3
REFLEKSI BIG (BENCHMARKING SK SAUJANA IMPIAN) Sebagai memenuhi syarat program bina insan guru (big) untuk semester 6, saya bersama rakan-rakan dari pismp ambilan januari 2011 telah mengadakan lawatan ‘benchmarking’ ke sekolah cemerlang dan sekolah harapan iatu ke sekolah kebangsaan saujana impian yang terletak di kajang pada 2 oktober 2013 (rabu). Lawatan ini telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar bersama naqib dan naqibah yang terlibat. Kami telah bertolak meninggalkan ipg kampus pendidikan islam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan program lawatan ‘benchmarking’ ini diadakan adalah untuk member peluang kepada guru-guru pelatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah dan jga pengurusan di pusat sumber sekolah oleh guru media pusat sumber. Antara pengisian yang dijalankan dalam program ‘benchmarking’ ini adalah mendengar taklimat daripada beberapa orang wakil guru mengenai latar belakang sekolah ini serta pencapaian yang diraih oleh sekolah ini dan melawat sekitar kawasan sekolah. Berdasarkan program ‘benchmarking’ ini, saya telah mendapat banyak manfaat dimana saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah bagi memastikan ianya sentiasa terurus dan maju dalam setiap pencapaian yang diperoleh. Pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah telah disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut iatu puan hjh roslina. Berdasarkan apa yang telah disampaikan

REFLEKSI benchmarking

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REFLEKSI benchmarking

REFLEKSI BIG (BENCHMARKING SK SAUJANA IMPIAN)

Sebagai memenuhi syarat program bina insan guru (big) untuk semester 6,

saya bersama rakan-rakan dari pismp ambilan januari 2011 telah mengadakan

lawatan ‘benchmarking’ ke sekolah cemerlang dan sekolah harapan iatu ke sekolah

kebangsaan saujana impian yang terletak di kajang pada 2 oktober 2013 (rabu).

Lawatan ini telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar bersama naqib dan

naqibah yang terlibat. Kami telah bertolak meninggalkan ipg kampus pendidikan

islam pada pukul 8.00 pagi.

Tujuan program lawatan ‘benchmarking’ ini diadakan adalah untuk member

peluang kepada guru-guru pelatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan

jelas mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah dan jga pengurusan di pusat

sumber sekolah oleh guru media pusat sumber. Antara pengisian yang dijalankan

dalam program ‘benchmarking’ ini adalah mendengar taklimat daripada beberapa

orang wakil guru mengenai latar belakang sekolah ini serta pencapaian yang diraih

oleh sekolah ini dan melawat sekitar kawasan sekolah.

Berdasarkan program ‘benchmarking’ ini, saya telah mendapat banyak

manfaat dimana saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengurus dan mentadbir

sesebuah sekolah bagi memastikan ianya sentiasa terurus dan maju dalam setiap

pencapaian yang diperoleh. Pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran

sekolah telah disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut iatu puan hjh roslina.

Berdasarkan apa yang telah disampaikan kepada kami, saya dapat merasakan

bahawa beliau adalah seorang yang sangat tegas dalam mengendalikan sekolah

dan guru-guru di sekolah itu.

selain itu, saya juga turut kagum dan bangga dengan guru cemerlang yang

turut berada bersama-sama kami dalam menyampaikan sedikit sebanyak tentang

pengalaman beliau menjadi seorang guru. Beliau adalah puan nawal syakirah iatu

guru penyelaras bagi tahun 6. Beliau telah menceritakan pelbagai pengalaman dan

kisah sepanjang beliau menjadi guru. Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh

beliau, terdetik di hati saya bahawa tidak semudah yang disangka untuk menjadi

seorang guru cemerlang di sesebuah sekolah.

Page 2: REFLEKSI benchmarking

Di samping itu juga, saya telah mengetahui beberapa perkara penting yang

disampaikan oleh guru penolong kanan sekolah itu dimana jadual bagi setiap sujek

dan kelas perlu dirancang dan disiapkan pada bulan disember sebelum tahun baru

bermula pada setiap tahun. Hal itu adalah ianya sebahagian daripada prosedur yang

perlu dipatuhi dalam mengurus dan mengendalikan sesebuah sekolah. Sebagai

tambahan, beliau ada menyatakan bahawa setiap guru wajib mendapat tugas

sebagai guru ganti sekiranya terdapat ramai guru yang tidak hadir pada hari-hari

tertentu. Guru yang ditugaskan untuk menggantikan kelas dipertanggungjawabkan

untuk mengawal keadaan murid-murid dalam kelas semasa ketiadaan guru subjek

yang sepatutnye mengajar pada masa tertentu bagi mengelakkan daripada

sebarang kecederaan atau kecelakaan berlaku di kalangan murid-murid yang akan

menyusahkan banyak pihak kelak.

Akhir sekali, saya telah mendengar taklimat daripada seorang guru media

pusat sumber sekolah. Berdasarkan apa yang saya dengar, saya telah mendapat

sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk mengurus dan mengendalikan sebuah

pusat sumber di sekolah sekiranya kita dilantik sebagai guru media pusat sumber.

Menurut beliau, guru media pusat sumber diberi banyak keistimewaan di atas sebab

tertentu yang akan memfokuskan mereka terhadap pusat sumber sekolah sahaja.