketidakpuasan hati berlaku dalam kalangan kami. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir daripada kami berasa tidak puas hati terhadap pembahagian jawatan serta tugas dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini semasa kami mengadakan minit mesyuarat. Atas sikap bertolak ansur pengerusi majlis kami, akhirnya masalah ketidakpuasan hati ini dapat diselesaikan dengan cara pengaturan semula jawatankuasa program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Kami juga dapat belajar cara-cara untuk mengendalikan sesebuah minit mesyuarat, membuat kertas kerja, membuat permohonan terhadap peminjaman peralatan-peralatan serta mendengar taklimat dengan teliti menerusi aktiviti-aktiviti ini. Pada pendapat kami, ilmu pengetahuan yang telah kami peroleh menerusi aktiviti-aktiviti ini sememangnya amat berguna kepada kami kerana kami akan merancang serta melaksanakan program-program kokurikulum yang memerlukan kemahiran-kemahiran tersebut apabila kami menjadi guru di sekolah kelak.

Semasa program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kokurikulum Pulau PinangHari PertamaPada pukul 1.45 petang, 24 Febuari 2015, semua guru pelatih muzik dan guru pelatih sejarah telah berkumpul di garaj Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk meletakkan bagasi masing-masing ke dalam bus. Sebelum kami bertolak, pensyarah telah memberikan taklimat yang ringkas kepada kami di garaj mengenai perjalanan pada hari tersebut. Kami telah sampai ke destinasi kita iaitu di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang kira-kira pada pukul 3.00 petang dengan selamatnya. Kemudahan-kemudahan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang amat lengkap seperti flying fox, pelbagai jenis halangan komando, tapak bermain paint ball, 2 tapak perkhemahan yang besar dan sebagainya. Selepas meletakkan bagasi masing-masing di sesuatu tempat, pensyarah mula memberi taklimat mengenai cara untuk mendirikan khemah. Kami telah mendengar taklimat tersebut dengan bersungguh-sungguh kerana kami dikehendaki untuk mendirikan khemah dengan sendiri mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sendiri. Selepas itu, kami mula memindahkan khemah-khemah ke tapak perkhemahan untuk memulakan proses pembinaan khemah. Kami telah mendirikan khemah dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya kami dapat mendirikan sepuluh buah khemah dengan jayanya dalam tempoh masa dua puluh minit. Kami telah mendapat pujian daripada pensyarah kami mengenai kesungguhan kami dalam pembinaan khemah-khemah. Kami telah minum petang yang telah disediakan oleh AJK Pemakanan ini setelah kami siap membina khemah-khemah kami. Selepas minum petang, kami mengemaskan barang dan rehat. Kekuatan aktiviti membina khemah ini ialah tapak perkhemahan yang lapang serta besar telah disediakan semasa kami menjalankan aktiviti membina khemah di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Kekuatan ini dapat membenarkan kami untuk membina khemah kami dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana kami dapat membina serta memasang khemah-khemah kami dengan pantas dengan adanya tapak perkhemahan yang luas. Kelemahan aktiviti membina khemah ialah tempoh masa yang telah diberikan kepada kami untuk menyiapkan sebuah khemah adalah singkat. Pensyarah kami hanya memberikan masa sebanyak dua puluh minit kepada kami untuk menyiapkan sebuah khemah dan kami tidak mempunyai pengalaman untuk memasangkan khemah dalam aktiviti membina khemah ini. Keadaan ini telah menyukarkan kami, namun kami tidak putus asa dengan cepat dan akhirnya kami berjaya memasangkan empat buah khemah dengan jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Semasa kami membina khemah dalam aktiviti membina khemah ini, kami mendapati bahawa batang besi telah hilang dan keadaan ini telah menyukarkan kami untuk memasang khemah. Kami telah memikirkan cara alternatif agar kami dapat memasang khemah kami dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kami telah mencari batang kayu di sekitar tapak perkhemahan sebagai ganti batang besi yang telah hilang untuk memasangkan khemah kami dan akhirnya kami dapat memasang khemah kami dengan jayanya.Kami dapat belajar untuk memasang khemah dengan menggunakan cara yang betul melalui aktiviti membina khemah ini. Sebelum ini, kami sememangnya tidak