9
Refleksi Individu Saya ingin merucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana pensyarah telah memimpin kami dalam menyiapkan program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana kami dapat menjalankan aktiviti BIG kali ini dengan jayanya dengan bantuan daripada pensyarah dalam proses perancangan program BIG fasa satu ini. Selepas program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, saya mendapati saya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antara kekuatan sendiri ialah saya tidak berasa malu untuk bertanya tidak kira sesiapa pun, rajin membuat kerja yang diberikan dan suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, saya telah bertanya kepada rakan-rakan kumpulan saya tentang cara-cara untuk mengikat tali dengan betul serta ketat semasa saya sedang membuat rakit bersama-sama dengan ahli kumpulan saya. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa kekuatan saya ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru pemulihan yang lebih cemerlang, gemilang serta terbilang dan sekali gus dapat merealisasikan Wawasan 2020 kerana saya berupaya untuk melahirkan bakal generasi yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab serta berketrampilan. Hal ini demikian kerana saya akan rajin bertanya apabila saya menghadapi halangan ataupun dugaan dan hal ini dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri agar dapat membantu murid-murid pemulihan untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya rajin untuk membuat kerja yang telah diberikan semasa program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini diadakan di Tasik Berlis, Sik, Kedah.

~Refleksi-Individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

~Refleksi-Individu

Citation preview

Refleksi IndividuSaya ingin merucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana pensyarah telah memimpin kami dalam menyiapkan program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana kami dapat menjalankan aktiviti BIG kali ini dengan jayanya dengan bantuan daripada pensyarah dalam proses perancangan program BIG fasa satu ini. Selepas program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, saya mendapati saya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antara kekuatan sendiri ialah saya tidak berasa malu untuk bertanya tidak kira sesiapa pun, rajin membuat kerja yang diberikan dan suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, saya telah bertanya kepada rakan-rakan kumpulan saya tentang cara-cara untuk mengikat tali dengan betul serta ketat semasa saya sedang membuat rakit bersama-sama dengan ahli kumpulan saya. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa kekuatan saya ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru pemulihan yang lebih cemerlang, gemilang serta terbilang dan sekali gus dapat merealisasikan Wawasan 2020 kerana saya berupaya untuk melahirkan bakal generasi yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab serta berketrampilan. Hal ini demikian kerana saya akan rajin bertanya apabila saya menghadapi halangan ataupun dugaan dan hal ini dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri agar dapat membantu murid-murid pemulihan untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya rajin untuk membuat kerja yang telah diberikan semasa program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini diadakan di Tasik Berlis, Sik, Kedah. Sebagai contohnya, saya telah mengikat tali bersama-sama dengan ahli kumpulan saya semasa aktiviti membuat rakit dijalankan. Sifat kerajinan saya sudah pastilah akan membantu saya semasa saya menjadi seorang guru pemulihan kelak. Hal ini demikian kerana saya akan sentiasa rajin untuk berfikir serta merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik kepada murid-murid pemulihan agar masalah kesukaran menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira dapat diatasi dalam kalangan murid-murid pemulihan dan secara tidak langsung kadar keciciran dapat dikurangkan dan hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memberikan pendidikan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira status kekeluargaan. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa sifat kerajinan ini perlu diamalkan oleh setiap guru agar generasi muda yang bijak pandai dapat dilahirkan dan sekali gus memberikan sumbangan terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa saya suka menolong orang lain menerusi program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Sebagai contohnya, saya telah membantu rakan-rakan saya untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor walaupun saya tahu bahawa saya sebenarnya tidak perlu membuat kerja tersebut. Saya berpendapat bahawa saya perlu berkongsi tugasan serta bebanan dengan rakan-rakan saya bagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat sifat positif saya ini dapat memberikan motivasi kepada saya untuk membantu murid-murid pemulihan untuk menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira dengan lebih mudah apabila saya menjadi seorang guru pemulihan kelak. Hal ini demikian kerana saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu murid-murid pemulihan agar murid-murid pemulihan dapat belajar seperti kanak-kanak biasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana saya mempercayai bahawa usaha tangga kejayaan. Selepas program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, saya juga mendapati saya juga mempunyai kelemahan yang sukar diatasi oleh saya sendiri. Sebagai contohnya, saya suka menangguhkan kerja saya. Hal ini demikian kerana saya berpendapat bahawa saya akan cepat berasa penat sekiranya saya melaksanakan tugas serta kerja saya dengan cepat. Dengan itu, saya sentiasa berasa malas ketika saya ingin melakukan sesuatu tugas ataupun kerja dengan cepat. Sebagai contohnya, saya suka menangguhkan kerja saya dan saya tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh apabila saya sedang mendirikan khemah dengan ahli kumpulan saya dan hal ini telah mengakibatkan proses pembinaan perkhemahan dijalankan dengan lambat. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, saya mengetahui bahawa saya telah membazir masa saya dengan menangguhkan kerja saya kerana penangguh itu pencuri masa. Setelah mengetahui kelemahan saya, saya berjanji bahawa saya akan mengubah sikap negatif ini agar saya dapat mempertingkatkan diri dalam usaha untuk menjadi seorang guru pemulihan yang berwawasan tinggi. Seterusnya, saya juga mendapati bahawa saya kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan saya dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana saya tidak dapat menguasai teknik komunikasi dengan berkesan dan saya takut saya akan mengeluarkan kata-kata yang kurang baik apabila saya berkomunikasi dengan rakan-rakan saya. Oleh itu, saya memilih untuk mendiamkan diri semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan seperti Latihan dalam Kumpulan, aktiviti keyakinan air, aktiviti mendirikan khemah dan sebagainya agar saya tidak akan menyinggungkan perasaan rakan-rakan saya. Hal ini telah mengakibatkan saya sering dipinggirkan oleh rakan-rakan saya semasa menjalankan aktiviti dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Melalui program ini, saya telah mengalami anjakan paradigma dan saya akan mempelajari teknik-teknik komunikasi yang berkesan agar saya mampu berkomunikasi dengan rakan-rakan saya dengan baik serta berkesan. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa teknik-teknik komunikasi yang berkesan sememangnya amat penting dalam usaha untuk membantu serta mengajar murid-murid pemulihan untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana guru yang pandai berkomunikasi dengan murid-murid akan mudah menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dijalankan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana mereka sering menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya tidak mempunyai kesihatan fizikal yang baik melalui program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana saya akan cepat berasa penat semasa saya membuat aktiviti senaman pagi dalam program ini. Sebagai contohnya, saya tidak berupaya untuk berlari semasa saya membuat aktiviti senaman pagi dalam program ini dan saya akan cepat berasa penat. Selepas program ini, saya telah berjanji bahawa saya akan bersenam setiap hari agar saya akan mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Hal ini demikian kerana saya berupaya untuk berfikir secara kreatif, kritis serta inovatif sekiranya saya mempunyai badan yang sihat kerana otak yang cerdas datang dari badan yang cergas. Saya yakin bahawa saya akan mempunyai badan yang sihat kerana hati hendak, semua jadi. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa kesihatan fizikal sememangnya amat penting kepada setiap guru kerana guru merupakan teladan kepada murid-murid di sekolah. Bagaimana guru hendak mengajar murid-murid untuk bersenam sedangkan guru sendiri tidak bersenam bagai ketam mengajar anaknya untuk berjalan dengan cara yang betul? Di samping itu, saya juga menghadapi pelbagai ancaman semasa saya menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini di Tasik Berlis, Sik, Kedah. Antara ancaman yang telah saya hadapi ialah saya hampir berputus asa apabila saya menjalankan aktiviti berakit di tasik bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dan kegagalan saya untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran serta dugaan. Sebagai contohnya, saya hampir berputus asa semasa saya menjalankan aktiviti berakit di tasik bersama-sama dengan ahli kumpulan saya. Hal ini demikian kerana saya berasa penat dan takut kerana kumpulan saya tidak dapat berkayuh ke darat walaupun kami sudah cuba dengan sedaya upaya. Namun, atas galakkan ahli-ahli kumpulan saya, saya telah memberanikan diri untuk terus berkayuh bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dan akhirnya kami telah berjaya sampai ke darat dengan selamat. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa saya tidak boleh berputus asa walaupun saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan apabila saya mengajar murid-murid pemulihan di sekolah nanti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bakal generasi yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu membangunkan negara dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Tambahan pula, saya juga tidak berkeupayaan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik menerusi program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana saya tidak mampu untuk memimpin rakan-rakan saya apabila saya sedang mengendalikan sesi moral dalam program ini. Sebagai contohnya, saya tidak merancang aktiviti sebelum sesi moral dijalankan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa takut dan akhirnya saya tidak dapat mengendalikan aktiviti dengan baik semasa sesi moral dijalankan. Nasib baik, rakan-rakan saya bertolak ansur terhadap kesilapan saya dan mereka telah membantu saya agar sesi moral dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa sifat kepemimpinan seyogia diamalkan oleh setiap guru dalam usaha untuk memimpin murid-murid agar dapat mewujudkan warganegara Malaysia yang bernilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sekali gus mencapai Wawasan 2020 menjelang tahun 2020 nanti. Hal ini demikian kerana guru yang bersifat berkemimpinan berupaya untuk melahirkan bakal generasi yang bersifat berkemimpinan kerana murid-murid akan meniru tingkah laku guru seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Seterusnya, saya juga tidak dapat mengawal perasaan saya semasa saya bertutur dengan rakan-rakan saya dan membuat kerja secara berkumpulan dalam program ini. Hal ini telah mengakibatkan perselisihan faham berlaku antara saya dengan rakan-rakan saya akibat sikap negatif saya ini. Sebagai contohnya, saya telah bergaduh dengan rakan-rakan saya semasa kami sedang berakit di tasik akibat perbezaan pendapat yang telah dikeluarkan. Namun begitu, rakan-rakan saya bertoleransi terhadap sikap negatif saya dan mereka menuruti pendapat saya dan hal ini telah menyebabkan saya berasa amat malu terhadap perbuatan saya. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa sikap toleransi sememangnya perlu diamalkan serta diterapkan dalam kehidupan seharian oleh setiap guru. Hal ini demikian kerana sikap toleransi dapat mengelakkan segala pertelingkahan serta perselisihan faham berlaku dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum juga dapat dieratkan. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang betul dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara refleksi untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Sebagai contohnya, saya dapat mengikat tali dengan cara yang betul serta tepat semasa saya sedang membuat rakit bersama-sama dengan ahli kumpulan saya. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang telah saya peroleh semasa program ini sememangnya akan membantu saya apabila saya menjadi seorang guru pemulihan kelak. Hal ini demikian kerana saya mampu merancang serta mempelbagaikan teknik pengajaran saya agar murid-murid pemulihan berupaya untuk belajar dengan lebih mudah dengan ilmu pengetahuan yang telah saya peroleh dalam program ini apabila saya menjadi seorang guru pemulihan pada masa akan datang. Selain itu, ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh saya ialah bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Sebagai contohnya, saya telah membantu rakan-rakan saya untuk mengemaskan barang-barang serta peralatan-peralatan seperti khemah-khemah, jaket keselamatan, peti kecemasan dan parang selepas program ini tamat. Saya dapat mempelajari nilai bantu-membantu melalui program ini. Saya yakin bahawa saya mampu menerapkan nilai ini dalam kehidupan seharian saya dan saya akan membantu murid-murid saya dalam usaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan agar mereka dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara dan sekali gus merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari nilai bekerjasama melalui program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini. Hal ini demikian kerana saya dan rakan-rakan saya telah bekerjasama antara satu sama lain untuk menyempurnakan sesuatu tugasan dalam sesuatu aktiviti. Sebagai contohnya, saya dan ahli kumpulan saya telah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mendirikan khemah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya berpendapat bahawa nilai bekerjasama amat berguna kepada setiap individu dalam usaha untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, bersatu padu serta bekerjasama selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Oleh itu, guru telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menerapkan nilai bekerjasama dalam kalangan murid-murid kerana murid-murid merupakan bakal generasi yang akan membangunkan serta memajukan negara Malaysia bagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai kesimpulannya, saya berasa bersyukur kerana saya telah menyertai program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu pada kali ini. Hal ini demikian kerana saya dapat memperoleh ilmu pengetahuan serta pengalaman yang luas dan saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya peroleh melalui program ini kepada murid-murid saya apabila saya menjadi seorang guru pemulihan kelak. Sekiranya saya menjadi seorang guru pemulihan di sekolah saya pada masa akan datang, saya akan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari untuk membantu sekolah saya untuk mengajar murid-murid mengenali membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara refleksi untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.