REFLEKSI BIG fasa2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 REFLEKSI BIG fasa2

    1/2

    REFLEKSI BIG FASA II

    MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI (124771)

    TESL 4

    Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T, dengan limpah dan kurnianya saya

    bersama-sama tiga puluh satu ahli kelas saya dan seorang guru pembimbing iaitu tutor

    kelas saya, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Program BIG ini

    telah berlangsung pada 14 September 2012, hari Jumaat bertempat di Turtle and Marine

    Ecosystem Centre (TUMEC), Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Program BIG ini adalah

    program yang bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih dengan domain pembangunan diri

    insan guru yang seimbang. Penekanan yang diberikan melalui program BIG ini adalah untuk

    membangunkan insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan

    akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan,

    khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti dan amanah serta kreatif dan inovatif.

    Dalam BIG Fasa 2 kali ini, saya bersama-sama dengan ahli guru pelatih yang lain

    telah sebulat suara untuk memilih melakukan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan

    yang kami pilih adalah, membersihkan kawasan pantai berdekatan (TUMEC) dan aktiviti

    melepaskan anak penyu bersama masyarakat kampung berdekatan dengan kerjasama

    pihak (TUMEC). Kami telah memulakan perjalanan ke Rantau Abang pada pukul 2.30

    petang, dimana kami terlebih dahulu diminta berkumpul di wakaf bas bagi mamastikan

    peralatan yang hendak dibawa mencukupi selain memastikan semua peserta hadir. Kami

    tiba di Rantau Abang kira-kira pukul 4.30 petang dan kami terlebih dahulu menunaikan solat

    Asar di masjid yang berdekatan.

    Setelah selesai menunaikan solat Asar, Ajk Aktiviti membuat satu taklimat ringkas

    tentang perjalanan aktiviti kami dan tepat pukul 5.00 petang, kami memulakan aktiviti

    membersih pantai. Dalam aktiviti ini, kami telah dibekalkan satu plastik sampah setiap

    seorang dan kami memulakan aktiviti mengutip sampah di persisiran pantai sehingga pukul6.30 petang. Objektif utama kami melakukan aktiviti tersebut adalah bagi memastikan guru

    pelatih memahami konsep nilai dan etika keguruan. Selain itu, dengan melakukan aktiviti ini

    juga, secara tidak langsung dapat membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap

    kerjaya keguruan dikalangan guru. Disamping itu, melalui aktiviti ini juga, ini akan dapat

    memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab dikalangan guru pelatih.

    Setelah berjaya melakukan aktiviti pertama, kami membersihkan diri dan melakukan

    aktiviti kendiri sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berdekatan. Setelah

    menunaikan solat Maghrib, kami bekumpul dan diberi taklimat ringkas mengenai pergerakan

  • 7/29/2019 REFLEKSI BIG fasa2

    2/2

    REFLEKSI BIG FASA II

    MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI (124771)

    TESL 4

    kami ke (TUMEC) oleh pengerusi program. Kami telah memulakan lawatan kami ke

    (TUMEC) dan kami disambut oleh salah seorang pegawai yang bertugas di pusat tersebut.Kami telah diberi taklimat ringkas oleh pegawai tersebut sebelum beliau memberi peluang

    kepada kami untuk melihat dan melawat kawasan sekeliling. Dalam pusat tersebut, terdapat

    pelbagai hidupan laut yang terancam dan ada yang telah diawetkan. Saya amat beruntung

    kerana melaui program seperti ini, saya dapat melihat dengan lebih dekat lagi mengenai

    haiwan yang semakin pupus ini. Setelah itu, kami telah diminta untuk ke dewan sebelah atas

    untuk mendengar ucapan dan sedikit taklimat oleh pegawai (TUMEC).

    Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh pegawai (TUMEC), kami telah

    menerima satu kejutan dimana, pihak (TUMEC) telah berjanji untuk memberikan setiap guru

    pelatih seekor anak penyu untuk aktiviti pelepasan anak penyu. Kami kemudiannya telah

    dibawa ke satu kawasan dimana pihak (TUMEC) terlebih dahulu mengadakan satu majlis

    bersama mayarakat kampung dan kami telah dipelawa menghadiri majlis tersebut dan

    sekaligus bersama-sama masyarakat kampung untuk melepaskan anak penyu. Seperti yang

    telah dijanjikan, setiap guru pelatih menerima seekor anak penyu untuk dilepaskan. Ini

    merupakan kali pertama saya memegang seekor anak penyu dan kami telah melepaskan

    anak penyu secara serentak. Melalui aktiviti ini, saya telah mendapat maklumat yang baru

    tentang penyu yang terdapat di Malaysia. Selain itu juga, aktiviti ini juga telah memberi

    kesedaran tentang kepupusan penyu dan memberi kesedaran tentang kepentingan untuk

    menjaga dan memelihara penyu dikalangan guru pelatih dan masyarakat. Aktiviti ini

    sekaligus dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih menyanyangi makhluk

    ciptaan Allah S.W.T yang cantik ini sekaligus mengelakkan kepupusan makhluk tersebut.

    Setelah tamat aktiviti tersebut, kami bergegas pulang ke IPG disebabkan waktu yang

    telah lewat malam. Secara keseluruhannya, program BIG kali ini memberi makna yang

    mendalam dan telah memberi banyak pengalaman baru bagi saya seorang guru. Melalui

    program BIG kali ini juga, banyak kebaikan yang telah saya dan rakan-rakan yang lain telah

    peroleh dan semua kebaikan yang kami peroleh akan kami gunakan dengan sebaiknya

    dalam menjadi seorang guru yang seimbang dari pelbagai sudut.