tahu untuk memasang khemah dan melalui aktiviti inilah kami dapat memperoleh ilmu untuk memasang khemah dengan menggunakan cara yang betul. Kami berasa sangat bersyukur kerana kami dapat belajar untuk memasang khemah melalui aktiviti ini dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Kami telah melakukan Latihan dalam Kumpulan (LDK) di tepi tapak perkhemahan. Pelbagai aktiviti serta permainan telah dijalankan semasa Latihan dalam Kumpulan (LDK) ini telah diadakan di tapak letak kenderaan pada petang tersebut. Kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat kerana sebelum ini kami belum mengenal personaliti serta sikap setiap rakan kami menerusi Latihan dalam Kumpulan ini. Sebagai contohnya, kami dapat mengetahui tarikh hari jadi setiap guru pelatih kelas muzik dan kelas sejarah. Selain itu, kami juga dapat mengenali negeri-negeri rakan-rakan kami dengan lebih mendalam lagi kerana rakan-rakan kami telah menjelaskan keindahan serta keunikan yang terdapat di negeri-negeri masing-masing. Kekuatan Latihan dalam Kumpulan ini ialah kami telah dilatih untuk mengeluarkan idea serta pendapat masing-masing kepada rakan-rakan. Sebagai contohnya, kami perlu mempromosikan negeri masing-masing kepada rakan-rakan agar rakan-rakan akan melancong ke negeri kami. Kami mengalami kesukaran untuk mengeluarkan idea serta pendapat masing-masing semasa kami menjalankan Latihan dalam Kumpulan dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana kami tidak biasa berfikir serta mengeluarkan idea serta pendapat masing-masing kepada rakan-rakan. Sebagai contohnya, kami tidak dapat memperkenalkan keindahan serta keunikan negeri masing-masing semasa menjalankan LDK.. Kami dapat belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan kami dengan baik menerusi Latihan dalam Kumpulan (LDK) dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana kami perlu memperkenalkan serta menceritakan keistimewaan serta keunikan negeri-negeri masing-masing kepada rakan-rakan semasa kami menjalankan Latihan dalam Kumpulan ini. Selepas LDK, kita pun makan biskut dan minum teh bersama-sama di tepi tapak perkhemahan. Selepas makan, saya diatur untuk sentri pukul 12 tengah malam sampai 2 pagi. Selepas sentri, saya pun terus pergi tidur. Hari KeduaPada hari kedua, kami mengadakan aktiviti kayak di Pusat Latihan Sukan Air Teluk Kumbar. Kami bertolak ke Pusat Latihan Sukan Air pada pukul 7 pagi. Kami sampai di Pusat Latihan Sukan Air pada pukul 9.30 pagi. Apabila sampai di Pusat Latihan Sukan Air, pensyarah bagi taklimat tentang cara berkayak, struktur kayak, cara naik balik kayak jika kayak terbalik di tengah laut, dan cara-cara pemakaian jaket keselamatan serta kegunaan jaket keselamatan. Pensyarah juga memberi pesanan kepada kami agar kami akan menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti berkayak. Selepas itu, kami memilih pasangan masing-masing dan memilih kayak. Kami mengikuti arahan daripada jurulatih dan berkayak ke satu tanjung. Apabila sampai di tanjung tersebut, aktiviti keyakinan air (water concidence) telah dijalankan di tepi pantai agar setiap pelajar guru akan berasa yakin serta tidak takut terhadap air. Pensyarah telah memberikan taklimat kepada kami sebelum menjalankan aktiviti keyakinan air di tepi pantai. Aktiviti keyakinan air ini sememangnya amat menarik serta mencabar kerana kami dapat mengetahui bahawa segala kegiatan di atas air adalah sangat berbahaya kepada murid-murid dan kami akan sentiasa berhati-hati apabila kami membawa murid-murid ke kawasan air kelak. Selepas aktiviti keyakinan air, kami telah menikmati minum tengah hari yang telah disediakan dan seterusnya kami pun berkayak balik ke Pusat Latihan Sukan Air.Kekuatan aktiviti keyakinan air ialah keyakinan diri dapat dibina dalam kalangan guru pelatih. Hal ini demikian kerana kami akan berasa yakin setelah kami berjaya mengapungkan diri di permukaan laut. Sifat yakin diri merupakan satu kriteria guru yang unggul. Pada mulanya, kami mengalami kesukaran untuk mengapungkan diri kerana kami berasa tidak selamat serta kami tidak mempercayai bahawa jaket keselamatan yang telah kami pakai dapat membantu kami untuk mengapungkan diri. Namun, atas bimbingan pensyarah kami, kami telah berjaya mengapungkan diri di permukaan tasik dan perasaan takut kami telah hilang secara beransur-ansur. Kami dapat belajar untuk mengapungkan diri serta mencuba untuk berenang dengan menggunakan jaket keselamatan melalui aktiviti ini. Menerusi aktiviti ini, kami mempelajari untuk mempercayai sesuatu ataupun seseorang dan kami dapat meningkatkan keyakinan diri. Sebagai contohnya, kami telah mempercayai bahawa jaket keselamatan akan membenarkan kami untuk terapung di permukaan laut. Kami juga dapat belajar untuk berenang dan keadaan ini sememangnya akan membantu kami yang bakal menjadi guru kerana kami berkemungkinan akan pergi ke tempat-tempat yang berdekatan dengan laut. Selepas kami semua balik dari laut, kami pun bekerjasama mencucikan kayak yang telah kami gunakan. Selepas itu, kami pun menikmati makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, kami mengadakan sesi refleksi untuk aktvit berkayak. Seterusnya, kami bekerjasama menyimpankan jaket keselamatan ke dalam bas kami. Pada pukul 4 petang, kami pun bertolak balik ke Pusat Kokurikukum Pulau Pinang. Apabila sampai di Pusat Kokurikukum Pulau Pinang, kami bekerjasama mengeluarkan jeket keselamatan untuk dijemurkan. Pada pukul 7 malam, kami pun menikmati makan malam yang telah disediakan di tepi tapak perkhemahan bersama-sama dengan pensyarah. Setelah makan malam, Latihan dalam Kumpulan telah djalankan di dewan. Pada malam tersebut, kami dikehendaki untuk mencipta nama kumpulan, logo kumpulan, slogan kumpulan serta menyatakan sepuluh kriteria guru yang unggul dengan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti tersebut sememangnya dapat memberi manfaat kepada kita kerana kami dapat berfikir secara kreatif dan kritis serta kami dapat bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar dan kriteria ini sememangnya diperlukan oleh kami supaya kami dapat menjadi seorang guru yang unggul apabila kami menjadi seorang guru kelak. Selepas Latihan dalam Kumpulan ini, kami telah menikmati minum malam yang telah disediakan di dewan makan dan seterusnya kami telah masuk ke blok kediaman untuk tidur. Sesetengah daripada kami telah menjalankan tugas mereka sebagai pengawal di dewan makan sementara kami tidur di dalam blok kediaman. Pada pukul 5.30 pagi, 29 Oktober 2014, kami telah melibatkan diri dalam sesi moral yang telah dianjurkan oleh AJK Kerohanian dan Kebudayaan di dewan. Sesi moral ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Ambilan Jun 2014 agar pelajar-pelajar guru akan menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta berkeupayaan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kekuatan sesi moral ini ialah nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam kalangan kami. Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan kami sememangnya amat penting kerana kami merupakan bakal guru yang akan mendidik serta membimbing murid-murid untuk menjadi modal insan yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kelemahan sesi moral ini ialah pengendalian yang tidak efisien. Hal ini demikian kerana AJK Kerohanian dan Kebudayaan tidak merancang aktiviti dengan baik dan hal ini telah menyebabkan sesi moral tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kami lambat bangun pada pagi tersebut dan hal ini telah menyebabkan kami lambat pergi ke dewan untuk menghadirkan diri dalam sesi moral yang telah digendalikan oleh AJK Kerohanian dan Kebudayaan. Kelewatan kami telah menyebabkan sesi moral tidak dijalankan mengikut jadual waktu yang telah kami rancang. Kami dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti nilai bertanggungjawab, jujur, amanah dan rasional melalui sesi moral ini. Sebagai contohnya, kami telah belajar nilai-nilai murni menerusi aktiviti berlakon dan kami juga telah mengetahui kepentingan nilai-nilai murni ini kepada seseorang guru. Kami akan menerapkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian kami agar kami dapat menjadi seorang guru yang baik serta unggul kelak. Senaman pagi telah dijalankan di dewan selepas sesi moral ini. Pada pagi tersebut, kami telah memanaskan badan dan menyanyikan lagu sebelum kita berjoging di sekitar Tasik Berlis. Selepas senaman pagi, kami telah menikmati sarapan pagi yang telah tersedia di dewan makan. Selepas makan sarapan pagi, kami telah melakukan aktiviti merentas desa (jungle tracking) agar mampu melatih stamina kami serta keupayaan kami dalam menghadapi cabaran serta dugaan. Sebelum aktiviti merentas desa, pensyarah telah memberi taklimat kepada kami mengenai perjalanan yang akan kami lalui sepanjang aktiviti merentas desa tersebut. Kami juga dikehendaki untuk merentasi sebuah tasik semasa kami menjalankan aktiviti merentas desa di Tasik Berlis, Sik, Kedah. Aktiviti merentas desa ini amat mencabar bagi kami kerana kami perlu merentasi tasik yang dalam untuk sampai ke seberang semasa aktiviti merentas desa tersebut. Kami telah dibantu serta dibimbing oleh pensyarah serta jurulatih semasa kami menyeberangi tasik tersebut. Kekuatan aktiviti merentas desa ialah semangat kekitaan dapat dihapuskan dalam kalangan kami. Hal ini demikian kerana kami telah tolong-menolong antara satu sama lain semasa kami menjalankan aktiviti ini di Tasik Berlis ini. Sebagai contohnya, kami telah membantu rakan-rakan untuk menyeberangi tasik. Kelemahan aktiviti merentas desa ialah laluan merentas desa ini tidak mencabar bagi sesetengah daripada kami. Hal ini demikian kerana kami hanya berjalan di atas jalan raya semasa kami menjalankan aktiviti ini. Kami mengalami pelbagai masalah serta cabaran semasa kami sedang merentas desa di Tasik Berlis. Sesetengah daripada kami tergelincir dan terjatuh kerana lantai yang licin. Namun, semangat tidak putus asa telah menggalakkan kami untuk meneruskan perjalanan dan akhirnya kami dapat menghabiskan perjalanan kami dengan jayanya. Kami dapat mempelajari sikap bantu-membantu dalam aktiviti merentas desa ini. Hal ini demikian kerana kami telah bantu-membantu antara satu sama lain semasa kami menjalankan aktiviti merentas desa di Tasik Berlis. Sebagai contohnya, kami telah membantu rakan-rakan yang terjatuh ataupun tergelincir dan kami juga telah membantu rakan-rakan untuk menyeberangi tasik. Selepas aktiviti merentas desa, kami kembali ke dewan dan kami telah mendengar taklimat daripada pensyarah mengenai cara-cara untuk membuat rakit. Selepas itu, kami bertungkus-rumus untuk menghasilkan sebuah rakit mengikut kreativiti masing-masing dengan mengikut kumpulan masing-masing dengan menggunakan tali, buluh-buluh dan pelampung. Akhirnya, kami dapat menghasilkan rakit masing-masing dengan berjaya. Kami telah menikmati makanan tengah hari yang telah tersedia setelah kami siap membuat rakit kami. Selepas makan tengah hari, kami bertolak ke tasik dengan membawa rakit masing-masing untuk berakit di tengah tasik. Sebelum kami berakit di tasik, pensyarah telah memberi taklimat kepada kami mengenai cara-cara untuk berakit. Kami telah mendengar taklimat pensyarah kami dengan bersungguh-sungguh serta teliti agar kami dapat berakit dengan baik. Aktiviti berakit ini sememangnya amat sukar bagi kami kerana kami tidak dapat mengawal arah dengan baik apabila kami berakit di tasik pada petang tersebut.Kekuatan aktiviti merakit ini ialah taklimat telah diberikan sebelum aktiviti ini dijalankan di tasik. Taklimat ini sememangnya penting agar kami akan menjaga keselamatan diri apabila kami berakit di tasik nanti. Kelemahan aktiviti merakit ini ialah rakit yang telah kami buat tidak dapat menampung berat semua ahli kumpulan kami. Oleh itu, kami terpaksa mengambil giliran untuk berakit di tasik dan hal ini telah membazirkan masa kami. Kami telah mengalami masalah untuk berkayuh semasa kami menjalankan aktiviti ini di tasik. Hal ini demikian kerana kami tidak mempunyai pengalaman untuk berakit di tasik. Walau bagaimanapun, kami tetap berusaha sedaya upaya untuk berkayuh dan akhirnya kami berjaya sampai ke darat. Kami dapat mempelajari cara-cara untuk merakit dengan menggunakan cara yang betul menerusi aktiviti ini. Sebagai contohnya, kami perlu berkayuh ke kiri sekiranya kami hendak pergi ke arah kanan dan kami perlu berkayuh ke kanan sekiranya kami hendak pergi ke arah kiri. Selepas itu, kami telah kembali ke dewan makan dan kami menikmati minum petang yang telah disediakan dan seterusnya kami balik ke blok kediaman untuk membersihkan diri. Selepas itu, kami telah menikmati makan malam di dewan makan dan seterusnya kami telah menjalankan malam kebudayaan di dewan. Tema bagi malam kebudayaan adalah guru dan murid. Malam kebudayaan tersebut telah memberi manfaat kepada setiap pelajar guru kerana malam kebudayaan dapat mengasah bakat yang ada pada setiap pelajar guru. Pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada malam tersebut. Kekuatan malam kebudayaan ini ialah sifat kepemimpinan dapat diterapkan dalam kalangan kami. Hal ini demkian kerana kami akan mempersembahkan hasil kerja kami di hadapan semua orang dan kami memerlukan sifat kepemimpinan untuk membimbing kami untuk mempersembahkan lakonan kami dengan baik. Kelemahan malam kebudayaan ini ialah ketiadaan pengerusi majlis untuk memulakan malam kebudayaan. Hal ini telah menyebabkan kami tidak tahu bilakah malam kebudayaan ini dimulakan dan keadaan ini telah menyebabkan malam kebudayaan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kami tidak dapat mempersembahkan lakonan kami dengan baik kerana kami tidak mendapat latihan yang mencukupi dalam malam kebudayaan ini. Walau bagaimanapun, kami tetap berusaha dan akhirnya kami dapat mempersembahkan lakonan kami dengan jayanya. Kami dapat mempelajari teknik pengajaran yang berkesan kepada murid-murid melalui malam kebudayaan ini dan kami dapat mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila kami menjadi guru kelak. Tema malam kebudayaan ini amat sesuai kepada kami kerana kami adalah bakal guru yang akan mendidik murid-murid di sekolah kelak. Selepas malam kebudayaan, kami telah menikmati minum malam yang telah disediakan di dewan makan dan seterusnya kami telah masuk ke blok kediaman untuk tidur. Sesetengah daripada kami telah menjalankan tugas mereka sebagai pengawal di dewan makan sementara kami tidur di dalam blok kediaman.

Hari KetigaPada pukul 6.00 pagi, 30 Oktober 2014, kami telah melibatkan diri dalam sesi moral yang telah dianjurkan oleh AJK Kerohanian dan Kebudayaan di dewan. Pada pagi tersebut, pelbagai aktiviti serta permainan telah dijalankan bagi mengisi masa sesi moral tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan penuh dengan nilai-nilai murni. Selepas sesi moral, senaman pagi telah dijalankan di dewan. Pada pagi tersebut, kami telah memanaskan badan dan menyanyikan lagu sebelum kami berjoging di sekitar Tasik Berlis. Selepas senaman pagi, kami telah menikmati sarapan pagi yang telah tersedia di dewan makan. Setelah itu, kami telah menghadiri dalam bengkel penulisan refleksi di dewan. Tayangan video telah ditayangkan kepada kami semasa bengkel penulisan refleksi ini dijalankan di dewan. Sesetengah daripada kami telah memberitahu serta berkongsi pendapat serta idea megenai program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini dalam bengkel penulisan refleksi. Selain itu, pensyarah kami juga telah membuat sedikit refleksi mengenai prestasi serta pencapaian kami dalam program Bina Guru Insan (BIG) fasa satu ini yang selama tiga hari dua malam. Selepas itu, majlis penutupan telah dijalankan di dewan sebagai tirai penutupan program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Selepas majlis penutupan, kami telah mengemaskan bagasi masing-masing dan minum pagi di dewan makan dan seterusnya kami telah bertolak pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Kami telah selamat sampai di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang kira-kira pada pukul 3.30 petang.

Selepas program Bina Insan Guru (BIG) di Tasik Berlis, Sik, Kedah Selepas program Bina Insan Guru (BIG) dijalankan di Tasik Berlis, Sik, Kedah selama tiga hari dua malam, kami telah membawa balik peralatan-peralatan seperti parang, peti kecemasan, jaket keselamatan dan khemah-khemah ke blok kediaman masing-masing untuk mengeringkan jaket keselamatan serta khemah-khemah yang basah sebelum kami mengembalikan peralatan-peralatan tersebut ke stor Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Pada 31 Oktober 2014, kami telah berkumpul di gelenggara Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada pukul 9.00 pagi. AJK Peralatan telah mengira jumlah peralatan-peralatan yang telah kami pinjam sebelum memulangkan peralatan-peralatan tersebut ke stor. Kami telah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memindahkan peralatan-peralatan dari gelenggara ke stor untuk dikembalikan. Selepas program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, kami telah mengadakan minit mesyuarat untuk menulis serta menghasilkan kertas kerja. Selain itu, kami juga dikehendaki untuk menyediakan laporan keseluruhan serta refleksi mengenai program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini.

PenutupSesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.